Pengiran Abdul Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit Bin Pengiran Pemancha Harimau Daud - Mengkabong
Karambunai..
Lagenda Sebuah Kedaulatan Bangsa Diraja
Mengimbas kenangan saya menyusuri pantai Karambunai satu
ketika dahulu,batu batuan kecil umpama berlian yang berkilauan bersinar dibawah
panahan cahaya bulan. Deru angin yang bertiup umpama suara tangisan bumi
Karambunai. Menangisi ranjau dan liku liku kewujudannya di muka bumi ini.
Bumi
Karambunai ini menyimpan seribu satu kisah yang tidak ramai diantara kita yang
mengetahuinya.Salah satu daripadanya adalah kisah perjuangan Datu Paduka
Pengiran Sharif Mat Salleh, seorang manusia yang sehingga ke akhir hayatnya
hidup diburu demi mempertahankan kedaulatan bumi Karambunai ini. Perginya tanpa
kubur, tanpa tanda,tanpa pusara untuk dikenang.DPPS sebenarnya tidak mati
semasa serangan di Tambunan seperti yang ditulis dalam sejarah.Beliau pernah
dikesan di Kudat,Kota Belud, Sembulan dan Kg Benoni Papar dengan menggunakan
identiti yang berlainan.
Antaranya Datu Abd Salam,Hj Salam,Pengiran Salim dan
bermacam nama,Tapi orang yang sama. Arwah datuk saya juga pernah menemuinya
sekitar tahun 1920an di Kg Labuan/Taun Gusi Kota Belud.Kerana sudah menjadi
kebiasaannya melawat saudara2nya disana. Bermusafir 2-3 hari kemudian hilang
tanpa disedari.Dengar khabar,dia sudah berada di Kudat dan berkirim salam
melalui utusan2 dari Kudat. Seperti yang kita tahu,DPPS Mat Salleh adalah
berketurunan Suluk di sebelah ayahnya dan Bajau Inanam di sebelah
ibunya.
Setakat itu yang diceritakan kepada kita dalam buku sejarah.Tapi
siapakah gerangan wanita yang telah mengandung dan melahirkan pahlawan
terbilang ini.Saya merasakan sudah tiba masa untuk kita mengetahuinya setelah
sekian lama ianya disembunyikan dari kita. Kalau kita kaji sejarah sebenar DPPS
Mat Salleh,ternyata beliau jauh lebih hebat dari apa yang digambarkan kepada
kita.
Adakah hanya kerana beliau seorang pahlawan yang handal,beliau dengan
mudahnya mendapat sokongan masyarakat di Inanam,Menggatal,Mengkabong dan
kawasan sekitar.Tentu sekali tidak!!
Melainkan ada sebab2 yang lebih
relevan.Jawapannya adalah keturunan. Keturunan ibunyalah yang membuatkan DPPS
Mat Salleh berpengaruh di kawasan pantai barat Sabah. Ibunya Pengiran Siti
Aisyah hasil perkahwinan Pengiran Abd Rauf dengan Pg. Jamilah.Pg Abdul Rauf adalah
anak kepada Pg Abdul Rajit yg berkahwin dgn Pg Fatimah anak kepada Temenggung
Abd Rauf yang berkahwin dengan Pg. Anak Siti Khadijah @ Puteri Babau,puteri
Sultan Omar Ali Saifuddien 1 Sultan Brunei yang ke 18.
Negeri Karambunai adalah
anugerah Sultan kepada puterinya Pg Anak Siti Khadijah,diwariskan sampailah
kepada Pg Abd Rauf, datuk kepada DPPS Mat Salleh sebelah ibunya.Negeri
Karambunai adalah berstatus Sungai Tulin, tidak boleh diserahkan kepada
sesiapa.. Ianya meliputi Mengkabong,Tambalang(kini Tuaran),Napas,Inanam dan
Menggatal,Api2 (KK), Simbulan, Tg Aru, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan sampailah ke
Membakut dan Kota Lama(Binsulok)..
