SEJARAH NORTH BORNEO SABAH
Sejarah Awal Kewujudan dan Jejak Empayar Sriwijaya di
Borneo
Para pengkaji sejarah Eropah pada awal abad ke 19 (1800)
berpendapat wujudnya kesan pengaruh empayar Sriwijaya bermula dari Selatan
Borneo dan berkembang sehingga di bahagian Utara pantai barat Borneo sekitar
300 hingga 400 tahun lampau (1400).
Mereka mendapati tamadun dan penduduk yang sama yang ada di
Kepulauan Johor dan Sumatera juga berada di Borneo.
Penduduk awal ini berhijrah dari Sumatera, Tumasik, Melaka,
Bentan dan Johor ke Borneo.
Mereka berhijrah ke Borneo "membuka nagri" dengan
pelayaran diketuai oleh Nahkoda diiringi oleh Laksamana, tentera, pengikut dan
hamba mereka.
Mereka akan mendiami muara muara sungai dan biasanya mereka
datang dari satu kelompok keluarga atau kumpulan yang ingin mencari kehidupan
yang baru di benua lain dan ada juga yang cuba melarikan diri dari penindasan
serta perang saudara dari tempat asal mereka.
Ciri ciri tempat yang mereka cari untuk "membuka
nagri" biasanya adalah di muara sungai yang mempunyai kawasan tanah subur
berdekatan untuk bercucuk tanam, memiliki hasil hutan yang banyak serta
persisiran pantai yang banyak hasil Laut dan kawasan yang sesuai untuk
menjalankan aktiviti perdagangan.
Ciri ciri ini juga bergantung kepada kesanggupan penduduk
asal kawasan tersebut membenarkan orang luar membuka penempatan baru di kawasan
mereka.
Penduduk asal biasanya kaum Dayak dan suku Baiju menganggap
bahawa orang luar ini dapat membantu mereka dalam bidang ekonomi dari segi
perdagangan dengan sistem barter menjual hasil hutan contohnya kapur barus,
kerja tangan hasil seni seperti hiasan manik dan menukar kepada barang
keperluan seperti tajau, barang barang logam, garam dan lain lain lagi.
Apabila hubungan mereka semakin akrab maka mereka akan
bersatu dan sama sama berjuang serta bekerjasama dan saling bantu membantu
menghadapi musuh sambil saling melindungi sambil mempertahankan kawasan masing
masing dari serangan atau gangguan musuh. Mereka juga bekerja sama
menyelesaikan masalah atau peperangan suku sebelum ini.
Kawasan penempatan baru yang lain boleh juga di buka jika
penduduk asal tersebut dengan mudah ditakluki dengan hanya menggunakan kekuatan
ketenteraan.
Setelah berjaya "membuka nagri", mereka akan
membuka beberapa buah penempatan baru di beberapa muara sungai yang berdekatan
penempatan baru yang terdahulu dan meminta ahli ahli keluarga yang berada di
kepulauan Johor agar mereka berpindah ke kawasan baru itu.
Penempatan baru ini akan menjadi tumpuan perdagangan dan
menarik ketua masyarakat asal tempatan dari suku Dayak dan Suku Baiju dan waris
keturunan Raja empayar Seriwijaya untuk menjadi pemerintah di kawasan tersebut
melalui penggabungan dan perkahwinan.
Kawasan penempatan baru ini akan membesar dan mereka akan
menakluki beberapa kawasan persekitaran di dalam beberapa siri peperangan dan
misi diplomatik sehingga mereka dapat menumpaskan semua musuh mereka untuk
mengukuhkan kedudukan mereka.
Walau bagaimana pun dari segi hubungan antara bangsa mereka
masih lemah dan terpaksa bernaung dengan empayar Majapahit dan empayar China.
Kewujudan penempatan waris Sriwijaya di Borneo dikatakan
lebih awal sebelum waris Sriwijaya yang lain membuka Singapura lama dan
Melaka. Tidak juga boleh dinafikan berlaku pemindahan penduduk kepulauan Johor
ke Borneo setelah Singapura lama dibuka.
Waris empayar Sriwijaya itu membesar menjadi kuat dan dari
penempatan kecil tadi terbentuklah asas kepada empayar Kesultanan Brunei.
Sumber :
1. Journal of the Indian Archipelago 1848
2. Dr Horsfield 1847
3. Raffles 1819
4. Crawfurd J. 1856
5. Lieut Crooke 1820
6. Forrest T. 1774-1776
Di sunting oleh : Kumis Kumis
No comments:
Post a Comment