Monday 12 November 2018

Menelusuri Tokoh Tokoh Pejuang Kemerdekaan Sabah

MENELUSURI TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN SABAH

Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkamaan penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963. Sebelum Sabah menyertai pembentukan Malaysia, ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajahan 31 Ogos 1963. Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan di mana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti jiwa hamba kepada jiwa merdeka.

Menghayati perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti Raja Ismail, Raja Tebuk, Datu Tating, Sharif Uthman, Raja Laut, Paduka Mat Salleh, Pak Musa, Antanom, Sagunting, Langkap, Panglima Udun, Mat Sator, Kamunta, Datu Mamuda, Datu Kedunding, Andamun, Pengiran Indera Jaya, Sharif Ali dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang, menentang serta menghalau penjajah dari  terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini membayar perjuangan mereka dengan harta, masa, tenaga, pemikiran serta nyawa.

Antara tokoh pejuang yang lebih awal merintis perjuangan menentang penjajah seperti Datu Tating yang menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1775 di Pulau Balambangan. Beliau dengan berani menyerang British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di Sabah, dan juga selepas peristiwa Pulau Balambangan, Raja Ismail dan Raja Tebuk turut membantu Sultan Mahmud menyerang Belanda di Tajung Pinang, Riau Johor pada tahun 1778, selepas itu Raja Tebuk (Raja Lanoon) turut membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di Seberang Perai pada tahun 1791. Manakala Sharif Uthman menentang Inggeris di Teluk Marudu sekitar tahun 1830an, dan penentangan ini diakhiri oleh Sharif Ali di Pandasan dan Ontoros anak lelaki Antanum di Tenom pada tahun 1915.

Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya. Penjajahan secara rasmi pada tahun 1881 merupakan tindakan tegas oleh pihak penjajah agar segala aktiviti ekonomi Sabah dapat dijana semaksimanya. SBUB di bawah  pimpinan Alfred Den dengan Varon Overback merupakan dua tokoh penting penjajah yang memajak Sabah daripada kesultanan Sulu. Pemajakan secara rasmi telah berlaku pada tahun 1881, dan sebelum itu penentangan orang tempatan terhadap penjajah yang bermula sekitar 1775 dalam tempoh 106 tahun barulah hasrat serta cita-cita pihak kolonial berjaya mendapatkan Sabah sepenuhnya.

Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk Marudu terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan penentangan terbesar di Sabah. Beliau bersama pengikutnya seramai lebih kurang 2,000 orang yang terdiri daripaada orang Bajau dan Iranun telah mencabar SHTI di perairan Teluk Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah. Walau pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakkan pihak penjajah dalam keadaan tertekan. Sharif Uthman telah terkorban dalam peperangan ini dan kubu mereka musnah akibat serangan bertalu-talu dengan kekuatan pihak penjajah serta kelengkapan yang mengatasi peralatan perang Sharif Uthman.

 Setelah itu, pihak penjajah terus menerima tentangan hebat dari para pejuang seterusnya seperti Paduka Mat Salleh sekitar tahun 1897 hingga 1900. Tentangan yang dibuat oleh Paduka Mat Salleh memakan masa lebih kurang 3 tahun dan serangan demi serangan dilakukan terhadap kedudukan SBUB yang berpusat di Inanam, Api-Api, Pulau Gaya, Sandakan dan Ambong. SBUB juga terpaksa menghadapi tentangan berterusan daripada para pengikut Mat Salleh iaitu Mat Sator dan Datu Mamuda yang menyerang Kudat pada April 1900, serta Kamunta yang menyerang Tempasuk dan Menggatal  pada Mei 1900.

Selepas tahun 1915, SBUB berasa selesa apabila penentangan secara fizikal terhenti sehinggalah Jepun menduduki Sabah sekitar tahun 1942. Namun begitu muncul juga beberapa persatuan yang aktif dan memberi kesedaran kepada masyarakat seperti Persatuan Melayu Tawau (PMT) yang berasaskan kepada gerakan politik Islam, lahir Cawangan Persatuan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada tahun 1939 di Jesselton, Tawau serta Labuan dan juga kemunculan Persatuan Barisan Pemuda (BARIP) pada tahun 1939 di Jesselton. Gerakan ini dipimpin oleh tokoh-tokoh yang berpendidikan dan mereka ini telah mendapat pendedahan daripada para pejuang di Semenanjung Tanah Melayu serta Indonesia.

Kesedaran semakin memuncuk apabila Jepun menyerang segala kedudukan penjajah di Asia Tenggara pada tahun 1941. Walaupun Jepun hadir dengan sikap tegas serta dianggap zalim, namun semangat ‘Asia untuk Asia’ telah membantu memberi kesedaran kepada golongan berpendidikan. Kesannya selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, pertubuhan sebelum Jepun telah bergerak semula dan juga muncul beberapa persatuan dan pertubuhan baru yang bertindak sebagai badan pendesak agar kemerdekaan diberikan kepada Sabah. Antara pertubuhan itu ialah Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PMKL) ditubuhkan pada Ogos 1946, UNKO, Ogos 1961, PASOK, Parti Demokrat, BUNAP, KONGRES, Oktober 1961 dan USNO, 24 Disember 1961.

Parti-parti politik ini telah melancarkan gerakan secara bersepadu untuk menuntut kemerdekaan Sabah, di mana USNO diketuai oleh Datu Mustapha Datu Harun, UNKO dipimpin oleh Donald Stephen, PASOK diterajui oleh G. Sundang dan beberapa pertubuhan lain mendesak supaya Sabah dibebaskan sepenuhnya dari cengkaman penjajahan. Semua persatuan ini mempunyai matlamat yang sama untuk menuntut kemerdekaan walau pun bergerak dalam persatuan masing-masing. Oleh kerana tekanan yang kuat, maka pihak kerajaan British menimbang tuntutan ini dan bersedia untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan akhirnya Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963.

