Friday, 8 April 2016

Perang 100 tahun Dusun Mangkaak dan Dusun Rumanau




(Note: Sejarah yang tidak pernah diceritakan umum . Sejarah hitam diceritakan dan dipelajari supaya kita tidak mengulanginya kembali....maaf seribu maaf, izin seribu izin untuk para korban perang dan kaum yang terlibat).

Sama seperti perang antara suku yang lain, perang Dusun Mangkaak dan Rumanau juga disebabkan oleh persempadanan tanah. Sebelum perang Mangkaak-Rumanau, suku Mangkaak terlebih dahulu menghadapi peperangan dengan suku Dusun Bundu Tuhan Ranau sekitar tahun 1875.

Ketika itu, kaum Bundu Tuhan melakukan ekspedisi ke arah Selatan menuju daerah Tongod lalu menyerang perkampungan Dusun Mangkaak pada sebelah malam. Dikatakan sebelum menyerang kaum Mangkaak, kaum Dusun Bundu Tuhan terlebih dahulu menyerang kaum Dusun Kunatong dengan beberapa ratus pasukan.

Dalam serangan ini banyak lelaki-kanak-kanak Mangkaak dan Kunatong terbunuh kerana diserang secara tiba-tiba, kaum perempuan dibawa lari. Ketika itu, para penduduk kampung Mangkaak berkumpul.

Mereka memilih 7 pahlawan yang memiliki ilmu ghaib untuk menyelamatkan kaum perempuan mereka, salah satu dari 7 pahlawan itu adalah pahlawan yang paling sakti di kalangan suku Mangkaak, yang digelar Rumantai.

Kemudian 7 pahlawan itu bergerak ke Bundu Tuhan. Ketika sampai ke Bundu Tuhan, mereka menyerang pada waktu malam, 7 pahlawan ini dikatakan bertarung dgn ratusan penduduk Bundu Tuhan. 6 orang bertempur, 1 orang menyelamatkan wanita2 Mangkaak, setelah itu pahlawan Mangkaak pulang ke kampung pada malam itu juga membawa wanita mereka.

Perang kedua yang dialami oleh kaum Mangkaak adalah dengan kaum Rumanau. Menurut kisah, suatu hari, beberapa orang suku Rumanau masuk ke hutan untuk mencari pokok kapur. Tanpa sedar mereka telah menebang pokok kapur di kawasan suku Mangkaak. Ketika ada dari suku Mangkaak mengetahui bahwa pokok di kawasan kekuasaan mereka ditebang, maka terjadilah pertelingkahan.

Di Zaman ini, kawasan pendalaman Sabah kawasan bebas, setiap kampung ibarat sebuah kerajaan yang diperintah oleh Molohingan kampung. Pertelingkahan antara beberapa orang menjadi pertelingkahan antara keluarga (paganakan), pertelingkahan antara keluarga membawa pada pertelingkahan antara puak (Sinakagon), pertelingkahan antara puak membawa kepada pertelingkahan antara suku (payat). Peperangan mulai berlaku pada tahun 1880.

Kaum Mangkaak menyerang kaum Rumanau, Kemudian kaum Rumanau membalas menyerang kaum Mangkaak, kaum Mangkaak kembali membalas dendam menyerang kaum Rumanau dan begitulah yang terjadi seterusnya. Ini merupakan antara perang yang terdahsyat sekali pernah berlaku di Sabah, kerana perang ini berlaku hampir 80 tahun lamanya.

Dalam satu catatan British, ada perang yang berlaku di kawasan Ulu Labuk sekitar 1887, kaum yang satu telah mengayau 82 kepala, kaum yang satu lagi telah membalas memenggal 64 kepala.

Pertumpahan darah ini didamaikan oleh Kapten Beeston dengan membawa 40 pasukan British pada Jun 1887.

Sekitar awal tahun 1900 (circa 1907), seorang pengembara British bernama Dorothy Cator telah melawat kawasan Ulu Labuk ini, dia tinggal di rumah panjang suku Rumanau. Menurut catatannya pengalamannya, ketika itu kaum Rumanau Sedang menghadapi serangan dari pengayau yang menyerang rumah panjang mereka yg sudah tentu berasal dari musuh mereka kaum Mangkaak, bahkan suatu hari ketika ia bersama beberapa polis yang menyertainya berjalan ke kawasan hutan, mereka melihat mayat bergelimpangan tanpa kepala, dan itu berlaku hampir setiap minggu di mana mayat bergelimpangan tanpa kepala. 

