Monday 29 December 2014

Pengiran Indera Mahkota

Before Pengiran Indera Mahkota was known by that title, his real name was Pengiran Mohd Salleh ibnu Pengiran Sharifuddin. He was born in Sambas. His father was a descendant of Sultan Abdul Hakkul Mubin.

Pengiran Md Salleh was a well-educated man during his time. He was educated at Batavia and later furthered his studies in Holland.

Around 1820 the reigning Sultan at that time Sultan Muhammad Kanzul Alam summoned Pg Md Salleh to return to Brunei. His Highness then conferred on him the title Pengiran Indera Mahkota. Since then he was better knownby the title Pengiran Indera Mahkota. Seven years later Pengiran Indera Mahkota was given the task to act as the head of Government or Governor of Sarawak representing the Sultan of Brunei. It was Pengiran Indera Mahkota who first founded Kuching at a site named Lidah Tanah.

Around 1834 while Pengiran Indera Mahkota was ruling Sarawak Pengiran Muda Hashim arrived there to try to collect revenue. The reigning Sultan at that time was Sultan Omar Ali Saifuddien II the nephew of Pengiran Muda Hashim.

Pengiran Muda Hashim’s arrival was not personally recieved by Pengiran Indera Mahkota. He only sent his officers to recieve him while he himself waited in his court. This act hurt Pengiran Muda Hashim’s feelings  and he accused Pengiran Indera Mahkota of not respecting him, an uncle of the Sultan. Pengiran Indera Mahkota’s justification was that since he was appointed by the Sultan surely he had the right to do what he thought was right. Since that day the conflict between the two started and it became worse with the arrival of James Brooke.

With Pengiran Muda Hashim in Sarawak, the Government of Sarawak was split into two. This gave rise to an uneasy situation in Sarawak. Besides this, there were constant quarrels among the Dayaks.

Pengiran Indera Mahkota was an intelligent man who was bold enough to face any problems. This contradicted the view held by some western historians who said that he was a tyrant. James Brooke himself acknowledged Pengiran Indera Mahkota’s shrewdness, as he had so recorded in his diary. It was because of his shrewdness that he was not influenced by James Brooke. Rather James Brooke regarded him as a threat to his plan of taking over Sarawak.
  
Pengiran Indera Mahkota knew the promise made between James Brooke and Pengiran Muda Hashim and saw it as a threat that could see Brunei became smaller and weaker. He devised several ways to get rid of James Brooke from Sarawak. Possibly this attitude of his led some historians to regard him as tyrannical. Pengiran Indera Mahkota’s actions had caused James Brooke to threaten to kill Pengiran Indera Mahkota’s followers should Pengiran Muda Hashim fail to fulfil his promise immediately. The threat was made on 24th September 1841. On that very day he was forced to proclaim James Brooke as the ruler of Sarawak. He did this in order to avoid bloodshed in the country.

It was only on 1st August 1842 that James Brooke was officially appointed as Raja Sarawak by the Sultan of Brunei. The appointment hurt Pengiran Indera Mahkota’s feelings because his post as Governor of Sarawak had not been abolished yet. In view of this Pengiran Indera Mahkota withdrew from Sarawak. He went to Batang Lupar and from there he travelled along the coast of Sarawak, finally settling down in Mukah.

Pengiran Indera Mahkota stayed for some time in Mukah. It was only in 1845 that Pengiran Indera Mahkota returned to Brunei when he was recalled by Pengiran Anak Abdul Momin, the son-in-law and assistant of Sultan Omar Ali Saifuddin II. It was during his voyage to Brunei that he started composing Syair Rakis and after several months in Brunei he completed his works. One copy of his book was presented to Sultan Omar Ali Saifuddien II and another to Pengiran Anak Abdul Momin.

Because Syair Rakis contained various kinds of advice, guidance and lessons, many copies of the original were made. These copies were given to the chiefs to read.
  
In 1852 Sultan Omar Ali Saifuddien II passed away and Pengiran Anak Abdul Momin was crowned the twenty-fourth Sultan of Brunei. Sultan Abdul Momin conferred the title of Pengiran Shahbandar on Pengiran Indera Mahkota, one of the highest honours in Brunei in Brunei at that time.

