Sunday, 13 November 2016

Simbulan 1788 - Sejarah Sembulan Lama - Kajian Awal, Catatan Lisan dan Tarsilah Keluarga Besar

  
1788 Simbulan : Sejarah Sembulan Lama
                                  
 :        ٨٨٧١   سيمبولن
سجاره سمبولن لاما
      
Kajian Awal, Catatan Lisan dan Tarsilah Keluarga Besar Simbulan



  كاجين اول چاتتن ليسن دان ترسيلاه كلوارڬ بسر
سيمبولن 

Di susun dan di sunting oleh :

Jeffri Bin Mohd Asi 



Buku Tarsilah Keluarga Besar Simbulan






Abstrak

IKHTISAR : Kajian awal dan penulisan berhubung aspek sosial, ekonomi, sosio budaya warisan komuniti sebuah keluarga "Rakyat Tulin" campuran Brunei, Bajau dan Idaan yang hidup di Pesisiran Pantai Barat Utara Borneo, sejarah  maritim Orang Laut Johor Riau secara amnya dan Simbulan @ Sembulan Lama secara khususnya dengan cara mengkaji, meyelongkar dan menonjolkan cerita lisan turun temurun oleh individu bergelar "Pemegang Amanah" mengenai erti kata "Simpulan" yang sebenarnya dan sejarah awal oleh susurgalur penduduk asal yang membuka perkampungan tersebut yang setakat ini belum pernah dilakukan oleh mana mana pihak yang berkaitan. 

Maka inilah ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula kewujudan sejarah silam Simbulan @ Sembulan Lama tahun masehi 1788 yang berusia lebih 220 tahun dari kaca mata penduduk asal kampung tersebut. Berdasarkan kajian awal, cerita lisan, tarsila keluarga, dokumentasi, artifak dan senjata perang keluarga ini banyak membantu kesinambungan peristiwa bersejarah kewujudan Raja Raja awal Utara Borneo, sistem pentadbiran Kesultanan Brunei, pergolakan politik dan kesan kepada masyarakat setempat mengenai peristiwa beberapa peperangan yang berlaku di Persisiran Pantai Barat Utara Borneo dari sekitar tahun masehi 1660 sehingga 1915.


KATA KUNCI : Simbulan ; Simpulan; Orang Laut Johor Riau; Rakyat Tulin; Bangsa campuran Brunei, Bajau dan Idaan; Sejarah Maritim; Pemegang Amanah; Pantai Barat Utara Borneo, Raja Raja Utara Borneo, Perkampungan Nelayan Bajau

Sembulan Lama 1914
Gambar dari Arkib Negeri Sabah
Simbulan 1930


Sembulan Lama 1950
Kandungan



  1. Pendahuluan
  2. Simbulan@ Simbulan Lama
  3. Sejarah Lisan Simbulan
  4. Asal Usul Nama Simbulan atau Sembulan Lama
  5. Latar Belakang Simbulan dan Penduduk Asal
  6. Sungai sebagai "istilah" Pentadbiran Tanah Jajahan Kesultanan Brunei
  7. Raja-Raja Kerajaan Pantai Barat Borneo Utara Sebelum Zaman British
  8. Perang Saudara Brunei 1660 - 1673
  9. Raja Marudu
  10. Raja Tempasuk
  11. Raja Tua Di Mengkabong
  12. Raja Mengkabong
  13. Raja Muda Hashim
  14. Raja Dumpil
  15. Sejarah Simbulan di Zaman Kesultanan Brunei
  16. Simbulan itu Mengkabong dan Mengkabong itu Brunei
  17. Simbulan dalam kancah peperangan di kawasan Persisiran Pantai Barat Borneo Utara
  18. Sempadan Awal Simbulan sebelum tahun 1881
  19. Simbulan Tanah Jajahan Sungai Tulin Mengkabong di dalam pergolakan Kesultanan Brunei di akhir abad ke 19
  20. Perjanjian Syarikat Berpiagam Borneo Utara British 20th November 1891
  21. British North Borneo Treaties 23rd March 1898
  22. Perjanjian Syarikat Berpiagam Borneo Utara British 30th March 1898
  23. Perjanjian Mengkabong 30hb Mac 1898
  24. Simbulan di zaman pemerintahan Syarikat Berpiagam British Utara Borneo, Perang Jepun, Zaman British dan Malaysia
  25. Khazanah dan Barang Barang Peninggalan Simbulan
  26. Wajah Anak Anak Sembulan Lama Zaman Sekarang
  27. Aktiviti dan Sejarah bergambar Masjid Kampung Sembulan Lama
  28. Kesimpulan



1. Pendahuluan

SEJARAH dalam bahasa Yunani dari kata "Historia" yang bererti penyelidikan atau pengetahuan yang diperolehi melalui penelitian yang mendalam. Menurut bahasa Arab, sejarah berasal dari kata "Syajaratun" yang berarti pohon kayu yang bercabang-cabang karena sejarah kembang antara satu titik kejadian yang bercabang ke titik kejadian yang lain yang saling berhubungan. Menurut bahasa Jawa, sejarah berasal dari kata "Babad" yang berarti riwayat dan sejarah atau dapat berarti memotong tumbuhan dengan pisau sehingga terang. Di dalam bahasa Inggris, sejarah berasal dari kata "History" yang berarti masa lampau, masa lampau umat manusia.

Sejarah dari sudut pengertian sebenarnya adalah amat kompleks untuk diperbincangkan oleh para sejarawan untuk mencari satu kesepakatan berkenaan apa yang boleh difahami mengenai sejarah. Sejarawan mendefinisikan sejarah mengikut kacamata mereka sendiri yang dipengaruhi oleh zaman, tempat dan budaya masing-masing seperti pandangan mereka yang berikut ;

" Sejarah secara keseluruhan sebagai masa lalu untuk semua benda, peristiwa, alam, manusia, haiwan atau makhluk secara am yang merupakan sejarah yang perlu dikaji (A.L Rowse 1928). Sejarah adalah sejarah pemikiran (R.G Collingwood 1946). Sejarah mempunyai tiga sudut pengertian,yang pertama ialah sejarah menceritakan tentang keseluruhan masa lalu manusia seperti yang sebenar berlaku. Kedua,ia merupakan percubaan manusia menghurai dan mentafsir masa lalu .Dan yang ketiga sejarah sebagai kajian sistematik terhadap masa lalu (A.Marwick 1970). Sejarah itu adalah suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya (E.H Carr 1988). Sejarah bererti asal-usul keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tawarikh (E.H. Carr 1988). Sejarah adalah peristiwa dan kejadian, riwayat, yang telah berlalu dan sebagai ilmu yang berusaha menentukan dan mewariskan ilmu pengetahuan (Drs Sidi Ghazalba). Sejarah adalah tentang pergolakan masyarakat (Sejarawan Islam, Ibnu Khaldun)".

SUMBER ialah sesuatu bahan yang dirujuk oleh sejarawan bagi menghasilkan penulisan yang objektif dan berkualiti. Dokumen atau rekod rasmi merupakan salah satu daripada sumber yang digunakan untuk melakukan penyelidikan ke atas setiap fakta. Oxford English Dictionary mendefinisikan sumber sebagai sebuah karya atau bahan lain yang bersifat memberikan maklumat atau bahan bukti berkaitan dengan fakta kejadian serta peristiwa yang berlaku.

SEJARAH LISAN merupakan antara salah satu cabang sumber yang digunakan oleh sejarawan untuk melakukan sesuatu penyelidikan. Sumber atau sejarah lisan ini sangat penting dalam penulisan walaupun ada segelintir sejarawan menolak pendekatan melalui penggunaan sejarah lisan.

Sejarah Lisan atau “Oral History” merupakan sumber tambahan bagi penyelidikan sejarah dan dapat diperhatikan melalui penyelidikan sejarah negara ini yang merupakan salah satu bentuk penerangan yang disampaikan dalam bentuk lisan mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang telah berlaku. Sumber ini didapati melalui wawancara sama ada dengan pelakunya, seorang saksi mata, seorang pendengar, seorang pemegang tradisi atau seorang yang mengetahui tentang sesuatu peristiwa berkenaan.

Sesuatu keterangan yang disampaikan melalui kaedah lisan akan mengalami tahap tertentu dalam perkembangan penuturannya. Tahap pertama, fakta atau peristiwa diceritakan oleh keterangan proto, keterangan saksi mata dan juga keterangan perseorangan. Fakta atau peristiwa ini boleh diperoleh dengan wawancara subjek dan juga melakukan rakaman. Selepas itu, setiap fakta ini akan disebarkan atau dituturkan yang merujuk keterangan kata dengar.

Sumber sejarah terbahagi kepada dua iaitu sumber bertulis dan sumber lisan. Perkembangan bidang sejarah lisan meliputi dua zaman iaitu zaman moden dan zaman lampau. Bidang ini telah dipelopori sejak zaman Herodotus yang menjalankan proses temu ramah individu untuk mendapatkan peristiwa sejarah yang dianggap penting pada masa lampau.

Sejarah lisan juga merupakan satu kaedah pengumpulan fakta-fakta sejarah yang masih belum dikaji dan dirakam semula. Idea menjalankan sejarah lisan ini dikatakan telah bermula sejak berlakunya sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri.

Sejarah lisan adalah penerus kepada proses mengumpul data sejarah setelah hilangnya tradisi penulisan sejarah. Sumber sejarah lisan dianggap sebagai sumber primer yang didapati daripada hasil rakaman perbualan yang dibuat melalui temuramah yang telah dirancang dan direkodkan oleh para penyelidik dan informan (Louis M. Starr, 1973).

Dalam pengertiannya seperti di atas, jelaslah bahwa sejarah lisan pada dasarnya merupakan rekonstruksi visual atas berbagai peristiwa sejarah yang benar-benar pernah terjadi yang terdapat didalam memori setiap individu manusia (Rozeman Abu Hassan 2004).

Sejarah lisan adalah proses melibatkan orang yang menceritakan peristiwa dengan pengumpul maklumat yang memperkatakan peristiwa yang lepas dan dirujuk daripada ingatan seseorang, kertas surat, diari, gambar dan sebagainya. Fakta sejarah lisan dikatakan mempunyai kekuatan tersendiri yang dapat menjelaskan peristiwa masa lampau yang telah berlaku. Sejarah lisan juga adalah terdiri daripada berbagai-bagai jenis sastera rakyat seperti mitos, lagenda, cerita asal-usul dan sebagainya (Rozeman Abu Hassan 2004) .

Pada dasarnya tujuan menjalankan sejarah lisan adalah untuk mendapatkan maklumat daripada individu-individu terpilih yang mengalami sesuatu peristiwa pada zamannya dan merekod serta memelihara pengkisahan yang merupakan salah satu daripada rekod-rekod sejarah yang semakin berkurangan dan sudah hilang. Jika tiada usaha-usaha pemuliharaan dilakukan banyak sumber-sumber sejarah yang dianggap penting akan pupus.

Kegunaan sumber lisan adalah amat penting kepada generasi baru terutamanya generasi yang tidak melalui zaman peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Para ilmuwan tidak boleh bergantung kepada sumber primer yang terdapat di arkib dan sumber sekunder di perpustakaan tetapi sebaliknya mereka perlu melakukan usaha-usaha mengumpul maklumat-maklumat sejarah lisan yang masih banyak terdapat pada generasi tua, Malaysia (Rozeman Abu Hassan, 2004).


Usaha merakamkan sumber-sumber lisan sangat penting kerana dokumen sejarah akan terus kekal selama-lamanya tetapi mereka yang mengalami peristiwa sejarah tidak akan kekal selama-lamanya.

2.  Simbulan @ Sembulan Lama



Simbulan merupakan sebuah Perkampungan Nelayan Bajau bersebelahan dengan satu tempat bernama Deasoka iaitu tapak pekan baru yang telah dinamakan sebagai Jesselton. Pekan Jesselton menggantikan penempatan dan pelabuhan rasmi Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di Pulau Gaya yang bermula pada 26 September 1882. Pekan Gantian  bermula pada 22 Disember 1899 (sebagai pengganti kepada Pulau Gaya yang telah hampir musnah dibakar oleh Mat Salleh dan para pengikutnya pada 9 Julai 1897) .

Pada 6 Disember 1899 Encik H.S. Hayes, Pegawai Daerah Teluk Gaya yang ber pejabat di Gantian telah pergi bersama Encik Henry Walker, Pesuruhjaya Tanah SBBUB dan beliau mengesahkan laporan bahawa;

 " Deasoka adalah sebuah perkampungan nelayan Bajau yang mempunyai kawasan tanah rata yang dikatakan berukuran lebih daripada enam rantai lebar dan setengah batu panjang. Sebahagian daripada perkampungan Deasoka adalah dipenuhi tanaman pokok kelapa" .

Encik H.S. Hayes telah membuat perundingan dan berjaya membeli perkampungan termasuk kebun kelapa di Deasoka melalui Ketua Anak Negeri bernama Sidek sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan baru SBBUB, (iaitu dari Teluk Gaya di Pantai Barat sehingga ke kuala Sungai Sibuco di Pantai Timur) melalui satu perjanjian dengan Sultan Brunei pada 29 Disember 1877 .


H S Hayes turut menyatakan bahawa para penduduk Deasoka akan dipindahkan ke Api Api iaitu satu lagi perkampungan di selatan Deasoka. Perkampungan ini terletak di sekitar kawasan antara Karamunsing dan Sembulan Lama .

Simbulan terletak bersempadan dengan Sungai Api Api (Sungai Karamunsing) dan Sungai Sembulan, bersebelahan
Bandar Api Api / Jesselton, Borneo Utara dan kedudukannya adalah di antara Deasoka (Bandar Api Api atau Jesselton), Teluk Gaya (Keppel Province), Kabagoh (Gantian) Kuala Menggatal dan Gantisan (Kuala Sepanggar) di sebelah utara dan Kampung Napas (Tanjung Aru) serta Putatan, Dumpil dan Kinarut di sebelah selatan. Kawasan pantai Sembulan Lama dikelilingi oleh hutan paya bakau, pokok kelapa dan merupakan pelabuhan semulajadi yang dilindungi dari angin. 



Sembulan dalam peta 1846



Sembulan dalam peta 1910


Simbulan 1950 an
Simbulan yang lebih dikenali masa ini sebagai "Sembulan Lama" sebenarnya didiami oleh 100 % penduduk anak jati Simbulan dengan kisah sejarah tersendiri beserta tarsilah keluarga besar Simbulan yang tersusun rapi berusia lebih ratusan tahun agak berbeza dengan sejarah Sembulan "Tengah" dan Sembulan "Baru" di mana penduduk Kampung Air Jesselton dan Karamunsing berpindah ke perkampungan baru di Sembulan sekitar tahun 1950an apabila Bandar Jesselton atau Kota Kinabalu diperbesarkan. Perkampungan baru tersebut diberi nama Sembulan Tengah, Sembulan Baru dan Sempelang

Dari segi susur galur pula tidak mustahil penduduk asal Sembulan Tengah, Sembulan Baru dan Sempelang dari suku kaum Brunei, Bajau dan Idaan mempunyai ikatan tali persaudaraan dengan penduduk  jati Sembulan Lama. 


Sekitar tahun 1950an juga bermulanya kemasukkan penduduk warga luar di Sembulan Lama sedikit demi sedikit. Bagi orang tempatan yang hendak pergi ke Sembulan Lama ada yang berkata kepada pemandu teksi atau bas untuk pergi ke "Sembulan Pokok Mangga" disebabkan adanya sebatang pokok mangga tua yang tinggi berada di kawasan tepi jalan sebagai mercu tanda lokasi Sembulan Lama.


Simbulan terletak di dataran yang sempit di antara Banjaran Crocker ke timur dan Laut China Selatan ke barat. Terdapat enam pulau di luar pantai Simbulan. 



Pulau yang terbesar adalah Pulau Gaya yang merupakan bekas tapak pemerintahan British yang pertama di pesisiran pantai barat Borneo utara. Pusat pemerintahan British di pulau gaya ini musnah oleh serangan Paduka Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun 1897. 

Pulau-pulau kecil yang berdekatan tidak berpenghuni, antaranya Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Suluk dan Pulau Sepanggar yang terletak di utara bertentangan dengan Taman Negara dan Teluk Sepanggar yang menjadi satu kawasan pelabuhan dan tarikan yang terkenal dalam industri pelancongan di Sabah.

Di tepi kawasan Simbulan pula terdapat bukit bukau yang suatu ketika dulu tempat tinggal asal penduduk awal Simbulan dan  tapak kuburan tertua di Jesselton. 
Bukit tersebut kemudiannya diduduki oleh Pegawai dan Gabenor British. Hari ini kawasan bukit Simbulan ini menjadi Tapak Muzium Negeri Sabah, Muzium Tamadun Islam, Bangunan Telekom, Sekolah Rendah dan Gereja. Gunung Kinabalu puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian mencecah 13,435 kaki boleh nampak jelas dan indah dari perkampungan ini di waktu pagi. 



Simbulan River 1930
Gambar dari Arkib Negeri Sabah


North Borneo Annual Report 1950
dengan gambar perkampungan Sembulan Lama



Aeriel View 1971 Kota Kinabalu
 Sembulan sebuah "Pulau Bulat Seperti Bulan" dikelilingi rumah sebelah tepi kanan gambar 
dengan keunikan sungai Simbulan
Gambar dari Arkib Negeri Sabah

Simbulan adalah sebuah "Perkampungan Melayu" Pesisiran Pantai Barat Borneo Utara di tengah tengah Bandaraya Kota Kinabalu yang tenang sepi di mana di sebabkan kedudukannya yang strategik di antara Kesultanan Brunei Kerajaan Marudu dan Kesultanan Sulu dulukala maka penduduk asli Simbulan masih menyimpan banyak kenangan dan cerita sejarah silam Raja Raja tempatan dengan kawasan pemerintahan mereka masing masing, zaman Kesultanan Brunei sehingga zaman British cuma segelintir penduduk aslinya saja yang tahu dan masih ingat melalui cerita lisan turun temurun dan tinggalan khazanah sejarah. 

Kedudukan Simbulan yang strategik pula berada di tepi laut serta berhampiran beberapa pulau di hadapan dan bukit bukau di belakang agak mudah dipertahankan dan menjadi sempadan dari serangan musuh dari darat dan laut. 



Gambar Hiasan Teluk Gaya
Sumber google images
Teluk Gaya menjadi laluan utama kapal kapal laut yang berlayar ke utara dan selatan Borneo Utara yang melintasi Lautan China Selatan. Teluk Gaya sesuai dijadikan pelabuhan kerana mempunyai kedalaman dasar yang cukup untuk kapal kapal berlabuh. Di zaman pemerintahan British pula Simbulan berhampiran dengan pelabuhan, laluan keretapi dan pusat pentadbiran daerah Jesselton. 


3. Sejarah Lisan Simbulan (Dicatat pada tahun 1982)

Sesungguhnya ramai yang tidak tahu bahawa berdasarkan sejarah lisan, Simbulan telah wujud dalam era Pemerintahan Kesultanan Brunei di Utara Borneo yang didiami oleh sebuah keluarga "Rakyat Tulin" campuran Brunei, Bajau dan Idaan yang menyimpan sejarah lisan dan Tarsilah Keluarga turun temurun sehinggalah generasi ke 7 hari ini.

Keluarga ini merupakan dari susur galur "Tok Batin" (Ketua Adat/Pemegang Amanah) dari salah satu penduduk asal perkampungan Brunei di Kinarut, Utara Borneo abad ke 17 di mana mereka berpindah ke Putatan dan yang lainnya berpindah ke Kawang setelah di buru oleh tentera Sultan Muhyiddin. (P.S. Shim 2003)

Keluarga ini juga menyimpan Sejarah Lisan perjanjian, asal usul, kisah suka duka, rahsia, taat setia kepada Sultan, kasih sayang, pengorbanan dan perjuangan mereka secara turun temurun dari Perang Saudara Brunei (Perang Cermin) sehinggalah Perang Pandasan, Kota Belud yang tidak pernah diceritakan kepada ramai ahli keluarga atas dasar sumpah dan dendam sekaum dari era pemerintahan Kesultanan Brunei ke zaman Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sehinggalah ke hari ini Sabah menjadi sebuah Negeri yang berdaulat di dalam Malaysia.

Mohd Asi Bin Hassin Bin Rajid Bin Amirullah

Menurut cerita lisan En Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid Bin Embo Amirullah (Generasi ke-4) dari susurgalur "Tok Batin/Pemegang Amanah"  lahir pada 12 Disember 1905 di Simbulan @ Sembulan Lama seperti yang diceritakan oleh bapa, atuk dan moyangnya.

"Tula Batu Baru aku Tula"

Embo Amirullah + Dang Darmata ( Tahun 1788)

Embo Rajid + Dang Bunga (Tahun 1820)       
   Embo Hassin + Dayang Khatijah  (Tahun 1860)

Mohd Asi + Dayang Azizah 
(Tahun 1890 [anggaran] Tahun 1905 ikut Tarikh Lahir Kad Pengenalan)

Sumber : Simbulan 1788 : Kajian Awal, Catatan Lisan dan 
Tarsilah Keluarga Besar Simbulan oleh Jeffri Bin Mohd Asi (2016)

Demi menceritakan sejarah silam Simbulan umpama membuka "Simpulan" yang telah di ikat sekian lama oleh waris dan susur galur keluarga asal itu sendiri;

"Simbulan atau Sembulan Lama sebenarnya adalah sebuah wilayah atau negeri jajahan Kesultanan Brunei yang mempunyai  "Raja" dari kerabat dan pembesar Kesultanan Brunei dan rakyatnya taat setia kepada Raja tersebut dan Sultan Brunei. Rakyat Tulin Simbulan terdiri dari suku kaum Brunei,  Bajau (orang laut Johor Riau dan Illanun Mengkabong, Tuaran) dan suku kaum Idaan.

Rakyat Tulin Simbulan memberi taat setia mereka kepada Raja Saba Kinarut (Sultan Hakkul Mubin),  Raja Tua Mengkabong (Pengiran Temenggung Abdul Momin) , Raja Muda (Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim Ibni Sultan Mohammad Kanzul Alam) dan Sultan Brunei.

Simbulan dikenali sebagai salah satu pusat pentadbiran mewakili golongan pembesar Kesultanan Brunei yang berada di ibu negara  Brunei di bantu oleh orang orang kanan seperti golongan maulana, golongan bangsawan, panglima dan hulubalang orang laut sebagai tentera laut dan suku kaum dusun sebagai tentera darat.

Simbulan asalnya di buka di atas sebuah bukit berhadapan sebuah "Pulau Bulat Kecil" berdekatan dengan Pulau Gaya oleh salah satunya moyang kami bernama Embo Amirullah (Generasi Pertama) seorang pengembara dan seorang pahlawan yang menyertai angkatan perang Brunei yang diketuai oleh seorang Pengiran Temenggong wakil Sultan Brunei berperang dengan tentera "Mundu" (Belinggingi) di persisiran Pantai Barat Utara Borneo pada sekitar tahun 1788. Di atas bukit tersebut pernah ada sebuah Istana, perkampungan awal dan tanah perkuburan penduduk  awal Simbulan. Kuburan awal yang lainnya berada di Pulau Pelompong dan Pulau Gaya.

Tentera "Mundu"  ketika itu kerap menyerang persisiran pantai barat Utara Borneo dengan membakar rumah rumah kediaman serta membawa lari penduduk kampung untuk dijadikan hamba abdi. Ada saudara mara kita di Inanam yang di bawa lari oleh "Mundu" ke Tawi Tawi. Tentera Brunei ketika itu disertai oleh ribuan tentera orang laut dari Johor Riau dan campuran tentera Illanun yang berpangkalan di Marudu, Mengkabong, Tempasuk, Abai dan Pandasan dan ada antara mereka yang mempunyai pertalian keluarga dengan saki baki keluarga asal Perang Kinarut.

Selepas berjaya dalam perang menentang tentera "Mundu" tersebut Embo Amirullah menetap di Mengkabong buat sementara dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan bernama Dang Darmata dan dikurniakan 3 orang anak lelaki bernama Embo Rajid, Embo Bakir, Embo Anting dan seorang anak perempuan bernama Rokayah @ Nandi .

Keluarga ini kemudiannya berpindah dari Mengkabong dan balik ke Simbulan bersama saudara mara mereka yang lain dan susur galur ini menetap di Simbulan (Sembulan Lama) sehinggalah hari ini.

Dato Maharaja Lela, Embo Rajid, Embo Bakir, Embo Anting, Orang Kaya Panglima Harimau Padang bersama saudara mara mereka dikatakan pernah berkhidmat dibawah Pengiran Temenggong dan Pengiran Bendahara Kesultanan Brunei dalam Perang Langkon, Kota Marudu tahun 1845 dari segi melemahkan kekuatan tentera Sharif Usman dari dalam dengan kerjasama ahli keluarga Sharif Usman sendiri dibantu oleh Pengiran Abd Rauf Ibni Pengiran Abd Rajid, pemilik Sungai Tulin Mengkabong dan semua tanah jajahannya.

Ayah saya tiga orang adik beradik pula yang Embo Abdullah, Embo Pampang dan Embo Hassin bersama saudara mara mereka yang lain pula terlibat dalam Perang Pulau Gaya 1897 bersama Paduka Mat Salleh dan Perang terakhir adalah Perang Pandasan 1915 Kota Belud bersama susurgalur Pengiran Muhammad Ibnu Sultan Kanzul Alam, Pandasan.

"Berdasarkan Tarsila Keluarga Besar Sembulan Isteri saya pula bernama  Azizah Binti Sarudin Bin Ithnain @ Stain Bin Pengiran Omar Bin Arshad berasal dari Kinarut dari susur galur Perang Kinarut di mana Ithnain @ Stain Bin Pengiran Omar berkahwin dengan seorang wanita bernama Puteri Delima Lingga dari suku kaum orang laut Johor Riau. Keluarga ini dikatakan berpindah randah dari Kinarut, ke Putatan, Ke Rugading Tuaran sebelum menetap di Simbulan, maka kami berkahwin campur dan mengamalkan kehidupan suku kaum orang laut atau Bajau berasal dari Johor Riau yang agak berbeza dari suku kaum Bajau Selatan Utara Borneo".

Nama Simbulan datang dari perkataan "Simpulan" bererti tali atau rantai yang diikat dan di simpul sebagai simbol atau tanda dengan pengertian yang tersendiri. "Simpulan" datang dari "Adat Pikulan" bermakna sumpah dan perjanjian taat setia antara suatu kaum dengan kaum yang lain buat selama lamanya. Ini bermakna di Simbulan adalah tempat dan lokasi di mana berlangsungnya adat "Simpulan" perbincangan, perjanjian dan sumpah suku kaum abad ke 18 sehingga abad ke 19. Adat "Simpulan" ini tidak pernah lagi disebut sebut sehinggalah hari ini. Sejarah lisan yang akan dikongsikan ini adalah salah satu contoh dari "Adat Simpulan" atau sumpah sekaum yang hanya boleh dibuka dan diuraikan simpulannya oleh ahli keluarga itu sendiri atas sebab yang mereka rasakan sudah sampai masa dan ketika cerita ini perlu dikongsikan untuk pengetahuan semua.

Sebuah keluarga yang jalan perjuangan mereka yang penuh liku liku, cabaran dan dugaan seolah olah terumbang ambing bagai ombak besar dilautan pernah mengikut Raja mereka Sultan Hakkul Mubin @ Sultan Brunei dalam perang saudara (perang cermin) dan tewas tahun 1660-1673, seterusnya berjasa kembali kepada Sultan Brunei dalam menentang tentera Sharif Usman bersama Raja Tua Mengkabong tahun 1788-1790, selepas itu sekali lagi mengikut Raja Muda dalam perang Langkon, Marudu tahun 1845 dan kemudian senyap sepi buat satu masa yang panjang setelah Raja Muda tersebut mangkat. Kemudian keluarga ini muncul semula menentang penjajah British bersama Paduka Mat Salleh tahun 1895-1903. Akhirnya akur dengan sistem pemerintahan penjajah Barat selain dari terputus hubungan dengan ahli keluarga lain dan kerabat dari Kesultanan Brunei. Mereka membuang semua nama mereka yang sebenar, pangkat dan gelaran masa lampau sehingga sukar di jejak oleh waris yang terkemudian disebabkan faktor keselamatan. Yang tinggal hanya kenangan suka duka masa lampau. Sebuah keluarga besar yang boleh dikumpul semula dari Kota Belud, Mengkabong sehingga Papar.

Apabila tidak ada urusan sulit atau peperangan. Penduduk Simbulan menjadi nelayan, berniaga mengunakan sistem barter dan juga bercucuk tanam seperti menanam padi dan berkebun  seperti rakyat biasa yang lain.

Sejarah Lisan Simbulan yang pendek dan ringkas inilah diceritakan, diturunkan dan diulang ulang dari satu generasi ke satu generasi merupakan sebuah "Amanat". Cerita lisan yang berkisar tentang soal pentadbiran wilayah, kaitan kekeluargaan golongan bangsawan, perjuangan, peperangan dan pergolakan yang mengambil masa ratusan tahun. 

Sejarah Lisan Simbulan ini menggambarkan sikap "Taat Setia" tanpa berbelah bahagi sebuah kaum yang boleh menjadi rakan kongsi yang baik dan boleh dipercayai atau sebaliknya musuh yang kejam yang harus dihindari.

Cerita lisan ini tidak disebarkan kepada penduduk kampung disebabkan kejadian lampau telah berlalu disamping berlakunya pergolakan dalaman golongan Kerabat Kesultanan Brunei dan munculnya golongan penjajah barat dengan sistem pentadbiran baru yang tidak lagi mengamalkan dan mengiktirafkan corak pentadbiran dan pengorbanan yang lampau.

Pada usia yang muda jika seseorang waris dari susur galur keluarga ini yang tidak mendalami ilmu Sejarah Utara Borneo, maka kisah ini umpama cerita mitos dan legenda. 

Sebaliknya seorang Waris yang mengikuti sejarah perkembangan Borneo utara dari zaman era pemerintahan Kesultanan Brunei dan pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British sebenarnya boleh mengaitkan Sejarah Lisan turun temurun ini dengan peristiwa sejarah yang benar benar pernah berlaku.

4. Asal Usul Nama Simbulan atau Sembulan Lama

Menurut cerita lisan En Mohd Asi Bin Hassin " Saya lahir pada 12.12.1905 di Simbulan zaman pemerintahan British tetapi mungkin saya lahir awal lagi sekitar 1890an sebab kami tidak berapa faham cara pendaftaran kompeni atau perintah. Ayah saya mengatakan nama Simbulan sebenarnya datang dari perkataan "Simpulan" bererti ikatan "Perjanjian" yang erat antara suku kaum Brunei, Bajau dan Idaan yang diibaratkan umpama seutas tali atau rantai yang disimpulkan tidak akan terurai atau putus. 

Ayat "Simpulan" jika dihalusi dan cuba difahami membawa pengertian yang amat dalam dan bermakna. Contohnya: zaman dulu kala golongan bangsawan Pengiran, Bajau dan Idaan kena membuktikan kejujuran dan kesetiaan mereka dalam hubungan antara kaum dan sanggup mematuhi Adat Simpulan. 


Perkahwinan dan hasil dari perkahwinan itu merupakan "Simpulan" yang telah dipersetujui dan dilaksanakan agar hubungan kekeluargaan itu kekal abadi serta mencapai kedamaian. Kehidupan yang sering tolong menolong serta bertolak ansur antara kaum. 


"Simpulan" juga bererti sumpah janji antara dua individu atau keluarga, dua puak atau dua kaum yang hanya boleh terlerai bila Simpulan tersebut dibuka. 




Simpulan
Simpulan
Simpulan

"Simpulan" lama kelamaan atas faktor sebutan beberapa suku kaum menjadi perkataan "Simbulan" yang dikenang sebagai tapak dan lokasi beberapa perjanjian, sumpah kaum dan juga pusat pengumpulan maklumat zaman dulu kala yang akan di hantar ke Brunei. "Adat Simpulan" memastikan suasana kehidupan antara kaum yang erat, aman damai sepakat, berjalan lancar dan muhibbah menjiwai "Adat Pikulan" (berat sama sama dipikul) amalan nenek moyang. 

Dari pemandangan atas bukit Simbulan jika dilihat ke arah kaki bukit kita akan nampak sebuah pulau kecil yang bulat dikelilingi sungai dan hutan paya bakau. Pulau bulat kecil ini ada pasir putih dan sungainya ada buaya. Nama  lain Simbulan diambil dari bentuk muka bumi Pulau Simbulan yang bulat seperti bulan . "Sim-bulan" maknanya "Bulat seperti Bulan" mengambil pengertian "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".


Nama Sembulan juga bererti mengenang kembali asal usul salah satu tempat tinggal dan kaitan kekeluargaan dengan penduduk lama Sungai Sembulan yang berada Pangkal Pinang , Kepulauan Bangka Belitung , Sumatera di zaman peperangan penduduk Kesultanan Johor Riau dengan Belanda.


Sungai Sembulan di Pangkal Pinang
Nama Sembulan menurut orang tua tua berasal dari perkataan "Samulun" atau "Semulun" @ Sembulan , sebuah puak atau suku orang laut yang bergelar Harimau Laut yang pernah tinggal di Pulau Samulun di Selat Samulun dan Selat Sembilan kawasan Jurong, Singapura yang mana di zaman dulu kala merupakan kawasan Kesultanan Johor Riau.

Peta Pulau dan Selat Samulun

Ada juga orang tua tua menyebut kawasan ni dalam bahasa Bajau Sama seperti Torongon (Hujung) atau Liodon (Tangga), Likas dikenali sebagai Luok dan Tanjung Aru sebagai Nappas atau Toronguu, Pulau Gaya dipanggil Pulau Goyo (Besar), Torong Waakung dan Torong Sendian kawasan berdepan Pulau Pelumpung, Lok Melohom di belakang Torong Waakung dan Lok Sojar di sebelah Lok Melohom". Disebabkan nama asal Simbulan tidak pernah dijelaskan sepenuhnya oleh golongan tua dulu kala maka timbul pelbagai versi nama asal Simbulan oleh generasi baru.



Mohd Asi Bin Hassin Bin Rajid







Sahar Bin Haji Piassin
Sahar Bin Hj Piassin Bin Jubal Bin Embo Pun @ Utoh Payang berkata "mengikut cerita pak cik saya yang paling tua bernama arwah Susi Bin Jubal Bin Embo Pun @ Utoh Payan dan sepupu saya yang merupakan Ketua Kampung Mengkabong bernama Lawa @ Dawi Bin Hj Utoh Bin Jika Bin Senulian yang kedua duanya berasal dari Mengkabong". 


