Lipan Baram merupakan gelaran yg digunakan oleh Brunei kepada penduduk pribumi di Sg Baram yg bermaksud 'Tentera Baram'. Kewujudan gelaran ini hanya dlm bentuk tradisi lisan yg ditemui dalam kalangan generasi tua penduduk pribumi di Sg Baram. Oleh itu, penemuan adalah suatu yg menarik utk dibincangkan. Gelaran ini menggambarkan sifat2 kepahlawanan dan keberanian penduduk2 pribumiBaram pada zaman dahulu sewaktu mereka berada dibawah pemerintahan Brunei.keberanian dan kecekapan mereka dalam peperangan itu sudah tentu mempunyai hubungan budaya hidup penduduk pribumi Borneo pada zaman dahulu yg bnyk bergantung kepada sifat2 keberanian utk disegani oleh2 kaum lain. Sewaktu Pusat Sejarah Brunei melakukan penyelidikan keatas kaum 'Orang Ulu' di hulu Baram,Belaga dan Bintulu pada thn 2003 telah menemui bahawa rapatnya hubungan Brunei dgn penduduk pribumi di Sg Baram sehingga wujudnya gelaran Lipan Baram ke atas mereka kerana Brunei telah menjadikan penduduk yg mendiami Sg Baram sebagai tenteranya bagi melindungi wilayah jajahan Brunei.
Mengikut Tradescent Lay, seorang bangsa Inggeris yg menyertai rombongan lawatan ke Brunei pada tahun 1837, telah menyebut tentang Orang2 Dayak dari Baram di Brunei pada ketika itu, "....tiga buah perahu kaum Dayak yg mengandungi 70 org telah datang dari kawasan pedalaman Baram." Gelaran Lipan Baram itu mungkin mempunyai hubungan dengan pengakuan Sultan kepada rombongan Inggeris itu apabila baginda mempamerkan kekuatan kaum Dayak dari Baram itu untuk menakut2kan rombongan Inggeris dengan mengatakan "beta mempunyai 30,000 org seperti ini sedia menurut perintah , dan beta yakin Orang Putih,Inggeris, Belanda, Perancis dan Sepanyol tidak akan mampu menentang mereka? Beta tahu org2 putih mahu mengambil Borneo, tetapi beta tidak takut.....". Sultan Brunei merasa yakin akan kemampuan Brunei melawan pihak penjajah Barat itu kerana di belakang baginda adat tentera tambahannya yg terdiri dripada penduduk2 pribumi Baram.
Selain itu, Mereka juga membantu Brunei mengawal penduduk2 di wilayah2 jajahan Brunei yg berada berdekatan dengan Baram seperti Miri, Tutong, Belait dan Limbang. Seorang ketua etnik Kayan yang bernama Tamal dlm suratnya kepada Inggeris di Labuan pada tahun 1846, telah mengakui membantu Brunei menghadapi tentangan2 daripada etnik Miri, Belait, Tutong dan Bisaya. Ini adalah gambaran bagaimana pentingnya kaum pribumi (Orang Ulu) di Baram kepada Brunei dlm mengekalkan keutuhan jajahannya. Mengikut Tradescant Lay, kaum dayak yang dimaksudkan itu terdiri daripada 21 kumpulan etnik dan di antara mereka ialah Kayan, Punan, Kenawit, Siting, Bukatan, Sundaya, Dali, Baung, Tring, Kajaman, Agis, Tagar dan Narum.
