Sunday, 4 March 2018

Revolusi Brunei Implikasinya Terhadap Sejarah Pembentukkan Malaysia 1962-1963

THE 10TH INTERNATIONAL MALAYSIAN STUDIES CONFERENCE (MSC10)

“Globalization And Regionalism:Malaysia In Asean Community Building”

Revolusi Brunei Implikasinya Terhadap Sejarah Pembentukkan Malaysia
1962-1963

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang
manabdulrahman743@gmail.com

Bilcher Bala
bilcher@ums.edu.my

Program Sejarah
Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Revolusi Brunei adalah salah satu peristiwa penting dalam lembaran Sejarah Malaysia. Revolusi Brunei ini mempengaruhi sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia. Peristiwa ini menjadi titik tolak bermulanya dasar Ganyang Malaysia. Revolusi Brunei mempelihatkan usaha A.M. Azahari berkompromi dengan kuasa Indonesia untuk mewujudkan Negara Kesatuan Kalimantan Utara yang akan berpusat di Brunei. Kertas kerja ini akan menyentuh aspek pembentukkan idea Malaysia dan tentangan daripada Revolusi Brunei hingga menyebabkan Malaysia terbentuk kemudian tanpa Brunei.

Kata Kunci: Revolusi Brunei, Ganyang, Indonesia dan Konfrontasi.

PENDAHULUAN

Keinginan mencapai Kemerdekaan menjadi tuntutan bagi setiap negara di dunia ini. Oleh itu, Brunei juga turut melalui jalan berliku untuk mencapai kemerdekaannya. Revolusi Brunei 1962 menjadi batu loncatan kepada keinginan bagi mencapai kemerdekaan.1 Walau bagaimanapun, Revolusi Brunei 1962 ini mempunyai perkaitan yang sangat dekat dengan sejarah pembentukkan awal Malaysia pada tahun 1963.2 Pada peringkat awalnya Brunei juga termasuk antara wilayah tanah jajahan British di Borneo yang dicadangkan pada Gagasan Malaysia tapi pada peringkat akhir Brunei memilih untuk tidak bersama penggabunggan wilayah bagi membentuk Malaysia.3 kertas kerja ini memberi penelitian mengenai Revolusi Brunei 1962 dan signifikansinya kepada sejarah pembentukkan Malaysia.

REVOLUSI BRUNEI

Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 8 Disember 1962 merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Bruneri.4 Para pemberontak mula menyelaras serangan ke atas bandar minyak di Seria yang mensasarkan kemudahan minyak milik Royal Dutch Shell, stesen polis dan kemudahan kerajaan di sekitar kawasan ini. Pemberontak ini menentang Sultan, kerajaan baginda dan rakyat setia. Kejadian ini dianggap tahap awal kepada Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1962-1966.5

Peta : 1.1 Negara Brunei Sumber: Abdul Harun Majid, Rebellion in Brunei: The 1962 Revolt Imperialism,Confrontation and Oil I.B.Tauris, 2007.

Bahagian Utara Pulau Borneo terdiri daripada tiga buah wilayah Britain iaitu, Sarawak dan (Borneo Utara) dinamakan semula sebagai Sabah dan Kesultanan Brunei. Brunei menjadi negeri di bawah perlindungan Britain pada tahun 1888, dengan keluasan 2,226 batu persegi 5,800 kilometer (km) dan kira-kira 85,000 penduduk, sedikit lebih dari separuh adalah kaum Melayu, satu suku Cina dan selebihnya adalah Dayak. Minyak telah ditemui pada tahun 1929 berdekatan Seria dan konsesi yang diberikan kepada Shell Petroleum Company memberi pendapatan besar kepada Kesultanan Brunei. Ibu negara yang dikenali sebagai Bandar Brunei pada waktu itu, terletak di tebing sungai sekitar 10 batu (20 km) dari pantai.