Lawa @ Dawi Bin Hj Utoh
Ketua Kampung Mengkabong
"Orang Mengkabong dulu dulu panggil tempat ni "Sumbu-lan" bererti "sumbu" sejenis kain benang yang boleh dibakar jadi lampu penerang untuk di simpan atas botol dan di campur dengan sejenis buah "Dangkaan" yang banyak di kawasan ini ketika itu yang dijemur dan digiling boleh menjadi minyak atau "Selan" dalam bahasa bajau. Gabungan perkataan "Sumbu" dan "Selan" menjadi Sembulan. Simbulan dan Mengkabong ada kaitan sejarah dan keluarga yang erat sejak dulu lagi. Simbulan adalah tempat tinggal golongan bangsawan dan Datu Datu. Datu Temenggung Embo Ilang bersama Embo Aing dan Embo Timus lain sering pergi ke Simbulan atas urusan pentadbiran sambil melawat saudara maranya di sana"

Nama lain Sembulan adalah dari bahasa bajau seperti "Tombolan" bermakna "Tutup" sejenis pancangan kayu yang di letak di Sungai untuk menutup laluan ke Sungai Sembulan. Sebuah keluarga mengatakan nama Simbulan berasal dari nama nenek perempuan mereka bernama "Puteri Bulan".


Ada juga yang mengatakan nama Sembulan datang dari sejenis tiang bendera yang bernama "Sambulayang". Tidak hairan juga ada yang berkata bahawa nama Sembulan berasal dari sejenis ikan bernama "Bulan Bulan" yang banyak di Sembulan ketika itu. 






Tuan Haji Jenair Bin Adam Bin Abdullah Bin Embo Rajid
Mantan Pengerusi JKKK dan Imam Masjid Sembulan Lama 

Menurut Tuan Haji Jenair Bin Adam Bin Abdullah Bin Embo Rajid " Saya lahir pada 5.4.1943 di Kampung Sembulan Lama dan anak jati Kampung Sembulan Lama. Pada masa penjajahan British, Kampung Sembulan Lama hanya didiami oleh kebanyakan orang tempatan yang berketurunan Bajau dan sedikit orang bangsa Brunei saja. 

Pada zaman dahulu, Kampung Simbulan seakan akan sebuah pulau yang dikelilingi air dan pokok kelapa. Keluasan Kampung Simbulan  dahulunya adalah sekitar 3 ekar dan hanya 2 ekar tanah rata yang sesuai untuk penempatan dan tanaman manakala selebihnya dipenuhi dengan limpahan air laut. 


Tanah yang terdapat di Simbulan dahulu yang sebanyak 3 ekar telah dibahagikan kepada 44 lot di mana hanya penduduk asal yang berketurunan islam sahaja di beri lot-lot tanah. Sembulan berasal dari perkataan Bajau "Sembur" bermaksud Gua atau Terowong. 


Pada zaman dahulu, orang orang luar yang ingin melawat Simbulan akan menggunakan jalan laut. Pemandangan jauh dari laut ke pintu utama menuju ke Sembulan Lama kelihatan dipenuhi atau dilindungi oleh rimbunan-rimbunan pokok dan tumbuhan hutan dan ia kelihatan seolah-olah sebuah gua atau terowong" (rujukan : Jesselton Dalam Kenangan 1899-1967 -Arkib Negeri Sabah).



Saksi Perkahwinan ahli keluarga berdasarkan adat tukul paku (perkahwinan sepupu)

Dokumen ini menunjukkan Ketua Kampung Sembulan OT Hussin dan saya sebagai Ketua Adat yang bertulis nama "ASSI" sebagai saksi perkahwinan sepupu saya Sairah Binti Parang Bin Pampang Bin Embo Rajid bersama suaminya Satur Bin Sambuling Bin Mawali Bin Mat Sator.


En Mohd Asi berkata
" ini surat beranak anak saya Jaffri lahir pada 13.4.1943 di Sembulan Lama, nama asalnya Aziz tetapi abang abangnya sebelum ini meninggal dunia waktu kecil dan Jaffri selalu sakit waktu kecil jadi kalau ikut adat dulu dulu namanya kena tukar menjadi Jaffri supaya dia boleh membesar macam orang lain dan boleh hidup lama. 



Salinan Surat Beranak En Jaffri Bin Mohd Asi

Tidak ramai yang masih ingat yang Bukit Sembulan itu adalah salah satu tapak perkampungan awal Simbulan. Di atas bukit tu juga masih ada kuburan tua nenek moyang kita. Dari puncak Bukit Simbulan sebenarnya zaman dulu kala boleh memantau pergerakan kapal atau perahu yang lalu lalang di hadapan Teluk Gaya. 


Apabila terdapat sebarang tanda bahaya unggun api dinyalakan di atas bukit Simbulan diikuti dengan paluan beduk di balai gandang menjadi tanda amaran kepada penduduk kampung. 


Itulah pukulan beduk ini tidak boleh di bawa main main kata En Mohd Asi. Beduk Sembulan Lama pada suatu ketika di jaga rapi oleh menantu saya bernama En Anding. Beduk tersebut di sapunya telur ayam pada upacara tertentu dan bunyi pukulannya boleh kedengaran sampai ke Penampang"




Beduk Sembulan Lama





Ramzah Bin Imam Hj Ahmad Pakir
Ibunya Hjj Besiah Binti Hj Ghani Bin Pampang Bin Embo Rajid

Nama saya Ramzah Bin Imam Hj Ahmad Pakir dilahirkan pada 2.3.1948 di Kampung Sembulan Lama. Kami tinggal di rumah yang bertiangkan nibung beratapkan daun rumbia dan berdindingkan papan di sebelah kanan rumah kami adalah rumah kepunyaan Pak Cik Abdullah (kami gelar Pakcik Maa Alam). Pada masa itu, Kampung Sembulan Lama dihuni oleh kebanyakannya orang yang berbangsa "Sama" berketurunan Bajau. Majoriti daripada penduduk bekerja sebagai nelayan. (rujukan Arkib Negeri Sabah)



Dassim Bin Abun
Suami Saimah Binti Haji Salim Bin Abdullah Bin Embo Rajid

Nama saya Dassim Bin Abun lahir pada 9.7.1943 di Kampung Suangon, Kinarut, berkahwin dengan isteri saya Puan Saimah Binti Hj Salim anak jati Sembulan Lama pada 26.7.1967; "Waktu saya kahwin dulu, Pakcik Isteri Saya En Mohd Asi Bin Hassin menjadi ketua adat dan mengetuai urusan perkahwinan saya dulu. Pak Cik Mohd Asi ada juga kaitan kekeluargaan dengan keluarga arwah bapa saya di sebelah Kampung Linau Kota Belud. Saya difahamkan zaman dulu kala atas pelbagai sebab, ramai orang Brunei berhijrah atau berpindah ke Borneo Utara terutama di perkampungan persisiran Pantai Barat Borneo Utara seperti Papar, Putatan, Simbulan, Mengkabong, Kota Belud (Tempasuk, Kuala Abai dan Pendasan) termasuk berpindah ke Kota Marudu sehingga ke Manila, Mangindanau dan Sulu serta berasimilasi dengan penduduk tempatan. Brunei sekarang agak berbeza dengan Brunei zaman dulu kala di mana pada zaman itu sungguh luas tanah jajahannya. 


Apa yang saya boleh kongsikan di atas bukit Simbulan dan Pulau Gaya masih ada kuburan keramat kuburan Pengiran, Sharif , Sharifah dan Datu Datu. 


Orang dulu dulu dari jauh dan dekat naik atas bukit dan pergi ke Pulau Gaya untuk bernazar dan memohon dimakbulkan permintaan mereka. Cuma orang tertentu saja boleh mengenal pasti tanda tanda dan lokasi perkuburan itu sehingga hari ini. 


Mudah mudahan jika ada cara kita boleh memohon kepada pihak berkuasa untuk gazzete tanah perkuburan tersebut sebagai tanah perkuburan tua agar menjadi kenangan kepada genersai baru yang dapat menziarah kuburan moyang moyang mereka yang masih ada di situ.  


Kinarut kalau saya masih ingat adalah tempat tinggal dua keluarga yang terkenal bernama Kumpar Besar dan Kumpar Kecil yang terkenal kisah kegagahan keluarga mereka zaman dulu kala. Makcik isteri saya tinggal di Kinarut dan rumah mereka masih ada disana sehingga hari ini.


Di zaman pemerintahan British penduduk kampung Simbulan berpindah ke bawah bukit Simbulan untuk memberi laluan kepada Gabenor dan pegawai British membuat rumah gabenor dan rumah pegawai British di atas bukit tersebut. ".



Rumah Gabenor British atas bukit Sembulan sebelum dirobohkan untuk membina Muzium Negeri Sabah sekarang

5. Latar Belakang Simbulan dan Penduduk Asal




Mohd Asi Bin Hassin


Diaspora penduduk Orang Laut Johor Riau @ Bajau Samah @ Orang Samah di Sabah
Menurut laporan The Putatan Sub District oleh Timbalan Residen  S. E. Dalrymple bertarikh 31hb Disember 1884  ;

"The Bajaus constitute a minor element in the population. These Johore aliens—though, as Mahomedans, not assimilating with the Dusun element, are yet unlike the Bajaus of North East Borneo in this respect, viz :- that they possess cattle, hold and cultivate land and live in fixed habitations on shore. They are however, in great part, fishermen"

Di dalam Journal Royal Asiatic Society menamakan suku kaum Bajau Putatan sebagai The Bajaus of Patalan @ Putatan.

Menurut catatan : Hugh Brooke Low (1896)

"The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "


Kedua dua kenyataan di atas mengambarkan asal usul penduduk asal Simbulan atau Sembulan Lama. Penduduk asal Simbulan semuanya ada kaitan keluarga antara satu dengan yang lain hampir semuanya bersepupu dari jalur keluarga tua yang tinggal di sekitar Persisiran Pantai Barat Borneo Utara. 

Menurut cerita lisan En Mohd Asi Bin Hassin, Simbulan atau Sembulan Lama di buka oleh moyang moyang kami dengan beberapa ahli keluarga yang lain setelah diberi keizinan oleh golongan Pengiran lebih dari dua ratus tahun yang lalu atau sekitar tahun 1788 (tarikh penyatuan golongan bangsawan tempatan). 


Setiap keluarga asal Sembulan Lama sebenarnya mempunyai cerita dan latar belakang sejarah bangsawannya tersendiri dari susur galur keluarga tua yang ternama dan terbilang. Keluarga keluarga ini akhirnya bercantum menjadi satu Keluarga Besar Simbulan (rujuk tarsilah keluarga besar Sembulan Lama 1788-2016). Seseorang yang mengkaji susur galur keturunan lama melalui tarsilah keluarga tidak boleh mengabaikan jalur isteri, suami dan anak angkat disebabkan besar kemungkinan mereka dari jalur yang sama di peringkat atas susur galur itu tadi. Sudah menjadi adat resam keluarga dulu kala berkahwin antara jalur keluarga mereka sendiri.


Susur galur keluarga saya bermula dari cerita seorang pengembara "tula batu baru aku tula" yang bergelar Embo Amirullah (bukan nama sebenar mengikut adat dulu kala tidak menggunakan nama sebenar) yang berkahwin dengan seorang gadis bernama Dang Darmata dari Utara Borneo dan mendapat 3 anak lelaki bernama Embo Rajid, Embo Bakir dan Embo Anting serta seorang anak perempuan bernama Nandi @ Sharifah Rokayah. Keluarga ini menjadi keluarga yang terbesar di Simbulan sehingga hari ini lengkap dengan tarsilah keluarga yang tidak putus sehingga 7 keturunan.


Embo Amirullah dikatakan adalah seorang pembesar, pemimpin dan pahlawan serta menjadi orang kepercayaan golongan Pengiran, Sultan Brunei, Orang Laut, Idaan dan waris waris golongan bangsawan tempatan. 


Embo Amirullah terkenal sebagai seorang yang bijaksana serta berkebolehan dengan kekuatannya mistik yang luar biasa, mempunyai sikap yang agak tegas tapi mudah bergaul dengan masyarakat. Beliau mempunyai perwatakan seakan akan seorang penguasa keamanan dan mahir dalam urusan hal ehwal masyarakat. Tidak hairanlah ramai anak cucu cicitnya yang lain menjadi anggota Polis dan Tentera dan ada yang menyandang jawatan pegawai polis yang tinggi di Malaysia.


Embo Amirullah berkebolehan mengenal pasti dan memahami adat dan adab setiap suku kaum Brunei, Bajau Sama, Illanun dan Idaan di Utara Borneo yang sering bertelagah sesama sendiri ketika itu dan berjaya mengikat suku kaum ini dalam satu "Simpulan" perjanjian adat agar mereka hidup bekerja sama sambil tolong menolong antara satu dengan lain. Seorang yang mempunyai tahap pengetahuan dan pemahaman yang tinggi dalam soal soal pentadbiran.


Sewaktu Perang Jepun, Simbulan tidak terlepas dihujani bom tentera bersekutu dan penduduknya lari ke utara dan selatan Simbulan untuk menyelamatkan diri serta keluarga. Ada yang tinggal di Kinarut dan ada yang lari sehingga ke Papar. 


Selepas tamatnya Perang Jepun, keluarga ini balik berkumpul di Simbulan dan memperbaiki rumah mereka. Setiap isi rumah di Simbulan ada kaitan keluarga antara satu dengan yang lain hampir semuanya bersepupu dari jalur keluarga tua yang tinggal di sekitar Persisiran Pantai Barat Borneo Utara yang mengesahkan bahawa ianya datang dari satu jalur dan berkembang atas dasar perkahwinan. 


Sebuah keluarga yang suatu ketika dulu ada nama dan dikenali dikalangan orang orang bangsawan yang menyertai hampir semua perang yang berlaku dari abad ke 17 hinggalah abad ke 20 yang tidak pernah digembar gemburkan kepada orang ramai. Keluarga tua ini bersama orang laut Johor Riau terlibat dalam Perang Kinarut, Perang Manggatal, Perang Langkon, Perang Membakut, Perang Padas Damit, Perang Gaya, Pemberontakan Paduka Mat Salleh dan Perang Pandasan Kota Belud di zaman era kesultanan Brunei sehingga kedatangan orang British. Inilah antara sebab kenapa cerita keluarga ni disembunyikan sehingga hari ini sebab takut sama "perintah". (takut tindakan dari kerajaan  dan pemerintah)


Keluarga ini merupakan satu kumpulan suku kaum orang laut yang taat setia kepada pemimpin mereka dan banyak yang telah berkorban, serta berjasa di dalam memerangi kumpulan mundu (Belingingi) yang berleluasa dan menjadikan pantai barat Borneo Utara sebagai benteng terakhir menangkis serangan musuh yang hendak menyerang ibu negara Brunei. Mereka juga banyak menyelesaikan masalah yang berkaitan isu kemasyarakatan ketika itu. 


Setelah sekian lama menetap di pantai barat Borneo Utara, suku kaum orang laut ini dikenali sebagai suku Bajau Sama setelah bergaul dengan suku kaum bajau lain yang mendiami utara Borneo.


Menurut cerita legenda keluarga, orang terawal Simbulan merupakan antara rombongan beberapa buah kapal golongan pembesar suku kaum orang laut yang berasal dari kepulauan Johor Riau di mana ketika mereka belayar melintasi Laut Cina Selatan, kapal mereka terkena ribut taufan monsun tropika dan tersadai di beberapa lokasi persisiran pantai barat Borneo Utara antaranya Marudu, Tempasuk, Mengkabong, Kinarut dan Brunei. 


Sementara mereka memperbaiki kapal yang rosak, kawasan baru ini didapati agak sesuai didiami dan dijadikan perkampungan untuk tujuan menjejak kembali rombongan yang terpisah tadi dan memastikan ahli rombongan mereka masih selamat. 


Kawasan persisiran pantai barat Borneo Utara suatu masa dulu dimiliki dan diperintah oleh kerabat Kesultanan Brunei. Hubungan dan persefahaman terjalin antara suku kaum orang laut dan golongan Pengiran melibatkan perkahwinan antara suku orang laut dengan golongan Pengiran dan mengamalkan Adat Pikulan dan Adat Simpulan. 


Setelah itu suku kaum orang laut ini telah diberi peranan khas oleh Kerajaan Kesultanan Brunei terutamanya golongan Pengiran agar pemerintahan tanah jajahan mereka berjalan dengan lebih lancar di zaman ancaman serangan lanun dan tentera Belinggingi.


Tugas umum Orang Laut adalah mengawal kawasan sempadan laut, mengusir lanun-lanun, memimpin para pedagang ke pelabuhan yang ingin mereka tujui dan mengekalkan kekuasaan pelabuhan-pelabuhan tersebut di dalam kawasan Kesultanan Brunei dan golongan Pengiran.

Antara tugas-tugas khas yang dilakukan oleh suku kaum orang laut ialah menjadi tentera kerajaan, tukang-tukang kayu, tukang-tukang senjata, pengayuh kapal-kapal perang dan pembawa surat-surat raja ke negara-negara jiran selain menjadi nelayan biasa.

Pada suatu masa pernah timbul salah faham antara orang laut dengan orang dusun pantai barat Borneo Utara sehingga berlakunya peperangan kaum yang mengorbankan banyak nyawa. 

Suku kaum dusun ini bukan saja bersengketa dengan orang laut tetapi terpaksa berperang menentang suku kaum dusun lain yang lebih agresif. Peperangan suku ini berkurangan apabila suku kaum orang laut bergabung dengan suku kaum dusun dataran (suku dusun yang mendiami kawasan dataran) menentang suku kaum dusun bukit. Perang suku kaum ini berakhir di zaman pemerintahan British.


Demi mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban, peperangan antara suku dan harta benda yang rosak binasa maka di antara pemimpin orang laut dan pemimpin orang dusun dataran membuat perjanjian damai agar mereka saling menghormati amalan dan budaya masing masing supaya mereka semua boleh hidup sepakat dalam suasana yang aman dan muhibah.


Untuk mengingati perjanjian damai ini mereka mengikat "Tali" dan "Gulungan Daun kirai " menjadi "simpulan " dan menanam dua batu sumpah yang terletak satunya di pesisiran pantai dan satu lagi di kawasan sempadan dataran tempat tinggal penduduk dusun. Mereka bersumpah saling bantu membantu dan menghormati hak masing masing. Ikatan perkahwinan antara keluarga pemimpin orang laut dan dusun daratan dilaksanakan agar hubungan kekeluargaan berkekalan selama lamanya.


Orang awal Simbulan telah berinteraksi dan berasimilasi dengan penduduk tempatan seperti Idaan, Brunei dan Magindanao (Sama Bajau Utara Borneo) sambil mengamalkan perdagangan sistem barter bertukar barang hasil laut dengan beras dan hasil tanaman lain. 


Gabungan dan ikatan kekeluargaan melalui perkahwinan campur di samping pelantikan kuasa dari Brunei adalah rahsia dan kunci kekuatan suku kaum orang laut dalam kumpulan Bajau Sama persisiran pantai barat Borneo Utara. 


Walaupun setiap kampung jumlah ahli keluarga itu nampak kecil tetapi bila setiap kepala keluarga dari setiap pelusuk kampung persisiran pantai di seru melaksanakan tanggung jawab kekeluargaan mereka maka mereka menjadi satu kumpulan yang besar kuat dan bersatu hati. 


Dari Marudu, Tempasuk, Pandasan, Abai, Ambong, Tuaran, Mengkabong, Inanam, Darau, Menggatal, Likas, Api Api, Sembulan, Tanjung Aru, Petagas, Putatan, Dumpil, Kinarut, Kawang dan Pengalat Besar semuanya ada perkaitan kekeluargaan jika di usul susur galur kekeluargaan sebuah keluarga tua tertentu. 


Menurut En Mohd Asi lagi, "Mengkabong suatu masa dulu merupakan pusat pemerintahan satu Kerajaan Tua dengan sistem "Raja" dan pembesar pembesar yang mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Brunei di mana ada orang orang Simbulan yang berpindah randah dari Kinarut ke Putatan ke Mengkabong pernah hidup di kalangan mereka sehinggalah mereka membuka perkampungan mereka sendiri di Simbulan".


Konsep perkahwinan besar ertinya di zaman dulu kala. Ianya bermakna antara lain, kedua dua pasangan bukan saja setuju mendirikan rumah tangga malah kedua dua keluarga pasangan tersebut sanggup mengamalkan "Adat Pikulan" iaitu memikul beban dan tanggung jawab kekeluargaan tersebut jika diperlukan termasuklah saling bantu membantu, berkerjasama dan bersatu memerangi musuh musuh yang mengancam suasana dan keharmonian kehidupan bermasyarakat ketika itu. Amalan "Adat Keris" juga merupakan budaya kepada kedua pasang yang bakal berkahwin di mana pemberi dan penerima keris menggambarkan perbezaan darjat antara dua bakal pengantin.


Tarsilah atau salasilah keluarga juga penting agar kita tahu kaitan kekeluargaan antara satu sama lain. Biasanya setiap kampung golongan tua tahu susur galur mereka dan tahu siapa waris waris mereka di perkampungan lain jauh dan dekat. Dulu kala perkahwinan perlu di atur dan di jaga rapi oleh golongan tua untuk memastikan kesinambungan dan gabungan susur jalur kekeluargaan agar tidak putus.


Upacara perayaan, kenduri kendara, perkahwinan dan perkebumian menjadi satu tradisi turun temurun para sanak saudara berjumpa dan berkumpul sambil mengeratkan kembali silaturrahim.



Haji Jami Bin Jubal Bin Utoh Payang
adik Mantan Ketua Kampung Sembulan Lama

Haji Piassin Bin Jubal Bin Utoh Payang

Menurut Tuan Haji Jami Bin Jubal "" saya lahir pada 2.5.1929 di Kampung Mengkabong, Tuaran dan isteri saya berasal dari Sembulan Lama. Waktu saya berpindah ke Sembulan Lama tahun 1946 cuma ada 27 buah rumah. 

Sekitar tahun 1946 selepas perang jepun terdapat 38 buah rumah di Sembulan Lama dengan lebih kurang 40 orang penduduk, semua orang Kampung Sembulan Lama ini bukannya orang lain semuanya keluarga bersepupu sekali dan dua kali mempunyai susur galur keluarga yang panjang dan menyimpan pelbagai rahsia. Penduduk Sembulan Lama majoritinya dari suku kaum Bajau Samah, Brunei dan Idaan, kebanyakannya menjadi nelayan di kawasan persekitaran pesisiran pantai. 


Saya berkahwin dengan Puan Jana Bin Dari Bin Salleh di Sembulan pada 24.10.1954. Ini adalah salinan surat jemputan kahwin dulu-dulu.





Kampung Sembulan Lama yang asal bukan di tapak sekarang tetapi di tapak bekas Khidmat Supermarket di mana ia juga dijadikan pusat penyembelihan kerbau. Di sini juga menjadi pintu masuk kapal atau perahu dari luar daerah".



Hazizah Sarudin

Menurut cerita Puan Hazizah Binti Sarudin isteri En Mohd Asi Bin Hassin "asal usul kami lima orang adik beradik perempuan seibu sebapa dan seorang adik perempuan dari isteri yang lain, "tula batu baru aku tula" kami dari jalur Pengiran waris dari Kinarut, hidup kami pada awalnya berpindah randah membesar di Rugading Tuaran dan akhirnya kami menetap di Sembulan Lama.

Waktu kecil kami di pesan jika di timpa sebarang kesusahan untuk menyeru pantun dan ungkapan: "yang yang juwata, bukan asal ku pugut asalku anak raja".. waktu dulu dulu kami mempunyai dayang dayang, mangkuk emas, geringsing berisi emas, chop mohor, gantang, bendera panji panji dan pelbagai tanda kebesaran, tetapi disebabkan kami semua adik beradik perempuan maka barang barang tersebut disimpan oleh pakcik kami Mutalib. Pada hari ini benda benda begitu tidak lagi penting sekadar menjadi kenangan.


Sebelum saya berkahwin dengan En Mohd Asi dari Sembulan Lama, saya pernah berkahwin dengan En Hassan bin Osman, tetapi suami saya meninggal dunia dan kami tidak ada anak. 


Penduduk Sembulan Lama asal nya datang dari campuran golongan Sharif, Pengiran, Pembesar Orang Laut Johor Riau dan Datu Datu berkahwin campur dengan masyarakat pribumi seperti Brunei, Bajau Sama dan Idaan.


Anak perempuan golongan Pengiran dan golongan bangsawan lain berkahwin campur diatur oleh orang orang tua ketika itu untuk mengeratkan tali kekeluargaan, ikatan persefahaman dan kerjasama kaum di antara satu dengan lain. 


Penduduk Sembulan Lama asal jika di usul jalur mereka semuanya datang dari keluarga baik-baik dari jalur keluarga tua dengan ikatan perkahwinan campur mempunyai sikap toleransi kaum yang tinggi. 


Golongan bangsawan dulu kala tidak membenarkan anak anak mereka berkahwin dengan jalur tertentu disebabkan perbezaan darjat dan kedudukan tetapi berbeza di Sembulan Lama di mana beberapa keluarga pada mulanya tidak boleh berumah tangga disebabkan perbezaan ini tiba tiba apabila dihalusi jalur mereka maka mereka dibenarkan berkahwin. 


Pengesahan darjat sebegini tidak lagi diamalkan di Sembulan Lama. Selain dari Darjat, jika seseorang itu berdarah Sharif maka perkahwinan mereka dengan golongan bangsawan tidak "Panas" dan sesuai berkahwin antara satu dengan lain begitu juga sebaliknya, pada zaman dulu dulu orang kebanyakan yang berkahwin dengan golongan bangsawan dan sharif ini ada yang tidak sesuai dan Panas. 


Mereka percaya jika perkahwinan tersebut "Panas" dalam istilah darjat keturunan maka sesuatu masalah dan malapetaka akan timbul terhadap keluarga tersebut dan bakal di timpa kesusahan di masa akan datang.


Ada satu ketika Panglima Brunei dihantar ke Mengkabong dan kawasan sekitarnya menjejak waris kerabat yang lari dari istana untuk dibunuh dan perempuan yang ada gelaran Dayang atau Dayangku di cari untuk dibawa balik ke Brunei dijadikan isteri secara paksa, selain itu ada kerabat yang lari dari istana mahu di bunuh, pada satu peringkat di Pantai Barat Borneo Utara golongan Pengiran tidak lagi berkuasa dan munculnya ramai Pengiran Pengiran palsu oleh itu kami tidak pakai apa apa gelaran seperti Dayang atau Dayangku begitu juga gelaran Sharif, Pengiran atau Datu Datu untuk golongan lelaki". 






Imam Mohd Kadir Bin Jainol @ Jamud beristerikan Rahmah Binti OT Sappin Bin Embo Bakir





Menurut cerita En Kadir Bin Jamud Bin Embo Sarudin; "Pelabuhan Jesselton dengan Sembulan Lama dekat saja maka ramai keluarga dan waris dari Kota Belud akan singgah bermalam dengan keluarga mereka yang tinggal di Sembulan Lama sebelum pergi ke pelabuhan Jesselton untuk berlayar mengerjakan ibadah Haji. 


Keluarga atau waris kami yang terdekat adalah Embo Adom dari Kampung Timbang Dayang serta Kuala Abai Kota Belud. Embo Adom akan belayar ke Sembulan Lama membawa Kerbau dan Lembu untuk di jual. Di Sembulan Lama daging kerbau dan lembu ini akan di jual kepada masyarakat sekitar.



Embo Adom dari Kampung Timbang Dayang Kota Belud 
berniaga Lembu dan Kerbau di Sembulan
Resit Pergerakan Kerbau

Keluarga Embo Sarudin dan Embo Adom ni dari keluarga jalur tua yang berkahwin dengan golongan Sharif Sharif dan Pengiran. Mereka merupakan sepupu kepada Embo Rajid dan Embo Bakir. Disebabkan kaitan keluarga yang rapat maka dua jalur ini dikahwinkan semula antara satu dengan yang lain"


En Kadir Bin Jamud Bin Embo Sarudin pernah menjadi imam di Kampung Sembulan Lama yang dilantik oleh Almarhum Imam Haji Mohd Suhaili Bin Haji Yakub yang merupakan seorang tokoh ulama yang terkenal di zaman silam. 


Haji Taib mantan  Imam  Sembulan Lama


Imam Haji Ahmad Pakir Datu Hamparan
beristerikan Hajjah Besiah Binti Hj Ghani Bin Pampang Bin Embo Rajid

Imam Haji Taib, Imam Pandin Jubir dan Imam Haji Ahmad Pakir merupakan beberapa orang tokoh imam di Kampung Sembulan Lama dan banyak berjasa kepada penduduk setempat dalam aktiviti keagamaan. Mereka banyak menyumbangkan masa dan tenaga dalam memastikan pengurusan Masjid Sembulan Lama berjalan lancar.

Imam Hj Mohd Suhaili Bin Hj Yaakub

Bila menyentuh Imam Haji Mohd Suhaili, beliau berasal dari Kampung Sungai Biawak, Muara, Brunei. Berpindah ke Sabah pada tahun 1923 dan pada tahun 1934 menjadi Imam yang termuda di Putatan. 

Imam Haji Mohd Suhaili menjadi Imam Jesselton pada tahun 1940 dan meletakkan jawatan sebagai Imam Jesselton pada tahun 1950 digantikan oleh salah seorang muridnya bernama Imam Pandin Bin Jubir yang tinggal berhadapan dengan Masjid Sembulan Lama.


Di antara punca yang menyebabkan beliau berhenti dari menjadi Imam ialah kerana Kerajaan British telah memberi notis kepada Masjid Bandar Jesselton dan penduduk Kampung Air supaya berpindah ke Kampung Sembulan sekitar tahun 1950an. 


Beliau bukan sahaja membantah arahan itu tetapi juga tidak bersetuju dengan sikap sebahagian masyarakat kampung yang kurang tegas dalam mempertahankan kedudukan tempat tinggal mereka sehingga mereka gagal mempertahankan Kampung Air tersebut. 



Harisah Sarudin

Menurut Puan Harisah Binti Sarudin (adik kepada Hazizah Sarudin dan Isteri kepada Diassin Bin Siungguh) "zaman dulu dulu disebabkan perbezaan pendapat dikalangan golongan Pangiran dan perasaan menghaus atau kecil hati atas sebab tertentu maka mereka mengembara dan menyamar menjadi orang biasa . 

Mereka membawa diri mencari kehidupan baru dan menjadikan Sembulan Lama sebagai salah satu tempat persinggahan dan ada yang terus tinggal di sini, kami adalah 5 orang "Puteri" adik beradik perempuan dan seorang adik perempuan hidup bersama dayang dayang. 


Kami semua berkahwin dengan orang Sembulan Lama dan menjadi orang biasa. Kalau ikut cerita orang dulu dulu kami ni dibawa lari oleh pakcik kami dari Rugading dan ditinggalkan di Sembulan Lama. Kami waris dari Kinarut,  Dumpil, Putatan, Rugading dan Mengkabong"


Menurut En Mohd Asi "Penduduk Sembulan Lama tidak menggunakan gelaran Sharif, Pengiran atau Datu cuma sekadar nama panggilan nama biasa dan untuk golongan tua panggilan hormat seperti "Embo" dalam Bahasa Bajau Samah atau "Atuk" dalam Bahasa Malaysia. Pada satu ketika ramai golongan Pengiran di Utara Borneo di bunuh disebabkan pergolakan yang berlaku di Brunei dan wujudnya Pengiran Pengiran palsu yang mengakun akun golongan Bangsawan. Ada suatu ketika golongan Pengiran dan pemungut cukai "Buis" menjadi orang yang dibenci oleh penduduk tempatan Utara Borneo. 

Penduduk Simbulan gembira hidup sebagai seorang nelayan dengan rumah bertiangkan nibung dan beratapkan daun rumbia tanpa memegang sebarang jawatan, gelaran atau darjat di mana jalur tarsila keluarga ini di jaga dengan rapi dan dianggap maklumat sulit seakan cuba melupakan asal usul mereka. 


Penduduk Sembulan Lama hidup sebagai nelayan, petani bercucuk tanam dusun buah buahan di atas bukit Sembulan, menanam padi dipadang bola sepak SRK Sembulan disamping berniaga hasil laut, daging lembu dan kerbau di tepi Sungai Sembulan yang dahulunya banyak buaya".


Golongan tua Sembulan Lama berkata bahawa rata rata keluarga atau waris mereka menetap dari Tempasuk, Abai, Pandasan, Mengkabong hinggalah ke Papar.

Datuk OT Hussin Bin Abdullah Bin Embo Rajid - Ketua Kampung Sembulan Lama bersama sepupunya Lakim Bin Datu Busu Bin Datu Muzaffar, Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid, En Jeffri Bin Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid, Imam Mohd Taib dan  bersama orang orang kampung Sembulan Lama tahun 1950an


Kad Pengenalan OT Hussin Bin Abdullah
Lahir : 1906 - Kampung Sembulan Lama
En Mohd Asi berkata "golongan tua Sembulan Lama tidak suka menonjolkan diri mereka dan tidak pernah menuntut apa apa pengiktirafan, gelaran kebesaran dan harta benda. Orang orang Sembulan Lama bukannya hidup senang. Kehidupan waktu itu adalah susah tapi mereka bersyukur dengan apa yang ada.. 

Jika cerita Sembulan Lama ini ditulis maka akan terbukalah "Simpulan" perjanjian dan cerita lampau yang dianggap sulit dan rahsia keluarga. Cerita ini ianya akan menjadi kenangan kepada generasi muda Sembulan Lama yang ingin mendalami dan meningkatkan jati diri masing masing dengan mengetahui serba sedikit latar belakang dan asal usul nenek moyang mereka gabungan Brunei, Bajau dan Idaan.  


Kalau dorang mahu tahu lebih lanjut dari itu,  biarlah mereka cari sendiri asal usul nenek moyang mereka. Penduduk Sembulan Lama dulu dulu mengamalkan sumpah sekaum, merahsiakan semua asal usul dan aktiviti mereka yang lampau demi "melindungi masa depan kehidupan keluarga serta anak cucu yang dekat dan jauh mereka dari sebarang ancaman dan bahaya". Rahsia itu pun juga atas sikap taat setia, perlindungan, pengorbanan dan kasih sayang yang agak sukar di urai kecuali oleh waris mereka sendiri".


Menurut Puan Hazizah Binti Sarudin "Bukit Sembulan pada suatu ketika didiami oleh ahli keluarga Aki Suang dari suku kaum Idaan dengan pengikut setianya yang berasal dari Tuaran setelah ikut berhijrah dari Mengkabong. 


Aki Suang berkahwin dengan adik perempuan Embo Rajid dan Embo Bakir yang bernama Sharifah Rokayah atau Nandi sebagai nama timangan kampung. Ahli keluarga Aki Suang ada yang berkahwin dan pindah ke Penampang dan Petagas. Tapak kuburan lama Sembulan masih terletak di atas bukit antara SRK Sacred Heart dengan Bangunan Telekom dan satu Kuburan lama lagi di bukit di jalan masuk ke Muzium Negeri Sabah, Saya sewaktu muda berkebun sehinggalah Bukit Nenas".



Gambar Dayangku Mastura Datu Maharajalela Pengiran Awang Besar (Dayangku Basar) duduk ditengah 
ibu Datuk OT Hussin Bin Abdullah Bin Embo Rajid

Gambar Informan  : Keluarga Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid.

