Tuesday, 14 November 2017

Syarif Abu Bakar Masyhor Bin Abu Bakar Sakran - Pahlawan Brunei / Sarawak / Selangor

MENGENANG SYARIF MASAHOR 
PAHLAWAN SARAWAK
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN SARAWAK KE 51

Gambar Meriam Bujang Sambong

Nama penuh beliau adalah As Sayyid as Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran. Beliau dilahirkan di Daerah Igan, Mukah di Serawak setelah ayahnya menikahi seorang wanita Melanau serta lebih dikenali dengan nama 'Tuanku Syukran', wafat di Igan dan dimakamkan di sana (1). 

Tuanku Syukran atau lebih dikenali dengan nama 'Syarif Sekerang' ini sangat dihormati penduduk sekitar sebagai orang pertama yang datang bersama rombongan pelayaran beliau ke Igan (Kampung Sekerang). Beliau telah mengislamkan masyarakat asal yang pada waktu itu beragama anenisme atau pagan (2).

Kelahiran Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran ini juga berbeza pendapat beberapa sejarawan. Namun yang dapat dipastikan adalah sumber yang menyebut beliau lahir di Brunei (3) adalah tidak bercanggah. Ini kerana sesungguhnya pada alaf itu, Daerah Mukah adalah dibawah takhluk Kesultanan Brunei Darussalam, sebelum penjajah Brooke merampas tanah tersebut dan sehingga pasca kemerdekaan Sarawak, daerah itu kekal di bawah kerajaan Sarawak.

Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau lebih dikenali masyarakat setempat dan ahli sejarah sebagai "'Syarif Masahor' adalah seorang arab Hadrami (4) keturunan Sayyidina Ali bin Abi Talib Karamallahuwajhah dan Saydatina Fatimah binti Sayyidina Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Beliau merupakan cucu ke 31 Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. 

Nasab beliau adalah as Sayyidus Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran bin Masyhor bin Hassan bin Muhammad bin Abdullah bin Abu Bakar bin Ali bin Umar bin Hassan al Banahsan bin al Kabir Syeikh Ali bin Abu Bakar Assakran bin al Faqih Muqaddam at Thsani Sidi Abdurrahman Assegaf. Beliau adalah keturunan Bani Alawi dari Sidi Almuhajir Ahmad bin Isa bersambung sehingga asy Syahid Sayyidina Hussein bin Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah dan Saydatina Fatimah binti Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam (5).

Sejarah awal kehadiran leluhur Syarif Masahor di Bumi Kenyalang (Sarawak), masih belum dapat dibuktikan dengan sebarang penulisan ilmiah yang mantap melainkan beberapa pendapat yang mengatakan datuknya beliau, Syarif Masyhor bin Hassan bin Muhammad telah berkahwin dengan puteri kerajaan Brunei bernama Seri Banun Pengiran Bahauddin (6) (yang sekarang keluarganya banyak menetap di Pahang). 

Asalnya Syarif Masyhor bin Hassan ini juga tidak dikenalpasti, tetapi berdasarkan catatan buku nasab 'as Syamsu Zohirah' karangan al Habib Abdurrahman Al Masyhor, abah atau ayah Syarif Masyhor (Datuk kepada Syarif Masahor) yang bernama Habib Hassan bin Muhammad adalah kelahiran Kota Tarim di Hadramaut, Yaman. Habib Hassan bin Muhammad ini telah ditulis sebagai 'بجواه' (bijawah) yang bermaksud keluar dari Tarim, menetap dan meninggal di Nusantara (7).

Menurut catatan lama tulisan tangan Syarif Masahor- nasionalis Sarawak, beliau dilahirkan pada tahun Hijriah 1242 pada 7 Ramadhan.

Cacatan beliau menyebut:

"Hijrah Nabi Muhammad Sallahu alaihi wa sallam seribu dua ratus empat puluh dua tahun kepada tahun di awal kepada tujuh haribulan Ramadhan kepada malam Arba'(Rabu) kepada waktu awal Isya' pada saat misteri maka diperanakkan Syarif Abu Bakar Masyhor Ibni Syarif Abu Bakar Sakran bin as Sayyid Syarif Masyhor bin as Sayyid Syarif Hassan Banahsan bin Assyeikh al Kabir al Qutb Ali nafaallahu wa barokatahu wa billahi taufiq, wa sallallahu ala Sayyidina Muhammad wa aalihi wasahbihi wa sallam. انتهى"

Begitulah beliau menukil tentang kelahirannya sekitar April tahun 1827 Masihi (8). Catatan beliau ini masih disimpan rapi oleh keluarga Al-Aydrus yang menetap di Bahagian Sibu, Sarawak. Bermulanya sejarah perjuangan Syarif Masahor ini adalah rentetan dari beberapa siri penentangan para Syarif yang dilantik oleh Kesultanan Brunei sebagai Gabenor, atau wakil kerajaan sekaligus pendakwah di beberapa daerah di Serawak (Brunei pada waktu itu). 

Kedatangan penjajah James Brooke telah menimbulkan kemarahan para Syarif-Syarif yang menjadi pembesar daerah bebas terutama daeran Skrang sehingga Saribas. Para pembesar Arab ini dikatakan mendapat sokongan penuh kaum Iban terutama di daerah Skrang, Saribas dan Batang Lupar (9). 

Pembaharuan yang cuba diterapkan oleh James Brooke (datang pada tahun 1841) ternyata mengongkong, merugikan, menyebabkan sumber pendapatan terjejas dan lebih utama adalah gerakan Kristianisasi yang sangat pesat dilakukan mengancam akidah umat islam di Serawak pada waktu itu.

GERAKAN KEMERDEKAAN AWAL PARA SYARIF

Peristiwa Gerakan Sharif Sahab (1850-1860) turut berlaku di Bahagian Sibu. Kebangkitan ini didorong oleh keinginan pemimpin-pemimpin tempatan untuk mempertahan aqidah, mengekalkan kuasa dan hak tradisional. Penentangan mereka dikenali sebagai ‘pakatan Melayu’ atau ‘Episod Mukah’(10). 

Kerajaan Brooke terpaksa mengambil tindakan tegas meminda kebangkitan ini kerana mahu menguasai kawasan pengeluaran sagu. Gerakan penentangan ini dipimpin oleh Sharif Sahap dan adiknya Sharif Mullah. Sharif Sahab menjadi pemerintah di Skrang dan adiknya di Saribas. Pengikut-pengikut mereka terdiri daripada orang Melayu dan orang Iban dari Saribas, Skrang dan Batang Lupar. Rajah Brooke tidak menyenangi pengaruh Sharif Sahap ke atas orang Iban terutama yang tinggal di sempadan. 

Rajah Brooke mendesak Pengiran Muda Hashim (Wakil Kerajaan Brunei di Kuching) mengenakan tekanan ke atas Sharif Sahab tetapi kurang berkesan. Rajah Brooke juga tidak menyenangi kegiatan Sharif Sahap dan kuncu-kuncunya. Malah pada tahun 1842 Sharif Sahap merancang menyerang Kuching tetapi dibatalkan kerana perkara ini bocor dan Rajah Brooke didapati membuat persediaan yang mencukupi.

Dalam usaha menghapuskan para Syarif ini dan sekutunya, Rajah Brooke menggunakan alasan ‘lanun’ (para Syarif/Sayyid ini dianggap lanun). Kerajaan Brooke gagal memberi penjelasan yang jelas terutama sasaran serangan. Tindakan Brooke dibantah keras oleh beberapa golongan di England termasuk pertubuhan agama (11). Sejarawan England, Graham Irwin menganggap ‘kempen anti lanun’ ini sebagai kezaliman yang tidak perlu dan tidak berhati perut (12).

Rajah Brooke telah berjaya meyakinkan kerajaan British supaya membantu beliau menghapuskan kegiatan lanun. Kapal-kapal perang British dihantar untuk membantu dari masa ke semasa. Pada tahun 1844, Kapten Henry Keppel dan kapal perang H.M.S. Dido dan Phlegethon Berjaya mengalahkan Sharif Sahab dan Sharif Mullah di Pemutus dan Undup. Bagaimanapun kedua bersaudara ini Berjaya meloloskan diri dan bersatu dengan Syarif Jaafar di Lingga. Pihak British memburu mereka hingga ke Kapuas dan ini memaksa mereka berundur ke Pontianak. Sharif Sahab kemudiannya meninggal di Pontianak.

