Monday, 28 May 2018

Sejarah Awal Inanam : Suku Kadazandusun "Tobilung" tahun 1735

Sejarah Awal Inanam : Suku Kadazandusun "Tobilung" tahun 1735







Sejarah Suku Tobilung dari cabang Suku Mononggigi dikatakan bermula dari seorang pahlawan bertubuh badan besar dan gagah berani bernama Gumuron. Gumuron dipercayai berasal dari Negara Cina dan berhijrah ke Brunei.

Anak Gumuron seorang pahlawan yang hebat dan terkenal bernama Galampas membawa kaumnya berpindah dari Brunei ke Nunuk Ragang. Anak Galampas pula bernama Somporou lahir di Nunuk Ragang. Pada suatu hari, anak Somporou bernama Woyoon Aki Guminggon membuat keputusan meninggalkan Nunuk Ragang dan berhijrah ke Inanam bersama anaknya bernama Tombolung dan Lakou.

Tombolung mempunyai 4 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Anak perempuan Tombolung adalah anak sulungnya dan telah berkahwin dan tengah mengandung terpaksa ditinggalkan di Inanam bersama atuknya Guminggon apabila Tombolung membuat keputusan untuk berhijrah di Pindasan bersama adiknya yg bernama Lakou dan anak anaknya yang bernama Lajou, Bujang, Gimadang dan Saganggoh.

Tombolung berpesan kepada bapanya Guminggon dan anak perempuannya untuk mencari mereka setelah anaknya bersalin dan beliau akan meninggal tanda tiang bambu untuk ayam menentas sepanjang jalan yg di panggil "kukurungan", "pogontoluon", "gigimpuan" atau "tingkahang" ... Tombolung tinggal di Pindasan selama 3 tahun dan apabila isterinya meninggal dunia beliau membuat keputusan untuk pindah ke Nuluu Rumun atau "Rumun Hill" sekarang Kampung Dudar apabila melihat seekor Burung Helang terbang sambil menari lalu hinggap di dahan besar.

Cerita Burung Helang ini juga menjadi inspirasi kepada tarian "Mongigal". Tombolung hidup sehingga usia 100 tahun apabila beliau meninggal dunia. Setelah Tombolung meninggal dunia Lajou dan Saganggoh pindah menyelusuri Sungai Lintupan dan membuka sebuah perkampungan bernama Lapai, atau sekarang dikenali sebagai Mengaris. Gimadang dan Bujang pula berpindah dan menetap di Kampung Sarang. Lakou adik kepada Tombolung seorang pahlawan yg berbadan besar gagah perkasa pindah ke Tinongkuban dan bercucuk tanam di kawasan tersebut. Lakou sentiasa menjaga dan segera datang membantu anak buahnya di Mengaris dan Sarang jika mereka diserang oleh pihak musuh. Apabila Lakou meninggal dunia beliau dikebumikan di Timbang.

Sehingga hari ini orang ramai mengatakan bahawa suku Tobilung mendapat namanya dari ketokohan pahlawan hebat yang bernama Tombolung.... Dan ada pula yg mengatakan asal nama Suku Tobilung adalah dari nama pokok Tobilung... Ada lebih dari 200 orang Suku Tobilung tinggal di Ulu Kukut sebelum ketibaan British Charted Company. Pada satu ketika wabak taun merebak dikampung dan ramai yg terkorban dan dikebumikan di Ulu Kukut. Suku Tobilung terpaksa berpindah ke Mengaris dan Langkon, sedikit dari mereka masih tinggal di Ulu Kukut.

Apabila Suku Tobilung pindah ke Kota Marudu mereka terpaksa berperang menentang Suku Momoguns. Suku Tobilung dari Mengaris, Lobak Sungai dan Tampinatau sentiasa bergabung untuk berperang melawan Suku Momoguns. Suku Tobilung juga berperang menentang Suku Kogosingan dan Suku Lotud di zaman perang suku dan potong kepala ( zaman misangod rondom ) sebagai salah satu adat kehidupan mereka masa lampau. Suku Tobilung Kota Marudu mengatakan bahawa Suku Tobilung adalah suku Kadazandusun yg pertama menetap di Inanam. Selepas Nunuk Ragang seorang Panglima Agung Suku Tobilung bernama Mondowoi dan Memburing berpindah ke Tambunan melalui Sungai Kogibangan melintasi banjaran Trus Madi menyelusuri Sungai Pagalan membuka perkampungan Tobilung di Tambunan. Suku Tobilung merupakan penduduk terawal dan suku Kadazandusun yg utama di Tambunan. Apabila Suku Tuhawon dan Suku Tibabar berperang antara mereka, maka Suku Tobilung akan dipanggil sebagai Suku yang dipercayai dan dihormati boleh membantu menyelesaikan salah faham antara kaum.

Suku Tobilung juga menyelusuri Sungai Tandulu dari Banjaran Crocker membuka beberapa perkampungan di Inobong, Penampang dan Inanam. Disebabkan terlalu banyak perpindahan dan peperangan sebelum dan selepas Nunuk Ragang maka Suku Tobilung terpecah kepada tiga kawasan utama seperti Tambunan, Inanam dan Kota Marudu. Berbalik kepada cerita anak perempuan Tombolung dan bapanya Guminggon di Inanam di mana mereka tidak dapat membawa tempayan pusaka mereka berhijrah ke Utara. Maka mereka membuka beberapa perkampungan dari Inanam sehingga ke Kionsom.

Suku Tobilung juga membuka beberapa perkampungan di Kitobu, Dambai, Tobilung dan Tatahan. Apabila suku Tobilung pertama kali sampai di Inanam mereka tinggal di kawasan seluas 20 ekar dari Sungai Inanam sehingga Kampung Sinulihan Baru. Inanam, Menggatal dan Api Api diserahkan kepada pihak British Charted Company pada tahun 1898. Sebelum 1898, Inanam merupakan markas utama Paduka Mat Salleh. Suku Tobilung adalah Suku yg banyak berjasa kepada perjuangan awal masyarakat Sabah serta bergabung dengan Mat Salleh berperang melawan penjajah British.

Apabila pihak Charted Company menyerang Inanam termasuk perkampungan Suku Tobilung pada tahun 1897, mereka terjumpa banyak barang barang rampasan dari Pulau Gaya di rumah rumah perkampungan Suku Tobilung Inanam. Suku Tobilung juga bergabung dengan Suku Tagahas menyerang tamu di Pogunan, Tambunan dan menjadikan tamu Inanam sebagai salah satu pusat perdagangan utama barang barang dan hasil tanaman ternakan tempatan pantai barat ketika itu.

Di susun : Kumis Kumis, Gambar Hiasan : HH Everett, Rujukan : (Dalrymple 1767), (Forrest 1779), (Hutton 1883),(Dalrymple 1883),(Daly 1886), (Roth 1896), (Evan 1922), (Rutter 1922), (BNBH 16.1.1932), (Santaren 1956), (Wood Moser 1958), (Caroll 1960), (Robert Nicholls, 1960),(Harrison 1958, 1962, 1971), (Beurdeley 1974), (Sonza 1979), (Kaim Karimin 1981),(James Ongkili 1983), (Smith 1984), (Bellwood 1985),(Phelan 1997), (Timis Sambadi 1998), (PS Shim 2000, 2003, 2007)