Menurut En Mohd Asi "Penduduk asal Sembulan Lama (kena mulakan bacaan "Tula Batu Baru Aku Tula") adalah dari keluarga moyang saya yang bernama Embo Amirullah ayah kepada Embo Rajid, Embo Bakir dan Sharifah Rokayah serta 15 keluarga besar Sembulan Lama yang lain dengan memijak kakinya di Simbulan pada tahun 1788 dan membuka Sembulan Lama bersama sepupunya seperti Embo Sarudin, Embo Giro, Embo Datu Salleh, Embo Datu Bongkol, Embo Datu Busu, Embo Sibutu, Embo Pun @ Utto Payoh, Aki Suang yang jalur mereka masing masing boleh dijejaki dari Marudu, Mengkabong, Tuaran, Inanam, Likas, Nafas, Pandasan, Abai, Tempasuk, Putatan, Dumpil, Kinarut dan Papar. 

Orang orang tua dulu larang kami cerita asal usul nanti "Tula" sama "Busung", tapi sebenarnya kehidupan dulu lain dari sekarang. Kita kena jaga jaga dengan siapa kita cerita takut anak anak muda rasa tinggi diri dan suka berbangga bangga akan di timpa pelbagai masalah. Perkataan Tula dan Busung sebenarnya sebagai satu amaran agar tidak mendedahkan identiti keluarga yang terlibat dalam pelbagai pergolakan masyarakat ketika itu". 


En Jami Bin Jubal berkata "Anak-anak penduduk Sembulan Lama asal pula saling berkahwin dikalangan ahli keluarga dan sepupu mereka sendiri menjadi satu rumpun keluarga besar Sembulan Lama. Penduduk awal Sembulan Lama juga berkahwin dengan penduduk dari beberapa kampung yang terletak di persisiran Pantai Barat Borneo Utara setelah dihalusi jalur dan latar belakang keluarganya". 


En Mohd Asi berkata "Orang Tua Sembulan Lama yang pertama bernama Orang Tua Sibutu yang meninggal dunia di Mekah tu adalah bapa mentua saya sebab isteri pertama saya bernama Seria Binti Sibutu dan kami mempunyai dua orang anak, seorang tinggal di Brunei dan seorang lagi tinggal di Putatan. 


Saya ada tulis itu nama nama ahli keluarga di buku. Emak saya nama Khatijah ada kaitan kekeluargaan dengan Orang Tua Bakar Likas dan Orang Tua Sambuling Inanam. Khatijah berkahwin dua kali selain iaitu berkahwin dengan Hassin Bin Embo Rajid dan Datu Busu Datu Muzaffar mempunyai dua belas orang anak dan anak tiri iaitu Lakim Bin Datu Busu, Bakar Bin Datu Busu, Titing Bin Datu Busu, Mohd Asi Bin Hassin dan Tiabu Binti Hassin, Leman Bin Datu Busu dan 6 orang yang lain (sila rujuk Trasilah Keluarga Besar Sembulan Lama). Tiabu Binti Hassin berpindah ke Inanam berkahwin dengan ahli keluarga juga bernama Dan Bin Dapil Bin Embo Bakir. (Ayah En Matlan Bin Alidan, Ketua Kampung Inanam)


Begitulah perkahwinan dulu kala, mereka berkahwin antara waris terdekat. Dulu saya kerja sebagai "Orderly" di Jesselton Club jadi saya ada belajar membaca dan menulis. Nama nama keluarga ada saya tulis dan boleh susun jalur semua keluarga Sembulan Lama di atas, Trasilah keluarga ini pada suatu masa saya gunakan untuk memeriksa calon pengantin lelaki atau perempuan yang akan berkahwin dengan orang Sembulan Lama takut langgar hukum agama islam jika berkahwin saudara muhrim. 


Bila suatu hari nanti saya sudah tiada anak saya Jaffri Bin Mohd Asi akan sambung trasila keluarga ini dan anak Jaffri seterusnya supaya waris-waris tidak lupa asal usul mereka".




Perang Langkon Kota Marudu
Menurut En Mohd Asi "Di zaman dulu dulu ikut cerita bapa saya...  Wallahu a'lam... Embo Amirullah dan anak anaknya bernama Embo Rajid dan Embo Bakir terkenal dengan ilmu mistik dan kekuatan luar biasa begitu juga sepupu sepupunya yang lain di Sembulan Lama.  Embo Rajid yang tingginya 6 kaki 4 inci dikatakan tidak kena setitis pun air apabila berjalan sewaktu hujan. Mahir ilmu kitab tasawuf . Gemar menunggang kuda dengan pakaian jubah dan serban. Bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan menjadi penasihat dan pengiring golongan Pengiran di samping mempunyai kebolehan bertempur dengan menggunakan keris yang boleh terbang sendiri terapung apung membunuh musuh. 

Embo Rajid, Embo Bakir, Orang Kaya Datu Panglima Harimau Padang Jaafar, Dato Maharajalela, Dato Temenggung dan beberapa keluarga tua yang lain dikatakan pernah terlibat dalam Perang Langkon (Perang Marudu 1845). Embo Abdullah, Embo Pampang, Embo Hassin pernah terlibat dalam Perang Pandasan 1915 membantu Embo Ali dan kerabat Kesultanan Brunei di Kota Belud. Embo Amirullah, Embo Rajid dan Embo Bakir dikebumikan di atas bukit Sembulan. 


Sungai Sembulan dikatakan di guris dengan "Ilmu Perabun" sehinggakan orang luar tidak dapat mencari muara sungainya. Waktu awal pembukaan Sembulan Lama, pokok kelapa di tanam oleh orang orang tua masa lampau di sekitar Sembulan Lama melambangkan jumlah penduduk asal Sembulan Lama. Sembulan Lama dikenali di zaman lampau sebagai tempat persinggahan dan persembunyian sementara kerabat Sultan Brunei yang lari atau membawa diri dari Brunei dengan pengikut setia mereka, tempat tinggal para hulu balang, maulana dan golongan bijak pandai yang antaranya arif ilmu agama (syariat marifat tarikat hakikat) , ilmu kitab, ilmu mistik, ilmu ghaib, ilmu perang (seperti petunang, keris terbang dan lain lain), ilmu mengubat (herba, akar kayu dan daun daun) dan dikatakan boleh berjalan atas air, mengamalkan ilmu angin, ilmu api, ilmu perabun, ilmu racun, ilmu pelangi, kebal, mempunyai kekuatan luar biasa , mempunyai saka dan gimbaran, bila berjalan tidak
kena hujan dan bila berjalan diiringi oleh kerlipan lampu di waktu malam. 


Saya masih ada simpan kitab lama tasawuf dan buku tentang amalan lama ini termasuk Kitab Tajul Muluk dan Bintang Dua Belas. Ini contoh contoh azimat yang digunakan di zaman dulu kala".



Wafaq


Wafaq


Wafaq
Puan Hazizah Binti Sarudin berkata "Sungai Sembulan terdapat sebiji batu hijau besar mistik yang dikatakan perkampungan Orang Bunian dan sungai Sembulan pernah menjadi tempat tinggal dua ekor buaya jadian yang jinak bernama Si Kudung dan Si Pudung yang masih ada sehingga hari ini".

Menurut cerita En Sahar Bin Haji Piassin "Hulu balang dan para pejuang Sembulan Lama biasanya baik hati tapi bersikap degil dan tegas pantang di ganggu di cabar ataupun di sorak, mereka boleh tiba tiba seolah kerasukan dan berubah menjadi bengis dan kejam mampu membuat sesuatu tanpa dugaan dan  belas kasihan". 

Puan Hazizah Binti Sarudin berkata "Kebanyakan amalan dan pengetahuan lama ini  tidak diturunkan kepada waris mereka disebabkan pantang larang yang sukar dipatuhi di zaman ini , beberapa amalan mistik tidak lagi diketahui atau di amal dan dipraktikkan oleh generasi masa kini disebabkan kuatnya shariah agama islam".


Simbulan terletak di antara Sungai Api Api dengan Sungai Putatan
Sumber : Buku Kesultanan Melayu Brunei - Prof. Madya Hj Asbol Mail
6. Sungai sebagai "istilah" Pentadbiran Tanah Jajahan Kesultanan Brunei

Sembulan Lama sebelum zaman British merupakan salah satu tanah jajahan Kesultanan Brunei yang menggunakan "Sungai" sebagai istilah struktur pentadbiran wilayah atau kawasan jajahan. Istilah "Sungai" ke atas wilayah yang bertaraf Sungai Kerajaan, Kuripan dan Tulin sebenarnya sebagai merujuk kepada sesebuah wilayah, daerah atau kawasan, bukannya sungai biasa seperti mana yang difahami menurut istilah geografi fizikal, iaitu tali air semula jadi yang mempunyai bahagian hulu dan kuala. Hal ini dapat dilihat apabila undang-undang pemilikan wilayah Kesultanan Brunei sebelum abad ke-20 tidak hanya tertumpu kepada sungai bahkan juga meliputi bukit, tanjung, satu kawasan daratan malahan pulau.

Oleh kerana wilayah wilayah Brunei sebelum kedatangan kuasa British ini begitu luas, maka undang-undang tanah ini lebih menjurus kepada undang-undang wilayah sebagaimana yang pernah dititahkan oleh Sultan Abdul Momin (1852-1885) yang menyatakan bahawa pembahagian wilayah Brunei ini dikenali sebagai Sungai Tulin atau Pesaka, Sungai Kerajaan dan Sungai Kuripan.

Dari segi kedaulatan Brunei pada keseluruhannya, jajahan kesultanan ini adalah milik Sultan selaku kuasa tertinggi. Dengan yang demikian, Sultan Brunei mempunyai kuasa dan hak untuk membentuk satu undang-undang wilayah yang membolehkan Baginda mengagih-agihkan kawasan-kawasan ini kepada putera dan puteri serta kaum keluarga Baginda sebagai pemiliknya.

Pengurniaan ini adalah sebagai tanda kasih sayang Sultan kepada kaum kerabat Baginda, di samping untuk mempastikan wilayah Brunei berada dalam keadaan kukuh dan bersatu padu, justeru pemiliknya terdiri dari satu jurai keturunan yang sama. Dengan pembahagian ini juga kuasa pentadbiran wilayah Brunei tidak hanya dimonopoli oleh Sultan seorang diri, bahkan ia telah diagihkan kepada pemilik wilayah. 

Langkah ini sekurang-kurangnya boleh meringankan beban tugas Sultan dalam mentadbir kawasan Brunei yang begitu luas. Dengan pembahagian ini, maka semua wilayah dalam empayar Kesultanan Brunei telah menjadi milik Sultan dan kaum kerabat Baginda yang dikenali sebagai sistem sungai seperti yang dijelaskan di atas (Leys, 1968:119-121; dan Brown, 1970:158).

Sungai Kerajaan merupakan kawasan yang dipunyai oleh Sultan yang memerintah. Segala hasil kawasan ini adalah kepunyaan Sultan. Bagaimanapun wilayah ini menurut undang-undang tidak boleh diwariskan kepada keturunan Baginda melainkan ia dipesakai oleh pengganti Baginda atau Sultan yang berikutnya. 

Sungai Kuripan pula adalah kawasan yang dipunyai oleh para Wazir. Dalam sistem pemerintahan Kesultanan Brunei terdapat empat orang Wazir yang bertindak sebagai pembantu kanan kepada Sultan. Wazir-wazir ini terdiri dari Pengiran Bendahara, Pengiran Digadong, Pengiran Pemanca dan Pengiran Temenggung (Haji Awg Asbol bin Haji Mail, 2008). 

Segala hasil Sungai Kuripan dipunyai oleh Wazir. Seperti mana Sungai Kerajaan, mereka tidak boleh mewariskan kepada anak-anak atau waris-waris mereka, justeru kawasan ini adalah hak kepada pengganti Wazir seterusnya. Ini bererti menurut undang-undang wilayah bahawa pemilikan tanah-tanah Sungai Kerajaan dan Kuripan adalah atas kapasiti jawatan yang dipegang dalam kerajaan (Leys, 1968:119-121; dan Brown, 1970:158).

Sementara itu Sungai Tulin atau Pesaka adalah wilayah yang dimiliki oleh Sultan dan golongan Pengiran berteras, lazimnya kelompok Wazir dan Ceteria. Kumpulan Ceteria ini adalah pembesar Brunei selepas Wazir. Mereka ini
dilantik di kalangan keluarga diraja terdekat atau golongan Pengiran berteras.
Segala hasil daerah Sungai Tulin adalah milik golongan yang tersebut di atas.

Jika wilayah Sungai Kerajaan dan Kuripan tidak boleh diwariskan kepada
keturunan pemiliknya, tetapi perkara ini sebaliknya bagi wilayah Sungai Tulin
dimana ia boleh diwariskan kepada keturunan mereka kemudiannya (Leys,
1968:119-121; dan Brown, 1970:158).

Satu kawasan yang dimiliki tidak semestinya dipunyai oleh seorang pemilik,
bahkan ada ketikanya ia dipunyai oleh lebih daripada seorang. Oleh itu terdapat
kawasan yang dimiliki ini mempunyai persempadanan yang berdekatan di
antara satu dengan lain. Contohnya jika ada dua buah kampung dalam sebatang
sungai, penduduk kampung pertama akan membayar cukai kepada pemilik
Sungai Tulin, kemudian kampung kedua yang di sebelahnya lagi ada
kemungkinan membayar cukai kepada Sultan selaku pemegang Sungai
Kerajaan.

Perkara ini pernah berlaku pada tahun 1885 apabila Padas Besar yang merupakan Sungai Tulin kepada Sultan Abdul Momin bersama anak kemanakan Baginda, iaitu Pengiran Bendahara Anak Muhammad dan Pengiran Digadong Anak Muhammad Hassan. Bagaimanapun sebahagian besar
daripada kawasan ini dipunyai oleh kedua-dua anak kemanakan Baginda itu,
sedangkan Sultan cuma memiliki sedikit daripada wilayah tersebut, iaitu dalam
tiga atau empat buah kampung kecil. 

Begitu juga kawasan Limbang terdapat Sungai Kuripan yang dimiliki oleh Pengiran Temenggung Hashim iaitu Sungai Damit, sementara itu sebahagian besar Sungai Tulin di wilayah ini adalah dipunyai oleh Pengiran Bendahara Anak Muhammad dan Pengiran Digadong Anak Muhammad Hassan (Leys, 1968:120). 

Selain penguasaan ke atas wilayah, penguasaan ke atas penduduk juga penting kerana mereka inilah punca sumber pendapatan yang diperolehi dalam bentuk cukai dan kegiatan perdagangan kepada pemilik Sungai Kerajaan, Kuripan dan Tulin (Singh, 2000:67). 


Dalam pada itu, pembahagian undang-undang wilayah yang berlandaskan sistem sungai ini dibuat bukan sahaja kerana faktor geografi Brunei yang memiliki beratus-ratus sungai tetapi juga pada hakikatnya lembah-lembah sungai telah menjadi tumpuan kegiatan sosial dan ekonomi majoriti penduduk, di samping peranannya sebagai jalan penghubung utama di antara satu tempat dengan tempat yang lain.

7. Raja-Raja Kerajaan Pantai Barat Borneo Utara Sebelum Zaman British


Untuk kita ingin lebih mendalami dan menjiwai suasana di zaman nenek moyang kita di Sembulan Lama di abad ke 19, adalah lebih baik jika kita memahami serba sedikit sejarah Kesultanan Brunei, Kesultanan Magindanau, Kesultanan Sulu, Kesultanan Johor Riau, Perang Saudara di Brunei 1660-1673 dan kisah Raja Raja kerajaan pantai barat borneo utara sezaman dengan nenek moyang kita. Raja Raja ini mewarnai kanca pemerintahan dan perkembangan kehidupan harian masyarakat ketika itu . Mereka di gelar Raja disebabkan selain dari mentadbir, memiliki atau memerintah kawasan jajahan atau sungai tulin, kuripan atau kerajaan masing masing yang diamanahkan oleh Sultan Brunei ketika itu mereka juga boleh membentuk tentera sendiri, sistem perdagangan, sistem pentadbiran dan mempunyai kuasa hidup dan mati rakyatnya. 


Cerita Raja Raja ini disusun dan dipilih dari penulisan pengkaji Sejarah sebelum ini yang berkaitan dengan kedudukan geografi , jalur masa dan zaman itu. Mohon izin menceritakan kembali sejarah penting ini untuk kenangan dan mengambil pengajaran dari kisah masa lampau.


8. Perang Saudara Brunei 1660 - 1673


Bersabung Ayam dan Mahkota Berdarah. 

“Kok kok kok…” Bunyi ayam sabungan bersahut-sahutan di halaman istana Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Bendahara Abdul Mubin. Di halaman Istana orang ramai berkumpul untuk menyaksikan temasya bersabung ayam pada pagi itu. Anak Pengiran Bendahara Abdul Mubin datang untuk menyaksikan temasya tersebut dan juga berniat untuk bersabung ayam dengan anak Sultan Muhammad Ali iaitu Pengiran Muda Alam. Penjaga ayam: “Junjung Lai” Anak Pengiran Bendahara: “ oh Miatu. Mana ayam kita, bawa ke mari biar kita lihat dulu.” Penjaga ayam: “ Mohon di ampun, ada peramba tambat di sana.” Penjaga ayam pun mengambil ayam tersebut untuk disembahkan kepada Anak Pengiran Bendahara. Anak pengiran Bendahara pun menyambut ayam sabungannya dan ayam itu berkokok 3 kali berturut turut sambil digosok-gosoknya kepala dan belakang ayam tersebut. 


Kedatangan Pengiran Muda Alam ke halaman Istana dengan pengiring-pengiringnya. Anak Pengiran Bendahara: “Junjung Ngian muda,” kata anak Pengiran Bendahara menyilakan. Pengiran muda Alam: “Terima kasih, mana ayam awangku?” Anak pengiran Bendahara: “Tu nah di belakang” Tanpa membuang masa mereka pun memulakan persabungan ayam antara ayam persabungan Pengiran Muda Alam dan Anak Pengiran Bendahara. Keadaan di halaman istana menjadi riuh rendah kerana sorak daripada kedua belah pihak. Akhirnya ayam sabung Pengiran Mula Alam kalah dalam persabungan tersebut dan penyokong pihak anak Pengiran Bendahara bersorak gembira dengan kemenangan tersebut sehingga melompat-lompat.

Pengiran Muda Alam merasa geram melihat kegembiraan mereka dan kata-kata yang memalukan dari pihak Anak Pengiran Bendahara menyebabkan Pengiran Muda Alam bertindak membunuh Anak Pengiran Bendahara. Inang (Pengasuh Anak Pengiran Bendahara): “Ngian!” Inang menjerit terkejut melihat pembunuhan tersebut kerana Anak Pengiran Bendahara adalah anak yang telah diasuhnya dari kecil dan diibaratkan seperti anaknya sendiri. Inang terus berlari ke halaman dengan linangan air mata bercucuran untuk mendapatkan anak yang dikasihinya. Tiada seorang pun yang berani untuk menentang Pengiran Muda Alam untuk menuntut bela ke atas kematian Anak Pengiran Bendahara, kerana tidak mahu dikatakan menderhaka kepada anak Raja. 

Kejadian tersebut seperti tiada apa-apa yang terjadi sehinggalah mayat Anak Pengiran Bendahara dibawa pulang ke barung-barung Pengiran Bendahara Abdul Mubin. Di rumah Pengiran Bendahara, kedengaran bunyi tangisan dari isteri dan inang Pengiran Bendahara ke atas kematian anak Pengiran Bendahara sehingga Pengiran Bendahara menjadi hairan dan tertanya tanya apakah yang sedang berlaku. Pengiran Bendahara: “Apakah malapetaka yang menimpa isi rumah kita?” Pehin: “Tuanku, paduka anakanda di tikam oleh Pengiran Muda Alam?” Pengiran Bendahara: “Mengapakah begitu benar perbuatan Pengiran Muda!” (dengan wajah yang marah) Pehin: “ Kerana ayam Pengiran Muda Alam telah dikalahkan oleh ayam paduka anakanda.”

Pengiran Bendahara merasa marah dan ingin membalas dendam dengan kematian anakandanya yang tiada mempunyai apa-apa kesalahan. Pengiran Bendahara pun berangkat ke istana untuk berjumpa dengan Sultan Muhammad Ali dengan 40 orang pengiring-pengiringnya. Sebaik sahaja sampai di Lapau, Baginda Sultan menyuruh Pengiran Bendahara duduk di atas-atas. Kebetulan masa itu baginda sedang di hadap oleh pembesar-pembesar negeri kerana merundingkan kejadian yang terjadi dihalaman istana. 

Sultan: “Ramai nampaknya tuan peramba datang sekali ini.” Pengiran Bendahara: “Patik”(Sembah Pengiran Bendahara). “ Kedatangan patik mengadap duli tuanku ini sengaja kerana telah lama juga patik tidak mengadap tuanku.” (Sambil melirik Pengiran Muda Alam yang berada di sisi Sultan). Sultan: “Apa khabar yang peramba bawa? Peramba pun dendam jua, sudah lama tidak berjumpa peramba”. Pengiran Bendahara: “ khabar baik, hanyalah patik sangat berdukacita melihat barung-barung patik tidak berdinding”. (sembahnya bergurimdam). “Apalah halnya air mas patik di bunuh hidup-hidup oleh paduka anakanda Pengiran Muda Alam dengan tidak berdosa.” Sultan pun mengerti maksud Pengiran Bandahara mengadap ramai-ramai itu. Sultan: “Ngian Bendahara! Pekerjaan membunuh orang yang tidak berdosa tanpa ada sebab itu sekalipun anakanda peramba, bunuh jua balasannya, hutang darah dibayar dengan darah.” 


Apabila didengar oleh Pengiran Muda Alam titah hukuman ayahandanya itu segeralah Pengiran Muda Alam masuk ke dalam istana ayahandanya. Pengiran Bendahara: “ Ya tuanku! Jikalau demikian itu bicara tuanku, patik junjung paduka anakanda itu buangkan sekali.” (dengan wajah seperti singa yang kelaparan) Sultan: “ Hai Pengiran Bendahara! Sekarang peramba lepaskan anak peramba itu, dia sudah membawa darah mati ke dalam istana, jalankan hukuman ke atasnya”. Pengiran Bendahara gembira mendengar titah baginda. Pengiran Bendahara terus bangkit tanpa menjunjung negeraha mengikut Pengiran Muda Alam masuk ke dalam Istana bersama 40 orang pengikut-pengikutnya. 

Dengan keris yang terhunus di tangan mereka naik ke istana Sultan untuk mendapatkan Pengiran Muda Alam, tetapi tiada pun keberadaan puteranya di ruangan istana tersebut. Pengiran Bendahara menjadi marah dan bertindak membunuh dayang-dayang istana dan seisi istana yang tidak berdosa. Sultan mendengar bunyi jeritan para dayang sehingga baginda hairan apakah yang terjadi di dalam istana. Baginda berangkat ke dalam istana, sultan terkejut melihat dayang-dayang dan gundik-gundik kesayangan sultan telah mati ditikam oleh Pengiran Bendahara. Sultan: “ Hai Pengiran Bendahara, pekerjaan apakah yang tuan peramba kerjakan ini? Lain yang berdosa lain pula yang peramba bunuh. 

Perbuatan tuan peramba ini samalah seperti hulubalang handal membunuh musuhnya ketika musuhnya sedang tidur.” Pengiran Bendahara: “ Ampun tuanku beribu-ribu ampun, apalah mata patik telah pening.” Sultan: “ jikalau demikian ini baiklah sudahi peramba sekali, supaya senang tuan peramba hidup dijunjung.” Pengiran Bendahara: “ Baiklah tuanku.” Pengiran Bendahara pun memerintahkan anak buahnya menangkap baginda sultan. Sultan: “Tak usahlah peramba ditangkap oleh anak buah peramba, kerana sayang mereka bakal menjadi pengharapan tuan peramba. Nah supaya tiada siapa pun yang terluka, ambillah keris peramba ini.” Sultan pun mengambil keris baginda dari pinggangnya lalu menghulurkan keris tersebut kepada Pengiran Bendahara. 


Anak buah pengiran Bendahara berundur ke belakang kerana takut kalau-kalau baginda ingin menuntut bela atas kematian gundik-gundiknya tetapi tidak, anak buah Pengiran Bendahara hairan melihat kejujuran hati Baginda sultan. Pengiran Bendahara: “Ah Tuanku, sepala-pala menyeluk pekasam.” Sultan: “ Peramba, walau tuan peramba basuh dengan air mawar sekalipun takkan hilang bau busuk pekasam itu.” Pengiran Bendahara: “Tuanku, mandi biarlah basah.” Sultan: “Peramba, mandilah walau habis air selautan, takkan bersih badan dan jiwa peramba dari bernoda.” Pengiran Bendahara: “Tuanku, sekali terminum darah.” Sultan: “Peramba. Minumlah hingga kering, hisaplah hingga kempis, tetapi darah peramba tetap mengalir dan takkan hancur dari bumi Brunei.” 


Sultan Muhammad Ali menjadi tawanan kemuliaan dan baginda di usung oleh anak buah Pengiran Bendahara dan dibawa ke halaman istana yang rumput-rampainya yang menghijau, di mana ada sepohon kelapa cenderung ke barat, sedang teja pelangi membangun, mengaum bunyi guruh bertalu talu, hujan turun rintik-rintik, matahari senja menguning cahayanya dan air pasang sehingga menenggelamkan Lumut Lunting. Di tempat itulah baginda sultan Muhammad Ali lindung dikujut oleh Pengiran Bendahara dan jatuh tersungkur di padang rumput yang menghijau.

Sejak hari itu, Almarhum Sultan Muhammad Ali disebut-sebut orang sebagai ‘Al-Marhum Tumbang Di Rumput’. Pengiran Bendahara Abdul Mubin pun telah menjadi Sultan setelah kemangkatan Sultan Muhammad Ali.

Hasrat menuntut bela dan perpindahan istana ke Pulau Chermin. 

Pada malam itu, Pengiran Bendahara Muhyidin dan isterinya sedang berbual-bual di tingkap bilik peraduan mereka. Isteri Pengiran Bendahara Muhyidin bermuram dan bersedih kerana terkenangkan ayahandanya yang mangkat di kujut oleh Sultan Hakkul Mubin ketika dulu. Pengiran Bendahara Muhyidin: “ Mengapa adinda bersedih hati walau bulan purnama tersergam indah di langit?” Pengiran Isteri Mariam: “derita hati adinda takkan dapat kekanda rasakan, biarlah adinda sendiri yang merasainya.” Pengiran Bendahara Muhyidin: “ jangan begitu adinda, kekanda tidak akan membiarkan mahligai hati adinda rosak binasa.” 


Pengiran Isteri Mariam: “Hati manusia kanda, hanya akan gembira bila apa yang diharapkannya terlaksana. Kekanda hanya asyik berburu sahaja.” Pengiran Isteri Mariam merasa sangat sedih kerana suaminya hanya asyik berburu dan tiada langsung hatinya untuk melaksanakan hasrat isterinya untuk membalas dendam ke atas kematian mertuanya iaitu Sultan Muhammad Ali. Pada keesokannya harinya, seperti biasa Pengiran Bendahara Muhyidin bersama dua orang pengiringnya pergi berburu ke dalam hutan di Kampung Subok. Setelah lama berada di dalam hutan, tiada satu pun binatang buruan yang didapati, maka Pengiran Bendahara pun duduk berehat di bawah pohon ara sehingga terlelap. 


Pengiran Bandahara Muhyidin telah mendapat mimpi yang aneh, dia didatangi oleh seorang perempuan yang cantik, berjubah putih. Puteri cantik: “Kembalilah kamu wahai orang muda, di sana ada menunggu satu kewajipan bagi kamu. Tengok di sana ribut datang dan hujan turun dengan menitikkan hujan darah, mari ikutlah aku pulang.” Pengiran Bendahara Muhyidin terjaga dari tidurnya dan tertanya-tanya tentang mimpinya tadi. Pengiran Bendahara Muhyidin: “Apakah petandanya mimpiku itu? Ah itu hanya gangguan dari makhluk makhluk di hutan ini.” Pengiran Bendahara Muhyidin pun bangkit dan mencari anak buahnya yang ikut berburu bersamanya tadi. 

Semasa sedang mencari anak buahnya, Pengiran Bendahara Muhyidin terjumpa dengan Orang Kaya Besar Imas. Dari sanalah Pengiran Bendahara Muhyidin mendapat inspirasi untuk menuntut bela kematian bapa mertuanya Sultan Muhammad Ali. Orang Kaya Besar Imas : “ Ceh! Anak raja ini tidak pemalu, bapanya sendiri di bunuh orang tidak terbela olehnya, senang senang ia mengangkat tangan menyembah Bendahara Abdul” (berpura-pura tidak melihat kedatangan Pengiran Bendahara Muhyidin sambil menyangkul rumput-rumput di tanamannya). Pengiran Bendahara Muhyidin: “Apa dia, orang kaya?”. Orang Kaya Besar Imas : “Beribu ampun, inilah pekerjaan hamba tuanku. Dari mana tuanku ini?. Junjung duli tuanku naik ke barung hamba tuanku.” 

Pengiran Bendahara pun naik ke rumah Pehin Orang Kaya Besar Imas bersama dengan anak buahnya. Pengiran Bendahara: “Terima Kasih Orang Kaya.” Pengiran Bendahara teringat akan kata-kata Orang Kaya Besar Imas tadi lalu bertanya kerana rasa ingin tahu menghantui fikiran Pengiran Bendahara. Pengiran Bendahara: “Orang Kaya, saya kurang mengerti apa maksud kata orang kaya di halaman tadi?” 


Orang Kaya Besar Imas : “Beribu ampun, hamba tuanku berkata-kata dengan air mas hamba tuanku ini, iaitu kemangkatan almarhum ayahanda mertua tuanku itu, mengapatah duli tuanku semua hanya memandang sahaja, bukankah ayahanda tuanku itu lindung kerana di kujut dengan kejam. Padahal tiada kesalahan yang dilakukan oleh baginda. Tidakkah tuanku merasa malu dengan semua itu, tidakkah tuanku mahu untuk menuntut bela atas kematian duli ayahanda tuanku.” Pengiran Bendahara: “Adakah maksud orang kaya seperti mengembangi asam yang telah kering?” sungguh pun benar begitu, apalah daya kita untuk menentang, takkan kita hendak menentang raja, bak kata orang takkan melayu mentang rajanya.” Orang Kaya Besar Imas : “walaupun begitu, dengarlah kata hamba tuanku pada kebawah duli tuanku, berjuanglah tuanku dengan keizinan Tuhan untuk menuntut bela atas kematian paduka ayahanda tuanku, teruskanlah citacita tuanku, hamba tuanku semua di kampong ini akan turut sama turun ke medan perjuangan demi untuk menuntut bela, dijunjung duli tuanku berjuang, hamba tuanku semua bersandarkan dengan berkat Allah.” Pengiran Bendahara: “Jika begitu orang Kaya bersandarkan dengan berkat Allah, percayalah bahawasanya kata orang kaya itu hendaklah dikotakan. Kalau begitu kami mulih dahulu.” 

Pengiran Bendahara Muhyidin pun pulang ke rumahnya pada hari yang hampir senja. Kelihatan isterinya sedang menunggunya di hadapan rumah. Pengiran Isteri Mariam: “ Mengapa kekanda lambat pulang, adakah mendapat banyak hasil buruan?” Pengiran Bendahara: “ Tiada hasil buruan yang kekanda dapat, tetapi kekanda dapat apa yang adinda hasratkan selama ini.” Pengiran Isteri Mariam: “Apa yang adinda hasratkan selama ini? “(dengan muka kehairanan). 

Pengiran Bendahara: “benar adinda, tentu adinda akan gembira mendengarnya. Kekanda akan menuntut bela atas kematian paduka ayahanda seperti yang adinda hasratkan.” Isterinya merasa sangat gembira setelah mendengar khabar yang disampaikan oleh suaminya itu. Pada malam itu juga Pengiran Bendahara Muhyidin memanggil saudara-saudara kepada Pengiran Bendahara Muhyidin dan isterinya iaitu Pengiran Kamaluddin, Pengiran Nassaruddin, Pengiran Tuah dan Pengiran Alauddin untuk membincangkan hasrat mereka untuk menuntut bela atas kematian Sultan Muhammad Ali. 


Pengiran Bendahara: “Malam Ngian, maaf nyusahkan ngian semua datang malam –malam begini”. Pengiran Kamaluddin: “Peramba, kerana sabda memanggil, walau hujan rebut sekali pun peramba semua akan datang, inikan pula cuaca terang seperti siang.” (sambil menoleh kepada pengiran-pengiran yang lain). Pengiran Bendahara: “Begini Ngian, sebab mengapa ngian semua dipanggil malam ini adalah kerana kita semua adalah bersaudara, bersatu hati dan bermuafakat.” Pengiran Nassarudin: “itulah fikiran yang sebaik-baiknya.” Pengiran Bendahara: “Halnya begini, kemangkatan almarhum paduka ayahanda baru-baru ini, kita hidup seperti patung tidak bernyawa, seperti menconteng arang di muka kita yang tidak disedari dan terpandang oleh kita. Maksud kita, hutang darah hendaklah dibalas dengan darah, biarlah bumi Brunei ini bermandikan darah demi untuk menuntut bela atas kematian paduka ayahanda.” Mendengar semua itu, pengiran-pengiran tertunduk malu. 


Pengiran Kamaluddin: “Peramba. Kalau sudah demikian sabda tuan peramba, maka dijunjung sabda itu. Peramba semua bersedia, insyaallah dengan kuasa Allah peramba semua akan mengerjakan.” Pengiran Bendahara: “sebelum itu ngian, biarlah kita mengatur rancangan dengan lebih teliti lagi sebelum bertindak.” Pada malam itulah mereka bermesyuarat untuk mengatur rancangan yang seteruskan. Pada esok malamnya, di kawasan istana telah gempar dengan suara riuh-rendah berteriak kerana rumah-rumah orang besar-besar diganggu oleh orang yang tidak dikenali iaitu diaruk dengan lembing dan buluh runcing dari bawah rumah. Dituruni tiada siapa yang berada dibawah. Bahkan istana sultan juga turut diganggu. 

Sultan Hakkul Mubin telah memanggil Pengiran Bendahara Muhyidin dan para wazir dan pembesar pembesar yang lain untuk bertanyakan kejadian itu. Pengiran Bendahara pun berangkat ke istana. Sultan Hakkul Mubin: “dari manakah datangnya manusia-manusia yang bersifat iblis itu. Setiap malam mereka datang dan menganggu dalam negeri ini? Tidak adakah diantara panglima-panglima ini yang berani menghapuskan pengacau-pengacau itu?” (sabda baginda dengan muka yang merah kerana marah). Pengiran Bendahara: “Sungguh berani orang-orang itu. Bukan sahaja istana diganggunya, bahkan barung-barung patik pun dikacaunya. Begitu juga dengan rumah-rumah orang kampong juga diganggu. Lebih baik kita membawa Orang Kedayan di Subok iaitu anak buah Orang Kaya Besar Imas untuk menjaga istana supaya tidak diganggu lagi.” 

Sultan Hakkul Mubin: “baiklah, kalau begitu kata Pengiran Bendahara baiktah dipanggil anak buah Orang Kaya Besar Imas untuk berjaga di kawasan istana beta.” Pengiran Bendahara: “Junjung sabda tuanku.” Anak-anak buah Orang kaya Besar Imas pun berjaga-jagalah di kawasan istana tetapi pada malam itu sekali lagi kawasan istana diganggu sehingga kawasan istana riuh-rendah dengan teriak dayang-dayang di dalam istana. Sultan Hakkul Mubin pun memerintahkan Orang Kaya Besar Imas untuk mencari orang- orang yang mengganggu istana. Orang Kaya Besar Imas dan anak buahnya pun mencarilah orang-orang yang mengganggu istana sehingga ke dalam hutan. 


Selama seminggu mereka mencari ke dalam hutan tetapi tidak mereka perolehi. Orang Kaya Besar Imas: “Tuanku, tiada pun yang kami jumpai orang-orang yang mengganggu kawasan istana ini.” Sultan Hakkul Mubin: “betulkah Orang Kaya? Baiklah jika begitu. Teruslah menjaga kawasan ini.” Orang Kaya Besar Imas : “Baiklah tuanku.” Di rumah Pengiran Bendahara Muhyidin Pengiran Bendahara: “bagus Orang Kaya, kita berjaya mengganggu ketenteraman istana dan pembesarpembesar yang lain. Rancangan kita berjaya kali ini.” Orang Kaya Besar Imas : “Ya pengiran Bendahara, Apakah rancangan kita yang seterusnya?” Pengiran Bendahara: “kita akan terus mengganggu istana dan rumah-rumah orang kampong sehingga kita berjaya memujuk Sultan Hakkul Mubin untuk berpindah ke Pulau Chermin dan saya akan menjadi sultan di darat.” Pengiran Kamaluddin: “Ya, rancangan yang bagus peramba, kita akan memerangkap Sultan dan memujuknya berpindah ke pulau Chermin dan beristana di sana. Kita akan berkuasa di darat.” Pengiran-pengiran lain bersetuju dengan semua rancangan itu. Pengiran-pengiran: “Sabda pengiran Bendahara dijunjung peramba semua.” Di balai penghadapan kawasan istana Semua pembesar berada di balai penghadapan termasuklah Pengiran Bendahara Muhyidin dan Orang Kaya Besar Imas dan Pengiran-pengiran yang lain. 

Baginda Sultan Hakkul Mubin merasa sangat gelisah dengan kejadian yang menimpa istana dan rumahrumah orang kampong. Sultan Hakkul Mubin meminta pendapat para pembesar yang lain untuk menghapuskan orang-orang yang mengganggu itu. Pengiran bendahara telah mencadangkan supaya Baginda berpindah ke Pulau Chermin dan membuat istana di sana demi keselamatan baginda. 

Pengiran Bendahara: “ tuanku, baiktah tuanku berpindah ke Pulau Chermin, kerana kawasan tersebut dikelilingi air dan tidak mudah untuk pengganggu itu untuk menganggu kawasan istana lagi.” Sultan: “rancangan yang sangat baik Pengiran Bendahara, baiklah suruh hulubalang istana membuat istana di Pulau Chermin, setelah siap nanti beta akan segera berpindah.” Setelah istana siap dibina di Pulau Chermin, baginda sultan pun berpindah ke Pulau Chermin. Pengiran Bendahara pun menjadi Sultan Di darat, manakala Sultan Hakkul Mubin menjadi sultan di Pulau. Istana di Pulau Chermin: Sultan Hakkul Mubin: “Pehin orang kaya Di-Gadong Seri Nara, apa khabarnya anakanda Pengiran Bendahara? Sudah seminggu kita di sini tetapi Pengiran Bendahara belum juga berpindah ke Pulau Chermin.” Pehin: “Beribu ampun, patik kurang periksa, berangkali anakanda Pengiran Bendahara sedang bersiap untuk berpindah ke Pulau Chermin.” Sultan: “Kalau begitu baiktah Pehin Orang Kaya Di-Gadong bernagkat untuk berkayuh ke darat mengadap anakanda Pengiran Bendahara.” Pehin: “Baiklah tuanku, titah dijunjung.” Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara pun berangkatlah ke Darat bersama dua orang pehin yang lain, berkayuh bersama empat orang pengayuhnya ke istana Darat. 


Setelah sampai di perairan Brunei, alangkah terkejutnya Pehin Orang Kaya Digadong bahawa Bandar Brunei telah berubah, bukan lagi seperti bandar Brunei dahulu. Di tiang istana Pengiran Bendahara Muhyidin berkibar bendera kuning. Pehin Orang kaya Digadong mengadap Pengiran Bendahara ke istana. Pengiran Bendahara: “Apa khabar Orang Kaya Di-gadong?” Pehin: “Ampun beribu ampun, ada pun hamba tuanku mengadap ini adalah kerana dititahkan oleh Duli Yang Dipertuan bertanyakan khabar berita Brunei dan tuanku. Titahnya lagi bilakah tuanku akan berangkat pindah ke Pulau Chermin?.” 


Pengiran Bendahara: “Pehin Orang Kaya Digadong, pergilah balik ke Pulau Chermin dan khabarkan kepada Baginda sultan tentang perkhabaran ku di sini, aku sudah menjadi sultan di darat dan tidak akan mengangkat tangan ke dahi menyembah Sultan, bendera kuning itu tidak akan turun dari tiang bendera Koala. Mengertilah pehin maksud kaola dan rasa hati keluarga almarhum setelah baginda mangkat dikujut, koala akan menuntut bela atas kemangkatan ayahanda koala.” Pehin: “titah dijunjung tuanku.” Pehin Orang Kaya Di-gadong Seri Nara terus sujud menyembah dan menjunjung negaraha bersama kedua-dua menteri tadi dan terus keluar untuk berkayuh pulang ke Pulau Chermin. 

Di Pulau Chermin Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Nara terus mengadap Baginda sultan Hakkul Mubin di Istana. Pehin Orang Kaya terus memberitahu khabar yang diperolehinya di Bandar Brunei. Masuk sahaja Pehin Orang Kaya Di-Gadong dibalai penghadapan, pehin terus menyembah sujud di hadapan baginda dengan menggeletar tulang anggotanya kalau-kalau baginda murka kepadanya. Pehin: “Ampun tuanku beribu ampun, adapun paduka anakanda itu tidaklah ia hendak berangkat ke Pulau Chermin, kerana dalam negeri Brunei ia telah mengibarkan bendera kuning di tiangnya dan lengkap dengan kubu jambatan serta alat-alat pertahanan negeri. Itulah sebabnya paduka anakanda tidak datang mengadap duli tuanku. Paduka anakanda bersabda lagi ia tidak akan mengangkat tangan ke dahi menyembah duli tuanku kerana ingin membalas dendam atas kematian almarhum Sultan Muhammad Ali.” Sultan: “ 

Ceh! Alangkah besar akal Awang Muhyidin anak derhaka itu. Pura-pura ia mengatakan pulau ini tempat yang baik supaya tidak diganggu oleh penjahat. Mungkin dialah kepala penjahat dan penderhaka besar di negeri Brunei ini. Sebenar mana pun kekuatannya aku tidak akan menyembah kepadanya kecuali kerajaan di Pulau Chermin ini musnah dijilat api bersama jasadku dan waris ku.” Sultan Hakkul Mubin merasa murka sehingga baginda hanya menyebut Awang Muhyidin tanpa gelaran kerabat diraja yang dikhaskan kepada Pengiran Bendahara Muhyidin.

Perang Saudara dan penyudahnya. 

Di Pulau Chermin: Sultan Hakkul Mubin: “Bersiaplah kamu semua, lengkapkan alat-alat peperangan, kita berperang melanggar Bandar Brunei”. Di Pulau Chermin segala kelengkapan senjata dan bala tentera telah bersedia untuk memerangi penderhaka di Bandar Brunei. Setelah lengkap semuanya, segala perahu-perahu peperangan itu berkayuh ke Bandar Brunei dengan orang yang telalu ramai dilengkapi dengan bedil, lembing dan anak-anak panah beracun bersangkutan di belakang mereka. Banyaklah perahu bertambatan di jambatan Pulau Chermin. Sultan Hakkul Mubin menghantar pemergian meraka untuk pergi memerangi Bandar Brunei. Sultan Hakkul Mubin: “Ku lepaskan kamu dengan doa, langgarlah kubu orang Bandar Brunei itu dengan berani hingga dapat kamu bawa hidup-hidup tawanan kamu kemari.” kedengaran juga anak-anak dan isteri mereka menyeru nama suami dan ayah meraka. Anak 1: “Ayah…”(sambil mengangis) Setelah selesai baginda bertitah, berdirilah Putera Zamban iaitu Putera Sultan Hakkul Mubin yang juga sebagai ketua perangnya. Putera Zamban: “Hancurkan hingga menjadi padang jarak padang tekukur dan istana rajanya kita balikkan bumbungannya ke bumi dan tiangnya ke langit. Dengan daulat baginda di Pulau Chermin. Ayuh kayuh.” (perintahnya kepada semua hulubalangnya). 


Di Bandar Brunei: Orang Brunei yang di bawah perintah Pengiran Bendahara Muhyidin, sekembalinya Pehin Orang Kaya Digadong, mereka telah bersiap sedia menambah dan melengkapkan alat peperangan mereka. Mereka berjaga-jaga dan menjalankan tugas masing-masing menanti kedatangan serangan orang di Pulau Chermin. Pengiran Bendahara Muhyidin: “Lengkapkan semua barang peperangan, kita sedia menghadapi serangan dari Pulau Chermin.” Setelah itu, kedengaran bunyi bedil meriam orang Pulau Chermin menandakan kedatangan angkatan perang dari Pulau Chermin. Berbalas-balas tembakan bedil kedengaran dari kedua-dua belah pihak. Asap naik ke udara menjadikan bumi Brunei menjadi gelap tidak kelihatan satu pun di sungai Brunei. Panglima Pulau: “Mara ke hadapan semua.” “Boom..” kedengaran bunyi bedil yang mengenakan hulubalang pihak Pulau Chermin mati berhemburan darah jatuh ke perairan sungai Brunei. Peperangan yang berlaku di Sungai Brunei menjadikan sungai Brunei sebagai lautan darah kerana banyak yang terkorban dari kedua-dua belah pihak lawan. Beberapa ketika, bunyi bedil dan meriam reda. Asap telah mula berkurang dan kelihatanlah orang beramukan dengan berlagakan perisai dan pedang sambil memain keris. 


Ini kerana tentera Pulau Chermin telah dapat mendarat naik ke kubu pertahanan orang Brunei yang menyebabkan terjadinya pertarungan yang amat dahsyat. Setelah 3 bulan berperang, belum lagi ada tanda-tanda mahu tewas di antara kedua-dua belah pihak. Sehingga Pengiran Bendahara Muhyidin menghantar perutusan perdamaian kepada Baginda di Pulau Chermin dengan menghantar Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan iaitu menteri kepercayaan Pengiran Bendahara diperintahkan menjadi utusan membawa surat tersebut melalui jalan darat. Surat itu berbunyi: “Surat daripada kita Pengiran Bendahara Muhyidin ketua kerajaan darurat di Brunei, datang ke hadrat ayahanda kita Sultan Abdul Mubin di Pulau Chermin. 


Oleh kerana memikirkan hal hamba rakyat kita di kedua-dua belah pihak yang banyak terkorban, maka inilah kita di Brunei mengutus ke Pulau Chermin, menawarkan supaya diadakan perdamaian di kedua belah pihak. Janganlah kita berperang dan eloklah kita membuat penyelesaian yang aman dan baik.” Setelah selesai dibaca oleh khatib, Sultan Hakkul Mubin pun memerintahkan supaya para tenteranya untuk berundur dan menerima perdamaian tersebut. Walaupun perdamaian itu hanya berunsurkan lisan sahaja. Sebulan setelah berdamai, peperangan menyala kembali iaitu orang dari Bandar Brunei pula yang menyerang kembali ke Pulau Chermin. Peperangan kali kedua ini meyebabkan Sultan Hakkul Mubin sendiri yang turut serta dalam peperangan tersebut. Sultan Hakkul Mubin: “Bawa ke mari pedang dan kerisku, aku hendak berperang bersama rakyatku.” Hulubalang istana: “Junjung duli tuanku.” Lalu hulubalang pun menyerahkan segala kelengkapan perang Sultan Hakkul Mubin, dikatakan Sultan Hakkul Mubin adalah seorang yang kebal, gagah dan berani orangnya. 

Di sebelah pihak Brunei, semakin banyak yang terkorban kerana Sultan ikut bertempur sehingga tentera pihak Pengiran Bendahara Muhyidin terpaksa berundur. Orang Kaya Besar Imas juga turut terkorban di Pulau Chermin. Pengiran Bendahara: “Berundur semua.” Sekembalinya tentera Pengiran Bendahara ke Bandar Brunei, Pengiran Bendahara Muhyidin pun bermesyuarat dengan adinda-adindanya untuk menghantar utusan ke Sulok untuk meminta bantuan supaya pihak Sulok akan membantu mereka memerangi Sultan Hakkul Mubin di Pulau Chermin. Akhirnya peperangan berlaku lagi bersama-sama dengan tentera Sulok. Kapal tentera Sulok terus terusan membedil Pulau Chermin, sehingga banyak orang-orang di Pulau Chermin terkorban. Tambahan pula tentera musuh semakin ramai mengelilingi Pulau Chermin dan dengan mudah tentera Pengiran Bendahara mendarat di Pulau Chermin. 

Oleh kerana tentera Pihak Sultan tidak berdaya lagi untuk melawan, maka Sultan pun memerintahkan orang-orangnya memusnahkan semua pekakas kerajaan. Sultan Hakkul Mubin: “Hulubalang, musnahkan semua harta kerajaan, segala mahkota dan cap kamhap beta ke laut.” Hulubalang: “Junjung titah duli tuanku.” Hulubalang Istana segera memasukkan Mahkota Sultan Hakkul Mubin dan cap Kamhap kerajaan ke mulut meriam lalu ditembakkan ke laut. Melihat kelakuan orang-orang Pulau Chermin memusnahkan pekakas kerajaan, seluruh Pulau Chermin telah terbakar. Tentera Pengiran Bendahara Muhyidin semakin mara ke hadapan. Kemaraan ini adalah disebabkan seorang pahlawan yang tidak dikenali telah mengemudi kapal perang Pengiran Bandahara Muhyidin. 


Orangnya berkulit putih, bertubuh kecil, berpakaian putih, berdastr putih, bersuara halus dan tidak kurang keris dipinggangnya. Pahlawan yang tidak dikenali: “Ayuh! Kayuhkan laju-laju.” Selesai sahaja pekakas kerajaan dimusnahkan, Sultan Hakkul Mubin bersama seluruh keturunannya telah lari ke Masjid dan membunuh diri dengan melaburkan diri mereka di dalam masjid tersebut. Sultan Hakkul Mubin: “Silalah anakanda semua, kita melabur.” Maka Sultan pun membakar masjid yang telah dicurahkan minyak. Terbakarlah masjid tersebut bersama-sama dengan isi di dalamnya sehingga habis terbakar baginda dan putera puteri baginda semuanya mangkat berlabur. 


Akhirnya pihak Pengiran Bendahara Muhyidin pun menang dalam peperangan tersebut. Segala harta benda dirampas dan dibawa balik harta rampasan itu ke Sulok. Selesai sahaja peperangan itu, Pengiran Bendahara Muhyidin balik ke Brunei dan merasa gembira kerana berjaya menuntut bela atas kemangkatan ayahandanya dulu tetapi Pengiran Bendahara merasa sedih kerana isterinya yang tercinta terbaring lemah kerana mendapat luka di kepala sesudah menunaikan janjinya sebagai serikandi negara. Isterinya telah menyamar menjadi lelaki demi untuk menuntut bela kematian paduka ayahandanya dan dialah lelaki yang mengemudi kapal perang Pengiran Muhyidin tadi. Pengiran Bendahara: “Adinda, mengapakah adinda sanggup melakukan semua itu? Kekanda sedih melihat adinda cedera parah begini hanya demi untuk turut berperang.” Isterinya: “kekanda, walau hilang nyawa di badan, adinda rela demi menuntut bela atas kemangkatan paduka ayahanda. Akhirnya adinda berjaya menunaikan janji adinda untuk turut serta dalam peperangan itu.” Akhirnya Pengiran Bendahara pun diangkat menjadi Sultan Muhyidin setelah kemangkatan Sultan Hakkul Mubin. Selama 12 tahun peperangan ini berlangsung. 


Pembesar-pembesar: “Daulat tuanku” (beramai-ramai) - TAMAT -

Nota :

Dari sumber yang lain Angkatan Perang Sulok tidak ikut serta dalam serangan serangan awal Pulau cermin cuma ikut serta berperang saat saat akhir bila hulubalang Sultan Hakkul Mubin hampir tewas di mana ianya mendatangkan kemurkaan Pengiran Muhyidin maka terbatal perjanjian dengan Sultan Sulu.

9. Raja Marudu

Sharif Osman atau nama sebenarnya Sharif Osman Bin Sharif Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan sharif atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.

Apabila Kesultanan Sulu mengambil alih beberapa kawasan di Borneo Utara dari Kesultanan Brunei, Sharif Osman telah dia amanahkan mentadbir wilayah Marudu. Pada masa ini, Struktur Pentadbiran Borneo ( Sabah ) di bawah Kesultanan Sulu telah dibahagikan kepada tiga wilayah atau kawasan; iaitu Wilayah Marudu, Wilayah Mangindora dan Wilayah Tirun. Wilayah Marudu meliputi kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi, Balambangan, Marudu, Tempasuk, Ambong, Pitas atau Lingkabao, Paitan, Sugut, Labuk dan berakhir di Teluk Sandakan. Wilayah Mangindora pula meliputi kawasaan Sandakan, Kinabatangan, Tungku, Sabahan ( Tingkayu ), sehingga ke Sungai Apas. Manakala Wilayah Tirun menganjur dari Sabahan sehingga ke kawasan Sibuko, Sambakong, Bulungan dan Berau. Kesemua kawasan ini ditadbir oleh beberapa orang Ketua Sulu yang terdiri daripada Datu, Sharif, Tuan dan Pangeran. Walau bagaimanapun, Marudu adalah wilayah utama dan merupakan kawasan yang terbesar sekali di antara tiga wilayah itu. Marudu diketuai oleh Sharif Osman, Mangindora diketuai oleh Tuan Abandol ( Sungai Sandakan ), Datu Bandar ( Pangeran ) Betau (di Segaliud dan mengetuai orang-orang Buludupi/Idaan/Sungai ). Mana kala Wilayah Tirun ditadbir oleh beberapa orang Datu, antaranya ialah Datu Sapindin yang mentadbir Sabahan ( sebuah daerah di Teluk Darvel ).

Sharif Osman telah berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang dikenali sebagai Dayang Cahaya iaitu anak Raja Muda Bantilan atau Sultan Badaruddin. Dayang Cahaya merupakan adinda kepada Raja Muda Sulu iaitu Datu Mohamad Buyo atau Maharaja Adinda Aranan Puyoh.

Sharif Osman telah mendirikan pusat pentadbirannya di kawasan Kuala Sungai Besar (Sungai Bandau-Langkon) . Beliau telah menjalankan perniagaan mengeksport hasil-hasil hutan dan laut seperti kapur barus, rotan, mutiara, beras bukit, kulit penyu, sarang burung, hasil-hasil laut dan sebagainya. Pada masa ini, Marudu muncul sebagai kawasan utama penyumbang hasil-hasil tersebut ke Sulu dan adalah wilayah yang terpenting sekali di antara semua wilayah Kesultanan Sulu. Sharif Osman juga dipertanggung jawabkan untuk memungut cukai untuk dirinya dan Sultan Sulu dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di kawasan Marudu. Oleh itu, beliau telah melantik wakilnya yang terdiri daripada Datu-datu Sulu dan Ketua-ketua Suku untuk menjalankan tanggung jawab ini.

Pada masa ini juga, aktiviti pelanunan semakin berleluasa dan tidak dinafikan ada di antara ketua-ketua yang dilantik oleh Sharif Osman terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya dimulakan oleh pihak Sepanyol pada masa pelayaran Ferdinand Magellan. Ferdinand Magelland dicatatkan dalam sejarah oleh Pigafetta sebagai orang yang mula-mula sekali melanun di kepulauan Sulu. Ferdinand Magellan dalam perjalanan dari Sampang Mengayau ( Borneo ) pada tahun 1521 telah merompak kapal Wizurai Brunei di perairan Paragua ( Pulau Palawan ) dan menawan Raja Pulau Palawan iaitu Tuan Mahamud dan anaknya Tuan Ahmad. Ferdinand Magelland telah membawa Tuan Mahamud ke Pulau Palawan dan memaksa penduduk di sana memberi makanan seperti ayam, kambing, babi, pisang, ubi dan bermacam-macam lagi kepada rombongan Magellan. Sejarah ini telah memulakan aktiviti peperangan di laut di antara orang-orang barat dan orang-orang tempatan dan selalunya pihak yang kalah akan dirampas kapal dan harta bendanya. Tawanan akan dijual sebagai hamba di mana-mana pelabuhan dagang utama. Aktiviti ini juga berlaku di kalangan pihak yang bermusuhan sama ada di kalangan kapal-kapal dagang barat sesama sendiri atau di antara pihak barat dan pihak timur. Sebenarnya sejarah penjajahan baratlah yang memulakan aktiviti ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada abad ke-18 dan ke-19. Antara kumpulan lanun Borneo dan Sulu yang terkenal ialah kumpulan orang-orang Illanun ( Irranun ), Balanini ( Bangingi ) dan orang-orang Dayak Laut.

Sebenarnya, tidak ada satupun dokumen barat mahupun mana-mana dokumen dari Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu yang dapat mengesahkan bahawa Sharif Osman telah merompak kapal dagang atau menyerang kampung mana-mana penduduk tempatan. Kebijaksanaan dan kepimpinan Sharif Osman sebenarnya adalah faktor utama yang telah menimbulkan rasa kemarahan dan perasaan cemburu pihak Barat dan beberapa pembesar Brunei. Sharif Osman dan pengaruhnya yang kuat ketika di Borneo dan Sulu itu boleh mengancam kewibawaan dan kekuasaan pihak Barat dan Brunei. Lebih-lebih lagi, tindakan Sharif Osman mengisytiharkan dirinya sebagai " Pemerintah Bebas " telah menimbulkan kemarahan musuh-musuhnya dan jika tidak dihalang dan dimusnahkan sudah tentulah Sharif Osman akan menjadi Sultan di Borneo. Pihak pembesar Brunei, Rajah James Brooke dan pihak British North Borneo akan terancam dan akan mengagalkan semua agenda mereka di Borneo Utara. Dr.Ranjit Singh, dalam buku, Commorative History Of Sabah 1881 - 1981 membuat ulasan seperti berikut;

"In certain cases, where Brunei and Sulu authority was lax and the settled population feared attacks by pirates, men of out-standing ability, strength and an independent disposition were able to establish themselves as protectors and virtual independent chiefs" 

Oleh yang demikian, kemunculan Ketua Bebas seperti Shariff Osman adalah disebabkan oleh kemerosotan dan lemahnya kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada masa itu dan disebabkan oleh meningkatnya ancaman lanun. Dalam hal ini, Sharif Osman adalah pilihan terbaik untuk memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada penduduk Borneo Utara, khasnya di Marudu daripada ancaman lanun. Dengan ini, adalah mustahil seorang ketua yang menjadi pelindung rakyat di wilayahnya menyamun, membunuh, merogol atau melanun orang-orang yang menjadi rakyatnya sendiri.

Kesanggupan Sharif Osman untuk memberikan perlindungan terhadap orang-orang di bawah kekuasaannya dan kerelaannya untuk melindungi rakyatnya daripada ancaman dan serangan lanun-lanun telah menyebabkan ramai orang yang datang dan tinggal menetap di wilayah Marudu. Ini menyebabkan berlakunya ledakan penduduk di Marudu sehingga Marudu menjadi wilayah yang terpenting dan paling ramai didiami penduduk Borneo Utara ketika itu. St. John dalam bukunya," Life in the Forest of the Far East " yang ditulisnya pada tahun 1863 menganggarkan penduduk dalam "daerah Marudu" ketika itu lebih kurang 50,000 orang  . Jumlah ini tidak termasuk penduduk di kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi dan pulau-pulau sekitarnya yang juga berada di bawah pemerintahan Sharif Osman. Jumlah penduduk ini jauh lebih ramai dari penduduk Kerajaan Brunei dan Kerajaan James Brooke. Negeri Marudu telah muncul sebagai saingan terbaru Kerajaan Brunei dan Kerajaan Brooke dan jika tidak disekat dan dimusnahkan besar kemungkinan ia akan mengancam semua kerajaan yang ada di Borneo Utara ketika itu. Penduduk-penduduk yang tinggal di negeri Shariff Osman terlibat dengan aktiviti ekonomi penternakan dan perikanan, sementara mereka yang tinggal kawasan penempatan Sharif Osman menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan.

Dalam rancangannya untuk memberikan perlindungan terhadap rakyatnya, Sharif Osman telah dibantu oleh sejumlah besar panglima dan pahlawan dari Sulu, Brunei dan Borneo yang sanggup menjadi pengikutnya . Dia telah membina kubu yang kuat di Kuala Sungai Besar yang dilengkapi dengan senjata api dan dua meriam yang besar. Bahagian depan kubunya telah ditempatkan kapal-kapal dan perahu perang yang sedia berperang pada bila-bila masa sahaja. Manakala perairan sungai bahagian hadapan kubunyan telah dipasang dengan rantai besi yang merentangi perairan kubunya agar kapal-kapal yang menyerang kubunya tidak dapat mendekati pangkalannya.

Kemakmuran dan keselamatan negeri Sharif Osman ini digambarkan oleh Dr. Ranjit Singh, seperti berikut;

" Evidence seems to indicate that chiefdoom was flourishing one, for though Sharif Osman was reputed to be a man of fierce disposition, many people came to settle under his jurisdiction as he could provide protection and security " - DR. Ranjit Singh : Commerative History Of Sabah 1881 - 1981. 

Balangingi Dan Iranun : Askar Laut Kerajaan Marudu

Balangingi dan Irranun adalah dua kumpulan bangsa laut yang berasal dari Kepulauan Sulu dan Mindanao. Kedua-dua suku bangsa ini merupakan dua suku bangsa yang paling gagah dan berani dalam menghadapi peperangan di laut. Balangingi dikenali juga sebagai Bajau,Sama, Bajau-Suluk, Bannaran atau Banadan, Balanini dan Bangingi yang merupakan sub-itnek dari kumpulan bangsa Bajau Utara . Di Sulu, suku bangsa ini mendiami kepulauan Tungkil dan berpusat di Bangingi, Sipak, Sangap dan di Bukutingol. Di Tawi-tawi pula mereka berpusat di Bannaran dan di Balimbing. Mereka juga menempati Pulau Palawan. Manakala di Borneo ( Sabah ) mereka mendiami dan berpusat di Sungai Langkon-Marudu, di Limau-limauan ( Kudat ), di Telisai dan Tungku ( Lahad Datu ). Mereka juga bergabung dengan suku Irranun di Ambong dan Tempasuk. Suku Irranun atau Ilanun atau Lanun pula berasal dari Pulau Mindanao dan mendiami kawasan Maranao dan Lanao. Di Borneo ( Sabah ) mereka berpusat di Tempasuk, Ambong, Pandasan ( Kota Belud ), di Sungai Langkon -Marudu, dan di Tungku ( Lahad Datu ).

Suku bangsa Balangingi di bawah naungan dan pertuanan kesultanan Sulu mana kala suku bangsa Irranun di bawah pertuanan Kesultanan Kotabato-Mindanao. Kedua-dua suku bangsa ini pada awalnya seringkali bergabung dan menyerang kapal-kapal Sepanyol, Belanda dan Inggeris di Perairan Sulu, Indonesia, Tanah Melayu ( Melaka ). Mereka menjadi musuh utama penjajah Barat dan merupakan kumpulan yang amat digeruni di Nusantara oleh pihak penjajah Barat.
  
Pada abad ke 18 dan 19, kedua-dua kumpulan ini telah melancarkan peperangan laut yang amat dahsyat dan berlanjutan sehingga hampir seratus tahun. Munculnya aktiviti melawan penjajah barat ini menyebabkan mereka dikenali sebagai lanun dan bajak laut oleh orang-orang barat yang menjajah kepulauan Nusantara. Kedua-dua kumpulan ini amat digeruni di laut dan mereka akan menyerang kapal-kapal barat dan sekutunya serta merampas muatannya. Orang-orang tawanan akan ditawan dan dijual sebagai hamba atau dalam istilah Balangingi-Sulu "Banyaga" dan dalam istilah Irranun pula digelar " Bisaya". Aktiviti ini menjadi kegiatan terhormat pada masa itu dan dan selalunya dibiayai oleh sultan-sultan di Sulu, Mindanao, Siak, Sambas, Johor dan lain-lain sultan di Kepulauan Melayu. Keadaan ini menyebabkan kegiatan mereka berleluasa sehingga ke seluruh Kepulauan Luzon, Visayah, Sulu, Sulawesi, Johor-Riau, Selat Melaka dan menjangkau ke perairan Banda, Jawa, New Guinea sehingga ke Teluk Bengal di India dan Teluk Andaman di Burma serta perairan Indocina dan Siam.

Kedua-dua kumpulan ini menjadi pembekal utama hamba di Nusantara. Hamba-hamba yang ditawan akan dijual di pelabuhan-pelabuhan utama di Nusantara. Mana kala tawanan yang terdiri dari orang-orang Sepanyol, Belanda dan Inggeris akan dijual semula atau dibebaskan oleh orang-orang Barat dengan tukaran dan bayaran yang tertentu. Kedua-dua bangsa ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai dua bangsa Timur ( Nusantara ) yang satu-satunya berjaya menjadikan orang-orang Barat hamba abdi dan juga merupakan dua suku bangsa yang satu-satunya dapat menjual orang barat di pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Nusantara. Justeru itulah, orang-orang Barat menggelar kedua-dua bangsa ini sebagai " Orang yang paling berani di dunia " 

Apabila beberapa wilayah di Sabah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada Sultan Sulu dan pembesar-pembesar Sulu dilantik mentadbir kawasan-kawasan sungai di Sabah, orang-orang Balangingi dan Iranun telah menjadi tulang belakang pertahanan laut dan darat di Sabah. Mereka juga menjadi pembekal utama hamba abdi ke Borneo untuk bekerja memungut hasil-hasil laut dan hutan di Sabah. Tawanan perang akan dijual di Marudu, Mengkabong, Sulaman, Labuan, Brunei, Sarawak dan kalimantan, Betawi dan lain-lain pelabuhan utama di Nusantara.

Apabila Sharif Osman memerintah Marudu, beliau telah membiayai orang-orang Balangingi dan Irranun untuk memerangi orang-orang Sepanyol, Belanda dan Inggeris yang ingin menjajah Borneo. Orang-orang Barat ini pula telah bertapak di Timur dan mereka telah mengambil orang-orang tempatan untuk menjadi askar upahan. Orang-orang Sepanyol di Filipina telah mengambil orang-orang Visayas, Luzon dan orang-orang asli Filipina sebagai askar dan pekerja mereka, orang-orang Belanda pula mengambil orang-orang Jawa, Batak dan Dayak mana kala orang-orang Inggeris mengambil orang-orang Iban, India, Sikh, Cina dan Dayak sebagai askar dan pekerja mereka. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pertembungan di kalangan sesama sendiri di kalangan bangsa tempatan dalam setiap siri peperangan yang berlaku antara pihak Penjajah Barat dan orang-orang Balangingi-Irranun. Justeru itu, setiap tawanan perang yang ditawan oleh orang-orang balangingi-Irranun akan dijadikan hamba tidak kira ianya orang Barat ataupun orang-orang tempatan. Dasar Pecah-Perintah Penjajah Barat ini bagaimanapun tidak mampu menghalang penentangan orang-orang tempatan terhadap mereka.

Sharif Osman menjadi orang yang amat ditakuti oleh penjajah Barat. Beliau diisytiharkan dan dituduh telah menjadi Ketua lanun dan membiayai aktiviti pelanunan di Asia Tenggara. Marudu, Tempasuk, Ambong, Palawan dan Tungku telah dijadikan markas utama oleh orang-orang Balangingi-Irranun untuk menjalankan kegiatan mereka dan melancarkan serangan terhadap pihak penjajah Barat.

Apabila pihak British memajak Sabah dari Sultan Sulu dan Sultan Brunei, Sharif Osman enggan mengikhtiraf pihak British. Beliau menentang penyerahan Sabah kepada pihak Amerika dan British. Beliau meminta kapal-kapal dagang barat yang berdagang di wilayahnya khususnya di Teluk Marudu agar membayar cukai kepadanya. Permintaan beliau tidak diendahkan oleh pihak British malahan beliau dihina dan ditertawakan oleh orang-orang Barat di Teluk Marudu . Beliau telah menemui menemui Sultan Sulu dan memaklumkan pencerobohan wilayahnya di Marudu oleh pihak Barat, tetapi Sultan Sulu bersikap acuh tak acuh dan memaklumkan bahawa perjanjian telahpun ditandatangani dengan pihak barat dan menasihatkan Sharif Osman menyelesaikan sendiri masalah di Marudu.

Memandangkan penghinaan yang diterima oleh Sharif Osman dari pihak barat telah mencabar kewibawaannya sebagai Ketua dan Raja di Marudu, beliau telah bertindak menentang mana-mana penceroboh asing di perairan Teluk Marudu. Sharif Osman telah menangkap orang-orang barat yang enggan membayar cukai kepadanya di kawasan Marudu. Aktiviti pelanunan dan perang di laut semakin berleluasa dan pihak barat menuding jari kepada Sharif Osman dan menganggap Sharif Osman Ketua Lanun. Beberapa kapal dagang barat yang berlabuh di Marudu telah mencetuskan peperangan dengan Sharif Osman. Akibatnya, Sharif Osman semakin marah dan tercabar. Beliau telah memerangi setiap orang barat yang berdagang di Marudu dan yang berani menjatuhkan maruahnya. Beliau telah bertindak lebih berani dan ganas. Dengan kekuatan tenteranya yang melebihi 5,000 orang terdiri dari orang-orang Balanini, Illanun, Samah, Suluk, orang Sungai dan suku Dusun, Sharif Osman telah bertindak nekad. Mana-mana orang barat yang menentangnya akan diperangi dan dibunuh. Musuh-musuh yang berjaya dibunuh akan dipenggal kepalanya dan dipotong kemaluannya sebagai amaran kepada pihak penjajah barat.

Sharif Osman dan tenteranya telah membina kubu pertahanan di Sungai Besar ( sungai Marudu ). Kepala musuh yang dipenggal akan diserahkan kepada orang-orang "Sagaih" iaitu orang-orang Dusun dan Dayak yang menganggap kepala musuh sebagai "Hadiah berharga tanda kepahlwanan seseorang". Kemaluan orang-orang Barat dan pihak musuh pula akan dipotong dan dicucuk dengan rotan untuk digantung merentangi Sungai Marudu. Tindakan ini bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak barat dan mana-mana musuh yang ingin mencabar kekuatan orang-orang Marudu. Akibatnya, Sharif Osman telah dicanangkan oleh pihak Barat terutamanya Rajah James Brooke di Sarawak sebagai orang yang kejam, tidak bertamadun, jahat dan Ketua Lanun yang harus diperangi. Tindakan Shariff Osman ini "amat memberi malu kepada orang-orang barat" .Penghinaan Shariff Osman tehadap orang-orang barat " tidak pernah diterima dan dialami oleh mana-mana kuasa barat yang menjajah Asia" dan "belum pernah mana-mana kuasa dunia dan pemerintah yang berani memotong dan menggantung kemaluan orang barat di khalayak ramai". Pihak British telah memaklumkan Rajah Brooke Sarawak dan Queen British. Pihak barat juga telah melancarkan perang saraf dengan mengumumkan kepada rakyat bahawa Sharif Osman adalah "Lanun yang jahat " dan bukannya "Pelindung Rakyat". Pihak British telah meminta sokongan Sultan Brunei untuk memerangi Sharif Osman dan orang-orang Balanini-Illanun yang dianggap "Kumpulan Lanun yang paling Berani dan berbahaya di Asia Tenggara". Walau bagaimanapun, Sultan Brunei menunjukkan sokongan yang agak dingin disebabkan bapa mertuanya sendiri sedang berperang dengan pihak british. Pangeran Yusop yang bersengketa dengan Rajah Muda Hashim telah menyokong Shariff Osman. Pihak pentadbir Syarikat Berpiagam Borneo Utara British telah meminta tentera Diraja British di London untuk memerangi Shariff Osman dan membuang arang yang diconteng di muka kerajaan British.

Kemuncak daripada sengketa ini, pihak barat yang mengadu-domba Pengiran Muda Hashim dan Pangeran Yusop telah mengakibatkan kedua-dua tokoh brunei ini terkorban. Pangeran Yusop telah digantung oleh pihak British dan Rajah Muda Hashim pula mati dibakar oleh pengikut-pengikut Pangeran Yusop yang membalas dendam. Shariff Osman sebelumnya telah diserang oleh tentera british dan tentera Rajah Brooke yang bergabung dengan Angkatan Tentera Laut Diraja British dan tentera Rajah Muda Hashim dan telah memusnahkan kubu Marudu. Dilaporkan dalam beberapa akhbar barat di Singapura, London, Australia dan Hong Kong bahawa Sharif Osman telah terbunuh dan markas lanun terbesar di Asia Tenggara iaitu Marudu telah dimusnahkan. Tentera Balanini-Ilanun yang berpangkalan di Marudu telah dimusnahkan dan kapal-kapal adjung mereka telah ditawan.

Ketumbukan tentera british ini juga telah memusnahkan lebih awal tentera Balanini-Illanun di perairan Labuan. Tentera ini sebenarnya ingin bergabung dengan tentera Balanini-Illanun yang ada di Marudu dan Tempasuk tetapi gagal menandingi keampuhan peralatan perang barat dan teknologi kapal wap barat ketika itu. Dengan terciptanya kapal wap dalam Revolusi Barat telah memadamkan dan memusnahkan kekuatan tentera Balanini-Illanun yang menggunakan teknologi layar dan berdayung ketika berperang di lautan. Kekuatan, keberanian dan kehandalan tentera Balanini-Illanun di lautan yang digeruni oleh orang-orang barat selama lebih kurang 300 tahun akhirnya dapat ditewaskan dan dimusnahkan. Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pula semakin lemah dan mengalami krisis dalaman yang berterusan.

Dengan musnahnya Kubu Sharif Osman di Marudu, penguasaan pedagangan oleh pihak barat di Boreno Utara semakin berterusan. Walau bagaimanapun, penentangan Sharif Osman terhadap kuasa barat ini telah menjadi titik-mula penentangan orang-orang tempatan terhadap British. Tindakan Sharif Osman dan tentera Balanini-Illanun di perairan Borneo Utara telah mengakibatkan syarikat British mengalami kerugian harta benda dan hasil yang banyak dan perdagangan mereka di Borneo Utara hampir lumpuh.

10. Raja Tempasuk

Baginda merupakan ketua pemerintah di Tempasuk sekitar tahun 1700-an yang berpusat di Matampai. Matampai merupakan pusat pemerintahan Raja Ismail yang terletak berhampiran dengan Sungai Tempasuk. Sungai ini dipilih berdasarkan kedudukannya yang tidak jauh daripada Laut China Selatan. Ada beberapa sumber menyatakan bahawa Sungai Tempasuk dipilih kerana kedudukan muara sungai ini yang sukar untuk dimudiki oleh pihak musuh, di mana peranan ombak yang menjadi penghalang kepada sesiapa sahaja untuk masuk melalui sungai ini turut diberi perhatian dan hanya orang yang mahir sahaja boleh memasukinya. Hujah ini ada kekuatannya, kerana menurut beberapa orang sarjana barat seperti Owen Rutter dan James Warren, orang Iranun adalah antara etnik yang mempunyai kemahiran di laut serta mempunyai kecekapan yang tinggi. Oleh itu, kedudukan Matampai sebagai pusat pentadbiran Raja Ismail adalah amat sesuai dan bertindak sebagai benteng pertahanan yang boleh membantu Raja Ismail menghadapi musuh-musuhnya.

Pentadbiran baginda di Tempasuk adalah dibantu oleh anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda Umak di samping beberapa pembesar beliau yang dikenali sebagai Datuk Sikiolo dan Tok Lukus. Menurut sumber keluarga ini, wilayah Tempasuk pada masa itu meliputi Kuala Sungai Tuaran dan Teluk Marudu. Hujah ini juga mempunyai kekuatan kerana semasa Pretymen dihantar ke Tempasuk sebagai residen pada tahun 1879, maka pada masa itu Tempasuk dianggap oleh barat sebagai sebuah kerajaan atau negeri. Antara peranan yang disumbangkan oleh Raja Ismail di nusantara ialah membantu Sultan Mahmud Shah menyerang Belanda di Riau Johor. 

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1781, di mana Sultan Mahmud Shah yang memerintah Riau Johor pada ketika itu telah menghantar utusan yang bernama Encik Talib ke Tempasuk untuk menyampaikan permintaan baginda kepada Raja Ismail, agar Tempasuk menghantar bantuan ketenteraan untuk menyerang Belanda di Tanjung Pinang. Baginda Sultan Mahmud Shah juga menyatakan bahawa Raja Tempasuk tersebut ada kaitan kekeluargaan dengan beliau. Maka itu, baginda Sultan Mahmud Shah tidak segan-silu untuk memohon bantuan ketenteraan daripada orang Iranun di Tempasuk untuk mengusir Belanda di Tanjung Pinang. Oleh kerana permintaan ini datang daripada Sultan Mahmud, maka Raja Ismail sendiri telah mengetuai angkatan tentera Tempasuk yang berjumlah sekitar lebih tiga puluh buah kapal dan perahu. Menurut sumber tempatan ukuran kapal mereka ini lebih kurang sembilan puluh kaki panjang yang boleh membawa enam puluh tan muatan dan boleh memuatkan seramai lebih satu ratus lima puluh orang.


Perjalanan mereka ke Riau Johor tidaklah memakan masa yang lama kemahiran di laut membantu angkatan itu sampai dengan segera. Kapal dan perahu ini dilengkapi dengan peralatan senjata seperti meriam atau lebih dikenali sebagai ‘laila’, bersandarkan kekuatan dan kecekapan, maka tentera Raja Ismail pun belayar di Laut China Selatan, Perjalanan mereka ini tidak menghadapi masalah dan mereka sampai ke Riau Johor dengan selamat. Apabila Raja Ismail dan tenteranya sampai di Riau Johor, maka mereka diberi taklimat berkaitan kedudukan pihak Belanda di Tanjung Pinang. Setelah itu tentera Iranun pun bersiap sedia menyerang kedudukan Belanda di Tanjung Pinang, dan dalam serangan ini orang Iranun telah berjaya mengalahkan Belanda dan ramai tentera Belanda yang terkorban dan dalam serangan tersebut difahamkan Raja Ismail juga turut terkorban kerana semasa majlis meraikan kemenangan itu Raja Ismail tidak lagi disebut sebagai ketua yang diraikan, tetapi yang disebut hanya anak-anaknya iaitu Raja Tebuk, Raja Alam dan Raja Muda.

Angkatan ini telah diberi persalinan oleh Sultan Mahmud sebagai menghargai bantuan Tempasuk terhadap baginda dan peristiwa ini dinyatakan berlaku pada 1215 hijrah.Selepas itu, Raja Tebuk dan Raja Alam memohon untuk kembali ke Tempasuk, manakala Raja Muda Umak, Datuk Sikolo dan Tok Lukus menetap di Riau Johor untuk memperhambakan diri kepada baginda Sultan Mahmud. 

Menurut sumber keluarga Raja Tebuk, Raja Alam tidak kembali ke Tempasuk tetapi beliau telah mengembara di kepulauan Nusantara. Faktor ini disebabkan Raja Ismail telah tiada dan pewaris seterusnya terhadap pentadbiran di Tempasuk diserahkan kepada Raja Tebuk. Maka Raja Tebuk pun memerintah Tempasuk dengan memakai gelaran sebagai Sultan Satebuk.Selain itu, pentadbiran Raja Ismail di Tempasuk juga ada kaitannya dengan kegiatan merompak kapal-kapal dagang barat yang memasuki perairan Nusantara. Kedudukan Kuala Tempasuk yang sukar dimudiki merupakan strategi Raja Ismail untuk mengelak serangan balas daripada pihak musuh. 


Serangan Datu Tating ke atas Pulau Balambangan pada 5 Mac 1775 telah melibatkan pengikut Raja Ismail, di mana seramai 300 orang etnik Suluk dan Iranun telah menyerang pulau tersebut dan persefahaman antara dua etnik ini telah menggugat kedudukan Syarikat India Timur Inggeris (EEIC) yang cuba menjadikan Pulau Balambangan sebagai pusat perniagaan penting seperti Singapura (1819), Pulau Pinang (1786) dan Melaka (1824) (Baszley Bee, 2004:51). Semasa serangan ini pihak EEIC yang mempunyai kekuatan tentera seramai 100 orang dan dua buah kapal iaitu Endavor dan Pheonix telah mengalami kekalahan teruk dan banyak kemusnahan yang berlaku (Baszley Bee, 2004: 55). 


Akibatnya pulau Balambangan telah ditinggalkan oleh pihak EEIC kerana kedudukannya yang tidak selamat dan berada di wilayah yang mana masyarakatnya sangat kuat menentang Barat. Menurut Datu Tumai, orang Iranun merupakan salah satu etnik di Nusantara yang amat aktif menentang imperialism Barat. Manakala di Tungku orang Iranun juga turut melakukan penentangan, di mana penentangan ini diketuai oleh Raja Laut yang menyerang kapal-kapal Sepanyol dengan kekuatan tentera sekitar 1000 orang (Warren, 2002:160).


Keterlibatan Raja Ismail serta orang Iranun Tempasuk ketika serangan Pulau Balambangan diperkuatkan melalui pertemuan antara pelayar-pelayar Iranun dan Suluk di Tanjung Simpang Mengayau. Menurut Pinjaman Hasin, para pengembara atau pelayar Iranun dan Suluk akan bertemu di Tanjung Simpang Mengayau untuk merancang strategi bagi menyerang kapal-kapal barat yang memasuki perairan Nusantara.

Sumber-sumber sedia ada seperti yang dijelaskan oleh Owen Rutter, James Warren dan bebarapa penulis barat amat berkait dengan sumber tempatan.Menurut beberapa catatan bahawa Raja Satebuk juga turut terlibat merancang menyerang kedudukan Francis Light di Pulau Pinang yang dibuka 1786. Selepas peristiwa Riau Johor 1781, di mana kerajaan Kedah pada masa itu berada di bawah pentadbiran Sultan Abdullah telah mendapat maklumat berkaitan serangan orang Iranun ke atas Belanda di Raiu Johor, yang mana Belanda dapat ditewaskan oleh orang Iranun, maka baginda menawarkan kepada orang Iranun untuk menyerang Francis Light di Pulau Pinang bagi menggagalkan hasrat barat menguasai Pulau Pinang untuk dijadikan sebagai pusat perniagaan penting. 

Kerajaan Kedah sanggup membayar $20,000.00 kepada etnik Iranun. Tawaran ini telah diterima oleh Raja Satebuk dan mereka berkampung di Sungai Perak bagi menunggu arahan sultan (Warren: 2002:61). Namun serangan ini tidak diteruskan dan orang Iranun kembali ke Tempasuk. Orang Iranun mengawal perairan Utara Borneo (Leigh Wright:1981:7), di mana Tempasuk merupakan pusat kegiatan utama mereka. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh peranan politik di sekitar nusantara terutama ancaman barat terhadap kuasa-kuasa tradisional yang sedia ada.Peranan Raja Satebuk terhadap pentadbiran Tempasuk telah berjaya mengekalkan penguasaan mereka di laut sehingga gelaran lanun atau perompak laut menjadi sinonim dengan orang Iranun. 


Beberapa tindakan Raja satebuk dilihat sebagai mengancam kedudukan kuasa-kuasa barat, antaranya serangan Raja Satebuk terhadap Ambong pada 1880an. Akibat tindakan tersebut Raja Brooke yang menguasai Sarawak pada masa itu telah menghantar pegawainya untuk menyiasat serangan tersebut (Ivor Evan: 1922:261).Apa yang jelas Kuasa Tempatan Iranun di Tempasuk telah banyak menyumbang kepada kegiatan menentang kuasa barat yang menjajah negeri-negeri Melayu di nusantara.

Walaupun ada sesetengah dakwaan ahli sejarah barat, bahawa etnik Iranun adalah golongan perompak laut atau ‘Lanun’ yang terlibat dalam perdagangan manusia iaitu hamba. Namun usaha etnik ini mengekang imperialisme barat amat mendapat perhatian kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Sepanyol, Belanda dan British. Kuasa-kuasa barat ini telah menghadapi tentangan sengit daripada etnik Iranun terutama ketika berlaku pertembungan di laut. Kesan terhadap penentangan ini, pihak barat telah mengalami kerugian serta korban besar. Pihak barat juga terpaksa melipatgandakan kekuatan pertahanannya untuk berhadapan dengan etnik Iranun terutama di lautan. Akibatnya juga etnik Iranun terus menjadi buruan dan ada yang menukar identiti mereka untuk tujuan keselamatan.


11. Raja Tua Di Mengkabong

Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza juga dikenali dengan gelaran Raja Tua Mengkabong.

Dalam Batu Trasilah yang terletak di Makam Diraja, km 1 1/2 Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, tercatat serangkai nama 'Sultan Abdul Jalilul Jabbar beranakan Pengiran Bendahara Untong beranakkan 'Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza'...

Siapakah Pengiran Bendahara Untung tersebut? Menurut tradisi lisan, Pengiran Bendahara Untong ini terkenal juga dengan sebutan Ampuan Untong iaitu nama (orang beruntong) yang dikurniakan oleh ayahandanya Sultan Abdul Jalilul Jabbar pada waktu ia dilahirkan oleh isteri Baginda yang lain dirahsiakan daripada pengetahuan Raja Isteri.

Namun Ampuan ini dipakai oleh Ampuan Untong berterusan hingga remajanya. Dalam Zaman dewasanya, apabila Sultan dan pembesar-pembesar Diraja melihat kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang luar biasa dalam menyelesaikan masalah yang timbul ketika itu; tambahan pula ia adalah putera kepada Sultan, maka Sultan telah mengurniakan gelaran kepadanya dan diarak menjadi Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Sejak itulah ia terkenal dengan nama Pengiran Anak Untong.

Pengiran Bendahara Pengiran Anak Untong mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Pengiran Abdul Momin. Sebelum menjadi Pengiran Temenggong, ia dikenali dengan nama Pengiran Momin Ibni Pengiran Bendahara Pengiran Anak Untong ibni Sultan Jalilul Jabbar. Adik beradik seibu sebapa dengan Pengiran Serbanun yang berkawin dengan Sultan Muhammad Aliuddin ibnu Pengiran Digadong Pengiran Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyidin.

Seperti ayahandanya juga, dikatakan Pengiran Abdul Momin ini adalah seorang pemuda segak, pintar, kuat dan gagah perkasa; kerana jasa-jasanya yang mendaulatkan bangsa dan tanahairnya, ia dikurniakan gelaran dan diarak menjadi Pengiran Temenggong Sahibul Bahar.

Menurut cerita orang tua-tua, selama Pengiran Temenggong Abdul Momin menjawat gelaran Pengiran Temenggong, Brunei dikatakan sentiasa dalam keadaan yang aman damai, musuh tidak berani datang membuat kacau dan huru hara kerana takut kepadanya. Oleh kerana disebabkan apa jua perkerjaan yang dititahkan kepadanya selalu beroleh kemenangan, terutama ketika mengeluari musuh, maka Pengiran Momin pun termasyhur dengan nama Amirul Faza yakni yang bererti Putera Raja Diraja. Dan juga disebabkan terlalu lama menjawat gelaran Pengiran Temenggong dia juga terkenal dengan sebutan Raja Tua.

Dikatakan ada anaknya mengikut jejak langkahnya iaitu Pengiran Abdul Ghaffur. Pengiran Abd Ghaffur termasyur di sambas dengan sebutan Pengiran Kapur. Disebutkan juga ada diantara anak Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza ini masih mengekalkan sebutan " ampuan ". Hanya cuma pada akhir-akhir ini saja barulah diubah menjadi Pengiran. Salah seorang waris Pengiran Temenggong ialah mantan Menteri Ugama.

Menurut catatan sjarah iaitu kira-kira penghujung 1700 di zaman pemerintahan SOAS I (1740-1795), Di Wilayah Sabah bertempat di sekitar Menggatal telah terjadi kekacauan iaitu dari orang-orang Belangingih/ Balangingi dan Illanun yang dikatakan bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Menggatal. Sehingga rakyat dan penduduk di sana dalam keadaan susah. Maka untuk mengatasi permasalahan tersebut, maka Pengiran Temenggong dititahkan oleh Sultan untuk berangkat kesana untuk mengamankan keadaan. Dengan izin Allah dan juga daulat Sultan Brunei, segala permasalahan tersebut dapat diatasinya.

Menurut cerita orang tua-tua, Pahlawan Sharif Osman di Marudu yang diketuai oleh anak Sharif Osman juga dapat dikalahkan oleh anak-anak Pengiran Temenggong. Apabila Sharif Osman bertanya kepada Pengiran Temenggong, siapakah yang telah mengalahkan anak-anaknya, lalu Pengiran Temenggong menjawap, yang mengalahkan anakmu itu adalah anak ku. Lalu Sharif Osman pun terdiam dan memohon ampun bagi pihak anaknya serta menjunjung perkara itu diselasaikan secara damai.

Pengiran Temenggong telah lama diam di Menggatal sehingga mangkat disana dan dimakamkan diatas bukit kecil di Pulau Sinurop Mengkabong. Nisannya dibuat daripada kayu bulian supaya sanang di ambil sedikit kayu nisannya. Diceritakan oleh orang tua-tua menurut kepercayaan orang dulu-dulu, kononnya kalau ada warisnya sakit mereka akan mengambil sedikit kayu nisan itu untuk bagi mendapat berkat dan di rendam kayu tesebut untuk digunakan pakai mandi.

Wallahu a'lam....

12. Raja Mengkabong

Cerita ini dipetik dari kata-kata lisan "Puteri Babau"...........

Pada pendapat saya, Karambunai ada asal usulnya.Tapi bukanlah asal usul mitos seperti Putera Raja Bukit Seguntang atau keluar daripada Mayang Pinang!  Asal Karambunai berkait dengan Sejarah.

Sejarah merakamkan Karambunai adalah sebahagian kecil jajahan takluk Kesultanan Brunei yang telah dianugerahkan kepada Puteri Sultan sebagai Sungai Tulin. Puteri Sultan itu telah berkahwin dengan kerabat Sultan Brunei yang telah kalah perang dan berhijrah ke Borneo Utara. Zuriat Puteri Sultan ini berkembang dan salah seorang zuriatnya yang telah diwasiatkan mewarisi Mengkabong, Kinarut dan separuh Menggatal ialah Pengiran Abdul Raup Ibnu Pengiran Abdul Rajit.

British sendiri mengiktiraf Pengiran Abdul Raup Ibnu Pengiran Abdul Rajit sebagai Raja Di Mengkabong dan dapat lesen membalak di Pulau Gaya daripada British.

Menurut catitan : Hugh Brooke Low

"The Bajus are scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000 fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style themselves Orang Sama, or Sama men. "

Zuriat Pengiran Abdul Raup yang amat sinonim dengan Karambunai adalah anak sulungnya iaitu Pengiran Besar Abdullah [sebagai ketua dan Imam besar di Karambunai dan pernah di panggil pulang ke Brunei untuk merawat penyakit Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddim (1885-1906) di Brunei] yang menetap di Karambunai beserta isteri dan anak-anaknya sehinggalah mereka terpaksa keluar daripada Karambunai dek angkara BNBC .

Pengiran Jalaluddin (anak bongsu) Pengiran Abdul Raup menetap di Labuan. Untuk menyelamatkan kawasan kawasan milik bapanya diambil alih oleh British yang menuntut gantirugi atas pemberontakan Mat Salleh, Pengiran Jalaluddin telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Labuan. Memandangkan Pengiran Jalaluddin lebih dikenali oleh 
Syarikat Berpiagam Borneo Utara British berbanding dengan abangnya Pengiran Besar Abdullah, maka British tidak mengambil Karambunai melainkan digerankan kerana Karambunai adalah harta pusaka bapanya Pengiran Abdul Raup.

Rentetan kekacauan yang berlaku akibat penduduk tempatan yang tidak puas hati dan memberontak terhadap BNBC, BNBC membenci 'pengiran pengiran dan bajau bajau di Mengkabong' yang dicop bersubahat dengan Paduka Mat Salleh. Terpaksalah mereka melarikan diri dari dibunuh oleh British termasuklah kerabat Sultan Brunei di Karambunai dan merahsiakan asal usul keturunan mereka agar tidak dapat dijejaki oleh BNBC.

Sebelum menghembuskan nafas, Pengiran Jalaluddin telah bergerak menghala ke kawasan Utara Negeri Sabah dan dipercayai meninggal dunia di 'sebuah kawasan' yang terletak dalam kawasan kebun orang cina pada masa ini. Pengikut pengikut beliau akhirnya menetap di kawasan tersebut sehinggalah hari ini.

Pada tahun 1913, Pengiran Siti Fatimah telah mengantikan Pengiran Jalaluddin sebagai Pentadbir Karambunai. Kehadiran Pengiran Siti Fatimah di Karambunai tidak disenangi oleh orang orang Bajau/Dusun yang menjadi ulun di Karambunai kerana Pengiran Siti Fatimah 'orang baru' di Karambunai dan mereka memang telah mempunyai pemerintah sebelum kedatangan Pengiran Siti Fatimah di Karambunai.

Sebenarnya Pengiran Jalaluddin mempunyai kawasannya sendiri di sebelah Kinarut hingga Labuan tapi telah diserahkan kepada British. Atas kebijaksanaan Pengiran Jalaluddin dan mengelakkan semua kawasan pusaka ayahnya jatuh ke tangan BNBC, BNBC telah mengerankan Karambunai atas nama Pengiran Jalaluddin sebagai Pentadbir kerana Karambunai adalah harta pusaka Pengiran Abdul Raup untuk waris waris Pengiran Jalaluddin .

Semoga Allah SWT merahmati roh sekalian mereka yang saya sebut sebut ini dan mengampunkan segala dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang orang yang beriman di Syurga, amin!

Saya tidak setuju jika salasilah dinafikan menjadi asas mana mana tuntutan. Walau bagaimanapun, saya tidak berminat mempersoalkan mengenai isu tuntutan Karambunai kerana bagi saya kalau dah ada cerita yang lebih terperinci baik saja bicarakan di mahkamah bukan di sini. Memang dokumen dokumen dokumen adalah bukti bukti tentang sesuatu pemilikan.

Malangnya kebanyakan dokumen ditulis oleh penjajah yang sudah tentunya bias kepada diri mereka sendiri. Tinggal saja tidak ada orang orang tempatan yang menulis kejadian sebenar yang berlaku pada masa itu kerana tidak sempat menulis selain memikirkan keselamatan diri dan makan minum untuk menyambung nyawa sambil bersembunyi dari dicekup penjajah.

Akibatnya jadilah cerita lisan dan diingat dikepala. Kalau sempat diceritakan pada anak cucu kira cukup baik lah supaya anak cucu tau serba serbi asal usul mereka, kalau tidak sempat cerita di bawa mati!

Sedangkan Nabi Muhamad SAW yang sudah wafat beribu tahun mempunyai salasilah sejak nenekmoyangnya Nabi Ibrahim, diyakini dan diakui oleh umat Islam.Begitu juga dengan keturunan sultan mempunyai salasilah agar mereka boleh menaiki taktha.

Apalah sangat dengan salasilah Pengiran Abdul Raup yang rasanya baru 4 atau 5 generasi dalam tempoh lebih sikit 100 tahun! Salasilah yang sah dan diakui benar mengambil tempoh yang lama untuk menyiapkan dan melengkapkannya. Untuk menjadikannya sebuah salasilah yang benar, teratur, salasilah perlu dibuktikan dan disokong oleh dokumen dokumen bertulis yang terdapat di mana mana institusi institusi kerajaan yang berkenaan dan diiktiraf.

Bukan saja bukti bukti dokumen dari dalam negara, malah dari luar negara. Benda maujud seperti Batu Bersurat juga merupakan antara bukti yang membantu proses menyusun susur galur keturunan sebelum terbinanya sebuah salasilah.

Bagi pendapat saya, sebagai umat Islam salasilah keluarga amat penting kerana ianya amat berkait dengan hukum faraid. Tinggal saja barangkali ada pihak pihak yang menafikan dan tidak mahu menerima kenyataan sebenar sesuatu yang tercatat dengan jelas bak kata pepatah sudah terang lagi bersuluh atas sebab sebab tertentu atau kepentingan kepentingan tertentu. Menafikan kebenaran sama lah menafikan hak orang yang berhak!

WASIAT : 

Pengiran Anak Siti Katijah (pemilik sungai tulin) anak kepada Sultan Omar Ali Saiffuddin 1 adalah isteri kepada Pengiran Temenggong Abdul Rauf (Keturunan/zuriat Sultan Hakkul Mubin yang kalah dalam Perang Cermin). Sebenarnya Pengiran Temenggong Abdul Rauf mempunyai anak anak lain daripada isteri yang lain (mengikut salasilah ada 10 orang).

Bagaimana Pengiran Anak Siti Fatimah dapat kawasannya adalah berdasarkan Surat Wasiat yang ditulis bertarikh 18 Rabiul Awal 1238 Hijrah. Lebih kurang beginilah bunyi surat wasiat tersebut(di tulis dalam 3 versi tulisan- Jawi, Rumi dan Inggeris)....

”Bahwa masa itu ada maniatakan, maka adalah kita Pangeran Jalaludin Bin Pangeran Tommonggong abdul Raop, telah membuat surat katrangan dan peringatan ini supaya meniatakan kapada mana bangsa orang maka inilah kita Pangeran Jalaludin manugrahkan, yang pasal waris pusaka negri yang tersebut di bawah ini, kapada anaknda Pangeran abdul Raop, serta dengan keizinan keredaan hati kita yang tersebut nama negri seperti Mangkabong dan Kinarut yang tulin, manggatal saparuh yang stengahnia adinda Pangeran Patimah punia, maka mana-mana yang tersebut negri waris pusakania yang diizinkan oleh Pangeran Jalaludin kapada anaknda Pangeran abdul Raop yang telah tersebut tiada buleh di batalkan oleh waris dan sanak saudarania, atau mendawa pada anaknda Pangeran abdul Raop, betul Pangeran Mohamad Daud dan Pangeran abdul Raop itu kaduania anaknia tetapi Pangeran abdul Raop yang dibuatkania anak dia ambil dari kachi sampai besar dia piara sebab itu negri waris pusaka Pangeran Jalaludin diwariskannia kapada anaknda abdul Raop yang telah tersebut di atas itu, sahlah dengan trangnia.” Tertulis pada 18 hari bulan Rabbil awal jam pukul 10 1238.

Ini lah antara asal usul Karambunai itu, siapa pemilik sebenarnya ada tertera dalam surat wasiat. Pusat Sejarah Brunei Darussalam amat maklum dengan sejarah ini. Apa yang saya catatkan di atas serba sedikit sahaja antara dokumen yang sebenarnya boleh menceritakan asal usul Karambunai dan pemiliknya.

Sebab itu lah saya berani menyatakan asalnya Karambunai ini tidak kena mengena dengan Shahbandar Salleh. Mudah mudahan anak cucu keturunan Pengiran Abdul Raup diberi Allah SWT hidayah dan petunjuk agar milik nenek moyang mereka ini kembali kepada mereka semula kerana mereka lah sebenarnya yang lebih berhak untuk mewarisi Karambunai! Amin! Wallahualam!

Cerita ini di petik dari cerita lisan "Penjaga Gunung Kinabalu"..... 

Sayalah penjaga “Gunung Kinabalu”. Hai sahabat-sahabat baru dan lama, inginlah aku katakan pada kamu tentang lagenda “Karambunai”. Dari dahulu lagi, negeri Karambunai ini memang menjadi rebutan kepada orang-orang ramai yang inginkan kuasa dan kekayaan di dunia ini.

Kamu mahu tahu? Semasa pemerintahan Pengiran Mohd Jalaluddin Ibnu Pengiran Abdul Rauf lagi, negeri Karambunai ini sudah menjadi keinginan orang-orang Inggeris. Apabila berlaku pemberontakan Paduka Mat Salleh dengan orang-orangnya membakar Pejabat Inggeris di Pulau Gaya, pihak Inggeris terus sahaja ingin mendakwa kepada Sultan Brunei dan Pengiran Mohd Jalaluddin. Kononnya, orang-orang Pengiran Mohd Jalaluddin dari Mengkabung dan Inanam telah membakar Pejabat Inggeris di Pulau Gaya sehingga mengalami kerugian yang besar kepada Inggeris.

Untuk tidak terus bermusuhan di antara kedua-dua pihak, Inggeris mencadangkan kepada Sultan Brunei dan Pengiran Mohd Jalaluddin iaitu hendaklah menyewakan atau memajakkan wilayah-wilayah negeri Karambunai, termasuklah sungai-sungai dan lapan belas batu ke tengah laut. Apabila persetujuan telah dibuat dengan persetujuan Pegawai Inggeris di London, maka termetrailah perjanjian tersebut pada 23 Mac 1898.

Inggeris hanya memberikan dua geran sahaja kepada Pengiran Mohd Jalaluddin untuk tempat mereka mentadbir orang-orangnya dan ahli keluarganya, iaitu Karambunai dan Pulau Udar Besar, atas geran L 228 dan geran tersebut ditukar kepada L 9117 dan PL 623. Seluruh wilayah negeri-negeri Karambunai telah dipajakkan kepada Inggeris buat selama-lamanya dengan kadar sewa $3,000 setahun dan apabila Pengiran Mohd Jalaluddin kelak tidak ada, pewaris atau penggantinya akan terus menerima pajakan tersebut. Jika pihak mereka gagal untuk membayar dalam tempoh 3 tahun, perjanjian tersebut akan terbatal serta merta.

Kamu mahu tahu? Wilayah-wilayah negeri Karambunai yang dipajak oleh pihak Inggeris itu termasuklah:

1. Membakut
2. Tuaran
3. Mengkabong
4. Menggatal
5. Inanam
6. Api Api
7. Sembulan
8. Nafas Tambalang
9. Kinarut
10.Pangalat Besar

Persempadanannya sampailah ke tangga nenek di Gunung Kinabalu ini.

Sebelum Pengiran Jalaluddin meninggal dunia pada tahun 1916, tahun 1911 lagi Pengiran Jalaluddin telah menganugerahkan dan mewariskan tanah Karambunai dan surat kuasa mentadbir negeri ini kepada anak perempuannya, Pengiran Siti Fatimah Bte Pengiran Jalaluddin seperti dalam geran Karambunai CL 045091174, geran ini dituntut oleh Pengiran Fatimah kepada Inggeris pada tahun 1939 lagi.

Tiada siapa yang boleh memiliki kuasa mentadbir Karambunai ini kerana Sultan Brunei telah pun menjadi saksi penyerahan kuasa tersebut daripada Pengiran Jalaluddin dengan anak perempuannya, Pengiran Siti Fatimah. Pengiran Siti Fatimah adalah anak perempuan Pengiran Jalaluddin yang amat disayangi dan dipercayai oleh ayahandanya, Pengiran Jalaluddin. Beliau anak perempuan tunggal dan bijak serta berani orangnya.

Pada 14 Mac 1947, Pengiran Siti Fatimah meninggalkan wasiat kepada dua orang anak perempuannya iaitu Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh telah dan Pengiran Siti Hapsah Bte Pengiran Mohd Salleh. Surat wasiat tersebut dibuat ketika Pengiran Siti Fatimah sakit tenat dan dibuat dihadapan Imam Karambunai dan orang tua kampung Karambunai.

Apabila Pengiran Siti Fatimah telah meninggal dunia pada tahun 1947, anak perempuannya iaitu Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh telah memohon tuntutan kuasa dan harta benda ibunya pada 31 Mei 1949 di Native Court Jesselton dan telah diluluskan permintaan atau permohonan tersebut oleh Native Court pada 30 Jun 1949 dengan syarat harta pusaka Pengiran Siti Fatimah terpulanglah kepada kedua anak iaitu Pengiran Siti Hamidah dan Pengiran Siti Hapsah melalui LE 91/ 49.

Jelaslah harta pusaka Pengiran Siti Fatimah telah diturunkan kepada dua anaknya dan ketika itulah Pengiran Siti Hamidah menjalankan tugas peninggalan arwah ibunya tetapi pada tahun 1954 Pengiran Siti Hamidah jatuh sakit sakit dan meninggal dunia. Pengiran Siti Hapsah sebagai pengganti meneruskan kuasa dan memiliki harta tersebut dengan surat kuasa yang tersedianya LE 91/ 49 yang bertarikh 30 Jun 1949.

Oleh sebab Pengiran Siti Hamidah dan Pengiran Siti Hapsah tidak mempunyai suami dan anak dari darah sendiri, Pengiran Siti Hapsah telah mengambil seorang anak angkat perempuan, iaitu Alimah Bte Datu Hussain sebagai pembantu dirumah besar tersebut.

