Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, 14 November 2017

Syarif Abu Bakar Masyhor Bin Abu Bakar Sakran - Pahlawan Brunei / Sarawak / Selangor

MENGENANG SYARIF MASAHOR 
PAHLAWAN SARAWAK
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN SARAWAK KE 51

Gambar Meriam Bujang Sambong

Nama penuh beliau adalah As Sayyid as Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran. Beliau dilahirkan di Daerah Igan, Mukah di Serawak setelah ayahnya menikahi seorang wanita Melanau serta lebih dikenali dengan nama 'Tuanku Syukran', wafat di Igan dan dimakamkan di sana (1). 

Tuanku Syukran atau lebih dikenali dengan nama 'Syarif Sekerang' ini sangat dihormati penduduk sekitar sebagai orang pertama yang datang bersama rombongan pelayaran beliau ke Igan (Kampung Sekerang). Beliau telah mengislamkan masyarakat asal yang pada waktu itu beragama anenisme atau pagan (2).

Kelahiran Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran ini juga berbeza pendapat beberapa sejarawan. Namun yang dapat dipastikan adalah sumber yang menyebut beliau lahir di Brunei (3) adalah tidak bercanggah. Ini kerana sesungguhnya pada alaf itu, Daerah Mukah adalah dibawah takhluk Kesultanan Brunei Darussalam, sebelum penjajah Brooke merampas tanah tersebut dan sehingga pasca kemerdekaan Sarawak, daerah itu kekal di bawah kerajaan Sarawak.

Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau lebih dikenali masyarakat setempat dan ahli sejarah sebagai "'Syarif Masahor' adalah seorang arab Hadrami (4) keturunan Sayyidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah dan Saydatina Fatimah binti Sayyidina Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Beliau merupakan cucu ke 31 Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. 

Nasab beliau adalah as Sayyidus Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran bin Masyhor bin Hassan bin Muhammad bin Abdullah bin Abu Bakar bin Ali bin Umar bin Hassan al Banahsan bin al Kabir Syeikh Ali bin Abu Bakar Assakran bin al Faqih Muqaddam at Thsani Sidi Abdurrahman Assegaf. Beliau adalah keturunan Bani Alawi dari Sidi Almuhajir Ahmad bin Isa bersambung sehingga asy Syahid Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah dan Saydatina Fatimah binti Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (5).

Sejarah awal kehadiran leluhur Syarif Masahor di Bumi Kenyalang (Sarawak), masih belum dapat dibuktikan dengan sebarang penulisan ilmiah yang mantap melainkan beberapa pendapat yang mengatakan datuknya beliau, Syarif Masyhor bin Hassan bin Muhammad telah berkahwin dengan puteri kerajaan Brunei bernama Seri Banun Pengiran Bahauddin (6) (yang sekarang keluarganya banyak menetap di Pahang). 

Asalnya Syarif Masyhor bin Hassan ini juga tidak dikenalpasti, tetapi berdasarkan catatan buku nasab 'as Syamsu Zohirah' karangan al Habib Abdurrahman Al Masyhor, abah atau ayah Syarif Masyhor (Datuk kepada Syarif Masahor) yang bernama Habib Hassan bin Muhammad adalah kelahiran Kota Tarim di Hadramaut, Yaman. Habib Hassan bin Muhammad ini telah ditulis sebagai 'بجواه' (bijawah) yang bermaksud keluar dari Tarim, menetap dan meninggal di Nusantara (7).

Menurut catatan lama tulisan tangan Syarif Masahor- nasionalis Sarawak, beliau dilahirkan pada tahun Hijriah 1242 pada 7 Ramadhan.

Cacatan beliau menyebut:

"Hijrah Nabi Muhammad Sallahu alaihi wa sallam seribu dua ratus empat puluh dua tahun kepada tahun di awal kepada tujuh haribulan Ramadhan kepada malam Arba'(Rabu) kepada waktu awal Isya' pada saat misteri maka diperanakkan Syarif Abu Bakar Masyhor Ibni Syarif Abu Bakar Sakran bin as Sayyid Syarif Masyhor bin as Sayyid Syarif Hassan Banahsan bin Assyeikh al Kabir al Qutb Ali nafaallahu wa barokatahu wa billahi taufiq, wa sallallahu ala Sayyidina Muhammad wa aalihi wasahbihi wa sallam. انتهى"

Begitulah beliau menukil tentang kelahirannya sekitar April tahun 1827 Masihi (8). Catatan beliau ini masih disimpan rapi oleh keluarga Al-Aydrus yang menetap di Bahagian Sibu, Sarawak. Bermulanya sejarah perjuangan Syarif Masahor ini adalah rentetan dari beberapa siri penentangan para Syarif yang dilantik oleh Kesultanan Brunei sebagai Gabenor, atau wakil kerajaan sekaligus pendakwah di beberapa daerah di Serawak (Brunei pada waktu itu). 

Kedatangan penjajah James Brooke telah menimbulkan kemarahan para Syarif-Syarif yang menjadi pembesar daerah bebas terutama daeran Skrang sehingga Saribas. Para pembesar Arab ini dikatakan mendapat sokongan penuh kaum Iban terutama di daerah Skrang, Saribas dan Batang Lupar (9). 

Pembaharuan yang cuba diterapkan oleh James Brooke (datang pada tahun 1841) ternyata mengongkong, merugikan, menyebabkan sumber pendapatan terjejas dan lebih utama adalah gerakan Kristianisasi yang sangat pesat dilakukan mengancam akidah umat islam di Serawak pada waktu itu.

GERAKAN KEMERDEKAAN AWAL PARA SYARIF

Peristiwa Gerakan Sharif Sahab (1850-1860) turut berlaku di Bahagian Sibu. Kebangkitan ini didorong oleh keinginan pemimpin-pemimpin tempatan untuk mempertahan aqidah, mengekalkan kuasa dan hak tradisional. Penentangan mereka dikenali sebagai ‘pakatan Melayu’ atau ‘Episod Mukah’(10). 

Kerajaan Brooke terpaksa mengambil tindakan tegas meminda kebangkitan ini kerana mahu menguasai kawasan pengeluaran sagu. Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Sharif Sahap dan adiknya Sharif Mullah. Sharif Sahab menjadi pemerintah di Skrang dan adiknya di Saribas. Pengikut-pengikut mereka terdiri daripada orang Melayu dan orang Iban dari Saribas, Skrang dan Batang Lupar. Rajah Brooke tidak menyenangi pengaruh Sharif Sahap ke atas orang Iban terutama yang tinggal di sempadan. 

Rajah Brooke mendesak Pengiran Muda Hashim (Wakil Kerajaan Brunei di Kuching) mengenakan tekanan ke atas Sharif Sahab tetapi kurang berkesan. Rajah Brooke juga tidak menyenangi kegiatan Sharif Sahap dan kuncu-kuncunya. Malah pada tahun 1842 Sharif Sahap merancang menyerang Kuching tetapi dibatalkan kerana perkara ini bocor dan Rajah Brooke didapati membuat persediaan yang mencukupi.

Dalam usaha menghapuskan para Syarif ini dan sekutunya, Rajah Brooke menggunakan alasan ‘lanun’ (para Syarif/Sayyid ini dianggap lanun). Kerajaan Brooke gagal memberi penjelasan yang jelas terutama sasaran serangan. Tindakan Brooke dibantah keras oleh beberapa golongan di England termasuk pertubuhan agama (11). Sejarawan England, Graham Irwin menganggap ‘kempen anti lanun’ ini sebagai kezaliman yang tidak perlu dan tidak berhati perut (12).

Rajah Brooke telah berjaya meyakinkan kerajaan British supaya membantu beliau menghapuskan kegiatan lanun. Kapal-kapal perang British dihantar untuk membantu dari masa ke semasa. Pada tahun 1844, Kapten Henry Keppel dan kapal perang H.M.S. Dido dan Phlegethon Berjaya mengalahkan Sharif Sahab dan Sharif Mullah di Pemutus dan Undup. Bagaimanapun kedua bersaudara ini Berjaya meloloskan diri dan bersatu dengan Syarif Jaafar di Lingga. Pihak British memburu mereka hingga ke Kapuas dan ini memaksa mereka berundur ke Pontianak. Sharif Sahab kemudiannya meninggal di Pontianak.

SEJARAH AWAL GERAKAN SYARIF MASAHOR



Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau Syarif Masahor tumbuh membesar sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama. Beliau sangat dikenali sebagai ‘guru ngaji’ yang mendalam ilmu agamanya, wara’, tawadu’ sehinggakan masyarakat setempat mengkagumi beliau (13). Setelah mencapai usia matang, beliau diberi kepercayaan oleh abahnya untuk melakukan perjalanan sekaligus menjalankan dakwah di kawasan sekitar Igan, dan beliau sangat dikenali sebagai pendakwah yang mengislamkam Kampung Tengah, di Igan. Kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Kerajaan Brunei di bawah pemerintahan Sultan Abdul Mu’mein telah memberi kepercayaan untuknya menjadi Wakil Sultan di Daerah Sarikei kawasan Sungai Rajang pada tahun 1849. Beliau sangat berpengaruh dikalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang (14).

Syarif Masahor terkesan dengan perjuangan Syarif Sahab, Syarif Mullah, Syarif Jaafar dan beberapa Syarif yang lain (15) yang berlaku lebih awal, serta kemarahan atas kebiadapan penjajah Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya menjadi titik tolak kemaraan perjuangan beliau. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Syarif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.

PERTEMPURAN DI MUKAH

Pada tahun 1855, berlaku pertempuran Antara Syarif Masahor dan sekutu Brooke (Pengiran Matussin). Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Syarif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus menyerang Bandar Mukah. Angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin. Bagaimanapun, serangan nasionalis Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Syarif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Serawak, Brooke segera mengumumkan yang Syarif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Syarif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Serawak demi membela tanah air tercinta.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Serawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu. Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Serawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.

Pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh. Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Serawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Serawak. Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Syarif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

SYARIF MASAHOR DISOKONG DUA PEMIMPIN TERNAMA

Kejayaan serangan pertama itu menyebabkan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong. Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Syarif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.

