Sejarah Aki Antanom, Pahlawan besar Murut yang
bertanggung jawab mendirikan "Negeri Murut" di Selatan Sabah, North
Borneo.
Siapakah Antanom? Antanom atau nama sebenarnya Ontoros bin
Antanom dilahirkan di kawasan Masinpunon di sungai Salarom pada 1885 dan beliau
berasal daripada keturunan suku Murut Tagol. Ontoros merupakan seorang pemuda
yang hidup di zaman persengketaan kaum, aktiviti headhunting berleluasa, perang
antara kampung sangat rancak, dan setiap kampung bermusuhan dengan kampung lain.
Dia hidup di bawah ancaman dari musuh-musuh di sekitarnya. Dengan
berlatarbelakangkan zaman penuh pergolakan dan peperangan, maka Ontoros Antanom
dibesarkan untuk menjadi seorang "kalawon" atau pahlawan dengan
pelbagai ilmu ghaib menurut mistik kaum Murut Tagol.
Pada zamannya, kaum Tagol di kampungnya bermusuhan dengan kaum
Murut lain di perkampungan Murut sekitarnya, dan musuh terbesar mereka adalah
dari kaum Murut dari Sungai Tolokoson. Sejak muda, Ontoros sudah terbiasa
mengikuti peperangan melawan musuh mereka, dan kerana dia adalah pahlawan yang
paling gagah maka dia diangkat sebagai pemimpin di kampungnya. Di bawah pimpinan
Ontoros, berjaya menundukkan banyak perkampungan Murut yang memusuhi mereka sehingga
kaum Tagol menjadi kaum yang paling digeruni di kalangan suku Murut. Kejayaan
Ontoros membawa kaum Tagol menjadi kaum yang digeruni di kalangan suku Murut,
telah menyebabkan musuh terbesar mereka, kaum Murut Tolokoson merasa terancam.
Kaum Tolokoson mengumpulkan pasukan headhunting yang besar lalu menyerang
perkampungan Ontoros. Ketika mereka sampai, mereka mendapati perkampungan kaum
Tagol kosong. Tiba-tiba Ontoros muncul mengepung pasukan Tolokoson dengan pasukan yang
besar. Ontoros menawarkan "perdamaian" atau "mati".
Pemimpin kaum Murut dari Tolokoson akhirnya mengakui Ontoros sebagai pemimpin.
Kejayaan Ontoros menyatukan Murut dari Sungai Tagol dan Tolokoson telah membawa
kedamaian di tempat itu, Ontoros menamatkan persengketaan kampung dan aktiviti
headhunting. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1910. Pada tahun ini juga
setesen Rundum dibuka di Rundum oleh Company British untuk menguasai kawasan
pendalaman Sabah di bahagian selatan.
Setelah menyatukan suku-suku Murut di pendalaman, Ontoros
mendirikan semacam kepemerintahan untuk kaum Murut pendalaman, dan kawasan
kekuasaannya dipanggil "Negeri Murut". "Negeri Murut"
merangkumi 60 kampung mulai dr Dalit di Utara, Sungai Tolokoson dan Rundum,
sampai ke Sungai Selilir di Kalimantan, yg merupakan wilayah Belanda. Ontoros
telah mendirikan kepimpinan untuk mentadbir "Negeri Murut". Dia
sebagai pemimpin tertinggi, di bawahnya ada orang kanan Ontoros, Ansukul dan
Kalor sebagai yang kedua selepas Ontoros. Selain itu ada pemimpin lain yg menjadi
pentadbir Negeri Murut, seperti Ingkun dr Selagit, Singadu dari Tolokoson, Mulang
dari Talankoi, Antak dan sebagainya. Kemasukan British di Negeri Murut
merupakan antara ancaman yang harus dihadapi Ontoros.
Faktor penentangan Ontoros adalah sejak Company British
masuk di wilayahnya, banyak undang-undang baru diperkenalkan seperti larangan membuka
tanah baru tanpa kebenaran menurut Ordinan Ladang 1913; pelbagai cukai lain
seperti. Cukai kepala satu dolar setiap orang, cukai tanaman pindah sebanyak 50
sen setiap ekar, cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25
sen, cukai tangkapan ikan besar dan cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar
seekor; buruh kasar untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat
telegraf antara Tenom dengan Rundum.
Faktor yang terpenting juga adalah larangan aktiviti
headhunting. Ketika itu, kaum Kayan dari Kalimantan telah menyerang Kaum Murut,
hingga banyak kematian di pihak Murut. Ontoros mengumpulkan bala tentera Murut
yang cukup besar untuk menyerang balas kaum Kayan di Kalimantan, tapi serangan
itu dihalang oleh undang-undang larangan aktiviti headhunting oleh pihak
British maupun Belanda. Pasukan Murut dihalang dari memasuki wilayah
Kalimantan, dendam kaum Murut tidak terbalas. Polis Iban pula mengambil
kesempatan melakukan aktiviti headhunting menyerang kaum Murut. Maka ini
menjadi antara sebab mengapa banyak polis Iban saat perang Rundum banyak yang
dibunuh kaum Murut.
Seperti yang sudah dibahas, faktor Utama penentangan kaum Murut
adalah cukai kepala, Ordinan ladang 1913, buruh kasar dan larangan aktiviti
headhunting. Maka, di bawah kepimpinan Ontoros, Ontoros berjanji akan
membebaskan Negeri Murut dr penjajahan asing. Dalam menentang British, Ontoros
telah melakukan perancangan selama dua tahun pertama iaitu dari 1913 hingga
1915, didahului dengan pembinaan kubu pertahanan kubu di Menining, hulu sungai
Telokoson, Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Kubu di Selagit dibina
sebagai kubu Utama atau ‘Silar Pinikit’ yang memiliki tujuh rumah di bawah
tanah. Mendahului Ontoros dlm menentang British adalah Linggam dan Melayak yg
melakukan penentangan pada tahun 1909, Babalayong pula melakukan penentangan
pada tahun 1914 di Rundum, Tahang dari Sepulut pula menentang British seawal
tahun 1894. Ontoros hendak meneruskan penentangan mereka.
Serangan pertama pada February 1915, stesen British di
Rundum dibakar pasukan Ontoros. Bangunan kerajaan dibakar. Menurut catatan
Babaneau bertarikh 27 February 1915, ketika itu di kawasan Rundum, tidak ada
satupun perkampungan Murut yang mau berkerjasama dengan Babaneau memberikan
informasi mengenai penyerang stesen Rundum. Pasukan yang dipimpin oleh Pearson
bergabung dengan pasukan Babaneau ketika itu terpaksa berhadapan dengan 600-700
pasukan Murut. Peperangan sengit terjadi, pasukan British yg bersenjata api
berjaya mengalahkan pasukan Murut, membunuh 12 orang dan mencederakan 20-30
pahlawan Murut.
Dari informasi kaum Murut yang setia dengan British, Ontoros dan
pengikutnya ada di kubu di Selangit dengan kira-kira 900 pasukan Murut yang
datang dari Keningau, Tenom dan Pensiangan. Bunbury memimpin pasukan bersama
tiga pegawai British yang lainnya, iaitu Babaneau, Pearson dan Tabateau.
Pasukan British terdiri daripada 100 polis dan 300 porter (pengangkat barang).
Kubu Selangit dikepung dan pertempuran terjadi selama 3 hari. Setelah 3 hari
berperang, British mengirim orang kepada Ontoros untuk berunding. Ontoros dan
dua orang kanan nya keluar bertemu dengan Bunbury.
Ontoros ditangkap dan dihukum
bunuh. Pengikut Ontoros yang mengetahui pemimpin mereka sudah dihukum mati tidak mau
menyerah pada British, mereka terus mempertahanlan kubu Selangit. Seramai 400
orang Murut terbunuh dalam mempertahankan kubu Selangit. Selepas kekurangan
bekalan, Bunbury membawa pasukannya berundur dr pengepungan. 300 orang Murut yg
masih tersisa dibiarkan oleh Bunbury keluar dan berundur dari kubu. Ketika itu
penentangan Murut berkurangan.
Pada April 1915, kaum Murut dari Mesopo membunuh
8 pekerja telegraf British, dan mengancam menyerang stesen British di Keningau.
Pada September 1915, barulah kaum murut menyerah dan bersumpah setia Pada Company.
Sumber Facebook : Aki Rumantai 2013.
No comments:
Post a Comment