Hubungan awal dengan etnik2 yang mendiami Sg Baram sudah bermula sejak abad ke 16 masihi. Ini dapat dibuktikan apabila tentera Sepanyol berjaya menakluki Ibu kota Brunei(Kota Batu) pada tahun 1578. Sultan Abdul Kahar telah berundur ke Baram sehingga baginda mangkat di sana. Ini menunjukkan nahawa Baram adalah wilayah terpenting bagi Brunei . Nama Baram atau Tanjung Baram sudah muncul dalam peta2 Borneo pada abad ke 16. Ini sudah tentu Sg Baram sudah didiami oleh ramai penduduk dan juga menjadi salah sebuah pelabuhan perdangan terpenting di barat laut Borneo. Sejauh ini maklumat tentang penduduk yang mendiami Sg Baram pada abd ke 16 itu belum ditemui. Mungkin mereka berpindah terus ke Baram melalui Usun Apo lebih awal daripada perpindahan kaum Kayan yg berada ke lembah Balui, Belaga yg berpindah ke tempat tersebut pada pertengahan abad ke 19. Dua etnik terbesar yg dikenal pasti lebih awal mendiami Sg Baram ialah etnik Lun Labu atau Orang Labu dan ernik Kemaloh iaitu cabang daripada kaum Kelabit-Krayan dan juga etnik Ga'ay yang akhirnya melahirkan etnik Kayan di Kalimantan Timur. Kedatangan etnik tersebut sudah tentu mempunyai hubungan dengan kedudukan Teluk Brunei sebagai sebuah kuasa politik dan ekonomi di Barat Laut Borneo sejak abad ke 10 lagi. Kemungkinan kedua etnik ini mempunyai hubungan Kerajaan Brunei awal sebelum kedatangan Kaum Bisaya di Brunei. Perbincangam mengenai etnik2 tersebut melibatkan kerajaan awal Brunei sebelum Awang Alak Betatar.
Selain Kaum Kayan, sebuah lagi kaum yg terbesar mendiami Sg Baram ialah etnik Kiput, Narum, Berawan, Lelak, dan Mering yang sekarang mendiami Baram Hilir. Hasil penyelidikan Pusat Sejarah Brunei ke atas penduduk pribumi di Sg Baram pada tahun 2003 mendapati bahawa hubungan awal Brunei dengan etnik Kiput yg sekarang mendiami Kuala Tutoh bermula apabila mereka berada di Long Bam kerana disanalah Sakan Dapa dilantik oleh Sultan Brunei untuk menjadi wakil baginda memerintah Long Bam dengan dikurniakan. Gelaran Orang Kaya Pemancha Sakan. Etnik Kiput di Kuala Tutoh hingga hari ini msih menyimpan keris yang dikurniakan oleh Sultan Brunei kepada Orang Kaya Jua Tuah sebagai tanda kuasa memerintah Long Bam.
Dengan hubungan tersebut telah membuka peluang kepada pedangang2 Brunei datamg ke Long Bam untuk medapatkan hasil2 hutan seperti sarang burong, kapur barus dan getah. Dlm perdagangan tersebut mereka membwa barang2 tembaga dan kain untuk dijadikan barang pertukaran dlm perdagangan tersebut. Salah satu bukti kedatangan orang2 Brunei di Long Bam ialah terdapatnya sebuah kubur milik orang Islam di Bukit Alo' yg terletak di sebarang Ling Bam. Etnik Kayan yg tinggal di Long Laput msih mewarisi cerita tentang kubur tersebut dan mengakui bahawa kubur itu sudah ada sejak mereka mendiami Long Bam. Berdasarkan kepada hubungan tersebut menunjukkan bahawa Long Bam pernah menjadi pusat pentadbiran feudal Brunei di hulu Baram apabila Sakan Dapa dan anaknya dilantik Sultan menjadi wakil Sultan di tempat tersebut. Ini dengan sendirinya memperlihatkan tentang keluasan pengaruh Brunei di kawasan pedalaman Baram pada abad ke 18 dan 19. Dari Long Bam etnik ini berpindah ke bahagian Kuala Baram iaitu bermula dari Piki Atip, Tanjong Tahap, Bawang Maring, Long Linai, Long Kalejan dan Long Tutoh. Akhirnya di Long Tutoh mereka berpecah daripada tiga kumpulan iaitu satu kumpulan yg menetap di Long Tutoh dan yang lainnya berpindah ke Benawa dan Lubok Nibong. Selain itu, Belawing Tingang juga mengumpul beberapa nama pemimpin etnik Kiput yang dilantik oleh Sultan Brunei menjadi wakilnya memerintah di Baram Hilir pada abad ke 19. Mereka ialah Orang Kaya Mana, Orang Kaya Tajan, Orang Kaya ludan, Orang Kaya Talasat, Orang Kaya Lidam, Orang Kaya penglima Lu dan Orang Kaya Penglima Baling(etnik Narom).
