Suku Kaum Sungai
Sabah
"Tooi yoh toko kiawi pemaju nu bangsa toko kendiri...isoi
kuwai info bekaitan leboh sungoi toi toko yo mukongsi2 maklumat..ado ya
erugi..itu ewarong supaya bangsa toko tu dai oogel sewenuwe tu om dai
epupus...keleleingan teke pena walupun esuang dai moileh mutangar nu lalem
sungei tapi sekurang2 nio koileh sabat2 bekaitan no leboh sungei...aku pena
sebana nio dai ya moileh bana mutangar nu lalem sungoi nga berebagon ku ya
itu..sekurang2 nio boleh yaa sabat2...bana be ken eyoo..hehehehe:-).. Eng kwai
esalah todoki muyo aku be eyo..Seruangan insan kali too moingin aku muserita
sabat ataupena mokongsi sabat2 bekaitan nu leboh sungei.Serita eto inalapku
unkiat seartikel...eng kwai esalah miki maaf aku be..soko tangar ku ri sisuna
todoki muyo aku.."
Sejarah Awal Orang
Sungai
Diperolehi daripada artikel tulisan oleh:
Hamra @ Amrah Bin Haji Liwangsa
Haji Abdul Hamid Bin Ahmad
Haji Halim Bin Haji Akmad
Abdul Razak Bin Haji
Jamil
Jumadil Bin Haji
Akmad
Abdul Kadir Bin Haji
Jamil
Abd Manap Bin Abd Rahim
Berdasarkan sejarah awal penduduk Pulau Borneo tergolong
dalam kelompok Austronesia, iaitu daripada kelompok Negrito dan Austroloid.
Kelompok ini telah meninggalkan Tanah Melayu bersama-sama penduduk Austronesia
yang lain selepas zaman air batu, iaitu kira-kira 2,500 - 5,000 tahun yang
lalu. Mereka memulakan penghidupan baru dan berhijrah dari suatu tempat ke
suatu tempat yang lain disamping mengamalkan pertanian pindah (shifting
cultivation) dalam menyara hidup seharian mereka.
Amalan ini telah dilakukan
untuk beberapa lama sehinggalah mereka sampai di Utara Pulau Borneo. Perubahan
hidup masyarakat ketika itu telah bermula dengan petempatan secara kekal dan
bertumpu di tebing sebuah tasek yang dikelilingi oleh pokok-pokok Ara di ulu
Sungai Labuk yang dikenali dengan nama Nunuk Ragang. Tidak dapat dipastikan
samada Kampung Nunuk Ragang yang terletak tidak jauh dari jambatan Tampias
ketika ini adalah kampung yang dimaksudkan dalam sejarah penghijrahan awal ini.
Salah satu suku etnik yang terdapat disini adalah suku kaum Orang Sungai.
Dari
segi catatan sejarah, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881,
apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi
menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada
ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak
dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan berkebolehan
mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang
dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan.
Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul
masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan
masyarakat ini dengan panggilan the river people. Selepas peristiwa tersebut
dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC)
panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal
digunakan, bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi
juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar
sedemikian. Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai
Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di
tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut,
Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini
boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan
sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai.
Sistem
Kepercayaan dan Adat Resam Suku kaum Orang Sungai menganut fahaman yang
berbeza-beza, ada yang beragama Islam, Kristian dan ada yang masih mengamalkan
fahaman Animisma.Mereka yang menganut agama Islam pada asasnya adalah terdiri
daripada mereka yang berkahwin campur dengan peniaga Suluk. Orang Sungai
mengamalkan adat resam yang dipusakai daripada nenek moyang mereka yang banyak
menerima pengaruh animisma dan kini pengaruh Islam. Mereka mengamalkan adat
bersanding semasa majlis perkahwinan, adat bertimbang, adat menggunting rambut
kanak-kanak dan adat melenggang perut. Pemilihan jodoh bermula dengan istiadat
merisik calon isteri. Setelah istiadat merisik maka istiadat meminang pula
dilakukan. Dalam istiadat ini, rombongan pihak lelaki bertandang ke rumah
keluarga gadis pilihan untuk meminang secara rasmi. Selepas itu, istiadat
menghantar damak atau pemberian dilakukan. Pada hari tersebut tarikh
perkahwinan dan belanja hantaran untuk majlis perkahwinan akan ditentukan.
Istiadat perkahwinan dalam kalangan masyarakat suku kaum Orang Sungai dilakukan
mengikut amalan agama masing-masing.
Kesenian Dan Artifak
Kesenian dan artifak
suku kaum Orang Sungai terserlah dan dapat disaksikan melalui senibina, seni
tampak, seni tari, sistem nilai dan budaya mereka yang penuh kelembutan dan
keunikan. Dari aspek seni bina bukan sahaja mereka mampu menghasilkan binaan
rumah yang kukuh dan unik malahan turut dihiasi ukiran kayu yang halus. Selain
daripada itu, masyarakat ini juga terkenal dengan hasil kraftangan yang halus
dan berbagai motif seperti yang terdapat pada tudung saji, tikar mengkuang,
sulaman, tekat, tenunan yang halus dengan rapi pada sarung bantal dan baju
tradisional.
Seni hias yang menarik seperti serimpak pada pengantin perempuan
serta seni hias sempangan yang diperbuat daripada perca kain beraneka warna
dijadikan perhiasan pada dinding dan lelangit rumah semasa majlis perkahwinan.
Penggunaan peralatan muzik tradisi yang unik dan rancak seperti yang terdapat
pada permainan kulintangan, gabbang kayu, gong dan gendang yang mampu dimainkan
dalam berbagai rentak dan tempoh.
Manakala gesekan kecapi yang merdu boleh
didengar ketika majlis perkahwinan disempurnakan. Seni silat yang dinamik serta
seni tari yang gemalai pula, dapat dilihat dalam rangkaian gerak tari tarian
runsai, titikas, menumpos, abungan, mengalai serta sumarikayau. Semua kegiatan
seni ini diperkembangkan serta diwariskan kepada generasi muda suku kaum Orang
Sungai demi memastikan kesinambungannya berterusan serta tetap terpelihara.
Ekonomi dan Kerjaya
Ekonomi suku kaum
Orang Sungai banyak bergantung pada sumber alam semulajadi sekeliling mereka.