Menurut Dorothy Cator, kaum Rumanau dikatakan kaum yang kuat, mereka mampu membalas setiap serangan musuh yang menyerang. Peperangan ini berlanjutan sampai tahun 1953.

Kerana perang hampir 100 tahun ini menelan ratusan jiwa dan merugikan kedua-dua kaum, maka pihak British menaja sebuah perdamaian untuk mendamaikan kedua-dua kaum. Kaum Rumanau diwakili oleh Aki Rukou dan Aki Liung, semantara kaum Mangkaak diwakili oleh Aki Rungkakai.

Pada 04/05/1953, kedua-dua suku berkumpul melalui perwakilan mereka di kampung Kiandongo Tongod. Upacara perdamaian ini oleh kaum Dusun dipanggil "Mitaru" atau "Mipopol", upacara yang bertujuan untuk menamatkan pertumpahan darah dan memperdamaikan dua pihak yang bermusuhan. 

Upacara ini diadakan dengan memacakkan sebatang tiang Bulian, ayam Komburak dipotong di atasnya, Bobolian akan mengucapkan kutukan dan darah ayam komburak menjadi meterai kutukan it, maka utk setiap orang yang melanggar janji perdamaian akan dikejar oleh kutukan itu sendiri sampai ke liang kubur


Sumber Facebook : Aki Rumantai (2013).

17 comments:

  1. Tahniah diucapkan kepada penulis. Sejarah macam ini la yg diperlukan utk generasi muda pada masa kini. Sebab dalam buku teks, catatan sejarah begini tidak ditulis.good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembetulan..cerita ni tak la betul sangat, bukan aki rumantai..tapi aki rumambun...datuk sya sndri

      Delete
  2. Sejarah yang menarik yang saya tidak ketahui selama ini

    ReplyDelete
  3. Sy dari suku mangkaak dan ada ramai kawan2 dari suku rumanau. Sy rasa bersyukur sbb perang ini berakhir. Cukup la sebagai info. Terima kasih jga kpd pegawai2 british yg menaja perdamaian. Aki sy antara 40 org yg mewakili suku kaum sy dlm perdamaian itu. Info yg baik yg perlu dielakan berlaku di masa hadapan.

    ReplyDelete
  4. Sy sendiri dari suku Dusun Bundu Tuhan Ranau pun tidak tahu akan sejarah ini. Terima kasih untuk info. Semoga suku kaum kita kekal aman sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  5. suku pedalaman yang sudah jarang sekali bisa di jumpain di era jaman sekarang
    banyak sistem digital, bahkan main poker dan bandarq pon sudah digital seperti main bandarq online bisa main di situs
    bebasqq

    ReplyDelete
  6. saya suku mangkaak saya tau ini sejarah arwah bapa sya pernah cerita tapi tdk berapa ingat suku kaum mana satu yg dorg beperang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan aki rumantai ya..aki rumambun..datuk sy

      Delete
  7. baru2 saya register di unit bumiputra dorg tdk terima pasal disenarai dorg ada satu A saja mangkak dan di sijil lahir saya mangkaak,sedih saya entah siapala itu yang tidak eja dgn betul baru print last2 sya yg jadi mangsa mau pengesahan sana sini belum lagi dpt urus,pengesahan status..adadaa..buli2 tu org ckp suku ko tiada dlm senarai suku asli di sabah dibilang..hahaha

    ReplyDelete
  8. Tq atas info..Saya mungkin tidak akan tahu sejarah family saya,jika bukan anak melakukan kertas kerja sekolah.. patutlah ..

    ReplyDelete
  9. Terbaik...cerita² sebigini akan hilang perlahan-lahan kalau tidak di kongsikan dan dipastikan turun temurun supaya boleh menjadi iktibar atau teladan utk anak² muda sekaligus memberi kesedaran bertapa pentingnya mengekalkan keamanan yg dinikmati sekarang.

    ReplyDelete
  10. Izinkan untuk mengongsi link dari cerita ini.

    ReplyDelete
  11. Saya suku rumanau bersyukur sebab masi bertutur dalam bahasa. Rumanau

    ReplyDelete
  12. Sy mangkaak sangat bersyukur sbb peperangan sdh tiada..

    ReplyDelete