Pengaruh Kesultanan
Brunei dan Sulu
Dalam Dunia Pelanunan
di Borneo
Utusan Borneo (Sabah )16 May 2016
LAUT BUKAN PEMISAH Oleh
ISMAIL ALI Universiti Malaysia Sabah ** Sambungan artikel ‘Viking
Timur di Borneo Utara’ Oleh ISMAIL ALI, UMS ** *****BERSAMBUNG*****
PETA Laluan, pengkalan dan pusat Petempatan Lanun di
Kepulauan Borneo. - Sumber: James F. Warren. Iranun and Balangingi. Quezon
City: New Day Publishers, hlm.127.
PENGETAHUAN dan pemahaman berhubung sejarah ringkas
kemunculan dan keagungan Kesultanan Brunei pada abad ke-15 lagi dan Kesultanan
Sulu pada abad ke-18 penting untuk dijadikan asas untuk memahami penglibatan
golongan aristokrat Brunei dan Sulu, orang-orang Iranun, Balangingi dan orang
Dayak Laut dalam aktiviti pemburuan hamba dan rompakan di laut sehingga digelar
sebagai pirates oleh kolonial dan para sarjana Barat.
Pada abad ke-15 dan ke-16, Brunei telah muncul sebagai salah
sebuah kerajaan maritim atau
thalassocracy (Bilcher Bala,2005) di kepulauan Borneo dan
setaraf dengan Kesultanan Sambas, Pontianak dan Banjarmasin di kepulauan
Borneo.
Di bawah pentadbiran Sultan Bolkiah, Brunei telah mencapai
zaman kegemilangannya dan empayar Brunei pada waktu itu bukan sahaja terbentang
luas di Borneo Utara tetapi juga meliputi Kepulauan Sulu dan Manila.
Ini menyebabkan beberapa orang pengembara Barat seperti Tome
Pires dan Pigafetta pernah menggelar zaman kegemilangan Brunei ini sebagai “the
Golden Age of Brunei” (D.S. Ranjit Singh,1984:18).
Sebelum kedatangan Barat pada awal abad ke-16, Kerajaan
Brunei telah mempunyai satu sistem pentadbiran yang teratur dan menjadikan
Islam sebagai teras pemerintahannya. Dalam urusan pentadbiran Kerajaan Brunei,
Sultan Bolkiah telah dibantu oleh majlis pembesar terkanan atau Wazir iaitu
Pangiran Bendahara, Pangiran Temenggung, Pangiran Di-Gadong dan Pengiran
Pemancha.
Di bawah Wazir Berempat ini pula terdapat jawatan lain
bergelar Ceteria yang terdiri daripada Orang Besar Lapan dan Orang Besar Enam
Belas yang menyerupai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka (Sabihah
Osman, Muhamad Hadi Abdullah dan Sabullah Hj. Hakip, 2001:24).
Dari segi susunlapis masyarakat Melayu Brunei terdiri
daripada Sultan, Raja.raja “Bertaras” (anakanak raja), anak-anak Raja dan
Pengiran-Pengiran, Ampuan, Awang, Rakyat, Sakai dan hamba (D.E. Brown:1970).
Untuk memudahkan urusan pentadbiran tanah jajahan dan
penduduknya, Kerajaan Brunei telah membahagikan pentadbiran ini kepada tiga
jenis pemilikan iaitu Sungai Kerajaan (pegangan Sultan), Sungai Kuripan
(pegangan Wazir) dan Sungai Tulin atau Pusaka yang dimilki oleh sultan dan para
pembesar (Ranjit Singh, 1984: Jatswan S. Sidhu, 1995 ).
Sepertimana juga dengan Kesultanan Sulu dan lainlain
Kesultanan Melayu di Kepulauan Melayu atau Asia Nusantara, sistem dan amalan
perhambaan juga turut diamalkan di Brunei yang dikenali sebagai ”ulunulun”.
Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Brunei telah melantik para
pembesarnya untuk mentadbir tanah jajahannya bagi pihak Sultan Brunei. Dalam
kes di Sarawak, pentadbiran Kerajaan Brunei pada peringkat awal telah diterajui
oleh seorang bangsawan Brunei bernama Pangeran Indera Mahkota yang berpusat di
Kuching.
Di bawah pentadbiran Pangeran Indera Mahkota telah
membangkitkan kemarahan penduduk Sarawak apabila beliau mula mengambilalih
kuasa daripada pemimpin tempatan, mengeksploitasi penduduk dan mengenakan cukai
yang tinggi kepada penduduk di Sarawak.
Dalam tempoh pemerintahan beliau telah menyaksikan beberapa
siri pemberontakan penduduk Sarawak sehingga memaksa Sultan Brunei menghantar
Pangeran Raja Muda Hashim untuk menggantikan Pangeran Indera Mahkota.
Kekusutan di dalam pentadbiran Brunei di Sarawak ini telah
dipergunakan oleh beberapa orang pembesar Melayu Sarawak dan Iranun di Borneo
Utara seperti Sherif Sahap (Iranun), Pangiran Indera Mahkota (mantan gabenor
Brunei di Sarawak), Sherif Masahor (mantan gabenor Brunei di Rejang) Sherif
Jaffir dan Sherif Mulla untuk mempengaruhi orang-orang Dayak Laut menyertai
ekspedisi pemburuan hamba dan rompakan kapalkapal dagang Barat dan telah
disambut baik oleh beberapa orang ketua dan pemimpin Dayak.
Menurut Joan
Rawlins (1969:15): “Mahkota was a clever man but a cruel and greedy ruler. He
taxed the people very heavily and sometimes, when they had no more food or
possessions to give him, he took their wifes and children as slaves… Malays,
Dayaks and Chinese were all forced to become miners, and in a short time
several shiploads of ore were obtained and sold. But Mahkota was too greedy and
the wages he paid to the miners were not enough for them to buy food… The
Malays and Dayaks armed themselves and refused to pay any taxes. They gathered
together at Siniwan where they built forts surrounded by strong wooden fences
to protect themselves and Mahkota was unable to defeat them…”
Sebelum kedatangan James Brooke di Sarawak, Kerajaan Brunei
di bawah pemerintahan Sultan Bolkiah hingga Sultan Omar Ali Saifuddin I
merupakan salah satu pusat perdagangan hamba yang terpenting di Kepulauan
Borneo.
Para pembesar Brunei seperti Pangiran Usop dan para pembesar
Brunei yang mentadbir tanah jajahan Brunei di Sarawak seperti Sherif Masahor
(gabenor Brunei di Rejang) dan lain-lain lagi telah terlibat dalam aktiviti
pemburuan hamba dan rompakan kapalkapal dagang Barat yang diterajui oleh orang
Iranun, Balangingi dan Dayak Laut. (Joan Rawlins:1969:63) yang berpengkalan di
Pulau Labuan.
Penglibatan para pembesar Brunei dalam aktiviti perdagangan
hamba ini sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan kemunculan Kesultanan Sulu
sebagai pusat perdagangan hamba di Asia Tenggara pada abad ke-18 dan permulaan
pertapakan para pedagang Barat di Brunei yang sedikit sebanyak telah mula
membawa kepada kemerosotan ekonomi para pembesar Brunei.
Menurut Sabihah Osman
(2001:7): “Kesultanan Brunei sedikit demi sedikit telah kehilangan kuasa
politik di samping keruntuhan ekonomi tradisionalnya. Segala peristiwa itu
dapat dihubungkan dengan kehilangan kuasa politik dan ekonomi pembesar dan
saudagar Brunei terutamanya saudagar keturunan Arab yang selalunya lebih
berpengaruh di sungaisungai seperti sungai Skrang dan sungai Saribas. Di daerah
ini, mereka berjaya mempengaruhi penduduknya menyertai kegiatan
“pelanunan”...kerajaan Brunei tentu sekali tidak dapat menguasai
jajahanjajahannya. Segala arahan dan perintah sultan tidak akan dipatuhi”
Pada abad ke-18 pula telah memperlihatkan kemunculan
Kesultanan Sulu di selatan Kepulauan Filipina sebagai sebuah kerajaan maritim
(thalassocracy) yang menyamai Kerajaan Pontianak, Kerajaan Sambas, Kerajaan
Banjarmasin dan Kerajaan Brunei di Kepulauan Borneo.
Pada abad ke-18 ini juga telah memperlihatkan kemunculan
Kesultanan Sulu sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi yang disegani di
Kepulauan Nusantara dan dilabelkan oleh para pedagang dan kolonial Barat sebagai
“the greatest slave-mart and thieves market in the whole Esat Indian Islands”
(James Warren,2002:38).
Keagungan dan keutuhan empayar Kesultanan Sulu di rantau Kepulauan Melayu semasa
pemerintahan Sultan Harun-ar-Rashid sebelum dijajah oleh Sepanyol telah
digambarkan oleh Cesar Adib Majul sebagai relatively largest, best organized
and most political entity in the Philippines archipelago.
Keunikan sistem politik dan pentadbiran Kesultanan Sulu yang
berkonsepkan segmentary
state dan memperlihatkan kepentingan hubungan antara Sultan
dengan pembesar-pembesar Sulu telah digambarkan oleh J.F. Warren sebagai mirror
images of each other. Menurut Warren (2002: xxiii): “The small, states of the
Sulu and Celebes seas crystallized in the fifteenth and sixteenth centuries.
These Muslim realms were situated on sparsely populated islands, coasts, and
rivers and were reliant on trade as a resource. Lacking recognized boundries,
the political systems of these traditional polities linked widely disparate,
communities and groups who were not organically united above the village in a
larger, complex, dynamic web of social and political loyalties to the state.
“State” is defined as the entire social system rather than a particular aspect
of the social structure. Territorial dominion, a system of specialized offices,
and a political hierarchy exercising some control over the use of force in the
area of alleged dominion were implicit in the genesis of such traditional
states (Sultanese) as Sulu, Cotabato, Brunei, and Kutai.” Pemerintahan
Kesultanan Sulu di Kepulauan Sulu adalah bercorak monarki iaitu diperintah oleh
seorang sultan dan dibantu oleh pembesar-pembesar Sulu.
Berdasarkan kepada “Tarsila Sulu”, Kesultanan Sulu telah
diperintah oleh 32 orang sultan yang bermula daripada Sultan Syarif-ul-Hashim
(14501480) hingga Sultan Jamalul-Kiram II (1884-1936).
Di bawah sistem tersebut, Sultan Sulu yang bersemayam di
Jolo merupakan the highest political authority kepada kerajaan Sulu.
Pentadbiran Sultan Sulu dijajahan takluknya pula diuruskendalikan oleh
pembesar-pembesar Sulu yang bergelar panglima, sharif, orang kaya dan datu.
James Warren (1981:56) telah menggambarkan sistem pemerintahan Kesultanan Sulu
seperti berikut: “The whole of the Sulu territory belonged in theory of the Sultan,
and he was considered to be the highest political authority. On each island of
this predominantly archipelago state, he was represented by one or more
panglimas, compared by the Europeans to governors, and under them were
subordinate officals. But the panglimas in practice could not perform their
official duties without the cooperation of the datus living in the respective
territories assigned to the panglimas. These chiefs, sometimes from pre-Islamic
families, enjoyed power and prestige, derived from the number of their
followers and their slaves and from the amount of their personal properties.
The slaves tilled the land and served in the household, the followers paid
tribute and followed the datu to war. In turn the datu owned tribute to the
sultan, through a strong chief could evade it. The richest and most powerful
datus advised the sultan in the council or ruma bichara, which discussed
practically all important decisions and appointments” Walaupun Sultan Sulu
dianggap sebagai the highest political and religious authority, namun secara
realitinya kuasa dan kedudukan seseorang Sultan Sulu banyak bergantung kepada
pembesar-pembesar Sultan.
Sistem pemerintahan secara tidak langsung oleh Kesultanan
Sulu di pantai timur Borneo Utara telah digambarkan oleh Ranjit Singh (2002)
sebagai “segmentary state in which power was diffused among the sultan and the
aristocratic datu” dan “theoretically the sultan was supreme religious and
political head, but in reality his power depended on his wealth, personality
and the alliances that he could forge with powerful datu”.
Kedudukan Pulau Jolo yang strategik iaitu terletak di
tengah-tengah laluan perdagangan antara Eropah dan China telah membolehkan Jolo
muncul sebagai sebuah pelabuhan persinggahan dan pertemuan yang utama kepada
para pedagang di Laut Sulu, Laut China Selatan dan Laut Celebes. Selain
menjalinkan hubungan perdagangan dengan China, Luzon (Manila, Iloila, Cotabato,
Zamboanga), Celebes (Menado, Ternate, Makasar) dan Kepulauan Borneo (Bulungan,
Berau, Samarinda, Pasir dan Labuan) Kesultanan Sulu juga turut menjalinkan
hubungan perdagangan dengan East India Company yang berpusat di India, Sepanyol
di Manila dan Belanda di Indonesia.