Bersesuaian dengan asas kemunculan tamadun mereka yang gemar mendiami lembangan
sungai, kerjaya suku kaum Orang Sungai bermula sebagai nelayan tradisional di
sungai. Pada suatu ketika dahulu, kerjaya mereka adalah sebagai pekerja balak
dan kini sebagai petani yang berdaya maju. Malahan suku kaum Orang Sungai juga
terkenal sebagai penuai sarang burung yang sangat mahir dan berani disamping
memiliki beberapa jenis peralatan penuaian sarang burung yang canggih diwarisi
dari nenek moyang mereka.
Teknik dan penggunaan peralatan penuaian ini masih
lagi praktikal digunakan sehingga kini yang terdapat di Gua Gomantong, Gua
Madai dan Gua Batu Timbang. Sejajar dengan perubahan masa dan kepekaan terhadap
kepentingan pendidikan, masyarakat ini telah banyak melahirkan generasi baru
yang berjaya mendapat kelulusan yang cemerlang dalam bidang akademik di
peringkat universiti dan ketika ini ramai telah berkhidmat dalam pelbagai
sektor sebagai doktor, peguam, pentadbir, pendidik, ahli korporat, tokoh
politik dan berbagai lagi.
Sistem Dan Hiraki
Kepimpinan
Sistem dan hiraki kepimpinan suku kaum Orang Sungai terdiri
daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Orang Tua
atau Ketua Kampung. Mereka dilantik oleh kerajaan kerana berpengaruh dan
berwibawa dalam menyelesai masalah masyarakat terutama dalam bidang adat
istiadat suku kaum Orang Sungai tanpa mengira kepercayaan agama mereka
masing-masing.
Gelaran Orang Kaya-Kaya (OKK) diberi kepada Ketua Daerah yang
menjadi ketua kepada sesebuah daerah. Gelaran kepada Ketua Anak Negeri yang
membantu mentadbir daerah tersebut pula diberi gelaran sebagai Panglima. Satu
gelaran yang tertinggi dalam masyarakat Orang Sungai adalah Gelaran Tagajoh
Gayoh (Pemimpin Agung) yang dianugerahkan kepada seseorang pemimpin yang
dipilih berdasarkan jasa dan sumbangan kepada bangsa, agama dan Negara.
Sementara Gelaran Tagajoh (Pemimpin) adalah satu lagi gelaran kedua tertinggi
yang dianugerahkan kepada beberapa orang pemimpin terpilih berdasarkan kepada
kepimpinan, perjuangan dan khidmat bakti khususnya kepada masyarakat Orang
Sungai. Kedua-dua gelaran ini dimashyurkan oleh sebuah jawatankuasa khas yang
diwakili oleh semua ketua suku kaum Orang Sungai yang terdiri daripada 30
sub-etnik dari seluruh Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS).
Dalam masyarakat suku kaum Orang Sungai
yang beragama Islam, Imam adalah pemimpin yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal
keagamaan. Manakala mereka yang masih menganut fahaman animisma, pemimpin
mereka adalah Ketua Kampung atau Orang Tua. Masyarakat suku kaum Orang Sungai
yang menganut agama Kristian pula merujuk kepada paderi untuk menyelesaikan
hal-ehwal keagamaan mereka.
TOKOH PEMIMPIN ORANG
SUNGAI SEBELUM MERDEKA (1782-1963)
Ketika ini terdapat
dua orang tokoh pemimpin orang sungai yang dapat dikenalpasti yang telah banyak
berjuang menentang pentadbiran penjajah sebelum Negeri Sabah merdeka menerusi
Malaysia pada 1963.Mereka yang dimaksudkan adalah Almarhum Pengiran Digadong
Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey dari Daerah Kinabatangan dan Almarhum Datuk
Maharajalela Adui Unggu atau lebih dikenali dengan nama Pak Musa dari Daerah
Beaufort.
SEDIKIT SEJARAH
TENTANG PENGIRAN DIGADONG SAMAH AL-HAJ BIN PENGIRAN EBEY (1820-1884)
Oleh :
Encik Hamra @ Amrah Bin Haji Liwangsa
12 Februari 1884 bersamaan 15 Rabiulawal 1305H adalah suatu
tarikh keramat bagi keturunan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin
Pengiran Ebey kerana pada tarikh tersebut telah terukir satu catatan sejarah
yang terulung di Negeri Sabah dalam memperjuangkan hak asasi warisan anak
negeri disamping menjunjung kedaulatan tanahair, maruah bangsa serta menegakkan
martabat agama semasa zaman penjajahan kolonial British. Menurut laporan akbar
The North Borneo Herald bertarikh 01 Mac 1884 bahawa pada tarikh tersebut
bertempat di Kampung Melapi Kinabatangan, almarhum telah gugur (Francis, 1986)
dalam pertempuran sengit dengan segorombolan askar yang diketuai oleh Sir
William Hood Treacher gabenor pertama British di Negeri Sabah, Mr. William
Pryer residen pertama Sandakan dengan ditemani oleh Mr. De Fontaine ketua
inspektor, Mr. W.R. Flint dan 30 orang pengikut yang berpangkat konstabel (Diari
De Fontaine, 1884).
Peristiwa ini berlaku disebabkan kepentingan ekonomi,
politik dan perbalahan ke atas sistem penuaian hasil sarang burung di Gua
Gomantong yang dikuatkuasakan oleh pihak penjajah British yang tidak
dipersetujui oleh almarhum dan para pengikutnya. Walaupun pada tarikh tersebut
almarhum gugur secara tragik dalam perjuangannya namun semangat keberanian dan
keperwiraan almarhum tetap segar dalam kenangan sehingga ke akhir zaman.
Jesteru, pada hari ini makam almarhum yang terletak di Kampung Melapi
Kinabatangan masih lagi tersergam kukuh dan menjadi salah sebuah tempat yang
paling bersejarah di Daerah Kinabatangan. Almarhum adalah seorang pemimpin yang
sangat berpengaruh dan ketua masyarakat bangsa Sungai Buludupi yang merupakan
salah satu kumpulan etnik yang terawal mendiami kawasan Sungai Kinabatangan dan
Sungai Segaliud (Ian, 1983).