Menurut beberapa sumber, kemerdekaan Sabah juga ini dipercepatkan apabila Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mencadangkan satu  kerjasama ekonomi dan politik serantau bagi mengekang pengaruh komunis dan antara yang terlibat ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. Cadangan ini telah dikemukakan padda 27 Mei 1961 semasa persidangan Persatuan Wartawan di Hotel Adelphi Singapura. Selepas itu ditubuhakan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia pada 21 Julai 1961 dan diketuai oleh Donald Stephen.

Setelah kemerdekaan dicapai, maka pungutan suara yang dipantau oleh PBB di Sabah, Sarawak dan Singapura mendapati majority rakyat menyokong penubuhan Malaysia dan tarikh 16 Septembar 1963 adalah hari pembentukan Malaysia, di mana Sabah, Sarawak, Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu bergabung menjadi satu negara. Maka diisytiharkan bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia akan disambut setiap 31 Ogos, walau pun Hari Malaysia atau tarikh pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963, sebagai tanda kerjasama, perpaduan, kekuatan dan perkongsian kuasa dan wilayah. Sabah dan Sarawak diberi keistimewaan dengan 20 perkara yang melindungi hak-hak rakyat Sabah yang lambat merdeka 6 tahun berbanding Semenanjung Tanah Melayu.

 Kini 50 tahun sudah berlalu Sabah merdeka dalam usia setengah abad lamanya. Rakyat yang terlibat mengundi dalam pilihan raya pertama Sabah mungkin masih ada yang hidup lagi, begitu juga generasi yang lahir sebelum merdeka masih menghirup udara segar kemerdekaan ini. Namun udara kemederkaan ini amat berbeza sekali diawal Sabah merdeka. Generasi yang lahir dalam zaman merdeka ini adalah generasi dominan, mereka mentafsir kemerdekaan jauh bezanya dengan tafsiran generasi sebelum mereka.

Generasi awal menuntut kemerdekaan untuk kebebasan secara fizikal dari kuasa penjajah tanpa memikirkan kebebasan jiwa merdeka. Kemerdekaan menyeluruh cuba diterapkan dan dilaksanakan, namun kebebasan sepenuhnya sukar untuk dicapai. Agenda utama untuk membangunkan Sabah Merdeka tertumpu kepada fizikal mengindahkan bandar-bandar utama tetapi terabainya keperluan asas rakyat luar bandar. Masa 50 tahun adalah tempwalaupun oh yang panjang bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi rakyat yang sudah merdeka.

Memacu ekonomi dalam konteks merdeka, rakyat masih ketinggalan dan pencapaian serta penguasaan ekonomi sekitar 22% sahaja. Kelesuan mengangkat ekonomi bumiputra merupakan agenda ‘Lebai Pak Malang’ yang penuh dengan mimpi dan angan-angan. Mendidik rakyat sebagai usahawan ulung dan unggul tidak menjadi misi utama, bahkan rakyat diajar menjadi pengemis ekonomi dengan teori ‘Jutawan Segera’.  Keadaan ini berlaku kerana cara berfikir yang masih terikat terhadap legasi penjajah secara berterusan penjajah sudah meninggalkan bumi Sabah ini 50 tahun yang lalu.

Antara Latar belakang pejuang-pejuang di SABAH

MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaunnya.Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong.

Isteri Mat Salleh bernama Dayang Bandang, berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan. Kota Kampung Tibabar, Tambunan adalah salah sebuah kota utama pertahanan Mat Salleh yang kuat. Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris.

Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjoan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.

Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897.

Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni Hindia Timur Inggeris di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni Hindia Timur Inggeris di Ambong.

Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh termasuk Jones yang mengetuai serangan tersebut.

Pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatoan yang lebih besar. Mat Salleh berjaya mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru.

Setiap penjuru kota dikawal dan terdapatbeberapa terowong atau julan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperinga kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandaka tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasuka Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbira Chartered Company menemui ajalnya'.

Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.


DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH

Sedikit sebanyak mengenai beliau:-

+ beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu.
+ Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu.
+ Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
+ Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
+ Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya.
+ Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
+ Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
+ Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.
+ Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.
+ Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.
Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.

RAJA ISMAIL

Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun 1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih berdasarkan kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Ada beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana peranan ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya. Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti Owen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.

Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut sumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai Tuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri.Antara peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang.

Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu ratus lima puluh orang.Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. 

Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat.Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.

Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan Mahmud. Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkan Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yang memasuki perairan Nusantara. 

Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak musuh. Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura (1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan dua buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). 

Akibatnya pulau Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang (Warren, 2002:160).Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di Tanjung Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yang memasuki perairan Nusantara.

Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh Owen Rutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumber tempatan.Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibat merancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786. Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu berada di bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan serangan orang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskan oleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan penting. Kerajaan Kedah sanggup membayar $20,000.00 kepada etnik Iranun. Tawaran ini telah diterima oleh Raja Satebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan (Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembali ke Tempasuk. 

Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7), di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancaman barat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.Peranan Raja Satebuk terhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka di laut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orang Iranun. Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukan kuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an. Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan: 1922:261).Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyak menyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeri Melayu di nusantara.

Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adaalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.