Selain dari geran L 228 yang ditukar kepada L
9117 dan PL 623 iaitu Karambunai dan Pulau Uda Besar,seluruh wilayah negeri
Karambunai telah dipajakkan kepada British sebagai gantirugi kepada pos SBBU
British di Pulau Gaya yang dibakar DPPS Mat Salleh dan pengikutnya pada tahun
1897.
(Tidak pasti betul kah DPPS yang bakar,atau mungkin kerja talibarut
British. Istilah orang orang muda sekarang macai..mereka buat hal,buat kecoh,buat
kacau.Lepas itu tuduh pengikut parti lawan yg buat.Tak habis habis spesis manusia seperti
ini di atas muka bumi.
Di zaman British spesis ini jadi tali barut menggadai
maruah dan kedaulatan bangsa. Dan peristiwa ini ada tercatat dalam treaty 23 Mac 1898 antara
Pg. Jalaluddin Ibn Pg Abd Rauf pakcik DPPS dengan pihak British disaksikan oleh
baginda sultan..Mengikut fakta ini, tahulah kita kenapa DPPS bermati matian
melawan British di pantai barat Sabah ini.Negeri Karambunai adalah hak tulen
keturunan ibunya.Tanah Karambunai,yang tertinggal itu pun akhirnya jatuh ke
tangan Nexus Resort. Tidaklah saya pasti,kroni dari kerajaan mana mereka ini.
Sebut saja DPPS Mat Salleh,bukan saja bangsa Samah.Tapi
bangsa Bajau,Suluk, Irranun ,Dusun,Brunei dan sekalian umat bangsa Sabah mesti
mengetahui sejarahnya. Itupun kalau kita benar benar mengiktiraf beliau sebagai
pejuang bangsa.
Saya kongsi petikan dari sebuah jurnal yang ditulis oleh
Rajah Brooke setelah pihak British gagal memujuk Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit
untuk memajakkan wilayah kepunyaannya. Iaitu Negeri Karambunai.Petikan ini
asalnya dalam bahasa Inggeris,tapi telah diterjemahkan separuhnya ke dalam
Bahasa Melayu.
Rajah Brooke telah berjumpa dengan Pengiran Abd Rauf yang dengan
tegas mengatakan bahawa dia tidak akan membenarkan mereka mengambil "ANY
PARTS of his country or rights". Seterusnya Rajah Brooke "cautioned
the pengiran against using any weapons or fighting but said be CONSIDERED THEY
QUITE JUSTIFIED IN HOLDING WHAT HAD BELONGED TO THEM IN GENERATIONS".
Seterusnya Pengiran Abdul Rauf telah meninggalkan Rajah Brooke,
dan semasa hendak pergi dia mengatakan "that he would not sell his rights,
that HE WOULD RATHER DIE THAN ALLOW THEM TO PASS INTO OTHER HANDS".(Dia
tidak akan menjual kepunyaannya dan lebih rela mati dari diserahkan kepada
pihak lain)
Disebutkan "...Pengiran Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had
protested against this (cession), and that there was at present a dispute going
on between him and the sultan of Brunei upon this point".Pg. Abdul Rauf,
seorang yang amat berpegang dengan prinsip dalam mempertahan hak tulin
keturunannya sehingga sanggup 'berbalah' dengan sultan pada ketika itu.
Disebabkan kekerasan hatinyalah yang menyebabkan pihak SBBU
British tidak berjaya mendapatkan Negeri Karambunai. Disebabkan kekerasan
hatinya jugalah SBBU British hanya memperolehi Karambunai selepas 13 tahun dari
kemangkatannya, iaitu pada tahun 1898 melalui anak beliau Pg. Jalaluddin, yang
tinggal di Labuan dan tidak tinggal bersama beliau semasa beliau masih hidup di
Karambunai.
Dengan nilai sewaan $3000 setahun,sebahagian besar negeri Karambunai
telah dipajakkan kepada SBBU British buat selama lamanya.Jika Pg.Jalaluddin
sudah tiada,pewarisnya berhak menerima bayaran tersebut.Perjanjian ini akan
terbatal sekiranya pihak kompeni gagal membayar bayaran sewaan selama 3 tahun
berturut turut..