Memandangkan Alimah Bte Datu Hussain tidak ada ibu dan ayah lagi akibat dibunuh oleh Jepun, Alimah Bte Datu Hussain ini tinggallah sepenuh masa dirumah besar Karambunai.

Pada tahun 1958 dengan bantuan Inggeris kepada State of Karambunai, tertubuhlah sebuah sekolah kerajaan Karambunai. Pada ketika itu Cikgu Mohd Soud Sapok merupakan guru besar yang pertama disekolah tersebut.Beliau dibantu oleh seorang guru penolong iaitu Pengiran Mohd Yussof Pengiran Abd Razak. 

Pada ketika itu juga, Alimah Datu Hussain bersekolah disekolah tersebut dalam usia lebih kurang 12 tahun dan tidak lama kemudian Alimah Datu Hussain pun dipinang oleh Pengiran Mohd Yussof Pengiran Abd Razak, Hasil sokongan penuh dan nasihat Mohd Soud Sapok keatas keadaan pinangan tersebut, maka pinangan tersebut telah diterima dan seterusnya Alima Datu Hussain berkahwin dengan Pengiran Mohd Yussof.

Pada tahun 1966, Alimah Datu Hussain telah mengandung dan beranak dan akhirnya meninggal dunia. Bermula dari kematian Alimah Datu Hussain pada tahun 1966, bermulalah Pengiran Mohd Yussof beria-ia hendak mengambil harta pusaka Pengiran Siti Hapsah tetapi beliau tidak tahu mengenai Pengiran Siti Hamidah Bte Pengiran Mohd Salleh, Ketika itulah Pengiran Mohd Yussof banyak menuntut bermacam-macam surat daripada Public Trustee yang mana Pengiran Mohd Yussof berlagak sebagai Pengiran Siti Hapsah. Pengiran Siti Hapsah sendiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh Pengiran Yussof terhadap harta pusakanya.

Apabila Pengiran Siti Hapsah meninggal dunia pada 01 Ogos 1978, Pengiran Mohd Yussof telah banyak membuat surat-surat palsu termasuklah LE 50/ 55 yang telah diubahsuai tarikhnya pada 20 Julai 1955. LE 50/ 55 ini dipohon dan dibuat oleh Pg. Yussof pada 17 Oktober 1955 tetapi diluluskan Native Court pada 20 julai 1955.

Waris waris Pengiran Abdul Rauf sentiasa memerhatikan sejauh mana orang orang yang tidak mempunyai hak ini menuntut Karambunai. Menuntut sesuatu yang bukan hak dan mendapatkan sesuatu dengan cara yang tidak betul akan berdepan dengan sumpah keturunan......

“Maknanya, janganlah kalian mengambil dan janganlah kalian menempuh caranya.” (Ahkam Al-Qur’an, 1/97)

“Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui”. [al Baqarah/2 : 188].

“Harta-harta kalian”, meliputi seluruh jenis harta, semuanya termasuk kecuali bila ada dalil syar’i yang menunjukkan kebolehannya. Maka segala perkara yang tidak dibolehkan mengambilnya dalam syariat berarti harta tersebut dimakan dengan cara yang batil. (Fathul Qadir)

“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]

“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]

13. Raja Muda Hashim

(Pemerintah Sungai Tulin Putatan dan Sungai Kuripan Dari Ambong ke Marudu)

Pengiran Muda Hashim merupakan satu nama besar di dalam rentetan sejarah Sarawak sejak ianya menjadi tanah kuripan kepada Kesultanan Brunei Darussalam sehinggalah Sarawak menjadi Sarawak Kingdom dibawah pemerintahan Rajah yang pertama iaitu Sir James Brooke lagi. Mungkin ramai generasi baru Sarawak hanya mengenalinya menerusi satu nama jalan di Kuching yang dinamakan Jalan Raja Muda Hashim dan untuk artikel kali ini, Borneo Oracle akan berkongsi sejarah mengenai baginda untuk kita sama-sama mengenali baginda secara lebih ilmiah.

Dilahirkan dengan nama sebenarnya Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim ibni Sultan Mohammad Kanzul Alam merupakan putera kepada Sultan Muhammad Kanzul Alam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I yang menaiki takhta Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam dari tahun 1807 sehingga 1826. Ketika baginda menaiki takhta hanyalah merupakan pemangku Sultan memandangkan ketika itu putera mahkota yang sebenar iaitu anakanda kepada Sultan Muhammad Tajuddin, Sultan Omar Ali Saifuddin II masih terlalu kecil untuk menjadi pemerintah Brunei.

Setelah Sultan Omar Ali Saifuddin II sudah layak menjadi pemerintah Kerajaan Kesultanan Brunei barulah Sultan Mohammad Kanzul Alam turun takhta iaitu sekitar tahun 1826. Sebagai seorang daripada kerabat diraja Brunei lebih-lebih lagi ayahandanya merupakan pemangku Sultan satu ketika dahulu, sudah tentu khidmat Pengiran Bendahara Muda Hashim dituntut oleh negaranya. Maka di ketika pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II inilah Pengiran Muda Hashim menjadi antara penasihat kepada pemerintahan Brunei berdasarkan kepada cara baginda yang dikatakan antara pembesar Brunei yang mengamalkan diplomasi yang tulen.

Sekitar tahun 1830an, Sarawak iaitu yang hanya sebesar Kuching sekarang dibawah pemerintahan wakil Sultan Brunei yang dilantik iaitu Pengiran Indera Mahkota yang menjadi Gabenor Sarawak pada ketika itu. Dikatakan pemerintahan Pengiran Indera Mahkota yang lebih kepada pemerintahan kuku besi telah menyebabkan ramai masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Datu Patinggi Abang Ali telah bangun memberontak. Oleh kerana itulah di ketika itu, Sarawak dikatakan di dalam kancah peperangan.

Bertindak bagi mengamankan Sarawak, maka Sultan Omar Ali Saifuddin II telah menghantar Pengiran Muda Hashim yang juga ayahanda saudaranya untuk mententeramkan ketegangan di Sarawak. Namun begitu walaupun Pengiran Muda Hashim telah menggunakan sebaik mungkin diplomasi ke atas Pengiran Indera Mahkota namun Gabenor Sarawak ini masih enggan menukar sistem pemerintahannya. Akibatnya semakin membaralah penentangan masyarakat Sarawak ke atas pemerintahan Brunei pada masa itu.

Kedatangan seorang pengembara bangsa Eropah yang pada mulanya hanya datang untuk menghantar hadiah bagi pihak Kerajaan Mahkota British di Singapura telah menukar lanskap politik di Sarawak sekitar tahun 1838. Pengembara itu adalah James Brooke yang telah berkunjung ke Sarawak bagi menghantar utusan atas bantuan Pengiran Muda Hashim yang telah menyelamatkan beberapa warga British yang karam di muara Sungai Sarawak setelah diserang lanun dan akhirnya mengakibatkan kapal mereka karam. Pengiran Muda Hashim telah membantu warga British ini dengan memberikan mereka perlindungan serta menghantar mereka pulang ke Singapura setelah kesemua mereka pulih.

Walaupun kedatangan James Brooke kali pertama ke Sarawak pada masa itu telah ditawarkan oleh Pengiran Muda Hashim untuk membantu baginda mengawal pemberontakan di Sarawak namun James Brooke menolaknya kerana tidak mahu mencampuri hal-ehwal dalaman Sarawak. Hanya pada tahun 1839 apabila beliau datang ke Sarawak di ketika di dalam perjalanan pulang ke negaranya, barulah James Brooke menyetujui untuk membantu Pengiran Muda Hashim dengan beberapa syarat.

Dengan kelengkapan yang cukup lengkap, James Brooke telah Berjaya mengawal pemberontakan di Sarawak dan akhirnya atas nama perjanjian yang telah dimeterai antara Pengiran Muda Hashim dan James Brooke akhirnya pada tahun 1841, James Brooke telah diangkat menjadi Gabenor Sarawak. Hubungan erat antara Pengiran Muda Hashim dengan James Brooke sebenarnya tidak begitu disenangi oleh Sultan mahupun pembesar-pembesar Kerajaan Brunei dan ini menyebabkan satu titah telah dikeluarkan kepada Pengiran Muda Hashim untuk kembali ke Brunei.

Maka pada tahun 1844, Pengiran Muda Hashim dengan seluruh keluarganya telah berangkat pulang ke Brunei dengan ditemani oleh James Brooke bersama-sama dengan Kapten Sir Edward Blecher. Ketika pulang itulah baru diketahui Pengiran Muda Hashim bahawa statusnya yang memegang jawatan Bendahara telah diambil oleh Pengiran Yusuf. Walaupun telah diturunkan pangkat pada ketika itu, Pengiran Muda Hashim tetap tinggal di Brunei kerana disitulah tumpah darahnya. Namun begitu ketegangan antara Pengiran Muda Hashim dan Pengiran Yusuf terus berlaku di dalam setiap aspek pemerintahan Kerajaan Brunei pada waktu itu.

Ketegangan antara Pengiran Bendahara Yusuf dan Pengiran Muda Hashim mencapai kemuncaknya apabila sekitar 3 Jun 1845, telah berlaku perang saudara antara Pengiran Muda Hashim dengan Pengiran Bendahara Yusuf. Di dalam perang tersebut, Pengiran Muda Hashim dengan dibantu oleh Pengiran Badruddin iaitu adindanya telah bangun berperang dengan Pengiran Bendahara Yusuf bagi merebutkan jawatan Bendahara Kerajaan Brunei Darussalam. Perang saudara yang berlaku di kawasan bernama Barakas, Brunei itu telah menggunakan lebih 1,000 orang askar dari puak Kedayan dan juga pengikut setia Pengiran Muda Hashim manakala Pengiran Bendahara Yusuf hanya bersandarkan kepada kekuatan lebih kurang 300 orang pengikut setianya.

Oleh kerana tidak mampu menandingi kekuatan Pengiran Muda Hashim dikatakan kumpulan Pengiran Bendahara Yusuf ini kalah di dalam perang saudara itu. Kerana malu yang amat sangat dikatakan juga Pengiran Bendahara Yusuf telah melarikan diri sehingga ke Pulau Budokan dan akhirnya menetap di kawasan bernama Kimanis, Sabah. Kerana kemenangan tersebut akhirnya jawatan Pengiran Bendahara dikembalikan kepada Pengiran Muda Hashim oleh pihak istana. Dengan adanya jawatan Bendahara Pengiran Muda Hashim ini kembali maka baginda juga merupakan waris untuk ditabalkan menjadi pemerintah Kerajaan Brunei selepas itu.

Peristiwa ini telah membuatkan waris kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II iaitu Pengiran Temenggong Pengiran Anak Hashim merasa terancam akhirnya telah membuat rancangan pembunuhan Pengiran Muda Hashim di Brunei. Plot pembunuhan telah diatur dengan sebaik mungkin dengan penuh teliti dan kemuncaknya pada tahun 1846, seluruh keluarga Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim telah dibunuh melalui pakatan sulit yang telah diolah seperti pemberontakan menentang pemerintahannya oleh ketua masyarakat tempatan Brunei sendiri.

Apabila berita kematian Pengiran Muda Hashim ini sampai ke James Brooke beliau telah naik berang dan sejak itu James Brooke menggunakan pengaruhnya di dalam Kerajaan Koloni Mahkota British bagi membantunya menyerang Brunei. Akhirnya pujukan dan alasan James Brooke telah membenarkan beliau mendapat armada tentera laut British. Visi asalnya adalah satu untuk mengajar Kerajaan Brunei yang telah berani membunuh sahabat baiknya iaitu Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim. Dengan armada laut yang kuat sudah tentu Kerajaan Brunei akan goyah terutama sekali ketika itu armada laut British mempunyai kelengkapan ketenteraan yang lebih ke hadapan berbanding dengan Kerajaan Brunei.

Pada 6hb Julai 1846, armada laut James Brooke dan British dengan dipimpin oleh Kapten Henry Keppel, Kapten Mundy dan Kapten Thomas Cochrane melalui kapal perang mereka iaitu HMS Iris, HMS Dido, HMS Semarang, HMS Spiteful, HMS Agincourt, HMS Ringdove, HMS Hazard dan HMS Royalist telah memasuki perairan Brunei iaitu kira-kira 12 batu untuk sampai ke kota Brunei iaitu pusat pemerintahan Kerajaan Brunei Darussalam. Kesemua armada perang James Brooke ini dikatakan tiba dan berlabuh diwaktu malam.

Hanya pada 8hb Julai 1846, barulah armada perang James Brooke benar-benar menghampiri Kota Brunei dan dikala itu dikatakan bahawa bala tentera Kerajaan Brunei sudahpun bersiap siaga dengan segala kemungkinan dan apabila didapati armada laut James Brooke telah mulai dekat, merekalah terlebih dahulu yang telah melepaskan beberapa das tembakan meriam sebagai tanda amaran. Armada tentera James Brooke juga turut membalas maka terjadilah pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Di saat-saat genting sebelum armada Brooke berjaya mendarat di kubu pertahanan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin II dan keluarganya serta beberapa orang pembesar berserta rombongan tenteranya telah berundur ke Damuan untuk menyelamatkan diri.

Pengunduran Sultan Omar Ali Saifuddin II bersama rombongannya ke Damuan merupakan satu titik tolak bermulanya ibukota Brunei ditawan oleh armada tentera James Brooke. Pada ketika inilah Sultan Omar Ali Saifuddin yang berlindung di Damuan juga telah diberikan tekanan oleh James Brooke untuk mengangkatnya menjadi pemerintah yang sah kepada Sarawak Kingdom. Kerana tidak mahu kehancuran terus berlaku memandangkan kekuatan armada tentera James Brooke dan British bukan lawan kepada Brunei akhirnya Sultan Omar Ali Saifuddin telah akur dengan kehendak mereka dan pada ketika itulah perjanjian telah ditandatangani dan kekallah James Brooke menjadi Rajah James Brooke, pemerintah kepada Sarawak Kingdom tanpa Brunei boleh mencampuri urusan pentadbirannya secara totalnya.

Bagi pihak British pula juga tidak mahu mengalah sebaliknya turut menekan Sultan Omar Ali Saifuddin untuk menyerahkan Pulau Labuan kepada mereka. Akhirnya perjanjian yang ditandatangani pada Disember 1846 telah menyerahkan Labuan menjadi wilayah jajahan British di Borneo. Dan pada ketika itu juga James Brooke diangkat oleh British sebagai Gabenor pertama Labuan pada tahun 1847. Signifikasi Perang James Brooke ke atas Brunei 1846 yang pada asalnya untuk mengajar pemerintah Brunei atas kematian sahabat baiknya iaitu Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim telah membuatkan kedaulatan Brunei semakin mengecil pengaruhnya kerana Sarawak mahupun Labuan bukan lagi hak kepada Brunei.

14. Raja Dumpil 

(Pemerintah Sungai Tulin Dumpil)

Sepintas Lalu: Sejarah Dumpil, Meruntum 

Dumpil Meruntum adalah sebuah kawasan di dalam Daerah Putatan. Kawasannya terletak sebelum Bandar Putatan menuju ke Kota Kinabalu. Menurut sumber, keluasan tanah ini di anggarkan 384 kilometer persegi atau kurang lebih 80,000 ekar dan dikatakan ianya adalah tanah tulin milik Pengiran Anak Untung sejak tahun 1730.

Sejarah Dumpil...

Mengikut cerita lisan yang dipopularkan, pada awal tahun 1730an, ada seorang pemuda bernama ”Dumpil” bersama rakannya yang bernama Qutub daripada Brunei telah sampai ke sebuah kuala sungai (Sungai Dumpil) dan mendapati kawasan tersebut amat hijau dan kurang berpenghuni. Setelah mendayung mengikut sungai, beliau tiba di Bukit Kalam, Putatan untuk persinggahan. Sungai yang dilalui ini bertemu dengan Sungai Putatan di belakang bukit tersebut. 

Oleh kerana kedua-dua sungai tersebut datang daripada satu punca sungai daripada Gunung Bongkok, maka beliau menyusur mengikut arus keluar Sungai Putatan dan mendapati sebuah kawasan lapang tidak jauh daripada Bukit Kalam yang sesuai dengan tanaman seperti bersawah padi. Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai Kampung Ulu Putatan dan menjadi lokasi yang sesuai untuk mendirikan perkampungan.

Siapakah pemuda bernama ”Dumpil” tersebut?

Mengikut cerita, beliaulah orang pertama menggelar diri sebagai Raja Dumpil di Sabah selain daripada Kesultanan Brunei pada masa itu Sultan Hussin Kamaluddin iaitu Sultan Brunei yang ke 16.

Menurut cerita, Sultan Hussin Kamaluddin pernah datang ke Sabah semasa pemerintahannya apabila baginda mendengar berita tentang adanya seorang Raja di Sabah yang memerintah di sebuah kawasan Sabah yang mana ketika itu berada di bawah Kesultanan Brunei. Setelah menyamar diri, baginda mendapati bahawa orang yang bernama Raja Dumpil itu adalah anak baginda sendiri yang bernama Pengiran Anak Untung. Pengiran Anak Untung dikatakan lahir pada tahun 1710 di Brunei. Setelah berpuas hati maka Sultan Hussin Kamaluddin pun kembali ke Brunei tanpa ada rasa ragu.

Bagaimana Pengiran Anak Untung berada disana?

Menurut cerita lisan, Kedatangan Pengiran Anak Untung ke sana adalah kerana merajuk hati lalu membawa diri hingga kesana disebabkan ayahandanya tidak menurunkan takhta kepada anak-anak baginda. Setelah ayahandanya mengetahui akan hal ini, maka dianugerahkanlah tanah tersebut oleh Sultan Husin Kamaluddin kepadanya untuk memerintah di tanah jajahan Kesultanan Brunei tersebut. Lebih dikenali sebagai tanah tulin Dumpil.

Kuala sungai yang tidak dikenali pada masa kedatangan Pengiran Anak Untung juga telah dinamakan sebagai Kuala Sungai Dumpil. Peta awal British lewat tahun 1800an menunjukkan sebuah tempat bernama Dumpil Point wujud dalam peta Sabah pada masa itu.

Makam...

Makam Allahyarham Pengiran Anak Untung ibni Al-Marhum Sultan Hussin Kamaluddin berada di kawasan siring/tepi landasan keretapi sebelum Bandar Putatan.

Bagaimana makam tersebut ada disana?

Ini adalah disebabkan ketika pihak British mahu membina landasan keritapi pada sekitar tahun 1900 merentasi Tanah Tulin ini.

Mengikut cerita, pembinaan landasan keretapi bermula daripada Weston ke utara hingga ke Jesselton (kemudiannya dinamakan Api-Api, yang sekarangnya dinamakan Kota Kinabalu). Pembinaan landasan keretapi berjalan lancar sehinggalah sampai ke kawasan yang dikata “keramat” dekat Ketiau. 

Pembinaan landasan tidak dapat diteruskan kerana ada sebuah kuburan yang tidak dapat dialihkan oleh pekerja pada masa itu. Apabila Resident British pada masa itu bertanya kepada pekerja mengapa tidak teruskan pembinaan, pekerja-pekerja berkenaan mengatakan bahawa ada sebuah kubur yang tidak dapat dialihkan atau dipindahkan. Bila Resident British bertanya lanjut, pekerja-pekerja berkenaan mengatakan bahawa kubur itu adalah jenis keramat dan tidak boleh diganggu. Jika diganggu tanpa sebab, takut nanti ada perkara yang tidak disenangi akan berlaku.

Oleh kerana Resident British tidak mempercayai atau memperkecilkan keramat pada masa itu, maka dengan sombongnya beliau menyahut cabaran pekerja dengan membuang air kecil ke atas batu nisan di kuburan tersebut. Mengikut cerita, beberapa hari kemudian, Resident British menghidap kepayahan untuk membuang air kecil. Setelah diperiksa oleh pihak perubatan masa itu, dimaklumkan bahawa bahagian alat sulit Resident British telah bengkak dan semakin membesar. Berbagai usaha perubatan dibuat tetapi bengkak masih tidak susut.

Mengingati peristiwa Resident British membuang air kecil di kuburan, maka pekerja landasan keretapi mencadangkan kepada beliau untuk meminta ampun maaf kepada keramat tersebut dengan menyembelih seekor kambing dekat kuburan tersebut dan dagingnya diagihkan kepada pekerja-pekerja yang menghormati keramat berkenaan. Setelah memohon ampun maaf, akhirnya bengkak di bahagian alat sulitnya susut. Lanjutan daripada pengajaran itu, Resident British mengarahkan pengalihan laluan landasan agar tidak “melanggar” kuburan itu. Setelah dialihkan, pembinaan landasan keretapi berjalan lancar sehinggalah perkhidmatan keretapi dapat diadakan.

Siapa dia Qutub yang menjadi teman Pengiran Anak Untung sewaktu berhijrah ke Dumpil Meruntum?

Sehingga sekarang ianya masih menjadi tanda tanya dan tiada ada catatan yang membongkar identiti beliau... Tapi apa yang di fahami, ada kemungkinan juga beliau merupakan saudara atau teman rapat Pengiran Anak Untung yang juga merupakan salah seorang daripada ahli kerabat. Sebagai rekod, rakan Pengiran Anak Untung iaitu Qutub atau bergelar Pendekar Qutub, disemadikan di Bukit Mantukod (sekarang dipanggil Pulau Mantukod).

Diceritakan bahawa cucu Pengiran Anak Untung yang bernama Pengiran Kermaraja juga dimakamkan berdekatan dengan makamnya.

Wallahu a'lam...

15. Sejarah Simbulan di Zaman Kesultanan Brunei 

Perang Saudara Brunei dan pergolakan di dalam istana Brunei memberi kesan kepada sistem pentadbiran tanah jajahan di Borneo Utara, di mana Sultan Sulu menuntut Pantai Timur Borneo Utara sebagai kawasan pemerintahan mereka seperti yang dijanjikan sebelum Perang Cermin walaupun dinafikan oleh Sultan Brunei. 

Pembesar tempatan lain seperti Sharif Usman cuba membebaskan kawasan pemerintahannya dari naungan Kesultanan Brunei dan mengisytiharkan dirinya sebagai pemerintah bebas di samping mula membesarkan kawasan pengaruhnya dari Marudu sehingga ke Menggatal, munculnya Raja Tua Mengkabong Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza Ibni Pengiran Bendahara Anak Untong memerangi angkatan perang Sharif Usman agar mereka tidak dapat menyebarkan sayap mereka ke selatan Marudu dan menjadikan Mengkabong sebagai benteng pertahanan Kesultanan Brunei dari serangan tentera Sulu dan Belinggingi.


Dari Ambong sehingga Marudu merupakan Sungai Kuripan Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim. Raja Muda Hashim menganggap Sharif Usman menderhaka kepada Sultan Brunei atas cubaan menjadi pemerintah bebas Marudu di samping cubaan membesarkan pengaruhnya ke selatan Borneo dan jika tidak di atasi boleh mengancam kedaulatan Sultan Brunei. Raja Muda Hashim meminta James Brooke dan armada tentera British menyerang dan memusnahkan pemerintahan Marudu. 

Dari sudut dan pandangan Raja Muda Hashim ketika itu tindakan beliau menyerahkan Sarawak kepada James Brooke di samping meminta bantuan armada tentera laut British menyerang Sharif Usman adalah untuk menyelamatkan dan mengimbangi pengaruh Kesultanan Brunei dari ancaman luar seperti Belanda di Kalimantan dan Sepanyol di Filipina di samping pengaruh dalaman seperti pemerintah bebas, pemberontakan masyarakat terhadap pentadbiran Kesultanan Brunei di Sarawak dan Borneo Utara dan pengaruh kesultanan Sulu di Borneo Utara yang boleh mengugat Kesultanan Brunei ketika itu.

Tindakan Raja Muda Hashim meminta bantuan penjajah tidak disenangi oleh para pembesar istana Brunei dan mereka akhirnya berjaya merancang dan memerangkap Raja Muda Hashim sekeluarga sehingga terbunuh.

Berdasarkan fakta dari buku buku keluaran Pusat Sejarah Brunei mengenai menjejak sejarah Brunei di Sabah bolehlah dikatakan kehidupan Rakyat Tulin penduduk persisiran pantai barat Borneo Utara seperti penduduk Sembulan Lama di bawah pentadbiran Sungai Tulin terdedah dan dipengaruhi dari segi latar belakang sejarah dan kepimpinan beberapa tokoh tokoh penting Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu, golongan Raja Raja tempatan di samping peristiwa peristiwa bersejarah ketokohan seperti Pengiran Bendahara Sakam Ibni Sultan Abdul Kahar di abad ke 16 menentang penjajah Sepanyol, Sultan Hakkul Mubin Ibni Pengiran Bendahara Pengiran Mohammad dan Sultan Muhyiddin ibni Sultan Jalilul Akbar di abad ke 17 dalam perang saudara di panggil Perang Cermin, Pengiran Temenggong Raja Tua Abd Momin Amirul Faza Ibni Pengiran Bendahara Anak Untong Ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar di abad ke 18 yang diarahkan oleh Sultan Brunei memerangi Sharif Usman di Menggatal, Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam Ibni Sultan Omari Ali Saifuddin 1 yang meminta James Brooke dan kuasa British menyerang Sharif Usman dan pengaruh Raja Mengkabong Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid Ibni Pengiran Pemancha Harimau Daud di abad ke 19 yang cuba menghalang Sungai Tulin Mengkabong jatuh ke tangan British. (Pengiran Fatimah Ibni Sultan Kanzul Alam adalah Isteri kepada Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid - Sungai Tulin Mengkabong maka Pengiran Fatimah ini juga adalah adik kepada Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam - Sungai Tulin Putatan).

Jika kita ambil peristiwa akhir abad ke 18 - 19 sebagai ukuran. Simbulan wujud di zaman pemerintahan sekurang kurangnya 7 orang Sultan Brunei sebelum masuk ke zaman pemerintahan British tahun 1881 iaitu dari Sultan Omar Ali Saifuddin  1 (1740-1795), Sultan Muhammad Tajuddin (1795-1804)(1804-1807), Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 (1804), Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826), Sultan Muhamammad Alam (1826-1828), Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) dan Sultan Abdul Momin (1852-1885). 

Tidak hairan juga jika dikatakan bahawa ada penduduk asal Simbulan yang pernah tinggal di Kinarut ratusan tahun yang lampau dan bergerak ke utara Kinarut seperti Patalan atau Putatan dalam proses perpindahan keluarga mencari tempat yang lebih sesuai dan strategik untuk keluarga tersebut.

Menurut En Mohd Asi "Ikut cerita orang dulu dulu belum ada lagi pekan Jesselton dan belum ada orang British. Kawasan Deasoka tu tempat kami cari ikan. Kawasan ini masih bawah Sultan Brunei dan tanah Pengiran , orang dulu dulu tidak suka cerita hal ini macam dorang "tapuk" cerita dulu dulu (tapuk= sembunyikan). Arwah bapa saya selain dari seorang nelayan beliau dan ahli keluarga lain selalu ikut berperang lawan sama sulu dan belingingi. Kawasan pantai ini banyak kekacauan, orang Sulu dan Belingingi atau kami panggil "Mundu" musim musim tertentu menyerang dan membakar kampung kampung sambil membawa lari budak budak kecil sama perempuan untuk di jual, Atuk saya ada ikut perang Langkon Kota Marudu, di istana Brunei pun ada kacau kacau, racun dan bunuh orang sama sendiri. 


Selepas zaman Pengiran orang British sudah mula datang jadi perintah. Sembulan Lama sudah ada awal dari saya wujud di zaman nenek moyang saya sekitar tahun 1788 , tanah berdaulat dan tanah keramat. 


Nenek moyang dapat kawasan ini setelah berbakti bergadai nyawa menjadi pengikut setia Pengiran. Penduduk Sembulan Lama dari kawasan pesisiran pantai barat Borneo Utara di bawah pentadbiran pemilik Sungai Tulin di gelar sebagai "Rakyat Tulin" yang setia dengan Sultan Brunei, Pemilik Sungai Tulin dan jalur keluarganya. Dari "Rakyat Tulin" ini ada di antara mereka di lantik sebagai Pembesar dengan pangkat Datu, Panglima dan Hulubalang yang menjadi pengikut setia golongan Pengiran Kerabat Sultan Brunei Pemilik Sungai Tulin dari generasi ke generasi, contohnya ahli keluarga saya ada jalur Datu Temenggong, Datu Maharaja Lela dan Orang Kaya Panglima Harimau Padang".

Peta Mengkabong oleh Penjajah Sepanyol 1818



Wafaq

Mengkabong

16. Simbulan itu Mengkabong dan Mengkabong itu Brunei

Menurut En Sahar Bin Haji Piassin Bin Jubal Bin Utoh Payang "mengikut cerita pakcik saya En Susi Bin Jubal Bin Utoh Payang dan Haji Lawa Bin Utoh Bin Jika  Bin Senulian adalah kami dari jalur keluarga Tula batu baru aku tula " Pengiran Temenggong Raja Tua dan Embo Ilang Mengkabong. Keluarga kami lah yang menjaga kawasan Mengkabong ni sampai zaman Pengiran Abdul Rauf yang waktu tu tinggal di Brunei dan cuma pindah ke Mengkabong kemudiannya. 

Kalau ikut cerita orang tua dulu dulu Simbulan tu kawasan Raja Muda dan Dato Maharajalela sehinggalah Meruntum dan Karambunai tu kawasan penempatan baru dikatakan tempat karam rombongan Pengiran Brunei seorang Imam Besar yang menjadi pendakwah sekitar pantai barat Borneo Utara sehingga ke Kudat dan Sandakan. 


Imam Besar ini di panggil Pengiran Besar Abdullah anak Pengiran Abdul Rauf. Mengkabong tu negeri lebih tua ada Dato Temenggong dan Dato Shahbandar tempat "bergabungnya" ramai hulu balang, panglima, maulana dan pahlawan yang hebat lagi disegani termasuk dari Sembulan Lama yang berperang dengan tentera Sulu dan Belingingi di bawah pemerintahan Raja Tua Mengkabong iaitu Pengiran Temenggung Raja Tua Abd Momin Amirul Faza Ibni Pengiran Bendahara Anak Untong Ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar. 


Mengkabong ni antara satu tempat berkumpulnya golongan Sharif ketika itu "Tula Batu baru aku Tula"... seperti Sharif Lidah Hitam, Sharif Tajuddin, Sharif Alwi,  Sharif Rajid, Sharif Daud, Sharif Alliuddin dan Sharif Ismail yang semuanya dikatakan mistik dan luar biasa dimana ada waris mereka yang boleh dijejaki di Sembulan, jalur golongan Sharif ini aktif menyebarkan agama islam dan ada yang ikut berperang mengikut arahan pembesar ketika itu sambil menentang tentera Sepanyol di kepulauan Magindano dan Sulu".


En Sahar Bin Haji Piassin Bin Jubal berkata "Ada juga beberapa tokoh pahlawan legenda dan luar biasa selalu diceritakan oleh orang dulu dulu seperti "Tula batu baru aku tula" ... Embo Wafat yang suka mengembara dikatakan meninggal dunia di Mengkabong tapi masih hidup dan sihat berjumpa kembali dengan penduduk Mengkabong di beberapa kawasan persisiran pantai Barat Borneo Utara, Embo Api yang dikatakan boleh mengangkat Kawah yang isinya sedang menggelegak untuk menambah kayu api dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya, Embo Kudrat yang hebat terkenal berperang sehingga mukanya rosak sebelah dan terpaksa memakai topeng menutup sebelah mukanya diangkat menjadi Raja di negara jiran, moyangnya Embo Ilang mistik dan kebal seorang pahlawan yang amat disegani di Mengkabong yang menentang tentera Sulu dan Belingingi berhabis-habisan. 

Embo Ilang juga ada masanya mempunyai rasa belas kasihan dan memberi pengampunan jika musuhnya bersumpah diri mereka dan keturunan mereka tidak akan datang menyerang lagi. Selain daripada beberapa nama Embo di atas Embo Ali, Embo Khudrat,  Embo Aing, Embo Timus, Embo Tuwod, Embo Damar, Embo Kula dan Embo Ating antara beberapa tokoh Mengkabong lain yang semuanya dengan kehebatan dan kelebihan masing masing. Al Fatihah kepada mereka semua semoga Roh mereka dicucuri rahmat".


17. Simbulan dalam kancah peperangan di kawasan persisiran pantai barat Borneo Utara sebelum zaman British

Orang Laut Sembulan Lama yang terawal tidak lari dari kanca pergolakan politik antara golongan Pangiran di mana atas dasar kesetiaan mereka kepada golongan Pengiran tertentu maka mereka pernah terlibat dalam Perang saudara Brunei berpusat di Kinarut antara Sultan Muhyiddin dengan Sultan Hakkul Mubin pada tahun 1660-1673. Penduduk awal Simbulan menganggap Sultan Hakkul Mubin sebagai Raja Saba tempat mereka bernaung dan menjunjung kasih. Apabila mereka kalah selepas peperangan tersebut keluarga waris Perang Kinarut menjadi orang buruan yang terpaksa bersembunyi dan melarikan diri ke Pulau Natuna, Kepulauan Riau dan yang paling dekat dengan Kinarut di kawasan Kawang, Patalan atau Putatan seterusnya ke Napas, Sembulan, Likas, Inanam, Menggatal, Rugading dan Mengkabong menyamar menjadi orang biasa dan nelayan.



Embo Amirullah berkahwin dengan waris Perang Kinarut yang disokong oleh tentera orang laut serta membawa mereka keluar dari persembunyian dan berjasa kembali kepada Kesultanan Brunei pada tahun 1788 apabila mereka menyertai kumpulan tentera Raja Tua Mengkabong memerangi tentera Sharif Osman di Manggatal. 

Ini disebabkan amalan "Adat Pikulan" dan "Adat Simpulan" di mana setelah mereka berkahwin dengan masyarakat tempatan yang lain maka sudah menjadi tanggung jawab mereka untuk saling bantu membantu termasuk dalam hal hal yang melibatkan peperangan.


Menurut catatan sejarah kajian Pusat Sejarah Brunei sekitar tahun 1790 an pejuang pejuang ini diarahkan oleh Sultan Brunei memerangi lanun, tentera sulu dan Belingingi yang melalui dan menyerang perkampungan Menggatal di ketuai oleh Raja Tua Mengkabong, Pengiran Temenggung Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza Ibni Pg Bendahara Anak Untong Ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar.


Menurut cerita lisan pula ada berlaku amalan "Adat Sumpah" antara tentera Sharif Osman yang kalah perang dengan tentera Raja Tua Mengkabong di mana ketika Perang Menggatal ramai tentera Balingingi dan Sulu terperangkap terkena "ilmu guris" di mana mereka berada di dalam suasana kabus yang kuat sehinggakan mereka menjadi kaku tidak dapat bergerak. Amalan Ilmu Guris ini hanya boleh dibuka oleh orang orang tertentu sahaja. Ramai antara mereka yang tertangkap dibebaskan apabila mereka bersumpah agar tidak datang lagi dan tidak menyerang kawasan persisiran Pantai Barat yang di perintah oleh Raja Tua Mengkabong dan di bawah naungan Sultan Brunei ketika itu . Mereka yang tidak mahu bersumpah dijatuhkan hukuman bunuh serta merta.

