APA ERTI ISTILAH
NGAYAU
Ngayau ialah salah satu daripada ekspedisi serangan yang
dilakukan dalam Adat Tradisi Suku Kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Pada
mula nya Ngayau dilakukan atau dimulakan daripada asal usul Suku Kaum Dayak
Mengayau, iaitu salah satu daripada suku kuam yang tinggal di Kalimantan Barat,
Indonesia.
Erti istilah perkataan Ngayau ialah bermaksud : Satu
ekspedisi sekumpulan manusia yang pergi menyerang perkampungan atau rumah
panjang orang lain yang mana ia dikenali sebagai “Kayau Serang”. Dan satu lagi
jenis serangan yang dilakukan yang mempunyai jumlah pengikut nya yang kecil dan
ia dikenali sebagai “Kayau Anak”. Kayau Anak ini ialah satu serangan yang
sangat ditakuti oleh semua orang pada zaman dahulu kala.
Maka erti “Kayau Serang” ialah sekumpulan besar manusia
berhimpun dan berkumpul menjadikan satu kelompok yang besar setelah dipanggil
oleh seorang ketua dan merancang untuk mengatur satu serangan terhadap pihak
musuh yang mana mereka adalah datang beramai-ramai daripada rumah panjang yang
berlainan untuk menyerang musuh mengikut kata-kata perintah daripada ketua
mereka yang dikenali sebagai “Tuai Kayau” atau “Tuai Serang”.
Maka erti “Kayau Anak” ialah satu ekspedisi serangan
terhadap musuh yang diatur oleh sekumpulan kecil penduduk yang terdiri daripada
lebih kurang dua puluh orang pahlawan perang yang cukup berani menentang pihak
musuh atau lebih kecil daripada itu. Mereka pergi menyerang musuh ketika musuh
itu dalam perjalanan ke sawah bendang, dalam perjalanan mandi ke sungai, atau
sedang mencari paku pakis didalam hutan, atau sedang berburu atau berikan
didalam hutan.
Mereka melakukan serangan ini tanpa sebarang perancangan
rapi atau boleh dikatakan ia dilakukan secara sepontan akibat hati yang
memberontak terhadap pihak musuh. Sebab itulah kita pernah mendengar cerita
orang Iban dahulu yang pergi ke sawah bendang mesti dijaga oleh sekumpulan
pahlawan yang cukup gagah dan berani mentang musuh kerana takut mereka akan
menjadi mangsa serangan kayau anak.
Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak “Bangsa Seru” yang mana ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang bernama Demong, yang menjadi ketua suku kaum Iban di kawasan Batang Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki, telah mati kena serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang mengerjakan sawah bendang di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya ialah isterinya yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama Uyut atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam bahasa Iban ialah satu tempat dimana orang Iban menyalai kepala musuh yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga turut terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.
Sila baca dalam cerita “Peturun Iban” dalam babak “Bangsa Seru” yang mana ia ada menceritakan cucu seorang Pahlawan Iban yang bernama Demong, yang menjadi ketua suku kaum Iban di kawasan Batang Paku, Betong yang dikenali dengan nama Belaki, telah mati kena serang kayau anak oleh suku kaum Seru ketika mereka sedang mengerjakan sawah bendang di kawasan yang dikenali sebagai Tanjung Kundong, Batang Paku, Betong. Turut mati bersama nya ialah isterinya yang bernama Beremas (adek kepada seorang Ketua Serang Iban yang bernama Uyut atau dikenali dengan panggilan Bedilang Besi). Bedilang dalam bahasa Iban ialah satu tempat dimana orang Iban menyalai kepala musuh yang telah dipenggal dirumah panjang pada masa dahulu. Juga turut terbunuh ialah ipar Belaki yang bernama Kadir.
Tetapi suku kaum Seru yang telah melakukan kayau anak itu
Berjaya dikejar dan ditawan oleh pahlawan mereka yang bernama Jimbai, Umar,
Jelema dan Buma. Kaum Seru itu mati dibunoh ketika mereka sedang berehat sambil
menunggu rakan mereka memanjat pokok keranji setelah melarikan diri sambil membawa
bersama mereka kepala Belaki yang telah dipenggal. Kaum Seru itu dibunoh di
kawasan yang dikenali sebagai Bukit Tampak Panas diantara benua Batang Paku dan
Batang Rimbas.
Semasa eksepedisi ngayau ini pahlawan yang telah berjaya
mengalahkan musuh mereka mestilah memenggal kepala musuh yang telah mereka
bunuh sebagai satu tanda keberanian mereka dalam serangan tersebut. Mereka juga
akan merampas semua harta benda musuh yang mereka suka, sesuka hati dan juga
menangkap semua musuh yang masih hidup untuk dibawa pulang ke kampung halaman
supaya musuh itu nanti akan dijadikan sebagai hamba abadi mereka. Ada juga
mereka yang berjaya mengalahkan musuh ini menangkap anak putri Ketua Kayau
musuh dan dijadikan sebagai isteri mereka.
Sebab utama mereka mesti memenggal kepala musuh dan membawa
nya balik ke rumah panjang mereka ialah sebagai satu tanda keberanian,
ketangkasan dan kegagahan mereka ketika menentang pihak musuh.semasa eksepidi
ngayau itu tadi. Dan mereka yang telah berjaya memenggal kepala musuh itu tadi
atau berjaya membunuh musuh mereka dikenali oleh suku kuam Dayak Iban sebagai
“Bedengah” dan juga mereka ini dikenali oleh orang ramai sebagai “Bujang
Berani” atau sama erti dengan pahlawan oleh suku kaum Melayu.
Cerita mengenai Ngayau ini pernah ditulis dalam buku oleh
Karya Bock dalam tahun 1881 yang berjudul “The Head Hunters Of Borneo” yang
menceritakan suku kaum Dayak Iban ialah satu suku kaum yang tinggal di
kepulauan Borneo yang dikenali ramai kerana berani berkorban nyawa hingga ke
titisan darah yang terakhir kerana hendak mendapatkan seberapa banyak kepala
musuh yang berjaya dipenggal yang berjaya ditawan ketika mereka pergi Ngayau,
yang mana ia boleh menaikkan nama mereka sebagai orang yang dikenali ramai dan
dilantik sebagai seorang ketua dikalangan kaum mereka.
Sebab lain Ngayau ini dilakukan ialah kerana berakhir nya
tempoh berkabung oleh suku kaum Dayak Iban sewaktu masa dahulu di rumah panjang
berkenaan. Sebelum tempoh berkabung itu tamat tempoh, maka semua suku sakat
orang yang telah meninggal dunia itu akan memanggil semua penghuni di rumah
panjang mereka untuk bermesyuarat membincangkan bagaimana mereka hendak pergi
menamatkan tempoh berkabung itu ke kawasan yang lain, yang lebih jauh supaya ia
lebih bersejarah bagi mereka.
Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu mereka
yang pergi itu ialah bertujuan untuk “Ngayau Anak” mendapatkan kepala manusia
untuk menamatkan tempoh mereka berkabung di rumah panjang berkenaan sebagai
ganti kepada ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia itu. Setelah
mereka berjaya mendapatkan kepala manusia itu mereka akan balik secepat mungkin
dan apabila mereka telah sampai di rumah panjang, mereka akan disambut dengan
meriah sekali yang mana ia dinamakan sebagai “Mangka Ka Selaing” yang bermaksud
berdoa kesyukuran.
Setiba nya mereka di pintu masuk utama rumah panjang
berkenaan, mereka akan berteriak sekuat-kuat hati sebagai satu amaran
menandakan mereka telah sampai, dan ia juga akan dibalas dengan pukulan gong
daripada penduduk rumah panjang tersebut. Ketibaan mereka akan disambut seperti
mana adat menerima ketibaan seorang pahlawan perang. Kepala manusia yang dibawa
balik itu akan disambut oleh seorang perempuan yang terpilih atau isteri
pahlawan itu sendiri menggunakan nyiru yang digunakan sebagai tampi oleh
mereka. Atau ia akan disambut menggunakan satu pinggan seramik yang besar sais
nya, diseliputi menggunakan satu kain tenunan suku kaum Dayak Iban yang
dikenali seabagai “Pua Kumbu” iaitu sejenis kain yang dibuat khas secara
tradisi oleh suku kaum Dayak Iban untuk sesuatu upacara yang besar-besaran. Ia
juga disambut mengunakan sampi serapah bahasa yang simbolik digunakan oleh suku
kaum Dayak Iban untuk menyambut kepala musuh.
Setelah kepala musuh itu dibawa masuk ke dalam rumah panjang
barulah orang lain di rumah panjang itu secara bergilir-gilir membawa bersama
mereka kepala musuh itu dengan cara tarian yang simbolik sepanjang rumah
panjang tersebut yang dikenali sebagai “Naku Antu Pala” sehinggalah kepala
musuh itu sampai ditengah-tengah ruang tamu orang yang berkabung itu. Selepas
kepala musuh itu tiba di ruang tamu orang yang berkabung itu baru upacara
berkabung tersebut ditamatkan.
Mengikut adat tradisi suku kaum Dayak Iban dahulu sepanjang
tempoh berkabung tersebut ahli keluarga si mati tidak dibenarkan memotong
rambut, penduduk di rumah panjang tersebut tidak boleh mengadakan sebarang
upacara keramaian, tiada pelawat dari rumah panjang lain dibenarkan bertandang
ke rumah panjang mereka dan banyak lagi pantang larang lain yang menandakan suasana
sedih dan pilu akibat kematian itu tadi.
Selesai sehaja upacara berkabung itu tadi ditamatkan, maka
kepala musuh itu akan dibawa ke ruang tamu ketua di rumah panjang berkenaan.
Kepala musuh itu akan ditempatkan di tempat khas yang dikenali sebagai”Bedilang
Tampun”, ia itu tempat dimana kepala musuh itu akan disalai didalam rumah
panjang tersebut. Kepala musuh itu akan menjadi sebagai tanda harta pusaka
pahlawan perang di rumah panjang berkenaan. Selepas itu barulah orang yang
tinggal di rumah panjang itu mengadakan uapacara keramaian yang dinamakan
“Gawai Enchaboh Arong”, iaitu sebagai tanda kesyukuran keatas kemenangan
pahlawan perang menewaskan musuh mereka.
Maka atas sebab keberanian, kekuatan, ketangkasan dan
pengorbanan jiwa, maka mulailah suku kaum Dayak Iban pada zaman dahulu berasa
bangga dan terus melakukan espedisi serang “Ngayau” untuk membalas dendam
keatas kematian ahli keluarga mereka yang terkorban di tangan pihak musuh tanpa
sebarang sebab yang tidak diketahui. Mereka juga melakaukan “Ngayau” ini kerana
hendak merampas tanah pusaka orang lain, berebut kuasa untuk menjadi pemimpin,
dan juga hendak mengambil kesempatan merampas harta benda orang lain. Maka
sesiapa yang berjaya menewaskan pihak lawan dalam ekspidisi “Ngayau” ini akan
mendai terkenal, terbilang sebagai pahlawan perang dan dihormati ramai di
kawasan berkenaan.
Lelaki itu tadi apabila dia telah dikenali ramai sebagai
pahlawan perang setelah dia balik daripada ekspedisi “Ngayau”, maka dia akan
membuat sesuatu tanda di tubuh badan nya yang dikenali sebagai tattoo badan
yang becorak hitam bemotifkan manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan. Tatto ini
dikenali sebagai “Ukir” atau”Kelingai”. Mereka juga boleh menggunakan topi yang
dikenali sebagai “Ketapu” atau “Selapok Betunjang” yang mana topi tersebut akan
dikepilkan dengan bulu burung merak atau kenyalang. Mereka juga boleh
menggunakan baju yang diperbuat daripada kulit binatang buas seperti harimau
dahan, harimau bintang dan beruang yang dikenali sebagai “Gagong”.
Pahlawan perang yang hendak pergi mengikuti ekspedisi
“Ngayau” ini mestilah ada memiliki petanda yang baik melalui mimpi dan juga
bunyi burong yang mereka pecayai boleh membantu mereka menentukan nasib sebelum
mereka pergi “Ngayau”.atau membuat perahu besar untuk espedisi berkenaan. Dalam
semua perkara yang mereka hendak lakukan akan didahului dengan upacara
“Miring”, iaitu satu upacara sembahan kepada tuhan yang mereka percayai boleh
membantu mereka semasa melakukan serangan “Ngayau” itu nanti. “Miring” mesti
dilakukan kerana mereka percaya bahawa dewa atau “Tua” mereka akan pergi
bersama dalam serangan itu dan menolong mereka menjayakan serangan tersebut.
Mengikut buku yang ditulis seorang pengarang novel yang
bernama Miller dalam tahun 1946 yang berjudul “Black Borneo”. Dia ada
mengatakan bahawa semua pahlawan perang suku kaum Dayak Iban yang pergi
“Ngayau” itu ada mempunyai kekuatan, ketangkasan dan keberanian yang luar biasa
daripada manusia biasa yang lain. Dan apa yang berlaku ke atas pahlawan
tersebut ialah mereka mempunyai kuasa yang luar biasa, yang tidak diketahui
dari mana punca nya ketika berlawan dengan pihak musuh, lebih-lebih lagi
apabila mereka telah berjaya memenggal kepala musuh mereka.
Dan juga mengikut kepercayaan suku kaum Dayak Iban,
tengkorak manusia yang mati dibunuh itu mempunyaui banyak kuasa yang boleh
membantu mereka pada zaman dahulu sekira nya ia dijaga dengan baik dan
dihormati oleh pemilik nya. Tengkorak manusia itu juga dikenali sebagai “Antu
Pala” boleh digunakan untuk merawat pesakit yang sakit tenat apabila diadakan
upacara “Gawai Burong”, iaitu upacara keramaian untuk memohon restu mengubat
pesakit secara tradisional menggunakan kuasa roh orang yang telah di penggal
kepala tersebut. “Antu Pala” juga boleh digunakan oleh petani untuk memohon
hujan turun ketika musim kemarau panjang yang kering kontang. Dan apabila kuasa
pada “Antu Pala” itu telah habis atau berkurangan, maka sebab itulah salah satu
daripada punca nya mengapa mereka pergi “Ngayau” semula untuk mendapatkan ganti
supaya mereka berkekalan memilki “Antu Pala” yang boleh membantu hidup mereka
sepanjang masa. “Antu Pala” juag boleh digunakan untuk menjaga rumah atau sawah
daripada dibinasakan oleh binatang liar sekira nya ada orang yang berilmu
boleh menjadikan kuasa nya ujud seperti
dikehendaki oleh pemiliki itu.
Mengikut buku yang ditulis Mc Kinley dalam tahun 1976, dia
ada bertanyakan kenapa suku kaum Dayak Iban apabila mereka selamat balik
daripada ekspidisi. “Ngayau” zaman dahulu mesti membawa balik kepala musuh yang
telah dipenggal dan tidak membawa bahagian badan yang lain sebagai tanda
keberanian mereka sekalu seorang pahlawan perang. Dan dalam pendapat beliau
bahawa suku kaum Dayak Iban merasa bangga apabila bailik daripada eksepidisi
“Ngayau” dan membawa bersama mereka kepala musuh yang telah berjaya dibunuh
sebagai tanda kemenangan kerana suku kaum Dayak Iban percaya bahawa kepala
musuh itu adalah sama seperti sebatang tubuh badan musuh berkenaan. Kerana
daripada gaya rupa muka manusia di kepala tersebut kita boleh dengan mudah
mengenali siapakah orang itu dan juga ia membolehkan mereka mengetahui siapakah
suku sakat mangsa pembunuhan semasa serangan “Ngayau” itu.
Dalam ekspedisi “Ngayau”, semua pahlawan perang suiku kaum
Dayak Iban boleh menunjukkan keberanian, kekuatan dan juga ketangkasan mereka
ketika menyerang pihak musuh, yang membolehkan mereka berusaha mendapatkan
gelaran sebagai “Bujang Berani”. Bujang Berani juga adalah menjadi rebutan
dikalangan semua gadis pada zaman dahulu untuk dijadikan sebagai suami atau
mereka juga dengan mudah akan diterima oleh Ketuai Kayau, atau orang kenamaan
yang kaya raya untuk menjadi menantu ketika mereka mencari calon menantu ketika
upacara meminang dilakukan.
Mengikut cerita orang dahulu kala iaitu “Ngayau” ini
dimulakan oleh seorang dewa suku kaum Dayak Iban yang bernama Keling yang
berasal dari benua Panggau Libau Lendat Di Biau Takang Isang dimana dia
mendapat gelaran Keling Gerasi Nading,
Bujang Berani Kempang, Maioh Rambang. Dan perbuatan memenggal kepala musuh itu
pada mula nya dilakukan oleh seorang dewa yang bernama Lang Sengalang Burong
ketika mereka berperang menentang suku kaum Inggeris di lautan belantara. Maka
kerana terlalu marah ketika menyertai ekspedisi “Ngayau” itu tiba-tiba Lang
Sengalang Burong terus memotong kesemua bangkai musuh yang telah berjaya dibunuh,
dan seterusnya dipotong nya dibahagian kepala yang mana ia memisahkan kepala
dan badan tersebut,dan terus dibawa nya kesemua kepala musuh itu balik ke rumah
panjang mereka di Gelong Batu Nakong sebagai bukti bahawa dia adalah “Bujang
Berani” atau seorang pahlawan perang sebenar.
Source : ceritaanaksarawak
No comments:
Post a Comment