SEJARAH AWAL GERAKAN SYARIF MASAHOR



Syarif Abu Bakar Masyhor bin Abu Bakar Sakran atau Syarif Masahor tumbuh membesar sebagai seorang yang berpegang teguh pada agama. Beliau sangat dikenali sebagai ‘guru ngaji’ yang mendalam ilmu agamanya, wara’, tawadu’ sehinggakan masyarakat setempat mengkagumi beliau (13). Setelah mencapai usia matang, beliau diberi kepercayaan oleh abahnya untuk melakukan perjalanan sekaligus menjalankan dakwah di kawasan sekitar Igan, dan beliau sangat dikenali sebagai pendakwah yang mengislamkam Kampung Tengah, di Igan. Kerana ketokohan beliau sebagai pemimpin masyarakat, Kerajaan Brunei di bawah pemerintahan Sultan Abdul Mu’mein telah memberi kepercayaan untuknya menjadi Wakil Sultan di Daerah Sarikei kawasan Sungai Rajang pada tahun 1849. Beliau sangat berpengaruh dikalangan orang Melanau di Sungai Rajang dan orang Iban di Sungai Skrang (14).

Syarif Masahor terkesan dengan perjuangan Syarif Sahab, Syarif Mullah, Syarif Jaafar dan beberapa Syarif yang lain (15) yang berlaku lebih awal, serta kemarahan atas kebiadapan penjajah Brooke menceroboh kedaulatan wilayah yang ditadbirnya menjadi titik tolak kemaraan perjuangan beliau. Bangsa asing itu membina sebuah kubu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel tanpa kebenaran dan pengetahuan Syarif Masahor. Tindakan itu seolah-olah usaha pertama dalam cubaan Brooke untuk menjajah Sarikei.

PERTEMPURAN DI MUKAH

Pada tahun 1855, berlaku pertempuran Antara Syarif Masahor dan sekutu Brooke (Pengiran Matussin). Beberapa ketika kemudian, daratan Mukah kelihatan di hadapan matanya dan sebaik perahu mereka tiba di pinggiran sungai, Syarif Masahor bersama ratusan askar yang menaiki 150 perahu, terus menyerang Bandar Mukah. Angkatan perang Sharif Masahor berjaya menguasai bandar itu seterusnya mengusir keluar Pangeran Matusin. Bagaimanapun, serangan nasionalis Sarawak terhadap Pangeran Matusin yang menyokong Brooke menyebabkan bangsa asing itu bertindak balas.

Khuatir kemungkinan penentangan Syarif Masahor akan menjejaskan usaha mereka untuk menjajah serta memerintah Serawak, Brooke segera mengumumkan yang Syarif Masahor tidak lagi berkuasa di Sarikei dan wilayah itu berada di bawah pemerintahan mereka. Tindakan penjajah itu menambahkan lagi api kemarahan dan dendam pahlawan itu terhadap Brooke. Syarif Masahor bertekad untuk berjuang habis-habisan bagi mengusir bangsa asing itu dari bumi Serawak demi membela tanah air tercinta.

Dalam perjuangannya itu, beliau beroleh pakatan daripada seorang lagi pembesar Serawak iaitu Datu Patinggi Abdul Ghapur dari Kuching. Datu Patinggi Abdul Ghapur memang berdendam dengan penjajah itu lantaran Brooke sudah menjajah wilayah pemerintahannya sebelum itu. Seterusnya mereka mula merancang strategi bagi menjayakan hasrat memerdekakan bumi Serawak daripada penjajahan bangsa asing itu. Sasaran pertama mereka ialah menyerang kepentingan Brooke di Sarikei iaitu kubu bangsa asing itu di Kanowit yang diuruskan Henry Steel.

Pada Jun 1859, diketuai pahlawan Melanau iaitu Sawing dan Salakai, kubu Brooke itu diserang menyebabkan dua pegawai bangsa asing iaitu Steel dan Charles Fox, terbunuh. Serangan dan pembunuhan dua pegawai mereka menyebabkan Brooke tersentak. Kejadian mengejutkan itu segera tersebar di kalangan penduduk British di Serawak. Takut mereka akan menjadi sasaran amukan penduduk tempatan, ramai orang Eropah mula meninggalkan Serawak. Kebangkitan penduduk tempatan bagi menyerang mereka menyebabkan Kerajaan Brooke mula gusar lalu mereka segera bertindak. Pahlawan tempatan yang terbabit dalam serangan itu segera diburu.

Sepuluh yang ditahan dikenakan hukuman bunuh tetapi Kerajaan Brooke gagal mengambil tindakan terhadap Syarif Masahor kerana tidak memiliki bukti yang kukuh untuk mengaitkan pahlawan itu sebagai perancang utama serangan berkenaan.

SYARIF MASAHOR DISOKONG DUA PEMIMPIN TERNAMA

Kejayaan serangan pertama itu menyebabkan Syarif Masahor dan Datuk Patinggi Abdul Ghapur mula merancang serangan seterusnya. Kali ini, mendapat bantuan daripada seorang lagi pemimpin tempatan iaitu Pangeran Temenggung Hashim Jalil dari Sadong. Sasaran mereka pada serangan kali ini ialah Kuching dan perancangan segera diatur - Pangeran Temenggung Hashim Jalil akan memimpin pasukannya menyerang menggunakan jalan darat dari Pontianak, Kalimantan manakala pasukan Syarif Masahor akan mara dari Sarikei dan menyerang dari arah laut.

Bagaimanapun, perancangan itu ‘bocor’ dan diketahui Charles Brooke (anak saudara James Brooke) menyebabkan penjajah itu meminta bantuan Belanda untuk menahan Datu Patinggi Abdul Ghapur. Tokoh pahlawan itu kemudian ditangkap dan dipenjarakan di Betawi, Indonesia seterusnya meninggal dunia di sana (berbeza pendapat sejarawan tentang ini). Penahanan sekutunya itu tidak melemahkan semangat juang Syarif Masahor. Pahlawan itu meneruskan rancangan serangan mereka. Bersama pengikut setianya, beliau mara untuk menyerang Kuching pada Februari 1860.

Akan tetapi, serangan pada kali itu sememangnya sudah dijangka Kerajaan Brooke menyebabkan mereka sudah membuat persediaan bagi menghadapi tentangan itu. Seterusnya pertempuran hebat berlaku di Sungai Sadong. Pahlawan tempatan menentang hebat tanpa gentar tetapi mereka akhirnya gagal mengatasi kekuatan angkatan perang Kerajaan Brooke. Kapal dan perahu milik pasukan Syarif Masahor ditenggelamkan manakala 64 pengikutnya terbunuh menyebabkan pahlawan itu terpaksa berundur ke Mukah dan mendapatkan perlindungan daripada iparnya, Pangeran Nipa. Penjajah terus memburu tokoh berkenaan dan akhirnya mereka dapat mengesan kedudukan Syarif Masahor. Satu angkatan perang dikerahkan menyerang Mukah bagi menangkap Syarif Masahor tetapi usaha penjajah itu gagal kerana kekuatan kubu Pangeran Nipa cukup kuat untuk ditembusi.

PENGAKHIRAN HIDUP SANG PEJUANG

Gambar Sharif Masahor Di Selangor dengan Raja Abdullah

Tertekan kerana masih gagal menahan pahlawan karismatik Sarawak itu menyebabkan James Brooke belayar menggunakan kapalnya iaitu ‘Rainbow’ bagi menghadap Sultan Brunei dan memaksa sultan itu menyerahkan Mukah yang berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei, kepadanya. Sebaik memperoleh Mukah daripada Kesultanan Brunei, James Brooke terus memburu Sharif Masahor sehingga pahlawan itu akhirnya ditangkap. Beliau dihukum buang negeri ke Singapura pada 1861.

Banyak kisah-kisah lisan keluarga dan penduduk tempatan yang menyaksikan Syarif Masahor sebagai seorang alim yang punya Karomah yang banyak baik sewaktu penentangan di Sarawak mahupun di dalam buangan di Singapura. Antara perkara yang masih menjadi misteri adalah identitas Sayyid Mashhur di Kerling Selangor, seorang nasionalis yang dikatakan sebenarnya orang yang sama dengan Syarif Masahor Sarawak. Para sejarawan bingung menentukan keabsahan sejarah mereka kerana berlakunya banyak pertentangan fakta (16). Namun, ahli keluarga yang menyimpan sejarah asal beliau punya cerita yang lebih menarik tentang ‘persamaan’ kedua tokoh ini yang tidak memungkinkan kita untuk berbicara secara panjang lebar di sini.

Kebenaran apapun yang terkubur disebalik sejarah beliau, sebagai ahlulbait Nabi Sallallahualaihi wa sallam, Syarif Masahor adalah contoh para salaf yang mengikut jejak leluhurnya yang mulia. Apa yang dilakukan bertitik tolak pada pegangan agama yang kuat dan menetang anasir-anasir yang mengancam akidah umat Islam. Perjuangan sucinya bagi membela tanah air gagal, namun ruh dan semngat juangnya tidak pernah luntur dari ingatan masyarakat di Serawak. Sharif Masahor meninggal dunia di Teluk Belanga, Singapura pada tahun 1890 seperti yang tercatat di dalam manuskrip lama simpanan keluarganya. Beliau dimakamkan bersama para kerabat Sultan Johor sebagai tanda menghormati ketokohan beliau.

Bagaimanapun, semangat dan jasa perjuangan beliau terus kekal diingati melewati masa dan namanya terus terpahat dalam sejarah tanah air sebagai seorang pejuang kemerdekaan menentang penjajah.

BI SIRRIL FATIHAH…

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51 NEGERI SARAWAK TERCINTA
(22 JULAI 1963-22 JULAI 2014)

Indeks:

1. Arkib Muzium Sarawak
2. igan.pi1m.my/
3. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
4. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
5. Syamsu Zohirah, al Habib Abdurrahman al Masyhur, Mufti hadramaut
6. www.geni.com
7. Syamsu Zohirah, al Habib Abdurrahman al Masyhur, Mufti hadramaut
8. Makhtutah asal Syarif Masahor, Sibu Sarawak...www.dateConversion.com
9. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak, op.cit, hal 26; Sabihah Osman
10. Malay Muslim Political Participation: Sabihah Osman 1982
11. Perkembangan Pelajaran Bumiputera Sarawak: Sabihah Osman
12. Borneo Abad Ke-19: Graham Irwin 1986 hal 1981
13. Tun Ahmad Zaidi: Son of Sarawak, Sanib Said
14. www.tokohdalamkenangan.blogspot.com
15. Perjuangan Anti Cession, Haji Hasbi Sulaiman
16. The Identity of Sharip Masahor of Sarawak-Brunei and Syed Mashhor of Selangor: A Prelimenary Investigation, Sanib Said 1983


Saturday, 11 November 2017

Suku Kaum Sungai Sabah

Suku Kaum Sungai Sabah

"Tooi yoh toko kiawi pemaju nu bangsa toko kendiri...isoi kuwai info bekaitan leboh sungoi toi toko yo mukongsi2 maklumat..ado ya erugi..itu ewarong supaya bangsa toko tu dai oogel sewenuwe tu om dai epupus...keleleingan teke pena walupun esuang dai moileh mutangar nu lalem sungei tapi sekurang2 nio koileh sabat2 bekaitan no leboh sungei...aku pena sebana nio dai ya moileh bana mutangar nu lalem sungoi nga berebagon ku ya itu..sekurang2 nio boleh yaa sabat2...bana be ken eyoo..hehehehe:-).. Eng kwai esalah todoki muyo aku be eyo..Seruangan insan kali too moingin aku muserita sabat ataupena mokongsi sabat2 bekaitan nu leboh sungei.Serita eto inalapku unkiat seartikel...eng kwai esalah miki maaf aku be..soko tangar ku ri sisuna todoki muyo aku.."

Sejarah Awal Orang Sungai 
Diperolehi daripada artikel tulisan oleh:

Hamra @ Amrah Bin Haji Liwangsa
Haji Abdul Hamid Bin Ahmad
Haji Halim Bin Haji Akmad
 Abdul Razak Bin Haji Jamil
Jumadil  Bin Haji Akmad
 Abdul Kadir Bin Haji Jamil
Abd Manap Bin Abd Rahim

Berdasarkan sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong dalam kelompok Austronesia, iaitu daripada kelompok Negrito dan Austroloid. Kelompok ini telah meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk Austronesia yang lain selepas zaman air batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang lalu. Mereka memulakan penghidupan baru dan berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain disamping mengamalkan pertanian pindah (shifting cultivation) dalam menyara hidup seharian mereka. 

Amalan ini telah dilakukan untuk beberapa lama sehinggalah mereka sampai di Utara Pulau Borneo. Perubahan hidup masyarakat ketika itu telah bermula dengan petempatan secara kekal dan bertumpu di tebing sebuah tasek yang dikelilingi oleh pokok-pokok Ara di ulu Sungai Labuk yang dikenali dengan nama Nunuk Ragang. Tidak dapat dipastikan samada Kampung Nunuk Ragang yang terletak tidak jauh dari jambatan Tampias ketika ini adalah kampung yang dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini. Salah satu suku etnik yang terdapat disini adalah suku kaum Orang Sungai. 

Dari segi catatan sejarah, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan berkebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan. 

Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan panggilan the river people. Selepas peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan, bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian. Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai. 

Sistem Kepercayaan dan Adat Resam Suku kaum Orang Sungai menganut fahaman yang berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian dan ada yang masih mengamalkan fahaman Animisma.Mereka yang menganut agama Islam pada asasnya adalah terdiri daripada mereka yang berkahwin campur dengan peniaga Suluk. Orang Sungai mengamalkan adat resam yang dipusakai daripada nenek moyang mereka yang banyak menerima pengaruh animisma dan kini pengaruh Islam. Mereka mengamalkan adat bersanding semasa majlis perkahwinan, adat bertimbang, adat menggunting rambut kanak-kanak dan adat melenggang perut. Pemilihan jodoh bermula dengan istiadat merisik calon isteri. Setelah istiadat merisik maka istiadat meminang pula dilakukan. Dalam istiadat ini, rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah keluarga gadis pilihan untuk meminang secara rasmi. Selepas itu, istiadat menghantar damak atau pemberian dilakukan. Pada hari tersebut tarikh perkahwinan dan belanja hantaran untuk majlis perkahwinan akan ditentukan. Istiadat perkahwinan dalam kalangan masyarakat suku kaum Orang Sungai dilakukan mengikut amalan agama masing-masing.

Kesenian Dan Artifak

Kesenian dan artifak suku kaum Orang Sungai terserlah dan dapat disaksikan melalui senibina, seni tampak, seni tari, sistem nilai dan budaya mereka yang penuh kelembutan dan keunikan. Dari aspek seni bina bukan sahaja mereka mampu menghasilkan binaan rumah yang kukuh dan unik malahan turut dihiasi ukiran kayu yang halus. Selain daripada itu, masyarakat ini juga terkenal dengan hasil kraftangan yang halus dan berbagai motif seperti yang terdapat pada tudung saji, tikar mengkuang, sulaman, tekat, tenunan yang halus dengan rapi pada sarung bantal dan baju tradisional. 

Seni hias yang menarik seperti serimpak pada pengantin perempuan serta seni hias sempangan yang diperbuat daripada perca kain beraneka warna dijadikan perhiasan pada dinding dan lelangit rumah semasa majlis perkahwinan. Penggunaan peralatan muzik tradisi yang unik dan rancak seperti yang terdapat pada permainan kulintangan, gabbang kayu, gong dan gendang yang mampu dimainkan dalam berbagai rentak dan tempoh. 

Manakala gesekan kecapi yang merdu boleh didengar ketika majlis perkahwinan disempurnakan. Seni silat yang dinamik serta seni tari yang gemalai pula, dapat dilihat dalam rangkaian gerak tari tarian runsai, titikas, menumpos, abungan, mengalai serta sumarikayau. Semua kegiatan seni ini diperkembangkan serta diwariskan kepada generasi muda suku kaum Orang Sungai demi memastikan kesinambungannya berterusan serta tetap terpelihara.