Antanom Pahlawan Anak Rimba Berjiwa Besar

(i) Latar belakang
- nama sebenar Ontoros anak lelai Antanom
- ketua kaum Murut di Rundum
- dilahirkan tahun 1875
- ketika berusia 30 tahun Antanom telah memimpin orang Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya

(ii)Faktor Penentangan

a) Melarang Membuka Tanah Baru
- SBUB melarang mereka membuka tanah baru
- merasakan hak mereka diceroboh
- akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang Membebankan
- SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti;
- cukai kepala satu dolar setiap orang
- cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
- cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
- cukai tangkapan ikan besar
- cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor

c) Menjadi Buruh Paksa
- orang Murut dijadikan buruh paksa
- tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum

d) Menzalimi Keluarga
- suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai
- mereka dikenakan satu dolar setiap kali berkunjung
- jika mereka mempunyai dua orang anak, salah seorang akan diambil SBUB untuk dijadikan buruh paksa

e) Menceroboh Kawasan Hutan
- SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan
- Kaum Murut membantah kerana mengikut kepercayaan mereka pencerobohan akan mengganggu roh nenek morang mereka

(iii)Peristiwa Penentangan
- Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB dmi menebus maruah mereka
- Februari 1915 Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan
- Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut menyerang Rundum dan berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB
- kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom bertambah menjadi 900 orang
- Antanom membina kubu pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah rumah bawah tanah
- April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera menyerang kubu Antanom
- pertempuran berlaku selama 6 minggu
- Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam mempertahankan Rundum
- penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan Rundum’

(iv)Kesan Penentangan
- SBUB mengenakan tindakan tegas terhadap pengikut Antanom
- 8 orang kanan Antanom dibuang daerah ke Kudat
- pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau
- SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan kebangkitan seterusnya
- orang Murut berpindah ke pedalaman Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB

Shariff Usman

Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.

Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.

James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.

James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.

Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.

 Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang terbunuh di Kubu Marudu  ialah tiga orang keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan yang  ditemui dalam keadaan lemah di Kubu Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.

Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah Dayang Cahaya ?

Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman, Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada seorang hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU ) telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada Sultan MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.

Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi musuh utama Sandokan.

Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.

Persoalannya?, kenapa latar cerita kedua-duanya adalah merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa, latar tempat semuanya adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan adalah merujuk kepada watak Shariff Usman Marudu.

Justeru itu, kalau orang Eropah mendewa-dewakan dan mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan dan tidak mendaulatkan perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap lanun sehingga waris keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.

 Ramai waris Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di Kudat, di Kinabatangan dan di serata negeri Sabah seakan melupakan perjuangan moyang mereka.

Ada juga pihak di negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama Sandokan sebagai wujud dan benar-benar ada. Sandokan dipercayai berasal dari Marudu dan berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya novel ini memasukkan nama Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan yang menjadi Pusat Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.

PANGLIMA ALLI

Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani berbangsa Bajau subetnik Ubian dari Pulau Sulug, Jesselton yang turut terbunuh dalam tragedi hitam itu.

Panglima Alli dilahirkan pada 1884 adalah anak ketiga daripada 12 beradik serta dianugerahkan gelaran Panglima oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) kerana keberanian beliau menentang Kempeitai (perisik tentera Jepun)

PANGLIMA Alli berjuang menentang penjajah untuk memartabat maruah bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya tidak didendang seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom dan Tun Datu Mustapha Datu Harun.

Kebakaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton (kini Kota Kinabalu) pada 9 Oktober 1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun terhadap pemimpin masyarakat Pulau Sulug itu dengan mendakwa ia angkara tokoh terbabit dan pengikutnya.

Panglima Alli adalah seorang daripada 324 rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam oleh Jepun di Petagas, Kota Kinabalu pada 21 Januari 1944 dan pengorbanan mereka diabadikan melalui Tugu Peringatan Petagas.

Tentera Jepun bertindak balas dengan melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau subetnik Ubian itu kerana tercabar dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua pada 1941 hingga 1945.

Tuduhan tanpa bukti itu berikutan tentangan berterusan Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani dan pengikutnya terhadap Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton, selain di bandar itu.

Panglima Alli dan pengikutnya tidak membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulug menjadi korban kekejaman Jepun menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempeitei (perisik tentera Jepun) akan bertindak balas.

Tokoh itu bersama dua orang kanannya dikenali Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca kelemahan senjata iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api jenis mesingan.

Panglima Alli dan pengikutnya dibunuh secara kejam di Petagas bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang terbabit dalam pemberontakan 10 Oktober 1943 atau `Double Ten' di Pantai Barat, Borneo Utara (kini Sabah).

 Mustapha bin Harun

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1918 di Kampung Tampakan, Kudat, Sabah. Beliau adalah anak ke-3 Datu Harun Datu Nasaruddin dan Norani Abdul Rahim. Bapanya bebangsa Suluk dan ibunya adalah Bajau Bannaran

Zaman penjajahan

Pada tahun 1928, ketika berusia 10 tahun, beliau bekerja sebagai pelayan rumah kepada Residen Kudat Syarikat Berpiagam Borneo Utara, E.W. Morrel. 6 tahun kemudian, beliau menjadi "Office Orderly" di Pejabat Daerah Kudat. Pada 1 Februari 1937, beliau dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan Pemungut Cukai Candu.

Beliau adalah pejuang pembebasan Borneo Utara ke atas Tentera Jepun. Sewaktu zaman akhir penjajahan Jepun Tun Mustapha telah bertindak menentang tentera Jepun dan pihak Jepun telah menawarkan ganjaran wang untuk menangkap Tun Mustapha.Sewaktu pemberontakan Albert Kwork, Albert Kwork telah mengajak Tun Mustapha untuk sama-sama menyerang Jesselton, tetapi beliau menasihatkan Alber Kwork bahawa belum tiba masanya untuk memberontak. Persediaan dan perancangan rapi adalah diperlukan. Albert Kwork telah bertindak sendirian. walau bagaimanapun orang-orang Tun Mustapha dari suku Bajau Bannaran dan Sulu dari Mantanani dan Inanam dibawah pimpinan Panglima Ali dan beberapa pemimpin Bajau Suluk yang lain telah sama-sama berjuang dengan Alber Kwork.