Pada tahun 1959, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin III telah mewujudkan sebuah parlimen dengan separuh anggotanya dilantik manakala separuh lagi akan dipilih melalui pilihanraya. Pilihanraya telah diadakan pada bulan September 1962 dan kesemua kerusi yang ditanding telah dimenangi oleh Parti Rakyat Brunei.6 Antara tahun 1959 dan 1962, Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam satu rundingan bagi menubuhkan sebuah Persekutuan Malaysia baru.7 

Walau bagaimana pun, Filipina dan Indonesia telah menentang sebarang gerakan untuk menyatukan Borneo Utara dan Sarawak dengan persekutuan baru.8 Sokongan ini diberikan ekoran terdapat sentimen anti-persekutuan yang meluas di Sarawak dan Brunei sendiri. Parti Rakyat Brunei menyokong untuk menyertai Malaysia dengan syarat sebagai satu entiti bersatu dari wilayah Utara Borneo berjumlah penduduk kira-kira 1.5 juta orang, separuh darinya adalah Dayak dengan Sultan mereka sendiri, dan cukup kuat untuk menentang penguasaan dari Tanah Melayu atau Singapura, para pentadbir Melayu atau pedagang Cina. Penentangan penduduk setempat dan sentimen penentangan ke atas rancangan Persekutuan Malaysia sering kali diberi gambaran salah oleh catatan sejarah berkenaan pemberontakan Brunei dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia selepasnya. Cadangan Kalimantan Utara telah dilihat sebagai satu bentuk pilihan selepas penjajahan oleh para penentang setempat untuk menentang rancangan Persekutuan Malaysia.9 

Tentangan di seluruh wilayah Borneo adalah disebabkan faktor ekonomi, politik, dan perbezaan budaya di antara negeri-negeri Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Ketidaksediaan untuk dikuasai oleh politik dari Semenanjung Tanah Melayu turut mempengaruhi. Sebelum kejayaan pemilihan Parti Rakyat Brunei, terdapat sebuah sayap ketenteraan telah dibentuk yang kemudiannya dikenali sebagai Tentera Kebangsaan Kalimantan Utara (TNKU) sebagai sebuah parti pembebasan anti penjajah.10 

Pemimpinnya yang berumur 34 tahun, A.M.Azahari pernah tinggal di Indonesia dan memiliki kaitan dengan agen perisikan Indonesia. Beliau telah merekrut beberapa pegawai yang telah dilatih dalam peperangan bawah tanah di Indonesia. Menjelang akhir tahun 1962, mereka mungkin dianggotai kira-kira 4000 anggota, beberapa senjata moden dan kira-kira 1000 pucuk senapang patah.11

PERMULAAN KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA 1963-1966

Pada peringkat awal penubuhan Gagasan Malaysia, penggabungan wilayah tanah jajahan British di Borneo termasuk Brunei naungan British cuba untuk disatukan dalam satu penggabungan wilayah di bawah satu negara dengan nama Malaysia.12 Gabungan ini merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.13 Walau bagaimanapun, Brunei telah menarik diri dari gagasan Malaysia ini akibat masalah pemberontakkan Brunei 1962 atau lebih dikenali Revolusi Brunei. Di samping itu, ketidaksediaan Brunei untuk bersama Malaysia juga menyebabkan Brunei menarik diri menyertai Malaysia di saat akhirnya.14

Keinginan Azahari untuk melihat Brunei mencapai kemerdekaan bersama gabungan Sabah dan Sarawak membentuk satu negara merdeka dari penjajahan British. Negara baru ini kemudiannya dikenali dengan nama Negara Kalimantan Utara.15 Ia menjadi Sultan Brunei sebagai ketua negara bagi negara baru merdeka. Namun ianya telah ditolak oleh Sultan Brunei dan ditentang oleh British. Pemberontakan Brunei telah meletus pada malam 7 Disember 1962 adalah berpunca daripada perjuangan politik Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M.Azahari.16 Parti Rakyat Brunei menuntut taraf berkerajaan sendiri bebas dari cengkaman penjajahan British di Brunei.17 Azahari telah mencadangkan penyatuan Brunei, Sarawak dan Sabah dengan melantik Sultan Brunei sebagai Ketua Berperlembagaan bagi kesatuan tersebut.18

