Showing posts with label Semenanjung Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Semenanjung Malaysia. Show all posts

Monday, 26 February 2018

13 Mei 1969 :Sejarah Hitam Negara

13 Mei 1969 :Sejarah Hitam Negara

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969 

DI KAMPUNG BARU DAN SEKITAR KL

Friday, 4 July 2014

Peristiwa 13 Mei 1969

APA ITU PERISTIWA 13 MEI ???

Tidak ramai yang mahu memperkatakannya secara terbuka. Kalau ada hanya bisik-bisik sahaja. Masih lagi dianggap taboo di Negara yang sebegitu majmuk ini. Yang masih terasa perit bisanya hanya orang-orang tua sahaja. Golongan muda , yang membaca tahulah tapi yang terkinja-kinja berotak tiada ramai belaka. Baca dengan tenang dan ambil pengajaran. Tak guna terpekik terlolong kisah-kisah dahulu jika pengajarannya tak diambil.

Peristiwa ini merupakan satu rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Ia lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

LATAR BELAKANG PERISTIWA

SOROTAN PERISTIWA

Sebelum Mei 1969

Semuanya bermula sejak dari penjajahan British lagi. Bagi menjamin cengkaman British ke atas tanah Melayu , penjajah telah menjalankan dasar “Divide and Rule” (pecah dan perintah) dengan membawa orang-orang Cina dari Tanah Besar China dan orang-orang India dari British Raj bekerja di Tanah Melayu dibawah sector ekonomi berbeza. System pendidikan bercorak perkauman juga menyumbang kepada kewujudan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum di Malaysia. Kemudiannya penjajahan Jepun menyebabkan hubungan kaum semakin meruncing. Orang Melayu mendapat layanan tidak seteruk Orang Cina. Kemudiannya kebanyakan orang Cina menganggotai PKM dalam cubaan menggulingkan Jepun dan menubuhkan republic Komunis di Malaya.

Pertelingkahan antara kaum terutama Melayu dengan Cina telah berlaku di Georgetown(1957), Pangkor(1959), Bukit Mertajam (1964) dan beberapa tempat lagi yang menyebabkan kematian dan kerugian di kedua-dua belah pihak. Situasi menjadi semakin buruk apabila berlaku Rusuhan Kaum di Singapura pada 21 Julai 1964 yang membawa kepada pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965 apabila Lee Kuan Yew melalui PAP yang mempertikaikan keistimewaan orang Melayu dalam kempen pilihanraya pada tahun 1964. Perjuangan PAP dengan slogan “Malaysian Malaysia” diteruskan DAP.

Pada bulan April 1969, seorang petugas pilihanraya UMNO, Encik Kassim Bin Omar telah dibunuh dengan kejam oleh pemuda-pemuda Parti Buruh. Mayatnya diconteng dengan cat merah dan ditulis ‘Jangan Mengundi Dalam Pihanraya’. Hal ini menunjukkan pengaruh komunis dan sikap mengagung-agungkan Mao Tze Tung. Namun disebabkan takutkan tindak balas orang Melayu, gangguan PRU dan rusuhan kaum berlaku, berita pembunuhan yang kejam ini telah ditutup selepas kerajaan telah meminta pihak keluarga dan pemimpin Melayu bersabar.

9 Mei 1969 “Perarakan Mayat/Keranda”

Pengaruh PKM dan Parti Buruh dalam melaungkan sokongan terhadap fahaman Komunis dan Mao telah memboikot pilihanraya umum 1969. Pada 4 Mei 1969 3 peronda Polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sekumpulan pemuda Parti Buruh yang bertindak menyerang anggota polis dengan batang besi. Seorang daripadanya mati. Mayatnya disimpan oleh pihak parti buruh dalam peti sejuk untuk diarak semasa hari pengundian untuk mengganggu pilhanraya. Pemohonan utk mengadakan perarakan pada 10hb ditolak dan digantikan pada 9hb. Perarakan yg dibenarkan polis itu bersyarat iaitu tidak melebihi beberapa ratus orang dan jalannya tidak menghala ke kuala lumpur. Arahan tersebut diingkari, 10,000 org terlibat dalam perarakan yg diadakan di tengah Bandar KL sambil mengibarkan bendera komunis  dan gambar Mao serta menghina org Melayu dengan kata-kata “Malai- Si (Matilah Melayu). Disebabkan esoknya merupakan pilihanraya , polis diarahkan untuk berhati-hati.

