Wednesday 1 August 2018

Sejarah Awal : Catatan Lisan Kisah Perpindahan dan Perang Minsangod Suku Tagahas atau Tagaas

Sejarah Awal : Catatan Lisan Kisah Perpindahan dan Perang Minsangod Suku Tagahas atau Tagaas 

Mohon Izin (Michael J Luan) Suku Tagahas dikatakan mendapat nama apabila perkampungan awal mereka yg pertama selepas penghijrahan besar terletak bersebelahan dengan sebatang pokok besar bernama Pokok Tagaas (Duabanga Moluccana) . 

Suku ini sebenarnya cuba mencari penempatan yg baik untuk kaum mereka. Suku ini juga mempunyai jumlah pahlawan perang yg agak ramai terkenal hebat gagah berani selain mempunyai ilmu kebatinan yg tinggi serta mempunyai kekuatan mistik dan ghaib termasuk ilmu kebal. Mereka berjalan ke arah kawasan tanah tinggi melalui Togudon dengan menggunakan Sungai Konipir sebagai panduan arah jalan. Satu kelompok Suku Tagahas akhirnya sampai di kawasan bukit Ulu Kiulu dan membuka sebuah perkampungan bernama Lokos. Lokos bererti sebuah kawasan yg terletak berhampiran beberapa anak sungai. 

Suku Tagahas dari kawasan Lokos tidak begitu gembira apabila Suku Tangaa dapat memilih kawasan tanah lembah dataran subur Penampang sebagai perkampungan mereka berbanding Suku Tagahas yg terpaksa memilih kawasan bukit bukau Ulu Kiulu dimana sepatutnya kedua dua suku ini berharap dapat membuka kawasan yg baik dan subur untuk kaum mereka. Suku Tagahas berpendapat sewaktu perhijrahan besar semua suku kaum, Suku Tangaa telah mengubah tanda jalan Suku Tagahas dari menuju lembah Penampang ke Ulu Kiulu. Perselisihan faham ini membawa berlakunya "Minsangod" perang mengayau antara Suku Tagahas dan Suku Tangaa. 

Apabila "Kebelingan" ketua angkatan perang suku Tagahas membuka kawasan penempatan di Lokos, kawasan tersebut langsung tidak berpenghuni dan beliau membuat keputusan untuk meletakkan tajau keramat suku Tagahas yg di gelar dengan nama "Tagaman" yg di jaga oleh keturunannya sehinggalah seorang cucu bernama Siran dan kemudian anak Siran bernama Gokis. "Tagaman" mempunyai ketinggian 60 cm dengan kelebaran ukur lilit 60 cm. "Tagaman" mempunyai sebuah lagi Tajau sebagai teman di gelar "Gantung Sorili" tetapi Tajau Keramat ini terlalu besar dan berat untuk dibawa ke Lokos. 

Seorang pemimpin Suku Tagahas memberi nama sebuah anak Sungai berhampiran Lokos sebagai Gantung sebagai nama simbolik dari Tajau Gantung Sorili. Dalam catatan Sejarah sekitar tahun 1886, berlaku juga "Minsangod" perang ngayau antara suku Tagahas dengan Suku Lotud dengan kedua dua suku mempunyai angkatan perang yg agak ramai. 

Suku Tagahas pada ketika itu berjumlah 4000 hingga 5000 orang yg diketuai oleh seorang Panglima Perang Tagahas bernama Si Gantok yg tidak mahu berdamai dengan Suku Lotud sehingga En Little pembantu Residen terpaksa ikut campur dan meminta suku Tagahas berniaga di Tamparuli jauh dari kawasan Suku Lotud. Berbalik ke cerita perpindahan besar suku Tagahas bahawa satu kelompok seramai 200 pahlawan tidak ikut serta membuka perkampungan di Lokos, tetapi mereka membuka perkampungan di Sinulihan berdekatan dengan Sungai Mulau dan bersebelahan dengan kampung Pahu. 

Pada sekitar tahun 1930 an sekumpulan penduduk Kampung Bundu Tuhan yg mengaku ada kaitan keluarga pergi ke Lokos menuntut Tajau Tagaman sebagai milik mereka. Ketua Kampung memberi kebenaran kepada mereka untuk mengambil Tajau Tagaman tersebut dan Empat orang dari mereka mengangkat dan membawa turun Tajau tersebut dari rumah hingga ke bawah tetapi sampai di bawah rumah tiba tiba Tagaman menjadi terlalu berat dan tidak dapat di angkat. Ketua Kampung Lokos kemudian berkata kalau Tagaman tidak mahu pindah cuma perlu satu orang saja yg mengangkat Tajau Tagaman balik ke dalam rumah lalu beliau mengangkat Tagaman seorang diri dan menyimpan Tajau tersebut ke dalam rumah. Tagaman buat satu ketika terpaksa di pindah kan di luar rumah dan dibuat kan pondok dan atap disebabkan beberapa orang penghuni rumah jatuh sakit. Tetapi walau bagaimana Tagaman kena hujan cuma setinggi 2 inci saja air bertakung didalam Tajau tersebut. 