Di Kuala Tutoh, ditemui cerita tentang bantuan etnik2 Kiput, Lelak, Narum dan Meting kepada Sultan Brunei ketika baginda menghadapi pencerobohan daripada Brooke ke atas Daerah Limbang pada akhir abad ke 19. Dalam peristiwa tersebut, salah seorang ketua etnik Kiput yg bernama Orang Kaya Temenggong Lawai telah berjaya membunuh seorang Inggeris semasa peperangan di Long Melalap, Limbang pada tahun 1895. Dlm pertempuran itu, Temenggong Lawai telah mendapat bantuan daripada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin dengan membekalkan empat laras bedil dan ubatnya bagi menghadapi tentera Brooke. Temenggong Lawai hanya dapat ditewaskan oleh Brooke setelah menghantar utusannya iaitu Tuan Lao, Abang Galau dan Pengirsn Panggai untuk memujuknya menyerah diri. Selain itu, penyelidikan yg dilakukan ke atas etnik Lelak suku Berawan di Luagan Bunut mendapati tradisi lisan tentang hubungan awal mereka dgn Brunei. Kisah tersebut berkisar tentang perpindahan penduduk yg mendiami Sungai Bunut iaitu cabang Sg Tinjar ke kawasan persisiran Baram dan daerah2 Belait dan Tutong, Brunei. Kisah tersebut dikaitkan denagn peristiwa ayau babi(serangan babi) yg terkenal di kalangan etnik Lelak suku Berawan di Sg Bunut. Akinat serangan babi itu, telah memecahkan etnik ini kepada beberapa kumpulam yg mendiami hilir Baram dan daerah Belait dan Tutong. Adalah tidak pasti sama ada peristiwa ini lanjutan daripada perpindahan etnik Baram Hilir dari tempat asal mereka di Usun Apau. Penduduk Baram Hilir di Sg Bunut dikenali sebagai Puak Lelak, Meting dan Bakun, tetapi sekarang hanya Puak Lelak suku Berawan sahaja yang kekal, sementara Puak Meting dan Bakun sudah berpindah akinat serangan Ayau Babi itu. Perpecahan etnik tersebut melahirkan etnik baru yang menggelarkan nama mereka berdasarkan tempat tinggal mereka. Misalnya, akibat perpecahan etnik Meting telah melahirkan etnik Belait, Dali dan Baung yang mendiami Daerah Belait dan Daerah Tutong. Dari segi Bahasa, mereka tetap menggunakam bahasa yang sama yang disebut bahasa Meting walaupun mereka dikenali dengan nama yg berlainan.
Source :
Source :
Source: Nurul Asrul Hj Timbang, mary martin,
Saya adalah seseorang yang berketurunan Meting dari sebelah bapa. Saya setuju dengan kenyataan mengenai puak Meting dan Bakun menggelarkan mereka sendiri dengan nama tempat yang mereka mendiami. Dalam hal saya, di Brunei kami digelar Puak Belait. Walaubagaimanapun, atas sebab2 yang tidak diketahui, kami didaftarkan sebagai Puak Dusun di dalam Kad pengenalan dan sebagainya. Ini adalah sama kepada Puak Belait yang lain yang saya kenal.