Azahari menegaskan bahawa wilayah-wilayah di Borneo tidak akan menyertai Malaysia sehingga wilayah ini mendapatkan kemerdekaan penuh.19 Parti Rakyat Brunei yang kecewa dengan penangguhan persidangan Majlis Perundangan Brunei telah melancarkan pemberontakan pada malam 7 Disember 1962.20 Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) telah menyerang kawasan penggalian petroleum di daerah Seria dan Kuala Belait.21 Pemberontakan ini dirancang oleh A.M.Azahari dan Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Brunei dengan harapan Sultan Brunei akan menyokong perjuangan mereka.22

IMPLIKASI REVOLUSI BRUNEI KEPADA SEJARAH MALAYSIA

Revolusi Brunei 1962 melakar sejarah awal pembentukan Malaysia.23 Idea Pembentukkan Malaysia juga turut melibatkan Brunei pada peringkat awal.24 Revolusi Brunei 1962, telah menjadi batu loncatan bagi Regim Sukarno untuk melancarkan dasar Ganyang Malaysia yang diteruskan selepas Revolusi Brunei.25 Dasar ini kemudiannya lebih dikenali sebagai Konfrontasi Indonesia-Malaysia yang berlangsung sekitar 1963-1966. Situasi ini tidak hanya berlaku dalam bentuk propaganda tapi jauh dari itu melibatkan tindakan pencerobohan ketenteraan ke atas Malaysia.26

Revolusi Brunei juga memperlihatkan bahawa Sultan Brunei dipertahankan oleh British dengan memberi bantuan ketenteraan kepada Brunei menamatkan pemberontakkan yang dicetuskan oleh A.M. Azahari.27 Revolusi Brunei ini juga sebagai satu perang Azahari terhadap pembentukkan Malaysia.28 Kedaulatan Sultan Brunei telah berjaya diselamatkan dengan tindakan pantas oleh British mematahkan cobaan rampasan kuasa dalam Revolusi Brunei 1962.29 Brunei akhirnya menolak untuk bersama Sabah, Sarawak dan Singapura dalam Gagasan Malaysia 1963.30 Revolusi Brunei menjadi titik tolak bermulanya cabaran awal kepada pembentukan Malaysia.31

KESIMPULAN

Revolusi Brunei merupakan episod penting dalam sejarah Brunei. Revolusi Brunei juga turut menjadi detik penting pembuka kepada dasar Konfrontasi Indonesia terhadap pembentukkan Malaysia. Keinginan menyatukan ketiga wilayah British menjadi satu gagal kerana penarikann diri Brunei disaat akhir untuk bersama Persekutuan Tanah Melayu, Singapura Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Revolusi Brunei turut melakar sejarah ketenteraan buat Brunei dan Malaysia apabila British bertindak pantas membantu Brunei dalam Revolusi Brunei dan Malaysia berikutnya. Revolusi Brunei merupakan titik awal bermulanya dasar Ganyang Indonesia terhadap Malaysia. Revolusi Brunei memperlihatkan bahawa British mengutamakan tanah jajahan naungannya khususnya mempertahankan institusi Kesultanan Brunei. Akhirnya, Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963 tanpa melibatkan Brunei di dalamnya.

Nota

1 J.A.C, Mackie, Konfrontasi: Indonesia-Malaysia, London: Oxford University Press.1974, hlm 112-121; Abdul Harun Majid, Rebellion in Brunei: The 1962 Revolt Imperialism, Confrontation and Oil, I.B.Tauris, 2007.

2 Kunassalen Muniandy, Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm 130-131;Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Indonesia-Malaysia, Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000; Nick Van Der Bijl, Confrontation The War With Indonesia 1962-1966, Pen & Sword, 2007,hlm 29-41.

3 Peter Edwards, Crises And Commitments The Politics And Diplomacy of Australia’s Involment In Southeast Asian Conflicts 1948-1965, Allen & Unwin, 1992, hlm 257; Will Flower, Britain Secret War The Indonesian Confrontation 1962-66, hlm 3-6.