Ekonomi dan Kerjaya

Ekonomi suku kaum Orang Sungai banyak bergantung pada sumber alam semulajadi sekeliling mereka. Bersesuaian dengan asas kemunculan tamadun mereka yang gemar mendiami lembangan sungai, kerjaya suku kaum Orang Sungai bermula sebagai nelayan tradisional di sungai. Pada suatu ketika dahulu, kerjaya mereka adalah sebagai pekerja balak dan kini sebagai petani yang berdaya maju. Malahan suku kaum Orang Sungai juga terkenal sebagai penuai sarang burung yang sangat mahir dan berani disamping memiliki beberapa jenis peralatan penuaian sarang burung yang canggih diwarisi dari nenek moyang mereka. 

Teknik dan penggunaan peralatan penuaian ini masih lagi praktikal digunakan sehingga kini yang terdapat di Gua Gomantong, Gua Madai dan Gua Batu Timbang. Sejajar dengan perubahan masa dan kepekaan terhadap kepentingan pendidikan, masyarakat ini telah banyak melahirkan generasi baru yang berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang dalam bidang akademik di peringkat universiti dan ketika ini ramai telah berkhidmat dalam pelbagai sektor sebagai doktor, peguam, pentadbir, pendidik, ahli korporat, tokoh politik dan berbagai lagi.

Sistem Dan Hiraki Kepimpinan

Sistem dan hiraki kepimpinan suku kaum Orang Sungai terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Orang Tua atau Ketua Kampung. Mereka dilantik oleh kerajaan kerana berpengaruh dan berwibawa dalam menyelesai masalah masyarakat terutama dalam bidang adat istiadat suku kaum Orang Sungai tanpa mengira kepercayaan agama mereka masing-masing. 

Gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK) diberi kepada Ketua Daerah yang menjadi ketua kepada sesebuah daerah. Gelaran kepada Ketua Anak Negeri yang membantu mentadbir daerah tersebut pula diberi gelaran sebagai Panglima. Satu gelaran yang tertinggi dalam masyarakat Orang Sungai adalah Gelaran Tagajoh Gayoh (Pemimpin Agung) yang dianugerahkan kepada seseorang pemimpin yang dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara. 

Sementara Gelaran Tagajoh (Pemimpin) adalah satu lagi gelaran kedua tertinggi yang dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin terpilih berdasarkan kepada kepimpinan, perjuangan dan khidmat bakti khususnya kepada masyarakat Orang Sungai. Kedua-dua gelaran ini dimashyurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang diwakili oleh semua ketua suku kaum Orang Sungai yang terdiri daripada 30 sub-etnik dari seluruh Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS). 

Dalam masyarakat suku kaum Orang Sungai yang beragama Islam, Imam adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal keagamaan. Manakala mereka yang masih menganut fahaman animisma, pemimpin mereka adalah Ketua Kampung atau Orang Tua. Masyarakat suku kaum Orang Sungai yang menganut agama Kristian pula merujuk kepada paderi untuk menyelesaikan hal-ehwal keagamaan mereka.

TOKOH PEMIMPIN ORANG SUNGAI SEBELUM MERDEKA (1782-1963)

Ketika ini terdapat dua orang tokoh pemimpin orang sungai yang dapat dikenalpasti yang telah banyak berjuang menentang pentadbiran penjajah sebelum Negeri Sabah merdeka menerusi Malaysia pada 1963.Mereka yang dimaksudkan adalah Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey dari Daerah Kinabatangan dan Almarhum Datuk Maharajalela Adui Unggu atau lebih dikenali dengan nama Pak Musa dari Daerah Beaufort.

SEDIKIT SEJARAH TENTANG PENGIRAN DIGADONG SAMAH AL-HAJ BIN PENGIRAN EBEY (1820-1884)
 Oleh : Encik Hamra @ Amrah Bin Haji Liwangsa

12 Februari 1884 bersamaan 15 Rabiulawal 1305H adalah suatu tarikh keramat bagi keturunan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey kerana pada tarikh tersebut telah terukir satu catatan sejarah yang terulung di Negeri Sabah dalam memperjuangkan hak asasi warisan anak negeri disamping menjunjung kedaulatan tanahair, maruah bangsa serta menegakkan martabat agama semasa zaman penjajahan kolonial British. Menurut laporan akbar The North Borneo Herald bertarikh 01 Mac 1884 bahawa pada tarikh tersebut bertempat di Kampung Melapi Kinabatangan, almarhum telah gugur (Francis, 1986) dalam pertempuran sengit dengan segorombolan askar yang diketuai oleh Sir William Hood Treacher gabenor pertama British di Negeri Sabah, Mr. William Pryer residen pertama Sandakan dengan ditemani oleh Mr. De Fontaine ketua inspektor, Mr. W.R. Flint dan 30 orang pengikut yang berpangkat konstabel (Diari De Fontaine, 1884). 

Peristiwa ini berlaku disebabkan kepentingan ekonomi, politik dan perbalahan ke atas sistem penuaian hasil sarang burung di Gua Gomantong yang dikuatkuasakan oleh pihak penjajah British yang tidak dipersetujui oleh almarhum dan para pengikutnya. Walaupun pada tarikh tersebut almarhum gugur secara tragik dalam perjuangannya namun semangat keberanian dan keperwiraan almarhum tetap segar dalam kenangan sehingga ke akhir zaman. Jesteru, pada hari ini makam almarhum yang terletak di Kampung Melapi Kinabatangan masih lagi tersergam kukuh dan menjadi salah sebuah tempat yang paling bersejarah di Daerah Kinabatangan. Almarhum adalah seorang pemimpin yang sangat berpengaruh dan ketua masyarakat bangsa Sungai Buludupi yang merupakan salah satu kumpulan etnik yang terawal mendiami kawasan Sungai Kinabatangan dan Sungai Segaliud (Ian, 1983). 

Pada 03 September 1999, Jabatan Muzium Negeri Sabah telah menobatkan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey (1820-1884) sebagai salah seorang pahlawan Sabah yang terbilang di Pantai Timur Negeri Sabah khususnya di Gua Gomantong Kinabatangan. Mengikut Danny (2000) penentangan almarhum terhadap zaman penjajahan Koloni British telah mendahului penentangan Panglima Kendurung di Kawang (1885), Pengiran Shahbandar Hassan di Padas Damit (1888-1889) seterusnya Paduka Mat Salleh di Labuk-Sugut (1894-900). 

Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey adalah pewaris Gua Gomantong yang diwarisi daripada datuknya Pengiran Sandukung. Dengan menguasai pentadbiran penuaian hasil sarang burung di Gua Gomantong keluarga almarhum merupakan sebuah keluarga yang berada serta sangat berpengaruh di kawasan tersebut. Sejarah pewarisan Gua Gomantong tercatat dalam kebanyakkan buku sejarah tentang Negeri Sabah terutama semasa penjajahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pengiran Sandukung telah mendapat kuasa mutlak keatas pentadbiran Gua Gomantong daripada Sultan Sulu sejak 1782 (Danny, 2000). 

Beberapa tahun selepas pertempuran di Kampung Melapi, keluarga almarhum secara berperingkat-peringkat berhijrah ke tempat lain dan membuat petempatan baru di Kampung Bilit kemudian di Kampung Sukau, Kampung Suan Lamba, Kampung Sentosa Jaya dan pada ketika ini sudah menetap di beberapa tempat lain di seluruh Malaysia. Menyedari hakikat ini, satu usaha telah digembleng oleh anak cucu almarhum untuk mengumpul segala manuskrip termasuklah artifak budaya untuk direkodkan sebagai satu fakta sejarah Negeri Sabah yang terawal sekali. 

Usaha ini telah dimulakan dengan pengumpulan salasilah keturunan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey. Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj merupakan anak tunggal dalam keluarganya dilahirkan pada 1820-an di kampung Melapi, Daerah Kinabatangan. Ayahanda almarhum bernama Pengiran Ebey dan bondanya bernama Sitti. 

Manakala moyangnya bernama Pengiran Sandukong Bin Pengiran Basag Bin Pengiran Ambin. Menurut buku bertajuk The White Man Returns yang ditulis oleh Puan Agnes Newton Keith (1951) antara seloka yang terkenal yang selalu dinyanyikan oleh almarhum adalah berbunyi 

I am a Buludupi man 
I have always ruled the Kinabatangan 
No one – Suluk savage, Bajau pirate, 
nor white man Shall take the river from me 

Dari petikan seloka tersebut membuktikan bahawa Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj merupakan seorang pejuang bangsa yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak kedaulatan anak negeri. Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj telah mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan seramai empat orang cahayamata perempuan. Isteri pertamanya bernama Puan Tadok telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Pengiran Pandan. Isteri kedua beliau bernama Puan Andiri telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Pengiran Dagangan. Melalui perkongsian hidup dengan isteri ketiga bernama Puan Rayub telah dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Pengiran Fatimah dan Pengiran Sinyurah.

TOKOH PEMIMPIN ORANG SUNGAI SELEPAS MERDEKA (1963-2009)
Senarai Kepimpinan Orang Sungai 2009

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 

N03-Pitas : YB Bolkiah Haji Ismail-UMNO 
N39-Sugut : YB Datuk Surady Kayong-UMNO 
N41-Gum Gum : YB Datuk Zakaria Haji Mohd Edris-UMNO 
N42-Sungai Sibuga : YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman-UMNO 
N47-Kuamut : YB Masiung Banah-UPKO N48-Sukau : YB Saddi Haji Abdul Rahman-UMNO 
N49-Tungku : YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said-UMNO 
N50-Lahad Datu : YB Datuk (Datu) Nasrun Bin Datu Mansor-UMNO 

Ahli Dewan Rakyat (ADR) / Parlimen 

P167-Kudat : YB Datuk Abdul Rahim Bakri-UMNO 
P176-Kimanis : YB Datuk Anifah Haji Aman-UMNO 
P187-Kinabatangan : YB Datuk Bung Moktar Radin-UMNO.

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI 
DAERAH LABUK/SUGUT BELURAN

Sumber daripada Mahkamah Anak Negeri Beluran

OKK Abd.Rashid Bin Dundulang (Ketua Daerah)
KAN Awang Bangis Tarawie (Mukim Paitan)
KAN Juley Bin Bilak (Mukim Lingkabau)
KAN Hj.Said Bin Puyoh (mukim sungai sugut)
KAN Tasman Taha (Mukim Botition)
KK.Hj.Saruna bin Abd.Hamid KK.Anggas Bin Amat
WKAN Abd.Rajak Bin Hj.Saliun

PIHAK LELAKI MENCARI JODOH

Langkah pertama pihak lelaki memberi isyarat kepada pihak keluarga perempuan dengan memberi samada Air,Kayu,Jenis barangan dapur,Pakaian atau jenis alat solek sebanyak 2 kali,maka masuk ke3 kali pihak keluarga perempuan akan bertanya kepada pihak keluarga lelaki samada barang yang diberikan itu adalah sekadar sedekah sebagai keluarga atau ada tujuan. Jika sekiranya sipemberi (lelaki)tidak ada tujuan cuma sekadar suka-suka sahaja maka pihak keluarga perempuan akan melaporkan kepada ketua kampung dan pihak lelaki akan dijatuhkan hukuman denda nilai 2 gong,pertama kemaluan siperempuan dan kedua kemaluan pihak ibubapa perempuan nilai wang RM20 setiap satu gong.Tujuan denda tersebut ialah supaya mana-mana pihak lelaki tidak memperkecil-kecilkan anak gadis dan keluarganya yang ada disesuatu kampung. Sebaliknya jika pihak lelaki tersebut memang ada tujuan iaitu ingin merisik/meminang maka pihak lelaki kena memberi satu ekor ayam yang cukup besar sebagai tanda menghormati kesucian gadis yang bakal dilamar. Jika pihak perempuan mendapati ada lelaki yang memberi sesuatu yang boleh dijangka bermaksud ingin merisik tetapi pihak perempuan dan keluarga ibubapa tidak setuju dengan pihak keluarga lelaki,maka pihak keluarga perempuan cepat-cepat mengambil tindakan iaitu mengembalikan apa sahaja yang diberikan,kalau bukan ibubapa maka lantik satu wakil untuk melakukanya. Sekiranya cukup 3 hari,barang-barang pemberian itu tidak dikembalikan maka pihak lelaki akan merisik iaitu melantik 2orang wakil untuk merisik iaitu menghantar wang sebanyak RM20 tujuannya menentukan samada pihak keluarga perempuan bersetuju atau tidak.Adakah lelaki lain yang lebih dulu merisik dan setelah genap 3 hari tidak dikembalikan wang risikan tersebut maka proses meminang akan diadakan iaitu pihak lelaki akan memanggil wakil merisik tersebut dan beberapa orang untuk menyempurnakanya. 

Barang-barang meminang yang harus disediakan:  

1.Buka Mulut RM20. 
2.Sebeg pakaian lelaki-ditinggalkan di rumah perempuan selama bertunang. 
3.Sebuah parang bersarung 
4.Golong kawat. 
5.Sebentuk cincin.

ADAT SEMASA NAIK MEMINANG  

Rombongan meminang 7 atau 3 orang dan bungkusan tersebut dipegang oleh timbalan atau ketua rombongan secara amanah kerana bungkusan tersebut tidak boleh diampai atau diletakkan di atas lantai sehingga proses meminang tersebut selesai barulah bungkusan tersebut boleh diletakkan dihadapan ibu dan ayah sigadis. Langkah pertama apabila rombongan pihak lelaki sampai di rumah pihak perempuan maka ketua rombongan akan menyerahkan wang buka mulut sebanyak RM20 barulah pihak ibubapa perempuan boleh membenarkan proses bercerita mengenai maksud kedatangan rombongan tersebut.Setelah itu proses perbincangan akan bermula. Pihak perempuan akan bertanyakan kepada pihak keluarga perkara-perkara yang boleh dibangkitkan contohnya seperti Nazar berapa permintaan pihak perempuan jika jika ada nazar dari pihak perempuan berapa-berapa jumlah yang diminta mestilah ditunaikan secara serta merta dan tidak boleh ditangguh-tangguhkan atau dihutang,begitu juga dengan keluarga yang tidak dapat hadir kerana sesuatu masalah terpaksalah diganti dengan wang RM20 tiap seorang.Semua wang nazar dan wang ganti sebagai menghormati keluarga perempuanyang tidak dapat hadir.Ini jika berlaku sesuatu dan pihak lelaki tidak jadi kahwin maka ianya tidak boleh dikembalikan dan dikira sebagai buang laut.Setelah habis perbincangan pihak perempuan dan semua nazar dan wang ganti keluarga tidak dapat hadir sudah ditunaikan maka pihak keluarga perempuan akan membentangkan jumlah permintaan contoh wang tunai RM5000 tidak termasuk rumah baru,lembu dan kelengkapan set tidur pihak perempuan.Jika permintaan tersebut telah dipersetujui bersama maka pihak perempuan akan menghuraikan semua keburukan dan kebaikan semua keluarga pihak perempuan jika telah dipersetujui maka semua perkara yang dianggap tahlik akan didokumenkan dan disimpan bersama oleh kedua-dua pihak untuk rujukan bersama. Selepas itu,perbincangan tempoh pertunangan sama ada kahwin serta merta atau bertempoh tiga bulan apabila sampai masanya pihak lelaki akan bertemu dengan pihak perempuan  untuk mengunjuk wang permintaan tersebut, tetapi jika wang belum cukup tempoh 3 bulan akan diberikan dan jika sudah 2 kali bertempoh tidak cukup wang juga maka terpulang kepada budi bicara pihak perempuan samada diselesaikan dengan hutang atau terus diputuskan pertunangan. Tempoh bertunang ini sebenarnya tidak terikat dengan hari yang ditetapkan jika pihak lelaki telah dapat mengumpul permintaan pihak perempuan maka bila-bila masa sahaja pihak lelaki boleh membincangkan perkara perkahwinan ini dan boleh dipercepatkan daripada tempoh perjanjian dan jika telah dipersetujui bersama maka kedua2 pihak akan menetapkan tarikh sebenar perkahwinan dengan mengambil kira waktu atau hari yang terbaik mengikut adat dan berpandu kepada sunah nabi.

 Adat sepanjang tempoh pertunangan

* Lelaki naik meminang kemudian memutuskan tunang dengan tidak ada masalah.Hukumnya kena  memberi kemaluan satu Gong atau abos,dan ketetakan satu gong(denda serta merta memutuskan tunang.   * Dalam masa pertunangan antara lelaki dan perempuan jika ada lelaki lain yang mengganggu pertunangan itu sehingga pertunangan itu terpaksa diputuskan,maka lelaki yang menggangu itu kena hukum satu agong,kemaluan satu gong dan semua jumlah kerugian dalam masa pertunagan itu lelaki yang menggangu itu kena membayar balik dan yang sipenggangu tersebut tidak boleh kahwin dengan perempuan tersebut. * Tidak boleh menggunting rambut bagi lelaki dan perempuan yang bertunanag kecuali dengan izin siperempuan atau silelaki atau ahli keluarga masing-masing,kalau terlanggar adat ini mana-mana yang bersalah kena sogit(Kelumbigi). * Tidak boleh pergi ditempat keramaian bagi yang bertunang kecuali dengan izin si tunang  atau ahli keluarga.

 MALAM BERINAI (BERLIMBUN)

Pihak lelaki dan perempuan sama-sama bermuafakat jam berapa waktu subuh-subuh melangsungkan upacara mandi berlimbun.Disinilah mak andam kedu-dua pihak membacakan jampi mentera membuang sial dan memohon kebaikan dan murah rezeki kepada pengantin.Malam berinai ini dimulakan dengan upacara menyimpan atau memandikan bedak kepada pengantin dan menyimpan inai dijari tangan dan kaki. Masa pengantin lelaki naik kerimah pengantin perempuan sebaik-baiknya selepas tengah hari iaitu kira2 jam2 petang hingga jam4 petang.Semasa pengantin lelaki naik perkara-perkara yang perluh disediakan ialah regi-regian atau puketian iaitu alat barangan dapur seperti kuali,pinggan,mangkuk,sudu,kuali kecil(kokompoh)dan gelang leher(manik-manik)semua peralatan dapur mestilah jenis kaca atau yang mudah pecah ,kelengkapan ini ialah kepala buruh atau kepala berian.  Setelah pihak telah sampai dikawasan rumah perempuan pihak perempuan memberi denda kepada pihak lelaki iaitu membuat perarakan rombongan tiga kali pusing atau tujuh kali pusing,berpusing dikelilig rumah pengantin perempuan.Sesuda itu diperesilakan naik kerumah.Pihak perempuan menyediakan sebilah parang,sebuah dulang (talam) yang diisi dengan darah ayam untuk dipijak oleh pengantin lelaki sebagai tanda merestui perkahwinan itu,bersama itu juga mak andam akan menaburkan beras kunyit kepada pengantin lelaki dan rombongan. Selepas iajbkabul telah disempurnakan oleh tuan imam,sapu tangan yang digunakan semasa akad nikah pihak lelaki(pengantin) masuk kebilik pengantin perempuan kemudian saputangan tersebut dipusingkan sebanyak 3kali pusing di atas kepala pengantin perempuan dan melepaskan saputangan tersebut tepat diatas telapak tangan perempuan dan pengantin perempuan menyambutnya sebagai tanda rela menerima lelaki tersebut sebagai suami yang sah disisi undang-undang (istilah mengambil).Sebelum itu lelaki tidak boleh melepaskan saputangan tersebut selepas akad nikah sebelum membatalkan akad nikah tersebut. Semasa pengantin lelaki masuk kebilik perempuan mak andam pengantin perempuan akan meminta rantar kaput(sebilah pisau) dan Singkab Lawang sebanyak 1 pisau dan Rm50 tetapi,jika pengantin perempuan janda atau balu(Rantar Kaput sudah tidak ada lagi),setelah selesai upacara membatal dan memusing dilangsungkan didalam bilik pengantin perempuan,pihak pengantin lelaki boleh mewakilkan kepada mak andam untuk memusing pihak perempuan. Selepas itu barulah upacara bersanding.Berian bagi wanita atau darah ialah RM80 bagi zaman dahulu zaman sekarang RM100 manakala bagi janda atau balu RM40 bagi zaman dahulu dan RM80 pada zaman sekarang.Tidak termasuk undang-undang MUIS dan imam.

UPACARA MUTINGKUANG

Sebelum kedua-dua pengantin naik kerumah pengantin lelaki,perkara-perkara yang mesti ditunaikan oleh pihak lelaki ialah pertama Langkah Selang(langkah laut)sebuah Gadur(jenis barang tembaga),kedua Keseruangan(keizinan masuk kerumah lelaki)satu tembaga,Ingkag(parang yang disimpan pada muka pintu),sebilah parang ketegowongan sebuah tembaga,Gadur atau Selapa(tapak sirih),sebuah talam bersama dengan darah ayam,beras kuning dengan ambiau,tebu untuk tujuan sogit. Pengantin lelaki dan perempuan tidak boleh bermalam dirumah lelaki,mesti balik dirumah pihak pengantin perempuan sebelum waktu subuh,hukumnya (dalilnya)pengantin tidak aman damai dan pendek umur.  

TARIAN TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI (TARIAN RUNSAI)
(Tercatat dalam The Malaysia Book of Records - 2005)

Runsai adalah berasal dari perkataan Bahasa Makiang yang juga dikenali sebagai upacara Meh Basah-basah atau Meh Miau. Dipercayai tarian runsai telah wujud sejak awal tahun 1930-an lagi dan merupakan suatu upacara untuk tujuan perubatan tradisional. Upacara ini diamalkan oleh masyarakat suku kaum Orang Sungai yang mengamal kepercayaan aninisma. Pada tahun 1950-an upacara tarian runsai telah dijadikan wadah dalam mencari jodoh bermula dari upacara pinang-meminang sehinggalah menentukan hantaran yang disampaikan melalui bait-bait pantun semasa berbalas pantun dalam tarian runsai. Tarian runsai merupakan tarian tradisional suku kaum Orang Sungai. Tarian ini tidak menggunakan sebarang jenis alat muzik kecuali menggunakan suara semasa berbalas pantun dan bunyi hentakkan kaki semasa melangkah dan berpusing dalam satu bulatan sambil berpimpinan tangan. Disebabkan oleh kemajuan teknologi hiburan yang serba canggih dan mengasikkan adalah dikhuatiri tarian runsai akan lenyap ditelan zaman. Jesteru, tarian runsai seharusnya diterapkan kepada generasi muda suku kaum Orang Sungai agar mereka boleh meneruskan kesinambungannya sebagai lambang budaya berzaman nenek moyang mereka yang paling unik. Jesteru, pada tahun 2005 tarian runsai telah berjaya dicatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai The Longest Non-stop Runsaiton Performance in Malaysia. Tarian ini dipersembahkan selama tempoh 37 jam tanpa henti dengan melibatkan lebih 500 orang penari secara berganti-ganti dengan memakai pakaian tradisional. Catatan ini telah dibuat dalam satu majlis rasmi bersempana Pesta Sungai Kinabatangan yang diadakan pada 22 September 2005 bertempat di Pentas Dataran Pekan Kota Kinabatangan. Tarian runsai budaya kita, Tinggalan berzaman untuk semua, Kita pelihara tiada ruginya, Agar subur di seantiro dunia.

PERALATAN MUZIK TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI:GABBANG KAYU

Gabbang Kayu merupakan sejenis alat muzik tradisional suku kaum Orang Sungai di Daerah Kinabatangan. Berdasarkan sejarah awal mengenai muzik ini, Gabbang Kayu adalah salah satu alat muzik yang kedua terpenting selepas alat muzik kulintangan tembaga yang dibawa masuk oleh masyarakat Suluk sejak awal 1920-an lagi. Alat muzik Gabbang Kayu diperbuat daripada beberapa jenis kayu yang dipanggil Poggil, Litak dan Tilluh dalam bahasa tempatan. Setiap batang kayu akan dibentuk menjadi kepingan-kepingan kayu supaya menghasilkan nada muzik yang tertentu berdasarkan saiznya. Untuk mendapatkan nada bunyi yang sistematik, setiap kepingan kayu tersebut disusun mengikut prinsip kod muzik terkini. Dengan susunan tersebut seseorang ahli muzik akan dapat memainkan pelbagai rentak lagu yang harmoni serta sedap didengar. Pada masa dahulu, muzik Gabbang Kayu dimainkan sebagai hiburan untuk melepaskan penat lelah setelah selesai melakukan kerja-kerja gotong-royong di ladang sama ada selepas menanam padi ataupun selepas menuai hasil tanaman. Ketika ini muzik Gabbang Kayu dimainkan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis kahwin, majlis sambutan perayaan atau majlis persembahan. Program perantisan seni muzik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Sabah (JKKNS) dengan kerjasama Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) telah memilih muzik Gabbang Kayu sebagai model ke arah pelestarian seni warisan budaya Orang Sungai di Negeri Sabah. Untuk tujuan tersebut sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Kebudayaan Milian Magalai telah ditubuhkan pada 04 Ogos 2006 dengan keahlian seramai 15 orang sahaja yang diterajui oleh Encik Juhari Haji Janan (penasihat), Encik Hamra @ Amrah Haji Liwangsa (ketua kumpulan) dan En. cikgu Arif Amrin (ketua jurulatih). Mereka yang menyertai kumpulan ini adalah terdiri daripada belia dan beliawanis Daerah Kinabatangan. Pada November 2007 kumpulan ini telah mewakili Negeri Sabah ke festival kesenian rakyat Malaysia di Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan.

MENANGKAP IKAN CARA TRADISIONAL:BALIUNGAN

Baliungan adalah satu-satunya aktiviti menangkap ikan secara tradisional yang berkonsepkan falsafah gotong-royong yang terdapat di Daerah Kinabatangan khususnya di Kampung Bilit. Kaedah ini menggunakan beberapa jenis alat menangkap ikan yang dikenali sebagai rambat (jala) dan perahu yang dipanggil damas yang lengkap dengan pengayuhnya. Bilangan peserta dalam aktiviti ini sekurang-kurangnya tiga buah perahu. Setiap perahu harus mempunyai seorang tukang rambat dan seorang pengemudi perahu. Mereka perlu cekap dan tangkas bagi membolehkan mendapat hasil yang lumayan. Peserta akan menghalau kumpulan ikan menggunakan perahu damas yang disusun dalam barisan berbentuk V. Perahu akan dikayuh kehadapan dan menyebabkan ikan-ikan berkumpul dipertengahan barisan V. Setelah dikesan bahawa ikan-ikan telah banyak terkepung dalam susunan perahu tadi maka salah seorang peserta yang berpengalaman akan memberi isyarat dengan melaungkan bilok-bilok untuk mengarahkan para peserta membelok ke arah tengah barisan untuk menebar rambat. Keadaan ini amat menyeronokkan terutama kepada mereka yang mendapat hasil tangkapan yang lumayan. Untuk memudahkan operasi baliungan terdapat beberapa bahasa isyarat digunakan dan perlu difahami oleh setiap peserta seperti liung-liung, angkat, bilok, sampok, tahan, gostan, mogsak, menalabid rambot dan barambangan. Kesemua bahasa isyarat ini akan membantu operasi baliungan berjalan dengan lancar disamping membantu mendapatkan hasil yang lumayan. Danau Bilit merupakan sebuah tasek ladam dan tempat aktiviti baliungan sering kali dijalankan. Danau Bilit merupakan penyumbang utama hasil sungai seperti udang galah, ikan tapah, ikan patin, ikan baung dan pelbagai jenis ikan lagi. Telah menjadi amalan masyarakat di Kampung Bilit kepada mereka yang tidak berkesempatan menyertai aktiviti baliungan akan diberi sebahagian hasil tangkapan yang ditinggalkan di lanting (jetty) mereka masing-masing. (Teks ini telah disunting daripada buletin partners for wetlands - WWF Malaysia)

KOLEKSI MENU MASAKAN TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI

IKAN BAUNG / SOPONG PANGGANG

Bahan-bahannya 1kg Ikan baung / sopong 100 ml Air asam jawa 1 sudu besar Serbuk kunyit 1 sudu besar Serbuk lada 6 helai Daun pisang 4 biji Lada kering (ditumbuk) Bahan untuk sambal 3 ulas Bawang merah (dihiris) 1 sudu besar Belacan 4 sudu besar Air asam jawa 6 biji Cili api 6 biji Cili merah Gula secukup rasa Cara membuat sambal Bawang merah, belacan, cili api dan cili merah ditumbuk halus kemudian campurkan air asam jawa, air garam dan gula. Hidang bersama dengan ikan yang sudah dimasak. Cara memanggang ikan Ikan dicuci dan dibersihkan, perapkan ikan dengan air asam jawa, serbuk kunyit, serbuk lada dan lada kering. Bungkus dalam daun pisang. Panggang diatas arang kayu sehingga masak. Kemudian pindahkan ikan tadi dan letakkan ke dalam piring. Sediakan untuk dihidang bersama sambal.

IKAN BAUNG / SOPONG MASAK ASAM AMPAP

Bahan-bahannya 500 gm Ikan Baung / Sopong 10 gm Halia (ditumbuk) 10 gm Lengkuas (ditumbuk) 10 gm Isi kunyit (ditumbuk) 1 batang Serai (ditumbuk) 1 biji Bawang besar (ditumbuk) 100 gm Ubi kentang 4 cawan air Air garam dan air asam jawa Lada merah dan lada hijau untuk hiasan Cara membuatnya Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk di atas dengan ikan dan ubi kentang kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukan air garam dan air asam jawa. Biarkan mendidih sehingga masak. Kemudian masukan lada hijau dan lada merah. Sediakan untuk dihidang. (Koleksi telah disunting daripada Buku Cenderamata Pesta Sungai Kinabatangan 2006 yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Memasak Tradisional Suku Kaum Sungai sempena Pesta Sungai Kinabatangan 2005).

Who are the Paitanic?

The Paitanic people groups in Sabah include the Tambanua (Tombonuo), Linkabau, Abai Sungai, Upper Kinabatangan, Kalabuan, Dusun Segama, and Sinabu Dusun. Linguistically, the Tambanua and Linkabau are closely related and the Upper Kinabatangan, Kalabuan, Dusun Segama, Sinabu, Lanas Lobu, and Tampias Lobu are similar. The Abai Sungai dialect is not closely related. According to the 2000 Malaysian census, the total population for these peoples was 52,508. The Tambanua is by far the largest at 24,266 with all the others being under 10,000. The Tambanua and Linkabau are found in the Beluran (Labuk-Sugut), Pitas, and Kota Marudu districts in northern Sabah. The Abai Sungai are found along the lower Kinabatangan river in the eastern part of the Kinabatangan district. The Tampias Lobu are found in three villages in Ranau around the town of Tampias. The Upper Kinabatangan, Dusun Segama, and Sinabu are primarily along the upper reaches of the Kinabatangan River. The Lanas Lobu (including Rumanau) are found in the Keningau and Kinabatangan districts.

What are their lives like?

Most of these peoples are primarily agriculturists with rice being the most important crop. The family and the village are the basic structures around which these peoples center their lives. Families provide for most of their individual needs by rice farming or fishing and equally sharing the work load. The family has the use of village land based on its residence in the village, but it does not actually own the land. One of the distinguishing features of many villages is their role as a ceremonial unit. Ceremonies are performed for the health and welfare of an individual, a family, and the village as a whole. During some ceremonies, the village pathways are sealed off and outsiders kept away to ensure trespassing does not disturb those spirits.

What do they believe?

Traditionally these peoples were animists, although both Christianity and Islam have taken root. Animistic practices have become intertwined with Muslim customs in some villages. Allah is thought to be incomprehensible and unreachable, while demons are in contact with man daily. Shamans use chicken sacrifices in an attempt to placate these spirits when their displeasure becomes apparent in the form of sickness. Christian outreach has made progress through means of community development and education. Muslim outreach carries out similar activities, such as working in wet rice production and cash crop expansion, in order to expand the influence of their religion. Animistic practices still exert a powerful influence even over those professing to be Christian or Muslim. Most of the important village ceremonies are attended by all, regardless of religious affiliation. Christian substitutes for harvest, fertility and village renewal ceremonies have not been widely accepted and most villagers still are active in traditional rituals associated with animism. What are their needs?Community development work is seen as a viable way to bless the community and to help these groups adapt to their changing world. Pray that believers will provide health care, nutrition, literacy, and agriculture programs, while at the same time be able to share the truth of the good news. Portions of the Word are available in only some of these languages.

Kajian-kajian yang pernah dibuat terhadap orang sungai 
(ETHNIC GROUP INDEX TOMBONUWO) 

1. Appell, G.N.1991 Errors in Borneo ethnography: Part 1.BRB 23:85–94.Asmah Haji Omar. 

2. 1981 Paitan. Linguistics across continents: Studies in honor of Richard S.Pittman, ed.by Andrew Gonzalez and David Thomas, 60–79(Linguistic Society of the Philippines Monograph 2). Manila: Summer Institute of Linguistics and Linguistic Society of the Philippines. 

3.Bornean notes from a lady’s diary 1890 BNBH 8(1):14–17.Boutin, Michael E. and Inka Pekkanen, eds. 1993 Phonological descriptions of Sabah languages (Sabah Museum Monograph, vol.4). Kota Kinabalu: Sabah State Museum. Clayre,B.M. 

4.1996 The changing face of focus in the languages of Borneo.papers in Austronesian linguistics, No. 3, ed. by Hein Steinhauer, 51–88 (Pacific Linguistics, Series A,No. 84). Canberra: Australian National University. 

5.Handbook of North Borneo, 1890 1890 London: British North Borneo (Chartered) Co.Hukum-hukum adat istiadat suku-suku kaum Daerah Kota Marudu [Customary laws of the people of the Kota Marudu District] 1987 Kudat: Syarikat Perusahaan Percetakan TEP.Justin bin Sansalu 

6.1990 Omulok, roraa om Sulutan-i. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales],ed. by John Wayne King and Julie K. King, 77–82 (Sabah Folk Tales, No. 4).Kota Kinabalu:Department of Sabah Museum and State Archives. 

7.1990 Polanok om lolondu. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. By John Wayne King and Julie K. King, 3–8 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.Combrink, Soderberg, Boutin, and Boutin 

8.Keith, H. G.1952 A preliminary list of North Borneo plant names. North Borneo Forest Records, 2(2nd edition). Hong Kong: Ye Olde Printerie.King, John Wayne 

9.1988 Tambanua clauses. Borneo language studies 1: Sabah syntax papers, ed. By Charles Peck, 149–174 (Language Data Asia-Pacific Series, No. 14). Dallas:Summer Institute of Linguistics. 

10.(1993 Tombonuwo phonemics.) Phonological descriptions of Sabah languages, ed. By Michael E. Boutin and Inka Pekkanen, 97–106 Sabah Museum Monograph, vol.4). Kota Kinabalu: Sabah State Museum. 

11.King, John Wayne and Julie K. King 1984 Tambanua/Sungai cultural photographs. Unpublished MS.1985 Tambanua cultural photographs. Unpublished MS.1986 Kinship system and marriage patterns in Sungai/Tombonuo. SMAJ 1(1):3–10.1988 Katu kou sompungu. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL.1988 Sungai trilingual dictionary. Unpublished MS.1990 Mongobasa' toko (Pontudukan togna' Sungai/Tombonuo. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL. 

12.1991 Bugang from above meets the young man from below. The maiden of many nations: The skymaiden who married a man from earth, ed. by Hazel J.Wigglesworth, 268–275. Manila: Linguistic Society of the Philippines. 

13.1991 Buuk ponuratan so mongobasa' toko. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL.1992 Kamus kigambar: Kamus bergambar [Picture dictionary] (Series D, No. 1). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 1997 Kamus Bahasa-bahasa Paitanic [A Paitanic language dictionary]. Kota Kinabalu:Sabah State Museum.King, John Wayne and Julie K. King, compilers 1985 Sungai language lessons. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah. 

14.1988 Buuk totongaron tolu nobaasa: Buku frasa tiga bahasa [A tri-lingual phrase book:Sungai (Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia English] (Series A, No. 1).Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

15.1990 Totongaron Sungai/Tombonuwo-Molayu-Inggilis: Perbendaharaan kata Sungai/Tombonuwo (Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia-Inggeris [Sungai/Tombonuwo (Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia-English vocabulary](Series B, No. 2). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

16.King, John Wayne and Julie K. King, eds.1990 Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo[Sungai/Tombonuwo folk tales] (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu:Department of Sabah Museum and State Archive. 

17.King, John Wayne and Stephen H. Levinsohn1991 Participant reference in Tombonuo. Thematic continuity and development in languages of Sabah, ed. by Stephen H. Levinsohn, 75–92 (Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra: Australian National University. 

18.King, Julie K.1984 The Paitanic language family. Languages of Sabah: A survey report, ed. by Julie 

19.K.King and John Wayne King, 139–153 (Pacific Linguistics, Series C, No. 78).Canberra: Australian National University.1989 Mongobasa' toko, totongaron Sungai/Tombonuo [Sungai-Tombonuo primer].Unpublished MS.1991 Buuk insuwon nu guru mongajar mongobasa' toko: Totongaron SungaiTambanuwo [Teacher’s guide, reading]. Unpublished MS.1991 Thematic continuity and development in Tombonuo narrative discourse. Thematic continuity and development in languages of Sabah, ed. by Stephen H.Levinsohn,45–74 (Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra: Australian National University. 

20.King, Julie K. (nee Blom)1979 Dialect comparison and bilingualism: The Kudat Division. Sabah Museum Annals 1:23–46. Kota Kinabalu: Sabah State Museum.Klagan tamu1933 BNBH (1 September 1933):154–155.Kopunti binte Komangsi. 

21.1990 Omulok nu Lopung. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng.Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 15–21 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

22.Levinsohn, Stephen H.1991 Introduction. Thematic continuity and development in languages of Sabah, ed. By Stephen H. Levinsohn, 1–6 (Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra:Australian National University. 

23.Madi bin Torokok1990 Duwo koyuwan asi-asi. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne Kingand Julie K. King, 61–72 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

24.Maria Ajik 1990 Etnobotani suatu masyarakat di Bukit Garam, Sandakan, Sabah: Kajian kes atas Orang Sungai. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia thesis.Nathesan, S.1995 Kata ganti dan sistem panggilan serta rujukan dalam Bahasa Tambanua. DewanBahasa 39(2):159–165.Olitang bin Sumod 

25.1990 Si Songaki om Si Likion kianak ido nu mayo. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 29–34 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu:Department of Sabah Museum and State Archives.Combrink, Soderberg, Boutin, and Boutin Otong binte Igan 

26.1990 Intuu nu Bugang om omulok riniba. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 43–59 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.

27.1990 Korabau inokan nu kolotagu. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 9–14 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

28.1990 Roraa nu solan om omulok. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 23–27 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

29.1990 Roraa om ino niyo. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 35–41 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives. 

30.Peck, Charles, ed.1988 Borneo language studies 1: Sabah syntax papers (Language Data Asia-Pacific Series, No. 14). Dallas: Summer Institute of Linguistics.Perayaan Sabah 100 tahun: Peringkat Daerah Kota Marudu 1981 Kota Kinabalu: Jawatankuasa Pesta Rakyat Perayaan Sabah Seratus Tahun. 

31.Podtung, Emmanuel 1988 Montuk and the Tagahas people. Tales and traditions from Sabah, ed. by Ignatia Olim Marsh, 5–8. Kota Kinabalu: The Sabah Society.Pryer, Ada 1894 A decade in Borneo. London: Hutchinson & Co. Pryer, W. B.1883 Notes on north-eastern Borneo and the Sulu Island. Proceedings of the RoyalGeographical Society 5:90–96.Rutter, Owen 

32.1922 British North Borneo: An account of its history, resources and native tribes.London: Constable & Co.Sabah Tourist Association 1988 Exotic Borneo: A guide book to Sabah, vol.5.Kota Kinabalu: Sabah Tourist Association and the Sabah Cheap Offers: