Lagenda yang saya tuliskan pada artikel ini adalah
berpandukan kepada maklumat yang saya dapati daripada pencarian dan pembacaan
dari bahan-bahan yang berkaitan. Samaada lagenda ini adalah benar atau tidak
terpulang kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri. Bagi saya,
sungguhpun ini adalah satu lagenda namum ada kebenaran disebalik cerita ini
kerana ia masih menepati dengan fakta dan maklumat yang telah saya temui dan
telah saya nyatakan pada artikel kerajaan pertama di borneo.
Mengikut lagenda, nenek moyang bisaya berasal dari satu
keluarga berhijrah dan menetap di utara pulau borneo. Keluarga ini mempunyai 7
orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu :
1. Peti berambai atau pati berabai
2. Si garamba
3. Peti garamba
4. Peti runa atau pati bagunak
5. Smaun atau si maun
6. Alak betata atau urak betatar atau lok batata atau awang
alah bertabar
7. Seorang perempuan (siti duyah atau duri atau bunga
sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan
siapakah yang layak menjadi raja brunei. Perlumbaan ini dimenangi oleh alak
betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi raja brunei yang
pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama sultan
mohammad, sultan brunei yang pertama. Menurut catatan pemerintah misi dari
china, chang ching tze telah diutus ke barunai (p’o-ni) pada 1370 (tahun ke-3,
bulan 9 menurut kalendar hung-wa). Beliau telah mendapati ibu kota barunai
dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar.
Maharaja pada masa itu sultan mohamad shah (ma-ho-mo-sha [maha mokhsa])
dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim
salam kepada maharaja china pada masa itu sebagai seorang muslim.
Peti berambai iaitu yang sulung menjadi ‘raja pulau jawa’. (
kemungkinan pulau sumatera yang berada berhampiran dengan borneo ).
Si garampa pula menetap di kawasan limbang dan menjadi nenek
moyang kepada masyarakat bisaya di kawasan limbang timur sarawak. ( dari
keturunan inilah datangnya suku kaum bisaya di sarawak dan disinilah kaitan
rapatnya bisaya sarawak dengan bisaya sabah ).
peti geramba menetap di kawasan tutong (brunei)
peti runa pula di kawasan sungai kinabatangan (sabah)
smaun di sungai birau ( selatan tutong)
Siti duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina
yang bernama ong sum ping (awang sunting) dan menetap di kawasan gunung
kinabalu, sabah. ( kemungkinan mereka ini adalah nenek moyang kepada suku kaum
kundasang / ranau, ini hanyalah tekaan saya sahaja ).
Source : Cerita Lagenda & Mitos
No comments:
Post a Comment