Tuesday 29 November 2016

SEJARAH PENUBUHAN KG GUUNSING PENAMPANG


SEJARAH PENUBUHAN KG GUUNSING PENAMPANG


Sempena Nama tembaga

Kira-kira 200 tahun yang lalu, pada asalnya, Kampung Guunsing adalah sebuah penempatan kecil (suok) didiami yang telah diasaskan oleh  beberapa  orang petani terdahulu seperti  Sagir, Dasan, Umbai,  Bantani, Dantek, Dansok, Bantis, Polia,  Dungkat, Dalamba, Soligan, Kuwandai, Mojinggal, Sonduan dan lain-lain yang merupakan penduduk asal di kampung berkenaan.

Apabila penduduk kian bertambah maka Kampung Guusing telah dipisahkan daripada mukim Lungab.

Mengikut fakta sejarah Kampung Guunsing mendapat namanya dari sejenis tembaga yang dipanggil “gulunsing.”  Gulunsing adalah bekas diperbuat daripada logam `tembaga untuk menyimpan barang-barang berharga seperti emas, duit siling dan sebagainya.

Mengikut cerita orang-orang tua terdahulu menyatakan asal nama Kampung Guunsing ini diperolehi apabila pedagang Brunei pada kurun ke-19 (iaitu rombongan Menteri Babu (Limpai) wakil kerajaan Sultan Brunei) menjalinkan perdagangan ‘barter trade’ dengan penduduk mukim Lungab iaitu menjual  secara ‘barter trade’ alat-alat tembaga seperti gulunsing, gong, kulintangan, tangkong, parang, salapah, kalakati dan sebagainya. Sebagai balasan penduduk mukim Lungab bersetuju untuk menjual hasil tuaian padi mereka secara ‘barter trade’ kepada pedagang Brunei.

Pedagang berkenaan berpusat di kampong Tuaui (Terawi) (di kediaman Menteri Babu). Untuk menjalan aktiviti perniagaan mereka sungai memainkan peranan yang sangat penting pada ketika itu.  Pintu masuk utama ke mukim Lungab adalah melalui sebuah jeti Puuntunoh/ Suok iaitu menjalankan aktiviti perdagangan ‘barter trade’  tukar barangan.

Sungai Tulangis (Sungai Moyog/Putatan) adalah merupakan satu-satunya jalan paling utama penghubung aktiviti perdagangan ‘barter trade’ dan sudah pastinya Kerajaan Brunei pada ketika itu mahu menguasai zon ekonomi penting ini iaitu kawasan subur penanaman sawah padi di Kampung Tuaui, Kodundungan  dan Gambong  hingga ke mukim Lungab yang merupakan kawasan sawah padi yang luas.

Sejarah Kampung Guunsing juga tidak pernah dibukukan oleh mana-mana pihak. Sejarah yang diceritakan hari ini hanyalah berdasarkan cerita mulut ke mulut oleh penduduk kampong orang-orang terdahulu


Sumber: GUUNSING : Susuzan Om Kotundaan Dau,  Simon J.Munang (2011) 

No comments:

Post a Comment