Wednesday, 1 August 2018

Legenda Asal Usul Suku Dusun Klias Beaufort

Legenda Asal Usul Suku Dusun Klias Beaufort 

Mohon Izin (Rowe Gone) - Suku Dusun Klias yg bahasa mereka seperti bahasa Bundu-Liwan dikatakan adalah suku yg pertama kali membuka perkampungan Takuli, Kinamam, Miang dan Malabau di Daerah Beaufort oleh Ketua suku mereka, seorang pahlawan gagah berani dan perkasa bernama Pasi Dapi yg berasal dari kawasan bukit bukau Ulu Sungai Padas. 

Beliau adalah seorang anak pahlawan dusun hebat yg terkenal memiliki kuasa mistik luar biasa dan kuasa ghaib. Pada suatu hari Pasi Dapi ingin mengembara dan membuat keputusan untuk mengayuh perahu dari Ulu Sungai Padas hingga ke hilir Sungai di mana beliau sampai ke suatu tempat bernama Berkalow. Pasi Dapi bertukar barang dengan orang kampung hasil kerja tangan, barang barang dan makanan penduduk yg mendiami kawasan lembah pantai. Di dalam perjalanan balik ke Ulu Sungai Padas beliau terkenang tempat dan suasana kawasan hilir sungai yg amat baik. 

Tidak berapa lama kemudian Pasi Dapi mengembara buat kali kedua dengan jarak lagi jauh ke hilir Sungai sehingga satu tempat bernama Sanguinan. Pasi Dapi suka tempat tersebut dan membeli kawasan tersebut dari pembesar tempatan dengan harga sama seperti harga seorang hamba perempuan. Seperti biasa apabila beliau balik ke Ulu Sungai Padas, Pasi Dapi selalu terkenang kawasan hilir sungai. Pengembaraan Pasi Dapi yg ketiga, beliau sampai ke Bangkalalak dan tinggal di kawasan tersebut selama satu tahun. 

Pasi Dapi mengahwini seorang gadis suku Bisaya dan mempunyai dua orang anak bernama Orang Kaya Raja dan Penghulu Besar yg akhirnya menetap di kawasan Lingkungan. Pasi Dapi kemudian pindah ke Padas Damit dan mengambil keputusan untuk balik ke kawasan bukit bukau Ulu Sungai Padas. Pasi Dapi mengumpul semua ahli suku dusun dari Ulu Sungai Padas dan mencadangkan agar mereka berpindah kekawasan lembah pantai. 

Disebabkan jumlah mereka yg agak ramai untuk tinggal di satu lembah maka mereka membuat keputusan untuk berpecah kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan berpindah ke Klias dan satu kumpulan lagi berpindah ke Tuaran. Setibanya mereka ke Klias, Pasi Dapi berjumpa dengan dua orang anaknya yg bernama Orang Kaya Raja dan Penghulu Besar Lingkungan untuk membentuk Kerajaan dan sistem pentadbiran yg diketuai oleh keturunan mereka sendiri yg di gelar Majlis Penghulu Lima iaitu Penghulu dari 5 buah Kampung. 

Kemudian ahlinya menjadi 7 Penghulu Kampung tetapi sistem pentadbiran masih di gelar Majlis Penghulu Lima . Majlis Penghulu Lima melantik seorang dari mereka menjadi Ketua selepas Pasi Dapi dan beliau adalah salah seorang anak Orang Kaya Shahbandar Mohamad dan seterusnya Orang Kaya Shahbandar Jemaut, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Barun, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Tamit, seterusnya Orang Kaya Shahbandar Saut yg dilantik oleh pihak SBBUB sebagai Majistret Mahkamah Anak Negeri dan tinggal di Sungai Kerukan. 

ungai Kerukan terkenal dengan hasil pertanian lada Putih dan Sagu yg masih di dalam kawasan Wilayah jajahan Sungai Klias. Kuasa dan fungsi Ketua Majlis Penghulu Lima akhirnya dihentikan dan dibubar. 

Sumber (Daly 1886)(PS SHIM 2007), Di Susun dan Di sunting semula oleh : Kumis Kumis, Gambar : MTH Perelaer

No comments:

Post a Comment