Bagaimanapun, perancangan itu ‘bocor’ dan diketahui Charles Brooke (anak saudara James Brooke) menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Betawi, Indonesia seterusnya meninggal dunia di sana (berbeza pendapat sejarawan tentang ini). Penahanan sekutunya itu tidak melemahkan semangat juang Syarif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching pada Februari 1860.

Akan tetapi, serangan pada kali itu sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat persediaan bagi menghadapi tentangan itu. Seterusnya pertempuran hebat berlaku di Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke. Kapal dan perahu milik pasukan Syarif Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran Nipa. Penjajah terus memburu tokoh berkenaan dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Syarif Masahor. Satu angkatan perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Syarif Masahor tetapi usaha penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk ditembusi.

PENGAKHIRAN HIDUP SANG PEJUANG

Gambar Sharif Masahor Di Selangor dengan Raja Abdullah

Tertekan kerana masih gagal menahan pahlawan karismatik Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan kapalnya iaitu ‘Rainbow’ bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, kepadanya. Sebaik memperoleh Mukah daripada Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861.

Banyak kisah-kisah lisan keluarga dan penduduk tempatan yang menyaksikan Syarif Masahor sebagai seorang alim yang punya Karomah yang banyak baik sewaktu penentangan di Sarawak mahupun di dalam buangan di Singapura. Antara perkara yang masih menjadi misteri adalah identitas Sayyid Mashhur di Kerling Selangor, seorang nasionalis yang dikatakan sebenarnya orang yang sama dengan Syarif Masahor Sarawak. Para sejarawan bingung menentukan keabsahan sejarah mereka kerana berlakunya banyak pertentangan fakta (16). Namun, ahli keluarga yang menyimpan sejarah asal beliau punya cerita yang lebih menarik tentang ‘persamaan’ kedua tokoh ini yang tidak memungkinkan kita untuk berbicara secara panjang lebar di sini.

Kebenaran apapun yang terkubur disebalik sejarah beliau, sebagai ahlulbait Nabi Sallallahualaihi wa sallam, Syarif Masahor adalah contoh para salaf yang mengikut jejak leluhurnya yang mulia. Apa yang dilakukan bertitik tolak pada pegangan agama yang kuat dan menetang anasir-anasir yang mengancam akidah umat Islam. Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal, namun ruh dan semngat juangnya tidak pernah luntur dari ingatan masyarakat di Serawak. Sharif Masahor meninggal dunia di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1890 seperti yang tercatat di dalam manuskrip lama simpanan keluarganya. Beliau dimakamkan bersama para kerabat Sultan Johor sebagai tanda menghormati ketokohan beliau.

Bagaimanapun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus kekal diingati melewati masa dan namanya terus terpahat dalam sejarah tanah air sebagai seorang pejuang kemerdekaan menentang penjajah.

BI SIRRIL FATIHAH…

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51 NEGERI SARAWAK TERCINTA
(22 JULAI 1963-22 JULAI 2014)

Indeks:

1. Arkib Muzium Sarawak
2. igan.pi1m.my/
3. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
4. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
5. Syamsu Zohirah, al Habib Abdurrahman al Masyhur, Mufti hadramaut
6. www.geni.com
7. Syamsu Zohirah, al Habib Abdurrahman al Masyhur, Mufti hadramaut
8. Makhtutah asal Syarif Masahor, Sibu Sarawak...www.dateConversion.com
9. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak, op.cit, hal 26; Sabihah Osman
10. Malay Muslim Political Participation: Sabihah Osman 1982
11. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak: Sabihah Osman
12. Borneo Abad Ke-19: Graham Irwin 1986 hal 1981
13. Tun Ahmad Zaidi: Son of Sarawak, Sanib Said
14. www.tokohdalamkenangan.blogspot.com
15. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
16. The Identity of Sharip Masahor of Sarawak-Brunei and Syed Mashhor of Selangor: A Prelimenary Investigation, Sanib Said 1983


Friday, 27 October 2017

Asal Usul Melanau

ASAL USUL MELANAU

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, ‘Melanau’ adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan ‘Melanau’.

Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, “Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?” Jawab kelasi itu, “Perahu orang memanau, Datuk.” Sari sehari ke sehari perkataan ‘memanau’ ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi ‘Melanau’.

‘Panau’, begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan “Idus” dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja ‘panau’ harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun ‘mulong’ dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.

Kiranya saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang ‘Melanau’, janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang ‘Melanau’ kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita.

Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama ‘Meranau’ (Maranao) atau ‘Mindanau’ (Mindanao). ‘Maranau’ atau ‘Marinau’ ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.

BAHASA

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.

Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.

1. Kawasan Rajang:
– Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan Mukah:
– Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan Balingian-Tatau:
– Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan Bintulu
– Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam “Sarawak Gazzette” 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau. Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi sebuta / y /, / z /, dan / q /.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal” yang dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti adat resam.

Friday, 20 October 2017

THE LEGEND OF PUTERI SANTUBONG

THE LEGEND OF PUTERI SANTUBONG

Gunung Santubong is very well known in Sarawak. Most Sarawakians would have heard stories about Mt. Santubong from their parents, grandparents or from many other sources. If we drive towards the Sarawak Cultural Village located not very far from the Santubong fishing village, from the Santubong Bridge, we could see Mt. Santubong quite clearly. From afar Mt. Santubong looked like a pregnant woman lying on her back. Mt. Santubong is located about 35 km north of Sarawak capital city, Kuching. It is about 2,658 ft high. The mountain and the areas surrounding it are popular with tourists. According to studies done on Santubong it was stated that it was first inhabited by the Ibans. The name Santubong originated from an Iban word 'si antu ubong' or the 'spirit boat'. This spirit boat is actually a coffin shaped like a boat carved from a single log to represent a vessel used by the spirit of the dead to travel to the other world.When Gunung Santubong is mentioned inevitably the name Gunung Sejinjang would surface too. There is a legend associated with these mountains and there were a few versions of it. There is also a folk song written about the legend, called 'Puteri Santubong'. The lyric is in the local Sarawak Malay dialect.

Oh oh Puteri Santubong, Sejinjang sayang
Kisah lamak, zaman menseya

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik ada dapat di lawan
Anak dak dewa turun kayangan 

  (Chorus) Oooo Santubong puteri
Menenun kain...malam
Oooo Sejinjang puteri
Menumbuk padi...siang
Satu hari nya duak kelayi
Beranok anok sik renti renti
Serong madah dirik bagus agik
Serong sik ngalah walau sampei kemati
Udah lejuk nya duak kelayi
Lalu betukuk nya duak puteri
Sejinjang mengayun aluk ke pipi
Tebik Santubong sampei gituk ari
Tapi Santubong membalas juak
Lalu ditikam batang belidak
Sampei tekenak
Sejinjang kepalak
Lalu betabor jadi pulo kerak 

 Kisah Santubong, kisah Sejinjang
Asal bekawan jadi musuhan
Kinek tuk tinggal jadi kenangan
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Yalah kisah duak rang puteriSuka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung negeri Sarawak.

This song is about two princesses who were sent from the celestial kingdom (kayangan) to help bring about peace between two feuding villages on earth. With their beauty and charms they were able to stop the fighting. The people were so grateful that they begged them to stay. Puteri  Santubong took up weaving and Puteri Sejinjang planted and pounded paddy to get rice. Both of them were renowned for their beauty however, Puteri Santubong attracted more suitors and this made Puteri Sejinjang jealous.They fought and quarrelled incessantly about who was more beautiful. One day the argument became so heated that Sejinjang became violent. She hit Santubong on her cheeks with the pestle she used for  pounding the paddy. Santubong fell and grew into what is known as Mt. Santubong. Before she fell Santubong threw the beam of her weaving loom at Sejinjang causing her head to be broken into various parts, some fell into the sea to become islands and the other parts of her body fell near Santubong to become Mt. Sejinjang.

Today if one views Santubong from the sea one could see an outline a pregnant woman and even the dent or crevice on the side of her head where Sejinjang had hit her with the pestle. Such was the sad ending to the feuds between the two princesses as narrated in the folk song "Puteri Santubong".

The legend of Mt. Santubong has many different versions. I will relate the two popular versions. One of the often narrated versions tells of two princesses Puteri Santubong and Puteri Sijinjang who lived in  the celestial kingdom (Kayangan). Puteri Santubong was a skilled weaver and she weaved many beautiful pieces of fabric. Puteri Sijinjang was renowned for her skills in pounding rice. She pounded the tastiest rice in the kingdom.

During the early years it seemed that there was communication and interaction between the celestial kingdom and earth. One day the King saw that two villages on earth were feuding. The Villages, Pasir Putih and Pasir Kuning started a feud which escalated into serious fighting. The King sent Puteri Santubong to Pasir Kuning and Puteri Sijinjang to Pasir Putih to help the two villages settle their feud.

With their charms and talents the two princesses were able to divert the villagers for their incessant fighting to pursue more lucrative activities. The villagers from Pasir Kuning weaved beautiful fabrics while those from Pasir Putih prospered with their rice. Because they were busy with their works the villagers stopped fighting, peace reigned in both villages.

The two princesses lived harmoniously for sometimes. However, they became jealous of one another when each claimed to be more beautiful than the other. The jealousy caused them to continue fighting one another. Eventually the fight got serious and they begun hurting one another. One day Sejinjang hurt Santubong and killed her when she threw the pestle that she used to pound her rice on Santubong's head. Before Santubong died and became Mt. Santubong she threw the beam of her weaving loo on Sejinjang and caused her head and body to break into parts. Some of the parts became island and the other became Mt. Sejinjang.

Another version narrated the two princesses were the daughters of the Sultan of Brunei who escaped with their seven brothers after their father was killed in a plot that took place in the 18 Century. According to the legend they had to cross the South China Sea to travel to Peninsular Malaysia and it would be cumbersome to bring along their two sisters, Puteri Santubong and Puteri Sejinjang. 

They decided to leave them at the area around what is now Gunung Santubong. The Ibans who frequent the area were mystified and curious about the presence of the two princesses. They believed that the two princesses must have descended from heaven (Kayangan) to be the guardian of the mountainous area at Santubong. The two princesses stayed together in the area but could not get along well. They were always fighting with one another over who was the  most beautiful. 