Tidak diketahui kenapa Suku Tagahas bermusuhan dan berlaku peperangan Misangod dengan Suku Bundu yg tinggal di Kampung Tiung begitu juga berperang antara suku Tagahas sendiri yg menetap di Kampung Pahu. Selepas 2 Generasi menetap di Ulu Tuaran , Suku Tagahas mempunyai Kerajaan mereka sendiri yg di gelar "Kalinsatan" yg mengawal 14 Kampung Suku Tagahas. Kampung Kampung tersebut adalah Washi, Kemula, Pauh, Rata, Rataw, Nababar, Pian, Punguaman, Mula, Penagam, Ranti dan Sukang. Dari perkampungan ini berlaku penghijrahan Suku Tagahas ke Kampung Tiung jalan Penampang Tambunan. Dari Kampung Tiung berhijrah ke Boyan dan selepas itu ke Labak dekat Kinarut. Di kawasan Labak mereka membuka beberapa perkampungan seperti Sundozon, Pangamaon, Kobulu dan Kapalid. Dari Labak Suku Tagahas menuju kearah Koiduan dan Mandalipau di mana berlaku Misangod perang suku dengan Suku Bangkaaon di Sugud. 

Suku Tagahas akan menanam Bambu tajam dalam Sungai Sugud dan jika suku Bangkaaon terjun ke dalam Sungai Sugud mereka akan mendapat kecederaan. Dari Boyan suku Tagahas membuka perkampungan Timpango dekat Sugud diketuai oleh Akoi Dawaian. Apabila Suku Tagahas Tagudon Ulu Kalangaan berpindah kekawasan Tagudon baru mereka terpaksa berperang dengan beberapa Kampung seperti Tudan, Mongkusilan dan Tolungan Sosopan. Di kawasan tanah tinggi Sinagang pahlawan pahlawan Suku Tagahas Tagudon yg diketuai oleh Pahlawan hebat Bulangai berperang melawan pahlawan Tolungan Sosopan yg diketuai oleh pahlawan gergasi besar dan tinggi bernama Gondiran. Ramai pejuang dari kedua dua pihak gugur pada hari itu dan tentera Tolungan Sosopan mengaku kalah dan mengundur diri. Suku Tagahas membuat perkampungan di kawasan Sungai Kalangaan dan selepas itu ke Terian, ke Boyan dan ke Kionop. 

Suku Tagahas dari Ulu Tuaran berhijrah melintasi banjaran Crocker dan membuka perkampungan di Kinoiduan berdekatan dengan kawasan Sunsuron. Tetapi timbul masalah dengan penduduk Sunsuron dan mereka terpaksa pindah kekawasan Kituntul. Suku Tagahas bergabung dengan beberapa suku lain cuba menguasai sebelah Utara Tambunan tetapi gagal menguasai lembah Sunsuron. Di dalam Peperangan Minsangod untuk menguasai lembah Sunsuron beberapa Kampung berhampiran bergabung dengan suku Tagahas seperti Kampung Toboh, Minodung, Gagaraon, Sukung dan Lumandau yg didiami kebanyakannya dari Suku Tibabar. 

Suku Tibabar selama ini memang bermusuhan dengan Suku Tuhawons dan mereka akan bergabung dengan mana saja kaum yg sanggup berperang dengan Suku Tuhawons. Pada ketika itu Suku Tagahas berperang hampir pelbagai penjuru di mana mereka juga berperang dengan Suku Bundu tetapi Suku Tagahas dan Suku Bundu pada masa yg sama bergabung menentang Suku Lotud sehingga Suku Lotud terpaksa berundur kekawasan Bontoi di Tamparuli. Suku Tagahas juga berpindah ke kawasan Mansiang Menggatal diketuai oleh seorang pahlawan hebat dan kebal bernama Bungigi yg telah beberapa kali terlibat dalam perang Misangod. 

Suku Tagahas terkenal dalam Peperangan Minsangod menentang Suku Bangkaaon, Suku Tangaa dan Suku Lotud di kawasan pantai barat Borneo Utara. Pahlawan Suku Bangkaaon Bantayan berperang melawan pahlawan Suku Tagahas Mansiang. Disebabkan terlalu banyak Peperangan di Mansiang sebilangan Suku Tagahas pindah ke Sinulihan Inanam. Suku Tagahas yg berasal dari Kawasan Ruminatau di antara Kapa dan Kiulu membuka kawasan Logkau dan Tompulan sebelum berpindah ke Telipok satu kawasan bernama Timbok. Sekitar tahun 1900, tujuh keluarga Suku Tagahas Nababar yg berhampiran kawasan Wasai berpindah ke kawasan Tombongan melalui Mangkaladom. 