4 RG59 Decime File 1955-59, ‘The formation of Party Ra’ayat in Brunei’, September 1956, National Archive of Washington, D.C; Will, Flower, op.cit, hlm 3-6; Procedings Other Royal Air Force Historical Society, 13,1994; Borneo Rebels Lose Ground Troops Capture Brunei Airstrip. The Cambberra Times, 11 Disember 1962, hlm 1; Last Stand In Oil Township Trapped Rebels Hold 9 Hostage. The Cambberra Times, 12 Disember 1962, hlm 1; North Borneo News,10 December 1962; Peter Edwards, op.cit, hlm 257-260; Will, Flower, op.cit, hlm 3-6.

5 Nick Van Der Bijl, The Brunei Revolt 1962-1963, Pen And Sword, 2012;Kunassalen Muniandy, op.cit, hlm 189-227.

6 Zaini Haji Ahmad, Pertumbuhan Nasionalisme, hlm 71; R.G59, Decimal Files, 1955-1959, Amcongen, Singapore to Department of State , Washington, 17th September 1956.

7 Filipina turut menentang pembentukkan Malaysia. Filipina mengklaim bahawa Borneo Utara (Sabah) adalah hak milik Kesultanan Sulu yang dipajakkan kepada Syarikat North Borneo Charted Company milik British. Lihat, Greg Poulgrain, op.cit, hlm 248-278.

8. Macapagal Conderrn Malaysia It Makes Malaya A Colonal Power He Says. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 30 January 1963.

9 Sila lihat, F.O. 371/169703, Letter from Abdul Razak to the Sultan of Brunei, 21 st June 1963; F.O.371/169703, Telegram from A.M.Mackintosh, Brunei to the Secretary of State for the Colonies, London, 30th June 1963; F.O.371/169703, Brunei’s Reasons For Not Entering Into Federation Of Malaysia, ‘Brunei Tactics’, 11th July 1963.

10 Awing Mohd.Jamil Al-Sufri, op.cit, .hlm 34-35; Haji Zaini Haji Ahmad, op.cit, hlm 39.

11 C.O.1030/396, ‘Political Development in Brunei, High Commissioner for Brunei to Secretary of State of Colonies, 10th March, 1953.

12 Gre Poulgrain, op.cit,hlm 206-230; Muhammad Abu Bakar, Politik Brunei Menjelang Penubuhan Malaysia, Malaysia Dari Segi Sejarah, Kuala Lumpur, hlm 122.

13 J.A.C, Mackie, op.cit, hlm 200-201.

14 Lihat, F.O. 371/169703, Letter from Abdul Razak to the Sultan of Brunei, 21 st June 1963; F.O.371/169703, Brunei’s Reasons For Not Entering Into Federation Of Malaysia, ‘Brunei Tactics’, 11th July 1963.

15 Lihat, RG59 1960-63, Telegram to the President to the President, dated December 10, from A.M.Azahari, Primer Minister of the Unitary State of Kalimantan Utara; Borneo State In Rebelion Loyalist Forces Recover Oil Town. The Cambberra Times, 10 Disember 1962, hlm 1; Borneo Rebels Lose Ground Troops Capture Brunei Airstrip. The Cambberra Times, 11 Disember 1962, hlm 1; Last Stand In Oil Township Trapped Rebels Hold 9 Hostage. The Cambberra Times, 12 Disember 1962, hlm 1; North Borneo News, 6 Febuari 1963, hlm 1; North Borneo News, 7 Febuari 1963, hlm 7; North Borneo News, 8 Febuari 1963, hlm 2; Pehin Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, op.cit, hlm 55;

16 Ibid, hlm 107-117.

17 Lihat, Kunaseelane Muniandi, Hubungan Malaysia-Indonesia 1957-1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996; T.E. Smith 1963, “The Brunei Revolut: Background and Consequense”, World Today, 19(3), Mac, hlm 136.

18Smith,“The Brunei Revolt”, hlm 136. Penyatuan Brunei, Sarawak dan Sabah dikenali sebagai Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU). Lihat, Brackman, Southeast Asia’s Second Front, hlm, 142.