James Brooke always kept up with the development of Brunei. He was rather concerned about the presence of Pengiran Shahbandar in Brunei. James Brooke made use of other people to eliminate Pengiran Shahbandar. It was said that there was a revolt in Limbang. On James Brooke’s instigation, the family of Pengiran Muda Hashim suggested that Pengiran Shahbandar lead an army to Limbang to settle the revolt which was said to have broken out there.


On the way to Limbang at a place called Lubai, Pengiran Shahbandar who could not swim was made to drown by capsizing his boat. He was buried at Kianggeh on 1858.

Source : HistoryToThe Max


Sarawak merupakan negara yang lahir dari penindasan orang luar. Dan merdeka makmur jika bebas dari cengkaman orang luar. Jadi jgn lupa bahawa sejarah membuktikan bahawa pertolongan dari pelbagai amat diperlukan dan jika kita bersatu, kita pasti kan berjaya!
Sejarah Sarawak, printed by DBP 1974 by Haji Buyong Adil:-
Mengikut Sejarah Sarawak, kekacauan mula berlaku di Sarawak setelah Sultan Umar Ali Saifuddin II yg mmerintah Brunei pd masa itu telah menghantar orang besar baginda bernama Pengiran Mahkota memerintah di situ pd tahun 1836.
Semasa Pengiran Mahkota yg berasal dari Brunei itu memerintah di Sarawak, dia telah bertindak keras dan zalim terhadap orang Melayu, Bidayu dan Cina yg dketuai Datu Petinggi Ali.
Oleh sebab perbuatan Pengiran Mahkota dan orang-orang besar Brunei yang memerintah di Sarawak (Kucing) itu terlalu zalim dan aniaya, orang Melayu, Bidayu dan Cina pengikut Datu Petinggi ALi telah bangun memberontak melawan pihak Pengiran Mahkota dan orang-orang besar Brunei itu. Tujuan Datu Petinggi Ali ialah hendak membebaskan Sarawak dari perintah orang-orang besar Brunei yang zalim itu. Dengan itu berlakulah huru-hara di Sarawak. Datu Petinggi Ali telah menghantar utusannya k Betawi (Jakarta skrg) mminta ptolongan dr Kompeni Belanda. Tetapi Gabenor Jeneral Kompeni Belanda yg ada di Betawi tidak mahu campur dalam hal permusuhan di Sarawak itu. Dalam pada itu, Sultan Sambas telah memberikan pertolongan kpd Datu Petinggi berupa ubat bedil, peluru dan barang makanan.
Setelah mendengar berita kekacauan yang telah berlaku di Sarawak itu, Sultan Umar Ali Saifuddin II di Brunei telah menghantar ayah saudara baginda Pengiran Muda Hashim(Pengiran Bendahara Brunei) pergi ke Sarawak untuk memadamkan huru-hara pemberontakan itu. Tetapi apabila Pengiran Muda Hashim samapai ke Sarawak, dia gagal menguasai Pengiran Mahkota yang tidak pula mahu mengikut kata Pengiran Muda Hashim walaupun kdatangannya ke Sarawak itu dititahkan oleh Sultan Brunei.
Pd 27 hb Julai 1839, James Brooke dgn kapal Royalist telah btolak mninggalkan Singapura belayar antara Singapura dgn Pulau Borneo& Pulau Hindia Timur Belanda(Indonesia skrg) dan akhirnya sampai k Kuala Sg Sarawak di Santubong. Dari situ James Brooke mudik Sg Sarawak dan sampai k Kuching pada 15 Ogos 1839 bertemu Pengiran Muda Hashim dan mnyampaikan surat ucapan terima kasih dan barang hadiah dr Gabenor dan ahli Dewan Perniagaan Singapura krn jasabaik menolong orang Inggeris yang karam di laut pada awal tahun 1839, tiada berapa jauh dari pantai laut Bandar Kuching. Sejak itu James Brooke telah bersahabat baik dgn Pengiran Muda Hashim.Lebih sebulan lamanya James brooke berada d Sarawak sbg tamu.
Pd 18 Ogos 1840 James Brooke sekali lagi bertolak dr Singapura dgn kapal Royalist dan sebuah lagi kapal baru bernama Swift menuju Sarawak dan tiba pada 29 Ogos 1840 berjumpa dgn Pengiran Muda Hashim.
James Brooke mendapati keadaan d Sarawak spt dahulu jg, masih kacau bilau dan huru hara oleh perbuatan Pengiran Mahkota dan orang-orang besar Brunei di bawahnya.
James Brooke telah membawa askarnya seramai sepuluh orang putih dari kapal Royalist dgn mbawa 2 buah meriam besar naik k darat bersatu dg pasukan Pengiran Muda Hashim yg tdiri dr org Melayu, Cina dan Dayak menentang org Melayu, Cina & Bidayu yg dketuai Datu Petinggi Ali dan blakulah ptempuran d Lidah Tanah.
Semasa dlm ptempuran d Lidah Tanah itu org2 besar Brunei yakni pengikut Pengiran Muda Hashim yang bperang bsama dengan askar James Brooke itu, didapati penakut dan mereka melawan musuh sambil lewa shj tidak bsungguh-sungguh kecuali adik(saudara seayah) Pengiran Badaruddin. Dalam pertempuran itu James Brooke dan Pengiran Muda Hashim gagal mengalahkan pihak Datu Petinggi Ali, dan mereka balik ke Kuching.

-Sejarah Sarawak, Haji Buyung Adil, DBP 1974

Source : Learn Melanau


SYAIR RAKIS - Karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh

Bismillah itu mula karangan
Kisah rencana dagangan buangan
Digunung larangan asmara guna
Segenap desa pantai saujana
Membawa nasib untung sendiri

Masuk segenap desa dan negeri
Seperti burung lepas tangkapan
Bunga dan buah tiada larangan
Sebut namaku dagangan asmara
Bercerai dengan sanak saudara

Namaku Misa Panji Larangan
Sekarang sudah buanga-buangan

Kompeni itu sangat kuasa
Laksana dewa dari angkasa
Suku dan rial sangat perkasa
Dihurainya ringgit dan laksa.

Pulau Labuan diminta segera
Akan jalan tiang bendera
Disana tempat berkita-kira
Dari Sarawak ke Singapura

Dagang tercengang mendengarkan titah
Hati didalam sangat gelabah
Labuan itu bukannya mudah
Alamat negeri dibawah perintah

Tuanku baik fikir sedikit
Supaya tahu nyaman dan sakit
Dengan Inggeris sudah berkait
Marikan lagi datang memipit.

Negeri tuanku sangat mashyur
Cina dan Keling kedai teratur
Bermacam jenis ada terhambur
Disanalah kelak memberi gugur

Mesyurarat dengan ceteria menteri
Seta iman, khatib dan haji
Supaya masyhur khabar zamani

Itu pun tiada dagang rundingkan
Janku dahulu kepada bilangan
Fikir baharu baik carikan
Akan menjadi kira dan angan.

Rakis kedelapan karangan cukup
Laksana berjalan tiada terikut
Pandai melangkah duri dan ramput
Sedikit tiada menyangkut

Rakis pertama mula disurat
Dengkil dalil negeri dagang melihat
Sebarang negeri dagang melihat
Berbuat sekolah tempat mesyuarat

Ayuhai nasib apakan jadi
Hendak mengajar tiada berani
Tetaou zaman datuk nenek
Khabarnya konon memutar negeri

Nasib sangat badan terlalu
Laksana unggas tercabut bulu
Hendak berkata lidah pun kelu
Lain kupandang masa dahulu

Hairanku handai melihat tukang
Unggas Nuri menjadi enggang

Hairanku sangat terbalik-balik
Negeri yang besar seperti bilik
Udang galah jadi cecudik
Harimau yang garang dapat dimilik

Sudah kehendak Tuhan yang kaya
Gunung yang tinggi menjadi paya
Pari menjadi kura-kura
Bingkarung sudah jadi buaya

Hairanlah dagang ajaib pula
Kehendak Tuhan Azzawajalla
Seekor naga tujuhnya cula
Sekarang menjadi ikan tempala

