Wednesday 31 December 2014

Raja Bajau



Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit Bin Pengiran Pemancha Harimau Daud - Mengkabong

Karambunai.. 

Lagenda Sebuah Kedaulatan Bangsa Diraja

Mengimbas kenangan saya menyusuri pantai Karambunai satu ketika dahulu,batu batuan kecil umpama berlian yang berkilauan bersinar dibawah panahan cahaya bulan. Deru angin yang bertiup umpama suara tangisan bumi Karambunai. Menangisi ranjau dan liku liku kewujudannya di muka bumi ini.

Bumi Karambunai ini menyimpan seribu satu kisah yang tidak ramai diantara kita yang mengetahuinya.Salah satu daripadanya adalah kisah perjuangan Datu Paduka Pengiran Sharif Mat Salleh, seorang manusia yang sehingga ke akhir hayatnya hidup diburu demi mempertahankan kedaulatan bumi Karambunai ini. Perginya tanpa kubur, tanpa tanda,tanpa pusara untuk dikenang.DPPS sebenarnya tidak mati semasa serangan di Tambunan seperti yang ditulis dalam sejarah.Beliau pernah dikesan di Kudat,Kota Belud, Sembulan dan Kg Benoni Papar dengan menggunakan identiti yang berlainan.

Antaranya Datu Abd Salam,Hj Salam,Pengiran Salim dan bermacam nama,Tapi orang yang sama. Arwah datuk saya juga pernah menemuinya sekitar tahun 1920an di Kg Labuan/Taun Gusi Kota Belud.Kerana sudah menjadi kebiasaannya melawat saudara2nya disana. Bermusafir 2-3 hari kemudian hilang tanpa disedari.Dengar khabar,dia sudah berada di Kudat dan berkirim salam melalui utusan2 dari Kudat. Seperti yang kita tahu,DPPS Mat Salleh adalah berketurunan Suluk di sebelah ayahnya dan Bajau Inanam di sebelah ibunya.

Setakat itu yang diceritakan kepada kita dalam buku sejarah.Tapi siapakah gerangan wanita yang telah mengandung dan melahirkan pahlawan terbilang ini.Saya merasakan sudah tiba masa untuk kita mengetahuinya setelah sekian lama ianya disembunyikan dari kita. Kalau kita kaji sejarah sebenar DPPS Mat Salleh,ternyata beliau jauh lebih hebat dari apa yang digambarkan kepada kita.

Adakah hanya kerana beliau seorang pahlawan yang handal,beliau dengan mudahnya mendapat sokongan masyarakat di Inanam,Menggatal,Mengkabong dan kawasan sekitar.Tentu sekali tidak!!

Melainkan ada sebab2 yang lebih relevan.Jawapannya adalah keturunan. Keturunan ibunyalah yang membuatkan DPPS Mat Salleh berpengaruh di kawasan pantai barat Sabah. Ibunya Pengiran Siti Aisyah hasil perkahwinan Pengiran Abd Rauf dengan Pg. Jamilah.Pg Abdul Rauf adalah anak kepada Pg Abdul Rajit yg berkahwin dgn Pg Fatimah anak kepada Temenggung Abd Rauf yang berkahwin dengan Pg. Anak Siti Khadijah @ Puteri Babau,puteri Sultan Omar Ali Saifuddien 1 Sultan Brunei yang ke 18.

Negeri Karambunai adalah anugerah Sultan kepada puterinya Pg Anak Siti Khadijah,diwariskan sampailah kepada Pg Abd Rauf, datuk kepada DPPS Mat Salleh sebelah ibunya.Negeri Karambunai adalah berstatus Sungai Tulin, tidak boleh diserahkan kepada sesiapa.. Ianya meliputi Mengkabong,Tambalang(kini Tuaran),Napas,Inanam dan Menggatal,Api2 (KK), Simbulan, Tg Aru, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan sampailah ke Membakut dan Kota Lama(Binsulok)..

Selain dari geran L 228 yang ditukar kepada L 9117 dan PL 623 iaitu Karambunai dan Pulau Uda Besar,seluruh wilayah negeri Karambunai telah dipajakkan kepada British sebagai gantirugi kepada pos SBBU British di Pulau Gaya yang dibakar DPPS Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun 1897.

(Tidak pasti betul kah DPPS yang bakar,atau mungkin kerja talibarut British. Istilah orang orang muda sekarang macai..mereka buat hal,buat kecoh,buat kacau.Lepas itu tuduh pengikut parti lawan yg buat.Tak habis habis spesis manusia seperti ini di atas muka bumi.

Di zaman British spesis ini jadi tali barut menggadai maruah dan kedaulatan bangsa. Dan peristiwa ini ada tercatat dalam treaty 23 Mac 1898 antara Pg. Jalaluddin Ibn Pg Abd Rauf pakcik DPPS dengan pihak British disaksikan oleh baginda sultan..Mengikut fakta ini, tahulah kita kenapa DPPS bermati matian melawan British di pantai barat Sabah ini.Negeri Karambunai adalah hak tulen keturunan ibunya.Tanah Karambunai,yang tertinggal itu pun akhirnya jatuh ke tangan Nexus Resort. Tidaklah saya pasti,kroni dari kerajaan mana mereka ini.

Sebut saja DPPS Mat Salleh,bukan saja bangsa Samah.Tapi bangsa Bajau,Suluk, Irranun ,Dusun,Brunei dan sekalian umat bangsa Sabah mesti mengetahui sejarahnya. Itupun kalau kita benar benar mengiktiraf beliau sebagai pejuang bangsa.

Saya kongsi petikan dari sebuah jurnal yang ditulis oleh Rajah Brooke setelah pihak British gagal memujuk Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit untuk memajakkan wilayah kepunyaannya. Iaitu Negeri Karambunai.Petikan ini asalnya dalam bahasa Inggeris,tapi telah diterjemahkan separuhnya ke dalam Bahasa Melayu.

Rajah Brooke telah berjumpa dengan Pengiran Abd Rauf yang dengan tegas mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan mereka mengambil "ANY PARTS of his country or rights". Seterusnya Rajah Brooke "cautioned the pengiran against using any weapons or fighting but said be CONSIDERED THEY QUITE JUSTIFIED IN HOLDING WHAT HAD BELONGED TO THEM IN GENERATIONS".

Seterusnya Pengiran Abdul Rauf telah meninggalkan Rajah Brooke, dan semasa hendak pergi dia mengatakan "that he would not sell his rights, that HE WOULD RATHER DIE THAN ALLOW THEM TO PASS INTO OTHER HANDS".(Dia tidak akan menjual kepunyaannya dan lebih rela mati dari diserahkan kepada pihak lain)

Disebutkan "...Pengiran Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had protested against this (cession), and that there was at present a dispute going on between him and the sultan of Brunei upon this point".Pg. Abdul Rauf, seorang yang amat berpegang dengan prinsip dalam mempertahan hak tulin keturunannya sehingga sanggup 'berbalah' dengan sultan pada ketika itu. 

Disebabkan kekerasan hatinyalah yang menyebabkan pihak SBBU British tidak berjaya mendapatkan Negeri Karambunai. Disebabkan kekerasan hatinya jugalah SBBU British hanya memperolehi Karambunai selepas 13 tahun dari kemangkatannya, iaitu pada tahun 1898 melalui anak beliau Pg. Jalaluddin, yang tinggal di Labuan dan tidak tinggal bersama beliau semasa beliau masih hidup di Karambunai.

Dengan nilai sewaan $3000 setahun,sebahagian besar negeri Karambunai telah dipajakkan kepada SBBU British buat selama lamanya.Jika Pg.Jalaluddin sudah tiada,pewarisnya berhak menerima bayaran tersebut.Perjanjian ini akan terbatal sekiranya pihak kompeni gagal membayar bayaran sewaan selama 3 tahun berturut turut..

Mengkabong pada suatu masa merupakan pusat masyarakat Bajau yang terbesar selain daripada Tempasuk dan mempunyai angkatan perang sehingga 1,000 orang.

Menurut catatan Hugh Brooke Low "The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "

Menurut catatan HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan Treacher to Alcock 15 Juluy 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235) " Pengiran Abdul Rauf merupakan seorang anggota keluarga atau kerabat Sultan Brunei tetapi atas sebab perselisihan dengan Sultan Brunei pada ketika itu membuat keputusan untuk tinggal jauh dari ibu negara Brunei dan menetap di Sungai Tulin miliknya.

Pengiran Abdul Rauf biasanya tinggal di MENGKABONG dan setiap tahun memungut cukai kepala atau poll-tax sebanyak $1 (straits dollar) daripada setiap ketua keluarga. Apabila masyarakat bajau Mengkabong pindah ke Papar Pengiran Rauf masih menghantar wakil beliau memungut cukai kepala di Papar.

Pada tahun 1879 Pengiran Abdul Rauf berusia 70 tahun masih mempunyai pemikiran yang waras dan membuat keputusan yang baik.


Pengiran Abdul Rauf mempunyai bendera Mengkabong sendiri dan dibahagi kepada dua situasi. Jika Pengiran Abdul Rauf berada di Mengkabong, beliau akan menaikkan bendera Singa Merah berlatar belakang warna putih. Jika Pengiran Abdul Rauf berlayar beliau akan mengebarkan bendera Singa Putih berlatar belakang warna merah.

Tak pasti sehingga ke hari ini berapa puluh tahun sudah mereka tak bayar sewa. Malah diserahkan pula wilayah tersebut kepada kerajaan British pada tahun 1946 yang terang terangan melanggar perjanjian tersebut.Ternyata tindakan Pengiran Abd Rauf mempertahanankan hak milik keturunan ada kebenarannya. Bayangkan kalau Pengiran Abd Rauf masih hidup, adakah negeri Karambunai ini akan jatuh ke tangan British dan akhirnya bersama2 dengan negeri negeri lain di dalam negara Sabah menyertai persekutuan Malaysia.

Untuk pengetahuan anda,Sabah dan Sarawak berstatus negara semasa menyertai persekutuan.Tapi telah di downgrade menjadi negeri sama seperti negeri negeri lain di Tanah Melayu.Antara yang termiskin lah pula.Bahana sebuah penjajahan tirani.

Siapakah Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit ini?

Terdapat satu kenyataan dalam jurnal tersebut yang telah saya highlight.."Pg. Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had protested against this (cession)".. Kenapa tidak disebut Chief of Brunei, Chief of Suluk atau yang lain. Berdasarkan populasi penduduk negeri Karambunai,kita boleh menjangka bangsa Bajau apa yang dimaksudkan.Ya,bangsa Samah.

Maksudnya Pengiran Abd Rauf adalah berbangsa Samah!!!.Negeri Karambunai diwarisi dari neneknya Pengiran Anak Siti Khadijah, puteri Sultan Omar Ali Saifuddien 

1. Maksudnya kemungkinan beliau bukan keturunan SOAS 
2. Tapi berdasarkan gelaran Pengiran ternyata sekali beliau adalah keturunan kerabat diraja juga.

Tapi keturunan Sultan Brunei yang mana?..Kalau Pengiran Abd Rauf adalah THE CHIEF OF BAJAU (Samah),maksudnya dia adalah keturunan Sultan yang berbangsa Samah.Yang itu hanya Allah s.w.t dan Sultan Brunei saja yang tahu.Itupun kalau mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka. Dan hanya Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah-Sultan Brunei 1) saja yang berbangsa peribumi iaitu Bisaya.Bermula dari Sultan Sharif Ali Barakat(Sultan Brunei ke 4), mereka adalah keturunan Arab yang bercampur dengan masyarakat tempatan. 

Nama sebenar ultan Sharif Ali Barakat ialah Sharif Ali Ibn Ajlan Ibn Rumaithah. Berasal dari Taif,Jazirah Arab. Beliau merupakan penguasa di Mekah sebelum berhijrah ke Brunei sekitar tahun 1395. Atas sebab itu,Sultan2 Brunei adalah berdarah sharif (Keturunan Rasulullah s.a.w bernasabkan cucu baginda Saidina Hassan r.a). Mungkin ada yang mengatakan ianya tidak masuk akal.

Bagaimana pula ada sultan atau kerabat diraja yang berbangsa Samah sedangkan mereka di Brunei bangsa Samah di Sabah. Ianya tidak mustahil sebenarnya sekiranya kita melupakan sebentar per sempadan Malaysia-Brunei. Bayangkan kita sekarang hidup dalam wilayah kesultanan Brunei iaitu Negeri Tempasuk( Pandasan ke daerah yang bersempadan dengan Mengkabong) dan Negeri Karambunai.(meliputi Mengkabong, Tambalang (kini Tuaran), Napas (Tanjung Aru) ,Inanam dan Menggatal, Api Api (KK), Simbulan, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan sampailah ke Membakut dan Kota Lama/Binsulok)..

Adakah mustahil bagi sultan2 dan kerabat2 terdahulu berkahwin dengan gadis bangsa Samah yang sememangnya cantik 2 belaka,anggun bergaya dengan serempak keemasan di kepala mereka??? Kalau para sultan dan kerabat2 ini boleh belayar dan berpermaisuri sejauh Tanah Jawa,ke Tanah Sulu,malahan ada yang mangkat di Tanah Besar China.

Adakah mustahil untuk mereka berkahwin dengan rakyat sendiri yang menduduki Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai??.Populasi pada masa itu pula tidaklah seramai sekarang.Kita tidak mengetahui semua ini kerana kita telah dibutakan British dan talibarut talibarut mereka dari mengetahuinya.Ditambah dengan mentaliti kita yang menganggap hanya bangsa Brunei sahaja yang berasal dari Brunei.

Sedangkan sesiapa sahaja yang menduduki wilayah kesultanan Brunei ke utara negeri Sabah adalah rakyat Brunei sebelum kedatangan British ( Sungai Pandasan adalah sempadan wilayah kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Selepas dari persempadanan itu,ianya disebut sebagai Negeri Marudu dibawah pemerintahan Sharif Osman.

Sharif Osman akhirnya mewujudkan pemerintahan sendiri dan berjuang menentang British dan talibarut2 mereka kerana tidak bersetuju wilayahnya dipajakkan kepada British ).

Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Brunei tidak menuntut wilayahnya di Sabah (Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Juga negeri2 lain). Kerana kerabat dan tuan punya wilayah ini sememangnya telah menetap dan berketurunan di negeri Sabah ini. Siapa pula keturunan kerabat tersebut?..

Jawapannya mudah, SIAPAKAH YANG PALING RAMAI MENDUDUKI WILAYAH KESULTANAN BRUNEI NEGERI TEMPASUK DAN NEGERI KARAMBUNAI PADA MASA INI? (Kini meliputi Kota Belud,Tuaran,Kota Kinabalu,Inanam Menggatal,Sembulan, Petagas,Putatan,Kinarut ,Papar).Selain dari bangsa Brunei di Membakut,Bongawan ,Kimanis dan Papar. Bangsa yang menduduki 70 peratus pesisir pantai wilayah kesultanan Brunei iaitu Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Dari Pandasan hingga ke Membakut dan Kota Lama/ Binsulok. Itulah tuan tanah sebenar. Satu bangsa yang lahir kedunia tanpa disedari sudah mengalir darah Rasulullah,darah kerabat,darah pembesar.Walau kebanyakannya sudah tidak punya gelaran Datu, Shariff dan Pengiran. Bangsa kebanggaan saya...Bangsa Samah Bangsa Berdaulat!!!

Bangkitlah sekalian anak bangsa Samah.Bagi anda yang pernah membaca artikel saya sebelum ini,ingatlah sejarah bagaimana bangsa Samah ini berlayar jauh dari Riau-Johor Lama bagi mengiringi Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah, Sultan Brunei pertama ) yang telah mengahwini puteri Sultan Johor Lama sekitar tahun 1360an.Bersama sama dengan saudara kita bangsa Bisaya,Kedayan,Berunai dan yang lain berdirilah sebuah Kesultanan Melayu agung.Kesultanan Brunei yang gah gilang gemilang hingga ke hari ini.

Ingatlah juga jasa anak bangsa Samah yang mengiringi Sayyid Abu Bakar (Sultan Sharif Ul-Hashim,Sultan Sulu pertama) bersama2 dengan saudara2 Tausug kita dan yang lain sehingga terasasnya Kesultanan Sulu pada tahun 1450an.Dan jangan sesekali kita lupa bagaimana bangsa ini berjasa kepada Sultan Muhammad Kabongsuan (Sultan Maguindanao pertama)pengasas Kesultanan Maguindanao pada tahun 1515.Ingatlah juga jasa DPPS Mat Salleh yang berjuang bermati matian mempertahankan kedaulatan tanah dan bangsa ini.

Sudah semestinya juga as-syahid Sharif Ali (Embo Ali) dan para syuhada Pandasan yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir pada tahun 1915.Adakah kita mahu dipersalahkan oleh generasi terdahulu dan generasi akan datang hanya kerana dengan mudahnya kita menjual kedaulatan ini dengan tangan kita yang memangkah parti ciptaan dan warisan penjajah pada pilihanraya nanti???

Kedaulatan ini dicipta dengan tulang empat kerat,titisan peluh dan keringat.Dipertahankan pula dengan darah dan nyawa.Kuasa di tangan anda.Kalau nenek moyang kita boleh mencipta kedaulatan beratus tahun dahulu,kita juga boleh mengembalikan kedaulatan itu pada hari ini. Baya ni matai entorong bujak,daa jo bongso tih tenindak tindak.Kata orang tua2,nggai do anak Samah amun nia bani.Bangsa ini bangsa berdaulat,semangat Samah semangat keramat.


Sedih melihat apa yang terjadi terhadap kesan sejarah penting North Borneo.........

Makam Waris dan Istana Pengiran Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit.


Makam Almarhum Pengiran Abdullah Bin Pengiran Rauf Bin Pengiran Rajit


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai


Istana Besar Karambunai

No comments:

Post a Comment