Perarakan mayat Lim Soon Seng oleh Parti Buruh. Kelihatan sepanduk yang melaungkan ajaran komunis Mao

10 Mei 1969 “Keputusan Pilihan Raya Umum Semenanjung 1969”

Keputusan pilhanraya menyaksikan PERIKATAN dinafikan majority mudah di parlimen oleh Pembangkang. GERAKAN menguasai Pulau Pinang, PAS di Kelantan dan DAP-PPP-GERAKAN hampir menumbangkan PERIKATAN di Selangor dan Perak. (Di Selangor PERIKATAN=14 DAP=9 GERAKAN=4 manakala di Perak PERIKATAN=19 PPP=12 DAP=6 GERAKAN=2 PAS=1). Walaubagaimanapun GERAKAN tidak berhasrat untuk bergabung dengan mana-mana pembangkang membolehkan PERIKATAN dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor dan Perak.

Keputusan pilihanraya umum 1969. Perikatan hilang majority mudah 2/3 di Parlimen apabila hanya memperoleh 66 kerusi dari 104 yang dipertandingkan di semenanjung.

11 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan DAP”

DAP membuat perarakan kemenangan yg tidak mendapat kebenaran polis. 5 petang, 5 kereta dan 15 motosikal dari jalan Brickfields ke Jalan Lornie. Sampai di Balai Polis Brickfield, peserta yg kebanyakannya org cina melaungkan “apa polis boleh buat- kita raja” dan “buang semua polis melayu”. Goh Hock Guan ada dalam perarakan tersebut. 8.30 mlm, satu lagi perarakan DAP di jalan Bukit Bintang. 10 mlm, perarakan kemenangan menghala ke kuala Lumpur. Di hadapan Balai Polis Jalan Travers mereka melaungkan “Mati Melayu- Sakai pergi masuk hutan”. Manakala 40 ahli GERAKAN berarak di Jalan Changkat Dollah berhampiran Penjara Pudu dengan kereta dan skuter sambil berteriak “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”. Tengah malam, perarakan bersama DAP-GERAKAN juga melalui dihadapan Balai Polis Brickfields dan melakukan perkara sama.

12 Mei 1969 “Perarakan Kemenangan GERAKAN”

GERAKAN telah diberi kebenaran untuk berarak dari jalan Ipoh ke Jalan TAR, jalan Gombak, Jalan Raja Laut dan kembali ke Jalan Ipoh. Mereka yang diketuai Dr Tan Chee Khoon melolong kepada tiap-tiap orang Melayu dengan kata-kata menghina seperti “Melayu balik kampong” dan “melayu sekarang tak ada kuasa lagi”. Perarakan mengandungi 500 skuter. Apabila sampai di Kampung Baru kata-kata seperti “Melayu keluar-apa lagi duduk sini” dan “kita hentam  lu, sekarang kita besar” telah dihemburkan. 4.00 petang Balai Polis Pudu dihujani teriakan “Kasi halau semua polis”. 7.30 mlm, 5 pemuda cina sambil berteriak ‘semua melayu kasi habis” cuba memukul seorang anggota polis sebelum lari apabila polis mengeluarkan pistolnya. 8.30 mlm di Balai Polis Bukit Bintang perarakan bersama DAP-GERAKAN telah memekik “Apa ini melayu kita negeri dia sudah perintah. Ini negeri bukan melayu punya” dan “Mata-mata(polis) lanchau”. 9.30 malam perarakan oleh GERAKAN di hadapan Kolej MARA Petaling Jaya memukul tin besi dan memekik ‘MARA butoh, MARA tundun, kapal layar (symbol PERIKATAN) bocor” “MARA 5 tahun lagi akan jahanam, sekarang kita perintah apa boleh buat, Melayu boleh balik kampong.” Saksi terlihat V David berdiri dalam kereta terbuka dengan sekalung bunga di lehernya.

