KUBU SHARIFF USMAN 1845 |
WATAK SANDOKAN 1847 |
Shariff Usman adalah Sultan Marudu yang berperang dengan British
dan James Brooke, Raja Sarawak pada tahun 1845. Beliau dianggap Ketua Lanun
Paling Bahaya di Asia. Pihak British menganggap Shariff Usman sebagai ancaman
kepada Kerajaan British dan Raja Brooke Sarawak.
Shariff Usman juga adalah tokoh kontroversi yang dianggap
Pejuang Pertama di Sabah yang berani menentang dan mencabar pertuanan British
di Sabah.Beliau adalah pemerintah Marudu di Utara Negeri Sabah. Isterinya yang
pertama bernama Dayang Cahaya iaitu kerabat atau anak Sultan Sulu, seorang
wanita cantik yang putih melepak. Orang-orang Marudu menggambarkan Dayang
Cahaya sebagai berikut " apabila dia makan nasi, nasi akan nampak lalu
masuk dalam kerongkongnya". Bayangkanlah putihnya Dayang Cahaya ini.
James Brooke sewaktu berperang dengan Shariff Usman pernah
meminta Shariff Usman agar memperlihatkan wajah Dayang Cahaya sebagai syarat
damai gencatan senjata. Shariff Usman enggan dan sebaliknya hanya
memperlihatkan tangan Dayang Cahaya dari sebalik dinding istananya.
James Brooke sebenarnya mencari seorang wanita Inggeris
iaitu adik ipar Gabenor General Syarikat Hindia Timur Inggeris ( SHTI ) di
India yang didakwanya disembunyikan oleh Shariff Usman.
Pangeran Yusop ( bapa mertua Sultan Brunei ) di Kimanis
adalah sahabat baik Shariff Usman dan terlibat sama menentang penjajahan
British di negeri Sabah bersama-sama Shariff Usman.
Shariff Usman dikatakan terbunuh di Kubu Marudu tetapi
mayatnya gagal ditemui. Ada pendapat mengatakan beliau tidak terkorban sewaktu
perang Marudu 1845 dan makam yang ada di Kubu Marudu adalah makam Shariff
Merum, anak Shariff Usman. Laporan British hanya menyebutkan antara yang
terbunuh di Kubu Marudu ialah tiga orang
keturunan Arab ( Syariff ) dan Syariff Usman hanya cedera. Pihak British mendakwa
Shariff Usman akhirnya akan mati berdasarkan maklumat seorang perempuan
yang ditemui dalam keadaan lemah di Kubu
Marudu. Perempuan itu mendakwa Shariff Usman cedera dan telah dibawa keluar
dari kubu oleh pengikutnya.Hingga sekarang hanya ada tiga nisan lelaki dan satu
nisan perempuan terpacak di Kubu Marudu.
Persoalannya? benarkah Shariff Usman terbunuh di Marudu? dan
siapakah Dayang Cahaya? dan kenapa James Brooke beriya-iya ingin melihat wajah
Dayang Cahaya ?
Sandokan pula adalah watak utama Novel Sandokan yang
akhirnya difilemkan yang amat popular di Eropah khususnya di Itali, Jerman,
Perancis dan negara-negara lain. Novel Sandokan ditulis oleh Salgari seorang
penulis Itali pada tahun 1883-1884. Kisah Sandokan adalah berkisar kepada
seorang hero yang akhirnya menjadi lanun kerana negerinya MALLUDU ( MARUDU )
telah dimusnahkan oleh Inggeris pada tahun 1845. Sandokan adalah anak kepada
Sultan MALLUDER ( MALLUDU ).Sandokan juga dikenali sebagai The Tiger Of Malaya.
Sandokan mempunyai seorang sahabat karib yang sama-sama
menentang Inggeris yang dianggap dalam novel ini sebagai penjajah dan watak
jahat. Dalam novel ini, watak Raja James Brooke, Raja sarawak juga menjadi
musuh utama Sandokan.
Sandokan mencintai seorang wanita Inggeris yang merupakan
anak saudara kepada Raja James Brooke Sarawak. Banyak kisah-kisah pengembaraan
Sandokan dan sahabatnya ke serata pelusuk dunia.