Pada 03 September 1999, Jabatan Muzium Negeri
Sabah telah menobatkan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran
Ebey (1820-1884) sebagai salah seorang pahlawan Sabah yang terbilang di Pantai
Timur Negeri Sabah khususnya di Gua Gomantong Kinabatangan. Mengikut Danny
(2000) penentangan almarhum terhadap zaman penjajahan Koloni British telah
mendahului penentangan Panglima Kendurung di Kawang (1885), Pengiran Shahbandar
Hassan di Padas Damit (1888-1889) seterusnya Paduka Mat Salleh di Labuk-Sugut
(1894-900).
Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey adalah
pewaris Gua Gomantong yang diwarisi daripada datuknya Pengiran Sandukung.
Dengan menguasai pentadbiran penuaian hasil sarang burung di Gua Gomantong
keluarga almarhum merupakan sebuah keluarga yang berada serta sangat
berpengaruh di kawasan tersebut. Sejarah pewarisan Gua Gomantong tercatat dalam
kebanyakkan buku sejarah tentang Negeri Sabah terutama semasa penjajahan The
British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Pengiran Sandukung telah
mendapat kuasa mutlak keatas pentadbiran Gua Gomantong daripada Sultan Sulu
sejak 1782 (Danny, 2000).
Beberapa tahun selepas pertempuran di Kampung Melapi,
keluarga almarhum secara berperingkat-peringkat berhijrah ke tempat lain dan
membuat petempatan baru di Kampung Bilit kemudian di Kampung Sukau, Kampung
Suan Lamba, Kampung Sentosa Jaya dan pada ketika ini sudah menetap di beberapa
tempat lain di seluruh Malaysia. Menyedari hakikat ini, satu usaha telah
digembleng oleh anak cucu almarhum untuk mengumpul segala manuskrip termasuklah
artifak budaya untuk direkodkan sebagai satu fakta sejarah Negeri Sabah yang
terawal sekali.
Usaha ini telah dimulakan dengan pengumpulan salasilah
keturunan Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey. Almarhum
Pengiran Digadong Samah Al-Haj merupakan anak tunggal dalam keluarganya
dilahirkan pada 1820-an di kampung Melapi, Daerah Kinabatangan. Ayahanda almarhum
bernama Pengiran Ebey dan bondanya bernama Sitti.
Manakala moyangnya bernama
Pengiran Sandukong Bin Pengiran Basag Bin Pengiran Ambin. Menurut buku bertajuk
The White Man Returns yang ditulis oleh Puan Agnes Newton Keith (1951) antara
seloka yang terkenal yang selalu dinyanyikan oleh almarhum adalah berbunyi
I am
a Buludupi man
I have always ruled the Kinabatangan
No one – Suluk savage,
Bajau pirate,
nor white man Shall take the river from me
Dari petikan seloka
tersebut membuktikan bahawa Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj merupakan
seorang pejuang bangsa yang sanggup berkorban demi mempertahankan hak
kedaulatan anak negeri. Almarhum Pengiran Digadong Samah Al-Haj telah
mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan seramai empat orang cahayamata
perempuan. Isteri pertamanya bernama Puan Tadok telah dikurniakan seorang
cahayamata bernama Pengiran Pandan. Isteri kedua beliau bernama Puan Andiri
telah dikurniakan seorang cahayamata bernama Pengiran Dagangan. Melalui
perkongsian hidup dengan isteri ketiga bernama Puan Rayub telah dikurniakan dua
orang cahayamata iaitu Pengiran Fatimah dan Pengiran Sinyurah.
TOKOH PEMIMPIN ORANG
SUNGAI SELEPAS MERDEKA (1963-2009)
Senarai Kepimpinan
Orang Sungai 2009
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
N03-Pitas : YB Bolkiah
Haji Ismail-UMNO
N39-Sugut : YB Datuk Surady Kayong-UMNO
N41-Gum Gum : YB Datuk
Zakaria Haji Mohd Edris-UMNO
N42-Sungai Sibuga : YAB Datuk Seri Panglima Musa
Haji Aman-UMNO
N47-Kuamut : YB Masiung Banah-UPKO N48-Sukau : YB Saddi Haji
Abdul Rahman-UMNO
N49-Tungku : YB Datuk Mohd Suhaili Haji Said-UMNO
N50-Lahad
Datu : YB Datuk (Datu) Nasrun Bin Datu Mansor-UMNO
Ahli Dewan Rakyat (ADR) /
Parlimen
P167-Kudat : YB Datuk Abdul Rahim Bakri-UMNO
P176-Kimanis : YB Datuk
Anifah Haji Aman-UMNO
P187-Kinabatangan : YB Datuk Bung Moktar Radin-UMNO.
ADAT ISTIADAT
PERKAHWINAN SUKU KAUM ORANG SUNGAI
DAERAH LABUK/SUGUT BELURAN
Sumber daripada
Mahkamah Anak Negeri Beluran
OKK Abd.Rashid Bin Dundulang (Ketua Daerah)
KAN Awang Bangis Tarawie (Mukim Paitan)
KAN Juley Bin Bilak (Mukim Lingkabau)
KAN Hj.Said Bin Puyoh (mukim sungai sugut)
KAN Tasman Taha (Mukim
Botition)
KK.Hj.Saruna bin Abd.Hamid KK.Anggas Bin Amat
WKAN Abd.Rajak Bin Hj.Saliun
PIHAK LELAKI MENCARI
JODOH
Langkah pertama pihak lelaki memberi isyarat kepada pihak
keluarga perempuan dengan memberi samada Air,Kayu,Jenis barangan dapur,Pakaian
atau jenis alat solek sebanyak 2 kali,maka masuk ke3 kali pihak keluarga
perempuan akan bertanya kepada pihak keluarga lelaki samada barang yang
diberikan itu adalah sekadar sedekah sebagai keluarga atau ada tujuan. Jika
sekiranya sipemberi (lelaki)tidak ada tujuan cuma sekadar suka-suka sahaja maka
pihak keluarga perempuan akan melaporkan kepada ketua kampung dan pihak lelaki
akan dijatuhkan hukuman denda nilai 2 gong,pertama kemaluan siperempuan dan
kedua kemaluan pihak ibubapa perempuan nilai wang RM20 setiap satu gong.Tujuan
denda tersebut ialah supaya mana-mana pihak lelaki tidak memperkecil-kecilkan
anak gadis dan keluarganya yang ada disesuatu kampung. Sebaliknya jika pihak
lelaki tersebut memang ada tujuan iaitu ingin merisik/meminang maka pihak
lelaki kena memberi satu ekor ayam yang cukup besar sebagai tanda menghormati
kesucian gadis yang bakal dilamar. Jika pihak perempuan mendapati ada lelaki
yang memberi sesuatu yang boleh dijangka bermaksud ingin merisik tetapi pihak
perempuan dan keluarga ibubapa tidak setuju dengan pihak keluarga lelaki,maka
pihak keluarga perempuan cepat-cepat mengambil tindakan iaitu mengembalikan apa
sahaja yang diberikan,kalau bukan ibubapa maka lantik satu wakil untuk
melakukanya. Sekiranya cukup 3 hari,barang-barang pemberian itu tidak
dikembalikan maka pihak lelaki akan merisik iaitu melantik 2orang wakil untuk
merisik iaitu menghantar wang sebanyak RM20 tujuannya menentukan samada pihak
keluarga perempuan bersetuju atau tidak.Adakah lelaki lain yang lebih dulu
merisik dan setelah genap 3 hari tidak dikembalikan wang risikan tersebut maka
proses meminang akan diadakan iaitu pihak lelaki akan memanggil wakil merisik
tersebut dan beberapa orang untuk menyempurnakanya.
Barang-barang meminang yang
harus disediakan:
1.Buka Mulut RM20.
2.Sebeg pakaian lelaki-ditinggalkan di
rumah perempuan selama bertunang.
3.Sebuah parang bersarung
4.Golong kawat.
5.Sebentuk cincin.
ADAT SEMASA NAIK
MEMINANG
Rombongan meminang 7 atau 3 orang dan bungkusan tersebut
dipegang oleh timbalan atau ketua rombongan secara amanah kerana bungkusan
tersebut tidak boleh diampai atau diletakkan di atas lantai sehingga proses
meminang tersebut selesai barulah bungkusan tersebut boleh diletakkan dihadapan
ibu dan ayah sigadis. Langkah pertama apabila rombongan pihak lelaki sampai di
rumah pihak perempuan maka ketua rombongan akan menyerahkan wang buka mulut
sebanyak RM20 barulah pihak ibubapa perempuan boleh membenarkan proses bercerita
mengenai maksud kedatangan rombongan tersebut.Setelah itu proses perbincangan
akan bermula. Pihak perempuan akan bertanyakan kepada pihak keluarga
perkara-perkara yang boleh dibangkitkan contohnya seperti Nazar berapa
permintaan pihak perempuan jika jika ada nazar dari pihak perempuan
berapa-berapa jumlah yang diminta mestilah ditunaikan secara serta merta dan
tidak boleh ditangguh-tangguhkan atau dihutang,begitu juga dengan keluarga yang
tidak dapat hadir kerana sesuatu masalah terpaksalah diganti dengan wang RM20
tiap seorang.Semua wang nazar dan wang ganti sebagai menghormati keluarga
perempuanyang tidak dapat hadir.Ini jika berlaku sesuatu dan pihak lelaki tidak
jadi kahwin maka ianya tidak boleh dikembalikan dan dikira sebagai buang
laut.Setelah habis perbincangan pihak perempuan dan semua nazar dan wang ganti
keluarga tidak dapat hadir sudah ditunaikan maka pihak keluarga perempuan akan
membentangkan jumlah permintaan contoh wang tunai RM5000 tidak termasuk rumah
baru,lembu dan kelengkapan set tidur pihak perempuan.Jika permintaan tersebut
telah dipersetujui bersama maka pihak perempuan akan menghuraikan semua
keburukan dan kebaikan semua keluarga pihak perempuan jika telah dipersetujui
maka semua perkara yang dianggap tahlik akan didokumenkan dan disimpan bersama
oleh kedua-dua pihak untuk rujukan bersama. Selepas itu,perbincangan tempoh
pertunangan sama ada kahwin serta merta atau bertempoh tiga bulan apabila
sampai masanya pihak lelaki akan bertemu dengan pihak perempuan untuk mengunjuk wang permintaan tersebut,
tetapi jika wang belum cukup tempoh 3 bulan akan diberikan dan jika sudah 2
kali bertempoh tidak cukup wang juga maka terpulang kepada budi bicara pihak
perempuan samada diselesaikan dengan hutang atau terus diputuskan pertunangan.
Tempoh bertunang ini sebenarnya tidak terikat dengan hari yang ditetapkan jika
pihak lelaki telah dapat mengumpul permintaan pihak perempuan maka bila-bila
masa sahaja pihak lelaki boleh membincangkan perkara perkahwinan ini dan boleh
dipercepatkan daripada tempoh perjanjian dan jika telah dipersetujui bersama
maka kedua2 pihak akan menetapkan tarikh sebenar perkahwinan dengan mengambil
kira waktu atau hari yang terbaik mengikut adat dan berpandu kepada sunah nabi.
Adat sepanjang tempoh pertunangan
* Lelaki naik meminang kemudian memutuskan tunang dengan
tidak ada masalah.Hukumnya kena memberi
kemaluan satu Gong atau abos,dan ketetakan satu gong(denda serta merta
memutuskan tunang. * Dalam masa
pertunangan antara lelaki dan perempuan jika ada lelaki lain yang mengganggu
pertunangan itu sehingga pertunangan itu terpaksa diputuskan,maka lelaki yang
menggangu itu kena hukum satu agong,kemaluan satu gong dan semua jumlah
kerugian dalam masa pertunagan itu lelaki yang menggangu itu kena membayar
balik dan yang sipenggangu tersebut tidak boleh kahwin dengan perempuan
tersebut. * Tidak boleh menggunting rambut bagi lelaki dan perempuan yang
bertunanag kecuali dengan izin siperempuan atau silelaki atau ahli keluarga
masing-masing,kalau terlanggar adat ini mana-mana yang bersalah kena
sogit(Kelumbigi). * Tidak boleh pergi ditempat keramaian bagi yang bertunang
kecuali dengan izin si tunang atau ahli
keluarga.
MALAM BERINAI (BERLIMBUN)
Pihak lelaki dan perempuan sama-sama bermuafakat jam berapa
waktu subuh-subuh melangsungkan upacara mandi berlimbun.Disinilah mak andam
kedu-dua pihak membacakan jampi mentera membuang sial dan memohon kebaikan dan
murah rezeki kepada pengantin.Malam berinai ini dimulakan dengan upacara
menyimpan atau memandikan bedak kepada pengantin dan menyimpan inai dijari
tangan dan kaki. Masa pengantin lelaki naik kerimah pengantin perempuan
sebaik-baiknya selepas tengah hari iaitu kira2 jam2 petang hingga jam4
petang.Semasa pengantin lelaki naik perkara-perkara yang perluh disediakan
ialah regi-regian atau puketian iaitu alat barangan dapur seperti
kuali,pinggan,mangkuk,sudu,kuali kecil(kokompoh)dan gelang
leher(manik-manik)semua peralatan dapur mestilah jenis kaca atau yang mudah
pecah ,kelengkapan ini ialah kepala buruh atau kepala berian. Setelah pihak telah sampai dikawasan rumah
perempuan pihak perempuan memberi denda kepada pihak lelaki iaitu membuat
perarakan rombongan tiga kali pusing atau tujuh kali pusing,berpusing dikelilig
rumah pengantin perempuan.Sesuda itu diperesilakan naik kerumah.Pihak perempuan
menyediakan sebilah parang,sebuah dulang (talam) yang diisi dengan darah ayam
untuk dipijak oleh pengantin lelaki sebagai tanda merestui perkahwinan
itu,bersama itu juga mak andam akan menaburkan beras kunyit kepada pengantin
lelaki dan rombongan. Selepas iajbkabul telah disempurnakan oleh tuan imam,sapu
tangan yang digunakan semasa akad nikah pihak lelaki(pengantin) masuk kebilik
pengantin perempuan kemudian saputangan tersebut dipusingkan sebanyak 3kali
pusing di atas kepala pengantin perempuan dan melepaskan saputangan tersebut
tepat diatas telapak tangan perempuan dan pengantin perempuan menyambutnya
sebagai tanda rela menerima lelaki tersebut sebagai suami yang sah disisi
undang-undang (istilah mengambil).Sebelum itu lelaki tidak boleh melepaskan
saputangan tersebut selepas akad nikah sebelum membatalkan akad nikah tersebut.
Semasa pengantin lelaki masuk kebilik perempuan mak andam pengantin perempuan
akan meminta rantar kaput(sebilah pisau) dan Singkab Lawang sebanyak 1 pisau
dan Rm50 tetapi,jika pengantin perempuan janda atau balu(Rantar Kaput sudah
tidak ada lagi),setelah selesai upacara membatal dan memusing dilangsungkan
didalam bilik pengantin perempuan,pihak pengantin lelaki boleh mewakilkan
kepada mak andam untuk memusing pihak perempuan. Selepas itu barulah upacara
bersanding.Berian bagi wanita atau darah ialah RM80 bagi zaman dahulu zaman
sekarang RM100 manakala bagi janda atau balu RM40 bagi zaman dahulu dan RM80
pada zaman sekarang.Tidak termasuk undang-undang MUIS dan imam.
UPACARA MUTINGKUANG
Sebelum kedua-dua pengantin naik kerumah pengantin
lelaki,perkara-perkara yang mesti ditunaikan oleh pihak lelaki ialah pertama
Langkah Selang(langkah laut)sebuah Gadur(jenis barang tembaga),kedua
Keseruangan(keizinan masuk kerumah lelaki)satu tembaga,Ingkag(parang yang
disimpan pada muka pintu),sebilah parang ketegowongan sebuah tembaga,Gadur atau
Selapa(tapak sirih),sebuah talam bersama dengan darah ayam,beras kuning dengan
ambiau,tebu untuk tujuan sogit. Pengantin lelaki dan perempuan tidak boleh
bermalam dirumah lelaki,mesti balik dirumah pihak pengantin perempuan sebelum
waktu subuh,hukumnya (dalilnya)pengantin tidak aman damai dan pendek umur.
TARIAN TRADISIONAL
SUKU KAUM ORANG SUNGAI (TARIAN RUNSAI)
(Tercatat dalam The
Malaysia Book of Records - 2005)
Runsai adalah berasal dari perkataan Bahasa Makiang yang
juga dikenali sebagai upacara Meh Basah-basah atau Meh Miau. Dipercayai tarian
runsai telah wujud sejak awal tahun 1930-an lagi dan merupakan suatu upacara
untuk tujuan perubatan tradisional. Upacara ini diamalkan oleh masyarakat suku
kaum Orang Sungai yang mengamal kepercayaan aninisma. Pada tahun 1950-an
upacara tarian runsai telah dijadikan wadah dalam mencari jodoh bermula dari
upacara pinang-meminang sehinggalah menentukan hantaran yang disampaikan
melalui bait-bait pantun semasa berbalas pantun dalam tarian runsai. Tarian
runsai merupakan tarian tradisional suku kaum Orang Sungai. Tarian ini tidak
menggunakan sebarang jenis alat muzik kecuali menggunakan suara semasa berbalas
pantun dan bunyi hentakkan kaki semasa melangkah dan berpusing dalam satu
bulatan sambil berpimpinan tangan. Disebabkan oleh kemajuan teknologi hiburan
yang serba canggih dan mengasikkan adalah dikhuatiri tarian runsai akan lenyap
ditelan zaman. Jesteru, tarian runsai seharusnya diterapkan kepada generasi
muda suku kaum Orang Sungai agar mereka boleh meneruskan kesinambungannya
sebagai lambang budaya berzaman nenek moyang mereka yang paling unik. Jesteru,
pada tahun 2005 tarian runsai telah berjaya dicatat dalam The Malaysia Book of
Records sebagai The Longest Non-stop Runsaiton Performance in Malaysia. Tarian
ini dipersembahkan selama tempoh 37 jam tanpa henti dengan melibatkan lebih 500
orang penari secara berganti-ganti dengan memakai pakaian tradisional. Catatan
ini telah dibuat dalam satu majlis rasmi bersempana Pesta Sungai Kinabatangan
yang diadakan pada 22 September 2005 bertempat di Pentas Dataran Pekan Kota
Kinabatangan. Tarian runsai budaya kita, Tinggalan berzaman untuk semua, Kita
pelihara tiada ruginya, Agar subur di seantiro dunia.
PERALATAN MUZIK
TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI:GABBANG KAYU
Gabbang Kayu merupakan sejenis alat muzik tradisional suku
kaum Orang Sungai di Daerah Kinabatangan. Berdasarkan sejarah awal mengenai
muzik ini, Gabbang Kayu adalah salah satu alat muzik yang kedua terpenting
selepas alat muzik kulintangan tembaga yang dibawa masuk oleh masyarakat Suluk
sejak awal 1920-an lagi. Alat muzik Gabbang Kayu diperbuat daripada beberapa
jenis kayu yang dipanggil Poggil, Litak dan Tilluh dalam bahasa tempatan.
Setiap batang kayu akan dibentuk menjadi kepingan-kepingan kayu supaya
menghasilkan nada muzik yang tertentu berdasarkan saiznya. Untuk mendapatkan
nada bunyi yang sistematik, setiap kepingan kayu tersebut disusun mengikut
prinsip kod muzik terkini. Dengan susunan tersebut seseorang ahli muzik akan
dapat memainkan pelbagai rentak lagu yang harmoni serta sedap didengar. Pada
masa dahulu, muzik Gabbang Kayu dimainkan sebagai hiburan untuk melepaskan
penat lelah setelah selesai melakukan kerja-kerja gotong-royong di ladang sama
ada selepas menanam padi ataupun selepas menuai hasil tanaman. Ketika ini muzik
Gabbang Kayu dimainkan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis kahwin,
majlis sambutan perayaan atau majlis persembahan. Program perantisan seni muzik
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Cawangan Sabah (JKKNS) dengan kerjasama
Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) telah memilih muzik Gabbang Kayu sebagai
model ke arah pelestarian seni warisan budaya Orang Sungai di Negeri Sabah.
Untuk tujuan tersebut sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Kumpulan Kebudayaan
Milian Magalai telah ditubuhkan pada 04 Ogos 2006 dengan keahlian seramai 15
orang sahaja yang diterajui oleh Encik Juhari Haji Janan (penasihat), Encik
Hamra @ Amrah Haji Liwangsa (ketua kumpulan) dan En. cikgu Arif Amrin (ketua
jurulatih). Mereka yang menyertai kumpulan ini adalah terdiri daripada belia
dan beliawanis Daerah Kinabatangan. Pada November 2007 kumpulan ini telah
mewakili Negeri Sabah ke festival kesenian rakyat Malaysia di Kuala Lumpur,
Selangor Darul Ehsan.
MENANGKAP IKAN CARA
TRADISIONAL:BALIUNGAN
Baliungan adalah
satu-satunya aktiviti menangkap ikan secara tradisional yang berkonsepkan
falsafah gotong-royong yang terdapat di Daerah Kinabatangan khususnya di Kampung
Bilit. Kaedah ini menggunakan beberapa jenis alat menangkap ikan yang dikenali
sebagai rambat (jala) dan perahu yang dipanggil damas yang lengkap dengan
pengayuhnya. Bilangan peserta dalam aktiviti ini sekurang-kurangnya tiga buah
perahu. Setiap perahu harus mempunyai seorang tukang rambat dan seorang
pengemudi perahu. Mereka perlu cekap dan tangkas bagi membolehkan mendapat
hasil yang lumayan. Peserta akan menghalau kumpulan ikan menggunakan perahu
damas yang disusun dalam barisan berbentuk V. Perahu akan dikayuh kehadapan dan
menyebabkan ikan-ikan berkumpul dipertengahan barisan V. Setelah dikesan bahawa
ikan-ikan telah banyak terkepung dalam susunan perahu tadi maka salah seorang
peserta yang berpengalaman akan memberi isyarat dengan melaungkan bilok-bilok
untuk mengarahkan para peserta membelok ke arah tengah barisan untuk menebar
rambat. Keadaan ini amat menyeronokkan terutama kepada mereka yang mendapat
hasil tangkapan yang lumayan. Untuk memudahkan operasi baliungan terdapat
beberapa bahasa isyarat digunakan dan perlu difahami oleh setiap peserta
seperti liung-liung, angkat, bilok, sampok, tahan, gostan, mogsak, menalabid
rambot dan barambangan. Kesemua bahasa isyarat ini akan membantu operasi
baliungan berjalan dengan lancar disamping membantu mendapatkan hasil yang
lumayan. Danau Bilit merupakan sebuah tasek ladam dan tempat aktiviti baliungan
sering kali dijalankan. Danau Bilit merupakan penyumbang utama hasil sungai
seperti udang galah, ikan tapah, ikan patin, ikan baung dan pelbagai jenis ikan
lagi. Telah menjadi amalan masyarakat di Kampung Bilit kepada mereka yang tidak
berkesempatan menyertai aktiviti baliungan akan diberi sebahagian hasil
tangkapan yang ditinggalkan di lanting (jetty) mereka masing-masing. (Teks ini
telah disunting daripada buletin partners for wetlands - WWF Malaysia)
KOLEKSI MENU MASAKAN
TRADISIONAL SUKU KAUM ORANG SUNGAI
IKAN BAUNG / SOPONG PANGGANG
Bahan-bahannya 1kg Ikan baung / sopong 100 ml Air asam jawa
1 sudu besar Serbuk kunyit 1 sudu besar Serbuk lada 6 helai Daun pisang 4 biji
Lada kering (ditumbuk) Bahan untuk sambal 3 ulas Bawang merah (dihiris) 1 sudu
besar Belacan 4 sudu besar Air asam jawa 6 biji Cili api 6 biji Cili merah Gula
secukup rasa Cara membuat sambal Bawang merah, belacan, cili api dan cili merah
ditumbuk halus kemudian campurkan air asam jawa, air garam dan gula. Hidang
bersama dengan ikan yang sudah dimasak. Cara memanggang ikan Ikan dicuci dan
dibersihkan, perapkan ikan dengan air asam jawa, serbuk kunyit, serbuk lada dan
lada kering. Bungkus dalam daun pisang. Panggang diatas arang kayu sehingga
masak. Kemudian pindahkan ikan tadi dan letakkan ke dalam piring. Sediakan
untuk dihidang bersama sambal.
IKAN BAUNG / SOPONG MASAK ASAM AMPAP
Bahan-bahannya 500 gm Ikan Baung / Sopong 10 gm Halia
(ditumbuk) 10 gm Lengkuas (ditumbuk) 10 gm Isi kunyit (ditumbuk) 1 batang Serai
(ditumbuk) 1 biji Bawang besar (ditumbuk) 100 gm Ubi kentang 4 cawan air Air
garam dan air asam jawa Lada merah dan lada hijau untuk hiasan Cara membuatnya
Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk di atas dengan ikan dan ubi kentang
kemudian masukkan ke dalam kuali. Masukan air garam dan air asam jawa. Biarkan
mendidih sehingga masak. Kemudian masukan lada hijau dan lada merah. Sediakan
untuk dihidang. (Koleksi telah disunting daripada Buku Cenderamata Pesta Sungai
Kinabatangan 2006 yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Memasak
Tradisional Suku Kaum Sungai sempena Pesta Sungai Kinabatangan 2005).
