Thursday, 26 July 2018

Sejarah Awal Penampang - Pemberontakan Buis Kulintangon

Sejarah Awal Penampang 

Pemberontakan Buis Kulintangon




Ini adalah sebuah kisah pemberontakan suku Kadazan Penampang terhadap pemungut cukai Kesultanan Brunei. Kulintangon adalah lokasi sebuah bukit kecil dengan ketinggian 300 kaki dari paras laut yang terletak dibelakang pekan Donggongon, Penampang. Lokasi ini pada dulu kala dikelilingi oleh kawasan paya. Suku Kadazan memilih bukit Kulintangon sebagai kubu mereka atas sebab sudut tinjauan kawasan sekitar yang baik serta kedudukannya yang strategik. 

Bagi suku Kadazan perkataan "Buis" adalah ayat yang asing bagi mereka. Walau bagaimana pun suku Kadazan merujuk Buis sebagai cukai kepala atau poll tax yg dikutip oleh wakil Sultan Brunei setiap tahun. Suku Kadazan memberi nama gelaran "Tabai Moguak" sebagai nama lain orang yang mengutip "Buis"" bererti "Orang Brunei yang suka menggeledah" . 

Jadi bila ada orang Brunei muncul mereka mula berbisik sesama sendiri dengan mengatakan bahawa "Tabai Moguak" sudah datang... Pemberontakan adalah sesuatu tindakan yang bukan disenangi oleh suku Kadazan. Suku Kadazan yg terkenal dengan kehebatan ""Minsangod" bererti mengayau atau adat resam potong kepala, sebenarnya adalah satu suku yang cintakan keamanan dan amat setia kepada golongan pemerintah. 

Kejadian pemberontakan ini berlaku atas sebab salah faham dan suku Kadazan sebenarnya lebih menyalahkan orang orang yg mengutip cukai kepala tersebut daripada menyalahkan Sultan Brunei. Catatan ini merupakan sebuah cerita lisan orang tua tua dulu kala tentang bagaimana bermulanya kisah Pemberontakan Buis Kulintangon. 

Kita semua tahu bahawa di zaman dulu kala Sultan Brunei adalah merupakan Sultan Borneo. Sultan Brunei tidak dinafikan merupakan seorang tokoh yang terbilang di Borneo dan amat disegani di waktu itu. Tetapi pada zaman itu juga, aktiviti lanun agak sukar di kawal dan berleluasa. Di abad ke 18, Lanun lanun selalu mendarat di kawasan pantai. Lanun datang dan pergi sesuka hati mereka serta menangkap budak budak lelaki dan perempuan yang mereka temui untuk dijual ditempat lain. 

Sultan Brunei menghadapi kesukaran membendung kejadian ini dan bukan mudah untuk menjaga serta mentadbir rakyatnya yang ramai di kepulauan Borneo. Pada masa itu juga Sultan Brunei telah memberi arahan bahawa setiap lelaki yg berusia 20 tahun ke atas perlu membayar cukai kepala. Setiap tahun Sultan akan menghantar wakil beliau datang untuk memungut cukai kepala. Rombongan wakil yg memungut cukai kepala akan berlayar masuk dengan perahu dari Sungai Putatan sehingga ke Penampang. 

Pekan Penampang ketika itu didiami oleh ramai suku Kadazan. Terdapat banyak rumah rumah suku Kadazan di Penampang dari beberapa kampung lain. Cukai kepala yang dikutip biasanya cuma beberapa gantang beras dan beberapa ekor ayam saja dari setiap isi rumah. 

"Buis" sebenarnya sesuatu yang mudah dan mampu ditanggung oleh orang Kampung. Tetapi secara zahirnya tukang kutip Buis ini memang tidak disenangi oleh orang ramai. Suku Kadazan sememangnya sedar bahawa tidak membayar cukai sebenarnya bukan satu pilihan. Mereka sedar bahawa mereka perlu membayar cukai. Pada ketika itu mereka berpecah pecah dan berpuak puak tanpa mempunyai pemimpin atau seorang ketua yang benar benar disegani, dihormati, berkuasa serta mendapat pengiktirafan dari Sultan. 

Kebiasaannya kutipan "Buis" dibuat setahun sekali. Suku Kadazan berpuas hati dan tidak mempunyai asas untuk membuat sebarang aduan. Tetapi tiba tiba si "Tabais" (orang Brunei) datang kerap kali sehingga empat kali dalam setahun dan apabila mereka datang ada saja harta benda mereka yang diambil oleh kumpulan pemungut cukai ini. Orang Kampung mula merasakan bebanan dan kesusahan dari tindakan pemungut cukai ini. Pada mulanya suku Kadazan tidak berbuat apa apa. Mereka berpendapat sebenarnya mereka boleh mengadu kepada Sultan, tetapi siapa di kalangan mereka yang boleh menyampaikan aduan mereka kepada Sultan dan tuanku boleh mendengar rayuan mereka. 

Apabila pemungut cukai datang pula mereka menggunakan nama "Sultan" untuk mengambil apa saja barang barang kepunyaan orang Kampung seolah olah mereka mendapat restu dari Sultan membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat. Suku Kadazan tidak memahami sistem pentadbiran Sultan dan bagaimana fungsi sesebuah Kerajaan... Apa yang mereka faham cuma satu bahawa si Tabais (orang Brunei) menindas serta merampas barang barang kepunyaan mereka. Tidak lama selepas itu suku Kadazan menguatkan semangat dan azam mereka dan nekad untuk menghalang si Tabais (orang Brunei) dari merampas barang barang kepunyaan mereka lagi. 

Pertempuran pertama berlaku di Kampung Terawi . Suku Kadazan menebang sebatang pokok besar dan diletak merintangi Sungai yang menghala ke Penampang . Si Tabais (orang Brunei) tidak dapat belayar masuk jauh ke Penampang. Tempat dan lokasi pokok yg di tebang ini dikenali sebagai Tagad. Buat kali pertamanya si Tabais (orang Brunei) kalah dalam Peperangan di Terawi. Kekalahan si Tabais (orang Brunei) membuat mereka merasa marah dan datang lagi beberapa minggu kemudian dengan membawa ramai orang dan kelengkapan perang yang lebih bagus. 

Orang Kampung pula sebenarnya tidak duduk diam diri, mereka lebih awal lagi tahu bahawa si Tabais (orang Brunei) akan datang lagi menuntut bela dan sudah bersiap sedia. Orang Kampung menyembunyikan semua golongan wanita dan anak anak di beberapa rumah selamat yg dilindungi oleh beberapa orang pahlawan yang hebat. Para pejuang suku Kadazan yang gagah berani bergelar "Pangazou" sudah bersiap sedia di dalam kubu mereka yang berada di puncak bukit Kulintangon. 

Pahlawan pahlawan tersebut yang diketuai oleh "Huguan Siou" terlebih dahulu menyediakan banyak batang kayu yang besar dan batang kayu kelapa sebagai senjata rahsia. Para pejuang suku Kadazan dengan langkah yang amat bijaksana dapat membuat si Tabais (orang Brunei) mengejar pejuang handalan suku Kadazan sehingga hampir ke puncak bukit. 

Dengan tiba tiba tanpa disangka pejuang hebat suku Kadazan dari dalam kubu menggulingkan semua batang kayu ke bawah bukit ke arah si Tabais (orang Brunei) . Selepas itu mereka ramai ramai menyerang si Tabais (orang Brunei) dengan lebih 100 orang pejuang gagah berani dan berjaya membunuh semua 50 orang Tabais (orang Brunei) dan memotong ke semua 50 kepala Tabais (orang Brunei) . 

Kejadian dan berita sedih ini sampai ke tellinga Sultan. Sultan ketika itu adalah seorang yang bijaksana dan faham kejadian yang sebenar. Beliau juga tidak terburu buru merasa kecewa, marah atau menjatuhkan hukuman. Sultan memanggil ahli lembaga Penasihat beliau dan mendapatkan pandangan yang bernas untuk menyelesaikan isu ini dengan baik. 

Para penasihat mencadangkan agar Sultan menghantar wakil dikalangan mereka yang cekap dan berkebolehan untuk memilih dikalangan suku Kadazan yang boleh dilantik sebagai ketua suku serta mampu mentadbir suku Kadazan itu sendiri bagi pihak beliau. Selepas kejadian ini maka tidak ada lagi pemberontakan berlaku di Penampang sehinggalah ke zaman British. 

Di sunting dan di olah oleh : Kumis Kumis, Gambar : dari Google, sumber : The Society Journal Vol. 3 dari catatan asal Native Chief Tan Ping Hing..

No comments:

Post a Comment