Before Pengiran Indera Mahkota was known by that title, his
real name was Pengiran Mohd Salleh ibnu Pengiran Sharifuddin. He was born in
Sambas. His father was a descendant of Sultan Abdul Hakkul Mubin.
Pengiran Md Salleh was a well-educated man during his time.
He was educated at Batavia and later furthered his studies in Holland.
Around 1820 the reigning Sultan at that time Sultan Muhammad
Kanzul Alam summoned Pg Md Salleh to return to Brunei. His Highness then
conferred on him the title Pengiran Indera Mahkota. Since then he was better
knownby the title Pengiran Indera Mahkota. Seven years later Pengiran Indera
Mahkota was given the task to act as the head of Government or Governor of
Sarawak representing the Sultan of Brunei. It was Pengiran Indera Mahkota who
first founded Kuching at a site named Lidah Tanah.
Around 1834 while Pengiran Indera Mahkota was ruling Sarawak
Pengiran Muda Hashim arrived there to try to collect revenue. The reigning
Sultan at that time was Sultan Omar Ali Saifuddien II the nephew of Pengiran
Muda Hashim.
Pengiran Muda Hashim’s arrival was not personally recieved
by Pengiran Indera Mahkota. He only sent his officers to recieve him while he
himself waited in his court. This act hurt Pengiran Muda Hashim’s feelings and he accused Pengiran Indera Mahkota of not
respecting him, an uncle of the Sultan. Pengiran Indera Mahkota’s justification
was that since he was appointed by the Sultan surely he had the right to do
what he thought was right. Since that day the conflict between the two started
and it became worse with the arrival of James Brooke.
With Pengiran Muda Hashim in Sarawak, the Government of
Sarawak was split into two. This gave rise to an uneasy situation in Sarawak.
Besides this, there were constant quarrels among the Dayaks.
Pengiran Indera Mahkota was an intelligent man who was bold
enough to face any problems. This contradicted the view held by some western
historians who said that he was a tyrant. James Brooke himself acknowledged
Pengiran Indera Mahkota’s shrewdness, as he had so recorded in his diary. It
was because of his shrewdness that he was not influenced by James Brooke.
Rather James Brooke regarded him as a threat to his plan of taking over
Sarawak.
Pengiran Indera Mahkota knew the promise made between James
Brooke and Pengiran Muda Hashim and saw it as a threat that could see Brunei
became smaller and weaker. He devised several ways to get rid of James Brooke
from Sarawak. Possibly this attitude of his led some historians to regard him
as tyrannical. Pengiran Indera Mahkota’s actions had caused James Brooke to threaten
to kill Pengiran Indera Mahkota’s followers should Pengiran Muda Hashim fail to
fulfil his promise immediately. The threat was made on 24th September 1841. On
that very day he was forced to proclaim James Brooke as the ruler of Sarawak.
He did this in order to avoid bloodshed in the country.
It was only on 1st August 1842 that James Brooke was
officially appointed as Raja Sarawak by the Sultan of Brunei. The appointment
hurt Pengiran Indera Mahkota’s feelings because his post as Governor of Sarawak
had not been abolished yet. In view of this Pengiran Indera Mahkota withdrew
from Sarawak. He went to Batang Lupar and from there he travelled along the
coast of Sarawak, finally settling down in Mukah.
Pengiran Indera Mahkota stayed for some time in Mukah. It
was only in 1845 that Pengiran Indera Mahkota returned to Brunei when he was
recalled by Pengiran Anak Abdul Momin, the son-in-law and assistant of Sultan
Omar Ali Saifuddin II. It was during his voyage to Brunei that he started
composing Syair Rakis and after several months in Brunei he completed his
works. One copy of his book was presented to Sultan Omar Ali Saifuddien II and
another to Pengiran Anak Abdul Momin.
Because Syair Rakis contained various kinds of advice,
guidance and lessons, many copies of the original were made. These copies were
given to the chiefs to read.
In 1852 Sultan Omar Ali Saifuddien II passed away and
Pengiran Anak Abdul Momin was crowned the twenty-fourth Sultan of Brunei.
Sultan Abdul Momin conferred the title of Pengiran Shahbandar on Pengiran
Indera Mahkota, one of the highest honours in Brunei in Brunei at that time.
James Brooke always kept up with the development of Brunei.
He was rather concerned about the presence of Pengiran Shahbandar in Brunei.
James Brooke made use of other people to eliminate Pengiran Shahbandar. It was
said that there was a revolt in Limbang. On James Brooke’s instigation, the
family of Pengiran Muda Hashim suggested that Pengiran Shahbandar lead an army
to Limbang to settle the revolt which was said to have broken out there.
On the way to Limbang at a place called Lubai, Pengiran
Shahbandar who could not swim was made to drown by capsizing his boat. He was
buried at Kianggeh on 1858.
Source : HistoryToThe Max
Sarawak merupakan negara yang lahir dari penindasan orang
luar. Dan merdeka makmur jika bebas dari cengkaman orang luar. Jadi jgn lupa
bahawa sejarah membuktikan bahawa pertolongan dari pelbagai amat diperlukan dan
jika kita bersatu, kita pasti kan berjaya!
Sejarah Sarawak, printed by DBP 1974 by Haji Buyong Adil:-
Mengikut Sejarah Sarawak, kekacauan mula berlaku di Sarawak
setelah Sultan Umar Ali Saifuddin II yg mmerintah Brunei pd masa itu telah
menghantar orang besar baginda bernama Pengiran Mahkota memerintah di situ pd
tahun 1836.
Semasa Pengiran Mahkota yg berasal dari Brunei itu
memerintah di Sarawak, dia telah bertindak keras dan zalim terhadap orang
Melayu, Bidayu dan Cina yg dketuai Datu Petinggi Ali.
Oleh sebab perbuatan Pengiran Mahkota dan orang-orang besar
Brunei yang memerintah di Sarawak (Kucing) itu terlalu zalim dan aniaya, orang
Melayu, Bidayu dan Cina pengikut Datu Petinggi ALi telah bangun memberontak
melawan pihak Pengiran Mahkota dan orang-orang besar Brunei itu. Tujuan Datu
Petinggi Ali ialah hendak membebaskan Sarawak dari perintah orang-orang besar
Brunei yang zalim itu. Dengan itu berlakulah huru-hara di Sarawak. Datu
Petinggi Ali telah menghantar utusannya k Betawi (Jakarta skrg) mminta
ptolongan dr Kompeni Belanda. Tetapi Gabenor Jeneral Kompeni Belanda yg ada di
Betawi tidak mahu campur dalam hal permusuhan di Sarawak itu. Dalam pada itu,
Sultan Sambas telah memberikan pertolongan kpd Datu Petinggi berupa ubat bedil,
peluru dan barang makanan.
Setelah mendengar berita kekacauan yang telah berlaku di
Sarawak itu, Sultan Umar Ali Saifuddin II di Brunei telah menghantar ayah
saudara baginda Pengiran Muda Hashim(Pengiran Bendahara Brunei) pergi ke
Sarawak untuk memadamkan huru-hara pemberontakan itu. Tetapi apabila Pengiran
Muda Hashim samapai ke Sarawak, dia gagal menguasai Pengiran Mahkota yang tidak
pula mahu mengikut kata Pengiran Muda Hashim walaupun kdatangannya ke Sarawak
itu dititahkan oleh Sultan Brunei.
Pd 27 hb Julai 1839, James Brooke dgn kapal Royalist telah
btolak mninggalkan Singapura belayar antara Singapura dgn Pulau Borneo&
Pulau Hindia Timur Belanda(Indonesia skrg) dan akhirnya sampai k Kuala Sg
Sarawak di Santubong. Dari situ James Brooke mudik Sg Sarawak dan sampai k
Kuching pada 15 Ogos 1839 bertemu Pengiran Muda Hashim dan mnyampaikan surat
ucapan terima kasih dan barang hadiah dr Gabenor dan ahli Dewan Perniagaan
Singapura krn jasabaik menolong orang Inggeris yang karam di laut pada awal
tahun 1839, tiada berapa jauh dari pantai laut Bandar Kuching. Sejak itu James
Brooke telah bersahabat baik dgn Pengiran Muda Hashim.Lebih sebulan lamanya
James brooke berada d Sarawak sbg tamu.
Pd 18 Ogos 1840 James Brooke sekali lagi bertolak dr
Singapura dgn kapal Royalist dan sebuah lagi kapal baru bernama Swift menuju
Sarawak dan tiba pada 29 Ogos 1840 berjumpa dgn Pengiran Muda Hashim.
James Brooke mendapati keadaan d Sarawak spt dahulu jg,
masih kacau bilau dan huru hara oleh perbuatan Pengiran Mahkota dan orang-orang
besar Brunei di bawahnya.
James Brooke telah membawa askarnya seramai sepuluh orang
putih dari kapal Royalist dgn mbawa 2 buah meriam besar naik k darat bersatu dg
pasukan Pengiran Muda Hashim yg tdiri dr org Melayu, Cina dan Dayak menentang
org Melayu, Cina & Bidayu yg dketuai Datu Petinggi Ali dan blakulah
ptempuran d Lidah Tanah.
Semasa dlm ptempuran d Lidah Tanah itu org2 besar Brunei
yakni pengikut Pengiran Muda Hashim yang bperang bsama dengan askar James
Brooke itu, didapati penakut dan mereka melawan musuh sambil lewa shj tidak
bsungguh-sungguh kecuali adik(saudara seayah) Pengiran Badaruddin. Dalam
pertempuran itu James Brooke dan Pengiran Muda Hashim gagal mengalahkan pihak
Datu Petinggi Ali, dan mereka balik ke Kuching.
-Sejarah Sarawak, Haji Buyung Adil, DBP 1974
SYAIR RAKIS - Karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh
Bismillah itu mula karangan
Kisah rencana dagangan buangan
Digunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri
Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada larangan
Sebut namaku dagangan asmara
Bercerai dengan sanak saudara
Namaku Misa Panji Larangan
Sekarang sudah buanga-buangan
Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan rial sangat perkasa
Dihurainya ringgit dan laksa.
Pulau Labuan diminta segera
Akan jalan tiang bendera
Disana tempat berkita-kira
Dari Sarawak ke Singapura
Dagang tercengang mendengarkan titah
Hati didalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri dibawah perintah
Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berkait
Marikan lagi datang memipit.
Negeri tuanku sangat mashyur
Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Disanalah kelak memberi gugur
Mesyurarat dengan ceteria menteri
Seta iman, khatib dan haji
Supaya masyhur khabar zamani
Itu pun tiada dagang rundingkan
Janku dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan.
Rakis kedelapan karangan cukup
Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan ramput
Sedikit tiada menyangkut
Rakis pertama mula disurat
Dengkil dalil negeri dagang melihat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat mesyuarat
Ayuhai nasib apakan jadi
Hendak mengajar tiada berani
Tetaou zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri
Nasib sangat badan terlalu
Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu
Hairanku handai melihat tukang
Unggas Nuri menjadi enggang
Hairanku sangat terbalik-balik
Negeri yang besar seperti bilik
Udang galah jadi cecudik
Harimau yang garang dapat dimilik
Sudah kehendak Tuhan yang kaya
Gunung yang tinggi menjadi paya
Pari menjadi kura-kura
Bingkarung sudah jadi buaya
Hairanlah dagang ajaib pula
Kehendak Tuhan Azzawajalla
Seekor naga tujuhnya cula
Sekarang menjadi ikan tempala
Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan meragi
Jadi geruda di Pauh Janggi
Astaghfirullah hairanku sangat
Air dilaut tiada hangat
Seluang dihulu pandai menyangat
Sumbilang di laut terlompat-lompat
Inilah kehendak Tuhan yang Maabud
Besi melaila menjadi umbut
Unggas dihutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud
Ajaib sekali aku memandang
Jujum yang sakit tiada terbilang
Burung nuri mejadi bebalang
Nyamuk kecil menjadi helang
Itulah kehendak Tuhan semesta
Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengan nya kita
PENGENALAN
Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada
masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan hasil karya
Pengiran Shahbandar Mohd Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh
Sultan Abdul Momin bahkan disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai
sebagai bacaan yang istimewa di masa itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada
sekitar TM18. Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran
Pengiran Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan terhadap negeri Brunei yang
telah menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil
Al-Sufri )
Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana
hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga
cendekiawan Brunei Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah
syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri
terkorban. Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang
ke Brunei dari Mukah yakni tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei
dipersembahkanya Syair Rakis kepada Sultan sebagai buah tangan.
Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh
pengakaji sastera dan sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair
tetapi isinya mempunyai wawasan dan pandangan terus terang yang sekali gus
mencerminkan satu transisi kemodenan. Wawasan atau pandangan atau nasihat yang
terdapat dalam syair terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi,
pendidikan dan sosialbudaya di Brunei ketika itu.
Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran
ini sebagai dokumentasi sejarah yang paling penting yang mencatatkan satu
gambaran yang lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial
politik negara Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris
(1967).
Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah
penempatannya sebagai titik tolak pemisah antara satera lama dengan moden
sehingga ada yang mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA
KESUSASTERAN MELAYU MODEN dengan alasan-alasan tertentu mereka.
Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd.
Salleh merupakan pembaru dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan
dan idea-idea yang terkandung dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang
dilahirkannya. Karya tunggal beliau ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah
khayal atau kisah puter puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang
disembahkanya adalah kisah yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu
lebih menyentuh soal-soal sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan
negaranya.(Haji Hashim, 1993).
Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran
Shahbandar Pengiran Mohd Salleh baik dari sudut sejarah mahupun sasteranya
namum jelas bahawa fungsi satera selain menghibur ia juga dapat menjadi
cerminan sesautu bangsa pada zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi
cermin bangsa tersebut. Dlam sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia
dengan catatan hidupnya terutama mengenai peristiwa suka duka masyarakat
Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980).
KANDUNGAN SYAIR RAKIS
Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar
Mohd Salleh ini mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau
karang itu mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan
negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan
peringatan kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya
pada ketika itu. Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya
sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi,
pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu.
Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi
maklumat yang berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan
dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada
sultan agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat
sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei,
mengawasi kegiatan orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain itu
beliau terus menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik
di kalangan orang-orang Barat terhad Brunei dengan menyedarkan kepada pempin
dan rakyat Brunei agar berhati-hati terhadap pihak Inggeris. Beliau juga
mengingatkan kepada Sulatan Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua
mengenai janji yang dibuat dengan pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus
berpegang pada janji itu tentulah Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau
tidak ragu mengenai kesenangan dan kesusahan yang akan diterima setelah
bersahabat dengan Inggeris ini kerana orang Inggeris pandai menggunakan tipu
muslihat secara perlahan dan licin. Pengiran Shahbandar juga ingin mengingatkan
kepada pemerintah Brunei agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan
tidak terlalu mementingkan wang ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap
bangsa dan negara sendiri terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990).
Di dalam syair yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Md.
Salleh itu terdapat juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei.
Belaiu menyeru Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir
mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga
akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan
hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan
Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan
sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi
Brunei. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan
tergugat tiak hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British
menguatkan angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang
berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan
pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu
mencadangkan kepada pihak Kesulatanan Brunei suapa mengambil langkah yang wajar
dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan supaya
Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan
keputusan yang bersepadu.
Pengiran Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa
persahabatan Brunei dengan pihak Britih tidak boleh menjamin keselamtan wilayah
Brunei sepenuhnya, ini disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei
untuk kepentingan perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap
mengingatkan mengenai kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan
diperhatikan termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan
menyarankan agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan
tertentu.
Selain itu, dalan syirnya ada juga soal pendidiakn yang
beliau kemukan kerana beliau juga telah menyedari akan nasib bangsanya yang
serba kekurangandan memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asa
kemajuan negara.
Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pengiran Md.
Salleh, dengan mengingatkan agar segala perkara yang dilakukan hendaknya
dijalankan mengikut pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu
belaiu juga mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan
syarak itu menjalinkan kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat
memelihara keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara.
Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Pengiran.
Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat menyelami
niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu sendiri
berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu wilayah
Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei untuk terus mengekalkan
wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang dan dirampas
sekali lagi dan sesuka hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan James Brooke itu
telah menyebabkan Negeri Brunei menjadi sebuah negeri yang dahulunya sebagai
sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil. Perkara ini
disebut oleh Pengiran. Shahbandar Mod Salleh dalam Rakisnya.
Selain itu Pengiran. Shahbandar Md. Salleh juga melihat
betapa pentingnya perjalanan ekonomi, pendidikan dan juga kecenderungannya
kepada agama.
RIWAYAT HIDUP PENYAIR
Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga
diraja Brunei yang hidup diantara akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama
Sultan Abdul Mubin Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu
Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi
(Sultan ke-XIV). Beliau adalah salah seorang daripada golongan diraja yang
terpelajar. Menurut riwayat beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan
pelajarannya ke Negeri Belanda. Gelaran Pengiran Shahbandar telah dianugerahkan
kepada beliau oleh Sultan Abdul Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang
pada TM 1820 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pengiran Md. Salleh
telah dipanggil balik ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran Pengiran
Indera Mahkota kerana kebijaksananya. Pada TM 1827 Pengiran Shahbandar Mohd
Salleh diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak.
Dan pada tahun 1834 Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan
Muhammad Kanzul alam telah berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan
Sarawak tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng
Pengiran Md. Salleh.
Pada masa Pengiran Muda Hashim berada di Sarawak dalam
TM1839, belaiu telah berkenalan dengan James Brooke iaitu seorang Inggeris yang
datang ke Sarawak untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana.
Dengan kepintaran dan tipu muslihatnya memanipulasikan perbalahan diantara
Pengiran Shahbandar Md. Salleh dengan Pengiran Muda Hashim sehingga james
Brooke berjaya membuat perjanjian dengan Pengiran Muda Hashim untuk berkuasa di
Sarawak dalam TM 1841.
Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali
Saifuddin II untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih lagi dan
perjanjian pun dibuat diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi
Raja Sarawak. Selepas perlantikan James Brook itu Pengiran Shahbandar Md Salleh
pun mengundur diri dari Sarawak dan bermastautin di Mukah. Melalui Pengiran
Anak Abdul Momin atas nama Sultan Omar Ali Saifuddin II telah memanggil
Pengiran Md. Salleh untuk membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran Salleh
telah bertemu Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut
telah menyebabkan kegelisahan dikalangan kerabat diraja dan akhirnya pada TM
1858 Pengiran Mohd Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang
diaturkan oleh Pengiran Digodang Pengiran Anak Muhammad Hasan ibnu Pengiran
Anak Tajuddin .
Source : mybujangsarawak
Refer to pejabat daerah samarahan , books the white rajah n power n prowess photo referred as pengiran muda hashim is actually belong to indera mahkota
ReplyDeleteits good to have a copy of the photo
DeleteYou have the photo referred as pg bendahara muda hashim
Deleteyes i have another photos almost the same but the hilt of the keris is different...
DeleteSultan tengah di sarawak ada kaitan dengan brunei dan sambas ketika itu pengiran indra mahkota mohd saleh @ pengiran shah bandar saleh ibnu pengiran sharmayuda di titah oleh sultan kanzul alam ke 21 brunei agar pengiran indra mahkota ke sarawak sebagai gabenor sarawak pada 1827 beliau berselisih faham dengan pengiran muda hashim maka pengiran indra beliau mahkota mohd saleh di panggil balik ke brunei apabila pulang dari istana di bunuh oleh sepupunya dan meninggal di kebumikan makam kubah diraja kiangeh dengan adat diraja dan dan beliau mempunyai anakda pengiran muda jaafar berhijrah bersama bersaudara hijrah ke satu tempat di beri nama bayan lepas di atas nama burung bayan di lepaskan,di faham kan burung tersebut menghiburan sempena belayar mengunakan kapal junk seri budi.....
ReplyDeleteRajah brooke datang borneo tujuan mengambil aset hasil bumi borneo,ketika itu orang melayu percaya di fitnah oleh bangsa asing kerana ingin menjatuhkan kerajaan nusantara di mana pengiran indra mahkota mohd saleh telah membuat syair rakis 12 isi nya sebagai nasihat jangan mudah percaya bangsa asing akhirnya terjadi jaga hasutan fitnah mengunakan wang untuk kekuatan rajah james brooke untuk berkuasa dari limbang hingga ke sabah pada 1841 hingga 1888....akhirnya brunei menjadi negara terkecil... ini satu sejarah bagi kerabat raja brunei dan rakyat jelata
DeleteKeris sinaga berdaulat brunei sudah.lama dibawa keluar pegi jauh dari istana nurul hana di tinggalkan sarung di simpan oleh keturunan yang berhak kerana sesiapa pegang bukan keturunan akan muntah darah dan akan mati....dari abad ke 18 cerita sejarah ini dari dahulu hingga sekarang
ReplyDeleteHanya yang yang tahu sejarah istana brunei hanya keturunan nya sahaja....kerana di cerita dari turun menurun dari dahulu hingga sekarang bagi keturunan dangsanak brunei harus ambil tahu sejarah nenek moyang...salah fakta jangan di buat kerana keturunan nya masih hidup...sekian terima kasih
ReplyDelete