Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2
kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.
Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku
pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari
Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.
Melayu Anak Dagang merangkumi:-
* Suku Aceh
* Suku Banjar
* Suku Batak-Mandailing
* Suku Boyan (Bawean)
* Suku Bugis
* Suku Cham
* Suku Jawa
* Suku Kerinci
* Suku Minangkabau
* Suku Rawa
* Suku Yunnan
* Suku Jambi
* Suku Riau
'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di
Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah
hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi
mereka status Bumiputra.
Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku
pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung.
Melayu Semenanjung merangkumi:-
Suku Kedah Tua
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah
Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang,
Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)
Suku Perak
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga
Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan
selatan)
Suku Kelantan dan suku Patani
- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan
Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan
wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.
Suku Terengganu
- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan
penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah
sebahagian jajahan Langkasuka)
- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.
Suku Pahang
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang
- salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka
- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.
Suku Johor
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi
atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar
Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak
ditemui.
- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.
Orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk
Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di
Semenanjung dan bukannya Sumatera.
Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di
Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah
Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua
kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.
Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke
Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia. Menurut teori penghijrahan
manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.
Source : Sejarah Melayu Purba
No comments:
Post a Comment