Perarakan kemanangan pihak pembangkang iaitu Gerakan & DAP di Kuala Lumpur. Jelas kelihatan penyapu besar yang turut diarak bersama mengundang maksud tertentu

13 Mei 1969 “Tragedi”

Subuh, 60 penyokong GERAKAN melalui Jalan Hale dan mencela penduduk Kampung Baru supaya “keluar dari kampong dan balik ke hutan”.  7.30 mlm perarakan kemenangan Perikatan Selangor diketuai UMNO pula diadakan setelah mendapat kebenaran polis. Perarakan ini juga dihadiri penuntut Kolej MARA. Semua orang melayu berkumpul di rumah MB Selangor di Kampung Baru. Sbelum itu pada 6.15 ptg berlaku rusuhan di Setapak dimana orang melayu dari Gombak telah diserang ketika perjalanan ke Kampung Baru. Rusuhan ini dan kemudiannya merebak ke Cheras, Kerinchi, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat. 6.30 petang lebih kurang 500 orang berhimpun di rumah Dato Harun Idris. Sesetengahnya bertombak dan berkeris. Dato Harun berdiri diatas bas merayu supaya bertenang tetapi mereka menjerit “tidak boleh tahan lagi tok.” Hampir 300 org melayu keluar menuju ke Jalan TAR manakala yang lain sempat ditahan Pasukan Pencegah Rusuhan. Pertempuran bersenjata antara orang melayu dan bukan melayu berlaku. Perusuh Cina telah mengepung dan menyerang orang melayu di Panggung Rex, Federal dan Capitol. Pasukan Regimen Renjer yang kemudiannya digantikan polis dan tentera mengawal keadaan dan mengisytiharkan perintah berkurung. Keluarga-keluarga yang ketakutan mendapatkan perlindungan di kawasan yang dipatrol oleh pihak tentera. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.

Banyak kenderaan ditepi jalan diterbalikkan dan dibakar tanpa mengetahui apakah nasib pemandu dan penunggangnya. Mayat-mayat bergelimpang serta banyak kedai dan rumah dibakar. Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai menganggar ramai lagi dibunuh.

14 Mei 1969 “Darurat”

Yang Dipertuan Agong Malaysia telah mengisytiharkan darurat. Perlembagaan dan parlimen digantung. Pilihanraya Malaysia Timur ditangguhkan.

16 Mei 1969 “MAGERAN”

Tunku telah menubuhkan MAGERAN yang diketuai Tun Abdul Razak mentadbir Negara dalam pengisytiharan darurat. Tun Abdul Razak telah dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.
Di atas merupakan antara terbitan yang menceritakan peristiwa tragedy 13 Mei. Dari kiri “May 13: Declassified documents on the Malaysian Riots of 1969” karangan Kua Kia Soong bekas ahli DAP, “Peristiwa 13 Mei: Sejarah Perhubungan Melayu-Cina” karangan seorang pegawai British Leon Comber., Laporan Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN dan juga “13 Mei Sebelum dan selepas” oleh Tunku Abdul Rahman. Aku galakkan korang baca kisah 13 Mei dari pelbagai sumber. Kua Kia Soong didalam bukunya mengatakan bahawa Tragedi 13 Mei sebenarnya ialah rancangan Tun Razak, Dato Harun dan Tun Mahathir dalam menjatuhkan Tunku. Tunku pula didalam bukunya menyatakan bahawa punca tragedy ini ialah peranan yang dimainkan pihak Komunis dalam mengapi-apikan semangat perkauman. Laporan MAGERAN pula menulis bahawa ucapan oleh pemidato semasa kempen pilihanraya yang meniup semangat perkauman dan mempersoalkan keistimewaan bumiputera mendorong berlakunya peristiwa ini. Tunku dan Laporan MAGERAN juga turut menyatakan penglibatan kongsi gelap memburukkan lagi keadaan.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti DAP telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk. 