Borneo Utara di bawah pengaruh Sharif Osman dipertengahan abad ke 19
Sumber : Marudu 1845: The Destruction and Reconstruction of a Coastal State in Borneo
Bianca Maria Gerlich
Jika kita bandingkan jalur masa tahun 1788 maka kewujudan dan pembukaan Simbulan atau Sembulan Lama sebenarnya semasa zaman kemunculan Raja Tua Mengkabong dari Brunei dan semasa berkembangnya pengaruh Sharif Osman Kota Marudu ke pesisiran pantai barat Borneo Utara yang khianat dengan Sultan Brunei , pergolakan dalaman kerabat Sultan Brunei, perang saudara antara pembesar Brunei, peperangan dengan tentera Sulu dan Belingingi, campur tangan penjajah British dan pemberontakan rakyat tulin dan penduduk pribumi terhadap wakil wakil Pengiran. 

Menurut cerita lisan lagi Raja Tua Mengkabong dikata berkahwin dengan waris keturunan Bendahara Sakam yang pernah berjasa kepada kesultanan Brunei ketika perang Kastila menentang Tentera Sepanyol di abad ke 16. Di Mengkabong pula berkumpulnya golongan Bangsawan Nusantara termasuk Brunei, Sulu, Magindanau dan Johor Riau masing masing dari susur galur yang tua.


Sharif Osman dianggap pengkhianat dan penderhaka oleh golongan Pangiran Kesultanan Brunei disebabkan dari Ambong ke Kudat merupakan Sungai Kuripan Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam. Sharif Osman ketika itu cuba keluar dari naungan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu serta ingin menjadi pemerintah bebas. Sharif Osman mempunyai hubungan baik dengan Pangiran Yusof dalam soal perniagaan hamba abdi.


Menurut catatan penulis barat "Hugh Brooke Low" Kumpulan Bajau Samah ini merupakan salah satu kelompok pejuang dari kampung kampung persisiran pantai barat Borneo dan yang terutama seperti Mengkabong dan Tempasuk. Di Mengkabong pejuang Bajau Samah boleh di himpun dan di kumpul sehingga mencapai 1000 orang dan di Tempasuk 600 orang, Pandasan 400 orang, Abai, Ambong dan Sulaman masing masing ada beberapa orang pejuang. Asal usul mereka lain dari penduduk peribumi yang lain dan mereka mengelar diri mereka Bajau Samah. 




Pahlawan dan Hulubalang Dulukala
Gambar Hiasan
Hulubalang Simbulan yang terdiri dari anak anak Embo Amirullah bernama Embo Rajid, Embo Bakir, serta saudara mara mereka yang bernama Dato Maharajalela, Dato Temenggong, Orang Kaya Datu Panglima Harimau Padang Jaafar (pemegang kunci Telaga Tujuh, Brunei) pernah terlibat dalam Perang Langkon atas arahan Raja Muda Hashim yang di ketuai oleh Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid Raja Mengkabong sekitar tahun 1845 dari segi merosakkan sistem pertahanan kubu kuat Sharif Osman di Marudu agar pihak British dengan mudah mengalahkan tentangan Sharif Osman. Tindakan ini sebenarnya atas kerjasama oleh salah seorang anak Sharif Osman sendiri yang tidak turut serta dalam Peperangan Langkon. Pengiran Abdul Rauf mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Sharif Osman.

Menurut cerita lisan pula Hulu balang Simbulan diamanahkan sebagai penjaga Teluk Gaya agar bergabung tenaga dengan pejuang pejuang dari kampung berdekatan bertindak membuat laluan Teluk Gaya sebagai sempadan dan benteng terakhir mengelakkan tentera sulu dan Belingingi menuju ke selatan Borneo utara termasuk bergerak sehingga ke Brunei. 

Para pejuang ini juga diminta membuat perdamaian dengan suku kaum Idaan agar tiada persengketaan kaum antara mereka. Untuk mengelakkan peperangan kaum yang boleh mengorbankan ramai orang maka pemimpin suku kaum Bajau Samah akan berunding dengan pemimpin suku kaum Idaan bahawa peperangan kaum dihadkan kepada beradu tenaga dan kekuatan antara jaguh masing masing sahaja. Sesiapa yang menang akan dilantik menjadi ketua gabungan dua suku kaum agar mereka hidup bersatu hati dan aman damai. Salah satu cara perdamaian lain adalah melalui perkahwinan antara anak anak pemimpin dan ketua masyarakat di zaman itu.

Pejuang gabungan suku kaum peribumi ini  bergerak ke beberapa kawasan utara seperti Tempasuk, Abai, Ambong, Marudu, Mindanao dan Sulu untuk urusan diplomatik, menjadi wakil perniagaan, menjadi kumpulan pengaman dan pengawal peribadi pembesar Brunei. Mereka juga diamanahkan dengan beberapa tugas khas dan sulit memerangi musuh musuh Brunei di dalam dan di luar negeri ketika itu. Para pejuang ini banyak berkorban berjasa dan banyak kali menunjukkan kesetiaan  kepada pemimpin mereka tanpa meminta apa apa balasan dan ganjaran.


Kapal kapal yang berlabuh di Mengkabong ketika itu mempunyai banyak jenis dan warna bendera yang dikibarkan oleh setiap rumpun keluarga besar seperti Bendera Payau, Bendera Burung Bangau, Bendera Gajah, Bendera Singa, Bendera Harimau dan sebagainya..


Hulu balang Simbulan pula mengibarkan bendera yang melambangkan kepala harimau berwarna putih/kuning di atas kain merah untuk berperang dan dalam upacara keramaian dan majlis rasmi. 


Unsur unsur ketenteraan masyarakat Simbulan sebelum kedatangan pihak British berkurangan apabila lindungnya Raja Tua Mengkabong, Raja Muda Hashim dan Raja Mengkabong.


Anak anak Embo Rajid dan Embo Bakir berserta saudara mara yang lain pernah terlibat dalam Perang Gaya bersama Paduka Mat Salleh pada tahun 1897 dan Perang Pandasan 1915 bersama kerabat kesultanan Brunei yang terakhir di Pandasan Kota Belud atas dasar kenangan dan taat setia mereka kepada Raja Raja Pantai Barat Borneo Utara yang lalu.



Apabila tidak ada urusan sulit atau peperangan... mereka menjadi nelayan dan juga bercucuk tanam seperti menanam padi dan berkebun  seperti orang biasa.... cerita cerita perang di atas berkubur bersama golongan orang orang tua yang lalu membawa pergi kisah kisah silam dengan meninggal khazanah perang yang menjadi kenangan buat anak cucu masa kini..


18. Sempadan Awal Simbulan sebelum tahun 1881


Simbulan di dalam era Kesultanan Brunei merupakan salah satu negeri atau wilayah di dalam empayar Kesultanan Melayu Brunei abad ke 19 dari Tanjung Datu Ke Pandasan. Simbulan dimiliki oleh Pengiran Anak Chuchu Ibni Pengiran Muda Hashim, 1881 dan Pengiran Jalaludin Ibni Pengiran Abdul Rauf, 23.3.1898. Putatan pula dimiliki oleh Pengiran Muda Damit Tajuddin Ibni Pengurin Muda Hashim 20.3.1884 ( Prof. Madya Dr Hj Asbol, 2011).



Di dalam era Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pula Simbulan terletak di dalam Daerah Jesselton . Daerah Jesselton pula bukanlah daerah terawal wujud di Borneo Utara.

Penemuan Daerah Jesselton hanya berlaku selepas hampir 20 tahun selepas SBBUB yang mula mentadbir Borneo Utara sejak tahun 1881. Mengikut rekod rasmi sebagaimana dilaporkan melalui The British North Borneo Herald pada tahun 1884, sempadan kawasan daerah Putatan adalah meliputi sehingga Tanjong Liadan di bahagian utara hinggalah ke sungai Suwangon di Selatan (sumber Arkib Negeri Sabah).

Menurut laporan The Putatan Sub District oleh Timbalan Residen  S. E. Dalrymple bertarikh 31hb Disember 1884 ;

 " Its physical boundaries are to the North Bukit Malintod and a range of low hills extending thence N. W. to Tanjong Liadan and forming the watershed dividing the Putatan and Inanam systems : to the West the sea: to the South the Suwaugan river and a spur thrown off from the coast ranges, and to the East the mountain ranges of the interior, running up to, perhaps some 4,000 feet in altitude ".

Pada 10 November 1900, secara rasminya bandar Jesselton telah diisytiharkan sebagai pusat pentadbiran Residensi Pantai Barat menggantikan pekan Gantian. Pada 1 Januari 1901 pukul 6.00 pagi, bendera Kerajaan SBBUB telah dikibarkan buat pertama kalinya di Jesselton. Bandar ini menjadi sebahagian daripada pusat pentadbiran yang bernama Daerah Teluk Gaya. Kawasan daerah ini diperluaskan menjadi sebuah daerah baru sebagai daerah Jesselton yang membawa kepada pemansuhan daerah Putatan dan daerah Teluk Gaya (Province Keppel)(Sumber Arkib Negeri Sabah).

Oleh itu perlu dinyatakan bahawa perkampungan Simbulan sebenarnya merupakan sebahagian dari kawasan Daerah Putatan dan penduduk Simbulan di zaman Pemerintahan Kesultanan Brunei  terletak dibawah jajahan "Sungai Tulin" Simbulan dan Putatan. Penduduk Simbulan merupakan warisan komuniti "Rakyat Tulin" di bawah pemerintahan Pengiran Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam dan Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid.

Berdasarkan fakta sejarah Wilayah Simbulan tidak pernah diserahkan kepada pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British bersama penyerahan Wilayah Putatan pada 20.3.1884 malah cuma diserahkan pada 23.3.1898 oleh Pengiran Jalaludin Ibni Pengiran Abdul Rauf yang menjelaskan bahawa Rakyat Tulin Simbulan telah mengalih arah bernaung dibawah Pengiran Abdul Rauf , Karambunai setelah lindungnya Raja Muda Hashim.

Kenyataan ini disokong dalam kata kata penduduk kampung di daerah Putatan yang pernah memberitahu pihak SBBUB bahawa wujudnya Pemerintah Sungai Tulin seperti dalam laporan S.E. Dalrymple pada 31.12.1884 ;

 "certain villages, to which shadowy claims were vaguely rumoured to be laid by an independent native ruler".

Menurut (P.S. Shim, 2003) Penampang dalam Daerah Putatan adalah sebuah kawasan yang tidak pernah berpenghuni di abad ke 17 kecuali sebuah perkampungan Brunei di Kinarut di mana Sultan Hakkul Mubin yang memerintah Brunei dari tahun 1660-1673 pernah mendapatkan perlindungan (Maxwell,2001).

Dalrymple (1767) yang melawat Utara Borneo mengesahkan kewujudan suku kaum Idaan di Tuaran dan Papar tetapi tidak mengatakan kewujudan suku kaum Idaan di Putatan. Pada masa Forrest (1779) dalam lawatan ke Utara Borneo pada tahun 1776 tidak mengatakan kewujudan kaum Idaan tetapi orang orang China telah pindah ke Putatan ;

Patatan lies to the southward of Pulo Gaya, and entirely out of the bay: its bar is smooth, but likewise shallow. Three or four miles up the river of Patatan, stand the town, the houses, about a hundred, fronting the water. Above the town are many pepper gardens belonging to chinese, in a delightful country.

Lebih kurang hampir seratus tahun kemudian, Von Donop (1883) menulis ;

Traces are still visible of cultivation of pepper by former Chinese Settlers, and by the Natives, and it is not many years ago that the whole revenue of this part of the country was paid to the Brunei Sultan and Rajahs in this article.Bad government and the rapacity of the Malay rulers, however, drove away the Chinese, and the cultivation of the pepper vine has been discontinued.

Keterangan ini menyokong wujudnya sistem pentadbiran "Raja" di Daerah Putatan termasuk Simbulan.






"The Bajaus constitute a minor element in the population. These Johore aliens—though, as Mahomedans, not assimilating with the Dusun element, are yet unlike the Bajaus of North East Borneo in this respect, viz :—that they possess cattle, hold and cultivate land and live in fixed habitations on shore. They are however, in great part, fishermen" - Timbalan Residen  S. E. Dalrymple.




Di zaman Kesultanan Brunei, Patalan atau Putatan termasuklah Api Api, Deasoka, Sembulan , Napas adalah sebahagian daripada beberapa buah Negeri atau Wilayah "Sungai Tulin Putatan" dan "Sungai Tulin Simbulan " dengan sempadan dari Sungai Api Api sehingga Sungai Putatan meliputi Tanjong Liadan di bahagian utara hinggalah Sungai Suwangon di selatan yang  menjadi milik Pengiran Bendahara Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam yang diwarisi oleh Pengiran Muda Damit Tejudin Ibni Pengiran Muda Hashim ibni Sultan Kanzul Alam dan Pengiran Anak Chucu Ibni Pengiran Muda Hashim ibni Sultan Kanzul Alam.


Berdasarkan fakta rekod rasmi warta The British North Borneo Herald bertarikh 1hb September 1884, Keluasan daerah Patalan atau Putatan adalah sehingga ke Kampung Pagunan di bahagian timur (Ulu Putatan) yang mana meliputi 24 kampung iaitu antaranya termasuk Petagas, Lok Bunoh, Putatan, Buit, Terawi, Ninduan, Nosob, Bhang, Tanak, Lunghab, Kinampang, Babait, Krahnau, Nobong, Putatohn, Pagansakan dan Pagunan". Sempadan ini berubah bila Bandar Jesselton di buka.


Deasoka yang bersebelahan dengan Sembulan berjaya diperolehi oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada bulan Disember 1899. Menurut warta rasmi The British North Borneo Herald bertarikh 6 April 1900 "bahawa kawasan tanah rata Deasoka telah dibersihkan dan diratakan untuk membina pekan dan pusat pentadbiran bernama Jesselton".



Menurut buku Jesselton dalam Kenangan 1899-1967 dari Arkib Negeri Sabah " perlu dinyatakan bahawa Api Api termasuk daerah Deasoka sebelum wujudnya Jesselton adalah merupakan sebahagian dari kawasan daerah Putatan. Daerah Putatan diwujudkan pada tahun 1884".


Menurut surat perjanjian dengan pihak British pada 20hb March 1884 Pengiran Muda Damit Tejudin Ibni Pengiran Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam bersama Pengiran Temenggong Hashim Sahibul bahar Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin membuat Perjanjian penyerahan Sungai Putatan kepada pihak British diwakili oleh Tuan Gabenor William Hood Treacher disaksikan oleh saudara Mohamed Bin Md Kassim dan Sungai Tulin Simbulan tidak termasuk dalam perjanjian tersebut.


19. Simbulan Tanah Jajahan Sungai Tulin Mengkabong di dalam pergolakan Kesultanan Brunei di akhir abad ke 19

Dari sudut fakta Sejarah persempadanan Sembulan Lama pada mulanya merupakan tanah jajahan Sungai Tulin Simbulan dan Putatan di bawah pentadbiran Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim. Sungai Tulin Dumpil bersebelahan Sungai Tulin Putatan adalah Sungai Tulin Pengiran Anak Untung Ibni Sultan Hussin Kamaluddin.


Sungai Tulin Dumpil tidak pernah diserahkan kepada pihak British, Sungai Tulin Putatan diserahkan kepada pihak British pada tahun 1884 tidak menyebut tanah jajahan Sembulan. Pada 1898 pihak British memperolehi Sungai Tulin Mengkabong di mana Sembulan ada di masukkan di dalam tanah jajahan Mengkabong ini adalah disebabkan berlaku perubahan dalam persempadanan Pekan Putatan dengan Pekan Jesselton. Pihak British memperolehi Deasoka pada tahun 1899 dan pada tahun 1900 wujud pekan baru dan sempadan baru Jesselton . 


Dari sudut kekeluargaan kerabat Kesultanan Brunei pula Sungai Tulin Putatan (Pengiran Bendahara Raja Muda Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam) dan Sungai Tulin Mengkabong (Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid dan isterinya Pengiran Fatimah Ibni Sultan Kanzul Alam) merupakan Sungai Tulin anak anak Sultan Kanzul Alam Ibni Sultan Omar Ali Saiffudin 1. Sungai Tulin Dumpil pula adalah milik Pengiran Anak Untung Ibni Sultan Hussin Kamaluddin. (Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saiffudin yang kemudiannya bergelar Sultan Omar Ali Saiffudin 1 adalah menantu Sultan Hussin Kamaluddin apabila berkahwin dengan Pengiran Anak Puteri Nur Alam Ibni Sultan Hussin Kamaluddin maka Pengiran Anak Untung Ibni Sultan Hussin Kamaluddin adalah sepupu sekali Sultan Kanzul Alam Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin 1).


Menurut fakta bertulis perjanjian dengan pihak British, Sembulan merupakan salah satu tanah jajahan pemerintahan Sungai Tulin Mengkabong wujud sebelum tahun 1898 di bawa Pentadbiran Pengiran Abd Rauf Ibni Pengiran Abd Rajid Ibni Pengiran Pemanca Harimau Daud.. (jalur Sultan Muhyiddin / Sultan Hakkul Mubin - Perang Cermin). 


Wilayah-wilayah Mengkabong yang dipajak oleh pihak British termasuklah:


1. Mengkabong
2. Menggatal
3. Inanam
4. Api Api
5. Simbulan
6. Napas Tambalang
7. Kinarut
8. Pangalat Besar

Pengiran Jalaludin Ibni Pengiran Temengung Abd Rauf Ibni Pengiran Anak Abdul Rahman Ibni Pengiran Temenggung Dakula Pengiran Abdul Rauf Ibni Sultan Hakkul Mubin mewariskan beberapa kawasan jajahan Mengkabong, Inanam dan sebahagian Menggatal kepada anak saudaranya Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid Ibni Pengiran Pemancha Harimau Daud  Ibni Pengiran Anak Abdul Rahman Ibni Pengiran Anak Badaruddin Ibni Sultan Muhiyidin pada tahun 1822. 

Pengiran Jalaludin Ibni Pengiran Temmengong Rauf merupakan kekanda kepada bonda Pengiran Abd Rauf Ibni Pengiran Abd Rajid iaitu Pengiran Siti Fatimah Binti Pengiran Temenggung Rauf. Sungai Tulin itu sebenarnya milik Puteri Babau @ Pengiran Anak Siti Khatijah Ibni Sultan Omar Ali Shaifuddin 1 isteri Pengiran Temenggong Abdul Rauf Ibni Pengiran Anak Abdul Rahman seperadian dengan Sultan Kanzul Alam Ibni Sultan Omar Ali Saifuddin 1.

Sungai Tulin Menggatal dan kaitannya Mengkabong adalah dilihat dari pembahagian wasiat yang tertulis bahawa "separuh" Menggatal dibawah pentadbiran Pengiran Abdul Rauf Pengiran Abdul Rajid dan baki "separuh" Menggatal di bawah pentadbiran Pengiran Mohd Daud seperadian dengan Pengiran Abdul Rauf...

Pengiran Mohd Daud mempunyai beberapa orang anak antaranya Pengiran Abd Kahar dan Pengiran Abd Rahman... Paduka Mat Salleh bertemu dengan William Clark Cowie dari Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di rumah Pengiran Abd Kahar Ibni Pengiran Mohd Daud yang dikatakan rumah Pakcik Paduka Mat Salleh (Sharif Datu Abdul Rashid Ahmad Bin Sharif Datu Muhammad Salleh) sepupu sekali emaknya Pengiran Aisah Ibni Pengiran Abdul Rauf sehingga terbentuknya Perjanjian Pulutan 23 April 1898 dimana Paduka Mat Salleh memberhentikan serangan dan pemberontakannya dan berpindah ke Tambunan.

Mengikut perjanjian dengan pihak British, Menggatal merupakan Sungai Tulin milik Sultan Abd Momin, Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid dan Pengiran Pemancha Mohd Salleh yang di letak atas nama anak-anaknya (Pengiran Anak Yassin, Pengiran Anak Muhammad dan Pengiran Anak Tajuddin)...

Simbulan juga merupakan Sungai Tulin Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim Ibni Sultan Mohammad Kanzul Alam Ibni Sultan Omar Ali Saifudin 1 yang diwarisi oleh Pengiran Anak Chuchu ibni Pengiran Muda Hashim... jika mengikut persempadanan lama pekan Putatan sebelum adanya pekan Jesselton.

Pada tahun 1845 berlaku Perang Saudara Barakas di Brunei merebut Jawatan Bendahara Kesultanan Brunei di antara Pengiran Bendahara Yusuf bersama 300 orang pengikutnya dengan Pengiran Muda Hashim dengan 1000 orang tentera Kedayan disamping pengikut setianya. Pengiran Bendahara Yusuf kalah dalam perang itu dan melarikan diri ke Kimanis dan Pg Muda Hasim dilantik menjadi Bendahara yang melayakkan beliau menjadi Sultan Brunei ketika itu...

Pengiran Muda Hashim juga mengisytiharkan Sharif Osman Marudu sebagai Pemberontak dan Lanun pada tahun yang sama 1845 dan meminta James Brooke untuk menyerang Sharif Osman. Pada tahun 1846 Pengiran Muda Hashim dan seluruh keluarganya dibunuh melalui satu pakatan sulit pembesar kerabat Sultan Brunei.

Simbulan yang berdekatan dengan Mengkabong juga pernah di bawah kawasan pentadbiran Pengiran Temenggong Raja Tua Abd Momin Amirul Faza Ibni Pengiran Bendahara Anak Untong Ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar yang terkenal berjaya menumpaskan serangan anak anak Sharif Osman dan Belingingi di Menggatal di akhir tahun 1790 an atau diawal tahun 1800 an.

Jika kita kaitkan peristiwa di atas maka rakyat Simbulan @ Sembulan Lama adalah "Rakyat Tulin" tanah  jajahan Sungai Tulin Pengiran Bendahara Hashim Ibni Sultan Kanzul Alam dan Pengiran Abd Rauf Ibni Pengiran Abd Rajid di dalam perbezaan sempadan pentadbiran kesultanan Brunei dan pihak British yang berada di persisiran pantai barat borneo utara ketika itu hidup di tengah tengah pergolakan dan perebutan kuasa yang berlaku di istana dan juga campur tangan pihak penjajah. Rakyat Tulin Sembulan mengikut perintah dan arahan pemilik Sungai Tulin dan Sultan ketika itu.

Pada bulan Julai 1897 penduduk Sembulan Lama bersama orang Bajau Inanam dan Mengkabong diketuai oleh Paduka Mat Salleh menyerang dan memusnahkan pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam British Borneo Utara di Pulau Gaya. Penduduk Sembulan merasa tidak puas hati disebabkan bayaran cukai kepada pihak British berbanding cuma membayar cukai beras kepada keluarga Pengiran.

Sembulan tercatat dalam perjanjian dengan pihak British sebagai antara salah satu tanah jajahan Sungai Tulin Mengkabong diserahkan ke dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam British Borneo Utara pada 23hb March 1898 oleh Pengiran Jalaludin Ibni Pengiran Abdul Rauf Ibni Pengiran Abdul Rajid apabila pihak British membuat aduan kepada Sultan Brunei di mana mereka menuntut pampasan ganti rugi atas kejadian kebakaran dan kecurian yang berlaku pada tahun 1897 ke atas Pulau Gaya dalam Pemberontakan Paduka Mat Salleh. 


20. Perjanjian Syarikat Berpiagam Borneo Utara British 20hb November 1891 (bahasa dan ejaan abad ke 19 dan ke 20)

Sungei Mengkabong, Menggatal dan Karambunai dan Kabatuan masok semua-nya sungei sungei dan lobok rantau dari Timbang Kiping masok Bukit Kapa Sungai Napas masok Simbulan

Chop

of Pangeran Jalaluddin  Ibni Rahimullah Pangeran Abdul Rauf
Pangeran Anak Mohamed Jalaluddin Ibnilmarhom Pangeran Abdul Rauf

Great Seal
of B.N.B Government
s/d L.P. Beaufort
Acting Governor

Maka hasil yang tersebut di dalam perjanjian ini di-mula-i company itu membayar dari pada mana mana hari yang company menerima negeri negeri yang tersebut pada perjanjian ini yaitu dalam tahon seribu tiga ratus sapuloh (1310)Pangeran Anak Mohamed Jalaluddin Ibnilmarhom Pangeran Abdul Rauf

Bahwa ini-lah perjanjian diperbuat kapada dua puloh hari bulan rabi-il-akhir tahun 1309 di antara Pangeran Anak Jalaluddin Ibnilmarhom Pangeran Abdul Rauf yang tersebut di sini Pangeran itu pada suatu fehak dan Tuan L.P. Beaufort Acting Governor jajahan tanah Sabah ya'ni North Borneo Company pada lain fehak yang tersebut di bawah ini company itu.

Maka adalah Pangeran yang tersebut ini menurotkan hukom dan adat Melayu itulah yang memerentah dan mempunyai sungei sungei yang tersebut dalam perjanjian ini.

Pertama Sungei Mengkabong, Karambunai, Sungei Menggatal, Kabatuan masok semua-nya sungei sungei dan lobok rantau dari Timbang Kiping masok Bukit Kapa dan Sungei Api Api atau Sungei Napas masok Simbulan dan Sungei Kinarut dari kuala hingga ke otak otak sungei dan datang mengalir ayernya ke sungei sungei itu. Dan adapun sempadan Mengkabong itu dari Timbang Kiping sampai Menggatal dari Menggatal sampai Darau perhinganannya dengan Inanam yaitu Bukit Kapa, dan Api Api dari Tanjong Lia dan Sampai Tanjong Aru dan Kinarut dari Dumpil sampai sempadan Kawang.

Maka tersebut pada perjanjian ini dari kerana sebab wang tiga ribu ringgit ($3,000.00) yang dibayar oleh company kepada Pangeran yang tersebut itu pada tiap tiap tahun selagi ada hayat Pangeran yang tersebut itu dan di belakang hayat Pangeran itu tinggal seribu enam ratus ringgit ($1,600.00) itu pulang kepada warisnya dan penggantinya atau wakilnya boleh menerima wang hasil yang tersebut itu pada tiap tiap tahon dari pada company itu atau wakilnya atau kongsinya atau penggantinya dan Pangeran yang tersbut itu telah mengaku menerimanya.

Maka Pangeran yang tersebut itu telah dengan ridha-nya memajak kepada company hingga selama lamanya akan jajahan yang dikatakan di atas dengan sekelian pulau pulau yang dikatakan atau menjadi haknya dalam anam league atau lapan belas mile dari tepi pantai ke laut dengan kuasa jewa (soul) dan maut (death) orang orang dalam jajahan yang tersebut itu serta sekaliannya di atas jajahan itu dan sekalian kuasa di atas hasil negeri negeri itu seperti benda yang di dalam tanah dan kayu kayan atau binatang binatang yang lain dari pada peliharaan Pangeran sendiri serta kuasa akan membuat wang serta mengadakan seldadu (soldier) dan kapal perang (navy) dan meletakkan dan mengambil chukai chukai di atas perniagaan negeri lain lain dan chukai atas kapal kapal dan lain lain chukai dan chukai atas orang orang negeri bagaimana yang difikirkan baik dan patut oleh company serta sekalian kuasa yang biasa dipegang dan dipunyai oleh raja raja memerentah negeri dan Pangeran yang tersebut itu telah dengan suka hatinya memajak kepada company itu.

Dan lagi adalah company itu berjanji mengaku memberi kabibasan kepada Pangeran itu boleh masok membeli padi dan sigup (tobacco) atau sebarang makanan bagi chukop sendirinya pada tiap tiap bulan atau tahon tahon dengan tiadalah dikenakan chukai oleh company dan wakilnya atau penggantinya dengan selama lamanya.

Dan lagi adalah company itu mengaku menerima semua fasal yang tersebut dalam perjanjian ini dan hendaklah memegang dan membayar hasil hasil sungei sungei yang tersebut pada muka surat ini selagi ada hayat Pangeran yang tersebut itu company membayar hasilnya pada tiap tiap tahon tiga ribu ringgit ($3,000.00) dan di belakang hayat Pangeran itu tinggal seribu anam ratus ringgit ($1,600.00) itu pulang kepada warisnya pada tiap tiap tahon.

Maka telah pada hari menuronkan chap pada perjanjian ini company itu telah berjanji memberi pinjam wang dua ribu ringgit ($2,000.00) kepada Pangeran itu. Maka company itu memberi timpoh kapada Pangeran itu daripada fasal sungei sungei yang tersebut itu dalam satu tahon baharu company boleh perentahkan yaitu dalam tahon 1310.

Apabila company itu sudah mula-i memerentahkan sungei sungei itu company berjanji memberi pinjam lagi wang tujoh ribu ringgit ($7,000.00) yaitu menjadi sembilan ribu ringgit ($9,000.00) hasil tiga tahon punya.

Maka Pangeran yang tersebut itu berjanji dan suka akan menolong company itu mendirikan perentahnya dalam jajahan yang tersebut itu dan akan memanggil dan menyurohkan orang orang akan menurot perentah company dan pegawai pegawainya.

Dan lagi maka Pangeran itu saja akan menanggong dan menyelesaikan barang apa apa tuntutannya yang kemudian hari akan mendawa oleh lain Pangeran di atas chap dan kuasa yang telah terserah kapada company oleh perjanjian ini dan akan membayar kapada company apa apa kerugian yang akan jadi sebab pendawaan dan Pangeran itu menanggong sekalian tuntutan orang orang itu.

Dan sebagai lagi akan perjanjian ini hendaklah dibenarkan oleh pegawai pegawai company yang di London dan mereka itu berkuasa mengangankan atau menerima perjanjian ini.

Maka jikalau mereka itu menerima atau tiada, maka yaitu akan dinyatakan kepada Pangeran itu dalam anam bulan daripada hari menuronkan chap pada surat perjanjian ini.

Maka jikalau pegawai company yang di London itu tiada menerima perjanjian ini boleh Company itu kasi balek perjanjian ini kapada Pangeran yang tersebut pada muka surat ini dan seperti wang yang di beri pinjam oleh company dua ribu ringgit ($2,000.00) kapada Pangeran itu boleh di potong dalam hasil Pangalat pada tiap tiap tahon sampai habis wang yang di beri pinjam itu.

Maka di dalam waktu itu Pangeran itu tiada berkuasa akan memajakan atau menjual atau memanugerahkan apa apa kuasa yang tersebut di dalam perjanjian ini kapada lain company atau saudagar atau lain perentah.

Dan lagi diperbuat perjanjian di sini dan dinyatakan yaitu barang di mana tersebut perkataan Pangeran itu, maka artinya Pangeran itu atau warisnya dan wakilnya dan barang di mana perkataan company itu tersebut, maka artinya pun demikian juga yaitu company itu penggantinya dan wakilnya, melainkan kalau ada perkataan lain yang mengubah artinya daripada itu maka dari sebab hendaklah menyaksikan perjanjian ini maka Pangeran yang tersebut itu dan Tuan LP Beaufort seperti Acting Gavernor dan bagi fehak company itu menuronkan tanda tangan dan chap mereka itu di Brunei demikian lah adanya.

Tertulis surat perjanjian ini di dalam negeri Brunei kapada dua puloh hari bulan November 1891.

21. BRITISH NORTH BORNEO TREATIES 23rd March 1898

(bahasa dan ejaan abad ke 19 dan ke 20)

GRANT OF MENGGATAL, MENGKABONG, API-API, SEMBULAN, NAFAS TAMBALANG 

(Translation)

Chop of Pangeran Jeludin Ebni Al Merhom Pangeran Abd Rauf
Signature William Clark Cowie
Witnessed by  L P Beaufort

This Treaty made between Pangeran Jeludin Ebni Al Merhom Pangeran Abdul Raup of the one part and William Clark Cowie Managing Director of the British North Borneo Company on behalf of the said Company on the other part

WHEREAS the said Company has made claim against the Sultan of Brunei in respect of the burning and looting of Pulau Gaya by the Inanam, Mengkabong and Menggatal people.

And Whereas Mengkabong and Menggatal are the property of Pangeran Jeludin, as inherited from his father Abdul Raup

And Whereas loss and trouble have arisen to both parties and are likely to happen again so long the said rivers do not belong to the said company.

And Whereas it has seemed good to put an end to the present differences in so far as they concern Pangeran Jeludin by the company withdrawing its claim against him and by the Pangeran transferring his countries to the company so that mutual friendship shall exist for all time.

And Whereas it is best for Pangeran Jeludin and for the Company and for the inhabitants that the said countries and inhabitants should come under the rule of the company thereby saving Pangeran Jeludin further responsibility and loss
And Whereas this treaty is subject to the approval of Her Britannic Majesty's Government.

NOW We the Company hereby withdraw the claim against Pangeran Jeludin in respect of the burning and looting of Gaya in so far as his people in the said rivers were concerned - further the Company agree to pardon all Pangeran Jeludin's subject who are want Pangeran Jeludin as practically Sovereign Ruler and having the power of life and death, the right to impose taxes, etc. hereby in consideration of the promise hereinafter mentioned transfer to the Company its successors and assign all my countries, viz. Mengkabong, Menggatal, Sembulan, Napas Tambalang and all their tributaries and all the seas, bays, rivers and lands in connection therewith, that is to say the Government land, landing places, people from the Kualas to the sources of those rivers together with power of life and death, making laws, imposing taxes, placing soldiers, minting money and all necessary powers for the proper administration of the said territories.

The Company further agrees to recognise all concessions of land coal or other minerals which have been granted prior to this date by Pangeran Jeludin to others but half the amounts to be paid for and profits to be derived from them shall be paid one half to Pangeran Jeludin and half to the Company

AND We the Company agree in consideration of the transfer above mentioned to pay to Pangeran Jeludin his heirs, executors, administrators and assign each year the sum $2,500 so long as the Company hold those rivers the said sum to be paid in Silver Dollars half yearly from the date on which this treaty is chopped. Further the Company agree to advance Pangeran Jeludin the wang hasil to the amount of $12,500 and the money so paid shall considered as an advance of five years of the Cession money. After the repayment of this advance the Company agree to pay the cession money twice a year as above stated.

The Company agree to give Pangeran Jeludin a grant entering mouth of the Mengkabong River thence following the contour around Bukit Gantisan seawards until the original starting point is reached which includes the burying place of his ancestors and the residence of his children.

The Company further agree to issue grants for all fruits plantations now occupied by the subjects of Pangeran Jeludin on payment of the usual survey fees, but otherwise free of rent, a list of such plantations shall be supplied by Pangeran Jeludin within three months from the date of this treaty.

If Pangeran Jeludin should at any time be in difficulties either in Brunei or elsewhere, the Company agree to assist him with their friendly advice.

So long as Pangeran is alive the Company agree to allow him to export 1,000 piculs of rice or paddy each year from Mengkabong free of export duty.

Pangeran Jeludin agrees to settle any claims which may hereafter arise by other Pangerans in respect of the said lands.


Pangeran Jeludin agrees to assist the Company and to use his influence to keep the country quiet so that he and the Company may be friends for ever.


22. Perjanjian Hak Kedaulatan terhadap Inanam, Menggatal, Api Api, Membakut, Mengkabong dan Kwala Lama 30hb Mac 1898 (bahasa dan ejaan abad ke 19 dan ke 20)

Chop Sultan Hassim
Signed W C Cowie
Managing Director
Witness to the signature of
W C Cowie, Managing Director
of the British North Borneo Company
Buyong Bin Muka

Bahwa adalah perjanjian ini telah diparbuat diantara Sri Paduka Bawa duli yang dipartuan Sultan Hasim Jalil Al Alam ala muddin Ebnu Al Marhom Sultan Omar Ali Saifaddin dengan Tuan William Clerk Cowie Managing Director daripada British North Borneo Company deri seblah Company.

Bahwa adalah company yang tersebot itu telah membawa suatu perdaawaan atas Sri Paduka Bawa Duli yang di pertuan Sultan Hasim Jalil alalam akamuddin seheb telah terkana bakar dan merampas Pulo Gaya oleh orang orang yang dipartuan deri Inanam Mengkabong dan Menggatal dan sebab dibawa md saleh rayat diseblah company Sabah itu.

Maka adalah sungie sungie serta lain lain yang dudokuya di sebelah Timor and Utara Tanjong Nosong adalah masi lagi didalam prentah Sri Paduka Bawa duli yang dipartuan.

Maka Karngian dan kesusahan telah berbangkit dan barangkali kelak akau berlakoo kombali diantara kadua fihakiya itu Sri Paduka Bawa duli yang dipartuan dan kompany itu slama lamanya apahila segala negri yang kechil kechil itu diperentahi seperti yang ada diprentahkan skarang ini.

Bahwasanya tampak yang terbbeh baik kapada smoanya pehak akau hahiskau akau peseleschhan antara kudua kebak yang ada skarang ini dengan mengondorkan akau perdawaan yang tersebot diatas itu.

Dan sebagielagi menjadi terleheh baik liagil Sri Paduka Bawa duli yang di partuan dan kerna company dan kerna orang isi megri, iya itu negri dan isi negri itu paduka bawa duli yang dipartuan terpelihara deripada segala kesusahan, rugi dan tanggongan.

Apahila perjanjian ini telah diparbuat di trima atau dihenarkau oleh yang maha mulia Queen ampunya Government nya (prentah).

Skarang adalah kita Sri Paduka bawa duli yang dipartuan menarik balik akau perdawaan kita yang kita yang kita telah perbuat, dan dengan menyarahkan kapada company dan ganti gantinya dan wakil wakilnya segala dan smoa kebenaran prentah dan kita ampunya kwa'sa kwa'sa dan akau kebenaran sama juga seperti Anugrahau yang besar yang telah dianugrahkan kapada company, dan kapada orang mula mula iya itu kita ampunya kwasa dan kebenaran didalam jajahan Mengkabong, Mengatal, Inanam, Api Api, Membakut dan Qualla Lama dan segala tanoh tanoh, laut laut, telok telok, sungie, sungie dan sebagienya didalam North Borneo dudoknya sblah utara jajahan padas.

Dan company itu adalah menarik balik akau perdawaanya deri atas Sri Paduka Bawa duli yang dipartuan fatsal membakar dan rampas di Pulo Gaya.

Jagi company berjanji akau mengamponkan segola bawa duli yang dipertuan ampunya rayat rayat yang company sudah handak tangkap kerna talah berchampor atas perkara yang tersebot diatas itu.

Dan company berjanji mahulah memaduli atau menghormat akau segala kebenaran Pangeran Pangeran serta lain orang yang ampunya herta didalam, sungie sungie yang tersebot itu serta segala concessions (Anugrahan 2) yang telah dianugrahkau kapada merika itu oleh bawa duli yang di partuan Sultan Brunei terlebeh dahulu deripada Tarikh hari bulan debawah ini, hessama sama segala wang wang atau wang pembriau yang akau dikeluarkau oleh concessions dipertuan Sultan sebah membenarkan mahar chaknya.

Lagi company berjanji kelak akau dibayar kapada bawa duli yang dipartuan dan waris warisnya selama lamanya wang $1200 tiap tiap tahun deri kerna itu pembayarau itu dimulai deripada hari tarikh dibawah ini.

Tatapi akau surat perjanjian ini dan janji Bawa duli yang di partuan dan company itu seperti ada tertulis diatas itu smoanya tertanggong atas diberarkan oleh yang maha mulia Queen ampunya Government, yang Company bolehlah Choba dapatkan seperti tersebot diatas itu.

Dan adalah kita Sri Paduka Bawa duli yang dipartuan dengan anam per cent. hunganya setahun dan iya itu dikenakau atas lain wang hasil dibayar kapada bawaduli yang di partuan tiap tiap tahun oleh company itu.

Adapon prentah dan kuasa duli Pangeran Panancha di membakut tiada masak dalam perjanjian ini. Maka mana maua kaasilan yang tersebot dalam kuasa kuasa perjanjian perjanjian zanj telah dibri pakada Tuan R.L.Cox terlebeh dahulu daripada perjanjian ini didalam inanam dan Kuala Lama setanjah kapada Sri Paduka Bawah Duli yang dipertuan Sultan Hasim Jalil al alam akamuddin atau waris waris nya dan setanjeh kapada company Sabah - adapon hasil pajakkan inanam $950 bagai zanj dipertuan sendiri dan hasil pajakkan kuala lama $250 maka jumlahnya kadua pasal ini $1200 pada tiap tiap tahun.

Maka adapon superti menjalon yang ada ditenjah tenjah laut zaitu dilaut Inanam itu tiada masuk didalam perjanjian ini maka pulau menjalon itu masih tinggal lagi dibawah prentah Brunei dan zanj mwmpanyai itu dempiantah adanya temat.

S/d. W.C. Cowie
Managing Director
Witness to the above signature
S/d. Buyong Bin Muka

Tertulis perjanjian ini didalam Lapau negri Brunei kapada 7th hari bulan Zulkaldah Senat 1315.

23. Perjanjian Mengkabong 30hb Mac 1898 (bahasa dan ejaan abad ke 19 dan ke 20)

Chop Sultan Hassim

Chop Pengiran Omar Ali

Sd. Pengiran Anak Siti Khatijah

Sd. W.C. Cowie

Bahwa inilah perjanjian diparbuat anbara kita Sri Paduka Pangeran Anak Siti Khatijah binti Sri Paduka Pangeran Muda Mohamed Jamalul Alam dan Tuan William Clark Cowie Managing Director, daripada British North Borneo Company dari seblah company.

Maka didalam perjanjian ini kita Sri Paduka Pangeran Anak Siti Khatijah telah menyerahkan kapada British North Borneo Company smuanya kuasaan yang kita ampunya Ayahanda ampunya didalam negri Mengkabong Bajau serta dengan Dusonnya dan skalian anak dagaug yang didalam negri Mengkabong yaitu adulah meunrot superti perjanjian perjanjian yang slama lama ini diperbuat prentah Brunei dengan British North Borneo Company fasul negri negri yang sudah diserahkan kapada prentah British North Borneo Company.

Maka prentah British North Borneo Company atau wakil atau penggantinya berjanji membayar Sri Paduka Pangeran Anak Siti Khatijah atau waris nya turon tenueron didalam tiap tiap tahun $300. Maka pada hari diperbuat surat perjanjian ini kita adalah mengaku telah meurima wang paryar kerna lima (5) tahun akan yang tersebot diatas itu wang $1500 :-

Maka apabila sudah habis lima tahun British North Borneo Company telap membayar $300:- pada tiap tiap tahun slamalanya daripada kita sampei kapada waris kita turon temuron meurima daripada British North Borneo Company Sabah dumkiaulah adanya Tamat.

Tertulis chap ini didalam Pangadapan negri Brunei kapada 7th Zulkaidah, AD 1315.

24. Simbulan di zaman pemerintahan Syarikat Berpiagam British Utara Borneo , Perang Jepun, Zaman British dan Malaysia




Orang Kaya Pangeran Haji Omar (Jubah Putih)
(Native Chief South Keppel - Putatan and Papar)


Geran Tanah Asal Sembulan di sukat pada 3.10.1910


Tanah didaftarkan atas nama OK Pengeran Hj Omar dan Mohd Ali
(As trustee of the mohamedan Community at Simbulan)

Perkampungan Sembulan Lama disukat oleh Jabatan Tanah dan Ukur sekitar tahun 1910 dan geran tanah pertama "Kampung Sembulan" didaftar pada tahun 1.1.1916 atas nama Pengiran Omar dan En Mohd Ali kemudian Usman Bin Sidek dan Dullah Bin Awang pada 25.11.1922 atas dasar memegang amanah dan bagi pihak penduduk islam Sembulan Lama.



Menurut Puan Azizah Binti Sarudin "waktu Perang Jepun 1941 saya mendukung anak lelaki saya Jaffri Bin Mohd Asi meninggalkan Sembulan Lama sebab bom bom jatuh dari kapal terbang, habis bandar Jesselton terbakar termasuklah beberapa buah rumah di Kampung Sembulan Lama, kami lari ke Kinarut dan ada yang lari ke Kampung Kuala , Papar. Tapak rumah saya sekarang ini dulu ada sebuah rumah yang hancur kena bom, kami tinggal di Kinarut dan bercucuk tanam ubi kayu. Selepas Perang jepun baru kami balik pergi Sembulan Lama"...

Menurut En Mohd Asi "Pada tahun 1962 beberapa orang kampung menyertai pemberontakan Brunei menjadi ahli Tentera Nasionalis Kalimantan Utara bersama A.M. Azahari pemimpin Parti Rakyat Brunei yang bercita cita mengembalikan British Borneo Utara dan Sarawak ke dalam Brunei untuk menjadi sebuah negara baru disamping penolakan kemasukan ke dalam Malaysia pada tahun 1963. Pemberontakan ini gagal dan beberapa orang kampung di tangkap dan dipenjarakan oleh pihak North Borneo Armed Police Constabulary".


Telia Suang berusia 120 tahun warga emas Sembulan Lama
sekitar tahun 1970an isteri Sarudin Stain


Penduduk Sembulan Lama dulu kala mengamalkan kenduri doa selamat sekampung 
setiap pertemuan tahun


Penduduk Asal Sembulan Lama dengan kumpulan kugiran tahun 1950 an yang di ketuai oleh En Danin Bin Giroh



Pertandingan Kereta Berhias Kg Sembulan Lama sempena Malaysia Merdeka 1963
Muda mudi Sembulan Lama 
Juara Pertandingan Bola Sepak


Pemain Bola Sepak Sembulan Lama
Remaja Sembulan Lama
Penduduk Sembulan Lama


Peserta Pementasan Sembulan Lama



Kanak Kanak Sembulan Lama
Kanak Kanak Sembulan


Kanak Kanak Sembulan Lama



Awang Segan bersama ibunya
Remaja dan Kanak Kanak Sembulan Lama


Kanak Kanak Sembulan Lama


Suasana Sembulan Lama dulu kala


Suasana Deasoka


Suasana Sembulan Lama


Hamzah Parang bersama anak anaknya
Jambatan Sembulan Lama
Jambatan Sembulan Lama

En Dassim Abun berkata "Penduduk Sembulan Lama pada suatu masa hidup dalam harmoni bekerjasama tolong menolong antara satu dengan yang lain, majlis kenduri dibuat di balai raya dengan orang kampung masing membawa talam berisi makanan dan dihidangkan kepada semua yang hadir". 


En Mohd Asi berkata "Penduduk Sembulan Lama gemar berlumba perahu dalam pertandingan lumba perahu tahunan yang dikenali sebagai "Lumba Lapan" di mana lapan orang akan berdayung bertanding dengan perahu perahu kampung jiran, bermain bola sepak dan aktiviti sabung ayam di belakang rumah Haji Salim Bin Abdullah Bin Embo Rajid".



Gambar perkahwinan En Alimat Bin Wahid Bin Asri Bin Jakair @ Tukail Bin Embo Bakir


Perkahwinan En Dassim Bin Abun dengan pasangannya
Puan Saimah Binti Hj Salim Bin Abdullah Bin Embo Rajid diiring oleh pakciknya En Mohd Asi Bin Hassin Bin  Embo Rajid


Embo Mohd Asi Bin Hassin mengetuai dan menjaga pengantin
Penduduk kampung melantik ketua adat golongan tua yang mempunyai kemahiran mistik untuk memimpin dan menguruskan upacara perkahwinan penduduk kampung. Ada kepercayaan yang mengatakan semasa upacara perkahwinan ini pengantin akan di cuba atau di ganggu oleh orang orang tertentu sama ada manusia atau makhluk halus.

Ada juga amalan tua seperti melepaskan kapal kecil berhias yang diisi dengan makanan di panggil "Telusan" atau "Anjung" dilepaskan ke laut agar Sembulan Lama tidak diserang musuh.



Gerbang Hari Raya Sembulan Lama di musim perayaan

Hari kebesaran tertentu mereka akan kibarkan bendera sambulayang serba kuning, bendera kuning tiga segi yang besar dan payung kuning yang mempunyai 8 tali bergantung dikeliling payung tersebut.


Sembulan Lama mempunyai "Balai Gandang" tempat berkumpul di mana mereka letakkan "Beduk" sejenis alat gendang yang dibunyikan bila perkara tertentu berlaku seperti waktu sembahyang, bila berlaku kematian, tanda amaran dan menyambut hari kebesaran.


Menurut En Mohd Asi "Setiap tahun penduduk Sembulan Lama mengadakan upacara kenduri di hujung kampung di panggil "Torong Ungus" di mana penduduk kampung akan makan di daun pisang disajikan makanan hidangan wajib seperti ikan masin, telur, pisang goreng yang tidak guna tepung, santan kelapa goreng dibentuk tiga segi selain dari nasi dan lauk pauk lain. Pada suatu ketika, tiga orang penduduk kampung diamanahkan membaca doa doa khas setiap tahun seperti Embo Jamud yang berdoa agar muara sungai Simbulan dilindungi dari musuh musuh mereka, Embo Talip yang mendoakan kesihatan penduduk kampung dan Embo Tahir yang mendoakan agar penduduk kampung selamat berjaya dan mendapat kesenangan."


Senarai Pemimpin / Ketua Kampung / Tokoh Tokoh Cemerlang 
Simbulan @ Sembulan Lama (1788-2016)

  1. PG TEMENGGUNG / PG BENDAHARA/ WAZIR SULTAN BRUNEI /PEMILIK SUNGAI TULIN (1788-1877)
  2. ORANG TUA SIBUTU (WAFAT DI MEKAH) (1877-1900)
  3. ORANG TUA SAPPIN BIN TUKAIL BIN BAKIR (1900-1940)
  4. PERANG JEPUN (1941-1945)
  5. ORANG TUA DATO HUSSIN BIN ABDULLAH BIN ZAZIT @ RAJID (1946-1975)
  6. ORANG TUA SAAD BIN IMAM JILANG BIN PAMPANG BIN ZAZIT @ RAJID (1976-1980)
  7. ORANG TUA MAHMUD BIN TOYOK BIN TATAL @ PARUDIN (1981-1982)
  8. ORANG TUA HAJI PIASSIN BIN JUBAL (WARIS ASAL MENGKABONG)  (1982-1993)
  9. ORANG TUA HAMZAH BIN PARANG BIN PAMPANG BIN ZAZIT @ RAJID (1994-2014)
  10. ORANG TUA MAJID BIN MANAN BIN LAKIM BIN DATO BUSU BIN DATO MUZAFFAR (2014-Sekarang)






Hj Wahid Bin Asri Bin Tukail @ Jekair Bin Embo Bakir




OT Saad Bin Imam Jilang Bin Pampang Bin Embo Rajid


Hj Piassin Bin Jubal mantan ketua kampung Sembulan Lama dan Pengerusi JKK Kampung Sembulan
Haji Piassin Bin Jubal adalah Ketua Kampung pertama dan terakhir menjadi Ketua Kampung gabungan tiga Kampung iaitu Kampung Sembulan Lama, Sembulan Tengah dan Sembulan Baru. Beliau selalu dijemput kerumah orang orang yang sakit meminta di "Tawar". Haji Piassin dari jalur Embo Ilang Mengkabong.


Hj Omar Bin Hj Kassim "Penyurat" di lantik oleh Ketua Kampung
Haji Omar Bin Haji Kassim terkenal sebagai "Penyurat" yang dilantik oleh Ketua Kampung untuk menyimpan beberapa buku penting Kampung seperti Buku Cukai Beras, Buku Daftar Lahir, Buku Daftar Mati, Buku Daftar Kahwin dan Buku Daftar Penduduk. 


Beliau juga menulis laporan kematian penduduk kampung lengkap berserta laporan berapa yang hadir memberi sedekah, jumlah sedekah dan butir butir perbelanjaan sedekah tersebut. Sesiapa yang tidak hadir sewaktu perkebumian dan tidak datang malam berjaga juga akan ditulis dalam buku laporan beliau.


Hamzah Bin Parang Bin Pampang Bin Embo Rajid
Mantan Ketua Kampung Sembulan Lama yang ke 7
OKK Hassan Bin Perintah
Dua anak Perempuan Beliau berkahwin dengan Jalur Sembulan iaitu
Jumat Bin Abdullah Bin Embo Rajid dan Alun Bin Bongkol


Imam Jilang Bin Pampang Bin Embo Rajit bekas Imam Sembulan Lama


Lakim Bin Datu Busu Bin Datu Muzafar adik beradik 
OT Bakar Likas dan ipar OT Sambuling Inanam (Suami Gonton Binti Datu Busu)
abang sulung Mohd Asi Bin Hassin
Informan : Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid
lahir 12.12.1905


Orang Tua Haji Bakar Bin Datu Busu
Mantan Ketua Kampung Likas



Dan Bin Dapil Bin Embo Bakir

ayah mantan Ketua Kampung Inanam En Matlan Bin Alidan
Ghani Bin Pampang Bin Embo Rajid
bapa mertua Tuan Imam Haji Ahmad Pakir
Haji Ismail Bin Pampang Bin Embo Rajid
En Tamin Bin Tabal suami Hajjah Zizah Binti Tatal jalur Nandi atau Sharifah Rokayah
Ayah En Yunus Bin Tamin Ketua Kampung Sembulan Tengah

(Embo Rajid, Embo Bakir dan Sharifah Rokayah @ Nandi adik beradik)



Jumah Bin Hj Salim Bin Abdullah Bin Embo Rajid 

Mantan YB Papar dan Tuaran


Datuk Yusof Manan
Presiden Mubarak




Tan Sri Mohd Bakri Bin Zinin Bin Pampang Bin Embo Rajid

Mantan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia

 En Jeffri Bin Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid
gambar beliau tahun 1950an dan 1990an




Puan Saleha Salleh
isteri Jeffri Bin Mohd Asi Bin Hassin Bin Embo Rajid
Mantan Pemaju Mukim dan Assistant District Officer Tanjung Aru
Jalur Embo Darimbang dan Embo Jumlan Bin Awang Damit Mengkabong


Penduduk Kampung menyertai Persatuan Sabah Bajau Bersatu tahun 1970an
Seawal tahun 1950an dan 1960an ramai anak jati Kampung Sembulan Lama berhijrah keluar dari Kampung menyambung pelajaran, mencari pekerjaan di Kawasan lain tidak kurang juga yang berhijrah mengikut pasangan masing masing dan mereka ini tidak lagi menetap di Sembulan Lama.

Pada tahun 1950an mula berubahnya komposisi penduduk, budaya dan amalan lama Sembulan dari kampung yang sebelum ini seratus peratus penduduk jati Sembulan Lama di kalangan ahli keluarga sahaja kepada munculnya penduduk Sembulan yang baru berpindah dari Api Api dan Kampung Air dan menetap di Sembulan Tengah dan Sembulan Baru disebabkan pembesaran bandar Jesselton. 


Begitu juga perkuburan awal Sembulan di atas bukit Sembulan dipindahkan ke Sempelang. Beberapa kuburan yang dianggap karamat masih ada di bukit Sembulan bersebelahan bangunan Telekom.


Pada tahun 1970an pula muncul pula mangsa pelarian perang di selatan Filipina yang mendapatkan perlindungan Bangsa Bangsa Bersatu dan ada sebilangannya mula menetap di Sembulan.


25. Khazanah dan Barang Barang Peninggalan Simbulan



Teko
Bekas Sirih


Gantang Perintah Brunei (cukai 1 gantang seorang )



Pedang Borneo
Tombak atau Bujak dibungkus dengan 7 kain Warna Pelangi


Keris

Sundang




26. Wajah anak anak Simbulan Zaman Sekarang


Dassim Abun, Jumlan Jikan, Jeffri Mohd Asi, Jenair Adam dan Yusof Salam
Penduduk Sembulan umur Lingkungan 70 tahun ke atas
Penduduk Sembulan umur Lingkungan 60 tahun ke atas


Penduduk Sembulan Lama Umur Lingkungan 50 Tahun ke atas

Penduduk Sembulan Lama umur Lingkungan 40 Tahun ke atas

Temu bual di rumah informan En Dassim Bin Abun

Puan Juriah Binti Pelasin Binti Abdullah Binti Embo Rajid 


Ketua Kampung Sembulan Lama sekarang : En Majid Bin Manan Bin Lakim dengan Keluarga


Ketua Kampung Sembulan Tengah sekarang : En Yunus Bin Tamin Bin Tabal

27. Sejarah ringkas dan gambar Aktiviti di Masjid Kampung Sembulan Lama



Masjid Sembulan asal adalah bangunan kayu bertiang dibina pada 1950-an, berfungsi sebagai masjid negeri Sabah pertama hingga Jun 1977.

Bangunan asal dirobohkan dan digantikan dengan bangunan konkrit pada 1979
Bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Mohd Kassim Hashim antara individu yang banyak menyumbang kepada pembangunan semula Masjid Kampung Sembulan.

Bekas imam Masjid Kampung Sembulan, Datuk Pandin Jubair dilantik Imam Besar Masjid Negeri Sabah yang pertama pada Jun 1977. Jawatankuasa Masjid Kampung Sembulan berpindah secara rasmi ke Masjid Negeri Sabah yang baharu pada 28 Jun 1977.

Solat Jumaat di Masjid Kampung Sembulan dihentikan bermula Jun 1977 dan dipindahkan ke Masjid Negeri Sabah yang baharu hingga 6 Januari 2017

Bekas Ketua Daerah Jesselton, Orang Kaya-Kaya (OKK) Laiman Diki dan Orang Tua (Ketua Kampung) Sembulan, Datuk Hussin Abdullah adalah pemegang amanah asal geran tanah tapak Masjid Kampung Sembulan yang diberikan kerajaan British pada 1956.



Salinan Geran Tanah Masjid Sembulan

Sebenarnya, ramai umat Islam termasuk penduduk Kampung Sembulan dan pemimpin serta kenamaan negeri menyimpan nostalgia pernah sembahyang Jumaat di masjid ini, antaranya Yang di-Pertua Negeri Sabah sekarang, Tun Juhar Mahiruddin. Begitu juga bekas Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah, malah beliau sering datang solat di sini mantan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Ariffin Arif.




Masjid Sembulan Lama merupakan Masjid Negeri Sabah yang pertama



Pelajar Sekolah Agama Kampung Sembulan Lama
Waris dari Inanam dengan Jemaah Masjid Sembulan
(Dari Kiri ke Kanan : Abbas (Bapa Mudim),Hj Nurimun (Bapa Hj Imam Muhammad), Imam Abdullah, Bapa Darus dan Hassan)
Remaja Sembulan beribadah di Masjid Sembulan Lama







Masjid Sembulan Lama


Masjid Sembulan Lama yang Baru menggantikan Masjid Sembulan Lama yang asal.


Masjid Sembulan Lama


Tun Hj Abdul Razak Bin Tun Hj Abdul Hussien Perdana Menteri Malaysia Kedua
sembahyang berjemaah di Masjid Sembulan Lama



Tun Ahmad Shah dengan jemaah Masjid Sembulan Lama
Pengerusi Haji Nordin Pallah bersama ahli jawatan kuasa Masjid Sembulan Lama


Jemaah Masjid Sembulan Lama
Pemuda dan Jemaah Kampung Sembulan Lama



Mantan TYT Tun Ahmadshah, Datuk Ariffin Arif dan Timbalan Mufti Negeri Sabah Ustaz Hamdani Omar sembahyang berjemaah di Masjid Sembulan
Datuk Haji Ibrahim Bin Datuk Haji Laiman Diki

28. Kesimpulan



Zaman nenek moyang kita adalah zaman yang amat jauh berbeza dengan zaman sekarang. Zaman itu beberapa pembesar tempatan cuba mendapat kebebasan dari pemerintah pusat Kesultanan Brunei. Kehidupan rakyat penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Nenek moyang ingin memastikan anak cucu mereka hidup aman damai. Mereka setia mengikut perintah pemimpin mereka dan saling bantu membantu di kalangan jalur dan ahli keluarga mereka yang besar. Mereka hidup di bawah kedaulatan Sultan Brunei. Di zaman pemerintahan British pula, rakyat tulin cuba membiasakan diri mereka di bawa pemerintahan kompeni atau di bawa perintah. 

Banyak peristiwa lama telah dilupakan oleh generasi baru atas sebab kurangnya maklumat bertulis dan sikap berahsia golongan tua dulu kala. Golongan tua tidak banyak berkongsi cerita disebabkan ianya membawa pelbagai kenangan silam bercampur aduk perasaan sedih, marah, kecewa, menghaus, takut dan dendam. Satu perasaan yang mereka pendam sehingga akhir hayat mereka.

Golongan tua juga tidak mahu anak cucunya berbangga bangga dengan pangkat, gelaran dan darjat seperti mengakun akun keluarga bangsawan atau sebagainya.

Orang tua tua dulu kala juga tidak mahu terlibat dalam pergolakan dalaman, politik dan perang saudara Kesultanan Brunei yang berlaku sekeliling mereka pada ketika itu sehingga bunuh membunuh antara satu dengan yang lain. Orang orang tua dulu kala cuba mencari kehidupan baru yang lebih aman damai dan tenteram. 


Faktor adat pantang larang "Tula dan Busung" juga memainkan peranan agar nama nama orang dulu kala tidak disebut sebut sebagai tanda hormat dan takut terkena sumpahan atau badi. Mungkin juga nama nama tertentu mereka rahsiakan atas sebab yang hanya mereka saja yang tahu.


Sembulan Lama bukan wujud bagai batang pisang yang tumbuh liar di hutan, Sembulan Lama wujud atas dasar kesetiaan dan pengorbanan nenek moyang kita terhadap Kesultanan Brunei yang lampau dan di zaman pemerintahan British. 

Kita anak jati Sembulan Lama kena bersatu, saling bantu membantu dan sentiasa memperbaiki kehidupan kita dunia dan akhirat.


Amanat yang paling penting adalah "kita mesti tahu siapa diri kita? kita kena selalu membuat kebaikan, amal kebajikan dan jangan lupa asal usul kita!".




Keturunan Yang Hilang


Jangan dicari keturunan yang hilang, 
satu saat ketika tiba jua masanya muncullah ia. 
Bukti tertanam dalam perjalanan, 
kubur ada nisan tiada.
Tiada dituntut pada ketika, 
hanya jauhari mengenal manikamnya. 
Hidup bagai rakyat biasa, 
tiada nama dan juga harta, 
tidak juga di gembur cerita, 
yang rahsia tetap menjadi rahsia. 
Jangan bertelagah jangan bertingkah,
yang hak tetap berhak. 
Tidak meminta tidak berharap,
tetapi semua akan terungkap.
Hidup mereka di keliling adat dan adap.
Dilindungi terlindung tersembunyi...
rantaian diberi simpulan dibuat...
terbuka ianya sirnalah ia...

Sumber Syair : BorneoHistory57.blogspot.com

Rujukan :

1. Kesultanan Melayu Brunei Abad ke 19 - Politik dan Struktur Pentadbiran - Prof. Dr Hj Asbol Bin Mail
2. The Making of Sabah 1865-1941- Prof. D S Ranjit Singh - 
3. Menyusuri Pewaris Brunei di Karambunai - En Roslan Hj Masran
4. Diari - Hugh Brooke Low
5. Observations on the Brunei Political System, 1883-1885 - Dr. Peter Leys
6. Brunei : The Structure and History of Bornean Malay Sultanate. Brunei Museum, 1970- Donald E. Brown 
7. Gambar dan Sumber - Arkib Negeri Sabah
8. Jesselton Dalam Kenangan 1899-1967 - Arkib Negeri Sabah
9. Buku Sejarah Brunei - Pusat Sejarah Brunei 
10. Putatan Sub District Report 31.12.1884 - Assistant Resident In-Charge - S. E. Dalrymple
11. Sejarah Mengkabong dan Karambunai - BorneoHistory57.blogspot.com
12. Gambar ehsan penduduk Sembulan Lama dan juga gambar Google Images
13. Raja Muda Hashim - Wikipedia
14. The Natives of Sarawak and British North Borneo; Roth, H. Ling 
15. Raja Mengkabong - Sabah Forum
16. Raja Tempasuk - Milus Aloh 
17. Raja Dumpil - Bazley Bee Basrah Bee 
18. Raja Marudu - Geliga Kinabalu
19. Perang Saudara Brunei 1660-1673 - seribrunei.blogspot.my
20. The Sabah Society - Sabah Society Journal
21. Kimanis Negeri Tua Tanah Keramat - Universiti Malaysia Sabah
22. Perjanjian perjanjian Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dengan Kesultanan Brunei
23. Trasilah Keluarga Besar Simbulan oleh Jeffri Bin Mohd Asi
24. Masyarakat Kepulauan Pesisir Sabah - Universiti Malaysia Sabah
25. Sama Bajau Dalam Kanca Urbanisasi - Gusni Saat
26. Prince of Pirates - Carl A Trocki
27. Sejarah Sultan Sultan Brunei menaiki takhta - Pusat Sejarah Brunei
28. Trasilah Brunei - Pusat Sejarah Brunei
29. British North Borneo - Owen Rutter
30. Iranun and Balangingi - James Francis Warren
31. The Sulu Zone 1768-1898 - James Francis Warren
32. British Borneo - W H Treacher
32. Life in the Forests of the far east - Spencer St John
33. BorneoHistory57.blogspot.com
34. Nadzan Haron. 1979. Suatu pandangan awal terhadap sejarah lisan dalam konteks pengkajian sejarah Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 9: 44-58.
35. Carr, E.H. 1984. Apakah sejarah? Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nevins, A. 1984. Oral history: how and how it was born. In: D. K. B. Dunaway and K. Willa (Ed.). Oral History: An Interdisciplinary Anthology. London: Altamira Press.
36. Starr, L. 1984. Oral history. In: D. K. B. Dunaway and K. Willa (Ed.). Oral  History: An Interdisciplinary Anthology. London: Altamira Press.
37. Ahmad Abd. Kadir. 1987. Sejarah lisan satu kaedah penyelidikan sejarah. Bulletin, 16: 17- 19.
38. Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
39. Hutton, P.H. 1993. History as an Art of Memory. Hanover: University Press of New England.
40. Abdul Rahman Haji Abdullah. 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
41 Morrison, J. H. 1998. A global perspective of oral history  in Southeast Asia. In: P.Lim Pui Huen (Ed). Oral History in Southeast Asia: Theory and Method. Singapore: Stamford Press.
42. Rozeman Abu Hassan. 2004. Mengenali dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma Pub.

43. Jeffri Bin Mohd Asi. 2016. Simbulan 1788 : Kajian Awal, Catatan Lisan dan Tarsilah Keluarga Besar Simbulan (Buku Peribadi Keluarga)

Informan :


(Sumber Lisan di catat pada tahun 1982-1984)


1. Mohd Asi Bin Hassin (77 Tahun) Kampung Sembulan Lama

2. Hazizah Binti Sarudin (73 Tahun) Kampung Sembulan Lama
3. Harisah Binti Sarudin (71 Tahun) Kampung Sembulan Lama
4. Hj Jami Bin Jubal (55 Tahun) Kampung Sembulan Lama
5. Kadir Bin Jamud (70 Tahun) Kampung Sembulan Lama
6. Sahar Bin Hj Piassin (23 Tahun) Kampung Sembulan Lama
7. Dasim Bin Abun (40 Tahun) Kampung Sembulan Lama
8. Hajjah Pillah Binti Omar (50 Tahun) Kampung Sembulan Lama
9. Amran Bin Ahmad Bin Kadir (20 Tahun) Kampung Sembulan Lama
10. Haji Pattah Bin Budan (55 Tahun) Kampung Petagas
11. Haji Jenair Bin Adam (40 Tahun) Kampung Sembulan Lama
12. Hamzah Bin Parang (45 Tahun) Kampung Sembulan Lama
13. Diassin Bin Sungguh (75 Tahun) Kampung Sembulan Lama
14. Yusof Bin Salam (45 Tahun) Kampung Kinarut
15. Lamat Bin Haji Piassin (30 Tahun) Kampung Sembulan Lama
16. Norlela Binti Diassin (25 Tahun) Kampung Sembulan Lama
17. Saimah Binti Hj Salim (30 Tahun) Kampung Sembulan Lama
18. Alimat Bin Hj Wahid (40 Tahun) Kampung Sembulan Lama
19. Ramzah Bin Hj Ahmad Pakir (37 Tahun) Kampung Sembulan Lama
20. Saliha Binti Salleh (33 Tahun) Kampung Sembulan Lama


Pembantu Penyelidik :

1. Shari Bin Jeffri (46 Tahun) Kampung Sembulan Lama

2. Hanapi Bin Suh (50 Tahun) Kampung Sembulan Lama
3. Dahari Bin Dassim (38 Tahun) Kampung Sembulan Lama
4. Juriah Palasin (60 Tahun) Kampung Sembulan Lama
5. Haji Hamid Bin Haji Piassin (58 Tahun) Kampung Sembulan Lama
6. Sirom @ Din Bin Ibrahim (56 Tahun) Kampung Sembulan Lama
7. Aziz Bin Hamzah (46 Tahun) Kampung Sembulan Lama
8. Safri Bin Jeffri (49 Tahun) Kampung Sembulan Lama
9. Awang Segan (56 Tahun) Kampung Sembulan Lama
10. Saidin Bin Momin (56 Tahun) Kampung Sembulan Lama
11. Majid Bin Manan (58 Tahun) Kampung Sembulan Lama


Penyelidik dan penyunting :


Catatan lisan dan maklumat berkaitan di susun semula pada tahun 2016


1. Jeffri Bin Mohd Asi




8 comments:

  1. Tak akan hilang Dusun di dunia.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Sejarah yang tidak akan terpadam sampai bila2.

    ReplyDelete
  3. Assamualaikum terima kasih atas penyelidikannya , baru saya tahu keturunan saya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Penyelidikan dan penulisan seperti ini perlu diteruskan untuk tatapan generasi akan datang. TAHNIAH...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah tahniah ! Salam dari johor . Sangat menarik sejarah ini . Terima kasih sudi berkongsi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Tahniah atas usaha yang telah dilakukan. Amat bermakna untuk rujukan generasi akan datang.

    ReplyDelete