Raja Tua Di Mengkabong
Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza juga di kenali dengan gelaran Raja Tua Mengkabong
![]() |
| Pulau Sinusop Mengkabung, Sabah |
![]() |
| Makam Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza |
Dalam Batu Trasilah yang terletak di Makam Diraja, km 1 1/2
Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, tercatat serangkai nama 'Sultan Abdul
Jalilul Jabbar beranakan Pengiran Bendahara Untong beranakkan 'Pengiran
Temenghong Abdul Momin Amirul Faza'...
Siapakah Pengiran Bendahara Untung tersebut? Menurut tradisi
lisan, Pengiran Bendahara Untong ini terkenal juga dengan sebutan Ampuan Untong
iaitu nama ( orang beruntong) yang dikurniakan oleh ayahandanya Sultan Abdul
Jalilul Jabbar pada waktu ia dilahirkan oleh gundik Baginda yang dirahsiakan
daripada pengetahuan Raja Isteri.
Namun Ampuan ini dipakai oleh Ampuan Untong berterusan
hingga remajanya. Dalam Zaman dewasanya, apabila Sultan dan pembesar-pembesar
Diraja melihat kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang luar biasa dalam
menyelesaikan masalah yang timbul ketika itu; tambahan pula ia adalah putera
kepada Sultan, maka Sultan telah mengurniakan gelaran kepadanya dan diarak
menjadi Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Sejak itulah ia terkenal
dengan nama Pengiran Anak Untong.
Pengiran Bendahara Pengiran Anak Untong mempunyai seorang
anak lelaki yang bernama Pg Abdul Momin. Sebelum menjadi Pengiran Temenggong,
ia dikenali dengan nama Pg Momin bin Pg Bendahara PA Untong ibni Sultan Jalilul
Jabbar. Adik beradik seibu sebapa dengan Pg Serbanun yg berkawin dengan Sultan
Muhammad Aliuddin ibnu Pg Digadong PM Shah Mubin ibni Sultan muhyidin.
Seperti ayahandanya juga, dikatakan Pg Abdul Momin ini
adalah seorang pemuda segak, pintar, kuat dan gagah perkasa; kerana
jasa-jasanya yang mendaulatkan bangsa dan tanahairnya, ia dikurniakan gelaran
dan diarak nenjadi PT Sahibul Bahar
Menurut cerita orang tua-tua, selama Pengiran Temenggong
Abdul Momin menjawat gelaran Pengiran Temenggong, Brunei dikatakan sentiasa
dalam keadaan yang aman damai, musuh tidak berani datang membuat kacau dan huru
hara kerana takut kepadanya. Oleh kerana disebabkan apa jua perkerjaan yang
dititahkan kepadanya selalu beroleh kemenangan, terutama ketika mengeluari
musuh, maka Pg Momin pun termasyhur dengan nama Amirul Faza yakni yg bererti
Putera Raja Diraja. Dan juga disebabkan terlalu lama menjawat gelaran Pengiran
Temenggong dia juga terkenal dengan sebutan Raja Tua.
Dikatakan ada anaknya mengikut jejak langkahnya iaitu
Pengiran Abdul Ghaffur. Pengiran Abd Ghaffur termasyur di sambas dengan sebutan
Pengiran Kapur. Disebutkan juga ada diantara anak Pengiran Temenggong Abdul
Momin Amirul Faza ini masih menggekalkan sebutan " ampuan ". Hanya
cuma pada akhir-akhir ini saja barulah diubah menjadi Pengiran. Salah seorang
waris Pengiran Temenggong ialah mantan Menteri Ugama.
Menurut catatan sjarah iaitu kira-kira penghujung 1700 di
zaman pemerintahan SOAS I (1740-1795), Di Wilayah Sabah bertempat di sekitar
Menggatal telah terjadi kekacauan iaitu dari orang-orang Belangingih/
Balangingi dan Illanun yang dikatakan bermaharajalela di perairan Sabah
khususnya di Menggatal. Sehingga rakyat dan penduduk di sana dalam keadaan
susah. Maka untuk mengatasi permasalahan tersebut, maka Pengiran Temenggong
dititahkan oleh Sultan untuk berangkat kesana untuk mengamankan keadaan. Dengan
izin Allah dan juga daulat Sultan Brunei, segala permasalahan tersebut dapat
diatasinya.
![]() |
| Menggatal 1913 |
Menurut cerita orang tua-tua, Pahlawan Syarif Osman di
Marudu yang diketuai oleh anak Syarif Osman juga dapat dikalahkan oleh
anak-anak Pengiran Temenggong. Apabila Syarif Osman bertanya kepada Pengiran
Temenggong, siapakah yang telah mengalahkan anak-anaknya, lalu Pengiran
Temenggong menjawap, yang mengalahkan anakmu itu adalah anak ku. Lalu Syarif
Osman pun terdiam dan memohon ampun bagi pihak anaknya serta menjunjung perkara
itu diselasaikan secara damai.
Pengiran Temenggong telah lama diam di Menggatal sehingga
mangkat disana dan dimakamkan diatas bukit kecil di Pulau Sinurop Mengkabong.
Nisannya dibuat daripada kayu bulian supaya sanang di ambil sedikiy kayu
nisannya. Diceritakan oleh orang tua-tua menurut kepercayaan orang dulu-dulu,
kononnya kalau ada warisnya sakit mereka akan mengambil sedikit kayu nisan itu
untuk bagi mendapat berkat dan di rendam kayu tesebut untuk digunakan pakai
mandi.
Wallahu a'lam....
Sumber:
> Pusat Sejarah Brunei
> Sumber Lisan