Nasib tak boleh dikenang lagi
Janji dahulu sudah terbahagi
Unggas tempadu dengan meragi
Jadi geruda di Pauh Janggi

Astaghfirullah hairanku sangat
Air dilaut tiada hangat
Seluang dihulu pandai menyangat
Sumbilang di laut terlompat-lompat

Inilah kehendak Tuhan yang Maabud
Besi melaila menjadi umbut
Unggas dihutan menjadi bubut
Tiadalah boleh mengatakan maksud

Ajaib sekali aku memandang
Jujum yang sakit tiada terbilang
Burung nuri mejadi bebalang
Nyamuk kecil menjadi helang

Itulah kehendak Tuhan semesta
Gunung yang tinggi menjadi rata
Lain menjadi miskin peminta
Nampak dipandang dengan nya kita


PENGENALAN

Kemasyhuran Syair Rakis sememangnya tidak asing lagi kepada masyarakat Brunei sejak ia mula tersebar dan ianya merupakan hasil karya Pengiran Shahbandar Mohd Salleh. Naskah asal syair ini tidak hanya dibaca oleh Sultan Abdul Momin bahkan disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai bacaan yang istimewa di masa itu. Tarikh Syair Rakis dikarang pada sekitar TM18. Terhasilnya Syair Rakis in adalah kerana adanya rasa kesedaran Pengiran Shahbandar Mohd Salleh atas perubahan terhadap negeri Brunei yang telah menunjukkan kemunduran yang akan berlaku ke atas Negeri Brunei (Hj. Jamil Al-Sufri )

Abad ke 19 merupakan zaman yang amat menyedihkan kerana hampir pupus semua wilayah Brunei ke tangan Inggeris. Pada saat inilah juga cendekiawan Brunei Pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh mencipta sebuah syair yang menimbulkan berbagai-bagai penafsiran sehingga nyawanya sendiri terkorban. Pengiran Mohd. Salleh mengarang syair ini semasa perjalanan pulang ke Brunei dari Mukah yakni tempat beliau membawa diri. Sesampainya ke Brunei dipersembahkanya Syair Rakis kepada Sultan sebagai buah tangan.

Syair Rakis telah menimbulkan perbagai tafsiran oleh pengakaji sastera dan sejarah. Walaupun karya ini berbentuk lama yakni Syair tetapi isinya mempunyai wawasan dan pandangan terus terang yang sekali gus mencerminkan satu transisi kemodenan. Wawasan atau pandangan atau nasihat yang terdapat dalam syair terhadap bangsanya sendiri termasuklah politik, eknomi, pendidikan dan sosialbudaya di Brunei ketika itu.

Badaruddin Haji Othman menganggap Syair Rakis kaya Pengiran ini sebagai dokumentasi sejarah yang paling penting yang mencatatkan satu gambaran yang lampau yang telah menjadi titik tolak dalam percaturan sosial politik negara Brunei (Pulau Broneo dalam hubungan dengan kekuasaan Inggeris (1967).

Tetapi, yang paling menarik mengenai syair ini ialah penempatannya sebagai titik tolak pemisah antara satera lama dengan moden sehingga ada yang mengusulkan Pengiran Mohd Salleh diangat sebagai BAPA KESUSASTERAN MELAYU MODEN dengan alasan-alasan tertentu mereka.

Dalam bidang kesusteraan, pengiran Shahbandar Pengiran Mohd. Salleh merupakan pembaru dengan karya tunggalnya syair Rakis. Gaya penulisan dan idea-idea yang terkandung dalam syair ini merupakan aspek pembaruan yang dilahirkannya. Karya tunggal beliau ini tidak lagi menceritakan kisah-kisah khayal atau kisah puter puteri raja yang tiada cacatnya, sebaliknya apa yang disembahkanya adalah kisah yang lebih realistik dan kemanusiaan. Kisah itu lebih menyentuh soal-soal sosialpolitik dan sosial ekonomi demi kebaikan negaranya.(Haji Hashim, 1993).