Persoalannya?, kenapa latar cerita kedua-duanya adalah
merujuk kepada negeri yang sama iaitu MARUDU yang sekarang dikenali sebagai
Kota Marudu. Jalan cerita, watak-watak, latar masa, latar tempat semuanya
adalah sama atau hampir sama. Ini bererti Novel Sandokan adalah merujuk kepada
watak Shariff Usman Marudu.
Justeru itu, kalau orang Eropah mendewa-dewakan dan
mengagumi Sandokan, kenapa kita masih meminggirkan dan tidak mendaulatkan
perjuangan Shariff Usman?. Shariff Usman masih dianggap lanun sehingga waris
keturunannya pun menyembunyikan identiti diri.
Ramai waris Shariff Usman di Kota Marudu, di Sugut, di
Kudat, di Kinabatangan dan di serata negeri Sabah seakan melupakan perjuangan
moyang mereka.
Ada juga pihak di negeri Sabah mendakwa bahawa Sandokan
adalah moyang mereka dan mereka mengakui bahwa watak dan nama Sandokan sebagai
wujud dan benar-benar ada. Sandokan dipercayai berasal dari Marudu dan
berhijrah ke Melapi, Kinabatangan. Peliknya novel ini memasukkan nama
Limau-limauan di Teluk Marudu dalam Novel Sandokan yang menjadi Pusat
Pemerintahan Marudu selepas era Shariff Usman.
Jadi?... adakah Sandokan itu adalah nama lain kepada Shariff
Usman? tepuk dada tanya warisnya.
Adakah Shariff Merum atau Shariff Rum yang terkorban di Kubu
Marudu adalah Shariff Usman yang sebenarnya?.Adakah Dayang Cahaya yang menjadi
isteri Shariff Usman adalah orang yang sama iaitu wanita Inggeris yang menjadi
isteri Sandokan?.
Kamu ah....budak-budak UMS, buatlah kajian betul-betul dan
selongkar sejarah negeri Sabah ni. Siapa lagi kalau bukan kamu? kamu mau tunggu
urang putih lagi buat kajian.
Cuba pula kaji nama seorang lagi tokoh yang amat dikagumi
oleh Inggeris iaitu Shariff Yassin. Syariff Yassin berpindah ke Sugut setelah
kejatuhan Kerajaan Marudu dan memungut cukai di Sugut. Kegagahan dan
kepahlawanan beliau melawan Ketua Lanun bernama MEMADAM yang merampas sebuah
kapal Inggeris di perairan Sugut. Syariff Yasin merampas kapal tersebut dan
menyelamatkan tawanan berbangsa Inggeris. Peristiwa ini disiarkan oleh
akhbar-akhbar dunia ketika itu di Britain, Hong Kong dan Singapura.
Satu rahsia yang tidak diketahui Inggeris, Shariff Yassin
dikatakan oleh Inggeris sebagai pengikut Syariff Usman, wal hal beliau
sebenarnya adalah anak Syariff Usman yang berpindah ke Sugut dan menjadi Ketua
atau pemerintah di Sugut.
Shariff Yassin di hari tuanya telah kembali ke kampung
halamannya di Marudu dan meninggal di Tandek.Tempatnya di Sugut digantikan oleh
anak sulungnya juga seorang Syariff.....lain kali aku sambung cerita jika ada
waris dari Sugut yang memberi ulasan.
Sejarah mencatatkan, " 1851, six years after..battle of
Marudu, Syariff Usman son Hassan give to the British..St John a list that show
how many families.....of Syariff Osman". Catatan ini menyebutkan bahawa
rekod Salasilah dan keluarga Syariff Usman telah diserahkan kepada British dan
masih dalam simpanan rekod sejarah di London.
Isteri lain + Syariff Usman + Puteri Sulu ( anakanda Sultan
Pulalun ) isteri pertama Syariff Usman.
1.Syarifa Loya ( Lauyah ) anak perempuan syariff Usman
2.Syariff Hassan anak Syariff Usman yang menyerahkan rekod
keluarga kepada British.
3.Syariff Yassin anak syariff Usman yang berkahwin dengan
anak Sultan Sulu iaitu adik perempuan Sultan Jamalul Alam.
Syariff Yassin mempunyai 4 isteri, anaknya Syariff Hussin
berkahwin dengan anak Syariff Datu Mohamad Israel ( Ketua Penguasa di Sungai
Sugut ). Syariff Yassin telah menjadi Ketua di Sugut selepas era perang Marudu
menggantikan bapa mertuanya. Sewaktu di Sugut, Syariff Yassin telah merebut
sebuah kapal British yang dirompak oleh Mamadam dan menyelamatkan beberapa
orang British. Syariff Yassin telah menyimpan kapal tersebut di sungai Sugut
dan menyerahkannya berserta anak kapal yang selamat dengan baik kepada British.
Nama Syariff Yassin terkenal di serata Nusantara dan
dilaporkan dalam beberapa akhbar di London, Singapura dan Hong Kong.
Syariff Yassin akhirnya berpindah ke Talaga di Pitas Teluk
Marudu. Ketua Pemerintah di Marudu diambil alih oleh Haji Abdul Rahim (
keluarga ) di Limau-Limauan Kudat, Ketua Pemerintah di Sungai Sugut diambil
alih oleh Syariff Hussin anak Syariff Yassin.
Ramai waris Syariff Usman di Kudat, Kota Marudu, Sugut,
Sandakan dan Pitas.
Siapakah bapa...Syariff Usman...?
Bolehkah seorang penghijrah dari luar ruang lingkup
kekuasaan Kesultanan Borneo-Sulu-Magindanao khususnya dari Perak atau Malaya
mampu membentuk sebuah "Marudu Empire" hanya dalam beberapa tahun
sahaja ?,
Adakah Kesultanan Borneo begitu lemah dan bolehkah
orang-orang Bajau-Suluk-Sungai-Dusun dan lain-lain suku bangsa yang menjadi
tentera dan Panglima Perang Syariff Usman menerima orang Perak sebagai Raja
mereka atau "King Of Marudu Empire"?.
Berdasarkan kajian saya, memang ada seorang Usman yang
berasal dari Perak yang datang ke Kota Marudu, tetapi Usman ini telah berhijrah
ke Kota Marudu lebih kurang 50-60 tahun selepas era Perang Marudu. Beliau tidak
ada kaitan dengan Syariff Usman Marudu.
Dalam huraian akan datang, saya akan dedahkan siapa ayahanda
atau bapa Syariff Usman, bagaimana hubungan keluarga Syariff Usman dengan
Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Magindanao.
Dalam Cerita Lagenda Syariff Usman yang diturunkan secara
turun temurun dan disampaikan oleh Orang Kaya Kaya OKK Ali Yassin ( Allahyarham
), mantan Ketua Daerah Kota Marudu pada tahun 1997, Syariff Usman disebutkan
sebagai berketurunan Bajau dan berusia lingkungan 40an sewaktu Perang Marudu
1846. Syariff Usman disebutkan seorang yang berkulit hitam manis dan tingginya
dalam 6' 2". Suaranya keras dan garang.....
Apa yang ada direkodkan, Syariff Ali adalah salah seorang
Ketua di kawasan Bandau (Marudu ) selepas era Perang Marudu 1846. Setengah
sumber mengatakan Syariff Ali adalah anak Syariff Shee. Syariff Shee adalah
antara para Syariff yang terkorban dalam Perang Marudu dan ada makamnya di
kawasan Kubu Marudu. Syariff Shee adalah sahabat karib Syariff Usman dan antara
sahabat dan Panglima Kanan Syariff Usman.
Ada 10 orang Panglima Kanan atau Ketua Perang Syariff Usman
sewaktu Perang Marudu dahulu.
Kampar yang dirujuk sebagai Negeri Syariff Usman tu adalah
satu lokasi di Marudu. Letaknya di Tepi Sungai Kampar pertemuan dengan Sungai
Besar. Sekarang kawasan tu dah di tenggelami pasir dan anak sungai Kampar masih
dirujuk sebagai Sungai Kampar oleh orang-orang Kota Marudu. Sungai Kampar salah
satu cabang Sungai Langkon, Sungai Marudu dan Sungai Balagaton.
Kampar yang dimaksdukan sebagai negeri asal Syariff Usman
bukanlah Kampar di Perak atau Kampar di Riau Sumatera tetapi Kampar di Marudu.
Sehingga sekarang nama Kampung Kampar masih ada di Kota Marudu dan antara
Kampung yang terletak dalam kawasan Zon Perang Marudu era Syariff Usman.
Peranan Suku Kaum Ilanun dan Bajau dalam abad ke 17-19
malahan lebih awal dari itu di Asia tenggara memang besar. Mereka terlibat
dalam banyak aktiviti perang laut sehingga ke Siak,Sulawesi,Selat Melaka,
Kepulauan Sulu,Borneo malahan sehingga ke sempadan Burma, Siam dan India.
Malahan Raja Kecil Besar Siak ( Waris Sultan Melaka ) pernah bergabung belayar
bersama orang Bajau.Kesultanan Johor juga disebutkan ada seorang Raja Bajau
bernama Yam Tuan Muda Raja Bajau yang berperang dengan Raja Kecil Besar berebutkan
seorang Puteri.
Justeru keganasan dan kehandalan mereka di lautan maka
muncullah istilah LANUN dan BAJAK LAUT dalam perbendaharaan Bahasa Melayu yang
merujuk kepada orang Ilanun dan Bajau Laut yang bermaharaja lela dan mengganas
di Lautan Asia tenggara.
Nama Kampung Kampar diambil sempena nama Sungai Kampar di
Marudu.Nama Sungai Kampar telah wujud lebih awal dari SYariff Usman.
Menurut sumber dari Kg.Marudu ( Karuput dan Aliyassin )
iaitu keturunan Syariff Usman yang menjaga Makam Syariff Usman turun-temurun,
Syariff Usman berasal dari Kagayan/Sulu. Syariff Sheh berasal dari Arab dan
menjadi guru agama ( Mubaligh ) serta sahabat Syariff Usman. Mereka berdua
masuk ke Borneo ( Sabah ) melalui Sugut.
Nama asal Syariff Usman ialah Syariff Usman Indal Lana.Beliau
mempunyai seorang adik bernama Syariff Syariff Kaldi Indal Lana.Kedua beradik
ini mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dan pahlawan yang gagah berani.
10 Panglima Perang Syariff Usman :
1.Syariff Shee
2. Syariff Yassin
3.Syariff Hassan
4.Syariff Pompugan
5.Syariff Hassan Tabasan
6.Syariff Ali
7.Syariff Merum
8. Syariff Abdullah
9. Syariff Idrus
10. Syariff Kaldi
Anak Syariff Usman ada ramai . Mengikut cerita
lisan, ada 24 orang isteri Syariff Usman. Catatan British merekodkan bahawa
Syariff Yassin pernah tinggal di Telaga sebelum balik ke Tandek. Makam Syariff
Yassin perlu dikaji sama ada di Tandek atau di Torong Sepongoh
Semua 10 orang atau lebih Syariff-syariff tu ada kaitan
keluarga dengan Syariff Usman. Salah seorang dari 10 orang itu ialah Syariff
Idrus bapa mertua Syariff Yassin.
Ada orang pernah bertemu secara alam ruh dengan Syariff
Usman menggambarkan bahawa Syariff Usman seorang yang tinggi lampai, berkulit
hitam manis ( Irom atau Ma Irom bilang bahasa Bajau/Kagayan/Suluk ),matanya
garang, keningnya lebat, mukanya lonjong atau panjang,misainya tebal melentik,
bajunya lengan pendek seperti jaket, di lengannya ada ikatan kain, bertanjak
dan berseluar ala gaya Suluk.Syariff Usman diiringi oleh seorang lelaki lain
bertubuh sedikit rendah. Beliau bertemu selepas menziarahi makam Syariff Usman
yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan kuburan di dalam Kubu. Mungkin
ada nak cucunya yang seiras dengan gambaran yang saya berikan.
Ertinya makam Syariff Usman bukan di dalam Kubu Marudu.
Source : Geliga Kinabalu (Posting dan soal jawab)
Masih aktif kah blog ini?
ReplyDelete