Kejayaan Kesultanan Sulu menarik perhatian para pedagang
untuk singgah di pelabuhan Jolo secara langsung telah menjadikan pelabuhan Jolo
sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran pelbagai hasil dari rantau Kepulauan
Asia Tenggara, India dan China.
Ini telah menyebabkan J.F. Warren (1981:79) menggelarkannya
sebagai “a regional emporium in the commerce between European traders,
Southeast Asian realms, and China”.
Menurut Warren lagi: “Sulu’s ascendancy at
the end of the eighteenth century developed out of the expanding trade between
India, insular Southeast Asia, and China. Commercial and triburtary activity
become linked to long-distance marauding and incorporation of cative persons in
a system which made Jolo the unrivalled centre for extracted produce for China
trade. It is the unique character of the Sulu response and the interdependence
of the three factors-external trade, raiding, and slavery…”
Di Borneo Utara, sejarah pertapakan dan pemerintahan
Kesultanan Sulu sebenarnya bermula apabila Sultan Brunei yang sebelum itu
mendominasi seluruh Borneo Utara dan berada diambang kemerosotan pada pada abad
ke-18 telah menyerahkan sebahagian daripada jajahannya dari Kimanis hingga
selatan Sungai Sibucu kepada Sultan Sulu pada tahun 1704 untuk membalas jasa baik
Sultan Sulu yang berjaya menewaskan musuh Sultan Brunei di Pulau Chermin.
Sejarah penyerahan sebahagian jajahan Kesultanan Brunei
kepada Kesultanan Sulu ini telah dijelaskan oleh beberapa orang sarjana seperti
Ranjit Singh (2000) dalam bukunya yang berjudul The Making of Sabah 1865-1941:
The Dynamics of Indigenous Society dan Brunei 18391983 The Problems of
Political Survival (1984); Mohd. Ariff Dato’ Haji Othman (1988) bertajuk
Tuntutan Filipina Terhadap Sabah: Implikasi dari Segi Politik, Undang-Undang
dan Politik; K.G. Tregonning (1965) berjudul A History of Modern Sabah dan lain lain lagi.
Pemerintahan Kesultanan Sulu di pantai timur dan utara
Borneo Utara yang ditadbir oleh datudatu Sulu (Taosug) telah membahagikan
wilayah ini kepada tiga buah jajahan iaitu Malludo (Marudu), Mangindara dan
Tirun (Kuran).
Pembahagian wilayahwilayah pentadbiran Kesultanan Sulu di
Negeri Sabah banyak dijelaskan oleh J.F. Warren (1981) dalam bukunya berjudul
The Sulu Zone 17681898: The Dynamic of External Trade, Slavery, and Ethnicity
in the Transformation of A Southeast Asian Maritime State dan Nicholl Robert
(1996) berjudul Raja Bongsu of Sulu. A Brunei Hero In His Times.
Jajahan Marudu (Malludo) yang terletak di utara pantai timur
terdiri daripada Teluk Marudu, Paitan, Sugut dan Labuk.
Jajahan ini mempunyai keluasan kawasan yang meliputi Sungai
Paitan, Sugut, Labuk hingga ke bahagian barat Teluk Sandakan dengan Sungai
Besar sebagai pekan utamanya.
Jajahan Magindora (Magindara) yang terdiri daripada
Sandakan, Madai, Giong, Kinabatangan, Sabahan dan Tidong merupakan antara pusat
pentadbiran dan petempatan utama di jajahan Magindora.
Dari segi geografinya, jajahan ini disaliri oleh beberapa
batang sungai seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Segaliud, Sungai Sepilok,
Sungai Seguntor, Sungai Bulu, Sungai Bode, Sungai Sekong, Sungai Sapagaya,
Sungai Suanlamba dan Sungai Sibuga.
Sandakan yang terletak di muara Teluk Sandakan telah muncul
sebagai pusat pentadbiran, petempatan dan pusat pengumpulan hasil-hasil hutan
dan maritim yang terpenting di jajahan Magindora.
Di jajahan Magindora, antara kawasan yang menjadi tumpuan
petempatan penduduk termasuklah di sekitar kawasan pesisir pantai Teluk
Sandakan, Lingkabo dan Pulau Timbang yang terdiri daripada tiga buah kampung
iaitu Kampung Timbang, Kampung Oopak dan Kampung German yang diketuai oleh Datu
Mohammad Ashgari, Datu Mohammad Israel dan Datu Haji Anseruddin (Supriya Bhar,
1980).
No comments:
Post a Comment