Saturday 1 April 2017

PERSATUAN KELUARGA NANAKAN DI AKI DAIT - SUKU KAUM TURAVID DAN TOMPULUNG TELUPID

PERSATUAN  KELUARGA  NANAKAN DI AKI  DAIT

OLEH : NURIN NASRIN DAIT

PENGHARGAAN

Pihak FGD ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Aki Saang, Mantan KK Jukin Kurum Jawah, Aki Kumbang Jawah, Mentan KK Badul Tiki dan beberapa individu yang membantu/terlibat secara langsung atau tidak lansung dalam menyempurnakan matlamat pengumpulan maklumat dan seterunya penghasilan profil dan sejarah tentang asl usul keturunan keluarga Dait. Kerjasama semua pihak amat FGD hargai dan kami ucapkan jutaan terim kasih.

PENDAHULUAN

Tujuan kajian asal usul keturunan keluarga Dait adalah, untuk mengenal pasti salasilah keturunan, juga keluarga Dait berasal daripada kampung Ta’asapu dan berbangsa dusun Tompulung dan Turavid.

Ta’asapu adalah kawasan perkampungan awal bagi suku kaum asal Telupid. Juga merupakan asal-usul perkampungan nenek moyang yang mereka warisi secara turun-temurun. Sejarah telah membuktikan bahawa Kampung Ta’asapu merupakan salah satu penempatan awal suku Turavid dan Tompulung di Daerah kecil Telupid ini.

Di dalam kajian ini juga menceritakan tentang kisah serta asal-usul Kampung Ta’asapu di mana sudah terdapatnya bukti-bukti awal pendudukan generasi awal dan yang diikuti oleh generasi yang seterusnya. Kandungan seterusnya menceritakan tentang geografi Kampung Ta’asapu yang mana menunjukkan penduduk Kampung Ta’asapu sangat arif tentang tanah yang menjadi tempat mereka bergantung hidup.

CARTA ORGANISASI FGD.

Carta Organisasi FGD akan di bentuk pada masa terdekat kelak.

LATARBELAKANG SEJARAH KEWUJUDAN ASAL-USUL SUKU KAUM ASAL KELUARGA DAIT

Suku kaum asal Dait pada asalnya dikenali sebagai suku kaum Tompulung dan Turavid. (Turavid terbahagi kepada dua iaitu Turavid Tanda iaitu yang asli dan Turavid Tupo yang dikatakan bukan asli.) Suku kaum ini dikatakan tinggal di sebuah kawasan terpencil di dalam daerah Telupid. Ia terletak jauh dari seberang Sungai Labuk yang dikenali sebagai Ta’asapu. Ia merupakan kawasan penempatan asal suku kaum tersebut sebelum Kg.Wonod wujud.  

Dikatakan penempatan Ta’asapu agak luas dengan penduduk yang agak ramai dan tinggal secara berselerak. Perjalanan ke Ta’asapu dikatakan lebih kurang 12 km dari tepi Sungai Labuk. Sehingga kini kewujudan  masyarakat ini di Ta’asapu masih menjadi misteri, bila dan bagaimana mereka berada di kawasan tersebut tidak diketahui. Dokumentasi secara bertulis mengenai kewujudan mereka adalah terhad kepada catatan lisan memandangkan kajian mengenai kewujudan kaum ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pihak dari sudut antropologi.

Penduduk Ta’asapu dikatakan diperintah oleh Kerajaan Sultan Sulu sebelum kedatangan Inggeris. Apabila orang-orang Inggeris mengambil-alih pemerintahan, penduduk Ta’asapu telah dipaksa berpindah ke tempat lain atas alasan kesukaran perhubungan. Kawasan baru tersebut dikatakan memudahkan perhubungan dan pentadbiran Inggeris di mana ia terletak di tebing Sungai Labuk atau dikenali dalam bahasa tempatannya Sungai Livagu. Penempatan baru itu dikenali sebagai Kg. Wonod (sangkarata) kawasan sungai Labuk.

Sekarang berpinda ke kawasan darat (kawasan jalan raya) dan kebanyakan suku kaum ini kini tinggal di Kampung Wonod (Batu 8), Kampung Tapa’ang (Batu 6), dan Kampung Telupid (Batu 4) dan Kampung Gading di Pekan Telupid . Malah ada yang telah berhijrah lebih jauh seperti di bandar dan daerah lain.

RUTIN DAN BUDAYA

 (a).     Kehidupan harian masyarakat Turavid dan Tompulung seperti suku kaum asal yang lain adalah bersifat tradisional dan mudah. Rutin masyarakat lebih bersifat memenuhi keperluan harian kehidupan mereka seperti melakukan aktiviti pertanian tradisional, memburu, menangkap ikan dan mencari sumber atau bahan semulajadi di dalam hutan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau sumber makanan. Masyarakat ini seperti suku kaum asal yang lain sangat rapat dengan alam semulajadi memandangkan hutan merupakan sumber mata pencarian semulajadi yang sangat penting.

Aktiviti pertanian merupakan aktiviti yang sangat penting kerana ia menyediakan sumber makanan yang berterusan. Sistem pertanian iaitu menanam padi huma (bukit) atau dalam bahasa tempatannya Duma dijalankan secara berpindah-randah. Aktiviti ini telah menyebabkan keluasan Ta’asapu semakin membesar. Jenis-jenis padi yang biasa ditanam pada masa itu ialah bangkou, lumusiu, tadong kowili, dudumpok, pu’ulutan, babas, turokin, tutumo dan banyak lagi. Selain padi, terdapat juga sayur-sayuran yang ditanam seperti tuntu mundok (pucuk ubi kayu), sansam (bayam), tuntu sangop (pucuk timun), budui (tembikai kampung), batad (jenis timun), tavadak(labu kundur), kalalang ( labu ), torudui (kacang panjang), radak (keladi), bajag (ubi manis), mundok (ubi kayu) dan sebagainya. Penanaman buah-buahan tempatan juga menjadi sumber makanan yang penting. Dikatakan terdapat banyak jenis buah-buahan yang ditanam oleh masyarakat Ta’asapu pada ketika itu dan juga tumbuh secara semulajadi. Buah-buahan yang biasa dimakan seperti buah durian (lampun, mara’ang, dalit, sukang, ru’ujan, sogonggot dan sebagainya), rambutan (rangalau, manggalin, tojip, mongitom, kolukut, montomisan dan sebagainya), langsat, tampui ( pugi, babata, babata timbang, toborus), asam gelugor (liposu), popotung, soropit, soronsob, pinang (tinggaton), tarap (timadang), nangka (nangko), cempedak (pulutan), longan (mombu) dan bermacam-macam lagi. Malah dipercayai masih terdapat pokok buah-buahan yang masih wujud di Ta’asapu dan penempatan baru, Komansi sehingga kini.

Masyarakat Ta’asapu juga mahir dengan aktiviti memburu.  Kawasan Ta’asapu yang pada ketika itu masih dilitupi hutan tebal merupakan kawasan yang kaya dengan sumber fauna yang menjadi sebahagian daripada pemakanan masyarakat Ta’asapu. Penggunaaan senjata tradisional untuk memburu adalah seperti gatan, sopukdan valatik. Memasang perangkap untuk memburu juga dilakukan seperti  tavos, goub, tinombuvu (perangkap monyet), solik dan sungul (perangkap tupai), dungkiu, togopon dan lain-lain lagi. Haiwan-haiwan yang biasa diburu adalah seperti bakas (babi hutan), payou (rusa), kalasiu (tembadau), palanuk (pelanduk), tandadang(kijang), vutun (landak), vongkutung (tenggiling), jenis-jenis ular         ( lopung, masalong, bolinatong, tomumo, masak punti), monyet, burung-burung ( bangkavod, porogom, boulun, sungang, likap, kolongtikung, surukan, gotubou dan sebagainya)

Aktiviti menangkap ikan juga tidak kurang pentingnya memandangkan terdapat banyak sungai dan anak-anak sungai di Ta’asapu selain sungai utama iaitu Sungai Labuk.  Sungai-sungai yang terdapat di Ta’asapu adalah seperti Marawali, Toliliou, Tololobou, Ta’asapu Tagajo dan Ta’asapu Topoyok, Lopung, Diongkit, Lalabok danBarasan. Dikatakan kebanyakan sungai-sungai  tersebut kaya dengan ikan-ikan yang menjadi sumber protein utama masyarakat Ta’asapu. Ikan-ikan yang menjadi kegemaran adalah seperti berikut garap, makalou, sopong, tavi, tavaan, lontong, rolou, balasayan, matulang, butol dan banyak lagi.

Hutan merupakan elemen penting di dalam kehidupan masyarakat asal Ta’asapu. Mereka sangat menghargai hutan sebagai tempat yang banyak menyediakan sumber yang sangat bernilai seperti rotan, makanan dan ubat-ubatan. Rotan merupakan sumber semulajadi yang banyak memainkan peranan penting di dalam kehidupan harian masyarakat ini. Kegunaan rotan untuk membina rumah, membuat bakul, tikar, perangkap haiwan dan sebagainya adalah penting kerana ia merupakan sebahagian elemen kemahiran yang wajib. Jenis-jenis rotan seperti saga, sumuliu, pudos, kolinogi, koviton, dobur dan tomburijagang biasa terdapat di dalam hutan pada masa itu. Selain rotan, sumber makanan yang terdapat di dalam hutan menjadi sebahagian diet penduduk berkenaan di mana kebanyakannya berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti lomiding    (jenis pakis), tivak polod, tivak botu, koviton, tomboruva, doruk,  dan sebagainya. Begitu juga ubat-ubatan yang berasaskan tumbuhan banyak terdapat di dalam hutan.

KEAGAMAAN

Masyarakat Ta’asapu pada awalnya tidak menganut sebarang agama rasmi. Mereka lebih banyak bergantung kepada kepercayaan yang dikenali sebagai Pagan  di mana pemujaan terhadap elemen-elemen alam semulajadi seperti pokok besar, batu besar, bukit-bukau dan gunung-ganang. Khidmat bomoh sebagai tempat memohon khidmat mengubati penyakit, menghalau roh-roh jahat dan sebagainya sangat signifikan di dalam masyarakat ini. Terdapat satu upacara yang biasa dilakukan oleh masyarakat ini pada masa itu adalah upacara alum-rami iaitu pemujaan untuk menghiburkan roh-roh sebagai tanda terima kasih ke atas hasil-hasil padi yang di tuai. Ia dilakukan selepas sahaja musim menuai padi selesai atau dikenali sebagai kokotuan.

Tradisi pengkebumian pada masa itu agak terpencil keadaannya kerana sekiranya berlaku kematian, hanya ahli-ahli keluarga terdekat sahaja yang akan menjalankan pengkebumian. Jika anak dalam keluarga meninggal dunia, hanya ibu bapa dan adik-beradik yang akan menanam mayat anak tersebut tanpa kehadiran orang lain. Tidak terdapat kawasan perkuburan yang khusus pada masa itu di mana setiap jenazah hanya akan dikebumikan di kawasan yang berdekatan dengan rumah malah ada yang ditanam di bawah rumah. Bagaimanapun, jenazah akan di masukkan ke dalam keranda sebelum dikubur. Tanda-tanda perkuburan dikatakan masih wujud di Ta’asapu cuma kesannya agak sukar ditemui disebabkan dilitupi hutan dan semak-samun yang tebal. Selepas berpindah ke Kg. Wonod, @ sangkarata kewujudan tanah perkuburan yang khusus telah dilaksanakan yang dikenali sebagainapuahan mengis dan perkuburan batu 6.

SISTEM PENTADBIRAN

Sepanjang kewujudan masyarakat Ta’asapu, di mana sebelum Sabah merdeka di dalam Malaysia, mereka dikatakan diperintah oleh Kerajaan Sultan Sulu dan seterusnya oleh Kerajaan Inggeris. Tidak banyak catatan mengenai kehadiran kedua-dua pemerintah ini memandangkan Ta’asapu terletak jauh di pedalaman yang menyukarkan perhubungan di mana pusat pemerintahan utama waktu itu terletak amat jauh. Pusat pemerintahan Sultan Sulu berada di Pulau Sulu dan Inggeris pula di pesisir pantai di Sandakan pada ketika itu. Namun menurut sumber yang diceritakan, wakil-wakil kedua-dua pemerintah pernah mengunjungi masyarakat Ta’asapu bagi tujuan pemantauan atau mengutus arahan pihak atasan.

Pada am-nya, masyarakat Ta’asapu sendirinya mempunyai sistem pentadbiran yang mudah dan ringkas. Masyarakat Ta’asapu diketuai oleh seorang pemimpin yang dikenali sebagai “Orang Tua”. Nama-nama pemimpin yang sempat dicatatkan secara lisan di Ta’asapu adalah seperti OT Mavid, dan OT Asag. Yang menariknya ada beberapa pemimpin tersebut dikatakan berketurunan Iban. Mereka dikatakan datang ke Ta’asapu selepas dibawa oleh pemerintah Inggeris untuk menjadi askar yang bertugas dan berkhidmat di Sabah yang pada waktu itu dikenali sebagai British North Borneo Chartered Company.  Hanya selepas berpindah naik ke kawasan Kg. Wonod barulah pemimpin kaum asal Ta’asapu yang pertama dilantik iaitu KK Matulang, KK Jukin Kurum Jawah,  KK Giswa Suraman dan KK Taikong Gawah. ( OT-Orang Tua / KK-ketua Kampung). Peranan mereka adalah untuk memimpin dan membantu di dalam menyelesaikan masalah-masalah yang biasa wujud di kalangan penduduk kampung.

PENGHIJRAHAN

Penghijrahan masyarakat Ta’asapu jarang berlaku kerana pengetahuan mengenai dunia luar sangat terhad dan jarang menerima kehadiran orang-orang asing. Hanya kehadiran wakil-wakil pemerintah Sultan Sulu dan Inggeris sahaja yang pernah datang melawat . Terdapat cerita mengenai kehadiran suku kaum lain yang datang hanya untuk tujuan merampas dan mengganggu ketenteraman penduduk Ta’asapu. Suku kaum yang dimaksudkan ialah suku kaum Dumpas yang datang dari kuala sungai Labuk yang dikatakan suka merampas dan merosakkan hasil tanaman penduduk kampung. Terdapat juga suku kaum lain yang hidup berjiran di sekitar Ta’asapu seperti Sukang, Sogilitan, Kuruli, Sogo-sogo dan Pauh. Begitu juga kehadiran kaum Iban dari Sarawak yang diperintah oleh Raja Brooke pada masa itu. Kaum Iban dijadikan askar berkhidmat bagi pemerintah Inggeris. Memandangkan sejarah yang tercatat menyatakan kedua-dua Sabah dan Sarawak pada waktu itu merupakan jajahan pemerintahan orang-orang Inggeris maka tidak hairanlah berlaku perhubungan politik yang akrab.

Selepas berpindah ke Komansi dan Sangkarata (Kg.Wonod), generasi baru mula membuka pemikiran mereka apabila mendengar cerita-cerita tentang dunia luar. Terdapat sebilangan penduduk mula berhijrah ke tempat jauh seperti Bantun dan Kalagan di daerah Beluran untuk bekerja mencari nafkah. Oleh kerana jalanraya masih belum wujud, penduduk yang berhijrah  akan menggunakan perahu dan melalui jalan sungai utama iaitu Sungai Labuk.

Selepas lebih kurang 50 tahun kewujudan penempatan Sankarata, penduduk berpindah lagi ke kawasan seberang sungai Labuk yang lebih tinggi yang kini dikenali sebagai Kg.Wonod Telupid. Ini berlaku apabila Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia, projek pembangunan mula giat dijalankan. Telupid tidak terkecuali apabila satu kawasan telah diwujudkan sebagai stesyen perhentian sebuah projek yang dikenali sebagai M.A.R.P (Malaysian-Australian Road Project)  untuk membina sebuah jalanraya utama bagi menghubungkan Kota Kinabalu di Pantai Barat dan Sandakan di Pantai Timur. Kemudahan pembangunan ini telah menarik minat penduduk Sangkarata (Kg.Wonod) dan Komansi memandangkan ia memudahkan perhubungan dan menyediakan peluang pekerjaan. Akibat perpindahan itu juga telah menyebabkan banyak Kampung di sepanjang sungai Labuk ditinggalkan.

Walau bagaimanapun, masyarakat Tompulung dan Turavid masih tetap melawat penempatan asal di Ta’asapu. Walaupun berada di kawasan baru iaitu Kg. Wonod (Telupid). Ada di antara mereka masih tetap menjejakkan kaki ke kampung-kampung lama seperti Sangkarata,  Ta’asapu dan Komansi untuk tujuan memburu, menanam padi dan melawat tanah perkuburan khususnya perkuburan di Sangkarata dan Bilai di Komansi yang masih wujud sehingga kini.

PENDIDIKAN

Masyarakat Ta’asapu pada am-nya mengamalkan pendidikan secara tidak rasmi iaitu belajar melalui pengalaman. Ia lebih bersifat kemahiran hidup di mana setiap kemahiran akan diturunkan oleh ibubapa kepada anak-anak. Kemahiran seperti memburu, menangkap ikan, memasak, bertani dan sebagainya.

Selepas berpindah ke Kg. Wonod, pendidikan bagi tujuan mendidik masyarakat Kg. Wonod  untuk mahir membaca, menulis dan mengira masih belum wujud. Pendidikan yang dikatakan pernah dilakukan oleh pemerintahan orang Inggeris ialah pendidikan agama Kristian di mana rahib-rahib wanita dihantar ke kampung-kampung untuk tujuan memberi rawatan percuma kepada masyarakat tersebut. Di mana sambil memberi rawatan, rahib-rahib akan memberi didikan ilmu keagamaan berkaitan dengan agama Kristian dan dikatakan Anglicanmerupakan denominasi pertama sampai kepada masyarakat di Kg.Wonod (Telupid). Nama Sister Nordam danSister Hobbey merupakan dua orang rahib Anglican  yang pernah berkhidmat di Telupid (Komansi) sebagai jururawat sukarela.  Kedua-dua wanita Inggeris ini serba-sedikit telah membuka minda orang-orang di Dearah Telupid ini dan kedua-dua mereka ini masih menjadi sebutan di kalangan masyarakat asal Telupid sehingga hari ini.

Selepas beberapa tahun apabila Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, maka telah diwujudkan sebuah sekolah kerajaan yang pertama yang dikenali sebagai GPS- Government Primary School. Ia merupakan sekolah rendah kerajaan yang pertama pernah dibina di Komansi sekitar selepas tahun Sabah diisytiharkan merdeka melalui Malaysia. Ia bertujuan untuk mendidik anak-anak muda untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Keadaan sekolah pada waktu itu dibina daripada kayu-kayu, atap-atap daun dan papan.

BAHASA

Bahasa yang digunakan oleh masyarakat asli Telupid hari ini dikenali sebagai dusun labuk secara am-nya. Ada juga yang mengatakan asal nama bahasa suku kaum Tompulung dan Turavid menurut kajian bebas dikategorikan sebagai Tombonuo. Jika diteliti dengan baik, kebanyakan perbendaharan kata dan cara sebutan bahasa mereka mempunyai banyak persamaan dengan bahasa etnik lain yang terdapat di Sabah seperti Dusun yang umum digunakan oleh masyarakat Dusun dari Pantai Barat Sabah dan Pedalaman Sabah seperti Tambunan dan Ranau. Begitu juga persamaan dengan bahasa Rungus, bahasa Sungai dan bahasa Kadazan.  Bagaimanapun mungkin telah berlaku asimilasi bahasa yang tidak diketahui bila berlaku kerana menurut orang-orang tua yang masih hidup, bahasa yang digunakan semasa di Ta’asapu amat jauh beza dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat asal di Telupid. Ia dikatakan lebih sukar difahami oleh generasi baru.

 LAGENDA DAN MITOS

Setiap masyarakat aali mempunyai lagenda dan mitos yang unik dan tersendiri. Masyarakat Ta’asapu mempunyai beberapa lagenda dan mitos yang telah diceritakan secara lisan dan masih diperkatakan sehingga kini. Berikut adalah yang masih popular dan signifikan.

(a). Lagenda Aki Lampau, Aki Korutik dan Aki Lunsiu antara yang sering diceritakan oleh orang-orang tua. Mereka ini adalah tiga bersaudara yang berketurunan Tompulung. Mereka ini dikatakan pahlawan atau dalam bahasa tempatannya dipanggil “Ba’ani” bermaksud berani dan handal. Kehandalan tiga bersaudara ini dikatakan memiliki kehandalan luar biasa dan sakti.  Aki Lampau sebagai ketua dikatakan tidak memerlukan sebarang senjata untuk memburu kerana mampu mengejar dan menangkap haiwan buruan seperti babi hutan dengan tangkas dan pantas. Mereka juga dikatakan boleh pergi ke satu tempat dengan sekelip mata dengan hanya melangkah sekali sahaja. Memanjat pokok dengan hanya terbang seperti burung. Mereka juga dikatakan pernah mengetuai satu peperangan dengan masyarakat Matupang di Daeah Ranau pada masa dahulu yang berpunca daripada seorang gadis. Masyarakat Turavid dan Tompulung di Telupid masih percaya bahawa kubur ketiga-tiga beradik ini masih wujud di Ta’asapu sehingga kini.

(b). “Botung Tagajo” atau bermaksud Danau Besar adalah cerita yang popular di kalangan masyarakat tempatan Telupid. Mitos cerita ini mengenai sebuah Danau Besar yang wujud di Ta’asapu sehingga kini yang penuh misteri. Ia sebuah danau yang luasnya dianggarkan 5 ekar dianggap keramat dan berpenunggu. 

Terdapat beberapa versi cerita yang menarik mengenai danau tersebut. Pertama, sebelum ia wujud terdapat sebuah kampung yang dihuni oleh satu masyarakat asli di kawasan tersebut. Namun pada satu malam, sebuah pesta telah diadakan dan kerana terlalu asyik dan mabuk, penghuni kampung telah mempermainkan haiwan peliharaan dan melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ini telah mengakibatkan tuhan mereka sangat marah dan telah menenggelamkan kampung tersebut dan menjadikannya sebuah danau. Menurut cerita orang-orang tua, pada masa-masa tertentu danau tersebut akan bergoncang dan menggelegak di mana akan muncul barang-barang seperti tempayan, pinggan-mangkuk dan sebagainya.

Versi lain mengenai danau ini ialah mengenai kisah seorang pemimpin handal pada masa dahulu yang ingin membina sebuah laut di tengah-tengah Ta’asapu namun setelah separuh jalan ia membatalkan niatnya dan pergi ke tempat lain untuk meneruskan rancangannya. Danau yang wujud itulah peninggalan usaha yang tidak selesai.

Terdapat dakwaan bahawa danau tersebut sukar ditemui sekiranya seseorang bertujuan untuk mencarinya. Ia dikatakan dilitupi oleh akar-akar pokok dan semak-samun yang tebal dipermukaan danau di mana takungan airnya masih wujud di dasar. Ramai yang pernah menemui danau tersebut hanya secara kebetulan atau tersesat ketika pergi memburu. Mereka yang pernah menemuinya mendakwa pernah melihat pecahan pinggan-mangkuk dan tempayan yang diperbuat daripada besi dan tanah liat. Lagi menarik ialah cerita bagaimana seorang pemburu terlihat seekor babi hutan yang kebetulan berada di atas danau tersebut. Pemburu lalu membujak haiwan tersebut dan sejurus rebah ke tanah babi hutan tersebut serta-merta bertukar menjadi tajau.

(c). Satu lagi mitos ialah mengenai cerita “vaig tosogit”. Ia mengenai kisah sejenis wabak misteri yang melanda penduduk Ta’asapu. Ia dikatakan perbuatan roh-roh jahat dari alam lain yang ingin menghapuskan penduduk kampung dengan cara menyebarkan penyakit “vaig-tosogid”. Mereka yang diserang penyakit ini akan mati secara tiba-tiba tanpa diketahui punca kematian dan biasa menyerang ramai mangsa dalam satu masa.

TA’ASAPU MASA KINI

Walaupun Ta’asapu telah lama ditinggalkan dan terbiar namun ia telah menjadi legacy dan lagenda yang masih signifikan kepada penduduk asal Telupid yang berasal daripada sana. Kewujudannya masih tetap dipercayai oleh masyarakat asal Ta’asapu. Malah nama-nama sungai dan bukit masih segar di dalam ingatan masyarakat Turavid dan Tompulung. Bukit-bukit yang menjadi sebahagian ikon geografi Ta’asapu seperti Bukit Sumobul,Barasan, Aki Lampau, Pinoruka dan Sobibindoi. Bukit-bukit tersebut dikatakan mempunyai cerita masing-masing yang unik dan mistik.

Kini, sebuah Syarikat yang mengusahakan pertanian komersial kelapa sawit dipercayai telah menceroboh kawasan tersebut tanpa pengetahuan dan persetujuan masyarakat asal Ta’asapu. Akibat pencerobohan itu juga telah membawa kesan negatif ke atas tanah pusaka itu. Kerajaan tanpa usul periksa dan membawa berbincang mengenai status pemilikan tanah tersebut secara tidak adil telah menyerahkan hak pemilikan kepada syarikat tersebut iaitu Syarikat Ribu Bonus dan Syarikat Twin Acres.

Tindakan itu juga telah menyebabkan kesan-kesan sejarah di Ta’asapu dan Komansi telah dimusnahkan secara membabi buta seperti kemusnahan hutan yang menjadi sumber ekonomi asli, bukit diratakan, kemusnahan sungai-sungai, kemusnahan kuburan nenek moyang, penebangan pokok buah-buahan dan pengeringan “Botung Tagajo” yang menjadi ikon kewujudan Ta’asapu. Bagaimanapun, terdapat cerita-cerita daripada saksi yang menyatakan tentang kejadian-kejadian ganjil yang berlaku semasa usaha mengeringkan danau tersebut.  Kejadian-kejadian seperti kematian dan diserang penyakit ganjil secara tiba-tiba ke atas pekerja-pekerja Syarikat yang diarah mengeringkan danau tersebut.

ASAL USUL NAMA KAMPUNG TA’ASAPU

Nama Kampung Ta’asapu diberi kerana kawasan Ta’asapu sering dilanda banjir. Apabila musim tengkuju tiba di mana terdapat dua sungai utama yang akan naik atau banjir semasa musim hujan dan membanjiri Kampung Ta’asapu. Kedua-dua sungai tersebut dikenali sebagai sungai Ta’asapu Tagajoh (Sungai Ta’asapu besar)
Dan Sungai Ta’asapu Topoyok (Sungai Ta’asapu kecil).

Semasa banjir tersebut, banyak harta banda musna seperti rumah, tanaman terutama sawa padi dan bayak lagi kemushanan akibat banjir tersebut. Dengan itu, kawasan tersebut di namakan Ta’asapu akibat banjir sungai Ta’asapu sehinggalah pada hari ini kawasan tersebut masih di panggil KAMPUNG TA’ASAPU.

SUMBER CATATAN

Sumber cerita ini telah direkodkan daripada beberapa orang yang masih hidup. Mereka ialah Aki Saang Taneud, kini berusia 70an (Kg.Telupid), mantan KK Jukin Kurum Jawah, kini berusia 60an (Kg.Wonod), KK Badul, Tiki kini berusia  70an (Kg.Telupid), Encik Kumbang Jawah yang berusia 70an (Kg.Gading) dan beberapa individu yang membantu/terlibat secara langsung atau tidak lansung.

Menurut mentan  KK Badul Tiki, kini  dan Kumbang Jawah. Mereka sempat dan pernah bertemu dengan orang asal dari Ta’asapu yang bernama Yasag, Monduli, Doruk dan Lintun. Mereka ini dikatakan generasi akhir Ta’asapu yang sempat tinggal di penempatan baru, Komansi. Mereka adalah berketurunan suku Tompulung.



SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG TONGOD, KINABATANGAN (SEJAK – 1880)

SEJARAH KEWUJUDAN KAMPUNG TONGOD, KINABATANGAN (SEJAK – 1880)

SEJARAH AWAL

Berdasarkan sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong dalam kelompok Austronesia, iaitu daripada kelompok Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas zaman air batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang lalu. Mereka memulakan penghidupan baru dan berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain disamping mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup seharian mereka. Amalan ini telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah mereka sampai di Utara Pulau Borneo. 

Perubahan hidup masyarakat ketika itu telah bermula dengan petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah tasek yang dikelilingi oleh pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali dengan nama Nunukragang. Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunukragang yang terletak tidak jauh dari Jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang terdapat disini adalah suku kaum Orang Sungai.

Dari segi catatan sejarah, asal usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan kebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan. 

Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan panggilan the river people.Selepas   peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan bukan saja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian.

Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai.Sistem Kepercayaan dan Adat Resam.

Orang Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian dan ada yang masih mengamalkan fahaman Animisma. Mereka yang menganut agama Islam pada asasnya adalah terdiri daripada mereka yang berkahwin campur dengan peniaga Suluk.

SISTEM DAN STRUKTUR KEPIMPINAN.

Sistem dan struktur kepimpinan suku kaum Orang Sungai terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Orang Tua atau Ketua Kampung. Mereka dilantik oleh kerajaan kerana berpengaruh dan berwibawa dalam menyelesai masalah masyarakat terutama dalam bidang adat istiadat suku kaum Orang Sungai tanpa mengira kepercayaan agama mereka masing-masing.Gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK) diberi kepada Ketua Daerah yang menjadi ketua kepada sesebuah daerah. Gelaran kepada Ketua Anak Negeri yang membantu mentadbir daerah tersebut pula diberi gelaran sebagai Panglima.

Satu gelaran yang tertinggi dalam masyarakat Orang Sungai adalah Gelaran Tagajoh Gayoh (Pemimpin Agung) yang dianugerahkan kepada seseorang pemimpin yang dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara. Sementara Gelaran Tagajoh (Pemimpin) adalah satu lagi gelaran kedua tertinggi yang dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin terpilih berdasarkan kepada kepimpinan, perjuangan dan khidmat bakti khususnya kepada masyarakat Orang Sungai. Kedua-dua gelaran ini dimashyurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang diwakili oleh semua ketua suku kaum Orang Sungai yang terdiri daripada 30 sub-etnik dari seluruh Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS).

Dalam masyarakat suku kaum Orang Sungai yang beragama Islam, Imam adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan. Manakala mereka yang masih menganut fahaman animisma, pemimpin mereka adalah Ketua Kampung atau Orang Tua. Masyarakat suku kaum Orang Sungai yang menganut agama Kristian pula merujuk kepada paderi untuk menyelesaikan hal-ehwal keagamaan mereka.

KAMPUNG TONGOD (1881 – JULAI.2012)

SEPINTAS LALU.

Sebelum tahun 1881,Kinabatangan ini pernah dijelejahi atau didatangi oleh pedagang cina untuk mencari penempatan baru yang diketuai oleh seorang Kerabat Maharaja Cina yang bernama "

ONG SUNG PING".Fakta ini sememengnya boleh diterima secara logik akal,hal ini berdasarkan kepada harta-harta yang dijadikan pusaka dan hantaran perkahwinan oleh penduduk kampung seperti Tempayan buatan cina (Gambar Naga)dan barangan dapur.Bangsa Suluk(dipercayai dari Kesultanan Sulu) dan (Kesultanan Brunei),Pakistan (Simunul),Jawa dan Arab pernah sampai ke Kg.Tongod ini dengan tujuan untuk berdagang disamping menyebarkan Ajaran Agama Islam.

