Tercatit dalam sejarah Sabah bahawa Islam tiba di Pantai
Barat Sabah pada awal tahun 1900an. Namun ada beberapa masjid yang telah dibina
pada awal tahun 1800an. Diantaranya ialah Masjid Kampung Ulu Putatan yang
dibina sekitar awal tahun 1800an yang juga antara masjid tertua yang masih
wujud di Putatan. Samada Masjid Kampung Ulu Putatan ini adalah yang tertua di
Sabah berbanding dengan Masjid Hasabollah at-Tahiri di Sandakan yang dibina
pada lewat tahun 1800an, hanya ujian ”carbon dating” sahaja yang boleh
mengesahkan usianya.
Apakah kaitan Masjid Kampung Ulu Putatan dan Kuala Sungai
Dumpil?
Mengikut ceritanya, pada awal tahun 1730an seorang pemuda
bernama ”Dumpil” bersama rakannya bernama Qutub tiba daripada Brunei telah
sampai ke sebuah kuala sungai (Sungai Dumpil) dan mendapati kawasan tersebut
amat hijau dan kurang berpenghuni. Setelah mendayung mengikut sungai, beliau
tiba di Bukit Kalam, Putatan untuk persinggahan.
Sungai yang dilalui ini bertemu dengan Sungai Putatan di belakang bukit tersebut. Oleh kerana kedua-dua sungai tersebut datang daripada satu punca sungai daripada Gunung Bongkok, maka beliau menyusur mengikut arus keluar Sungai Putatan dan mendapati sebuah kawasan lapang tidak jauh daripada Bukit Kalam yang sesuai dengan tanaman seperti bersawah padi. Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai Kampung Ulu Putatan dan menjadi lokasi yang sesuai untuk mendirikan perkampungan.
Sungai yang dilalui ini bertemu dengan Sungai Putatan di belakang bukit tersebut. Oleh kerana kedua-dua sungai tersebut datang daripada satu punca sungai daripada Gunung Bongkok, maka beliau menyusur mengikut arus keluar Sungai Putatan dan mendapati sebuah kawasan lapang tidak jauh daripada Bukit Kalam yang sesuai dengan tanaman seperti bersawah padi. Kawasan tersebut sekarang dikenali sebagai Kampung Ulu Putatan dan menjadi lokasi yang sesuai untuk mendirikan perkampungan.
Siapakah pemuda bernama ”Dumpil” tersebut? Mengikut cerita,
beliaulah orang pertama bergelar diri sebagai Raja Dumpil di Sabah selain
daripada Kesultanan Brunei pada masa itu iaitu Sultan Hussin Kamaluddin.
Mengikut cerita, Sultan Hussin Kamaluddin pernah datang ke Sabah semasa
pemerintahannya setelah mendengar khabar bahawa ada seorang Raja di Sabah yang
memerintah sebuah kawasan walaupun Sabah ketika itu berada di bawah Kesultanan
Brunei. Setelah menyamar diri, didapati bahawa orang yang bernama Raja Dumpil
itu adalah anaknya sendiri iaitu Pangeran Anak Untung. Sultan Hussin Kamaluddin
kemudiannya kembali ke Brunei tanpa ragu.
Makam Allahyarham Pangeran Anak Untung ibni Al-Marhum Sultan
Hussin Kamaluddin berada di lokasi grid GPS 5º52’45”N dan 116º3’1”E adalah
bukti sejarah kedatangan Islam di Putatan sekitar awal 1730an.
Sebagai rekod, rakan Pangeran Anak Untung iaitu Qutub atau
bergelar Pendekar Qutub, disemadikan di Bukit Mantukod (sekarang dipanggil
Pulau Mantukod).
Kuala sungai yang tidak dikenali pada masa kedatangan
Pangeran Anak Untung juga telah dinamakan sebagai Kuala Sungai Dumpil. Peta
awal British lewat tahun 1800an menunjukkan sebuah tempat bernama Dumpil Point
wujud dalam peta Sabah pada masa itu.
Pengkaji sejarah kedatangan Islam ke Sabah amat dialu-alukan
untuk mengesahkan kesahihan maklumat ini untuk menjawab bila sebenarnya
kedatangan Islam di Pantai Barat Sabah. Asalnya kuala Sg.Dumpil bukan di situ
tapi jauh sedikit ke laut.
Kalau tidak silap
tempat bernama Dumpil Point atau Dumpil Rock. Setahu saya tidak ada orang yang
bernama Raja Dumpil kecuali orang-orang dulu yang pandai-pandai mau beri
gelaran. Gelaran sebenar ialah Raja Tamba Ruyung iaitu pangkat sebenar Pangeran
Anak Untung semasa jadi pemerintah Tanah Tulen Dumpil Meruntum.
Pasal itulah ayahandanya Sultan Hussin Kamaluddin datang melawat ke Tanah Tulen Dumpil Meruntum sambil menyamar untuk mengenalpasti siapa Raja Dumpil semasa pemerintahan Brunei pada masa itu. Setahu Sultan Hussin Kamaluddin, cuma ada Raja Tamba Ruyung dan bukan Raja Dumpil. Rakan Pangeran Anak Untung iatu Pendekar Qutub tidak dikebumikan di Bukit Mantukod tapi dikebumikan di Bukit Ampak-Ampak (sekarang Pulau Ampak-Ampak) iaitu anak bukit sebelum Bukit Mantukod.
Pasal itulah ayahandanya Sultan Hussin Kamaluddin datang melawat ke Tanah Tulen Dumpil Meruntum sambil menyamar untuk mengenalpasti siapa Raja Dumpil semasa pemerintahan Brunei pada masa itu. Setahu Sultan Hussin Kamaluddin, cuma ada Raja Tamba Ruyung dan bukan Raja Dumpil. Rakan Pangeran Anak Untung iatu Pendekar Qutub tidak dikebumikan di Bukit Mantukod tapi dikebumikan di Bukit Ampak-Ampak (sekarang Pulau Ampak-Ampak) iaitu anak bukit sebelum Bukit Mantukod.
RAJA DUMPIL (VERSI LAIN)
Sepintas Lalu: Sejarah Dumpil, Meruntum (Raja Dumpil)
Dumpil Meruntum adalah sebuah kawasan di dalam Daerah
Putatan. Kawasannya terletak sebelum Bandar Putatan menuju ke Kota Kinabalu.
Menurut sumber, keluasan tanah ini di anggarkan 384 kilometer persegi atau
kurang lebih 80,000 ekar dan dikatakan ianya adalah tanah tulin milik Pengiran
Anak Untung sejak tahun 1730.
Sejarah Dumpil...
Mengikut cerita lisan yang dipopularkan, pada awal tahun
1730an, ada seorang pemuda bernama ”Dumpil” bersama rakannya yang bernama Qutub
daripada Brunei telah sampai ke sebuah kuala sungai (Sungai Dumpil) dan
mendapati kawasan tersebut amat hijau dan kurang berpenghuni. Setelah mendayung
mengikut sungai, beliau tiba di Bukit Kalam, Putatan untuk persinggahan. Sungai
yang dilalui ini bertemu dengan Sungai Putatan di belakang bukit tersebut.
Oleh
kerana kedua-dua sungai tersebut datang daripada satu punca sungai daripada
Gunung Bongkok, maka beliau menyusur mengikut arus keluar Sungai Putatan dan
mendapati sebuah kawasan lapang tidak jauh daripada Bukit Kalam yang sesuai
dengan tanaman seperti bersawah padi. Kawasan tersebut sekarang dikenali
sebagai Kampung Ulu Putatan dan menjadi lokasi yang sesuai untuk mendirikan
perkampungan.
Siapakah pemuda bernama ”Dumpil” tersebut?
Mengikut cerita, beliaulah orang pertama menggelar diri
sebagai Raja Dumpil di Sabah selain daripada Kesultanan Brunei pada masa itu
Sultan Hussin Kamaluddin iaitu Sultan Brunei yang ke 16.
Menurut cerita, Sultan Hussin Kamaluddin pernah datang ke
Sabah semasa pemerintahannya apabila baginda mendengar berita tentang adanya
seorang Raja di Sabah yang memerintah di sebuah kawasan Sabah yang mana ketika
itu berada di bawah Kesultanan Brunei. Setelah menyamar diri, baginda mendapati
bahawa orang yang bernama Raja Dumpil itu adalah anak baginda sendiri yang
bernama Pengiran Anak Untung. Pengiran Anak Untung dikatakan lahir pada tahun
1710 di Brunei. Setelah berpuas hati maka Sultan Hussin Kamaluddin pun kembali
ke Brunei tanpa ada rasa ragu.
Bagaimana Pengiran Anak Untung berada disana?
Menurut cerita lisan, Kedatangan Pengiran Anak Untung ke
sana adalah kerana merajuk hati lalu membawa diri hingga kesana disebabkan
ayahandanya tidak menurunkan takhta kepada anak-anak baginda. Setelah
ayahandanya mengetahui akan hal ini, maka dianugerahkanlah tanah tersebut oleh
Sultan Husin Kamaluddin kepadanya untuk memerintah di tanah jajahan Kesultanan
Brunei tersebut. Lebih dikenali sebagai tanah tulin Dumpil.
Kuala sungai yang tidak dikenali pada masa kedatangan
Pengiran Anak Untung juga telah dinamakan sebagai Kuala Sungai Dumpil. Peta
awal British lewat tahun 1800an menunjukkan sebuah tempat bernama Dumpil Point
wujud dalam peta Sabah pada masa itu.
Makam...
Makam Allahyarham Pengiran Anak Untung ibni Al-Marhum Sultan
Hussin Kamaluddin berada di kawasan siring/tepi landasan keretapi sebelum
Bandar Putatan.
Bagaimana makam tersebut ada disana?
Ini adalah disebabkan ketika pihak British mahu membina
landasan keritapi pada sekitar tahun 1900 merentasi Tanah Tulin ini.
Mengikut cerita, pembinaan landasan keretapi bermula
daripada Weston ke utara hingga ke Jesselton (kemudiannya dinamakan Api-Api,
yang sekarangnya dinamakan Kota Kinabalu). Pembinaan landasan keretapi berjalan
lancar sehinggalah sampai ke kawasan yang dikata “keramat” dekat Ketiau.
Pembinaan
landasan tidak dapat diteruskan kerana ada sebuah kuburan yang tidak dapat
dialihkan oleh pekerja pada masa itu. Apabila Resident British pada masa itu
bertanya kepada pekerja mengapa tidak teruskan pembinaan, pekerja-pekerja
berkenaan mengatakan bahawa ada sebuah kubur yang tidak dapat dialihkan atau
dipindahkan. Bila Resident British bertanya lanjut, pekerja-pekerja berkenaan
mengatakan bahawa kubur itu adalah jenis keramat dan tidak boleh diganggu. Jika
diganggu tanpa sebab, takut nanti ada perkara yang tidak disenangi akan
berlaku.
Oleh kerana Resident British tidak mempercayai atau
memperkecilkan keramat pada masa itu, maka dengan sombongnya beliau menyahut
cabaran pekerja dengan membuang air kecil ke atas batu nisan di kuburan
tersebut. Mengikut cerita, beberapa hari kemudian, Resident British menghidap
kepayahan untuk membuang air kecil. Setelah diperiksa oleh pihak perubatan masa
itu, dimaklumkan bahawa bahagian alat sulit Resident British telah bengkak dan
semakin membesar. Berbagai usaha perubatan dibuat tetapi bengkak masih tidak
susut.
Mengingati peristiwa Resident British membuang air kecil di
kuburan, maka pekerja landasan keretapi mencadangkan kepada beliau untuk
meminta ampun maaf kepada keramat tersebut dengan menyembelih seekor kambing
dekat kuburan tersebut dan dagingnya diagihkan kepada pekerja-pekerja yang
menghormati keramat berkenaan. Setelah memohon ampun maaf, akhirnya bengkak di
bahagian alat sulitnya susut. Lanjutan daripada pengajaran itu, Resident
British mengarahkan pengalihan laluan landasan agar tidak “melanggar” kuburan
itu. Setelah dialihkan, pembinaan landasan keretapi berjalan lancar sehinggalah
perkhidmatan keretapi dapat diadakan.
Siapa dia Qutub yang menjadi teman Pengiran Anak Untung
sewaktu berhijrah ke Dumpil Meruntum?
Sehingga sekarang ianya masih menjadi tanda tanya dan tiada
ada catatan yang membongkar identiti beliau... Tapi apa yang di fahami, ada
kemungkinan juga beliau merupakan saudara atau teman rapat Pengiran Anak Untung
yang juga merupakan salah seorang daripada ahli kerabat. Sebagai rekod, rakan
Pengiran Anak Untung iaitu Qutub atau bergelar Pendekar Qutub, disemadikan di
Bukit Mantukod (sekarang dipanggil Pulau Mantukod).
INFO TAMBAHAN:
Diceritakan bahawa cucu Pengiran Anak Untung yang bernama
Pengiran Kermaraja juga dimakamkan berdekatan dengan makamnya.
Wallahu a'lam...
-with Bakhtiar Bee & Tukul Besi
Source : Putatankini, Sejarah Borneo
mitos hahaha.. itu kuburan bukan kuburan kerabat di raja
ReplyDeletekesian...cuba cek dlm BruneiRoyalFamily, cek lagi di Arkib Negeri Sabah..Makam tu sudah diiktiraf sebagai Makan DiRaja Brunei Di Sabah.😌
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePlease kaji di mana waris Pg Anak Untong
ReplyDeleteada di Meruntum,Putatan.
Delete