19 Mezerik, Malaysia-Indonesia Conflict, hlm 19.

20 RG59 Decime File 1960-1963, Memorandum of Conversation Brunei-Malaysia, Singapore, 9th Agust 1961; Pehin Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, op.cit, hlm 55.

21 James Harold, Denis Shell Small, The Undeclared War, hlm 4-5; Armed Rebellion In Brunei Seria Recapured After Day Of Violence: Emergency Declared. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962, hlm 1.

22 Douglas Hyde, op.cit,, hlm.63.

23 Nik Anuar Nik Mahmud, op.cit, hlm 66; Policy Of Confrontation Against Malaya. Tengku Say It’s Very Serious Statement. North Borneo News & Sabah Times, 23 Januari 1963, hlm 1.

24 Abdul Harun Majid, op.cit, hlm 37-73.

25 The Prosiding Other Royal Air Force Historical Society, 13, Royal Air Force Historical Society, 1993, hlm 12.

26 David Easter,

27 RG59 Decime File 1955-59, ‘The formation of Party Ra’ayat in Brunei’, September 1956, National Archive of Washington, D.C; Azahari Threatens To Send Indonesian Volunteers, North Borneo News & Sabah Times, 15 December 1962, hlm 1; Azahari for United Nations. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962, hlm 1. Rebels Attack Sultan’s Palace. North Borneo News & Sabah Times, 10 December 1962.hlm 6; Kalimantan Utara National Army’, In Sarawak Ten Arrested And Charged For Being Members. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 4; Tom Pocock, The Fighting General:The Public and Private Campaigns of General Sir Walter Walker , London: Collins, 2013.

28 Sabah Times, 8 Febuari 1963, hlm 2; Kalimantan Utara National Army’, In Sarawak Ten Arrested And Charged For Being Members. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 4.

29 Tom Pocock, op.cit, hlm 198-287.

30 F.O.371/169703, Brunei’s Reasons For Not Entering Into Federation Of Malaysia, ‘Brunei Tactics’, 11th July 1963.

31 Indonesia Opposes Malaysia. There Will Be Armed Conflict If ..Warns Subandrio. North Borneo News & Sabah Times. 12 Febuari 1963. Hlm 1.


BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Dokumen

RG59 1960-63, Telegram to the President to the President, dated December 10, from A.M.Azahari, Primer Minister of the Unitary state of Kalimantan Utara.

RG59 Decime File 1955-59, ‘The formation of Party Ra’ayat in Brunei’, September 1956, National Archive of Washington, D.C.

RG59 Decime File 1960-1963, Memorandum of Conversation Brunei-Malaysia, Singapore, 9th Agust 1961.

F.O. 371/169703, Letter from Abdul Razak to the Sultan of Brunei, 21 st June 1963.

F.O. 371/169703, Telegram from A.M.Mackintosh, Brunei to the Secretary of State for the Colonies, London, 30th June 1963.

F.O.371/169703, Brunei’s Reasons For Not Entering Into Federation Of Malaysia, ‘Brunei Tactics’, 11th July 1963.

F.O.371/169716, Malaysia in United Nations, Derx’s letter to Bill, United Nations Department, 30th August 1963.

F.O.371/169716, Malaysia and United Nations, Brunei-Brief for United Kingdom Delegate to the Committee of Twenty-Four.

Ahkbar

Borneo State In Rebeliion Loyalist Forces Recover Oil Town. The Cambberra Times, 10 Disember 1962, hlm 1.

Borneo Rebels Lose Ground Troops Capture Brunei Airstrip. The Cambberra Times, 11 Disember 1962, hlm 1.

Last Stand In Oil Township Trapped Rebels Hold 9 Hostage. The Cambberra Times, 12 Disember 1962, hlm 1.

Kalimantan Utara National Army’, In Sarawak Ten Arrested And Charged For Being Members. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 4.
Stephens Tudoh Jakarta Hendak Menyusup Ke Brunai. North Borneo News & Sabah Times, 5 November 1962, hlm 4.

