Wednesday, 1 August 2018

Legenda dan Sejarah Awal Suku Kuijau

Legenda dan Sejarah Awal Suku Kuijau : 

Mohon Izin (Juliana Jukin) (Johnny Sibangun) Pada zaman dulu kala, di zaman nenek moyang kita ada kisah dua orang suami isteri bernama Panankis dan Tababayong. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Kinalu. Kinalu pula mempunyai 7 orang anak lelaki bernama Lugu, Matahip, Gupu, Gonip, Kambu, Tindou dan Pinsad. 

Pada waktu Pinsad adik lelaki bongsu lahir berlaku satu keganjilan di mana dia lahir dengan memegang sebiji telur. Telur itu menetaskan seekor ayam jantan ajaib dengan patuk tembaga dan berkaki emas. Pada satu hari apabila Pinsad meningkat dewasa, dia bermimpi yg ayam jantan ajaib itu bercakap dengannya mengatakan bahawa sudah sampai masa Pinsad dan keluarganya berpindah mengikut jalan ayam jantan ajaib tadi. Pinsad memberi tahu Ibu bapa dan adik beradik nya tentang cerita mimpi tersebut dan mereka semua dan keluarga lain setuju untuk berpindah dan mengikuti jalan ayam jantan ajaib itu. 

Apabila mereka sampai ke Ranau, sewaktu berehat, ayam jantan ajaib itu berkokok buat pertama kali, beberapa ahli keluarga membuat keputusan untuk tinggal di Ranau. Selepas meninggalkan Ranau mereka melintasi Sungai Nukakatan dan mengikut banjaran crocker ke Bundu dimana sekumpulan dari mereka hilang apabila memburu sehingga sampai ke Ulu Papar. 

Di Randayong satu keluarga lagi merasa amat letih dan tinggal di situ. Ayam jantan ajaib itu meneruskan perjalanan sehingga sampai ke satu tempat dekat Pokok Tambui. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Tambunan. Mereka berjalan lagi sehingga hampir ke Bingkor dimana isteri Matahip berhenti untuk melahirkan anak. Adik beradik yg lain meneruskan perjalanan mereka. Apabila sampai ke Bingkor ayam jantan ajaib itu hilang balik ke Syurga. Apabila isteri Matahip sudah kembali pulih selepas berasal in mereka bergerak kembali mencari adik beradik Matahip yg lain dan apabila mereka sampai ke Navod.. Jejak bekas tapak kaki adik beradik Matahip sudah hilang. Maka Matahip dan keluarganya membuat keputusan untuk menetap di Navod. 

Sebenarnya dua beradik Matahip bernama Tindou dan Kambu berpatah balik mencari Matahip tetapi tidak jumpa. Mereka 6 orang adik beradik yg lain berkumpul dan membuat keputusan agar tidak putus asa dan mesti mencari Matahip sampai dapat. Akhirnya dengan rasa penuh gembira mereka bertemu semua 7 beradik berjumpa kembali di Navod. 

Setelah lama berbincang mereka sekeluarga Matahip membuat keputusan untuk terus tinggal di Navod. Abang sulung mereka bernama Lugu tidak mahu Matahip dengan keluarganya tinggal di Navod bersendirian maka beliau dengan keluarganya menetap di Navod bersama Matahip dan 5 adik beradik lagi membuat keputusan berpindah ketempat lain. 

Matahip mempunyai seorang anak bernama Kina. Kina mempunyai seorang anak bernama Gunsanad. Gunsanad adalah kawan baik dan pernah berjasa kepada tuan Residen bernama E H Barraut sebelum pemberontakan Suku Kuijau pada tahun 1896. Pihak SBBUB melantik Gunsanad sebagai Ketua Anak Negeri selepas pemberontakan 1896. OKK Gunsanad berkhidmat dengan cemerlang selama 40 tahun bersama SBBUB dan seorang yg berjasa dalam menghentikan pemberontakan Rundum 1915. OKK Gunsanad mempunyai anak bernama Sundang dan banyak lagi waris mereka di Keningau. 

Suku Kuijau membuka beberapa kawasan dari Bingkor, Bayayo, Bandukan, Minansut, Binuvang, Biah, Togudon, Sinagang dan Apin Apin di Daerah Keningau di mana ada dikalangan mereka berkahwin dengan suku Murut. 

Suku Gana berasal dari Navod di Sungai Melapi dan Suku Kuijau berasal dari Lampaki di Ulu Sungai Melapi. Tulun Kinasaraban dan suku Papar atas berasal dari Suku Kuijau. 

Sumber : (owen Rutter 1929),(Elsie Bewsher 1988),(Anggan 2004)(Borneo Herald 16.1.1930)(PS Shim 2007), Penyunting dan Penyusun cerita : Kumis Kumis, Gambar : Wallace 1896.

No comments:

Post a Comment