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada askar melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang Cina kerana kononnya mereka telah membaling botol ke arah askar melayu tersebut. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang cina dengan kereta perisai mereka kononnya melanggar perintah berkurung. Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri kononnya melanggar perintah berkurung.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan penggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan memberi senjata api kepada orang cina.

Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah "lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands. Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur menjadi mangsa agenda Datuk harun dan Tun Abdul Razak. Akhirnya selepas Tun Abdul Razak meniggal dunia dan Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan Datuk Harun ditangkap kerana pecah amanah duit bank rakyat. Datuk Harun telah menaja Muhammad Ali kononnya juga beragama Islam untuk datang ke Malaysia berlawan tinju dengan Joe Bugner untuk menunjuk-nunjuk bahawa orang Islam mampu menandingi barat. Perlawanan tersebut mengalami kerugian kerana diboikot akibat kecelakaan Datuk Harun semasa peristiwa Mei 13. Datuk Harun juga berhasrat untuk mencabar tempat Tun Hussein Onn .

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dan cina yang menjadi tali barut Jepun telah dikenakan hukuman bunuh.

Angka korban

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 20,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. <1>

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

Melayu  : 86 orang
Cina  : 342 orang
Lain-lain  : 3 orang

Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut. Pada malam peristiwa itu di televisyen, Tunku berkata "Marilah kita tentukan sekarang bahawa sama ada kita hidup atau mati".

> Mageran

Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.
Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku "Dilema Melayu" ("Malay Dilemma") oleh Tun Dr Mahathir telah diharamkan. Dikatakan Tun Dr Mahathir memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman sebagai kerabat raja Kedah yang kaki joli.

Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman penyingkiran Singapura dari Malaysia tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana kemiskinan.

Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula. Peniaga cina terpaksa mencari rakan niaga bumiputra dan berkongsi 30% dari saham mereka di KLSE.

KESAN PERISTIWA 13 MEI PADA NEGARA

Peristiwa 13 Mei memberi kesan kepada banyak perkara di negara kita. Antaranya ialah politik, ekonomi, pendidikan dan sosial kaum.

Kesan politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat  taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Kuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah
antara kesan yang telah terpendam lam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei.

Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai 

Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.

Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telah dikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.

Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini.

Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.

Kesimpulannya, pada masa itu, 13 Mei sangat memberikan kesan yang buruk dari semua aspek tidak kira kaum tua atau muda, kanak-kanak juga terlibat sama. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat sebenar kesemua kaum yang tinggal di Malaysia.

PENGAJARAN

Pergaduhan kaum antara orang melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya tahun 1969 selesai diumunkan. 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi kerana membahayakan keamanan, negara dan perpaduan masyarakat Malaysia. Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar ialah :

1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat.

2. Perintah Berkurung

Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.

3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini .

4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.

5. Keadilan Ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,
(ii) Menyusun semula masyarakat,

Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.

Pembentukan Malaysia yang berteraskan Perpaduan Nasional yang teguh, bersatu padu, maju dan harmoni di mana setiap warga Malaysia harus sama-sama berganding bahu membantu serta menyokong usaha KERAJAAN dalam memupuk perpaduan.

RUMUSAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.

RUJUKAN

LAMAN WEB :



RUJUKAN PUSAT SUMBER POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR

PENYELIDIKAN SENDIRI :

sumber : yuyuhaya bin alias (64 tahun)

BUKU RUJUKAN :


Peristiwa 13 Mei: sejarah perhubungan Melayu-Cina /Leon Comber/ International Book Service, 1985

Sumber : welovemh0

Thursday, 21 September 2017

Sejarah Sultan Pemimpin Kerajaan Siak (1723-1946)

Sejarah Sultan Pemimpin Kerajaan Siak (1723-1946)


Sultan Pemimpin Kerajaan Siak (1723-1946) - Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah adalah gelar Raja Kecik ketika menjadi sultan johor ke-12. Gelar tersebut digunakan pula ketika Raja Kecik menjadi sultan di Kerajaan Siak yang memusatkan pemerintahan pertama kalinya di Buantan.