Apa pun pendapat tentang Syair Rakis karya pengiran Shahbandar Pengiran Mohd Salleh baik dari sudut sejarah mahupun sasteranya namum jelas bahawa fungsi satera selain menghibur ia juga dapat menjadi cerminan sesautu bangsa pada zaman yang lampau. Ini bertepatan dengan menjadi cermin bangsa tersebut. Dlam sastera terolah berbagai-bagai ragam manusia dengan catatan hidupnya terutama mengenai peristiwa suka duka masyarakat Melayu. (Muhammad Abd. Latif, 1980).


KANDUNGAN SYAIR RAKIS

Penulisan Syair Rakis yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Mohd Salleh ini mengandungi 12 Syair didalamnya. Diawal Syair Rakis yang beliau karang itu mengandungi segala hasrat dan cita-cita terhadap bangsa dan negaranya, terdapat beberapa nasihat, teguran malahan pandangan yang merupakan peringatan kepada Sultan Brunei, Pembesar dan juga rakyat Brunei keseluruhannya pada ketika itu. Apa yang dikemukan oleh beliau didalm Syair Rakisnya sememangnya berkaitan dengan pentadbiran dari sudut politik, ekonomi, pendidikan dan agama negara Brunei ketika itu.

Di sebalik syair yang dikarang beliau banyak mengandungi maklumat yang berhubung dengan keadaan politik dan juga corak pemerintahan dinegeri-negeri lain. Dari Syair tersebut beliau ingin meningatkan kepada sultan agar sentiasa membawa pembesar dan rakyat berunding dan bermuafakat sebelum membuat keputusan, mengingatkan kepentingan keluasan wilayah Brunei, mengawasi kegiatan orang asing dan kehadiran orang-orang Inggeris. Selain itu beliau terus menyedarkan anak bangsanya mengenai keburukan dan niat tidak baik di kalangan orang-orang Barat terhad Brunei dengan menyedarkan kepada pempin dan rakyat Brunei agar berhati-hati terhadap pihak Inggeris. Beliau juga mengingatkan kepada Sulatan Omar Ali Saifuddin II supaya memikirkan semua mengenai janji yang dibuat dengan pihak Inggeris dahulu, jika baginda terus berpegang pada janji itu tentulah Brunei akan mendapat kerugian kelak. Beliau tidak ragu mengenai kesenangan dan kesusahan yang akan diterima setelah bersahabat dengan Inggeris ini kerana orang Inggeris pandai menggunakan tipu muslihat secara perlahan dan licin. Pengiran Shahbandar juga ingin mengingatkan kepada pemerintah Brunei agar menjalankan pentadbiran dan pemerintahan dengan tidak terlalu mementingkan wang ringgit sahaja sehigga tanggungjawab terhadap bangsa dan negara sendiri terabai. (Awang Aji bin Hj Hamda, 1990).

Di dalam syair yang dikarang oleh Pengiran Shahbandar Md. Salleh itu terdapat juga maklumat yang berhubung dengan keadaan ekonomi Brunei. Belaiu menyeru Sultan Omar Ali Saifuddin II dan rakyat Brunei supaya berfikir mengenai sikap orang Inggeris yang meminta Pulau Labuan, besar kemungkinan juga akan berputar belit untuk mendapatkan wilayah yang lain. Apa yang menyusahkan hati beliau adalah tentang penyeraha Pulau Labuan itu akan banyak merugikan Negeri Brunei kerana Pulau labuan mempunyai kedudukan yang strategik bukan sahaja dalam bidang politik malahan yang penting sekali dalam bidang ekonomi Brunei. Dengan penyerahan Pulau labuan itu kestabilan dan kedudukan Brunei akan tergugat tiak hanya wilayahnya hilang malahan juga membolehkan pihak British menguatkan angkatan tenteranya. Brunei juga akan kehilangan sebuah pulau yang berharga terutamanya dalam perdagangan kerana tempat itu merupakan persinggahan pedanga-pedagang luar yang memunggah dan mengambil barang dagangan. Belaiu mencadangkan kepada pihak Kesulatanan Brunei suapa mengambil langkah yang wajar dalam menangani masalah penyerahan Pulau labuan dengan mencadangkan supaya Sultan Omar Ali Saifuddin II berunding dan bermuafakat untuk mendapatkan keputusan yang bersepadu.

Pengiran Shahbandar Md. Salleh mengingatkan bahawa persahabatan Brunei dengan pihak Britih tidak boleh menjamin keselamtan wilayah Brunei sepenuhnya, ini disebabkan mereka berminat bersahabat dengan Brunei untuk kepentingan perniagaan dan perluasaan tanah jajahan mereka. Beliau tetap mengingatkan mengenai kegiatan mereka seharusnya sentiasa diawasi dan diperhatikan termasuklah peniaga berbangsa lain khasnya Cina dan Keling dengan menyarankan agar jangan dibiarkan mereka berniaga tanpa kawalan dan sekatan tertentu.

Selain itu, dalan syirnya ada juga soal pendidiakn yang beliau kemukan kerana beliau juga telah menyedari akan nasib bangsanya yang serba kekurangandan memberikan cadangan untuk membangunkan sekolah sebagai asa kemajuan negara.

Terdapat juga soal agama yang dikemukakan oleh Pengiran Md. Salleh, dengan mengingatkan agar segala perkara yang dilakukan hendaknya dijalankan mengikut pegangan terhadap ajaran Islam dan akidah Islam. Selain itu belaiu juga mengingatkan kepada pembesar-pembesar negara yang menjalankan syarak itu menjalinkan kerjasama yang erat diantara yang lain agar dapat memelihara keutuhan agama, kekuatan umat, bangsa dan negara.

Dari huraian diatas tadi dapatlah disimpulkan bahawa Pengiran. Shahbandar Md. Salleh mempunyai pandangan yang jauh. Belaiu dapat menyelami niat bangsa-bangsa lain yang datang ke Brunei. Ramalan-ramalan belaiu sendiri berlaku dan menjadi kenyataan selepas beliau mangkat satu demi satu wilayah Brunei terhakis dan terlepas dari genggaman Brunei untuk terus mengekalkan wilayah-wilayah Brunei yang masih ada dan jangan dibiarkan hilang dan dirampas sekali lagi dan sesuka hati oleh Britih. Kesan dari kerakusan James Brooke itu telah menyebabkan Negeri Brunei menjadi sebuah negeri yang dahulunya sebagai sebuah empayar yang besar dan kuat kini menjadi sangat kecil. Perkara ini disebut oleh Pengiran. Shahbandar Mod Salleh dalam Rakisnya.

Selain itu Pengiran. Shahbandar Md. Salleh juga melihat betapa pentingnya perjalanan ekonomi, pendidikan dan juga kecenderungannya kepada agama.


RIWAYAT HIDUP PENYAIR

Pengiran Shahbandar Mohd Salleh merupakan seorang keluarga diraja Brunei yang hidup diantara akhir KM18 hingga KM19. Ayahandanya bernama Sultan Abdul Mubin Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temenggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubi (Sultan ke-XIV). Beliau adalah salah seorang daripada golongan diraja yang terpelajar. Menurut riwayat beliau bersekolah di Betawi dan melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda. Gelaran Pengiran Shahbandar telah dianugerahkan kepada beliau oleh Sultan Abdul Momin diatas kebijaksanaan beliau. Lebih kurang pada TM 1820 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Kanzul, Pengiran Md. Salleh telah dipanggil balik ke Brunei oleh baginda Sultan dan diberi gelaran Pengiran Indera Mahkota kerana kebijaksananya. Pada TM 1827 Pengiran Shahbandar Mohd Salleh diaturkan menjadi Gabenor di Sarawak.

Dan pada tahun 1834 Pengiran Muda Hashim ibnu Sultan Muhammad Kanzul alam telah berangkat ke Sarawak untuk memerhatikan keadaan Sarawak tetapi kehadirannya telah menyebabkan berlaku perselisihan faham dng Pengiran Md. Salleh.

