Friday, 27 October 2017

Asal Usul Melanau

ASAL USUL MELANAU

Bagi sebahagian besar penduduk negeri Sarawak, ‘Melanau’ adalah satu bangsa yang sama seperti bangsa Iban, Melayu, Cina dan sebagainya. Ramai yang tidak mengetahui asal-usul dan makna perkataan ‘Melanau’.

Kira-kira setengah abad yang lalu, semasa Daerah Bintulu masih dalam jagaan Kerajaan Kesultanan Brunei, kerap kali Baginda Sultan datang ke Bintulu untuk melihat keadaan daerah ini serta memungut hasil daripada penduduknya. Pada suatu hari, sedang sebuah perahu kerajaan Brunei belayar menuju ke Kuala Bintulu, tiba-tiba bertembunglah perahu itu dengan beberapa buah perahu yang menuju ke destinasi yang sama. Nakhoda pun bertanya dengan seorang kelasinya, “Perahu siapakah yang banyak di hadapan kita?” Jawab kelasi itu, “Perahu orang memanau, Datuk.” Sari sehari ke sehari perkataan ‘memanau’ ini dengan tidak disedari oleh sesiapa bertukar menjadi ‘Melanau’.

‘Panau’, begitulah asal perkataan yang sebenar dalam dialek Bintulu yang mana bererti salah satu pekerjaan yang boleh didapati dalam daerah Bintulu pada masa ini. Pekerjaannya ialah menangkap ikan duai, ikan jamah dan sebagainya. Pekerjaan ini dilakukan oleh enam hingga sepuluh orang serta lengkap dengan perkarangan yang dinamakan “Idus” dalam dialek Bintulu serta perahu yang besar sebab orang yang bekerja ‘panau’ harus pergi ke tengah laut sejauh enam atau tujuh batu. Daun-daun ‘mulong’ dijadikan umpan. Di tengah-tengah laut inilah kadang-kadang terjadi ribut yang kencang dan gelombang besar yang datang dengan tiba-tiba. Sekiranya mereka memakai perahu yang kecil sudah tentu mereka karam dan boleh jadi nyawa mereka juga mungkin terancam.

Kiranya saudara berasal dari tempat yang penduduknya orang ‘Melanau’, janganlah berkecil hati apabila dipanggil orang ‘Melanau’ kerana ia bukanlah merendah martabat, pangkat dan bangsa. Ianya adalah semata-mata satu pekerjaan yang dipusakai oleh datuk-nenek moyang kita.

Andaian lain tentang asal nama Melanau ialah kaitannya dengan nama ‘Meranau’ (Maranao) atau ‘Mindanau’ (Mindanao). ‘Maranau’ atau ‘Marinau’ ialah nama suku kaum di Mindanao Tengah (lanun) yang sering menyerang kawasan persisiran Sarawak yang didiami orang Melanau sekarang.

BAHASA

Bahasa Melanau tergolong di bawah induk bahasa Malayo-Polinesia atau Austronesia. Bahasa Austronesia ialah bahasa yang tersebar daripada keluarga bahasa Austris dalam kebudayaan Dong Son di selatan Negeri China dalam tahun 2500 S.M.

Kelompok dialek Melanau dapat dipecah kepada empat kelompok penempatan yang utama.

1. Kawasan Rajang:
– Belawai, Rajang, Paloh, Daro, dan Matu
2. Kawasan Mukah:
– Mukah, Jebungan, Penakub, Teh, Sesok, dan kawasan persekitaran Mukah-Dalat
3. Kawasan Balingian-Tatau:
– Tatau : Sungai Balingian, Sungai Tatau terutama di muara sungai dan kawasan persisiran
4. Kawasan Bintulu
– Sungai Kemena dan Sebiew