Who are the Paitanic?
The Paitanic people groups in Sabah include the Tambanua
(Tombonuo), Linkabau, Abai Sungai, Upper Kinabatangan, Kalabuan, Dusun Segama,
and Sinabu Dusun. Linguistically, the Tambanua and Linkabau are closely related
and the Upper Kinabatangan, Kalabuan, Dusun Segama, Sinabu, Lanas Lobu, and
Tampias Lobu are similar. The Abai Sungai dialect is not closely related.
According to the 2000 Malaysian census, the total population for these peoples
was 52,508. The Tambanua is by far the largest at 24,266 with all the others
being under 10,000. The Tambanua and Linkabau are found in the Beluran
(Labuk-Sugut), Pitas, and Kota Marudu districts in northern Sabah. The Abai
Sungai are found along the lower Kinabatangan river in the eastern part of the
Kinabatangan district. The Tampias Lobu are found in three villages in Ranau
around the town of Tampias. The Upper Kinabatangan, Dusun Segama, and Sinabu
are primarily along the upper reaches of the Kinabatangan River. The Lanas Lobu
(including Rumanau) are found in the Keningau and Kinabatangan districts.
What are their lives
like?
Most of these peoples are primarily agriculturists with rice
being the most important crop. The family and the village are the basic
structures around which these peoples center their lives. Families provide for
most of their individual needs by rice farming or fishing and equally sharing
the work load. The family has the use of village land based on its residence in
the village, but it does not actually own the land. One of the distinguishing
features of many villages is their role as a ceremonial unit. Ceremonies are
performed for the health and welfare of an individual, a family, and the
village as a whole. During some ceremonies, the village pathways are sealed off
and outsiders kept away to ensure trespassing does not disturb those spirits.
What do they believe?
Traditionally these peoples were animists, although both
Christianity and Islam have taken root. Animistic practices have become
intertwined with Muslim customs in some villages. Allah is thought to be
incomprehensible and unreachable, while demons are in contact with man daily.
Shamans use chicken sacrifices in an attempt to placate these spirits when
their displeasure becomes apparent in the form of sickness. Christian outreach
has made progress through means of community development and education. Muslim
outreach carries out similar activities, such as working in wet rice production
and cash crop expansion, in order to expand the influence of their religion.
Animistic practices still exert a powerful influence even over those professing
to be Christian or Muslim. Most of the important village ceremonies are
attended by all, regardless of religious affiliation. Christian substitutes for
harvest, fertility and village renewal ceremonies have not been widely accepted
and most villagers still are active in traditional rituals associated with
animism. What are their needs?Community development work is seen as a viable
way to bless the community and to help these groups adapt to their changing
world. Pray that believers will provide health care, nutrition, literacy, and
agriculture programs, while at the same time be able to share the truth of the
good news. Portions of the Word are available in only some of these languages.
Kajian-kajian yang pernah
dibuat terhadap orang sungai
(ETHNIC GROUP INDEX TOMBONUWO)
1. Appell, G.N.1991
Errors in Borneo ethnography: Part 1.BRB 23:85–94.Asmah Haji Omar.
2. 1981
Paitan. Linguistics across continents: Studies in honor of Richard S.Pittman,
ed.by Andrew Gonzalez and David Thomas, 60–79(Linguistic Society of the
Philippines Monograph 2). Manila: Summer Institute of Linguistics and
Linguistic Society of the Philippines.
3.Bornean notes from a lady’s diary 1890
BNBH 8(1):14–17.Boutin, Michael E. and Inka Pekkanen, eds. 1993 Phonological
descriptions of Sabah languages (Sabah Museum Monograph, vol.4). Kota Kinabalu:
Sabah State Museum. Clayre,B.M.
4.1996 The changing face of focus in the
languages of Borneo.papers in Austronesian linguistics, No. 3, ed. by Hein
Steinhauer, 51–88 (Pacific Linguistics, Series A,No. 84). Canberra: Australian
National University.
5.Handbook of North Borneo, 1890 1890 London: British
North Borneo (Chartered) Co.Hukum-hukum adat istiadat suku-suku kaum Daerah
Kota Marudu [Customary laws of the people of the Kota Marudu District] 1987
Kudat: Syarikat Perusahaan Percetakan TEP.Justin bin Sansalu
6.1990 Omulok,
roraa om Sulutan-i. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo
[Sungai/Tombonuwo folk tales],ed. by John Wayne King and Julie K. King, 77–82
(Sabah Folk Tales, No. 4).Kota Kinabalu:Department of Sabah Museum and State
Archives.
7.1990 Polanok om lolondu. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng
Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. By John Wayne King and
Julie K. King, 3–8 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of Sabah
Museum and State Archives.Combrink, Soderberg, Boutin, and Boutin
8.Keith, H.
G.1952 A preliminary list of North Borneo plant names. North Borneo Forest
Records, 2(2nd edition). Hong Kong: Ye Olde Printerie.King, John Wayne
9.1988
Tambanua clauses. Borneo language studies 1: Sabah syntax papers, ed. By
Charles Peck, 149–174 (Language Data Asia-Pacific Series, No. 14).
Dallas:Summer Institute of Linguistics.
10.(1993 Tombonuwo phonemics.)
Phonological descriptions of Sabah languages, ed. By Michael E. Boutin and Inka
Pekkanen, 97–106 Sabah Museum Monograph, vol.4). Kota Kinabalu: Sabah State
Museum.
11.King, John Wayne and Julie K. King 1984 Tambanua/Sungai cultural
photographs. Unpublished MS.1985 Tambanua cultural photographs. Unpublished
MS.1986 Kinship system and marriage patterns in Sungai/Tombonuo. SMAJ
1(1):3–10.1988 Katu kou sompungu. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL.1988
Sungai trilingual dictionary. Unpublished MS.1990 Mongobasa' toko (Pontudukan
togna' Sungai/Tombonuo. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL.
12.1991 Bugang
from above meets the young man from below. The maiden of many nations: The
skymaiden who married a man from earth, ed. by Hazel J.Wigglesworth, 268–275.
Manila: Linguistic Society of the Philippines.