Penduduk Kampung Tungao, Rata, Dobon dan Wasai dari Ulu Tuaran pindah kekawasan Kokol Menggatal. Suku Tagahas Kiulu ada juga berpindah ke Telupid dan Sook. Begitulah sejarah dicatat secara ringkas kisah Perpindahan dan Peperangan suku Tagahas. 

Sumber : (Heynes 1900)(Anon 1886)(Phelan 2001)(Anon 1915)(PS Shim 2007) Di susun dan Di sunting semula oleh : Kumis Kumis, Gambar dari : MTH Perelaer 1887 dan PS Shim 2007.

Legenda Asal Usul Suku Dusun Klias Beaufort

Legenda Asal Usul Suku Dusun Klias Beaufort 

Mohon Izin (Rowe Gone) - Suku Dusun Klias yg bahasa mereka seperti bahasa Bundu-Liwan dikatakan adalah suku yg pertama kali membuka perkampungan Takuli, Kinamam, Miang dan Malabau di Daerah Beaufort oleh Ketua suku mereka, seorang pahlawan gagah berani dan perkasa bernama Pasi Dapi yg berasal dari kawasan bukit bukau Ulu Sungai Padas. 

Beliau adalah seorang anak pahlawan dusun hebat yg terkenal memiliki kuasa mistik luar biasa dan kuasa ghaib. Pada suatu hari Pasi Dapi ingin mengembara dan membuat keputusan untuk mengayuh perahu dari Ulu Sungai Padas hingga ke hilir Sungai di mana beliau sampai ke suatu tempat bernama Berkalow. Pasi Dapi bertukar barang dengan orang kampung hasil kerja tangan, barang barang dan makanan penduduk yg mendiami kawasan lembah pantai. Di dalam perjalanan balik ke Ulu Sungai Padas beliau terkenang tempat dan suasana kawasan hilir sungai yg amat baik. 

Tidak berapa lama kemudian Pasi Dapi mengembara buat kali kedua dengan jarak lagi jauh ke hilir Sungai sehingga satu tempat bernama Sanguinan. Pasi Dapi suka tempat tersebut dan membeli kawasan tersebut dari pembesar tempatan dengan harga sama seperti harga seorang hamba perempuan. Seperti biasa apabila beliau balik ke Ulu Sungai Padas, Pasi Dapi selalu terkenang kawasan hilir sungai. Pengembaraan Pasi Dapi yg ketiga, beliau sampai ke Bangkalalak dan tinggal di kawasan tersebut selama satu tahun. 

Pasi Dapi mengahwini seorang gadis suku Bisaya dan mempunyai dua orang anak bernama Orang Kaya Raja dan Penghulu Besar yg akhirnya menetap di kawasan Lingkungan. Pasi Dapi kemudian pindah ke Padas Damit dan mengambil keputusan untuk balik ke kawasan bukit bukau Ulu Sungai Padas. Pasi Dapi mengumpul semua ahli suku dusun dari Ulu Sungai Padas dan mencadangkan agar mereka berpindah kekawasan lembah pantai. 

Disebabkan jumlah mereka yg agak ramai untuk tinggal di satu lembah maka mereka membuat keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan berpindah ke Klias dan satu kumpulan lagi berpindah ke Tuaran. Setibanya mereka ke Klias, Pasi Dapi berjumpa dengan dua orang anaknya yg bernama Orang Kaya Raja dan Penghulu Besar Lingkungan untuk membentuk Kerajaan dan sistem pentadbiran yg diketuai oleh keturunan mereka sendiri yg di gelar Majlis Penghulu Lima iaitu Penghulu dari 5 buah Kampung. 

Kemudian ahlinya menjadi 7 Penghulu Kampung tetapi sistem pentadbiran masih di gelar Majlis Penghulu Lima . Majlis Penghulu Lima melantik seorang dari mereka menjadi Ketua selepas Pasi Dapi dan beliau adalah salah seorang anak Orang Kaya Shahbandar Mohamad dan seterusnya Orang Kaya Shahbandar Jemaut, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Barun, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Tamit, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Saut yg dilantik oleh pihak SBBUB sebagai Majistret Mahkamah Anak Negeri dan tinggal di Sungai Kerukan. 

ungai Kerukan terkenal dengan hasil pertanian lada Putih dan Sagu yg masih di dalam kawasan Wilayah jajahan Sungai Klias. Kuasa dan fungsi Ketua Majlis Penghulu Lima akhirnya dihentikan dan dibubar. 

Sumber (Daly 1886)(PS SHIM 2007), Di Susun dan Di sunting semula oleh : Kumis Kumis, Gambar : MTH Perelaer

Legenda dan Sejarah Awal Suku Kuijau

Legenda dan Sejarah Awal Suku Kuijau : 

Mohon Izin (Juliana Jukin) (Johnny Sibangun) Pada zaman dulu kala, di zaman nenek moyang kita ada kisah dua orang suami isteri bernama Panankis dan Tababayong. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Kinalu. Kinalu pula mempunyai 7 orang anak lelaki bernama Lugu, Matahip, Gupu, Gonip, Kambu, Tindou dan Pinsad. 

Pada waktu Pinsad adik lelaki bongsu lahir berlaku satu keganjilan di mana dia lahir dengan memegang sebiji telur. Telur itu menetaskan seekor ayam jantan ajaib dengan patuk tembaga dan berkaki emas. Pada satu hari apabila Pinsad meningkat dewasa, dia bermimpi yg ayam jantan ajaib itu bercakap dengannya mengatakan bahawa sudah sampai masa Pinsad dan keluarganya berpindah mengikut jalan ayam jantan ajaib tadi. Pinsad memberi tahu Ibu bapa dan adik beradik nya tentang cerita mimpi tersebut dan mereka semua dan keluarga lain setuju untuk berpindah dan mengikuti jalan ayam jantan ajaib itu. 

Apabila mereka sampai ke Ranau, sewaktu berehat, ayam jantan ajaib itu berkokok buat pertama kali, beberapa ahli keluarga membuat keputusan untuk tinggal di Ranau. Selepas meninggalkan Ranau mereka melintasi Sungai Nukakatan dan mengikut banjaran crocker ke Bundu dimana sekumpulan dari mereka hilang apabila memburu sehingga sampai ke Ulu Papar. 

Di Randayong satu keluarga lagi merasa amat letih dan tinggal di situ. Ayam jantan ajaib itu meneruskan perjalanan sehingga sampai ke satu tempat dekat Pokok Tambui. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Tambunan. Mereka berjalan lagi sehingga hampir ke Bingkor dimana isteri Matahip berhenti untuk melahirkan anak. Adik beradik yg lain meneruskan perjalanan mereka. Apabila sampai ke Bingkor ayam jantan ajaib itu hilang balik ke Syurga. Apabila isteri Matahip sudah kembali pulih selepas berasal in mereka bergerak kembali mencari adik beradik Matahip yg lain dan apabila mereka sampai ke Navod.. Jejak bekas tapak kaki adik beradik Matahip sudah hilang. Maka Matahip dan keluarganya membuat keputusan untuk menetap di Navod. 

Sebenarnya dua beradik Matahip bernama Tindou dan Kambu berpatah balik mencari Matahip tetapi tidak jumpa. Mereka 6 orang adik beradik yg lain berkumpul dan membuat keputusan agar tidak putus asa dan mesti mencari Matahip sampai dapat. Akhirnya dengan rasa penuh gembira mereka bertemu semua 7 beradik berjumpa kembali di Navod. 

Setelah lama berbincang mereka sekeluarga Matahip membuat keputusan untuk terus tinggal di Navod. Abang sulung mereka bernama Lugu tidak mahu Matahip dengan keluarganya tinggal di Navod bersendirian maka beliau dengan keluarganya menetap di Navod bersama Matahip dan 5 adik beradik lagi membuat keputusan berpindah ketempat lain. 

Matahip mempunyai seorang anak bernama Kina. Kina mempunyai seorang anak bernama Gunsanad. Gunsanad adalah kawan baik dan pernah berjasa kepada tuan Residen bernama E H Barraut sebelum pemberontakan Suku Kuijau pada tahun 1896. Pihak SBBUB melantik Gunsanad sebagai Ketua Anak Negeri selepas pemberontakan 1896. OKK Gunsanad berkhidmat dengan cemerlang selama 40 tahun bersama SBBUB dan seorang yg berjasa dalam menghentikan pemberontakan Rundum 1915. OKK Gunsanad mempunyai anak bernama Sundang dan banyak lagi waris mereka di Keningau. 

Suku Kuijau membuka beberapa kawasan dari Bingkor, Bayayo, Bandukan, Minansut, Binuvang, Biah, Togudon, Sinagang dan Apin Apin di Daerah Keningau di mana ada dikalangan mereka berkahwin dengan suku Murut. 

Suku Gana berasal dari Navod di Sungai Melapi dan Suku Kuijau berasal dari Lampaki di Ulu Sungai Melapi. Tulun Kinasaraban dan suku Papar atas berasal dari Suku Kuijau. 

Sumber : (owen Rutter 1929),(Elsie Bewsher 1988),(Anggan 2004)(Borneo Herald 16.1.1930)(PS Shim 2007), Penyunting dan Penyusun cerita : Kumis Kumis, Gambar : Wallace 1896.