Raja Kecik adalah anak Sultan Mahmud Syah II yaitu Sultan Johor ke sepuluh. Sultan Mahmud syah II menjalankan pemerintahan kerajaan pada tahun 16685-1699. Sultan Mahmud syah II itu adalah anak dari sultan Ibrahim syah dengan istrinya anak paduka raja tun abdul jamil.oleh karena itu sultan Mahmud masih kecil dan baru berumur sepuluh tahun, maka bunda bagindalah yang memangku kerajaan namun yang berkuasa dalam pemerintahan yaitu paduka raja tun abdul jamil yang mangkat tahun 1688.

Setelah itu pemerintahan di kendalikan oleh bendahara seri maha raja tu habib abdul majid dan mengambil sultan Mahmud dari riau lalu di bawanya pindah kenegeri johor dan bersemayam di kota tinggi yang terletak di tepi sungai johor di hulu makam tauhid.

1) Misteri kerajaan siak
2) Sejarah kerajaan siak
3) Sejarah kerajaan siak sri indrapura
4) Kerajaan siak sumatera
5) Istana siak sri indrapura
6) Kerajaan siak adalah peninggalan sejarah kerajaan
7) Istana kerajaan siak melayu
8) Kerajaan siak indragiri

Sultan Mahmud syah II adalah seorang sultan yang memerintah sejak masih kanak-kanak dan mangkat pada waktu baru saja menginjak dewasa. Di lihat dari kepribadiannya menunjukkan dia tidak sebagai seorang pemimpin. Beasr kemungkinan bahwa watak dan tingkah laku sultan Mahmud tersebut dikarenakan baginda mengalami masa trasisi dari masa kanak- kanak memasuki dewasa.

Sultan Mahmud syah II adalah putra sultan johor ke-9 yang bernama sultan Ibrahim dengan istrinya anak perempuan paduka raja tun abdul jamil. Sedangkan sultan Ibrahim merupakan putra raja bajau yang menjadi yamtuan muda Pahang dari tahun 1641 hingga tahun 1676. Tidak diketahui siapa istri raja bajau yang menjadi bunda sultan Ibrahim ini. Kemudian ayah raja bajau adalah raja Abdullah yang bergelar marhum tambelan yakni sultan johor ke-7 yang memerintah dari tahun 1615 hingga tahun 1623.

Raja Abdullah adalah anak laki-laki dari pasangan sultan muzaffar syah yang kawin dengan anak perempuan seri nara diraja Pahang dalam hal ini telah mangkatnya raja omar ( sultan allijalla abdul jalil syah II ) dengan kerelaan raja Mansur putra sulong almarhum, bendahara paduka raja hendak merajakan raja Abdullah jadi sultan johor akan tetapi raja Abdullah menolak karena ia mehendaki abangnya raja Mansur yang menjadi raja.

Raja Mansur adalah saudara se ibu namun lain ayahnya dengan raja Abdullah. Ibu mereka adalah anak perempuan seri nara biraja Pahang sedangkan raja Abdullah adalah anak laki-laki dari sultan muzaffar syah.sultan muzaffar syah adalah anak laki-laki dari sultan alauddin riayat syah II yang menjabat sultan johor ke dua dan melanjutkan perjuangan ayahnya marhum Kampar yang dikirakan menjadi sultan johor pertama yang kawin dengan tuan Fatimah yang merupakan pewaris kerajaan johor.

Bunda raja kecik adalah Cik pung, Cik pung adalah istri sultan Mahmud Syah II . sultan Mahmud syah di bunuh oleh Megat Seri Rama dengan keris nya ketika hendak pergi shalat jum'at . alasan di bunuh nya baginda yaitu baginda Sultan Mahmud Syah tidak mempunyai Zuriat , dan bendahara sebagai warisan yang paling layak , bendahara Tun Abdul Jalil, anak bendahara Tun Abdul Majid di angkat dan di bataklkan sebagai sultan johor pada tahun 1699 dengan gelar sultan abdul jalil riayat syah IV.

Tidak lama setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah II pihak kerajaan melakukan pemeriksaan terhadap semua perempuan di istana dan meminta mereka bersumpah bahwa mereka tidak mengandung keturunan baginda. Ketika baginda mendekati Cik Pung, Cik Pung berjanji bahwa sekitar nya ia mengandung anak almarhum baginda yang mangkat di julang, dia tidak akan melihat anak kandung nya itu.dengan adanya perjanjian itu maka selamat lah Cik Pung dari aksi pembersihan yang dilakukan pihak kerajaan terhadap keluarga Sultan Mahmud Syah II. Kemudian Cik Pung di sembunyikan oleh ayah nya laksamana johor yang yang telah bersepakat terlebih dahulu dengan dengan pihak keluarga nya. Dalam persembunyian nya itu Cik Pung melahir kan seorang anak laki-laki.

Semasa kecilnya raja kecik selalu bermain bersama kawan-kawan sebayanya dipermakaman almarhum ayahandanya di Johor Lama, sambil memakan pucuk-pucuk tanaman yang tumbuh di sekitar makam - Sejarah Sultan Pemimpin Kerajaan Siak (1723-1946). Maka disinilah muncul suatu cerita keajaiban raja kecik yang dimana kawan-kawan sepermainan raja kecik yang ikut bermain dipemakaman itu mengalami muntah-muntah bahkan muntah darah, akan tetapi raja kecik tidak demikian halnya, ia biasa-biasa saja tanpa ada perubahan kesehan terhadap dirinya. Kejadian tersebut tentu saja tersebar dikalangan masyarakat dan berkembang diseluruh negeri hingga sampai pula ke telinga baginda di istana Johor.

Pada akhir tahun 1717 raja kecik mulai melancarkan serangan utama terhadap Johor melalui selat Singapura menuju muara sungai Johor. Pada awal Maret 1718 perahu-perahu angkatan perang raja kecik memasuki sungai Johor dengan sokongan sebagai pihak seperti orang Minangkabau, orang Siak, orang laut, orang Bintan. Sedangkan pembesar dan penduduk Johor dibawah raja negara Temenggung Johor di Singapura ikut bergabung dengan pasukan raja kecik. Pada tanggal 21 Maret 1718 sultan Abdul Jalil Riyayat Syah menyerah kalah. Dengan tidak ada syakwasangka dan ikhlas raja kecik memberikan kebebasan kepada sultan Abdul Jalil Riyayat Syah IV yang kemudian diangkat menjadi datuk bendahara di kerajaaan Johor di bawah pemerintahan Raja Kecik. Raja Kecik sangat menghargai datuk bendahara karena mengenang jasanya sampai tua ayahandanya sebagai sutan Johor ke 10.

Ketika Raja Kecik menjalankan pemerintahan kerajaaan Johor, ia memulihkan persahabatan dengan keluarga bendahara Abdul Jalili Riyayat Syah dalam masa 2 bulan itu, Raja Kecik memingan Teuku Tengah Anak perempuan tertua bendahara dengan tujuan untuk mempererat hubungan. Namun setelah Raja Kecik memandang Tenku Kamariah anak bungsu bendahara, maka jatuh hatilah baginda kepadanya dan membatalkan pertunangan dengan Teuku Tengah lalu kawin dengan Tenku Kamariah. Maka dari peristiwa inilah bermulanya terjadinya perselisihan antara Raja Kecik dengan putra putri bendahara Abdul Jalil yang merasa terhina karena sikap Raja Kecik.

Hubungan baik mulai dialiri dengan marah dan dendam kesumat ibarat api dalam sekam, di luarnya seperti tidak terjadi apa-apa namun dalamnya sedang bergejolak api yang membakar namun bendahara tidak dapat berbuat apa-apa selain menerima kehendak Raja Kecik meskipun Teuku Tengah menangis atas keputusan Raja Kecik akan tetapi kehendak baginda tetap berlaku akhirya Raja Kecik menikah dengan Teuku Kamariah. Fitnah yang beredar di masyarakat membuat kedudukan raja kecik terancam .dari kejadian penculikan istri nya itu raja kecik marah dengan diiringi dengan pasukan nya raja kecik segera mendatangi kediaman bendahara Abdul Jalil untuk menjemput istrinya. Melihat kedatangan raja kecik dan pasukannya akhirnya Abdul Jalil beserta keluarganya lari ke pahang.

Pada Tahun 1719 pecahlah peperangan antara rakyat johor yang memihak kepada bekas sultan johor dengan pihak raja kecik yang setia dengan baginda kebanyakannya orang-orang yang bersama mengambil tahta kerajaan johor.peperangan ini tidak dapat dielakkan lagi karena masing-masing pihak sudah tidak dapat menahan diri lagi namun kekalahan berada dipihak bekas sultan johor kemudian berpihak ke pahang. Dikarenakan keadaan Johor sudah tidak aman lagi, maka Raja Kecik pun pindah bersemayam ke Bintan Riau dan membangun negeri Riau, membuat istana bunga lawang emas, pintu berukir emas dari sanalah baginda menjalankan pemerintahan kerajaaan Johor lama.

Raja Kecik mengirim Laksemana sekam dengan pasukannya yang terdiri dari hulubalang dan pendekar yang terlatih menjemput bekas sultan itu di Pahang. Sikap Raja kecik yang menjemput bekas sultan Johor itu ke Riau mengandung banyak makna selain sebagai sopan santun dan penghormatan kepada yang lebih tua dan juga mmaksud lain.raja kecik tidak berniat membunuh bekas sultan tersebut walaupun itu adalah musuh besarnya, namun bekas sultan ituk tidak senang hati karena baginda itu terlalu baik dan bekas sultan itu meminta untuk di bunuh.tengku tengah dengan abangnya tengku sulaiman mengadakan mufakat untuk mengambil tahta kerajaan johor dari tangan raja kecik, dengan mempergunakan opu-opu Bugis, Daeng perani, Daeng Celak, Daeng Menambun,dan Daeng Melewa opu-opu menyambut baik permintaan sultan sulaiman putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah.orang-orang ini ingin balas dendam karena raja kecik telah ingkar janji di saat di bengkalis sewaktu ingin menyerang johor.

Dari tahun 1721-1722 berlaku peperangan antara raja kecik dan tengku sulaiman yang di bantu oleh opu bugis yang lima saudara. Pertempuran berlaku di antara angkatan perang bugis dengan angkata pperang raja kecik.pada akhirnya raja kecik kalah dan mundur kembali ke siak, pada tahun 1723 tengku sulaiman dinobatkan sebagai sultan johor yang ke 13 dengan gelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722-1760. Raja kecik menggalami kekalahan sebanyak empat kali dan mendapat kan kemenangan satu kali.

Dihati raja kecik ingin membalas dendam untuk merebut kembali kerajaan johor riau yang merupakan warisan dari ayahandanya.serangan sering dilakukan kepulau bintan tempat bertahta sultan sulaiman dengan raja mudanya namun serangan itu gagal karena pertahanan sultan sulaiman di bantu oleh orang-orang bugis, Sultan Pemimpin Kerajaan Siak (1723-1946). Maka dari itu peperangan ini tidak akan pernah selesai, yang menggakibatkan banyak nya memakan korba dari kedua belah pihak.

Akhirnya raja kecik gelar sultan abdul jalil rahmat syah dengan sultan sulaiman badrul alam syah melakukan perdamaian dan menghentikan permusuhan dan peperangan, yang di aksikan oleh opu-opu bugis, orang-orang besar kerajaan johor serta orang besar dari kerajaan siak, maka dari itu raja keci menyerahkan regalia kerajaan johor riau kepada sultan sulaiman dan kerajaan johor riau di serahkan kepada raja kecik.

Sumber / Daftar Pustaka

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Jalil_Rahmat_Shah. Diakses pada tanggal 23 September 2014 Jam 20:10.


Nizami Jamil, dkk. 2010. Sejarah Kerajaan Siak. 

Pekanbaru: Lembaga warisan budaya melayu Riau.

Sejarah Kesultanan Negeri Johor

Sejarah Kesultanan Negeri Johor

Sultan Johor I

Sultan Mahmud Shah I (1511-1528)

Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar"


Sultan Johor II

Sultan Alauddin Riayat Shah II
 Raja Ali / Raja Alauddin  (1528-1564)

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah ( Sultan Pahang V). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang IV). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar Sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar" . 

Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang VI) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavao Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimetrai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin Al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Sultan Johor III

Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mengkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".

Sultan Johor IV

Sultan Abd Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil / 1570-1571)

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak saudara kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun. Bendahara Tun Isap Misai (pembesar Sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.

Sultan Johor V

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar / 1570/71-1597)

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melantik Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). 

Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II datang semula ke Batu Sawar memulihkan kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut sebelah puteranya Sultan Abdul Jalil Shah I dan kekandanya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".

Sultan Johor VI

Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur / 1597-1615)

Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu/saudara (berlainan ibu) Raja Abdullah dengan gelaran "Yang Di Pertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar. Pelbagai bangsa datang ke Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan Bendahara Tun Sri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan dua puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan keapda Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa semula ke Acheh dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.

Sultan Johor VII

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur / 1615-1623)

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (putera Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".

Sultan Johor VIII

Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang / 1623-1677)

Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada Januari 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudiannya diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. 

Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut "Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar".

Sultan Johor IX

Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)

Sultan Ibrahim Shah merupakan putera Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut " Marhum Bongsu".

Sultan Johor X

Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud / 1685-1699)

Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi Sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Di sinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat pada usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".

Sultan Johor XI

Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai Sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan Sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, Istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai Istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". 

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar-kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang DiPertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abd Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris Sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".

Sultan Johor XII

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil / Yang Di Pertuan Johor/ 1718-1722)

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa Sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan mengaku waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan puteranya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abd Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang untuk membunuh Sultan Abd Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Saudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.

Sultan Johor XIII

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman / Yang diPertuan Besar Johor-Riau / 1722-1760)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis Lima saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Dibawah naungan Sultan Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan Raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".

Sultan Johor XIV

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah (1760-1761)

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor dan sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.

Sultan Johor XV

Sultan Ahmad Riayat Shah (1761)

Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahan dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah datang dari Melaka menuntut wang ganti rugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar ganti rugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau pada usia yang muda dipercayai diracun dan disebut sebagai "Marhum Tengah".

Sultan Johor XVI

Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud / 1761-1812)

Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura - Temenggung, Riau - Yamtuan Muda dan Lingga - Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.

Sultan Johor XVII

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)

Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) putera sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai Sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh Negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula campur tangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai Sultan.

Sultan Johor XVIII

Sultan Hussain Shah (Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)

Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin menjadi Sultan Johor tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba di Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai Sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crowfard) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.

Sultan Johor XIX

Sultan Ali (Tengku Ali / 1835-1877)

Sultan Ali diisytiharkan sebagai Sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, temetrai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.

Sultan Johor XX

Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor 
(Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)

Tidak memakai gelaran 'Sultan' untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Ibrahim mangkat.

Sultan Johor XXI

DYMM Sultan Abu Bakar (Temenggung Che Wan Abu Bakar/ Ungku Bakar/ Ungku Abu Bakar / 1862-1895)

Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggong. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukar nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dan dikenali sebagai 'Sistem Kangcu'. Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (putera Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar / Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan 'Perang Jementah' pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi melayu dengan kosmopolitan barat dan digelar Bapa Johor Moden, Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri oleh British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor XXII

DYMM Sultan Ibrahim (1895-1959)

Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan diangkat sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai Sultan pada 2 November 1895. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di Negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, Tambak Johor (1919), Bangunan Bukit Timbalan (Pusat pentadbiran kerajaan Johor 1939) dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan Johor XXIII

DYMM Sultan Ismail (1959-1981)

Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan ladang-ladang FELDA, KEJORA, Rancangan Perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Sultan JohorXXIV

DYMM Almutawakkil Alallah Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj (1981- Kini)

Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Ke VIII pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.


Sumber: Jabatan Muzium Kota Tinggi