Sunday, 28 December 2014

Lipan Baram


seorang Eropa sedang berbincang dengan Kepala Suku Dayak Kayan

Lipan Baram merupakan gelaran yg digunakan oleh Brunei kepada penduduk pribumi di Sg Baram yg bermaksud 'Tentera Baram'. Kewujudan gelaran ini hanya dlm bentuk tradisi lisan yg ditemui dalam kalangan generasi tua penduduk pribumi di Sg Baram. Oleh itu, penemuan adalah suatu yg menarik utk dibincangkan. Gelaran ini menggambarkan sifat2 kepahlawanan dan keberanian penduduk2 pribumiBaram pada zaman dahulu sewaktu mereka berada dibawah pemerintahan Brunei.keberanian dan kecekapan mereka dalam peperangan itu sudah tentu mempunyai hubungan budaya hidup penduduk pribumi Borneo pada zaman dahulu yg bnyk bergantung kepada sifat2 keberanian utk disegani oleh2 kaum lain. Sewaktu Pusat Sejarah Brunei melakukan penyelidikan keatas kaum 'Orang Ulu' di hulu Baram,Belaga dan Bintulu pada thn 2003 telah menemui bahawa rapatnya hubungan Brunei dgn penduduk pribumi di Sg Baram sehingga wujudnya gelaran Lipan Baram ke atas mereka kerana Brunei telah menjadikan penduduk yg mendiami Sg Baram sebagai tenteranya bagi melindungi wilayah jajahan Brunei.

Mengikut Tradescent Lay, seorang bangsa Inggeris yg menyertai rombongan lawatan ke Brunei pada tahun 1837, telah menyebut tentang Orang2 Dayak dari Baram di Brunei pada ketika itu, "....tiga buah perahu kaum Dayak yg mengandungi 70 org telah datang dari kawasan pedalaman Baram." Gelaran Lipan Baram itu mungkin mempunyai hubungan dengan pengakuan Sultan kepada rombongan Inggeris itu apabila baginda mempamerkan kekuatan kaum Dayak dari Baram itu untuk menakut2kan rombongan Inggeris dengan mengatakan "beta mempunyai 30,000 org seperti ini sedia menurut perintah , dan beta yakin Orang Putih,Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol tidak akan mampu menentang mereka? Beta tahu org2 putih mahu mengambil Borneo, tetapi beta tidak takut.....". Sultan Brunei merasa yakin akan kemampuan Brunei melawan pihak penjajah Barat itu kerana di belakang baginda adat tentera tambahannya yg terdiri dripada penduduk2 pribumi Baram.
Selain itu, Mereka juga membantu Brunei mengawal penduduk2 di wilayah2 jajahan Brunei yg berada berdekatan dengan Baram seperti Miri, Tutong, Belait dan Limbang. Seorang ketua etnik Kayan yang bernama Tamal dlm suratnya kepada Inggeris di Labuan pada tahun 1846, telah mengakui membantu Brunei menghadapi tentangan2 daripada etnik Miri, Belait, Tutong dan Bisaya. Ini adalah gambaran bagaimana pentingnya kaum pribumi (Orang Ulu) di Baram kepada Brunei dlm mengekalkan keutuhan jajahannya. Mengikut Tradescant Lay, kaum dayak yang dimaksudkan itu terdiri daripada 21 kumpulan etnik dan di antara mereka ialah Kayan, Punan, Kenawit, Siting, Bukatan, Sundaya, Dali, Baung, Tring, Kajaman, Agis, Tagar dan Narum.

Hubungan awal dengan etnik2 yang mendiami Sg Baram sudah bermula sejak abad ke 16 masihi. Ini dapat dibuktikan apabila tentera Sepanyol berjaya menakluki Ibu kota Brunei(Kota Batu) pada tahun 1578. Sultan Abdul Kahar telah berundur ke Baram sehingga baginda mangkat di sana. Ini menunjukkan nahawa Baram adalah wilayah terpenting bagi Brunei . Nama Baram atau Tanjung Baram sudah muncul dalam peta2 Borneo pada abad ke 16. Ini sudah tentu Sg Baram sudah didiami oleh ramai penduduk dan juga menjadi salah sebuah pelabuhan perdangan terpenting di barat laut Borneo. Sejauh ini maklumat tentang penduduk yang mendiami Sg Baram pada abd ke 16 itu belum ditemui. Mungkin mereka berpindah terus ke Baram melalui Usun Apo lebih awal daripada perpindahan kaum Kayan yg berada ke lembah Balui, Belaga yg berpindah ke tempat tersebut pada pertengahan abad ke 19. Dua etnik terbesar yg dikenal pasti lebih awal mendiami Sg Baram ialah etnik Lun Labu atau Orang Labu dan ernik Kemaloh iaitu cabang daripada kaum Kelabit-Krayan dan juga etnik Ga'ay yang akhirnya melahirkan etnik Kayan di Kalimantan Timur. Kedatangan etnik tersebut sudah tentu mempunyai hubungan dengan kedudukan Teluk Brunei sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi di Barat Laut Borneo sejak abad ke 10 lagi. Kemungkinan kedua etnik ini mempunyai hubungan Kerajaan Brunei awal sebelum kedatangan Kaum Bisaya di Brunei. Perbincangam mengenai etnik2 tersebut melibatkan kerajaan awal Brunei sebelum Awang Alak Betatar.