Mengkabong pada suatu masa merupakan pusat masyarakat Bajau yang terbesar selain daripada Tempasuk dan mempunyai angkatan perang sehingga 1,000 orang.
Menurut catatan Hugh Brooke Low "The Bajus are
scattered along the coast, their principal settlements being at Mengkabong and
Tampasuk. At Mengkabong they appear numerous, and perhaps could muster 1,000
fighting men ; at Tampasuk, they estimate their own number at 600 ; at
Pandasan, 400 ; at Abai, Sulaman, and Ambong, there are a few. Their origin is
involved in obscurity : they are evidently strangers. They self-style
themselves Orang Sama, or Sama men. "
Menurut catatan HL Leicester 1-7 April 1879 (CO 874/73) dan
Treacher to Alcock 15 Juluy 1883 Governor Despatch 119/1883 (CO 874/235) "
Pengiran Abdul Rauf merupakan seorang anggota keluarga atau kerabat Sultan
Brunei tetapi atas sebab perselisihan dengan Sultan Brunei pada ketika itu
membuat keputusan untuk tinggal jauh dari ibu negara Brunei dan menetap di
Sungai Tulin miliknya.
Pengiran Abdul Rauf biasanya tinggal di MENGKABONG dan
setiap tahun memungut cukai kepala atau poll-tax sebanyak $1 (straits dollar)
daripada setiap ketua keluarga. Apabila masyarakat bajau Mengkabong pindah ke
Papar Pengiran Rauf masih menghantar wakil beliau memungut cukai kepala di
Papar.
Pada tahun 1879 Pengiran Abdul Rauf berusia 70 tahun masih
mempunyai pemikiran yang waras dan membuat keputusan yang baik.
Pengiran Abdul Rauf mempunyai bendera Mengkabong sendiri dan
dibahagi kepada dua situasi. Jika Pengiran Abdul Rauf berada di Mengkabong,
beliau akan menaikkan bendera Singa Merah berlatar belakang warna putih. Jika
Pengiran Abdul Rauf berlayar beliau akan mengebarkan bendera Singa Putih
berlatar belakang warna merah.
Tak pasti sehingga ke hari ini berapa puluh tahun sudah mereka tak
bayar sewa. Malah diserahkan pula wilayah tersebut kepada kerajaan British pada
tahun 1946 yang terang terangan melanggar perjanjian tersebut.Ternyata tindakan
Pengiran Abd Rauf mempertahanankan hak milik keturunan ada kebenarannya. Bayangkan
kalau Pengiran Abd Rauf masih hidup, adakah negeri Karambunai ini akan jatuh ke tangan
British dan akhirnya bersama2 dengan negeri negeri lain di dalam negara Sabah
menyertai persekutuan Malaysia.
Untuk pengetahuan anda,Sabah dan Sarawak
berstatus negara semasa menyertai persekutuan.Tapi telah di downgrade menjadi
negeri sama seperti negeri negeri lain di Tanah Melayu.Antara yang termiskin lah
pula.Bahana sebuah penjajahan tirani.
Siapakah Pengiran Abd Rauf Ibnu Pengiran Abd Rajit ini?
Terdapat satu kenyataan dalam jurnal tersebut yang telah
saya highlight.."Pg. Abdul Rauf, THE CHIEF OF BAJAU, had protested against
this (cession)".. Kenapa tidak disebut Chief of Brunei, Chief of Suluk atau
yang lain. Berdasarkan populasi penduduk negeri Karambunai,kita boleh menjangka
bangsa Bajau apa yang dimaksudkan.Ya,bangsa Samah.
Maksudnya Pengiran Abd Rauf adalah
berbangsa Samah!!!.Negeri Karambunai diwarisi dari neneknya Pengiran Anak Siti
Khadijah, puteri Sultan Omar Ali Saifuddien
1. Maksudnya kemungkinan beliau bukan keturunan SOAS 2. Tapi berdasarkan gelaran Pengiran ternyata sekali beliau adalah keturunan kerabat diraja juga.
Tapi keturunan Sultan Brunei yang
mana?..Kalau Pengiran Abd Rauf adalah THE CHIEF OF BAJAU (Samah),maksudnya dia adalah
keturunan Sultan yang berbangsa Samah.Yang itu hanya Allah s.w.t dan Sultan
Brunei saja yang tahu.Itupun kalau mereka masih menggunakan bahasa
ibunda mereka. Dan hanya Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah-Sultan Brunei
1) saja yang berbangsa peribumi iaitu Bisaya.Bermula dari Sultan Sharif Ali
Barakat(Sultan Brunei ke 4), mereka adalah keturunan Arab yang bercampur dengan
masyarakat tempatan.
Nama sebenar ultan Sharif Ali Barakat ialah Sharif Ali
Ibn Ajlan Ibn Rumaithah. Berasal dari Taif,Jazirah Arab. Beliau merupakan
penguasa di Mekah sebelum berhijrah ke Brunei sekitar tahun 1395. Atas sebab
itu,Sultan2 Brunei adalah berdarah sharif (Keturunan Rasulullah s.a.w
bernasabkan cucu baginda Saidina Hassan r.a). Mungkin ada yang mengatakan ianya
tidak masuk akal.
Bagaimana pula ada sultan atau kerabat diraja yang berbangsa
Samah sedangkan mereka di Brunei bangsa Samah di Sabah. Ianya tidak mustahil
sebenarnya sekiranya kita melupakan sebentar per sempadan
Malaysia-Brunei. Bayangkan kita sekarang hidup dalam wilayah kesultanan Brunei
iaitu Negeri Tempasuk( Pandasan ke daerah yang bersempadan dengan Mengkabong)
dan Negeri Karambunai.(meliputi Mengkabong, Tambalang (kini Tuaran), Napas (Tanjung Aru) ,Inanam
dan Menggatal, Api Api (KK), Simbulan, Dumpil, Kinarut dan Kawang, Pulau Dinawan
sampailah ke Membakut dan Kota Lama/Binsulok)..
Adakah mustahil bagi sultan2 dan
kerabat2 terdahulu berkahwin dengan gadis bangsa Samah yang sememangnya cantik
2 belaka,anggun bergaya dengan serempak keemasan di kepala mereka??? Kalau para
sultan dan kerabat2 ini boleh belayar dan berpermaisuri sejauh Tanah Jawa,ke
Tanah Sulu,malahan ada yang mangkat di Tanah Besar China.
Adakah mustahil untuk
mereka berkahwin dengan rakyat sendiri yang menduduki Negeri Tempasuk dan
Negeri Karambunai??.Populasi pada masa itu pula tidaklah seramai sekarang.Kita
tidak mengetahui semua ini kerana kita telah dibutakan British dan talibarut talibarut mereka dari mengetahuinya.Ditambah dengan mentaliti kita yang menganggap hanya
bangsa Brunei sahaja yang berasal dari Brunei.
Sedangkan sesiapa sahaja yang
menduduki wilayah kesultanan Brunei ke utara negeri Sabah adalah rakyat Brunei
sebelum kedatangan British ( Sungai Pandasan adalah sempadan wilayah kesultanan
Sulu dan Kesultanan Brunei. Selepas dari persempadanan itu,ianya disebut sebagai
Negeri Marudu dibawah pemerintahan Sharif Osman.
Sharif Osman akhirnya
mewujudkan pemerintahan sendiri dan berjuang menentang British dan talibarut2
mereka kerana tidak bersetuju wilayahnya dipajakkan kepada British ).
Mungkin inilah salah satu sebab kenapa Brunei tidak menuntut
wilayahnya di Sabah (Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Juga negeri2
lain). Kerana kerabat dan tuan punya wilayah ini sememangnya telah menetap dan
berketurunan di negeri Sabah ini. Siapa pula keturunan kerabat
tersebut?..
Jawapannya mudah, SIAPAKAH YANG PALING RAMAI MENDUDUKI WILAYAH
KESULTANAN BRUNEI NEGERI TEMPASUK DAN NEGERI KARAMBUNAI PADA MASA INI? (Kini
meliputi Kota Belud,Tuaran,Kota Kinabalu,Inanam Menggatal,Sembulan,
Petagas,Putatan,Kinarut ,Papar).Selain dari bangsa Brunei di Membakut,Bongawan
,Kimanis dan Papar. Bangsa yang menduduki 70 peratus pesisir pantai wilayah
kesultanan Brunei iaitu Negeri Tempasuk dan Negeri Karambunai. Dari Pandasan
hingga ke Membakut dan Kota Lama/ Binsulok. Itulah tuan tanah sebenar. Satu
bangsa yang lahir kedunia tanpa disedari sudah mengalir darah Rasulullah,darah
kerabat,darah pembesar.Walau kebanyakannya sudah tidak punya gelaran
Datu, Shariff dan Pengiran. Bangsa kebanggaan saya...Bangsa Samah Bangsa
Berdaulat!!!
Bangkitlah sekalian anak bangsa Samah.Bagi anda yang pernah
membaca artikel saya sebelum ini,ingatlah sejarah bagaimana bangsa Samah ini
berlayar jauh dari Riau-Johor Lama bagi mengiringi Awang Alak Betatar (Sultan
Muhammad Shah, Sultan Brunei pertama ) yang telah mengahwini puteri Sultan
Johor Lama sekitar tahun 1360an.Bersama sama dengan saudara kita bangsa
Bisaya,Kedayan,Berunai dan yang lain berdirilah sebuah Kesultanan Melayu
agung.Kesultanan Brunei yang gah gilang gemilang hingga ke hari ini.
Ingatlah
juga jasa anak bangsa Samah yang mengiringi Sayyid Abu Bakar (Sultan Sharif
Ul-Hashim,Sultan Sulu pertama) bersama2 dengan saudara2 Tausug kita dan yang
lain sehingga terasasnya Kesultanan Sulu pada tahun 1450an.Dan jangan sesekali
kita lupa bagaimana bangsa ini berjasa kepada Sultan Muhammad Kabongsuan (Sultan
Maguindanao pertama)pengasas Kesultanan Maguindanao pada tahun 1515.Ingatlah
juga jasa DPPS Mat Salleh yang berjuang bermati matian mempertahankan
kedaulatan tanah dan bangsa ini.
Sudah semestinya juga as-syahid Sharif Ali
(Embo Ali) dan para syuhada Pandasan yang berjuang hingga ke titisan darah
terakhir pada tahun 1915.Adakah kita mahu dipersalahkan oleh generasi terdahulu
dan generasi akan datang hanya kerana dengan mudahnya kita menjual kedaulatan
ini dengan tangan kita yang memangkah parti ciptaan dan warisan penjajah pada
pilihanraya nanti???
Kedaulatan ini dicipta dengan tulang empat kerat,titisan
peluh dan keringat.Dipertahankan pula dengan darah dan nyawa.Kuasa di tangan
anda.Kalau nenek moyang kita boleh mencipta kedaulatan beratus tahun dahulu,kita
juga boleh mengembalikan kedaulatan itu pada hari ini. Baya ni matai entorong
bujak,daa jo bongso tih tenindak tindak.Kata orang tua2,nggai do anak Samah
amun nia bani.Bangsa ini bangsa berdaulat,semangat Samah semangat keramat.
Sedih melihat apa yang terjadi terhadap kesan sejarah
penting North Borneo.........
Makam Waris dan Istana Pengiran Rauf Bin Pengiran Abdul Rajit.
Source: polkaclouds, Kerambunai
|
Pages
- Home
- Introduction
- North Borneo History Articles by Kumis Kumis
- Borneo
- Malaysia
- Sabah
- Sarawak
- Brunei
- Indonesia
- Philippines
- Europe
- Old Kingdoms
- British North Borneo Treaty & Engagements
- North Borneo Coins and Stamps
- Classic Video
- Classic Maps
- Classic Pictures
- History Books
- Historical References
- The North Borneo Herald and The Official Gazette
- World War 2
- Malaysia-Brunei-Indonesia Confrontation 1962-1966
- Borneo History Online Shop
- Donation
- Borneo History PDF
Wednesday, 31 December 2014
Raja Bajau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment