Sejarah Awal : Catatan Lisan Kisah Perpindahan dan Perang
Minsangod Suku Tagahas atau Tagaas
Mohon Izin (Michael J Luan) Suku Tagahas
dikatakan mendapat nama apabila perkampungan awal mereka yg pertama selepas
penghijrahan besar terletak bersebelahan dengan sebatang pokok besar bernama
Pokok Tagaas (Duabanga Moluccana) .
Suku ini sebenarnya cuba mencari penempatan
yg baik untuk kaum mereka. Suku ini juga mempunyai jumlah pahlawan perang yg
agak ramai terkenal hebat gagah berani selain mempunyai ilmu kebatinan yg
tinggi serta mempunyai kekuatan mistik dan ghaib termasuk ilmu kebal. Mereka
berjalan ke arah kawasan tanah tinggi melalui Togudon dengan menggunakan Sungai
Konipir sebagai panduan arah jalan. Satu kelompok Suku Tagahas akhirnya sampai
di kawasan bukit Ulu Kiulu dan membuka sebuah perkampungan bernama Lokos. Lokos
bererti sebuah kawasan yg terletak berhampiran beberapa anak sungai.
Suku
Tagahas dari kawasan Lokos tidak begitu gembira apabila Suku Tangaa dapat memilih
kawasan tanah lembah dataran subur Penampang sebagai perkampungan mereka
berbanding Suku Tagahas yg terpaksa memilih kawasan bukit bukau Ulu Kiulu
dimana sepatutnya kedua dua suku ini berharap dapat membuka kawasan yg baik dan
subur untuk kaum mereka. Suku Tagahas berpendapat sewaktu perhijrahan besar
semua suku kaum, Suku Tangaa telah mengubah tanda jalan Suku Tagahas dari
menuju lembah Penampang ke Ulu Kiulu. Perselisihan faham ini membawa berlakunya
"Minsangod" perang mengayau antara Suku Tagahas dan Suku Tangaa.
Apabila "Kebelingan" ketua angkatan perang suku Tagahas membuka
kawasan penempatan di Lokos, kawasan tersebut langsung tidak berpenghuni dan
beliau membuat keputusan untuk meletakkan tajau keramat suku Tagahas yg di
gelar dengan nama "Tagaman" yg di jaga oleh keturunannya sehinggalah
seorang cucu bernama Siran dan kemudian anak Siran bernama Gokis.
"Tagaman" mempunyai ketinggian 60 cm dengan kelebaran ukur lilit 60
cm. "Tagaman" mempunyai sebuah lagi Tajau sebagai teman di gelar
"Gantung Sorili" tetapi Tajau Keramat ini terlalu besar dan berat
untuk dibawa ke Lokos.
Seorang pemimpin Suku Tagahas memberi nama sebuah anak
Sungai berhampiran Lokos sebagai Gantung sebagai nama simbolik dari Tajau
Gantung Sorili. Dalam catatan Sejarah sekitar tahun 1886, berlaku juga
"Minsangod" perang ngayau antara suku Tagahas dengan Suku Lotud
dengan kedua dua suku mempunyai angkatan perang yg agak ramai.
Suku Tagahas
pada ketika itu berjumlah 4000 hingga 5000 orang yg diketuai oleh seorang
Panglima Perang Tagahas bernama Si Gantok yg tidak mahu berdamai dengan Suku
Lotud sehingga En Little pembantu Residen terpaksa ikut campur dan meminta suku
Tagahas berniaga di Tamparuli jauh dari kawasan Suku Lotud. Berbalik ke cerita
perpindahan besar suku Tagahas bahawa satu kelompok seramai 200 pahlawan tidak
ikut serta membuka perkampungan di Lokos, tetapi mereka membuka perkampungan di
Sinulihan berdekatan dengan Sungai Mulau dan bersebelahan dengan kampung Pahu.
Pada sekitar tahun 1930 an sekumpulan penduduk Kampung Bundu Tuhan yg mengaku
ada kaitan keluarga pergi ke Lokos menuntut Tajau Tagaman sebagai milik mereka.
Ketua Kampung memberi kebenaran kepada mereka untuk mengambil Tajau Tagaman
tersebut dan Empat orang dari mereka mengangkat dan membawa turun Tajau
tersebut dari rumah hingga ke bawah tetapi sampai di bawah rumah tiba tiba
Tagaman menjadi terlalu berat dan tidak dapat di angkat. Ketua Kampung Lokos
kemudian berkata kalau Tagaman tidak mahu pindah cuma perlu satu orang saja yg
mengangkat Tajau Tagaman balik ke dalam rumah lalu beliau mengangkat Tagaman
seorang diri dan menyimpan Tajau tersebut ke dalam rumah. Tagaman buat satu
ketika terpaksa di pindah kan di luar rumah dan dibuat kan pondok dan atap
disebabkan beberapa orang penghuni rumah jatuh sakit. Tetapi walau bagaimana
Tagaman kena hujan cuma setinggi 2 inci saja air bertakung didalam Tajau
tersebut.
Tidak diketahui kenapa Suku Tagahas bermusuhan dan berlaku peperangan
Misangod dengan Suku Bundu yg tinggal di Kampung Tiung begitu juga berperang
antara suku Tagahas sendiri yg menetap di Kampung Pahu. Selepas 2 Generasi
menetap di Ulu Tuaran , Suku Tagahas mempunyai Kerajaan mereka sendiri yg di
gelar "Kalinsatan" yg mengawal 14 Kampung Suku Tagahas. Kampung
Kampung tersebut adalah Washi, Kemula, Pauh, Rata, Rataw, Nababar, Pian,
Punguaman, Mula, Penagam, Ranti dan Sukang. Dari perkampungan ini berlaku
penghijrahan Suku Tagahas ke Kampung Tiung jalan Penampang Tambunan. Dari
Kampung Tiung berhijrah ke Boyan dan selepas itu ke Labak dekat Kinarut. Di
kawasan Labak mereka membuka beberapa perkampungan seperti Sundozon, Pangamaon,
Kobulu dan Kapalid. Dari Labak Suku Tagahas menuju kearah Koiduan dan
Mandalipau di mana berlaku Misangod perang suku dengan Suku Bangkaaon di Sugud.
Suku Tagahas akan menanam Bambu tajam dalam Sungai Sugud dan jika suku
Bangkaaon terjun ke dalam Sungai Sugud mereka akan mendapat kecederaan. Dari
Boyan suku Tagahas membuka perkampungan Timpango dekat Sugud diketuai oleh Akoi
Dawaian. Apabila Suku Tagahas Tagudon Ulu Kalangaan berpindah kekawasan Tagudon
baru mereka terpaksa berperang dengan beberapa Kampung seperti Tudan,
Mongkusilan dan Tolungan Sosopan. Di kawasan tanah tinggi Sinagang pahlawan
pahlawan Suku Tagahas Tagudon yg diketuai oleh Pahlawan hebat Bulangai
berperang melawan pahlawan Tolungan Sosopan yg diketuai oleh pahlawan gergasi
besar dan tinggi bernama Gondiran. Ramai pejuang dari kedua dua pihak gugur
pada hari itu dan tentera Tolungan Sosopan mengaku kalah dan mengundur diri.
Suku Tagahas membuat perkampungan di kawasan Sungai Kalangaan dan selepas itu
ke Terian, ke Boyan dan ke Kionop.
Suku Tagahas dari Ulu Tuaran berhijrah
melintasi banjaran Crocker dan membuka perkampungan di Kinoiduan berdekatan
dengan kawasan Sunsuron. Tetapi timbul masalah dengan penduduk Sunsuron dan mereka
terpaksa pindah kekawasan Kituntul. Suku Tagahas bergabung dengan beberapa suku
lain cuba menguasai sebelah Utara Tambunan tetapi gagal menguasai lembah
Sunsuron. Di dalam Peperangan Minsangod untuk menguasai lembah Sunsuron
beberapa Kampung berhampiran bergabung dengan suku Tagahas seperti Kampung
Toboh, Minodung, Gagaraon, Sukung dan Lumandau yg didiami kebanyakannya dari
Suku Tibabar.
Suku Tibabar selama ini memang bermusuhan dengan Suku Tuhawons
dan mereka akan bergabung dengan mana saja kaum yg sanggup berperang dengan
Suku Tuhawons. Pada ketika itu Suku Tagahas berperang hampir pelbagai penjuru
di mana mereka juga berperang dengan Suku Bundu tetapi Suku Tagahas dan Suku
Bundu pada masa yg sama bergabung menentang Suku Lotud sehingga Suku Lotud terpaksa
berundur kekawasan Bontoi di Tamparuli. Suku Tagahas juga berpindah ke kawasan
Mansiang Menggatal diketuai oleh seorang pahlawan hebat dan kebal bernama
Bungigi yg telah beberapa kali terlibat dalam perang Misangod.
Suku Tagahas
terkenal dalam Peperangan Minsangod menentang Suku Bangkaaon, Suku Tangaa dan
Suku Lotud di kawasan pantai barat Borneo Utara. Pahlawan Suku Bangkaaon
Bantayan berperang melawan pahlawan Suku Tagahas Mansiang. Disebabkan terlalu
banyak Peperangan di Mansiang sebilangan Suku Tagahas pindah ke Sinulihan
Inanam. Suku Tagahas yg berasal dari Kawasan Ruminatau di antara Kapa dan Kiulu
membuka kawasan Logkau dan Tompulan sebelum berpindah ke Telipok satu kawasan
bernama Timbok. Sekitar tahun 1900, tujuh keluarga Suku Tagahas Nababar yg
berhampiran kawasan Wasai berpindah ke kawasan Tombongan melalui Mangkaladom.
Penduduk Kampung Tungao, Rata, Dobon dan Wasai dari Ulu Tuaran pindah kekawasan
Kokol Menggatal. Suku Tagahas Kiulu ada juga berpindah ke Telupid dan Sook.
Begitulah sejarah dicatat secara ringkas kisah Perpindahan dan Peperangan suku
Tagahas.
Sumber : (Heynes 1900)(Anon 1886)(Phelan 2001)(Anon 1915)(PS Shim
2007) Di susun dan Di sunting semula oleh : Kumis Kumis, Gambar dari : MTH
Perelaer 1887 dan PS Shim 2007.