13.1991 Buuk ponuratan so
mongobasa' toko. Kota Kinabalu: Institut Linguistik SIL.1992 Kamus kigambar:
Kamus bergambar [Picture dictionary] (Series D, No. 1). Kota Kinabalu:
Department of Sabah Museum and State Archives. 1997 Kamus Bahasa-bahasa
Paitanic [A Paitanic language dictionary]. Kota Kinabalu:Sabah State
Museum.King, John Wayne and Julie K. King, compilers 1985 Sungai language
lessons. Kota Kinabalu: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Sabah.
14.1988 Buuk totongaron tolu nobaasa: Buku frasa tiga bahasa [A tri-lingual
phrase book:Sungai (Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia English] (Series A, No.
1).Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.
15.1990
Totongaron Sungai/Tombonuwo-Molayu-Inggilis: Perbendaharaan kata
Sungai/Tombonuwo (Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia-Inggeris [Sungai/Tombonuwo
(Labuk-Sugut)-Bahasa Malaysia-English vocabulary](Series B, No. 2). Kota
Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.
16.King, John Wayne
and Julie K. King, eds.1990 Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng
Sungai/Tombonuwo[Sungai/Tombonuwo folk tales] (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota
Kinabalu:Department of Sabah Museum and State Archive.
17.King, John Wayne and
Stephen H. Levinsohn1991 Participant reference in Tombonuo. Thematic continuity
and development in languages of Sabah, ed. by Stephen H. Levinsohn, 75–92
(Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra: Australian National
University.
18.King, Julie K.1984 The Paitanic language family. Languages of
Sabah: A survey report, ed. by Julie
19.K.King and John Wayne King, 139–153
(Pacific Linguistics, Series C, No. 78).Canberra: Australian National
University.1989 Mongobasa' toko, totongaron Sungai/Tombonuo [Sungai-Tombonuo
primer].Unpublished MS.1991 Buuk insuwon nu guru mongajar mongobasa' toko: Totongaron
SungaiTambanuwo [Teacher’s guide, reading]. Unpublished MS.1991 Thematic
continuity and development in Tombonuo narrative discourse. Thematic continuity
and development in languages of Sabah, ed. by Stephen H.Levinsohn,45–74
(Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra: Australian National
University.
20.King, Julie K. (nee Blom)1979 Dialect comparison and
bilingualism: The Kudat Division. Sabah Museum Annals 1:23–46. Kota Kinabalu:
Sabah State Museum.Klagan tamu1933 BNBH (1 September 1933):154–155.Kopunti
binte Komangsi.
21.1990 Omulok nu Lopung. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita
dongeng.Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King
and Julie K. King, 15–21 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of
Sabah Museum and State Archives.
22.Levinsohn, Stephen H.1991 Introduction.
Thematic continuity and development in languages of Sabah, ed. By Stephen H.
Levinsohn, 1–6 (Pacific Linguistics, Series C, No. 118). Canberra:Australian
National University.
23.Madi bin Torokok1990 Duwo koyuwan asi-asi. Totunod
Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk
tales], ed. by John Wayne Kingand Julie K. King, 61–72 (Sabah Folk Tales, No.
4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.
24.Maria Ajik
1990 Etnobotani suatu masyarakat di Bukit Garam, Sandakan, Sabah: Kajian kes
atas Orang Sungai. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia thesis.Nathesan,
S.1995 Kata ganti dan sistem panggilan serta rujukan dalam Bahasa Tambanua.
DewanBahasa 39(2):159–165.Olitang bin Sumod
25.1990 Si Songaki om Si Likion
kianak ido nu mayo. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo
[Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 29–34
(Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu:Department of Sabah Museum and State
Archives.Combrink, Soderberg, Boutin, and Boutin Otong binte Igan
26.1990 Intuu
nu Bugang om omulok riniba. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng
Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and
Julie K. King, 43–59 (Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of
Sabah Museum and State Archives.
27.1990 Korabau inokan nu kolotagu. Totunod
Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk
tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 9–14 (Sabah Folk Tales, No.
4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State Archives.
28.1990 Roraa
nu solan om omulok. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng Sungai/Tombonuwo
[Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and Julie K. King, 23–27
(Sabah Folk Tales, No. 4). Kota Kinabalu: Department of Sabah Museum and State
Archives.
29.1990 Roraa om ino niyo. Totunod Sungai/Tombonuwo: Cerita dongeng
Sungai/Tombonuwo [Sungai/Tombonuwo folk tales], ed. by John Wayne King and
Julie K. King, 35–41 (Sabah Folk Tales, No.4). Kota Kinabalu: Department of
Sabah Museum and State Archives.
30.Peck, Charles, ed.1988 Borneo language
studies 1: Sabah syntax papers (Language Data Asia-Pacific Series, No. 14).
Dallas: Summer Institute of Linguistics.Perayaan Sabah 100 tahun: Peringkat
Daerah Kota Marudu 1981 Kota Kinabalu: Jawatankuasa Pesta Rakyat Perayaan Sabah
Seratus Tahun.
31.Podtung, Emmanuel 1988 Montuk and the Tagahas people. Tales
and traditions from Sabah, ed. by Ignatia Olim Marsh, 5–8. Kota Kinabalu: The
Sabah Society.Pryer, Ada 1894 A decade in Borneo. London: Hutchinson & Co.
Pryer, W. B.1883 Notes on north-eastern Borneo and the Sulu Island. Proceedings
of the RoyalGeographical Society 5:90–96.Rutter, Owen
32.1922 British North
Borneo: An account of its history, resources and native tribes.London:
Constable & Co.Sabah Tourist Association 1988 Exotic Borneo: A guide book
to Sabah, vol.5.Kota Kinabalu: Sabah Tourist Association and the Sabah Cheap
Offers:
Sumber : riverboybeluran.blogspot.my
Terimakasih, artikelnya sangat bermanfaat sekali.
ReplyDeletejangan lupa untuk mengunjungi kami di Jual Alat Marching Band Semarang
https://www.facebook.com/lagusungaisugut.mrungin.9
ReplyDeletebha dengar lagu sungai sini
Cerita yang tidak berapa betul kebenarannya tapi apa pun semoga apa yang kamu buat jangan sampai lupa diri kita 👍
ReplyDeletesalam ,
dari saya Johnny
Saya orang Sungai Tombonuo kg kobon dandun Pitas
Asalmuasal (look) @ looktobo