Selain Kaum Kayan, sebuah lagi kaum yg terbesar mendiami Sg Baram ialah etnik Kiput, Narum, Berawan, Lelak, dan Mering yang sekarang mendiami Baram Hilir. Hasil penyelidikan Pusat Sejarah Brunei ke atas penduduk pribumi di Sg Baram pada tahun 2003 mendapati bahawa hubungan awal Brunei dengan etnik Kiput yg sekarang mendiami Kuala Tutoh bermula apabila mereka berada di Long Bam kerana disanalah Sakan Dapa dilantik oleh Sultan Brunei untuk menjadi wakil baginda memerintah Long Bam dengan dikurniakan. Gelaran Orang Kaya Pemancha Sakan. Etnik Kiput di Kuala Tutoh hingga hari ini msih menyimpan keris yang dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Orang Kaya Jua Tuah sebagai tanda kuasa memerintah Long Bam.

Dengan hubungan tersebut telah membuka peluang kepada pedangang2 Brunei datamg ke Long Bam untuk medapatkan hasil2 hutan seperti sarang burong, kapur barus dan getah. Dlm perdagangan tersebut mereka membwa barang2 tembaga dan kain untuk dijadikan barang pertukaran dlm perdagangan tersebut. Salah satu bukti kedatangan orang2 Brunei di Long Bam ialah terdapatnya sebuah kubur milik orang Islam di Bukit Alo' yg terletak di sebarang Ling Bam. Etnik Kayan yg tinggal di Long Laput msih mewarisi cerita tentang kubur tersebut dan mengakui bahawa kubur itu sudah ada sejak mereka mendiami Long Bam. Berdasarkan kepada hubungan tersebut menunjukkan bahawa Long Bam pernah menjadi pusat pentadbiran feudal Brunei di hulu Baram apabila Sakan Dapa dan anaknya dilantik Sultan menjadi wakil Sultan di tempat tersebut. Ini dengan sendirinya memperlihatkan tentang keluasan pengaruh Brunei di kawasan pedalaman Baram pada abad ke 18 dan 19. Dari Long Bam etnik ini berpindah ke bahagian Kuala Baram iaitu bermula dari Piki Atip, Tanjong Tahap, Bawang Maring, Long Linai, Long Kalejan dan Long Tutoh. Akhirnya di Long Tutoh mereka berpecah daripada tiga kumpulan iaitu satu kumpulan yg menetap di Long Tutoh dan yang lainnya berpindah ke Benawa dan Lubok Nibong. Selain itu, Belawing Tingang juga mengumpul beberapa nama pemimpin etnik Kiput yang dilantik oleh Sultan Brunei menjadi wakilnya memerintah di Baram Hilir pada abad ke 19. Mereka ialah Orang Kaya Mana, Orang Kaya Tajan, Orang Kaya ludan, Orang Kaya Talasat, Orang Kaya Lidam, Orang Kaya penglima Lu dan Orang Kaya Penglima Baling(etnik Narom).

Di Kuala Tutoh, ditemui cerita tentang bantuan etnik2 Kiput, Lelak, Narum dan Meting kepada Sultan Brunei ketika baginda menghadapi pencerobohan daripada Brooke ke atas Daerah Limbang pada akhir abad ke 19. Dalam peristiwa tersebut, salah seorang ketua etnik Kiput yg bernama Orang Kaya Temenggong Lawai telah berjaya membunuh seorang Inggeris semasa peperangan di Long Melalap, Limbang pada tahun 1895. Dlm pertempuran itu, Temenggong Lawai telah mendapat bantuan daripada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dengan membekalkan empat laras bedil dan ubatnya bagi menghadapi tentera Brooke. Temenggong Lawai hanya dapat ditewaskan oleh Brooke setelah menghantar utusannya iaitu Tuan Lao, Abang Galau dan Pengirsn Panggai untuk memujuknya menyerah diri. Selain itu, penyelidikan yg dilakukan ke atas etnik Lelak suku Berawan di Luagan Bunut mendapati tradisi lisan tentang hubungan awal mereka dgn Brunei. Kisah tersebut berkisar tentang perpindahan penduduk yg mendiami Sungai Bunut iaitu cabang Sg Tinjar ke kawasan persisiran Baram dan daerah2 Belait dan Tutong, Brunei. Kisah tersebut dikaitkan denagn peristiwa ayau babi(serangan babi) yg terkenal di kalangan etnik Lelak suku Berawan di Sg Bunut. Akinat serangan babi itu, telah memecahkan etnik ini kepada beberapa kumpulam yg mendiami hilir Baram dan daerah Belait dan Tutong. Adalah tidak pasti sama ada peristiwa ini lanjutan daripada perpindahan etnik Baram Hilir dari tempat asal mereka di Usun Apau. Penduduk Baram Hilir di Sg Bunut dikenali sebagai Puak Lelak, Meting dan Bakun, tetapi sekarang hanya Puak Lelak suku Berawan sahaja yang kekal, sementara Puak Meting dan Bakun sudah berpindah akinat serangan Ayau Babi itu. Perpecahan etnik tersebut melahirkan etnik baru yang menggelarkan nama mereka berdasarkan tempat tinggal mereka. Misalnya, akibat perpecahan etnik Meting telah melahirkan etnik Belait, Dali dan Baung yang mendiami Daerah Belait dan Daerah Tutong. Dari segi Bahasa, mereka tetap menggunakam bahasa yang sama yang disebut bahasa Meting walaupun mereka dikenali dengan nama yg berlainan.

Source :