Kesan-kesan peninggalan pedagang dan mubaligh islam ini hingga kini masih ada,terutama sekali dalam adat-istiada perkahwinan,pakaian dan peralatan muzik.Pada zaman dahulu contohnya,pengantin lelaki akan memakai Songkok tidak kira islam atau bukan islam.Pakaian kaum perempuan (baju Simpit)  asalnya dari bangsa suluk dan peralatan kulintangan,sementara lelaki islam terutama majlis kenduri akan memakai kain sarung dipercayai dari tradisi atau kebiasaan bangsa Arab.Sementara seni mempertahankan diri sebahagian besar adalah peninggalan bangsa Suluk,Cina (kuntau),dan Jawa.

Bagi Kg.Tongod ini sendiri banyak amalan - amalan tertentu hasil peninggalan bangsa-bangsa dari luar yang datang ke kawasan ini samada dari segi tradisi,kebudayaan,amalan perubatan,sukan dan keagamaan.Pada waktu mengetam padi misalnya,ada sejenis permainan yang dimainkan "Sugal".Pada batang padi tersebut ada bentuk-bentuk tertentu yang dipanggil sugal dan uniknya pula setiap jenis mempunyai nilai tertentu.Permainan ini dimainkan secara jual dan beli terutamanya diantara lelaki dan perempuan (bujang).Pada waktu malam pula biasanya kaum lelaki sambil menjamu minuman tradisi (tapai),mereka akan berbalas-balas pantun dalam bahasa suluk dipanggil (Magdaling),ada juga berbalas pantun sambil memukul tin-tin kosong sebagai gendang pengiring (dalam bahasa melayu).

Dari segi agama dan kepercayaan pula,jika diambil kira kedatangan  Kolonial British sekitar tahun 1900 maka agama yang terawal sekali ialah agama islam.Ini kerana sebelum itu saudagar Suluk, Arab dan Brunei telah sampai ke Kawasan ini lebih awal.Pada ketika itu semua penduduk masih lagi animisme (Pagan).Oleh sebab itu sebelum kedatangan British permusuhan kaum sangat rancak berlaku (Head Hunting)Pemotong Kepala,dimana seorang pemuda tertentu akan dianggap berani berdasarkan jumlah kepala yang telah dipotong.Sebab itulah dalam suku kaum sungai sendiri panggilan "BAANI"sangat terkenal untuk orang-orang yang telah banyak memotong kepala manusia (kaum yang lain).

Bagi Suku Makiang-Sungai kegiatan (head hunting) ini bukan berbentuk amalan atau tradisi.Kegiatan ini berlaku kerana “mempertahankan diri dan belas dendam”,justeru itu setelah kedatangan Islam dan British kegiatan tersebut dihentikan.Antara suku kaum yang terlibat dengan kegiatan (head hunting) ini paling lama ialah “Suku Rumanau dan Suku Minokok”lebih kurang 70 tahun (sekitar 1880 – 1953).

SEJARAH.

Menurut catatan yang ditulis oleh En.Roslan Lampakas (Bekas ADO Pejabat Daerah Kecil Tongod)dalam buku aturcara Perayaan Pesta Kaamatan 1990 berpusat di Tongod.Orang yang mula-mula sekali datang di tempat ini ialah “AKI RANDAM”,beliau ini keturunan Suku Makiang berasal dari Kg.Bangkulat.

Keterangan ini disokong oleh En.Abd.Kadir Bin Abdullah,menurut beliau nama lain atau sebelum memeluk agama islam AKI RANDAM ini bernama “AKI SALAP”.

Menurut cerita pada zaman dahulu satu wabak penyakit yang dipanggil “PANGKOT”telah melanda beberapa buah kampung di sebelah bawah termasuklah Kg.Bangkulat.Wabak tersebut telah banyak mengorbankan nyawa ramai penduduk.Disamping mencari penempatan baru faktor yang mendorong penghijrahan beberapa penduduk ialah penyakit tersebut.Diceritakan juga bahawa pada zaman tersebut belum ada penduduk yang mempunyai agama,mereka semua pada ketika itu adalah “Animisme”.

Seorang pedagang Islam daripada Brunei bernama “IMAM KAHAR”telah sampai di Kg.Bangkulat tersebut.Banyak keajaiban yang dimiliki oleh pedagang tersebut ,walaubagaimanapun AKI SALAP ini sebagai orang  yang paling gagah pada ketika itu tidak mempercayai pedagang berkenaan.Digambarkan bahawa pada ketika itu AKI SALAP ini adalah seorang BAANI yang paling disegani bukan sahaja oleh Sukunya tetapi juga oleh pihak msuh “TINGGALAN”.Pada satu masa ada acara menangkap ikan beramai-ramai “MENUBA” menggunakan racun akar kayu “TUBA” di kawasan tersebut.Imam Kahar telah menggaris Sungai Kinabatangan ini dengan tongkatnya.Apa yang menghairankan “semua ikan sebelah bawah hidup cergas,tetapi ikan sebelah ulu semuanya mati”sedangkan racun dibuang sebelah ulu sungai.

Keajaiban seterusnya yang ditunjukkan oleh’Imam Kahar’ ialah sewaktu wabak “Pangkot”melanda kawasan tersebut sesiapa yang mendapat suntikan beliau akan sembuh.Dikatakan bahawa “Aki Salap”ini tidak lut oleh apa-apa senjata tajam,tetapi dengan jarum suntikan ‘Imam Kahar’dengan senang sahaja melukai kulit seterusnaya isi beliau.Maka dengan itulah beliau ini “Aki Salap” telah memeluk agama islam seterusnya berguru dengan Imam tersebut.Apabila ketua mereka telah memeluk agama islam maka sebilangan besar penduduk telah mengikut jejak langkah beliau ini.

Setelah sampai di tempat ini beliau “AKI RANDAM” telah bertemu dengan “EN.KANGI”yang berasal daripada Kg.Talibu.Menurut orang ini tiada orang yang berani pergi ke tempat ini kerana takut dengan “Seekor Harimau/Mondou” yang tinggal dalam lubang batu di bukit “OPOS MATO”(boleh dilihat dari Kuala Sungai Tongod).Sebagai seorang yang gagah berani (Gumbilaan) beliau telah mengarahkan beberapa orang mencari batang pisang monyet dan damar seterusnaya dikumpulkan dilubang batu tersebut.Setelah itu damar tersebut telah dibakar,akhirnya Harimau/Mondou tersebut telah mati hangus.Selepas itu barulah ramai orang yang telah berhijrah seterusnya membuat penempatan di tempat ini.

NAMA (ASAL-USUL)

Pada awalnya EN.KANGI telah menamakan tempat ini sebagai “TONGODO”,iaitu bersempena dengan nama poko-pokok kayu yang banyak terdapat ditempat ini ketika itu.Tetapi pada hari ini akibat peredaran masa,arus sungai deras bila musim hujan(banjir) dan juga kebanyakkan generasi sekarang tidak lagi mengenali pokok tersebut maka pokok ini sudah jarang ditemui.

Nama TONGODO tersebut tidak kekal lama,ini kerana apabila DATO RABBANA (Saudagar  berbangsa Suluk)telah sampai di tempat ini beliau telah meminta agar nama tersebut ditukar kepada “TONGOD” yang membawa erti “TEMPAT” dalam bahasa Suluk.Sememangnya pedagang –pedagang Suluk pada ketika itu sangat dihormati,ini kerana dikatakan bahawa mereka ini adalah wakil daripada Kerajaan Sulu datang berniaga sambil meninjau kawasan berkenaan.Seterusnya  pangkal nama Tongod ditambah dengan perkataan “KUALA”(Alung-Bahasa Sungai)maka jadilah nama tempat ini “KUALA TONGOD”(ALUNG TONGOD-Bahasa Sungai).Ini adalah disebabkan  oleh kedudukan tempat ini sendiri terletak di Muara (Kuala Sungai Tongod) yang mengalir ke Sungai Kianabatangan.

TINGGALAN-TINGGALAN SEJARAH.

1:Dispensari (Rumah Sakit)-Zaman British.

Satu-satunya bangunana hasil peninggalan bangsa tersebut ialah bangunan "Dispensari/Rumah Sakit"yang telah dibina pada tahun 1938.Bangunan ini dibina hasil kerjasama dengan penduduk kampung pada ketika itu.

Tenaga kerja atau Pembantu Perubatan yang pertama bertugas ialah 'En.Andau"berketurunan Suku Kaum Dusun anak kelahiran Negeri Sabah.Anak beliau ini sendiri telah menjadi Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pejabat Daerah Kecil Tongod iaitu "En.Charles Andau".Pembantu Perubatan yang kedua "En.Gusmiah" berketurunan Suku Kaum Sungai dan berasal dari Kg.Sukau Kinabatangan.

Menurut cerita selepas sahaja pembinaan bangunan 'dispensari' tersebut selesai, pada tahun yang sama pihak Mission Anglican telah mengambil alih pentadbiran dispensari tersebut.Pihak mission mendapati bahawa dua jenis penyakit berjangkit tropika (Malaria dan T.B) merupakan ancaman besar kepada nyawa penduduk ketika itu.Malah dianggarkan bahawa pada ketika itu separuh daripada setiap keluarga meninggal dunia akibat serangan penyakit tersebut.

Pada tahun 1958 "Miss Wendy Grey" seorang Pelayan dari USPG Missionari telah menyahut cabaran tersebut.Dikatakan bahawa beliau inilah yang bertanggungjawab memberikan ceramah menyedarkan penududk tentang bahaya penyakit dan kebaikkan perubatan moden.Beliau ini sanggup pergi ke kampung-kampung sekitar membuat lawatan dengan bantuan pihak Mission.

Usaha murni ini diteruskan oleh beberapa orang pelayan dari US Peace Corps.(Belanda,England dan Australia).Diantara orang-orang tersebut yang terkenal dan masih diingati hingga kini ialah "Sister Colline,Sister Elliot L.C,dan Miss Marianne Wise.Selepas 41 tahun , iaitu pada awal tahun 1979 barulah Pihak Kerajaan Negeri Sabah/Persekutuan mengambilalih pentadbiran dispensari tersebut daripada Gereja Anglican (Mission).

2.Tongod Anglican School Kinabatangan,North Borneo (Aliran Inggeris)

Sekitar tahun 1955 dan 1956 apabila Rombongan Mubaligh Kristian yang diketuai oleh "Reverand Lomex"datang ke Kg.Tongod kali kedua,OT.Harun bin Japar telah menemui Paderi tersebut.Tujuan beliau ialah memohon agar Pihak Mission membuka sebuah Sekolah di kampung ini.Tindakan beliau ini adalah ekoran daripada rasa tidak puashati dengan tindakan kerajaan mewujudkan sebuah Sekolah Rendah Kerajaan di Kg.Penangah.Padahal ketika itu jarak Kg.Penangah lebih jauh ke Sandakan daripada Kg.Tongod ke Sandakan.Beberapa permohonan juga telah diajukan kepada pihak kerajaan tetapi tidak mendapat sebarang perhatian.

Pihak Mission melalui Reverand Lomex bersetuju dengan permintaan tersebut tetapi dengan syarat.Antara syarat tersebut ialah (Pihak Mission dibenarkan menyebarkan ajaran Agama Kristian.OT.Harun Bin Japar bersetuju dengan syarat tersebut TETAPI penduduk yang telah menganut Agama Islam tidak diganggu dan hak mereka mesti dihormati).Setelah kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat tersebut maka kerja-kerja pembinaan bangunan Sekolah tersebut dimulakan pada tahun 1957 dan siap sepenuhnya pada tahun 1958.
    
Pembinaan bangunan tersebut dilakukan secara gotong-royong antara penduduk kampung dengan pihak Mission.Penduduk kampung bertanggungjawab mendapatkan beberapa bahan binaan seperti kayu bulat,belian dan kulit kayu dari hutan.Dikatakan bahawa bukan sahaja pembinaan bangunan sekolah malah bangunan gereja (Lama) masih ada hingga sekarang dibina hasil gotong-royong penduduk kampung.Pada ketika itu agama yang ada selain Pagan ialah Agama Islam justeru sebilangan besar penduduk yang terlibat dalam pembinaan bangunan-bangunan tersebut ialah penduduk islam.

Pada hari ini jika kita hayati dan perhatikan lebih dekat struktur bangunan tersebut (Gereja) terutama bahagian tiang belian berbentuk bulat,sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata.Bagaimana jerih payah,berapa banyak keringat yang keluar daripada tubuh penduduk kampung membawa tiang-tiang tersebut daripada hutan belantara.Daripada kesimpulan peribadi penulis sendiri dapat diandaikan bahawa "semangat perpaduan,kepatuhan kepada ketua,keikhlasan dan semangat inginkan kemajuan "adalah faktor utama kejayaan pembinaan bangunan-bangunan tersebut.

Soal upah,gaji dan harga bahan binaan yang sememangnya tidak seberapa hanya perkara kedua,apa yang penting sekali ialah masa depan bangsa terjamin hasil daripada pendidikan (ilmu) yang bekal diperolehi nanti.Tarikh 06hb.Januari.1958 adalah tarikh "Sejarah" yang sangat penting bagi penduduk Kg.Tongod kerana pada tarikh inilah bangunan sekolah berkenaan siap seterusnya digunakan.Antara pelajar pertama ialah (Imam Tanguran Bin OT.Harun) ,pada ketika itu telah berumur sekitar 18 tahun.Faktor umur inilah menyebabkan beliau ini hanya sempat belajar sehingga darjah tiga (Primary Three).Walaubagaimanapun sebagai keluaran/produk pertama beliau ini fasih bercakap dalam bahasa inggeris disamping menulis dengan baik seterusnya menjadi salah seorang pemimpin masyarakat tersohor khususnya di Kg.Tongod ini.

Guru pertama yang bertugas di sekolah ini ialah ialah "En.Puntang"berketurunan Iban berasal dari Negeri Sarawak dan di bantu oleh En.Andrew Kerry (Tukang Kayu yang mahir) juga dari Sarawak.Beliau ini kemudiannya digantikan oleh beberapa orang guru besar (Headmaster) berbangsa inggeris, antara yang terkenal ialah "Miss Govier dari England dan Miss Sylvia Jeans dari Australia.

Bangunan sekolah tersebut sudah dirobohkan oleh pihak mission setelah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah mengambilalih sekolah tersebut sekitar penghujung tahun 1970an.Tapak sekolah ini juga telah dipindahkan ke Kg.Lilingkuon (Kawasan Kg.Tongod) sekitar tahun 1985 pada era pemerintahan Parti BERJAYA.

3:Bangunan Gereja Anglikan (lama).

Seperti yang diceritakan tadi bahawa bangunan ini juga adalah hasil kerja gotong-royong Pihak Mission dengan penduduk kampung.Struktur bangunan termasuk seni bina masih lagi kukuh dan tidak banyak berubah walaupun sudah di mamah usia dan mendapat pembaikkan.

Bangunan tersebut banyak menyimpan nostalgia bukan sahaja bagi penduduk yang menganut agama kristian tetapi juga penduduk yang beragama islam.

Masa persekolahan pada zaman tersebut ialah jam 8.00 pagi,sebelum masuk ke bilik darjah semua pelajar dikehendaki pergi ke gereja tidak kira kristian,islam atau pagan dan ini adalah satu peraturan.Kebanyakkan aktiviti pada sesi tersebut lebih kepada amalan yang dilakukan oleh Agama kristian,disamping itu aktiviti sekolah (Ko-Kurikulum sekarang ini) seperti lakonan di buat di dalam gereja tersebut.

Bagi pelajar yang menganut agama islam hal tersebut bukanlah masalah besar pada ketika itu,bagi mereka ini khususnya ibu bapa apa yang penting sekali ialah ilmu pengetahuan daripada mereka dan bukan kepercayaan agama dan budaya yang dipelajari.Dalam soal keagamaan (islam) pada ketika itu ialah kekuatan "AQIDAH" yang telah hidup subur sejak sekian lama sebelum kedatangan Pihak Mission Anglican ke Kg.Tongod ini.

4:Bangunan Kedai "Meng Chiang".

Bangunan ini adalah milik sebuah syarikat perdagangan cina (Yoong Soon) yang pada ketika itu mempunyai kedai besar di Kg.Tangkulap dalam Daerah Tongod.Bangunan ini adalah bangunan tertua dimana ianya telah dibina sebelum pendudukan Pihak Jepun (Sekitar Kedatangan Pemerintahan Kesultanan Sulu).

Secara ringkas bangunan ini telah melalui "Empat Zaman Pemerintahan (Suluk,British,Jepun,British)sehinggalah pada hari ini masih lagi kukuh.Pada zaman pemerintahan Suluk dan British kedai ini seringkali dijadikan sebagai tempat mesyuarat dan menyelesaikan permasalahan penduduk kampung.Pada zaman Jepun pula bangunan ini dijadikan sebagai Markas tentera dan pusat penyimpanan peralatan senjata.Dikatakan juga bahawa banyak darah yang telah ditumpahkan oleh Pihak Jepun di kawasan ini.

Seandainya pada masa ini OT.Harun Bin Japar dan Fee Bak Meen (Antara Taukeh Kedai) masih hidup pada ketika ini, nescaya sebuah buku kecil dapat diterbitkan hasil cerita khusus disebalik bangunan ini.Pada masa sekarang ini,seandainya bangunan ini seperti manusia (boleh berkata-kata) banyak kisah yang boleh diceritakan kerana sepanjang usianya telah menyaksikan kisah hidup dan suka duka penduduk Kg.Tongod khususnya sejak ianya di bina hingga sekarang.

5:Tugu Sumpah Perdamaian (Suku Rumanau dan Suku Minokok).

HEAD HUNTING

Tugu ini adalah "BUKTI" sahih bahawa pada suatu ketika dahulu di kawasan ini pernah terjadi Permusuhan Kaum dalam tempoh masa yang cukup lama.Permusuhan kaum ini melibatkan aktiviti (HEAD HUNTING) pemotong kepala manusia.Berdasarkan tugu tersebut kaum yang terlibat ialah Suku Rumanau dengan Suku Minokok.

Dianggarkan bahawa tempoh masa permusuhan tersebut ialah sekitar 70 tahun. Permusuhan ini hanya berjaya ditamatkan sepenuhnya dengan campur tangan Pihak British iaitu pada tarikah "04hb.Mei.1953.Peristiwa perdamaian tersebut telah diadakan di "Kg.Kiandongo" dalam kawasan Kg.Tongod dan di buat oleh (OT.Karukau-Suku Rumanau dan OT.Rungkaki-Suku Minokok) sebagai wakil bagi kedua-dua suku tersebut.

Bagi Suku Kaum Makiang dan Sinabu gelaran-gelaran seperti "BAANI" amat sinonim bagi kedua-dua suku tersebut.BAANI ialah gelaran kepada seorang Pahlawan (yang berjaya membawa balik kepala musuh),sementar panggilan seperti "TINGGALAN-Suku Makiang,dan SAGILITAN-Suku Sinabu ialah panggilan kepada sekumpulan musuh (Pemotong Kepala) yang seringkali datang menyerang kawasan ini ketika itu.Status seorang pahlawan (BAANI) diukur mengikut berapa jumlah kepala yang berjaya dipotong seterusnya di bawa balik dari perburuan.

Bagi Suku Kaum Sungai (Ulu Kinabatangan) khususnya kawasan Kg.Tongod aktiviti (Head Hunting) pemotong kepala ini dilakukan disebabkan oleh mempertahankan diri dan membalas dendam pada mulanya.Pada zaman dahulu kumpulan musuh (Tinggalan / Sagilitan) ini biasanya datang menyerang kawasan ini pada masa-masa tertentu,biasanya pada musim menanam dan menuai padi.Walaubagaimanapun bagi Suku Kaum Sungai khusunya Suku Makiang,kegiatan ini telah tamat (tiada tarikh tertentu) selepas kedatangan Agama Islam ke kawasan ini.Bagi Suku Kaum Makiang "BAANI" yang sangat terkenal ialah (Aki Salap@Randam,Aki Sangka,Aki Pangkatan,Aki Lintangah,Aki Jaim) setakat yang diketahui.

Nama-nama besar inilah juga yang bertanggungjawab kepada kewujudan kampung-kampung pesisir Sungai kinabatangan daripada Kg.Kuamut hinggalah ke Kg.Tongod ini.Sejak dari itu susur galur keturunan mereka ini bertaburan hingga ke Kg.Penangah ,faktor hal tersebut antara lain ialah kerana "Perkahwinan".Justeru bagi Kg.Tongod ini sendiri penduduk islam mempunyai kaitan keluarga dengan penduduk sekitar bukan beragama islam seperi Bolot,Talibu,Purutawoi,Malagatan,kiliwatong dan sehingga ke Kg.Penangah.

STRUKTUR KEPIMPINAN  (Tahun 1900 hingga 2012)

1:Aki Salap @ Randam.

Menurut cerita beliau ini adalah 'MOYANG" kepada seluruh penduduk Kg.Tongod khususnya yang beragama islam.Beliau ini berasa di Ulu Sungai Kuamut (Tambanoua) seorang pahlawan gagah perkasa,digeruni pihak kawan dan lawan (Tinggalan) pada keika itu.

Daripada penempatan asal beliau  berjalan mengejar pihak musuh bersama beberapa orang saudara beliau sendiri (nama tidak diketahui).Setelah melalui perjalanan yang cukup lama akhirnya beliau sampai/tembus di Sungai Kinabatangan seterusnya menetap di Kg.Bangkulat.Adalah dipercayai bahawa saudara-saudara beliau ini ada yang sampai sehingga ke Kg.Inarad,Kg.Penangah seterusnya ke Keningau.Menurut cerita mereka ini tidak lagi kembali ketempat asal mereka.

Bagi Suku Kaum Makiang Sungai mereka-mereka inilah yang digelar sebagai "BAANI".Menurut cerita zaman mereka inilah berlaku kegiatan Head Hunting (Pemotong Kepala) yang sangat rancak.Seperti cerita awal peristiwa ini berlaku akibat daripada "mempertahankan diri dan membalas dendam".Bermula daripada kisah inilah khusus untuk Penduduk Islam Kg.Tongod hari ini, mempunyai pertalian keluarag yang rapat dengan penduduk bukan beragama islam dari Kg.Kuamut hinggalah Kg.Penangah sekarang ini.

Menurut keterangan yang diperolehi beliau ini adalah oarang yang "Pertama"memeluk agama islam,seterusnya diikuti oleh penduduk kampung pada ketika itu (sebelum kedatangan Pemerintah Suluk sekitar sebelum tahun-19900).Jika fakta ini diambil kira maka Penulis adalah "Keturunan Ketujuh"melalui susur-galur keturunan "Aki Salap @ Randam "ini.

Apabila wabak penyakit "PANGKOT"(sejenis penyakit berjangkit) menyerang penduduk Kg.Bangkulat dan sekitar (tarikh tidak diketahui),beliau ini berserta beberapa keluarga telah menyusuri Sungai Kinabatangan hingga ke Kg.Tongod seterusnya bertemu dengan "En.Kangi".Pada waktu itu beliau dan beberapa penduduk telah memeluk agama islam dengan diislamkan oleh "Imam Kahar" seorang pedagang/mubaligh islam dipercayai dari Kesultanan Brunei.Selepas membuat penempatan (Kampung) di tempat ini seorang saudagar Suluk bernama "Datuk Rabbana"telah sampai ke tempat ini,seterusnya melantik beliau sebagai "Penghulu" dengan gaji $5.00 sebulan daripada Pemerintah Sulu.

Bermula pada masa inilah maka penduduk kampung ini pada ketika itu mempunyai seorang ketua yang sah,.ini kerana dipercayai bahawa pada ketika itu kewasan ini termasuk dalam Kuasa Pemerintahan Kerajaan Sulu sehingga Ulu Kinabatangan.
                                                                  
2:Aki Daaga @ Panglima Ambilbar.

Tokoh ini adalah anak kepada "Aki Randam" dan bertugas dari Pemerintahan Suluk sehingga Zaman Kolonial British.Seperti bapanya beliau ini juga dikatakan seorang yang gagah perkasa,disamping mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dalam pelbagai bidang.Beliau ini juga sangat dihormati dan digeruni oleh kawan dan lawan pada zaman tersebut.

Bagi Suku Kaum Makiang beliau ini adalah satu-satunya tokoh yang pernah menentang Pihak British.Beliau ini pernah pergi ke Sandakan (menaiki perahu) berjumpa dengan Residen British pada ketika itu.Beliau meminta "Seratus pucuk senapang berserta dengan dua guni peluru"daripada British,dengan alasan bahawa banyak "TELEGRAF"yang dipasang oleh British sebelah Ulu rosak akibat gangguan "Gajah Liar".

Sebelum pertemuan tersebut Pihak British telah menghidu niat sebenar beliau lebih awal lagi.Oleh itu Pihak British telah mengupah seorang Saudagar Suluk untuk meracuni beliau ini.Apabila rombongan mereka ini sampai di Kg.Bilit sekarang ini , mereka telah disambut seterusnya diberikan jamuan secara besar - besaran.Dalam jamuan tersebut Saudagar Suluk tadi telah menyimpan racun ke dalam minuman "Panglima Ambilbar".Setelah menyedari bahawa beliau ini telah diracuni maka mereka terus bertolak dari Kg.Bilit berdayung siang dan malam tanpa henti.Mungkin umur beliau telah sampai maka akhirnaya beliau ini menghembuskan nafas terakhir di "KG.LANGOT" sekarang ini dalam kawasan Kg.Tongod.

Menurut cerita penduduk "Panglima Ambilbar" telah dipilih oleh "Paduka Mat Salleh" sebagai ketua sebelah Ulu Kinabatangan untuk melawan Pihak British.Paduka Mat Salleh dikatakan pernah sampai ke kawasan ini bagi meraih sokongan penduduk untuk menentang British.Pada ketika itu juga penduduk setempat tidak berpuas hati dengan peraturan "Cukai" yang dikenakan oleh British keatas penduduk kampung.Antara cukai-cukai yang dikenakan pada ketika itu ialah "Cukai Kepala Manusia,Cukai Perahu,dan Cukai hasil-hasil pertanian dan ternakan".Hal inilah yang menyebabkan "Panglima Ambilbar" sebagai ketua ketika itu bangun untuk menentang Pihak British tetapi tidak kesampaian.

Orang-orang (Gumbilaan/Pahlawan) yang dibawa oleh beliau ke Sandakan untuk menemui Residen British  ialah "Aki Dagang , Aki Mutasim, dan Aki Jali".Sementara anak beliau yang bernama "Aki Masaleh" ditinggalkan bagi menjaga keselamatan seterusnya pentadbiran kampung,beliau ini juga dikatakan seorang "Gumbilaan/Pahlawan" pada ketika itu.

3:Aki Masaleh Bin Ambilbar.

Selepas Panglima Ambilbar meninggal dunia tempat beliau sepatutnya digantikan oleh anaknya yang bernama "AKI MASALEH",yang juga cukup hebat pada ketika itu. Walaubagaimanapun beliau ini (Aki Masaleh) tidak berminat untuk menjadi ketua,sebab-sebab beliau tidak berminat tidak diketahui.Dikatakan bahawa beliau ini lebih berminat mempelajari ilmu-ilmu berkenaan dengan soal keagamaan (Islam) pada masa itu.

4:Aki Tangkas Bin Darusan.

Oleh kerana tiada lagi orang yang boleh dilantik sebagai ganti kepada Panglima Ambilbar maka Pihak Suluk telah melantik AKI TANGKAS BIN DARUSAN sebagai ketua (kemungkinan OT) bagi mengetuai penduduk ketika itu.Walaubagaimanapun era beliau ini tidak lama,tidak diketahui sebab-sebab atau masalah maka beliau ini diberhentikan oeh pemerintah ketika itu.Kebetulan pula tiada maklumat tertentu yang diceritakan oleh penduduk setempat samada dahulu atau sekarang ini berhubung dengan beliau ini.

5:Aki Japar Bin Ambilbar.

Beliau ini telah dilantik oleh Pemerintah British dengan gelaran "Orang Tua"(OT).Berbanding dengan bapanya beliau ini seorang yang agak sedehana.Walaubagaimanapun darah kepahlawanan tetap ada pada diri beliau ini.

Sebagai ketua pada ketika itu beliau ini telah memikirkan kepentingan kesihatan penduduk.Pada zaman ini berbagai-bagai penyakit berjangkit timbul,cara perubatan pula hanya bergantung kepada perubatan tradisi (Herba-herba dan amalan kepercayaan animisme).Dengan kesedaran inilah maka beliau telah berjumpa dengan Pegawai Daerah Lamag ketika itu yang bernama "Tuan Cladius-berketurunan British".Beliau telah meminta agar Pemerintah British ketika itu mewujudkan sebuah "Rumah Sakit" di Kg.Tongod ini.

Pada tahun 1938 satu sejarah telah tercatat, dimana penduduk Kg.Tongod yang terdiri daripada Suku Kaum Sungai-Makiang telah mendapat sentuhan "Perubatan Moden".Dengan adanya Rumah Sakit (Dispensari) tersebut , bukan hanya penduduk Kg.Tongod yang mendapat manfaat tetapi juga seluruh Kampung-Kampung sekitar pada ketika itu.Pada waktu inilah juga dikatakan bahawa penghijrahan penduduk dari kampung berdekatan semakin rancak.

6:Aki Harun Bin Japar (Pemerintahan USNO).(1976-Meninggal Dunia)

Beliau ini cukup sederhana dan mempunyai ciri-ciri seperti "Penyabar,Pemurah,Periang dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja".Ciri-ciri inilah yang menyebabkan beliau ini mempunyai cukup ramai kawan seterusnya menjadi seorang pemimpin yang tersohor pada zamannya,sehingga hari ini masih menjadi sebutan oleh penduduk setempat.

Seperti juga bapanya beliau ini telah memikirkan kemajuan untuk kepentingan masa depan genarasi beliau.Jika bapanya telah memikirkan kepentingan kesihatan masyarakat beliau ini pula lebih kepada pendidikan (ilmu) untuk generasinya.Pada zaman tersebut masyarakat secara keseluruhan masih lagi "BUTA HURUF",pendidikan pada masa ini lebih kepada "Agama Islam".

Atas kesedaran tersebut maka beliau telah mengemukakan beberapa permohonan kepada pihak Kerajaan agar sebuah Sekolah Kerajaan di wujudkan di Kg.Tongod ini.Setelah puas memohon dan bersabar menunggu tiada juga kelulusan,maka beliau telah mencari pendekatan yang lain.Pada masa tersebut di Kg.Penangah sudah ada sebuah Sekolah Rendah Kerajaan yang diberikan oleh kerajaan ketika itu.

Pada tahun 1953 beliau telah berjumpa dengan sekumpulan Mubaligh Kristian yang telah sampai di Kampung ini ketika itu.Dalam pertemuan tersebut beliau telah meminta agar pihak Mission (Sabah Anglican Interior Mission) membuka sebuah sekolah di Kg.Tongod ini.Rombongan mubaligh tersebut diketuai oleh "The Reverand Lomex-berketurunan inggeris".Tahun 1957 bermulahlah  kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah tersebut sehingga siap dan digunakan pada tahun 1958.

Beliau ini juga di gelar sebagai "PANGLIMA RUMANTAI" oleh Suku Kaum Mangkaak, seterusnya mendapat pemberian (hadiah) setiap tahun berupa beras dan padi daripada Suku berkenaan. Rakan-rakan rapat beliau dari suku ini ialah OT.Laasam, OT.Rungkaki, OT.Arut. Suku Kaum ini terhutang budi ,ekoran satu peristiwa rompakan keatas sebuah kedai milik orang cina bertampat di Kg.Tongod dimana dilakukan oleh suku ini pada zaman dahulu.Pemberian hadiah sepertimana diatas dikenali sebagai " PUAS PUNSU",berupa tanda terima kasih dan mengenang jasa dan bukan sebagai cukai tertentu.

Usaha berterusan untuk memajukan kawasan ini diteruskan lagi dengan permohonan Sekolah Menengah dan Pejabat Daerah Kecil  untuk Kg.Tongod.Untuk tujuan tersebut pada tahun 1975 beliau bersama ketua-ketua kaum yang lain mengadakan mesyuarat dengan dipengerusikan oleh (Tuan Jumat Insud) Pegawai Daerah Lamag ketika itu.Walaubagaimanapun beliau tidak sempat melihat kewujudan SMK dan Pejabat Daerah Kecil tersebut kerana pada tahun 1976 beliau telah kembali kerahmatullah (meninggal dunia).
                                                              
 7:Aki Agap Bin Mutisam.

Menurut cerita beliau ini pernah dilantik sementara sebagai Ketua Kampung (OT) bagi menggantikan OT.Harun.Ini kerana masa tersebut OT.Harun pernah diberhentikan sementara oleh OKK Harun (Ketua Daerah) berpejabat di Kg.Penangah ketika itu.OT.Harun pada ketika itu ada masalah dengan isterinya (Adu Saliput Binti Lintangah),selepas masalah tersebut selesai (Kahwin) beliau dilantik semula sehinggalah awal Pemerintahan Parti BERJAYA.

8:Imam Tanguran Bin OT.Harun.(1940-2002)

Mengikut daftar sekolah (sehingga kini digunakan) beliau ini adalah kumpulan pelajar pertama mendapat pendidikan di sekolah (Tongod Anglican School Kinabatangan,North Borneo) pada tarikh 06hb.Januri.1958 (Aliran Bahas Inggeris).Pada ketika itu umur beliau ini lebih kurang dalam 18 tahun,antara rakan sekolah beliau ialah En.John Chua Bak Meen,dan En.Idris Bin Panglima Siat.

Disebabkan faktor umur maka beliau ini hanya sempat menuntut di sekolah tersebut dalam darjah tiga (Primary Three) sahaja.Walaupun begitu beliau ini boleh bercakap dengan baik dalam bahasa inggeris disamping lancar membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Jawi.Dengan sedikit ilmu inilah yang menjadi bekalan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan moyang dan bapanya dalam membantu masyarakat secara keseluruhan.

Setelah bapanya meninggal dunia beliau ini telah dilantik oleh Tuan Haji Abd.Malek Chua (allahyarham) sebagai Ketua Kampung bagi Kg.Tongod ini.Pada zaman inilah gelaran OT(British) digantikan dengan gelaran "Ketua Kampung,"mengikut rekod pada ketika itu beliau ini belum sampai 40 tahun (umur).Setelah menjawat tugas tersebut seawal umur beliau 40an,tugas berat telah berada di bahu iaitu "Pemimpin Masyarakat dan Pemimpin Agama (Islam)".Pada zaman dahulu gelaran "IMAM" diberikan kepada seseorang yang mengetuai acara/aktiviti keagamaan.Ini kerana pada ketika itu dikatakan bahawa beliau ini adalah satu-satunya penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam bidang tersebut.

Seperti awal catatan tadi bahawa ISLAM adalah agama terawal sampai di tempat ini.Dalam situasi tersebut sepatutnya sudah ramai penduduk yang mempunyai pengetahuan dalam bidang keagamaan.Pada waktu tersebut kebanyakkan penduduk islam Kg.Tongod ini telah berhijrah ke Kg.Suan Lamba sekarang ini.Ini adalah permintaan "Pangeran Galpam" wakil rakyat USNO supaya penduduk berhijrah ke Kg.Suan Lamba (Rancangan Tanaman Kelapa Sawit).Walaubagaimanapun OT.Harun tidak menyahut permintaan tersebut berserta beberapa ketua keluarga yang lain (Hujan Emas Di Negeri Orang,Hujan Batu Negeri Sendiri).

 Mengenai Imam Tanguran Bin OT.Harun ini,sumbangan besar beliau ialah dalam bidang "Keagamaan,Adat-Istiadat,dan Kepimpinan Masyarakat".Dalam bidang agama islam beliau telah memberikan sumbangan sehingga ke Kg.Penangah dalam jangka masa hampir (22 tahun) sehingga meninggal dunia pada tahun 2002.Tugas ini merangkumi "Nikah kahwin,kenduri,pengurusan Jenazah,pengajain al-quran dan lain-lain berkaitan dengan agama islam secara perseorangan dan percuma.

Dalam kepimpinan masyarakat beliau ini pernah menjadi "Ketua Kampung,Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN),Pemaju Mukim (PM),Ketua Anak Negeri (KAN),JPPK (UMNO).Dalam bidang politik pula beliau ini adalah Ketua Cawangan USNO, BERJAYA dan UMNO sehingga meninggal dunia.Meneruskan permohonan bapanya agar sebuah Sekolah Menengah dan Pejabat Daerah Kecil diwujudkan di Kg.Tongod melalui Haji Abd.Malek Chua,Wakil Rakyat ketika itu.

Pada tahun 1977 lahirlah Pejabat Daerah Kecil Tongod dan dalam masa yang sama kelulusan Sebuah Sekolah Menengah diberikan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.Bagi Sekolah Menengah ini Pemecahan Batu Asas telah dilakukan sendiri oleh "Datuk Musa Hitam" yang bertugas sebagai Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.Dengan adanya kedua-dua Institusi berkenaan maka bertambahla kemajuan Kg.Tongod dan kampung-kampung sekitar pada ketika itu hingga hari ini.

Tanpa sebab dan alasan yang kukuh SMK TONGOD telah dipindahkan ke Kg.Penangah.Rakyat secara keseluruhan cukup sedih dan dukacita dengan perpindahan tersebut.Penduduk Kg.Tongod khususnya menerima tamparan cukup hebat kerana alasan perpindahan tersebut ialah "ORANG TONGOD MENOLAK PEMBINAAN SMK TERSEBUT".Tuduhan tersebut sebenarnya TIDAK betul kerana tapak SMK tersebut bukan dalam kawasan Kg.Tongod sebenarnya.Apa yang betul ialah campur tangan politik telah membataskan perancangan awal Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ketika itu.

9:En.Abd.Kadir Bin Abdullah.(1939)

Beliau ini dilantik sebagai "Ketua Kampung merangkap PJKKK" pada tahun 1981 semasa Pemerintahan Parti Berjaya.Pada zaman ini banyak peruntukan-peruntukan kecil seperti Balai raya dan Gelanggang perminan telah di bina.

Bagi masyarakat Islam sekarang ini beliau ini boleh dikategorikan sebagai Ketua Umur.Oleh sebab itu hingga kini beliau ini seringkali menjadi bahan rujukan dalam beberapa perkara terutama berkaitan dengan hal-hal zaman dahulu.
                                                                  
10:En.Jangawan Bin Parigau.(1945)

Beliau ini adalah sepupu sekali kepada Imam Tanguran Bin OT.Harun.Ini kerana  (Adu Saliput Binti Lintangah-ibu kepada Imam Tanguran) adalah adik kandung bongsu kepada OT.Parigau Bin Lintangah.

Pada tahun 1986 beliau ini dilantik sebagai Ketua Kampung bagi Kg.Tongod menggantikan En.Abd.Kadir Bin Abdullah.Pada hari ini dari segi adat-istiadat Suku Kaum Sungai beliau ini adalah satu-satunya pemimpin yang masih mempunyai pengetahuan luas dan pakar rujuk kepada Ketua-Ketua Kampung yang lain. Dalam usia yang sudah lanjut beliau ini masih cergas dan erus bertugas sehingga ke hari ini.

11:En.Sani Bin Asbat.(1952)

Dilantik sebagai Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) merangkap PJKKK pada tahun 1986 hingga tahun 1996.Beliau ini berkhidmat semasa zaman Pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan banyak memberikan sumbangan jasa sesuai dengan tugas beliau.

Pada zaman ini Kg.Tongod telah mendapat Projek Perumahan (Projek Perhutanan Masyarakat-dikendalikan oleh Yayasan Sabah).Beberapa penduduk kampung mendapat bantuan bahan binaan untuk membuat rumah secara percuma.Sehingga hari ini rumah-rumah tersebut masih ada didiami oleh penduduk kampung.Dari segi keagamaan pula beliau ini selalu dipanggil oleh penduduk kampung bagi mengetuai acara-acar kenduri apabila imam bertauliah ada urusan lain.

12:En.Asan Bin Pinsin.(1967)

Beliau ini adalah cucu kepada OT.Harun Bin Japar.Dilantik sebagai PJKKK bagi menggantikan En.Sani Asbat.Beliau ini merupakan PJKKK yang ke-3 bagi kg.Tongod atas pilihan rakyat pada ketika itu,dan sekarang ini cucu lelaki paling tua kepada OT.Harun Bin Japar.

13:En.Awang Abd.Murad.(1960)

Berasal daripada Daerah Beaufort Sabah dan berketurunan Brunei.Bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Klinik Kesihatan Tongod.Beliau telah berkahwin dengan (Pn.Sabturiah Binti Tanguran) dan terus menetap di Kg.Tongod hingga sekarang.

Dilantik sebagai PJKKK menggantikan En.Asan Pinsin.Beliau ini memberikan sumbangan yang cukup besar khususnya kepada masyarakat islam kampung ini.Dalam bidang politik (UMNO) beliau ini bertanggungjawab membantu bapa mertuanya dalam hal-hal politik.Sehingga kini menjadi sumber rujukan khususnya pemimpin UMNO kawasan ini.
                                                                     
Antara jasa-jasa yang beliau sumbangkan ialah (Pengerusi JKKK-Ke 4,Ketua Cawangan UMNO,Pengerusi Zon UMNO,Pengerusi Masjid,AJK UMNO Bahagian Kinabatangan dan Ahli JASA sehingga sekarang).

Dalam bidang keagamaan beliau ini boleh diandaikan sebagai pengganti kepada Imam Tanguran Bin OT.Harun.Walaupun kini sudah ada Imam bertauliah daripada JHAEINS tetapi pada masa-masa tertentu khidmat beliau ini sangat diperlukan.