Tudohan Indonesia Ancham Brunai”Tidak Berasas”. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 4.

Armed Rebellion In Brunei Seria Recaptured After Day Of Violence:Emergency Declared. North Borneo News & Sabah Times, 10 December 1962, hlm 6.

Rebel Attack Sultan’s Palace. North Borneo News & Sabah Times, 10 December 1962, hlm 6.

Seria Still In Rebel Hands. North Borneo News & Sabah Times, 11 December 1962, hlm 1.

It Was A Good Year. Davis Reviews Progress In 1962. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 2.

Pemberontakan Bersenjata DiBrunei Parti Rakyat Diharamkan. North Borneo News & Sabah Times, 13 December 1962, hlm 4.

Weston Ditawan Kembali Dari Pehak Pemberontak 60 Orang Pemberontakk ditangkap: Senjata2 dan Ubat2 Bedil dirampas. North Borneo News & Sabah Times, 13 December 1962, hlm 4.

Commons Told About Armed Revolut. North Borneo News & Sabah Times, 12 December 1962, hlm 5.

P.C. Bittie As An Athlete Sbah’’s First Casualty Of Brunei Revolts Left His Mark On Borneo Tracks. North Borneo News & Sabah Times, 13 December 1962, hlm 5.

Seria And Limbang Retaken Resident And Nine Hostages Freed: Situation In Brunei Improving. North Borneo News & Sabah Times, 13 December 1962, hlm 2.

Azahari Threatens To Send Indonesian Volunteers. North Borneo News & Sabah Times, 15 December 1962, hlm 1.

Revolts: Full Account Cheif Secretary Pays Tribute To Many. North Borneo News & Sabah Times, 15 December 1962, hlm 5.

Mobile Police Welcome Back. North Borneo News & Sabah Times, 15 December 1962, hlm 5.

China Back Brunei Revolt. North Borneo News & Sabah Times, 17 December 1962, hlm 1.

Macapagal Says ‘No’To Azahari. 1,000 Rebels Trapped: Troops Congratulated. North Borneo News & Sabah Times, 20 December 1962, hlm 1.

Brunei And Malaysia. I Could Not See How Brunei Can Be Left Out,’Says Tengku. North Borneo News & Sabah Times, 20 December 1962, hlm 1.

Sukarno Supports Brunei Revolt Supp Attacks By Governor Of Sarawak. North Borneo News & Sabah Times, 21 December 1962, hlm 1.

Brunei Threat To Indonesia. North Borneo News & Sabah Times, 22 December 1962, hlm 1.

I Dont Support Revolust’-Sundang.Alliance To Send A Letter To Sukarno. North Borneo News & Sabah Times, 25 December 1962, hlm 6.

Ulasan Mengenai Kekachauan Di Brunei. North Borneo News & Sabah Times, 25 December 1962, hlm 4.

Indonesia Air Force Patrols Borneo Border. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Naval Units Mass Near Tawau: Another Antara Lie. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Sarawak Emergency Round –Up. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Where is Azahari?. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Will Indonesia Inavade British Borneo? North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 14 Januari 1963.

Her Attitude Towards Rebels Not Clear. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Indonesian Goverment Alters Tack. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Sabah Times Under Fire. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 7 Januari 1963.

Brunei Sultan Warns Indonesia. North Borneo News & Sabah Times, 6 Febuari 1963, hlm 1.

Rebel Delegation At Afro-Asian Meet Delegates Hear Azahari’s Meet. North Borneo News & Sabah Times,7 Febuari 1963, hlm 4.

Ismail Talks To Infromation Office On... Malaysia, Revolt And Indonesia-Malayan Relations. North Borneo News & Sabah Times,7 Febuari 1963, hlm 2.

Dunia Hangat Bergelora: Perang –Malaysia-Azahari. North Borneo News & Sabah Times,, 6 Febuari 1963, hlm 1.

Brunei Develops, hlm 2. 12 Febuary 1963.

Brunei Sultan Warns Indonesia. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Rebel Delegation At Afro-Asia Meet Delegataes Hear Azahari’s Case. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Force Will Be Met With Force.North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Red Literature –smuggled Into Sarawak. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Declare South Borneo Military Operational Area Call. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Troope leave For Brunei. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 6 Febuari 1963.

Burnei’s Malaysia’Yes’ depends on final talks: Sultan. North Borneo News & Sabah Times, hlm 3, 22 April 1963.

Tun Abdul Razak Arrives In America. North Borneo News & Sabah Times, hlm 3, 22 April 1963.

A Kiss For Mr.Liu From Dr.S For His Anti-Malaysia Support Promise. North Borneo News & Sabah Times, hlm 3, 22 April 1963.

Pemberontak2 Brunei ditangkap. North Borneo News & Sabah Times, hlm 3, 22 April 1963.

Palez Doubt Malaysia Effective Red Barrier. hlm, 1,30 January 1963.

Macapagal Condermn Malaysia It Makes Malaya A Colonal Power He Says. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1, 30 January 1963.

Subandrio Makes Fiery Statement. North Borneo News & Sabah Times, hlm,1, 30 January 1963.

Troops Here On ‘Alret Stanby’.Reinforcements Flying In As Tensin Mounts: Paratroops In Brunei. North Borneo News & Sabah Times, 29 Januari 1963. .hlm 1.

Sultan Thanks British Troops. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1. 29 Januari 1963.

Moore To Follow By Sea. North Borneo News & Sabah Times, hlm 1. 29 Januari 1963.

London Talks On P.I.Claim: Britain Wants Assurance From Indonesia. North Borneo News & Sabah Times, 1 January 1963,. hlm1.

Sabah Solidly Backs Malaysia. North Borneo News & Sabah Times, 22 April 1963. Hlm,1.

Nara Concerned With External Aspect Of Malaysia. North Borneo News & Sabah Times. 22 April 1963. Hlm,1.

Malaysian Defence Talks Concluded. 25 Febuary 1963. North Borneo News & Sabah Times Hlm,1.

Tengku And Macapagal Discus Malaysia dan Sabah. North Borneo News & Sabah Times 5 April 1963. Hlm,1.

Indonesia Patrol Fires On Our barter Craft. North Borneo News & Sabah Times 5 April 1963. Hlm,1.

Indonesia Armed Force Praised. North Borneo News & Sabah Times 5 April 1963. Hlm,1.

No Indonesia Guerillas In Our Territory But... North Borneo News & Sabah Times. 31 January 1963. Hlm,1.

Brunei Revolt Bungled. North Borneo News & Sabah Times. 1 Januari 1963. Hlm 17.

Policy Of Confrontation Against Malaya. Tengku Say It’s Very Serious Statement. North Borneo News & Sabah Times. 23 Januari 1963. Hlm 1.

Czech Support Brunei Rebels. North Borneo News & Sabah Times. 23 Januari 1963. Hlm 1.

Indonesia Bimbangkan Malaysia Kerana Berbaik2 Dengan Britain. North Borneo News & Sabah Times. 5 Febuari 1963. Hlm 4.

Operation Food-Drop For Flood Victims. North Borneo News & Sabah Times. 19 January 1963. Hlm 1.

Indonesia Opposes Malaysia. There Will Be Armed Conflict If ..Warns Subandrio. North Borneo News & Sabah Times. 12 Febuari 1963. Hlm 1.

Afro-Asians Call For Measures Against Britain. North Borneo News & Sabah Times. 12 Febuari 1963. Hlm 1.

Sulu Sultan Claim Sabah. North Borneo News & Sabah Times. 12 Febuari 1963. Hlm 1.

I will Take Tough line Says Sultan. North Borneo News & Sabah Times. 12. Febuari 1963. Hlm 1.

Tengku An Imperialist Agitator Indonesian Broadcast Accuses. North Borneo News & Sabah Times. 14 Mac 1963. Hlm 5.

DiManakah Azahari ?. North Borneo News & Sabah Times. 9 Januari 1963. Hlm 4.

Conflict Report Denied By Defence Ministry. North Borneo News & Sabah Times. Hlm 1.

Indonesia Says Malaya Is A Police State. North Borneo News & Sabah Times. 9 Januari 1963. Hlm 1.

Armed Rebellion In Brunei Seria Recapured After Day Of Violence: Emergency Declared. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962. Hlm 1.

Weston Recaptured From Rebels. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962. Hlm 1.

Azahari for United Nations. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962. Hlm 1.

Rebels Attack Sultan’s Palace. North Borneo News & Sabah Times. 10 December 1962.hlm 6.

Seria Still In Rebel Hands airfield Recaptured By Troops. North Borneo News & Sabah Times. 11 December 1962. Hlm 1.

Recapture Of Westo: Full Account. North Borneo News & Sabah Times. 11 December 1962. Hlm 1.

Complete Accord On Malaysia I.G.C.Completes Work: Early report Out Early Eport Out Next Year. North Borneo News & Sabah Times. 22 December 1962. Hlm 1.

Brunei Therat To Indonesia. North Borneo News & Sabah Times. 22 December 1962. Hlm 1.

Azahari Threaten To Send Indonesian Volunteers. North Borneo News & Sabah Times. 15 December 1962. Hlm 1.

China Back Brunei Revolt. North Borneo News & Sabah Times. 17 December 1962. Hlm 1.

Buku

Abdul Harun Majid. (2007). Rebellion in Brunei: The 1962 Revolt Imperialism, Confrontation and Oil. I.B.Tauris.

Awing Mohd.Jamil Al-Sufri. (2003). 8 Disember: Dalangnya Siapa?.Bandar Seri Begawan: Kementerian Belia dan Sukan.

Brackman, Arnold. (1966). Southeast Asia’s Second Front: The Power Struggle In The Malay Archipelago. New York: Frederick A. Praeger. hlm 142.

Chin Kin Wah.(1983). The Defence of Malaysia and Singapore.

D. E. Brown, Brunei. (1970). The Structure and History of a Bornean Sultanate. Brunei: Muzium Brunei.

D. S. Ranjit Singh (1984). Brunei 1839-1983: The Problems of Political Survival. Singapore: Oxford University Press.

Graham Saunders. (1994). A History of Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

James Harold & Denis Sheil-Small. (1971). The Underclared War The Story Of Indonesian Confrontation 1962-1966. London: Leo Cooper.

Kunaseelan a/l Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia - Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kunaseelan a/l Muniandy. (1996). Hubungan Malaysia - Indonesia 1957-1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd. Noor Abdullah. (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nicholas Tarling. (1971). Britain, the Brookes and Brunei. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Nicholas Van Der Bijl. (2012). The Brunei Revolt 1962-1963. Pen And Sword.

Nick Van Der Bijl. (2007). Confrontation The War With Indonesia 1962-1966. Great Britain: Pen & Sword Military.

Awang Mohd. Jamil Al-Sufri. 2003. 8 Disember: Dalamnya Siapa?. Bandar Seri Begawan.

Saravanamutu. J. (1983). The Dilemma of Independence Two Decades Of Malaysia’s Foreign Policy 1957-1977. Pulau Pinang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.

T.E. Smith. (1963). “The Brunei Revolut: Background and Consequence”, World Today, 19(3), Mac, hlm 136.

Zaini Bin Ahmad.(1989). Pertumbuhan Nasionalisme di Brunei 1939-1962. Kuala Lumpur: ZR Publications. hlm 210.

Rupert Emerson. (1942). Government and Nationalism in Southeast Asia, International secretariat, Institute Of Pacific Relations, New York. hlm 17-18.

Muhammad Hadi Abdullah.(1988). Semangat Kesedaran Kebangsaan Brunei, Jurnal Darussalam, Jabatan Pusat Sejarah.

Jurnal/Artikel.


David Tham. (2000). British Attitudes Towards the “Greater Malaysia Proposal, Borneo 2000, Politics History and Development, Proceedings of the Sixth Biennial Borneo Research Conference, 10-14th July, 2000.hlm 313-337.

Sumber : Oneman

No comments:

Post a Comment