Pada tahun 1944, beliau telah belayar menggunakan kapal layar Bajau jenis kumpit ke Palawan (Filipina)bersama-sama sahabatnya Haji Jaafar dan seorang lagi untuk meminta bantuan tentera Amerika di Filipina. Sewaktu di Pulau Balambangan ( Banggi ) Tun Mustapha dan Haji Jaafar telah bertempur dengan lima orang tentera Jepun dengan bersenjatakan parang Barung( senjata pusaka dari Datu Paduka Mat Salleh )dan mereka berjaya membunuh kesemua tentera Jepun. Tun Mustapha telah memenggal kepala tentera Jepun yang dibunuhnya untuk dibawa menemui Jeneral Mac Arthur ( Ketua Tentera Amerika Syarikat yang berpangkalan di Filipina)untuk mendapatkan bantuan senjata bagi menentang tentera Jepun di Sabah. Sewaktu Tun Mustapha di Filipina bapanya telah meninggal dunia dan adiknya pula Datu Muhammadun bersama-sama sahabatnya ( sepupunya ) Alibasa telah ditangkap oleh tentera Jepun di perairan Pulau Banggi sewaktu mengintip pergerakan tentera Jepun untuk memastikan pelayaran Tun Mustapha ke Palawan selamat. Pada waktu itu, pihak Jepun menyangka bahawa yang ditangkap itu adalah Datu Mustapha, tetapi mereka tidak tahu. (sumber lisan adik bongsu Tun). Datu muhamadun telah disiksa oleh tentera Jepun dengan diikat dipalang kayu.Dihiris-hiris badannya dan lukanya dibubuh garam. Beliau dijemur dipanas terik diberi minum air sabun dan dipukul perut dan badannya oleh tentera Jepun. Alibasa pula telah digantung di Karakit Pulau Banggi selama tiga hari tiga malam dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki terikat di atas. Beliau juga disiksa dan dipukul oleh tentera Jepun. Selepas tiga hari Alibasa dan Datu Muhamadun telah dibawa belayar ke Kudat. Datu Muhamadun telah memberikan amanta akhir kepada Alibasa agar beliau mencari jalan untuk melarikan diri dan memberitahu Tun Mustapha mengenai penagkapannya dan beliau berpesan agar membela kematiannya nanti.

Ali basa telah berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut di perairan Pulau Balak-balak Banggi dalam keadaan kaki tangan terikat dan telanjang bulat.Menurut beliau sewaktu berada dalam air laut ikan yu hanya mengelilingi beliau dan beliau boleh bernafas dalam air.Air laut tidak mengenai hidungnya dalam jarak sejengkal. Beliau berjaya membuka ikatan di kaki dan tangannya dan berenang ke Pulau Balak-Balak Banggi. Sewaktu terjun ke dalam laut, beliau telah dihujani dengan peluru meriam dan senapang tentera Jepun namun tidak langsung mengenai tubuh badannya.Keberanian Datu Muhamadun dan Alibasa telah diabadikan dalam SYAIR PERANG SABIL dalam versi bahasa Suluk untuk menaikkan semangat jihad tentera gerila di Sabah.

Sewaktu Tun Mustapha telah kembali ke Sabah beliau amat marah dengan kematian adiknya. Tun Mustapha telah menubuhkan dan mengetuai tentera gerila bumiputera Sabah dengan berpangkat Kapten. Pasukan tentera gerila ini telah disertai oleh orang-orang bumiputera dari suku Suluk, Bajau Bannaran, Kagayan, orang sungai dan orang Brunai dari Kudat, Kota Marudu dan Pitas. Beliau bermula dengan pangkat prebet dan setelah itu dinaikkan pangkat ke Sarjan di dalam Bahagian Perkhidmatan Perisikan Rahsia. 5 April 1945, Tun Datu Mustapha dinaikkan pangkat Leftenan. Selepas itu, beliau menjawat jawatan Kapten gerila British di Borneo Utara di bawah pimpinan Kolonel R.G.P.N. Comber, Bekas Pegawai Daerah Kota Belud. Sewaktu melawan tentera Jepun, pasukan gerila Tun Mustapha telah terlibat dengan beberapa pertempuran di Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud dan Pulau Banggi. Sewaktu fasa akhir melawan tentera Jepun Tun Mustapha telah menempatkan semua keluarga dan sanak saudaranya yang ingin berpindah ke sebuah tempat persembunyian yang dikenali sebagai TAPOKAN di kawasan Telaga, Pitas.

Sekembalinya British dari Perang Dunia Kedua, beliau menyandang kerusi Ketua Anak Negeri Kelas 1 membawa gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK). Belaiu telah memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan atas kepimpinannya sewaktu melawan tentera Jepun di Sabah beliau telah diberi mandat untuk memimpin Sabah bagi mencapai kemerdekaan. Setelah itu, tiba saat gilang-gemilang apabila Sabah merdeka dalam Malaysia, beliau dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Sabah.

Source : Tokoh Tokoh Pejuang Sabah


Sunday 11 November 2018

"Operation Granite" - Royal Australian Engineers in Sabah 1964-1966

"Operation Granite" - Royal Australian Engineers in Sabah 1964-1966

In the early day of the formation of Federation of Malaysia, Sabah was exposed to many great challenges such as, a violent conflict of Brunei Revolt in 1962, confrontation with Indonesia from 1963 to 1966 and Philippines pressing claim of Sabah being the lost kingdom of the Sulu Sultanate. The rebellion and armed conflict took the British by surprise and their first priority to assure the security of the young nation. Major General Walter Walker was appointed the first overall Director of Operations of a joint command structure to co-operate the Army, Air Force and Navy that was established in Brunei. General Walker increased the defence line by constructing secure bases and forts at the boarder of Sarawak and Sabah from Kalimantan. Walker also built new airstrip and landing points at designated locations to ferry troops and supplies to the boarder. The British campaign includes the winning of the hearts and minds of various indigenous groups of Borneo apart from intelligence gathering to avoid the element of surprise by the enemy.

The British and Malaysian government sent request to both Australia and New Zealand asking for military assistance. On the 17 April 1964 , the Australian government announced it will deploy the 7th Field Squadron of the Royal Australian Engineers (RAE) to East Malaysia, Sabah while other elements like Royal Australian Air Force, Royal Australian Regiment, Royal Australian Artillery, Light Anti Aircraft Battery and Special Air Service Regiment will be stationed at other parts of Malaysia."Operation Granite" began in mid 1964 when Sukarno Confrontation had become more serious with frequent attacks and cross border raids until end of 1966 with RAE 1st and 7th Field Squadrons and 21st, 22nd and 24th Construction Squadrons taking part a challenging operation in the interior of Sabah to build more than 120 Kilometre of road from Keningau to Sepulot, an airstrip in Kuamut and Sepulot near Pensiangan of which an important military bases and vital to the entire confrontation campaign defending British and Gurkhas troops inclusive North Borneo Armed Police Constabulary, Police Field Force and boarder scouts at the border with Kalimantan.

The RAE also received an operational instructions for "Keningau Defend Plan" with the cooperation of District Police in case the enemy had been sighted and established an early aircraft warning system directed to unidentified aircraft flying within the vicinity. The RAE also will bear fire to the enemy intending to infiltrate the squadron.

Major General Walker told Major Cross the Commanding Officer of the 7th Field Squadron that he wanted the road from Keningau to Sepulot to be completed in 15 month that actually required four to five years for the project to be completed particularly to the standard required. The RAE were not only concerned about their task but at risk being ambushed by the Indonesians, tropical diseases, menacing weathers of tropical monsoons of which bogged down their vehicles and heavy equipments in mud. After six months the 7th Field Squadron was replaced by the 1st Field Squadron and every six month intervals was replaced by the 21st, 22nd and 24 Construction Squadron respectively. The RAE continues the heart and minds campaign with providing education facility for the children of the Interior, the medical officers frequent visit to the Kampongs on civil aid programme and the soldiers would hand out sweets and chocolates to the children. The RAE standing by our young nation throughout the difficult period and making available their troops to defend Sabah. The RAE contribution, sacrifices, their efforts, sweat and tears for the people of the interior will always be remembered and cherish forever.. Lest We Forget.. this short story a tribute to all RAE.. Special thanks to Mr Tomasz Tom Ciesniewski and wife Connie Lupang who are in town visiting Sabah from Australia..


Source : picture from the book titled "Keningau" (Heritage and Legacy in the interior residence) by Abednigo Chow, this short story edited and compiled by Kumis Kumis

Sejarah "Misangod Rondom" di Borneo Utara

Sejarah "Misangod Rondom" di Borneo Utara

Mohon Izin Datin Florence Stimol catatan serba ringkas, satu cerita pengenalan tentang erti dan sejarah Misangod Rondom .

"Sangod" bererti musuh, pihak lawan atau satu ancaman terhadap seseorang dan "Rondom" bererti satu malam yg amat gelap gelita tanpa sebarang cahaya atau tanpa sinaran cahaya bulan dalam bahasa Kadazandusun.

Memburu kepala merupakan upacara atau peristiwa yg amat penting dalam kehidupan harian zaman dulu kala di Borneo , bukan saja dikalangan suku Kadazandusun malah suku pribumi yg lain seperti suku Murut, Iban, Idaan dan sebagainya, sehinggakan ada masa tertentu dalam setahun di panggil musim "Misangod Rondom" bererti musim peperangan di satu malam yg gelap gelita serta mengerikan atau musim memburu kepala di malam hari yg amat ditakuti.

Pelbagai sebab berlakunya upacara memburu kepala antara lainnya adalah disebabkan satu cara membuktikan keberanian seseorang , untuk mendapatkan seorang isteri dari suku yg berlainan, peperangan antara suku, membalas dendam, keperluan spiritual dalam upacara memuja roh atau semangat dan macam macam lagi.

Upacara memburu kepala atau peperangan suku kaum merupakan satu musim yg amat dahysat, kejam serta mengerunkan dan banyak orang akan terkorban malah sehingga boleh memusnahkan sebuah perkampungan dan beberapa penempatan lain disekitarnya.

"Misangod Rondom" dikatakan adalah punca utama perpindahan suku kaum dari satu tempat ke tempat yg lain untuk mengelakkan tekanan serta penindasan dari suku yg jauh lebih kuat. Sebilangan Suku kaum ingin hidup sekadar mencari satu kawasan yg mereka boleh menikmati kehidupan yg lebih tenang.

Seorang pendakwah barat bernama Rev. Thomas Jackson pada tahun 1880 semasa di Borneo Utara berkata "The missionary living or travelling in the Interior in constant danger of losing his life by head hunters. In some tribes a young man is not allowed to marry unless he can prove his bravery by taking at least one head. A head is required before a person can be buried ; others when people are sick; or in many other occasions. This heads must be procured not from the hunter's own tribe but elsewhere ; it may be necessary to go a long distance before one can be got; hence the term hunting as applied to this custom. An unarmed missionary would be an easy victim if he should chance to come in the way of a party in search of cranium or skull"

Ada lebih kurang 25 atau lebih suku Kadazandusun yg utama yg tinggal di lembah Kawananan dan Kogibangan sebelum tumbangnya Nunuk Ragang.

Setiap perkampungan ketika itu mempunyai seorang pemimpin yg juga seorang pahlawan agung yg sungguh gagah berani, terkenal dan terbukti kehebatannya dalam peperangan demi peperangan serta berupaya melindungi suku kaum dan perkampungannya. Kampung yg hebat biasanya mempunyai sistem pertahanan yg baik dan juga mempunyai ramai pahlawan yg hebat dan terbilang.

Di zaman dulu kala, apabila seorang pahlawan hebat terdengar akan adanya seorang pahlawan yg lebih hebat, gagah dan terkenal darinya dari satu suku atau perkampungan yg lain maka beliau akan mencabar pahlawan suku dan perkampungan tadi, iaitu dalam masa tiga hari mereka akan datang menyerang kampung tersebut dan sekiranya dalam masa tiga hari Kampung yg mencabar tidak datang maka Kampung yg dicabar tadi tidak akan duduk diam lalu mereka akan datang menyerang Kampung yg mencabar mereka. Upacara Misangod Rondom ini sentiasa berlaku di satu malam yg amat gelap gelita yg amat menyeramkan.

Jika satu suku tersebut merasakan diri mereka lemah dan tidak mampu bersaing dengan suku yg jauh lebih kuat maka mereka terpaksa bersumpah taat setia serta berjanji menjadi orang bawahan dan pengikut suku yg lebih kuat tadi.

Pernah juga berlaku upacara Misangod Rondom tanpa sebarang cabaran di mana suku yg satu lagi menyerang secara tiba tiba dan cuba menggunakan tektik kejutan atau serangan mengejut untuk mengalahkan musuh yg kurang bersedia dan tidak berjaga jaga. Kadang kala serangan ini mengorbankan ramai orang termasuk wanita dan anak anak kecil. Serangan tadi biasanya akan di balas balik serta merta untuk membalas dendam. Serangan demi serangan dan peperangan demi peperangan saling bunuh membunuh tanpa belas kasihan adalah zaman yg dikenali sebagai zaman Misangod Rondom.

Serangan suku Sukang atau Makiang di Kinabatangan terhadap suku suku sekelilingnya tidak di anggap sebagai Misangod Rondom kerana serangan itu merupakan serangan untuk menguasai sumber perdagangan serta hasil hutan di kawasan tersebut.

Misangod Rondom antara suku kadang kala disebabkan perkara yg kecil yg berlaku antara dua suku yg tinggal berhampiran atau hidup berjiran. Contohnya Suku Tompias di Minusu di Ulu Kinabatangan tidak mahu balik ke Kampung asal mereka apabila telah pergi jauh berpindah mencari kehidupan baru kerana tidak mahu balik dan tiba tiba terjumpa musuh yg kuat berperang yg pernah menjadi Jiran mereka dulu.

Misangod Rondom adakalanya satu peperangan yg di rancang dengan teliti di mana pahlawan pahlawan Suku Sunsuron dari Tambunan akan pergi sejuh Telupid untuk memburu kepala. Suku Kogosingan pula bergerak jauh untuk memburu kepala Suku Kimaragang di kawasan Bengkoka serta menyerang sehingga Kinasaraban dekat Kundasang.

Apabila musim Misangod Rondom, Suku Lotud dari Tuaran yg terkenal dengan kehebatan tentera mereka serta memiliki ramai pahlawan pahlawan yg hebat dan gagah berani akan menyerang suku Momogun di Kudat, Suku Kimaragang di Sungai Bengkoka dan Suku Tabilong di Inanam. Tujuan utama menyerang jauh dari perkampungan sendiri biasanya atas tujuan membalas dendam serta untuk mendapatkan jumlah kepala yg banyak. Memburu kepala sekadar beberapa kepala saja bukan di panggil Misangod Rondom.

Di zaman pemerintahan kompeni SBBUB sekitar tahun 1883, Dalrymple pernah di hantar untuk menyelesaikan masalah antara Suku Tindal di Tengilan dan Suku Lotud dari Tuaran yg masing masing membawa lebih dari 1000 orang pahlawan bersiap sedia untuk berperang. Di masa yg sama Suku Tagahas menyerang Suku Tuhawons sehinggakan mereka terpaksa pindah dari Utara Tambunan.

Sebagai seorang pahlawan yg menyertai serangan demi serangan sebenarnya adalah untuk menunjukkan lambang keberanian yg luar biasa dan ciri ciri keberanian ini akan memudahkan pahlawan tersebut mendapatkan isteri dan mencapai kedudukan yg tinggi dalam kaumnya.

Misangod Rondom juga membuat Suku kaum yg kuat dan terkenal akan mendapat kawasan pertanian yg subur dan boleh mendatangkan hasil yg baik.

Misangod Rondom setiap suku jarang menikmati kehidupan yg aman dan nyawa setiap orang boleh berakhir dengan ngeri bila bila masa. Hidup dalam suasana aman damai adalah satu perkara yg sementara saja. Banyak suku kaum ketika itu terpaksa berpindah jika gagal melawan Suku yg lain. Cuma sebilangan Kecil suku yg berjaya mengecapi kehidupan yg aman buat satu jangka masa yg panjang dan mereka adalah suku yg tinggal jauh tinggi di sekitar Gunung Kinabalu.

Owen Rutter pada tahun 1929 agak terkejut apabila melawat rumah rumah suku Kadazandusun kerana tidak lagi banyak tengkorak bergantung di rumah berbanding pada tahun 1846 di mana Kapten Rodney Mundy mencatatkan jumlah tengkorak yg tidak terhitung banyaknya di rumah suku dusun Membakut. Ini tidak bermakna Suku Dusun Membakut lebih kejam dari suku yg lain kerana semua suku yg terkenal yg hidup dizaman itu tidak kurang juga kekejaman mereka.

Misangod Rondom berlaku ratusan tahun turun temurun dari satu generasi ke satu generasi dan menjadi salah satu lumrah kehidupan di Borneo dan hanya berhenti di zaman pemerintahan kompeni.
Pada tahun 1884, Rev. Thomas Jackson mengatakan bahawa Suku Kadazandusun selain dari budaya memburu kepala yg agak ganas adalah merupakan suku yg mempunyai banyak sifat serta nilai kehidupan yg baik dan murni jika mereka ini dikenali dengan lebih dekat lagi.

Sumber :

1. Owen Rutter - British North Borneo
2. Carl Brock - The Head Hunters of Borneo
3. Bro Peter Phelan - Head Hunting and The Magang Ceremony in Sabah
4. P S Shim - Inland People of Sabah

Gambar :

Old photos archives


Di sunting oleh Kumis Kumis

Sejarah Pengembaraan Francis Xavier Witti di Borneo Utara 1880 - 1882

Sejarah Pengembaraan Francis Xavier Witti di Borneo Utara 1880 - 1882 

Witti merupakan seorang pengembara yg sebenarnya di pelawa serta bekerja dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British untuk menulis kisah pengembaraan dan pengalaman beliau semasa berada di Borneo Utara.

Catatan dan kisah pengembaraan adalah salah satu usaha kompeni untuk mengenali lebih mendalam tentang Borneo Utara dari pelbagai sudut yg menarik dan luar jangkaan serta memperkenalkan Borneo Utara sebuah kawasan pentadbiran Inggeris yg baru kepada dunia luar.

Witti terbunuh pada sekitar bulan Jun 1882 di kawasan Sungai Pensiangan atau nama dulunya kawasan Sungai Lagunggan. Diari Witti di temui oleh suku pedalaman dan diserahkan kepada Sultan Bulungan. Sultan Bulungan menyerahkan Diari tersebut kepada Kerajaan Belanda. Kerajaan Belanda menyerahkan Diari tersebut kepada Governor SBBUB.
Mr Von Donop merupakan pegawai Inggeris terakhir bertemu dengan Witti pada bulan June 1882 di mana beliau menyatakan penyesalan beliau tentang soal kuasa peperangan antara suku pedalaman yg tidak terkawal. Semua orang ketika itu tidak menyangkakan bahwa Witti seorang yg periang dan mudah bergaul serta boleh berbicara dalam beberapa bahasa suku Dusun dengan kehidupan yg serba sederhana tiba tiba terbunuh di tengah tengah peperangan suku apabila sebelum itu beliau mengembara dari satu kawasan ke kawasan lain dengan jumlah pengikut yg kecil di mana beliau dilayan dengan rasa hormat, baik dan mesra oleh penduduk tempatan hampir di semua tempat yg beliau lawati.

Catatan Witti banyak membantu kompeni dalam mengenali Borneo Utara dengan lebih dekat lagi. Contohnya dari segi agama dan kepercayaan penduduk tempatan, kedudukan penduduk tempatan yg mudah di jejak yg tinggal berkelompok dalam sebuah kawasan luas yg kurang berpenghuni, perkawinan campur antara Bajau dan Dusun, tinggal berjauhan antara satu suku dengan yg lain, sikap mesra, sistem barter atau tukar barang dalam urusan harian, mengenal pasti kawasan yg subur, hasil dan jenis jenis pertanian dan haiwan, potensi penanaman tembakau dan kedudukan bentuk muka bumi Borneo Utara.

Diari pertama beliau bertajuk "Excursion in North Borneo from Marudu Bay to Papar by the Eastern Slopes of Mount Kinabalu" menulis pengalaman beliau berjumpa dengan Datu Rumbangan di Abai pada bulan November 1880, di dalam perjalanan beliau ke Marudu.

Witti melalui kawasan beberapa orang pembesar Pantai Barat Borneo Utara seperti kawasan Datu Salembatan di Anderasan, kawasan Sultan Salembak di Kanyong dan kawasan Sultan Sekoyan di Layer Layer.

Witti melawat Ketua Kampung Tigaman bernama Limbabat dan Mandaian, seterusnya menuju ke Kampung Karosong, Dakoton dan Bongou di mana beliau berjumpa dengan Datu Mamad dari Tamemison dan Sharif Shea selain dari Orang Tua Botokok di Moroli dan Orang Tua Lungkad di Bundo.

Witti melawat beberapa Kampung Dusun di Marudu dan mendapati beberapa Kampung mempunyai pahlawan yg mempunyai tatu di badan mereka melambangkan jumlah musuh yg mereka bunuh semasa Peperangan antara Kaum di pedalaman. Kampung kampung tersebut adalah Kopuakan, Mokodao, Inopod, Likabao, Inokaag dan Luluidan. Witti juga berjumpa ketua suku Tambunwas bernama Pangiran Saliudin.

Witti melawat orang tua Lampei di Mawad dan orang tua Borontei di Mituo sambil berjumpa dengan orang tua Pangsang di Mokodao dan orang tua Timbang dan Lingkapan di Lasak. Di Bongkud pula Witti berjumpa orang tua Gunranad serta orang tua Salong di Koligan. Di Danas berjumpa orang tua Pandahan dan Linkanad. Witti menuju kearah Tindaon berjumpa dengan orang tua Gudan dan berjumpa orang tua bansing di sumalang. Di pinowantei bertemu orang tua Liugai dan Sagama.

Seterusnya Witti menuju ke Tambunan berjumpa dengan orang tua Gurongod. Sonsuron mempunyai 26 buah rumah. Kawasan Tambunan, kapagalan dan kainganan mempunyai 17 Kampung seperti Tandulu, Kitao, Mogong, Tampakinian, Menantian, Bolotikon, Kituntungan, Musapang, Malaud, Tulop, Golopia, Ruminantei, Dandarasan, Guropoi, Tambatu, Mauva dan Singilao. Dari Tambunan menuju ke Papar berjumpa dengan orang tua Mongei. Pengembaraan ini mencatatkan jumlah Kampung dan kepadatan penduduk sambil lebih mengenali sikap dan perwatakan penduduk peribumi yg beliau lawati.

Diari Witti seterusnya bertajuk "Excursion across North Borneo from Marudu to Sandakan" di mana beliau bertemu Sharif Abdul Rahman anak Shari Shea di Bongou. Mereka bergerak ke Kalimo berjumpa Sharif Loya seorang wanita sebagai ketua Kampung seterusnya bertemu Hj Tunis di Tandek.

Mereka bergerak ke Bengkoka berjumpa Si Sungao di Penenian, Si Limbo di Toyon. Di Toyon rombongan ini berjumpa dengan Sharif Abdullah anak buah Sharif Shea yg merupakan pengexport hasil hutan. Suku Dusun di sini mengelarkan nama suku mereka sebagai Namagun atau Sundaya yg dipimpin oleh seorang tua yg buta. Witti menuju ke Tesapong berjumpa dengan Si Derinka seterusnya Si Bingka di Tinaan. Bergerak lagi ke Mandayo berjumpa Si Lonti dan Si Minumpul di Paluwayo serta melawat Si Mintoi di Palin dan Si Lundi di Waigan. Mereka pergi ke Beribi berjumpa Si Limpang dan Lumasag bertemu si Mulud. Witti seterusnya menuju ke Tinagas berjumpa dengan Si Trinkan selepas tu berjumpa Si Kindao dan Si Golungong di Tanid dan Nolumpis.

Begitulah seterusnya mencatat lokasi tempat dan nama orang yg mereka temui dari satu Kampung sehingga satu Kampung yg lain.

Selain dari menulis Diari, Witti juga menulis Jurnal yg hampir serupa isi kandungannya seperti Diari beliau yg mengisahkan pengalaman pengembaraan beliau serta nama tempat yg dilawati dan nama tokoh tempatan yg di temui. Witti juga menulis soal kejadian dan peristiwa serta suasana sekeliling beliau yg boleh menjadi tarikan serta potensi kepada orang luar yg ingin melabur dan datang ke Borneo Utara.

Pada tahun 1882, Witti mengembara dari Papar ke Kimanis dan seterusnya menuju ke pensiangan. Ketika itu berlaku peperangan antara suku Murut yg terkenal dengan sikap yg sungguh agresif dan agak sukar dikawal apabila mereka bersiap sedia berperang. Witti ketika itu cuba mengenal pasti pelbagai hasil hutan yg boleh menjadi punca pendapatan kepada kompeni.

Witti juga mencari sejenis hasil hutan bernama "getta percha" yg beliau yakin boleh diguna pakai didalam pendawaian sistem telegraph di mana selain menguntungkan kepada kompeni bahan tersebut juga merupakan rahsia bagaimana pihak kompeni boleh menghentikan Peperangan suku kaum di kawasan pedalaman dengan sistem komunikasi yg baik di antara kawasan kawasan pentadbiran kompeni di pedalaman.

Gobenor Treacher ada menghantar wakil beliau menjejak Witti dan meminta beliau menangguh pengembaraan beliau serta melaporkan diri ke pejabat Kompeni di Papar secepat mungkin. Witti tidak menghiraukan amaran kompeni dan meneruskan pengembaraan beliau menuju jauh ke perdalaman kearah melintasi sempadan Sungai Sibuku di kawasan yg tidak pernah dikunjungi oleh sesiapa sebelum ni di sebuah kawasan Suku Murut yg tidak berapa dikenali yg menggunakan bahasa yg berlainan.

Apabila perahu mereka tersangkut di Sungai yg tidak berapa dalam maka mereka terpaksa turun ke kawasan lapangan. Kawasan tersebut merupakan kawasan yg mereka tidak dapat kenal pasti.

Tiba tiba mereka diserang oleh suku Murut perdalaman dan Witti di sumpit dengan jarum yg beracun di dada. Beliau kemudiannya terbunuh setelah terkena lontaran lembing dan kepalanya di potong serta merta. Dari sebelas orang yg menyertai expedisi pengembaraan Witti kali ini 8 orang terbunuh dan 3 orang dapat menyelamatkan diri.

Berakhirlah pengembaraan seorang pegawai kompeni yg banyak membantu kompeni dari segi mengenali Borneo Utara dengan lebih terperinci yg sebelum ini belum pernah dilakukan oleh sesiapa dan mencatatkan segala galanya di dalam Diari dan journal beliau. George Whoolley ada menulis cerita mengenai Witti dalam sebuah buku bertajuk FX Witti's Last Journey and Death yg diterbitkan pada tahun 1938.


Sumber :

1. The Diaries of George C Woolley by Department of State Museum
2. Keningau - Heritage and Legacy in the Interior Residency by Abednigo Chow
3. Diary of Witti
4. North Borneo Herald 1.3.1883
5. North Borneo Herald 1.5.1883
6. North Borneo Herald 1.9.1883

Sumber Gambar :

1. Dari Buku Keningau - Abednigo Chow

2. Koleksi peribadi Kumis Kumis

Di sunting oleh Kumis Kumis