14:En.Masuari Bin Atiau.(1962)

Bagi penduduk islam Kg.Tongod beliau ini adalah Pemimpin Baru yang berkebolehan.Mempunyai pandangan jauh dan idea-idea baru untuk kemajuan kampung.Bertugas di Jabatan Pertanian Tongod sekarang ini dan pernah menjadi guru sandaran satu ketika dahulu.

Beliau dilantik sebagai pengerusi JKKK bagi Kg.Tongod yang ke-5.Antara sumbangan dan jasa beliau hingga sekarang ialah (Pengerusi JKKK,AJK Masjid,Ketua Cawangan UPKO dan AJK Bahagian UPKO sehingga sekarang).Beliau ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi JKKK atas pilihan sendiri dan hanya beliau yang tahu sebabnya.

15:En.Hendrikus Emoi.(1969)

Seorang pemimpin baru yang berkebolehan berusia sekitar awal 40an dan berpandangan jauh.Beliau bertugas sebagai guru di SRK Pekan Tongod sekarang ini,seorang yang cergas dan rajin bekerja.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi JKKK yang ke 6 bagi Kg.Tongod menggantikan En.Masuari Atiau.Walaupun baru menjalankan tugas tersebut sudah banyak usaha yang beliau lakukan untuk memajukan kampung ini.Sebagai pemimpin baru bagi kampung ini sumbangan beliau ini masih belum boleh diukur atau diberikan gred (masih bertugas).Setakat ini sumbangan -sumbangan beliau ialah (Pengerusi JKKK, Setiausaha Zon UPKO,dan Setiausaha Pemuda Bahagian UPKO hingga sekarang ini).

KAWASAN KG.TONGOD (ASAL)

Mengikut keterangan pemimpin-pemimpin kawasan ini (veteran) persempadanan kampung-kampung Mukim Tongod ini telahpun ditentukan oleh pemimpin/ketua kaum pada zaman dahulu lagi.Walaubagaimanapun tidak diketahui samada perkara tersebut didokumentasikan atau tidak,hal inilah yang menjadi kemuskilan dan pertentangan diantara kampung-kampung sekarang ini.
                                                             
Bagi Kg.Tongod ini sendiri sempadan awal dengan kampung-kampung yang lain adalah seperti dibawah ini mengikut perjanjian pemimpin dahulu:-

Kg.Tongod dengan Kg.Bolot (Sempadan diantara kedua-dua kampung ini ialah di bawah Kuala Sungai Ayoh @ Ayob) yang dipanggil "Bayawion".

Kg.Tongod dengan Kg.Talibu (Sempadan kedua-dua kampung ini ialah "Nikupang"-dikawasan ini terdapat batu besar).

Kg.Tongod dengan Kg.Kiliwatong (tidak diketahui tempat sebenar,tetapi sejak awal "Lilingkuon" masih termasuk dalam Kg.Tongod hingga kini).

Pada hari ini kawasan-kawasan tersebut bukan lagi milik Kg.Tongod.Ini kerana sebahagian kawasan tersebut sudah masuk dalam kawasan (PPM-Yayasan Sabah Kg.Talibu dan Kg.Bolot).Keadaan ini lebih parah lagi dengan adanya "Pelan Baru Pekan Tongod" New Township yang telah mengambil kawasan Kg.Tongod (dari Kuala Sungai Tongod - Kg.Lilingkuon hingga hampir sampai dengan sempadan  Kg.Bolot).Sekiranya kawasan "Township" ini dikuatkuasakan, maka pada hari ini hampir 90 peratus Kg.Tongod asal telah ditiadakan.Sangat menyedihkan sekali bagi kami warga Kg.Tongod yang mendiami kawasan ini hampir 112 tahun lamanya sengaja dikorbankan semata-mata kerana pembangunan yang tidak terancang.

Justeru mengenai hal ini sebagai warga merdeka,sekalipun kami hanya dikategorikan sebagai kolompok "Minoriti" hak kami untuk membuat tuntutan dan rayuan secara berhemah seharusnya diberikan perhatian.Untuk tujuan tersebut beberapa sebab kenapa rayuan kami ini mesti diberikan perhatian serius oleh pihik-pihak berwajib seterusnya kelulusan.

SEBAB-SEBAB TUNTUTAN/RAYUAN.

1.Kawasan perumahan (PPM-Yayasan Sabah) terlalu kecil -41.41 hektar.

Kawasan ini sebenarnya adalah kawasan berbukit dan mempunyai sungai.Untuk membuat rumah kos untuk meratakan tapak terlalu tinggi,penduduk kampung tidak mampu untuk membayar jentera.Jika dilihat dengan lebih dekat kawasan ini sememangnya kurang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan.

Dengan keluasan 41.41 hektar sahaja sekarang inipun keadaannya sudah agak sempit sedangkan jumlah penduduk semakin bertambah.Hal ini ditambahkan lagi dengan adanya individu tertentu dari kampung lain membina rumah di kawasan ini.
                                                                   
Apa yang dikhuatiri ialah pada lima atau sepuluh tahun akan datang kawasan ini sudah tidak mampu menampung kebanjiran penduduk.Jika ini berlaku kemanakah agaknya anak cucu kami akan datang untuk membuat penempatan.....?

2.Kawasan yang di pohon tidak mencacatkan TOWNSHIP.

Jika ditinjau dan dilihat secara lebih dekat kawasan yang dipohon untuk pengeluaran terlalu kecil daripada kawasan asal (lebih kurang 10 peratus sahaja).Kawasan yang dimaksudkan ialah daripada "Sempadan Mission hingga Sempadan Kg.Bolot sahaja, dan dari tepi Sungai Kinabatangan hingga sempadan PPM-Yayasan Sabah.

Apabila diperhatikan dalam Pelan Township , kawasan yang dipohon ini berada dihujung/tepi kawasan tersebut dan bukannya berada di tengah-tengah.Oleh sebab itu diandaikan bahawa kawasan ini TIDAK mencacatkan Township atau Pekan Baru Tongod.Pada masa-masa akan datang apabila TONGOD TOWNSHIP ini sudah diwartakan nanti, secara langsung perkataan KAMPUNG (KG.) akan hilang.Justeru itu sekiranya permohonan kami diluluskan maka kawasan yang dipohon akan dinamakan sebagai "KAMPUNG (KG.) TONGOD" nanti.Dengan ini sekurang-kurangnya sejarah datuk nenek moyang kami tidak akan hilang,sekalipun terpaksa mengorbankan kawasan asal yang wujud hasil daripada sebuah perjuangan dan pengorbanan yang cukup panjang.

Seandainya sejarah kewujudan Kg.Tongod ini lebih awal didokumentasikan seterusnya diselidiki dan dikaji dengan betul boleh diandaikan bahawa "Kg.Tongod ini adalah watak utama" adanya kampung-kampung sekitar Mukim Tongod ini. Dari segi SEJARAH pula ,Kg.Tongod ini adalah pusat kelahiran "cerita,adat-istiadat,kebudayaan,cara hidup,agama dan kepercayaan, dan ilmu" seluruh masyarakat setempat.

"Sejarah sebenarnya TIDAK pernah membohongi manusia,tetapi kadang-kadang hanya manusia itu sendiri yang sengaja memesongkan sejarah".Apabila keadaan ini berlaku maka jadilah perkara-perkara seperti penindasan,dan pengorbanan hak sesuatu suku,kaum atau kelompok minoriti.Dengan tindakan-tindakan sedemikian pada suatu hari nanti masyarakat akan menghukum kita sebagai "TIDAK MENGENANG BUDI".

3.Telah diduduki sejak sekian lama.(hampir 50 tahun anggaran).

Tempoh masa penduduk sekarang  (kawasan dipohon) mendiami tempat ini sudah memakan masa hampir hampir 50 tahun.Fakta ini tidak boleh disangsikan apabila tanaman-tanaman dan tanah perkuburan yang terdapat dikawasan ini dijadikan sebagai ukuran masa. 
                                                                   
Pada hari ini kawasan ini adalah kebun utama bagi penduduk kampung.Fakta ini berdasarkan adanya berjenis-jenis tanaman buah-buahan khususnya,yang telah berusia puluhan tahun.Tanaman-tanaman sara hidup seperti (Kelapa Sawit dan Getah) ada diusahakan dikawasan ini untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan seharian.Rumah-rumah yang telah dibina dan sedang diduduki sekarang ini sudah cukup selesa,sekiranya terpaksa dirobohkan sudah tentu memerlukan wang yang banyak untuk membina semula dan kami tidak mampu kearah itu.

4.Sudah banyak pengorbanan yang diberikan.

Jika mengambil kira kepesatan pembangunan kawasan ini (Mukim Tongod) sehingga ke hari ini,belum ada kampung-kampung sekitar yang sanggup berkorban sepertimana yang Kg.Tongod berikan.

1.Tanah perkuburan islam (Sumilad).

Sebelum Pemerintahan Parti BERJAYA kawasan tersebut adalah kawasan perkuburan islam Kg.Tongod.Atas dasar pembangunan dan sikap "Tidak menghormati" hak kelompok minoriti maka kawasan tersebut telah dihancurkan tanpa belas kasihan.Hanya setakat yang diketahui (anggaran)hampir dua ratus jasad manusia yang telah disemadikan dikawasan tersebut semenjak Kg.Tongod ini wujud.

2.Tanah perkuburan islam (Kawasan PPRT Kg.Bolot Jalan Pekan Tongod).

Dikawasan ini juga dianggarkan lebih 100 buah kuburan islam.Pada hari ini siang dan malam kita melalui kawasan tersebut padahal suatu ketika dahulu kawasan ini adalah perkuburan islam.Kawasan ini juga pada ketika itu terpaksa direlakan atas sebab memberikan laluan kepada pembangunan kawasan ini (Jalanraya).

3.Kawasan Asal Kg.Tongod.

Pada asalnya kawasan ini cukup luas sebenarnya jika ikut persempadanan lama.Tetapi atas dasar setia kawan,memelihara hubungan keluarga,tolak-ansur, dan belas kasihan maka sebahagian kawasan ini kami relakan.

Sekarang ini , dengan adanya Pelan Baru Pekan Tongod (New Township) sebahagian besar kawasan kampung ini termasuk dalam pelan tersebut.Demi untuk pembangunan yang sedang pesat di bawa oleh  "Kerajaan Barisan Nasional" juga kami relakan untuk manfaat masyarakat keseluruhan.TETAPI kami MOHON, sedikit rasa belas kasihan daripada pihak berkenaan agar kami diberikan sedikit kawasan asal kami (sepertimana yang dipohon).
                                                                  
Edited By: CHABIR@KHABIR BIN TANGURAN