Dalam “Sarawak Gazzette” 1972, I.C.F.S. Clayre menyatakan bahawa orang-orang Siteng di Mukah adalah hampir sama dengan bahasa orang-orang Melanau di Tatau. Bahasa ini pula ada persamaan dengan bahasa yang digunakan oleh orang-orang Punan Ba. Clayre seterusnya menerangkan bahawa dialek Melanau di Bintulu adalah hampir sama dengan bahasa kaum Sekapan di Belaga, yang mempunyai banyak bunyi sebuta / y /, / z /, dan / q /.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Bahasa Melanau: Satu Tanggapan Awal” yang dibentangkan dalam Seminar Budaya Melanau 1988, Encik Zaini Ozea dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak menyatakan bahasa bahasa Bintulu mempunyai hubungan yang dekat atau banyak persamaan dengan bahasa Melanau. Walaupun bahasa Bintulu tidak dapat difahami oleh Melanau lain kecuali melalui pembelajaran, namun bahasa itu masih dapat dianggap sebagai bahasa orang Melanau kerana pengenalpastiaan Melanau di Bintulu tidak hanya pada aspek-aspek lain seperti adat resam.

9 comments:

  1. Saya adalah penduduk melanau matu (sebutan “mato”). Bahasa pertuturan penduduk di daerah matu dan daro dipanggil dialek mato. Saya pernah membaca dalam suratkhabar berita harian keluaran tahun 80’an mengenai kaum melanau. Diceritakan asal muasal kaum ini adalah penduduj natif kepulauan melanesia (antara australesia dan polinesia). Mereka dikatakan pelaut handal. Mereka suka pula meneroka jauh mencari penempatan baru. Selain pulau-pulau kecil lain, akhirnya mereka menjumpai daratan yang lebih besar (pulau mindanao). Kaum ini disebut sebagai kaum meranao. Mereka hidup berjaya di sana sehingga membentuk sebuah kerajaan yang akhirnya semua penduduk menganut agama islam (dibawa oleh pedagang bergelar sheikh. Namun setelah kedatangan orang barat, mereka dijarah dan dipaksa menganut kristen. Kerajaan mereka ditumbangkan dan dirampas. Penduduk dianiaya dan dizalimi. Sesiapa tidak ikut perintah, akan dibunuh. Mereka dipaksa menukar agama ke kristian. Ada golongan yang menentang tapi tidak cutup kuat. Akhirnya mereka berikhtiar untuk melarikan diri ke pulau pahlawan (teluk melanau). Mereka diburu oleh orang barat(pemerintah). Mereka terus melarikan diri mengguna perahu ke pesisiran sabah. Di sana mereka juga menjadi orang buruan. Mereka dikatakan menyusur sampai ke dalam sungai bintulu. Di sinilah mereka memperolehi keamanan (di bawah pemerintahan sultan brunei). Mereka mendapat gelaran “lanun” kerana merompak kapal-kapal (untuk makanan) di laut sabah hingga ke brunei. Oleh itu, mereka menjadi buruan penguasa perikatan north borneo.
    Mereka masih juga mengekalkan budaya dan adat resam mereka. Bagi yang sudah “hilang” keislaman, mereka menghidupkan kembali amalan-amalan nenek moyang dari pulau asal. Sehingga kini masih ada peninggal amalan tersebut tang boleh dikaitkan, contohnya patung untuk berubat, acara memuja, perkahwinan, kematian dan lain-lain.

    Setelah saya membaca info yang anda tulis, saya terimbau kembali apa yang pernah saya baca dulu. Namun, kesahihan cerita belum dapat disahkan.

    Terima kasih kepada anda. Tolonglah buat kajian lebih banyak lagi agar terbingkar nyata mengenai penduduk melanau di sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pembacaan saya, ada beberapa hal yang kurang menepati sumber sejarah sedia ada. Islam dibawa ke Filipina oleh saudagar Islam. Islam mula dimartabatkan pada abad ke-15 di Brunei dan Filipina (Sulu) dengan wujudnya kesultanan. Sepanyol mula datang dan menjajah Filipina pada abad ke-16. Jika benar kaum melanau berasal dari kaum maranao dari Filipina, pastinya sejarah pasal kaum melanau di Sarawak hanya wujud selepas abad ke-16. Sebab anda mengatakan kaum ni melarikan diri akibat penindasan di Filipina. Hakikatnya tidak. Sejarah kaum melanau bermula sejak abad ke-7 lagi. Sebab tu dikatakan kaum melanau merupakan orang terawal yang menetap di Sarawak. Catatan Cina menunjukkan wujud penempatan/masyarakat di Lembah Rajang seawal abad ke-7. Persoalannya, kaum apakah yang tinggal di Lembah Rajang tu? Adakah kaum melayu? Atau adakah kaum iban? Jawapan paling hampir boleh dirujuk dengan melihat kaum mana yang mendominasi Lembah Rajang pada masa tu sehingga kini. Sekitar abad 12 dan abad 13, terdapat catatan Cina mengatakan wujud penempatan di Igan, Tutong dan Bintulu. Siapakah kaum ini? Catatan Cina lain pada abad-13 mengatakan wujud masyarakat dipanggil ma-lo-nu di suatu pulau(mungkin merujuk pulau Borneo). Abad-13 juga merupakan abad yang penuh dengan sejarah berkaitan Raja Tugau iaitu raja bagi "kerajaan" melanau. Kawasan melanau amat luas dibawah kekuasaan raja Tugau. Nama Raja Tugau turut wujud dalam bahan sejarah Brunei (syair). Serangan oleh Raja Tugau (kaum dari lembah Rajang) ke atas Poni (Brunei) menyebabkan kaum Dusun berhijrah ke Sabah(seperti dilihat sekarang). Kekejaman raja Tugau juga dikatakan antara punca 10 datu berhijrah dari Pulau Borneo dan membentuk penempatan di Filipina. Menurut Maragtas Code, Datu Makatunao (mungkin merujuk Raja Tugau) yang kejam punca 10 datu berhijrah ke Filipina. Tapi penguasaan raja Tugau mundur akibat kebangkitan Brunei. Sebelum kebangkitan Brunei, kerajaan itu sama seperti kerajaan melanau (dipanggil Malano) adalah dibawah kekuasaan empayar Majapahit yang mengamalkan kepercayaan hindu-buddha. Kewujudan Malano terbukti apabila disebut dalam bahan sejarah Majapahit pada abad ke-14..jadi berdasarkan point-point berikut, adalah kurang tepat mengatakan kaum melanau wujud di Sarawak akibat melarikan diri daripada penindasan penjajah. Sebabnya, kaum melanau telahpun mempunyai suatu populasi yang banyak sebelum Kesultanan Brunei ditubuhkan sehingga mampu membentuk "kerajaan" dan menyerang kaum lain seperti Dusun. Catatan Cina juga menunjukkan kaum Melanau telahpun berada lama di Sarawak.

      Delete
    2. Berdasarkan point-point berikut, adalah kurang tepat mengatakan kaum melanau wujud di Sarawak akibat melarikan diri daripada penindasan penjajah. Sebabnya, kaum melanau telahpun mempunyai suatu populasi yang banyak sebelum Kesultanan Brunei ditubuhkan sehingga mampu membentuk "kerajaan" dan menyerang kaum lain seperti Dusun. Catatan Cina juga menunjukkan kaum Melanau telahpun berada lama di Sarawak..Namun begitu, ada yang mengatakan kaum melanau berasal dari maranao di Filipina. Jika merujuk kepada sumber sejarah, ada suatu kaum dari Filipina yang mungkin tiba di persisir penempatan Sarawak iaitu kaum Illanun/Irranun. Kaum ni dipanggil lanun oleh penjajah untuk memburukkan nama kaum itu. Lanun pada asalnya dipanggil bajak laut dalam bahasa Melayu. Illanun merupakan satu kaum yang ada pertalian rapat dengan kaum maranao di Filipina. Kaum Illanun mula terkenal dengan kegiatan lanun pada abad ke-15 (sumber kurang jelas). Namun, kedatangan Illanun ke kawasan diduduki Melanau mungkin bukanlah dengan tujuan yang baik. Dikatakan kaum illanun melakukan kegiatan lanun dengan menyerang perkampungan melanau. James Brooke yang menubuhkan Kingdom of Sarawak memerlukan hasil sagu/rumbia dari kawasan lembah Rajang ni. Tapi akibat serangan Illanun, kegiatan sagu terhenti. Ada perbezaan jelas antara kaum penyerang dan kaum yang diserang. Pentadbiran Brooke menggelar orang yang menyerang tu sebagai illanun sulu. Manakala penduduk kampung yang diserang dipanggil Millanows. Oleh sebab tu, James Brooke minta kebenaran dari Sultan Brunei untuk campur tangan membendung kegiatan lanun sekaligus memulihkan kegiatan sagu. Hasilnya, berlaku pertempuran di Mukah antara James Brooke dengan lanun di mana James Brooke menang. Persoalannya, jika benar kaum melanau di berasal dari kaum rapat Illanun di Filipina, kenapa Illanun menyerang kampung Melanau di Sarawak? Persoalan kedua, kenapa wujud perbezaan kaum illanun dengan kaum Melanau semasa pentadbiran Brooke sekiranya 2 kaum tersebut adalah asal yang sama?...mungkin melanau dan illanun/maranao adalah 2 kaum yang asing. Melanau jelas mempunyai perkaitan dari segi bahasa dengan kaum lain di borneo. Ber berbeza dengan bahasa illanun/maranao di filipina. Melanau juga mempunyai sejarah yang lebih lama di Sarawak berbanding kaum lain. Malah,pelbagai gelaran telah wujud untuk merujuk kepada melanau seperti ma-lo-nu, malano dan millanows. Ada kemungkinan segelintir kaum illanun telah tinggal menetap bersama kaum melanau sehingga diassimilasi menjadi kaum melanau. Kesimpulannya, tidak banyak bahan sejarah berkaitan kaum kecil seperti kaum melanau. Jadi sumber sangat terhad.

      Delete
    3. Hi, another Melanau speaker here, saya bersetuju dengan informasi yang saudara kemukakan. Oral histories is the best approach we possessed at the moment, and we shall correlate them with archaeological findings for further verification. The current Borneo demographic is also useful to corroborate the obtained oral histories. Informasi yang saudara kemukakan mempunyai banyak persamaan dengan thesis "Sejarah Pengasasan Dan Asal Usul Kerajaan Brunei Berdasarkan Sumber Lisan" yang ditulis oleh Dr. Haji Abdul Karim. Konklusi binari saya ialah kaum Melanau berkemungkinan besar berasal dari pulau Borneo ini sendiri dan seterusnya menyebar ke tanah atau pulau yang wujud disekitar atas faktor-faktor tertentu (penindasan etc.). Populasi stabil Melanau sekarang terutama di kawasan Igan, Mukah, Sibu, Sarikei dan lembah sungai Rajang juga mengukuhkan pendapat ini.

      Delete
  2. Enter your comment...i am Mranao from Maganding Daorogun a Maorintang Anonun...earlier name of Masiu Pangampong. do have statistic on how many Orang Melanau in Sarawak. i proud Mranao and proud that the lineage that we had are the same. we are from the Sharief who made us Muslim. may Allah grant you in Jannatul Firdaus... hope we can make saum this coming Ramadhan. hope you are all in safe amid this pandemic. Salamualaicom Warahmatullahi Wabarakatuhu

    ReplyDelete
  3. Tidak silap saya islam yang bertapak di kepuluaan sulu dulu bukan abad 15. Ianya lebih awal .mungkin kena baca swjarah raja sipad.w.alam.

    ReplyDelete
  4. Sy selalu masuk di grup perbincangan bhsa austronesia cognated...pada pemerhatian sy setelah beberapa lama,sy dapati bahasa melanau berhubung kait dgn bahasa,kenyah,kayan,penan,sekapan,ngaju,dusun,dan jangan terkejut,kumpulan bahasa ini juga berhubung kait dengan bahasa² etnik di kepulauan pilipin yg terdiri dari beberapa etnik besar juga..duduk 1 pulau dengan bahasa yg hampir sama itu tidak hairan,tetapi kalau duduk lain² pulau dan bahasanya berhubung kait,ianya luar biasa..siapakah kita sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. Bahasa melanau sangat rapat dengan bahasa² di philipina...hanya satu prkataan yg jelas terang nyata tidak dipakai oleh kaum lain sbgai bukti..( ASAWA )..Kaum melanau menggunakan ini sebagai mana kaum di philipin menggunakannya..da senarai persamaan bhsa melanau di philipin adalah merata di keseluruhan kepulauan philipin..bukan hanya di mindanao..bhsa melanau ada dlm bhsa sulu,tagalog,bisaya,yakan,klata davao,bajau..ada persamaan..di sabah ada kadazan..di sarawak banyak yg sm bhsa melanau..di kepulauan formosa juga

    ReplyDelete