Pada masa Pengiran Muda Hashim berada di Sarawak dalam TM1839, belaiu telah berkenalan dengan James Brooke iaitu seorang Inggeris yang datang ke Sarawak untuk berniaga dan mencari ruang untuk berkuasa di sana. Dengan kepintaran dan tipu muslihatnya memanipulasikan perbalahan diantara Pengiran Shahbandar Md. Salleh dengan Pengiran Muda Hashim sehingga james Brooke berjaya membuat perjanjian dengan Pengiran Muda Hashim untuk berkuasa di Sarawak dalam TM 1841.


Pada TM1842 James Brooke telah mengahadap Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk mendapatkan kuasa pemerintahan yang lebih lagi dan perjanjian pun dibuat diantara mereka dengan menjadikan James Brooke menjadi Raja Sarawak. Selepas perlantikan James Brook itu Pengiran Shahbandar Md Salleh pun mengundur diri dari Sarawak dan bermastautin di Mukah. Melalui Pengiran Anak Abdul Momin atas nama Sultan Omar Ali Saifuddin II telah memanggil Pengiran Md. Salleh untuk membetulkan keadaan yang telah kacau bilau. Pengiran Salleh telah bertemu Sultan dan memberi 12 Syair sebagai hadiah dan Syair tersebut telah menyebabkan kegelisahan dikalangan kerabat diraja dan akhirnya pada TM 1858 Pengiran Mohd Salleh telah dibunuh dng satu pembunuhan terancang yang diaturkan oleh Pengiran Digodang Pengiran Anak Muhammad Hasan ibnu Pengiran Anak Tajuddin .

Source : mybujangsarawak

8 comments:

  1. Refer to pejabat daerah samarahan , books the white rajah n power n prowess photo referred as pengiran muda hashim is actually belong to indera mahkota

    ReplyDelete
    Replies
    1. its good to have a copy of the photo

      Delete
    2. You have the photo referred as pg bendahara muda hashim



      Delete
    3. yes i have another photos almost the same but the hilt of the keris is different...

      Delete
  2. Sultan tengah di sarawak ada kaitan dengan brunei dan sambas ketika itu pengiran indra mahkota mohd saleh @ pengiran shah bandar saleh ibnu pengiran sharmayuda di titah oleh sultan kanzul alam ke 21 brunei agar pengiran indra mahkota ke sarawak sebagai gabenor sarawak pada 1827 beliau berselisih faham dengan pengiran muda hashim maka pengiran indra beliau mahkota mohd saleh di panggil balik ke brunei apabila pulang dari istana di bunuh oleh sepupunya dan meninggal di kebumikan makam kubah diraja kiangeh dengan adat diraja dan dan beliau mempunyai anakda pengiran muda jaafar berhijrah bersama bersaudara hijrah ke satu tempat di beri nama bayan lepas di atas nama burung bayan di lepaskan,di faham kan burung tersebut menghiburan sempena belayar mengunakan kapal junk seri budi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajah brooke datang borneo tujuan mengambil aset hasil bumi borneo,ketika itu orang melayu percaya di fitnah oleh bangsa asing kerana ingin menjatuhkan kerajaan nusantara di mana pengiran indra mahkota mohd saleh telah membuat syair rakis 12 isi nya sebagai nasihat jangan mudah percaya bangsa asing akhirnya terjadi jaga hasutan fitnah mengunakan wang untuk kekuatan rajah james brooke untuk berkuasa dari limbang hingga ke sabah pada 1841 hingga 1888....akhirnya brunei menjadi negara terkecil... ini satu sejarah bagi kerabat raja brunei dan rakyat jelata

      Delete
  3. Keris sinaga berdaulat brunei sudah.lama dibawa keluar pegi jauh dari istana nurul hana di tinggalkan sarung di simpan oleh keturunan yang berhak kerana sesiapa pegang bukan keturunan akan muntah darah dan akan mati....dari abad ke 18 cerita sejarah ini dari dahulu hingga sekarang

    ReplyDelete
  4. Hanya yang yang tahu sejarah istana brunei hanya keturunan nya sahaja....kerana di cerita dari turun menurun dari dahulu hingga sekarang bagi keturunan dangsanak brunei harus ambil tahu sejarah nenek moyang...salah fakta jangan di buat kerana keturunan nya masih hidup...sekian terima kasih

    ReplyDelete