Eventually Puteri Sejinjang decided to move to the mountain across Gunung Santubong which was later named Gunung Sejinjang.The feud between the two princesses escalated day by day. They became vicious enemies and eventually led to a fight culminating in their death. That was how the legend of Puteri Santubong and Puteri Sejinjang started.There was another version of the legend that was often told. This one also talked about the two beautiful princesses, Puteri Santubong and Puteri Sejinjang who lived in the celestial kingdom (Kayangan).


Puteri Santubong was renowned for her weaving skills and the fabrics she weaved were exquisitely beautiful and unmatched by anyone in the celestial kingdom. Puteri Sejinjang on the other hand was well known for her skills in pounding paddy for rice. The rice was the tastiest ever produced in the celestial kingdom.During that time there was communication between the earthly kingdom and the celestial kingdom. 

One day the king found out that there was constant fighting between two villages on earth, Kampong Pasir Putih and Kampong Pasir Kuning. When the fighting became more serious and did not show any sign of abating the king decided to send the two princesses to the two villages to bring about peace. Puteri Santubong was sent to Pasir Kuning and Puteri Sejinjang to Pasir Putih.Both princesses used their charms and skills to settle the disputes between the two villages. 

Puteri Santubong taught the skills of weaving to the villagers and the fabrics they produced were sold for money. Puteri Sejinjang too used the same strategy with her skills with regards to the production of rice. The two villagers forgot about their squabbles and concentrated on their lucrative trades. As a result peace reigned in the two villages. 

The two princesses when they were sent to earth had made a pact that they would not become enemies. However, they could not keep their promise when suitors from near and far started pursuing them for their hands in marriage. They were always fighting about who was the most beautiful between the two of them. Although they had many suitors they did not fall in love with any of them until they met crown prince of Serapi. The crown prince was so handsome that both princesses fell in love with him. He in return fell in love with both of them! He asked for both their hands however, both princesses refused to be in a polygamous marriage. The feud between the two princesses escalated. 

They exchanged harsh words and eventually their quarrel become more violent. One day their quarrel got out of hand and they started hitting one another. Puteri Sejinjang used the pestle she used for pounding rice to hit Puteri Santubong and caused a crack on her cheeks. In retaliation Puteri Santubong used her sharp and heavy weaving tool to hit Puteri Sejinjang's head and caused it to break into many pieces. The pieces fell into the sea and became islands. According to the legend Pulau Kera,Pulau Satang, Pulau Lakir and Pulau Talang Talang were formed from those pieces. 

Puteri Santubong died because she lost a lot of blood.Puteri Sejinjang died when her head broke into many pieces. The king of the celestial kingdom was very angry with the two princesses because they fought over a mere mortal. He cursed both of them. Puteri Santubong turned into Mt. Santubong while Puteri Sejinjang became Mt. Sejinjang. 

The story goes that to this day we could see the crack on Santubong while Sejinjang is not very high because her head was broken into many small pieces and scattered intothe sea. These were the more popular versions of the legend. The other versions were almost similar but with minor variations.

Saturday, 18 February 2017

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH RINGKAS KOMUNITI KAYAN

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH RINGKAS KOMUNITI KAYAN

Sejarah Ringkas

Komuniti Kayan di Sarawak secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan yang utama, iaitu Kayan Baram yang mendiami kawasan pedalaman di bahagian Miri, Kayan Belaga yang mendiami kawasan pedalaman bahagian Kapit dan Kayan Tubau yang menetap di bahagian Bintulu.  Komuniti Kayan ini dipercayai telah berhijrah dan menetap di Sarawak lebih daripada 300 tahun yang lalu.

Terdapat sejumlah besar komuniti Kayan yang menetap di negara Indonesia, terutamanya di bahagian Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.  Golongan Kayan di Indonesia juga dipercayai mempunyai hubungan dan kaitan dengan komuniti Kayan di Sarawak berdasarkan penghijrahan yang dilakukan oleh komuniti Kayan di ketiga-tiga daerah sejak dahulu lagi.  Komuniti Kayan di Indonesia lebih dikenali sebagai Kayan Mekam, Kayan Uma Laran, Kayan Ja’e dan Kayan Uma Leken.

Penghijrahan komuniti ini ke bahagian pedalaman negeri Sarawak mengambil masa yang lama dan dilakukan secara berperingkat-peringkat.  Pada masa dahulu, komuniti ini berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain atas dasar keselamatan.  Hal ini kerana komuniti ini pada masa itu masih lagi mengamalkan amalan ngayo [hajɔ] atau dikenali sebagai amalan memotong kepala musuh yang terdiri daripada komuniti lain seperti Iban dan sebagainya.  Di samping itu, komuniti ini juga sering berhijrah dengan tujuan mencari penempatan baru yang sesuai dengan aktiviti pertanian sara diri.
          
Asal-usul Komuniti Kayan

Penempatan awal komuniti Kayan di Sarawak dipercayai di Halem Kayan, Kalimantan.  Penghijrahan secara beransur-ansur telah menyebabkan komuniti ini berpecah-belah dan menduduki beberapa kawasan pedalaman di Sarawak.  Pada peringkat awal, komuniti ini dipercayai menetap di Apo Kayan.  Kemudian mereka telah berpindah ke Halem Kayan.  Sehingga kini, masih terdapat lagi peninggalan komuniti ini di Halem Kayan, Mahakam (Mekam) seperti serpihan-serpihan tajo [taǰo] (pasu besar), periuk besi, pinggan mangkuk dan peralatan-peralatan yang lain.

Semasa di Halem Kayan, penduduk Kayan dipercayai telah berpecah kepada beberapa kumpulan.  Menurut temu ramah penulis dengan informan, kejadian ini berlaku pada waktu subuh setelah mereka mendengar bunyi teriakan payo! payo! payo!  (bermaksud rusa! rusa! rusa!) Tetapi kebanyakan mereka tersalah dengar dengan  menyangkakan ayo! ayo! ayo! (bermaksud musuh! musuh! musuh!)  Kemudian, mereka telah melarikan diri bersama-sama keluarga masing-masing sehinggalah menyebabkan berlakunya penghijrahan dalam kalangan komuniti ini secara berperingkat-peringkat.  Terdapat juga komuniti Kayan yang dipercayai masih tinggal di kawasan tersebut dan tidak dapat berhijrah kerana jambatan yang merentangi Sungai Halem Kayan telah dirobohkan oleh golongan awal yang telah melarikan diri semasa insiden itu berlaku.  Sebab itulah sehingga kini masih terdapat komuniti Kayan yang masih tinggal di tempat asal komuniti ini di Kalimantan.

Kebanyakan mereka yang telah melarikan diri dipercayai telah membuka penempatan di Long Tavang [loŋ tavaŋ], Long Boh (loŋ boh), Long Medalam (loŋ mədalam], dan Long Mekam (loŋ məkam].  Kemudian terdapat lagi segelintir daripada komuniti Kayan ini telah berhijrah lagi ke kawasan hilir Sungai Balui dan membuka penempatan baru di Udu Belavan [udu bəlavan], Lusong Laku [lusoŋ laku], Long Benalui [loŋ benalui], dan Long Taman [long taman].  Dipercayai, peperangan telah berlaku di Lusong Laku [lusoŋ laku] menyebabkan segelintir lagi komuniti Kayan telah berhijrah ke Telang Usan [təlaŋ usan] atau di bahagian Baram, Miri.  Inilah yang menyebabkan terdapatnya komuniti Kayan di Miri.  Sebelum itu, Long Benalui (loŋ benalui], merupakan kawasan penempatan yang terbesar bagi komuniti ini sebelum mereka meneruskan penghijrahan.  Selepas beberapa lama, mereka dipercayai berhijrah lagi ke Juman Baho (ǰuman baho], dan terus berhijrah lagi hingga ke Long Jawe [loŋ ǰawɛʡ].  Di sini mereka membuka perkampungan baru yang diberi nama Long Levuwe (loŋ ləvuwe], Long Minor (loŋ minɔr], dan Long Luwe [long luwɛ]. Kemudian komuniti ini dipercayai telah berhijrah lagi ke kawasan hilir dan membuka penempatan yang baru yang kekal sehingga kini.

Sejarah Bahasa Kayan

Dari segi penyebaran, bahasa Kayan ditutur di beberapa kawasan di Pulau Borneo.  Misalnya di Sarawak, bahasa Kayan dituturkan di Miri, Bintulu, dan Belaga.  Manakala di Kalimantan, bahasa Kayan turut dituturkan di kawasan Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.  Bahasa Kayan mempunyai berbagai dialek yang tersendiri.  Di Sarawak, terdapat dua dialek Kayan yang berbeza iaitu, dialek Kayan Belaga dan Kayan Baram.  Dialek Kayan Tubau lebih banyak persamaan dengan dialek Kayan Belaga, memandangkan Kayan Tubau merupakan komuniti Kayan Belaga yang baru berpindah dari Daerah Belaga. Namun, masih terdapat kesalingfahaman yang tinggi antara penutur di  ketiga-tiga derah ini.

Di Kalimantan pula, terdapat banyak lagi dialek yang dituturkan oleh komuniti Kayan di sana.  Misalnya Kayan Ja’e [kajan ǰa:ɛ], Kayan Mekam [kayan məkam], Kayan Uma Leken [kajan uma ləkən], Kayan Temeru [kajan təməru], Kayan Lirong Amo [kajan liroŋ amɔ], Kayan Belugu [kajan bəlugu] dan lain-lain.  Namun masih terdapat kesalingfahaman antara penutur-penutur dialek Kayan di Sarawak dengan Kayan di Kalimantan.  Menurut informan penulis semasa kajian ini dijalankan, pada awalnya bahasa Kayan dipercayai sama.  Pepecahan yang berlaku antara komuniti ini menyebabkan bahasa Kayan masing-masing berkembang dengan sendiri.  Tambahan pula, komuniti ini telah berhijrah jauh antara satu dengan lain menyebabkan mereka tidak lagi berhubung dan faktor inilah menggalakkan perbezaan bahasa dalam kalangan komuniti ini.

Kelas Sosial komuniti Kayan

Apa yang unik tentang komuniti ini ialah mereka masih mengamalkan kelas-kelas sosial sehingga ke hari ini.  Terdapat empat tingkat sosial yang utama di dalam komuniti ini.  Misalnya golongan atasan dipanggil Maren [marən] (paling tinggi), golongan kelas kedua Hipui  [hipui] (sederhana), golongan kelas ketiga Panyin [paŋin] (bawahan), golongan kelas keempat Dipen [dipən] (hamba).  Hanya golongan kelas keempat, iaitu golongan hamba sahaja yang sudah dihapuskan dan tidak diamalkan lagi.

Golongan maren misalnya terdiri daripada golongan diraja dalam komuniti ini.  Golongan ini terdiri daripada keluarga Temenggong, Penghulu, Pemanca dan Ketua Kampung shaja.  Untuk mengekalkan keturunan ini, golongan ini hendaklah berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.  Jika seseorang yang Maren berkahwin dengan kelas sosial yang rendah, maka anak kepada psangan tersebut bukan lagi Maren.

Biasanya, golongan ini merupakan golongan yang ateng urip [atəŋ urip] (kaya) dan mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kalangan rakyatnya.  Mereka akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh kelas sosial yang lain yang lebih rendah.  Selain itu, golongan Maren ini juga akan membela dan menjaga kebajikan rakyatnya, di samping menjadi tempat mengadu sekiranya rakyat berada dalam kesusahan.

Golongan Hipui pula dianggap sebagai golongan kelas kedua dalam komuniti Kayan.  Golongan ini wujud akibat daripada perkahwinan golongan Maren dengan golongan kelas bawah.  Anak pasangan Maren dengan golongan bawahan itulah yang akan menduduki kelas sosial hipui.  Golongan ini masih juga menduduki kelas sosial yang agak tinggi berbanding dengan golongan Panyin dan Dipen.

Golongan Panyin merupakan golongan kelas sosial yang ketiga.  Golongan Panyin [paŋin] ini juga boleh dibahagikan kepada dua kelas lagi, iaitu Panyin Ayak [paŋin ajaʡ] dan Panyin Unyer  [paŋin uŋər]. Panyin Ayak [paŋin ajaʡ] merupakan suatu kelompok yang sememangnya berasal dan menduduki sesuatu tempat itu dalam jangka masa yang panjang bersama golongan Maren. Golongan ini biasanya berkelakuan baik dan jam adet  [ǰam adət] (kaya dengan budi bahasa).  Manakala,  Panyin Unyer pula lebih rendah tarafnya daripada Panyin Ayak. Golongan ini merupakan golongan yang jan ateng urip [ǰan atəŋ urip] (kurang berada/berkemampuan) dan jan lalek sayu [ǰan laleʡ saju] (berkelakuan kurang baik).

Dipen bermaksud hamba dan golongan ini biasanya menjadi hamba kepada golongan Maren. Terdapat dua tahap dalam Dipen, iaitu Dipen Tua [dipən tua] dan Dipen Nengar [dipən nəŋar] merupakan golongan yang menjadi hamba kepada golongan Maren sepenuh masa.  Golongan inilah yang akan melakukan semua kerja untuk golongan Maren. Selain itu, golongan ini akan tinggal bersama golongan Maren dan menuruti apa sahaja arahan daripada golongan Maren. Dengan kata lain, golongan ini lebih rapat dengan golongan Maren.

Berbeza pula dengan Dipen Nengar. Dipen Nengar  biasanya golongan yang membuat kerja mereka sendiri.  Mereka tinggal  di rumah mereka sendiri dan tidak ada kena mengena dengan golongan Maren. Biasanya golongan inilah merupakan golongan yang paling rendah dalam kelas sosial komuniti Kayan.  Walau bagaimanapun, golongan kelas sosial  Dipen ini secara beransur-ansur telah dihapuskan dan tidak lagi diamalkan pada masa sekarang.

Terdapat banyak perbezaan yang ketara antara golongan Maren dengan golongan kelas sosial yang lain seperti Hipui, Panyin dan Dipen. Perbezaan-perbezaan ini turut merangkumi cara hidup, cara percakapan, bahasa, kebudayaan dan tahap sosioekonomi mereka.  Golongan Maren dianggap golongan yang agak sempurna sebab itulah golongan ini digelar golongan raja.  Perkahwinan antara golongan Maren dengan golongan bawahan tidak digalakkan kerana ini dianggap sebagai sesuatu yang memalukan memandangkan terdapatnya perbezaan taraf.  Malah, golongan Maren sanggup membenarkan anak mereka berkahwin bangsa lain yang tidak menekankan status sosial dalam komuniti mereka.

Selain itu, tahap hukuman dan hantaran perkahwinan antara keempat-empat golongan ini juga berbeza-beza.  Golongan Maren akan dikenakan hukuman yang lebih tinggi berbanding dengan golongan bawahan.  Misalnya, seorang wanita yang terdiri daripada golongan Maren akan menerima hantaran yang lebih tinggi dan mahal berbanding dengan golongan yang lain.

Terdapat juga perbezaan penggunaan bahasa di antara kelas-kelas sosial ini terutamanya dari segi perlakuan berbahasa. Kelas sosial Maren didapati menggunakan bahasa yang lebih sopan berbanding dengan kelas-kelas sosial yang lain.  Golongan ini juga bijak menggunakan eufemisme bagi menggantikan sesuatu perkataan yang tabu sifatnya.  Secara keseluruhan, bentuk-bentuk bahasa golongan Maren lebih mantap dan sangat mementingkan aspek kesopanan bahasa berbanding dengan golongan kelas bawah.

Dalam komuniti Kayan, Ketua Kampung adalah ketua sesebuah rumah panjang.  Beliau berperanan sebagai penyimpan dan pemelihara adat.  Beliau juga bertanggungjawab memelihara keamanan di sesebuah rumah panjang dan akan menyelesaikan sesuatu masalah di antara anak buahnya.  Sekiranya terdapat kes yang tidak dapat diselesaikan oleh Ketua Kampung, kes tersebut akan dirujuk kepada Penghulu, Pemanca dan seterusnya Temenggung.

Seorang Penghulu pula bertanggungjawab mengawasi ketua-ketua kampung di satu-satu kawasan yang mengandungi beberapa buah rumah panjang.  Manakala, Pemanca pula juga berperanan mengawasi dan menjaga kawasan yang ditadbir oleh Penghulu.  Temenggung pula berperanan mengawasi kesemua jawatan tersebut.  Biasanya, ketua-ketua masyarakat inilah yang akan dijemput ke mesyuarat rasmi.

Adat Istiadat Komuniti Kayan

Pada masa dahulu, sebuah perkahwinan akan ditentukan oleh ibu bapa masing-masing.  Penulis mendapati bahawa amalan ini masih lagi wujud sehingga sekarang walaupun tidak lagi diamalkan sepenuhnya.  Walau bagaimanapun, amalan ini semakin hilang kerana generasi muda komuniti ini lebih suka menentukan jodoh mereka sendiri dan bukannya ditentukan oleh keluarga masing-masing.

Sebelum berlangsungnya perkahwinan, satu rombongan akan dihantar untuk merisik pihak perempuan.  Sekiranya pihak perempuan bersetuju, maka mereka akan membincangkan hari pertunangan dan seterusnya tarikh perkahwinan akan ditetapkan.  Kedua-dua belah pihak juga akan membincangkan jumlah hantaran dan jumlah perbelanjaan yang akan diperuntukkan.  Persetujuan yang telah diperolehi hasil daripada perbincangan itu hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Maren Uma (Ketua Kampung).
            
Perkahwinan komuniti ini berbeza daripada perkahwinan komuniti lain kerana hantaran daripada pihak lelaki berbeza berdasarkan sistem kelas sosial pihak perempuan.  Sekiranya pihak pengantin perempuan merupakan golongan Maren, semakin tinggilah hantaran dan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak lelaki, begitu juga sebaliknya.  Melalui kajian lapangan yang telah penulis lakukan, telah  didapati bahawa hantaran perkahwinan kepada wanita Kayanlah yang paling tinggi dan mahal berbanding dengan komuniti lain.

Selepas upacara perkahwinan, terdapat lagi dua upacara yang penting yang perlu diikuti, iaitu upacara Kaja Amin [kaǰa amin] (upacara bertandang ke rumah pengantin lelaki) dan Inu Lok [inu lɔʡ] (upacara yang dilakukan selepas mempunyai anak).  Hantaran untuk upacara ini juga berbeza mengikut taraf sosial wanita tersebut.

Apabila berlaku sesuatu kematian, seluruh penduduk kampung berkenaan tidak dibenarkan ke kebun atau keluar daripada kawasan kampung sebagai tanda hormat kepada keluarga si mati.  Pada masa inilah kaum lelaki dalam rumah panjang tersebut akan bergotong-royong menyiapkan bila [bila] (kubur) dan lungun [luŋun] (keranda).  Manakala pihak perempuan pula bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu.  Setiap rumah panjang yang berdekatan akan menghantar  wakil untuk menziarahi keluarga si mati dan amalan ziarah-menziarahi ini masih kukuh sehingga kini.

Tempat mayat berada di rumah bergantung kepada taraf sosial si mati.  Sekiranya si mati terdiri daripada golongan Maren mayat tersebut akan berada di rumah selama lebih daripada tujuh hari.  Bagi golongan biasa, mayat hanya dibenarkan berada tidak lebih daripada tiga hari.  Upacara pengkebumian dan upacara berkabung juga turut berbeza mengikut taraf sosial si mati.
            
Mayat yang dihantar ke kawasan perkuburan akan diletak di dalam Salong [saloŋ].  Salong tersebut biasanya diukir dengan ukiran ikeng [ikəŋ] (sejenis ukiran tradisional) yang kaya dengan nilai-nilai kesenian ukiran Orang Ulu.  Ukiran-ukiran ikeng ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan bunga.  Untuk membuat Salong, komuniti ini akan menggunakan kayu belian.  Kayu belian yang telah diukir akan dicat berwarna-warni.  Biasanya Salong golongan Maren lebih cantik dan besar berbanding dengan golongan biasa kerana Salong juga boleh melambangkan status sosial si mati.

Menurut temu bual penulis dengan informan, sebelum kedatangan agama Kristian, komuniti ini dipercayai mengamalkan kepercayaan Apo Kayan [apo kajan].  Kepercayaan ini diamalkan sejak mereka menetap di Mahakam (Mekam), Kalimantan kira-kira tiga ratus tahun yang lalu.  Semasa menganut kepercayaan ini, mereka percaya kepada burung helang, Pakei Lali  [pakɛ lali], dan Pakei Isip Ta’o [pakɛ isip taʡ:ɔ].  Semasa menganut kepercayan ini, mereka tidak dibenarkan makan ikan Dungan [duŋan] (sejenis ikan sungai yang berbau hanyir), kijang, pelanduk dan sebagainya.  Namun kepercayaan lama ini telah ditinggalkan selepas munculnya sistem kepercayaan Bungan [buŋan].

Kepercayaan Bungan merupakan satu upacara penyembahan berhala yang disambut pada setiap tahun antara bulan Mac hingga Jun.  Semasa menyambut perayaan ini, mereka akan mengorban seekor khinzir sebagai tanda ucapan terima kasih mereka kepada Tenangan [tənaŋan].  Sebelum menyembelih khinzir tersebut, mereka akan melakukan upacara pemujaan dengan memohon daripada Tenangan agar setiap kerja mereka diberkati dan supaya mereka dapat hidup dalam kesejahteraan.  Semasa upacara Bungan, penganut kepercayaan ini akan mendirikan jok di ruai rumah panjang.  Kemudian mereka akan meju teloh [meǰu təlɔh] (mengangkat telur) seperti memohon sesuatu dan mara [mara] (sumpah seranah) khinzir, iaitu dengan memohon supaya ditunaikan hajat mereka.

Walau bagaimanapun, kepercayaan Apo Kayan dan Bungan ditinggalkan secara beransur-ansur sejak kedatangan agama Kristian dalam komuniti Kayan. Penulis juga mendapati bahawa kedatangan agama Kristian ini juga banyak mempengaruhi kehidupan sosial komuniti Kayan.  Kepercayaan karut seperti percaya kepada burung helang, percaya kepada matahari dan sebagainya telah ditinggalkan secara beransur-ansur.  Di samping itu, kedatangan agama Kristian juga telah membawa masuk leksikal-leksikal asing seperti perkataan puji, syukur, tolong, Tuhan dan sebagainya.

Penulis mendapati masih terdapat banyak lagi pantang larang yang masih diikuti dalam komuniti Kayan.  Misalnya, komuniti ini dilarang mentertawakan binatang seperti anjing, ulat-ulat dan lain-lain.  Terdapat kepercayaan apabila seseorang itu mentertawakan binatang, dia akan berubah menjadi batu.  Selain daripada itu, komuniti ini juga dilarang menetak barangan orang lain seperti pakaian dan jala ikan.  Sekiranya seseorang itu berbuat demikian, orang berkenaan akan busong [busoŋ] (mati dalam keadaan perut yang besar dan dahsyat).  Kepercayaan ini masih lagi kukuh sehingga ke hari ini.

Komuniti ini juga masih lagi percaya pada ketulahan.  Oleh itu, orang muda dilarang sama sekali bersifat kurang ajar atau tidak bersopan kepada orang tua.  Mereka juga diingatkan supaya sentiasa mengenang jasa orang lain supaya tidak ketulahan.  Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap seseorang yang telah melanggar pantang-larang tersebut di kemudian hari, peristiwa tersebut dianggap sebagai tulah.  Kepercayaan inilah yang menyebabkan komuniti ini kaya dengan budi bahasa dan menghormati orang tua tanpa mengira hubungan kekeluargaan.  Mereka mengamalkan prinsip menghormati orang tua dan amalan ini masih kukuh sehingga kini.

Komuniti Kayan juga mudah dikenali melalui pakaian tradisional mereka.  Pakaian tradisional kaum wanita komuniti ini menarik dan unik kerana diperbuat daripada manik-manik halus dan berwarna-warni.  Manik-manik halus dijahit mengikut ukiran ikeng [ikǝŋ] (ukiran Orang Ulu) yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri.  Pakaian ini biasanya dipakai semasa majlis perkahwinan, upacara menyambut tetamu kehormat dan perayaan Gawai Dayak.

Wanita Kayan juga mempunyai barang perhiasan lain seperti leku  [lǝku] (gelang tangan), teva’eng inu [tǝva:ǝŋ inu] (rantai manik), iseng [isǝŋ] (objek keras yang diperbuat daripada perak atau suasa yang digantungkan  di telinga kaum wanita Kayan), teksa [tǝksa] (dijadikan sebagai tali pinggang kaum wanita Kayan). Lavong sek [lavɔŋ sɛʡ] (perhiasan kepala yang dihias dengan manik dan rambut kambing yang berwarna-warni) dan isel  [isɛl] cincin.  Leku [lǝku] biasanya diperbuat daripada buluh dan tulang-tulang binatang.  Teva’eng inu [tǝva:ǝŋ inu] dan teksa [tǝksa] pula merupakan hasil gabungan daripada manik-manik besar yang berwarna-warni.

Pakaian tradisional kaum lelaki komuniti ini pula kaya dengan ciri-ciri kepahlawanan, sesuai dengan amalan memotong kepala pada zaman dahulu.  Kelengkapan kaum lelaki terdiri daripada bakel  [bakɛl] tombak, hemput  [həmput] sumpit, sunong [sunoŋ] (perhiasan seperti baju yang diperbuat daripada kulit-kulit binatang seperti kulit kambing), lavong kering [lavoŋ kəriəŋ] (perhiasan kepala yang diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan bulu kambing dan bulu burung kenyalang dan diwarnakan), bah [bah] (sirat), tabin [tabin] (diperbuat daripada rotan dan dihiasi dengan manik-manik kecil dan dipakai di bahagian punggung seorang pahlawan), dan kelebit  [kələbit] (perisai).  Selain daripada menjadi set barangan hantaran kepada pengantin perempuan, pakaian tradisional ini juga mencerminkan nilai-nilai estetika dan kebudayaan Kayan yang tinggi.

Komuniti Kayan juga terkenal kerana memiliki telinga yang panjang dan bertatu.  Komuniti ini bertelinga panjang dan bertatu untuk tujuan kecantikan.  Semakin panjang telinga seseorang wanita itu, semakin cantiklah wanita tersebut bagi komuniti ini.  Pada masa sekarang, budaya ini semakin pupus dan hanya wanita Kayan yang berusia lima puluh tahun ke atas sahaja yang masih bertelinga panjang dan bertatu.

Bentuk dan ukiran tatu seseorang wanita Kayan juga mencerminkan kedudukan sosial wanita ini.  Golongan Maren akan melukis Hudok Asok [hudɔʡ asɔʡ] (gambar anjing) pada lengan, paha, lutut dan betis mereka.  Manakala, golongan bawahan hanya dibenarkan melukiskan ukiran yang dinamakan sebagai Kelingei Tengen [kəliŋe təŋən] dan Ubong Bila [ubɔŋ bila].


Kebudayaan komuniti ini sangat unik dan banyak lagi yang boleh dikaji dan dirungkai oleh pengkaji yang lain. Penulis hanya memperkenalkan serba sedikit dan membicarakan kebudayaan komuniti ini dari kaca mata penulis sebagai penutur natif bahasa Kayan dan pengamal budaya dan cara hidup masyarakat Kayan.

Sumber : Nancy Maria Werry @ keligit97lense.blogspot.my

Friday, 30 December 2016

PENGIRAN SURA NEGARA PENGIRAN ANAK BADARUDDIN IBNI SULTAN MUHAMMAD KANZUL ALAM

PENGIRAN SURA NEGARA PENGIRAN ANAK BADARUDDIN IBNI SULTAN MUHAMMAD KANZUL ALAM

Pengiran Badaruddin atau dengan nama sebenarnya Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam merupakan satu lagi nama besar di dalam lipatan sejarah Sarawak sejak dari dahulu lagi. Beliau merupakan saudara tiri kepada Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim iaitu mereka berkongsi ayahanda yang sama namun berlainan ibunya.

Dilahirkan di Brunei sekitar tahun 1727 Masihi dan merupakan putera kepada pemerintah Kerajaan Brunei Darussalam yang memerintah dari tahun 1807 sehingga 1826 iaitu Sultan Muhammad Kanzul Alam. Menurut ceritanya nama Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin juga tercatit di dalam sejarah negeri Pahang iaitu lebih terkenal dengan nama Pengiran Sura Negara Pengiran Bagauddin yang telah melahirkan ramai nama-nama besar seperti Panglima Hitam iaitu antara pendekar yang gagah berani di negeri Pahang suatu waktu dahulu. Diceritakan bahawa Pengiran Badaruddin pernah berhijrah ke negeri Pahang dan mempunyai keluarganya di sana.

Untuk di Sarawak pula, nama Pengiran Badaruddin bukanlah asing bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi Pengiran Badaruddin merupakan pembesar Kerajaan Kesultanan Brunei Darussalam untuk wilayah Oya suatu waktu dahulu. Oleh kerana beliau merupakan saudara tiri kepada Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim jadi tidak menghairankan beliau digambarkan sebagai antara pembesar Brunei yang sentiasa membantu Pengiran Muda Hashim sewaktu dititahkan ke Sarawak.

Dan oleh kerana hubungan yang baik antara Pengiran Muda Hashim dengan James Brooke juga menyebabkan keseluruhan keluarga Pengiran Muda Hashim termasuk Pengiran Badaruddin juga merupakan antara rakan baik kepada James Brooke. Diceritakan bahawa sewaktu Pengiran Badaruddin di Sarawak, James Brooke pernah menghadiahkan Pengiran Badaruddin sebentuk cincin permata sebagai hadiah persahabatan mereka.

Cincin tersebut bukanlah cincin yang sembarangan sebaliknya mempunyai ukiran nama JB atau James Brooke pada permukaan cincin tersebut. Dan ianya merupakan cincin yang ditempah khas semata-mata untuk diberikan kepada Pengiran Badaruddin. Inilah antara lambang betapa akrabnya hubungan persahabatan antara beliau dengan James Brooke pada waktu itu.

Seperti juga kakandanya iaitu Pengiran Muda Hashim yang dititahkan untuk pulang ke Brunei oleh Sultan Brunei pada waktu itu, ianya juga tidak terkecuali dengan Pengiran Badaruddin itu sendiri. Sewaktu di Brunei itu juga ketika adanya perang saudara antara Pengiran Muda Hashim dengan Pengiran Yusuf yang berebutkan jawatan Pengiran Bendahara pada tahun 1845, Pengiran Badaruddin juga turut menyebelahi Pengiran Muda Hashim dengan ikut sama berperang dengan Pengiran Yusuf.

Apabila kemenangan berpihak kepada Pengiran Muda Hashim akhirnya jawatan Pengiran Bendahara dikembalikan oleh Sultan Brunei pada masa itu kepada yang berhak iaitu Pengiran Muda Hashim. Walau bagaimanapun, akibat daripada pertikaian ini telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kaum kerabat diraja Brunei sehinggalah berlakunya satu tragedi iaitu komplot pembunuhan keluarga Pengiran Bendahara Hashim sekitar tahun 1846.

Apabila kakandanya terbunuh di dalam satu plot pembunuhan yang terancang itu, Pengiran Badaruddin juga telah terlebih dahulu mengetahui bahawa nyawa dirinya dan seluruh keluarganya yang tinggal di Brunei pada masa itu umpama telur di hujung tanduk. Mana mungkin individu seperti Pengiran Badaruddin dibiarkan hidup kerana beliaulah antara pendokong kuat kakandanya Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim sejak dulu lagi.

Di ketika itulah dikatakan bahawa Pengiran Badaruddin telah menghantar utusan ke Sarawak dengan membawa sebentuk cincin yang berukirkan nama JB kepada James Brooke. Apabila Brooke menerimanya maka Brooke sudah mengetahui yang nyawa Pengiran Badaruddin sedang diancam bahaya kerana cincin yang dihadiahkan kepada Pengiran Badaruddin itu sebenarnya merupakan satu tanda sekiranya sesuatu berlaku maka Pengiran Badaruddin hanya perlu menunjukkan cincin tersebut kepada Brooke dan Brooke akan membantunya dalam apa cara sekalipun.

Walaupun dikatakan Brooke menerima utusan cincin tersebut pada 5hb April 1846 namun begitu tiada apa yang dapat Brooke boleh lakukan kerana sehari sebelum itu iaitu pada tanggal 4hb April 1846, keseluruhan keluarga Pengiran Badaruddin telah terkorban di Brunei Darussalam. Dikatakan pembunuhan mereka juga telah dirancang dengan sebaik mungkin seolah-olah sesiapa sahaja yang terlibat dengan Pengiran Bendahara Pengiran Muda Hashim ditentang oleh segelintir pemimpin masyarakat Brunei pada waktu itu.

Inilah antara sejarah perjalanan hidup seorang legasi Brunei yang namanya turut mewarnai sejarah Sarawak sejak menjadi tanah kuripan kepada Kesultanan Brunei serta sewaktu Brooke memerintah Sarawak Kingdom suatu waktu dahulu. Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin namanya tercatit di Jalan Badaruddin, Kuching, Sarawak mungkin dikenali ramai kerana saban hari kita melalui jalan tersebut namun sejarahnya agak kurang diwar-warkan buat pengetahuan sejarah untuk semua.

#KamekSayangSarawakBah!

Rujukan:

1. Author: Graham E. Saunders; Book Title: The History Of Brunei. Published: Oxford University Press, Incorporated, 1994
2. Author: Dr Haji Awang Asbol bin Haji Mail; Book Title: Persejarahan Brunei – Unsur dan Faktor Pensejarahan Brunei
3. Author: Sabine Baring-Gould, Charles Agar Bampfylde; Book Title: A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs, 1839-1908. Published: Oxford University Press, 1989

4. Author: Marie-Sybille De Vienne Translated by Emilia Lanier. Book Title: Brunei, From The Age Of Commerce To The 21ST Century. Published: National University Of Singapore, 2010

Sumber : Borneo Oracle

Monday, 26 December 2016

Kerajaan Kuno Sarawak Yang Hilang.

Kerajaan Kuno Sarawak Yang Hilang.

Inilah artikel yang akan menjadi ruang informasi sejarah untuk kita sebagai Bangsa Sarawak mengetahuinya. Untuk pengetahuan, kami di Borneo Oracle pernah membuat posting untuk artikel ini secara bersiri sekitar tahun 2012 dan bagi menunaikan permintaan pembaca yang rata-ratanya tidak mengetahuinya maka kali ini kami akan rangkum segalanya di dalam satu posting.

Kerajaan Lembah Bujang di Kedah, Kerajaan Melayu Melaka, Kerajaan Langkasuka dan banyak lagi sudah tentu nama-nama kerajaan kuno ini diketahui asal-usulnya namun untuk bab Kerajaan Kuno Sarawak sudah tentu ramai yang terpinga-pinga. Pernah adakah kerajaan ini wujud di bumi Sarawak? Jawapannya YA cuma sayangnya ianya tidak pernah diwar-warkan kepada umum dan yang lebih mendukacitakan apa yang kita ketahui sekarang seperti Sarawak hanya bermula ketika zaman pemerintahan Keluarga Brooke yang memerintah 100 tahun di bumi Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Kingdom. 

Namun hakikatnya ada 5 Kerajaan Kuno Sarawak yang pernah menjadi satu peradaban dan ketamadunan Bangsa Sarawak suatu waktu dahulu. Kerajaan-kerajaan kuno ini adalah Kerajaan Negeri Santubong, Kerajaan Negeri Samarahan-Sadong, Kerajaan Negeri Kalaka, Kerajaan Negeri Saribas dan Kerajaan Negeri Malano

i. KERAJAAN NEGERI SANTUBONG

Kerajaan Negeri Santubong sebenarnya wujud pada kurun ke 10 hinggalah kurun ke 13. Di ketika itu ianya dibawah kekuasaan kerajaan Srivijaya dan setelah kemerosotannya ianya jatuh dibawah kekuasaan kerajaan Majapahit. Lokasi kerajaan kuno ini adalah di muara Sungai Sarawak yang mana lokasi strategic ini yang menghadap Laut China Selatan telah menjadikan ianya sebuah bandar pelabuhan entreport terpenting di nusantara pada waktu itu. Penghijrahan masyarakat Melayu dari Sumatera ke kawasan Santubong telah membenarkan seorang putera raja yang telah diusir oleh nendanya iaitu Raden Merpati Dipati Jipang mengasaskan kerajaan kuno ini. Diriwayatkan bahawa Raden Merpati Dipati Jipang telah terdampar di sebuah tanjung di persisiran muara Sungai Sarawak kerana isterinya hendak bersalin. Dengan pertolongan daripada daripada Datuk Kuli atau Datuk Kuali, rombongan Raden Merpati Dipati Jipang telah mendapat perlindungan di kawasan yang dikenali sebagai Pasir Kuning. Kerana baiknya tingkah laku Raden Merpati Dipati Jipang maka kehadirannya amat disenangi oleh penduduk tempatan dan akhirnya beliau diangkat menjadi ketua di Pasir Kuning iaitu nama lama kepada Santubong suatu waktu dahulu. Dengan berkembangnya pengaruh Datu Merpati ini maka berkembanglah juga Kerajaan Santubong menjadi antara pelabuhan terpenting dan gah namanya sehingga saudagar-saudagar dari Negara Tembok China juga singgah ke Santubong untuk berniaga.

Jika di lihat kepada konteks peradaban, sememangnya Santubong merupakan sebuah kerajaan lama suatu waktu dahulu. Rajah James Brooke selepas sahaja bergelar Rajah Sarawak telah membuat eksplorasi artifak di sini. Tanda-tanda tentang peri pentingnya kawasan Santubong sebenar dicetuskan oleh penemuan Nandi dan Yoni oleh James Brooke tidak lama setelah menjadi “raja” Sarawak, sebelum berlakunya pemberontakan pelombong Cina pada tahun 1857. Selain daripada jumpaan batu besar ini James Brooke juga mengumpulkan artifak-artifak emas. Penemuan artifak yang diperbuat dari emas ini menunjukkan bahawa kawasan ini menarik perhatian orang asing, khususnya orang dari India pada peringkat awal. Mungkin oleh kerana adanya emas, bukan saja di lembah Sungai Sarawak tetapi juga di bahagian barat-daya Borneo, kawasan yang terbanyak mengandungi emas daripada tempat-tempat lain di kepulauan Melayu, telah dikaitkan dengan nama-tempat Survanabhumi (Bumi Emas) oleh orang India dan juga sebagai Iabadiou oleh Ptolemy pada c.150ES.

Penemuan awal ini telah memberi perangsang kepada Muzium Sarawak untuk melakukan kajian arkeologi. Pada tahun 1949, di bawah pimpinan Tom Harrisson, telah berhasil mengumpulkan ribuan pecahan tembikar China di Santubong. Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas tembikar ini serta artifak-artifak keagamaan Hindu mereka berpendapat bahawa Santubong sebagai penempatan sudah wujud sejak abad ke 7 lagi dan terus kekal hingga abad ke-10 atau abad ke-14. Di samping itu adanya tahi besi (iron-slag yang dianggarkan sebanyak 40,000 tan menguatkan pendapat bahawa kawasan Santubong ini merupakan kota-pelabuhan yang besar dan penting. Setelah dikaji oleh kedua orang pakar ini mereka berpendapat bahawa industri ini wujud di antara tahun 900ES hingga 1350ES. Bagaimanapun mengikut O.W. Wolters, seorang sejarawan Asia Tenggara tua, China mungkin telah mengetahui tahi besi ini sejak abad ke 3 lagi dengan mentafsirkan bahawa pulau Tan-lan yang disebut dalam laporan China itu terletak di barat-daya Sarawak. Jika tafsiran sejarawan terkenal ini betul mungkin Tan-lan yang menghasilkan besi ini ialah Pulau Talang-Talang tetapi ahli arkeologi, mahupun Muzium Sarawak tidak pernah mengaitkan pulau ini dengan penemuan tahi besi di kawasan Santubong walaupun pulau ini tidaklah begitu jauh dari tempat tersebut.

Selepas itu terdapat pula pusat petempatan lain di sekitar Santubong seperti Bongkissam. Bagaimanapun dinyatakan bahawa kawasan ini juga dikuasai oleh Santubong yang menjadi sebuah negeri pada waktu itu. Dari kajian yang dilakukan ke atas ribuan serpihan tembikar China negeri Santubong ini terus wujud hingga ke abad ke 14. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan tulisan China Nan-hai-chih yang menyenaraikan kerajaan-kerajaan tua di Borneo pada tahun 1304. Pada masa ini Brunei yang ditulis oleh China sebagai Tung-yang Fo ini jelas sekali menguasai keseluruhan utara Borneo. Melalui teks sejarah lama Jawa iaitu Negarakartagama yang ditulis pada tahun 1365 menunjukkan bahawa Brunei (Bo-ni) telah dikuasai pula oleh Majapahit. Permulaan perluasan Majapahit ini dipercayai berlaku pada tahun 1350 dan ini menyebabkan perdagangan dengan China di Santubong terhenti seperti yang terbukti dengan tembikar-tembikar yang dijumpai tidak menunjukkan tembikar Ming. Santubong sebagai nama kerajaan juga turut hilang dan digantikan oleh nama baru, iaitu Sawaku (Sarawak) di dalam Negarakartagama. Kehadiran Majapahit mungkin telah menyebabkan perpindahan penduduk Kerajaan Santubong ini ke kawasan-kawasan lain seperti Sadong dan Gedong.

ii. KERAJAAN NEGERI SAMARAHAN-SADONG

Ketiadaan peninggalan sejarah Kerajaan Santubong selepas kurun ke-14 membuktikan bahawa kerajaan negeri Santubong telah hilang pada waktu itu. Pelbagai pendapat telah diutarakan mengenai kehilangan Kerajaan Negeri Santubong ini. Mungkin pendapat yang mengatakan bahawa telah berlaku peperangan tempatan diantara Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang telah memainkan peranan utama sehingga mendesak Datu Merpati Jepang untuk melarikan diri ke kawasan pedalaman Sarawak. Sejarah ini dapat dipastikan dengan wujudnya sebuah tugu di Kampung Mawang Taup, Samarahan yang dinamakan dengan Batu Datu Merpati. Datu Merpati diceritakan telah membina kesinambungan peradapan Kerajaan negeri Santubong di Samarahan pada waktu itu. Disinilah bermulanya perpindahan masyarakat dari kerajaan negeri Santubong ke daerah-daerah seperti Gedong dan Sadong selain daripada daerah Lidah Tanah.

Adanya penemuan tembikar China abad ke 14 dan 15 di dua buah tempat di lembah Sungai Sadong menunjukkan terdapatnya kesinambungan dengan sejarah Kerajaan Negeri Santubong yang wujud di kawasan pendalaman. Di Gedong yang terletak 40 batu dari Santubong telah dijumpai 79,754 pecahan tembikar dan beratus-ratus artifak lain seperti manik, duit siling dan emas. Berdasarkan terdapatnya pecahan tembikar dan benda-benda lain dengan begitu besar berkemungkinan Gedong ini merupakan antara daerah yang memainkan peranan yang agak besar di dalam urusan perniagaan di daerah pedalaman Sarawak. Penemuan beberapa artifak sejarah di Bukit Sandong iaitu 15 batu ke pendalaman Gedong telah menguatkan lagi andaian bahawa telah wujud satu peradaban besar di bahagian Samarahan. Di Bukit Sandong telah dijumpai 30,000 serpihan tembikar yang mempunyai asal dan ketuaan seperti yang terdapat di Santubong dan Gedong. Ketulan emas yang dijumpai oleh orang awam di kawasan Gumpey pada tahun 2008 juga adalah satu lagi bukti Samarahan merupakan satu kawasan yang penting di zaman dahulu kala.

Jika dilihat dari konteks Samarahan sebagai sebuah negeri di bawah jajahan kekuasaan Kesultanan Brunei yang memerintah lebih kurang 500 tahun keatas Sarawak, ianya bermula sejak daripada sultan pertama Kesultanan Brunei lagi iaitu Awang Alak Betatar. Awang Alak Betatar yang memeluk Islam dengan nama Sultan Muhamad dikatakan telah menerima ufti saban tahun daripada kerajaan negeri Samarahan. Di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, Samarahan menjadi sebuah jajahan yang penting. Lembah Sungai Sadong merupakan sebuah kawasan tanah subur yang sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi. Gedong yang terletak hampir di pertengahan sungai telah menjadi sebuah pusat pentadbiran dengan menjadikan Gedung sebagai satu pusat pengumpulkan hasil dan barangan yang melalui Sungai Sadong. Mungkin disini timbulnya nama Gedung pada waktu itu.

Bertitik tolak betapa pentingnya Samarahan kepada kesultanan Brunei pada masa itu, maka ramai masyarakat Melayu Brunei yang telah berpindah ke kerajaan negeri Saramarahan termasuklah golongan bangsawan Brunei yang antaranya Pengiran Kasuma Yuda Pengiran Sharifuddin yang mangkat pada tahun 1832. Pengiran Kasuma Yuda adalah ayahanda kepada Pengiran Indera Mahkota Muhamad Salleh iaitu wakil Sultan Brunei yang telah membuka Kuching suatu waktu dahulu. Jejak warisan keturunan golongan bangsawan ini dapat dibuktikan apabila terdapatnya sebuah Makam Pengiran Anak Sabtu di Muara Tuang, Samarahan yang masih kekal hingga ke hari ini. Antara bukti lain yang mengaitkan kekuasaan dan kewujudan sebuah kerajaan negeri bergelar Kerajaan Negeri Samarahan dinyatakan di dalam sebuah manuskrip kuno Brunei yang dituliskan di dalam huruf Jawi di dalam bahasa melayu Brunei yang berjudul Alamat Zaman Ketakhtaan Negeri Baruni:

“ …… Dan pada masa itu Melaka di atas Kerajaan Negeri Juhur, Awang Alah Betatar beristeri ke Juhur lalu digalar Awang Alak Betatar. Adapun Seri Sultan Muhamad dan saudaranya patih berbai jadi Bendahara Seri Maharaja permaisuri digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar Damang/Temenggung Da Patih Damong. Bermacam-macam nama pengawa dianugerahi oleh baginda di Johor. Empat menteri dan askar dengan beberapa dayang-dayangnya dianugerahi nobat nagaragenta alamat serta sakalian alat-alat kerajaan yang berbagai-berbagai dan dianugerahi…buah nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sadong dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau…Johor pun memarintah juga ialah….”

Daripada laporan seorang pengkaji sejarah yang membuat pengkajian tentang artifak-artifak sejarah di Bahagian Samarahan khususnya di Lembah Sungai Sadong iaitu Lucas Chin pula membuat satu kesimpulan iaitu apa yang ditemui di Gedung dan Bukit Sandung telah menyatakan bahawa terdapat satu peradaban yang bertindak sebagai pelabuhan di kawasan pedalaman suatu masa dahulu.

iii. KERAJAAN NEGERI KALAKA

Jika Kerajaan Negeri Santubong dan Kerajaan Samarahan-Sadong mempunyai pertalian yang kuat diantara satu sama lain namun ianya tidak kepada satu lagi kerajaan kuno yang hilang iaitu Kerajaan Negeri Kalaka. Tetapi Kalaka mempunyai hubungkait secara langsung dengan sejarah Datuk Godam dan Pengiran Temenggung Abdul Kadir. Kedua-duanya bukanlah pemerintah untuk Kalaka pada waktu itu tetapi Kerajaan Negeri Saribas yang berpusat di Tandang Sari adalah jiran kepada Kalaka. Ini dapat dibuktikan di dalam Syair Tarsilah Cetera Dato’ Godam dan Temenggung Kadir Negeri Saribas yang dikatakan sebagai sebuah naskah agung yang mempunyai episod di dalam pensyairannya.

Syair Tarsilah Negeri Saribas; “Terhenti dulu kisah itu ..Tersebutlah pula habar suatu..Di Negeri Kalaka habarnya tentu .Dayang Hubu’ Dayangnya Ruku…..”. Inilah bait-bait syair yang mengaitkan bahawa suatu waktu dulu Kerajaan Negeri Kalaka diperintah oleh 2 orang puteri bersaudara yang bernama Dayang Hubu dan Dayang Ruku.

Di dalam konteks sejarah lama Sarawak yang kebanyakan kerajaan lamanya adalah dibawah pengaruh Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit, nama Kalaka juga dinyatakan di dalam sebuah manuskrip lama berjudul Negarakartagama yang dikarang pada tahun 1365 ada mencatatkan bahawa “Kalka” adalah salah satu daripada kerajaan yang menjadi jajahan empayar besar Majapahit. Selepas kemerosotan empayar Majapahit, Kalaka dikatakan di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Johor dan diserahkan kepada Brunei sebagai satu hadiah kepada rajanya yang pertama iaitu Awang Alak Bertatar yang mengahwini kerabat diraja Johor. Ini dapa dibuktikan melalui sebuah manuskrip bertulisan Jawi Melayu Brunei berjudul Alamat Zaman Ketahtaan Nagari Baruni.

” Maka Awang Alak Batatar dangan Patih Barbai asal raja datang ghaib .... Pengawa jadi Pangiran ialah yang sangat gagah barani pada zamannya itu. Dan pada masa Ratu Malaka di atas karajaan Nagari Juhur, Awang Alak Batatar baristeri ka Juhur ialah digalarkan Awang Alak Batatar ada Seri Sultan Muhamad dan saudaranya Patih Barbai jadi Bendahara Seri Maharaja Permaisuara digalar dan pengiringnya yang lain itu digalar jadi Panggawa dan dianugerahi oleh Baginda di Juhur empat menteri yang basar2 dan babarapa pagawai dan ngaskar dangan babarapa dayang2nya dianugerahi nobat nagara ganta alamat sarta sakalian alat-alat karajaan yang barbagai-bagai. Dan dianugerahi nagari iaitu Kalaka dan Saribas dan Rajang dan Sabangan dan Samarahan dan Sarawak karana di pulau, Juhur pun mamarintah juga. Dianugerahkan sakali kapada anak baginda manjadi milik sapanjang-panjang rantau itu di bawah parintah Sultan Barunai damikianlah riwayatnya pada zaman dahulukala.”

Untuk konteks bukti peradaban moden seperti penyelidikan atas artifak-artifak sejarah pula, banyak penyelidikan ke atas artifak sejarah yang ditemui menuju ke arah Kalaka sebagai sebuah negeri. Lembah Sungai Kalaka yang tidak jauh dari Lembah Sungai Sadong iaitu sekitar 10 batu ke sebelah timur Santubong telah ditemui 9,469 serpihan tembikar China termasuk jenis Sawankhalok dan “blue and white ware”. Dari pengkajian yang dijalankan oleh Lucas Chin menunjukkan bahawa tembikar ini adalah tembikar abad ke 16 dan ke 17. Terdapat juga penemuan artifak bersejarah di Tebing Tinggi yang mana di kawasan ini telah ditemui 41,762 serpihan tembikar yang seusia dan setua artifak yang ditemui di Nanga Kalaka. Dengan penemuan ini sudah cukup membukti bahawa Kalaka juga adalah antara kawasan yang penting di suatu waktu dahulu sehingga saudagar dari Tanah Besar China turut datang berniaga.

iv. KERAJAAN NEGERI SARIBAS

Kerajaan Negeri Saribas sebenarnya berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Kerajaan Negeri Kalaka yang diperintah oleh 2 orang ratu bersaudara iaitu Dayang Hubu dan Dayang Ruku. Kerajaan Negeri Saribas jajahan takluknya adalah lebih besar daripada Kerajaan Negeri Kalaka iaitu ianya mencakupi pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelahnya. Pusat ibukota Kerajaan Negeri Saribas adalah Tandang Sari atau pada masa sekarang digelar Pusa. Di dalam manuskrip lama dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri Saribas ini wujud sekitar abad ke-17 lagi. Kerajaan Negeri Saribas ini dinyatakan bahawa ianya diperintah oleh seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Pengiran Temenggong Datu Abdul Kadir. Dikatakan Pengiran Temenggung ini telah membawa diri daripada Brunei memandangkan anak tunggalnya Dang Chi’ atau Dayang Esah telah diambil oleh Sultan Brunei untuk menjadi isteri yang ke-3. Sewaktu beliau menjadi pemerintah Saribas beliau telah bertemu dengan seorang putera dari Pagaruyung, Minangkabau iaitu Dato Gudam atau Raja Umar yang menyamar sebagai saudagar penjual kain.

Dato Gudam merupakan putera kepada Bendahara Harun, pembesar di Pagaruyung. Ketibaannya ke Saribas adalah kerana membawa hati yang kecewa setelah ditidakkan hak untuk menggantikan ayahandanya kerana dikatakan bukan bangsa Minang sejati kerana ibunya adalah berketurunan Belanda. Setelah mengenali Pengiran Temenggong, beliau telah bersetuju untuk membantu Pengiran Temenggong mengambil anaknya semula daripada menjadi isteri ketiga kepada Sultan Brunei pada masa itu. Sopan santun dan kepintaran Dato Godam telah memikat hati Sultan Brunei sehingga beliau menjadi orang penting di Brunei dan dikahwinkah oleh Sultan Brunei dengan Dayang Esah atas permintaan Dato Godam sendiri. Sebelum beliau berangkat pulang ke Pagaruyung atas permintaan ayahandanya, Sultan Brunei telah meminta beliau meninggalkan salah seorang anaknya di Brunei maka ditinggalkannya Datu Mantri anak keduanya dan disinilah permulaannya asal-keturunan. “Awang Damit-damit” iaitu asal keturunan Awang dan Dayang di dalam masyarakat Melayu Sarawak.

Kepulangan Dato Godam yang singgah sebentar di Saribas telah memberi perkhabaran gembira kepada Pengiran Dato Temenggung Abdul Kadir yang akhirnya mangkat dan Dato Godam menjadi pengganti pemerintah kepada Kerajaan Negeri Saribas.

Anak sulungnya Dato Uban pula telah menggantikan beliau dengan mewarisi nama Abang dan Dayang di dalam salsilah keturunannya. Dan disinilah bermulanya asal-keturunan Melayu Sarawak yang menggunapakai nama Abang dan Dayang. Di dalam Kerajaan Negeri Saribas inilah gelaran jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim bermula iaitu mengikut acuan jawatan dan gelaran bagi Kesultanan Brunei pada zaman itu. Dan kerana itulah banyak jawatan gelaran di dalam pemimpin masyarakat Melayu Sarawak masih lagi menggunakan Datu Patinggi, Datu Bandar sehinggalah sekarang. Kewujudan Dato Gudam ini dapat disahihkan dalam beberapa segi seperti wujudnya sebuah makam lama di Pusa yang masih menjadi tanda sejarah untuk Kerajaan Negeri Saribas. Makam Dato Gudam adalah hanya selang beberapa meter daripada Makam Pengiran Temenggung Abdul Kadir dan juga Dayang Esah.

Keberadaan Kerajaan Negeri Saribas ini juga dicatatkan di dalam jurnal pengembaraan James Brooke yang mana di dalam jurnalnya ada mengatakan beliau telah singgah di sebuah negeri di dalam kawasan Sungai Saribas yang mempunyai banyak persamaan dengan jawatan pembesar di Brunei dan beliau berkesempatan berkenalan dengan seorang Aulaksamana Saribas yang berusia 90 tahun.

v. KERAJAAN NEGERI MALANO

Untuk Kerajaan Negeri Malano ianya tiada kaitan langsung dengan mana-mana kerajaan negeri yang dimaksudkan. Politi kerajaan yang hilang ini terletak di Kuala Sungai Rejang, iaitu sungai selepas Sungai Kalaka. Jika dilihat kepada kewujudan nama Melanau itu sendiri mengikut sejarahnya adalah diberikan oleh Sultan Brunei keatas satu masyarakat yang menggelar diri mereka Likao iaitu masyarakat yang tinggal di persisiran Sungai Rejang. Kewujudan politi kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak kurun Ke-13 lagi. Berkemungkinan besar Tugau iaitu seorang raja yang penuh dengan kesaktian itu adalah raja pemerintah kepada kerajaan negeri melano ini yang pertama.
Ini dapat disahihkan di dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei yang menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni iaitu sewaktu kemerosotan pengaruh kerajaan Majapahit ke atas wilayah di Borneo sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah pentadbiran pembesar kerajaan Melanau iaitu Mawanga telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari. Pertempuran untuk perluasan kuasa Kerajaan Brunei ini telah juga sampai sehingga ke Igan iaitu satu lagi jajahan Kerajaan Melano dibawah Basiung iaitu ipar kepada Raja Tugau. Walau bagaimanapun, Basiung dan Raja Tugau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Sambas dan juga jajahannya yang lain tidak dapat menandingi jumlah tentera pimpinan Awang Semaun ini ditambahlagi kerajaan Brunei telah mendapat sokongan daripada masyarakat Iban Sarawak yang mengambil peluang untuk menjalankan tradisi ngayau kepada masyarakat Melanau pada waktu itu. Setelah kekalahan di dalam pentempuran itu maka banyak wilayah Kerajaan Melano telah jatuh kepada kerajaan Kesultanan Brunei selepas itu.

Satu lagi manuskrip kuno yang membenarkan bahawa ada satu kerajaan wujud satu ketika dahulu adalah ianya tertulis di manuskrip sejarah kuno Nagarakertagama yang ditulis pada tahun 1365. Di dalam manuskrip ini menyatakan ketika zaman kerajaan Majapahit mencapai puncak kegemilangannya iaitu sewaktu Hayam Wuruk memerintah ada menyebut Malano dan Brunei sebagai sebahagian daripada pembayar ufti kepada kerajaan Majapahit tersebut. Jika Malano membayar ufti bermakna Malano bukanlah satu jajahan kecil sebaliknya sebagai sebuah kerajaan besar yang mencakupi beberapa jajahan kecil yang lain.

Jika dilihat daripada konteks jurnal-jurnal pengembaraan kuno sememangnya banyak tercatat bahawa Malano adalah sebuah peradapan suatu ketika dahulu. Catalan Atlas yang diwartakan pada tahun 1375 ada menunjukkan peta Kerajaan Malano di dalamnya malah ianya disahihkan di dalam peta orang Portugis yang menyatakan bahawa wujud sebuah politi bernama Malao di dalam peta pengembaraan mereka. Manakala di Florence, Italy sebuah peta lama bertarikh 1595 ada mencatatkan bahawa kawasan persisiran barat Sarawak yang kini dikenali sebagai daerah Oya, Balingian dan Daerah Mukah juga ditandakan sebagai Malano. Malah ada rekod di dalam jurnal pengembaraan Negara Tembok Besar China iaitu Nan-hai-chih ada menyebut Achen atau Igan sebagai sebuah peradapan suatu ketika dahulu dan membuktikan bahawa saudagar-saudagar China juga pernah berkunjung ke Kerajaan Negeri Malano untuk berurusniaga.

Inilah sekelumit ruang informasi menerusi artikel Kerajaan Kuno Sarawak yang hilang yang mana ianya mempunyai bukti-bukti kukuh samada daripada penemuan tembikar atau barangan purba di kawasan sekitarnya serta beberapa dokumen sejarah lama yang membenarkan bahawa SARAWAK MEMPUNYAI 5 KERAJAAN KUNO YANG TIDAK DIDENDANGKAN untuk pengetahuan sejarah anak bangsa Sarawak sekalian. Sesungguhnya inilah sejarah asal kita yang seharusnya TIDAK DILENYAPKAN kerana disinilah bermula peradaban untuk bangsa Sarawak sekalian.


Jika hendak membunuh pokok, racunkanlah akarnya; Jika hendak membunuh bangsa, lenyapkanlah sejarahnya.

Sumber : BorneoOracle