ReplyDeleteterima kasih
DeleteTeruskan usaha murni ini. Tahniah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePemberian gelaran Orang Kaya Temenggong kepada Raja Lawai di Baram yang berstatus dari golongan maran diraja melalui hubungan persaudaraan yang baik dan akrab diantara kesultanan Brunei atas faktor menjaminkan keselamatan daripada ancaman pemberontak dari etnik suku yang lain di baram. Peranan penting menjalinkan hubungan baik kesultanan Brunei dengan Raja Lawai kepada penduduk di baram ialah dimana Raja Lawai membuka peluang ekonomi dengan membenarkan pedagang-pedagang dari brunei untuk berdagang di Baram sambil manukar barang-barang tembaga dan hasil hutan contoh seperti rotan dan Sarang burung, dengan menjaminkan keselamatan dan memastikan tiada pemburuan kepalak keatas pedagang-pedagang dari Brunei. Raja Lawai adalah satu-satunya penerima gelaran Orang Kaya Temenggong yang telah mengharamkan pengutip cukai dari kerajaan brunei. Dimana pembesar-pembesar dari brunei melabelkan Raja Lawai sebagai bangsa Orang Melawan kerana mengharamkan kerajaan brunei mengutip cukai di Baram. (Continue)
ReplyDelete(Part 2) Semasa pemerintahan Raja Lawai di baram dia berjaya mengamankan setiap suku-suku di baram dengan memastikan tiada pertelingkahan dan tidak membenarkan pembesar-pembesar dari brunei mengutip cukai kepada etnik mirek dan etnik yang ada di Baram kerana Raja Lawai mengagapkan mana-mana orang ulu di baram sebagai saudara-mara dia, sebelum kedatangan kerajaan brooke di Baram. Dari segi pengetahuan tentang adat budaya yang luas diantara setiap suku-suku di baram Orang Kaya Temenggong Lawai digelarkan oleh Charles Hose sebagai the "Influential Chief" yang di catat dalam buku the pagan tribe of Borneo kerana menurut resident baram amat mustahil ketika zaman ngayau seorang individu mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat-adat setiap etnik di baram sekiranya orang tersebut dari golongan yang berpengaruh. Menurut cerita jugak Raja Lawai mempunyai Isteri Pertama iaitu Puteri Suting anak kepada Orang Kaya Sri Jau, dan melahirkan seorang putera panglima perang iaitu Putera Laing dan pada zaman ngayau dahulu putera Laing mengapalak ngayau anak(perang dalam jumlah yang sedikit) menyerang hamba ratu British dimana mengundang kemarahan Tuan Brooke dan dituduh oleh tuan Brooke dengan tidak berasas menyerang kerana merebutkan limbang dari kerajaan Sarawak dimana limbang adalah tempat orang-orang dari baram menukar barang jualan kepada kerajaan brunei dan putera Laing adalah orang yang sangat dikehendaki oleh kerajaan Sarawak pada masa dahulu. (continue)
ReplyDelete(Part 3)Semasa serangan dari armada kerajaan Sarawak keatas perang di limbang Raja Lawai dengan sendiri dan mengarah orang-orang dia melepaskan bedil mariam tetapi dihalang oleh orang ayeer dari pihak kerajaan brunei dimana orang ayeer memujuk Raja Lawai tidak melawan kerana kerajaan Sarawak datang untuk berbuat baik dan mengarah Raja Lawai mengibar bendera Putih untuk berunding. Dari situ Raja Lawai mengarah pahlawan dia bernama kading menaikkan bendera putih dan ketika dia menaikkan bendera putih, armada Brooke telah melepaskan tembakan dan mengenakan paha Kading dan perluru tembakkan tidak menembus paha kading kerana kebal dari senjata tajam lalu pahlawan kading pun berteriak dan sangat marah dengan armada brooke. Armada Brooke menyaksikan pahlawan Kading yang sangat mengerunkan lalu serangan armada Brooke berhenti dengan singkat apabila menyedari bendera putih dikibar. Raja Lawai tidak berasa gentar kerana dia percaya tiada pentunjuk yang mengancam nyawa dia dan lalu Raja Lawai turun di tebing sungai dan berunding dengan kerajaan Tuan Brooke dan lalu di bawak ke Sarawak untuk berunding dengan Tuan Brooke. Selepas Raja Lawai menjalinkan hubungan deplomatik dan kata sepakat dengan kerajaan Sarawak dan kerajaan Sarawak tidak mengenakkan apa-apa tindakan kepada Raja Lawai malah diberi layanan dengan baik kerana tidak mahu mengundang padah kerana tahu pahlawan di baram di bawah pengaruh putera Laing bukan calang-calang yang mauk dihadapi kerajaan Sarawak. Apabila Raja Lawai kembali ke Baram dan orang pertama yang dia berjumpa ialah Putera dia iaitu Laing yang ketika itu telah menyampaikan kabar kepada panglima-panglima perang di baram dan membuat persedian membawa askar-askar dari baram yang sangat besar untuk menyerang kerajaan sarawak kerana mengagap ayah dia Raja Lawai ditangkap oleh kerajaan Sarawak pada masa itu sudah tentu Raja Lawai diambilkan tindakan di atas perkara apa yang telah berlaku sebelum ini. Kerana ketika serangan di medalam Putera Laing bersama dengan pahlawan pahlawan dia pergi mengambil barang dan mempunyai urusan kerja. Ketika Raja Lawai berjumpa dengan putera dia Laing, Raja Lawai telah memujuk Laing agar tidak membawa pahlawan dan panglima-panglima perang dari Baram melawan kerajaan Sarawak. Kerana berat bagi Putera Laing untuk mendengar nasihat dari ayah dia. (Continue)
ReplyDelete(Part 4)Maka Raja Lawai dengan sendiri membawa saudara mara dia Tamah Bulan menyakinkan orang-orang baram supaya tidak menentang dan berdamai kepada kerajaan Sarawak kerana menurut cerita orang-orang tua dahulu tanpa ada pengaruh yang kuat dari golongan ketua orang tempatan dibaram amatlah tidak benar dan tidak logik sekali untuk menyakinkan orang-orang di baram berdamai dengan masa yang sangat singkat di atas kerajaan orang putih. Untuk memeriahkan pendamaian diantara kerajaan Sarawak dengan orang-orang dari Baram resident baram telah menganjurkan regatta di diantara orang-orang dari baram. Selepas kematian isteri pertama yang bernama Suting anak kepada Orang Kaya Sri Jau, Raja Lawai telah berkawin dengan Ping Lenjau iaitu Puteri kepada Raja Sebob dikenali sebagai Raja Aban Jau yang digelarkan Tuan Brooke sebagai the King of up river melalui ini Raja Lawai telah memperbesarkan pengaruh dia dengan melahirkan anak lelaki dia yang dikenali sebagai Penghulu Tamah Tingang@Malang Orang Kaya Temenggong Lawai dimana nama dia tercatat di dalam buku uncharted water yang ditulis oleh Hudson southwell. Setelah pegawai pentabiran British iaitu Tuan Brooke mendapat maklumat dari utusan tentang pengaruh empayar Raja Lawai. Pegawai pentabiran British Tuan Brooke telah menjadikan nama pusat pentabiran sebagai cloud town sempena nama residents baram pertama sebagai pusat pentabiran British di seluruh Baram sebelum nama ditukar menjadi marudi sempena nama sungai marudi dimana British telah mengarahkan syarikat minyak shell belanda menerokai dan menemui minyak di bahagian kuala sungai Baram yang membantu dalam menjana ekonomi dan mewujudkan daerah Miri di Baram dimana resident dari marudi dipindah ke Miri Baram. Semasa United Nation berkunjung ke Borneo hanya dua tempat UN melawat iaitu bahagian Kuching Sarawak dan Baram.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete