Saturday, 31 October 2015

Raja Tua Mengkabong

Raja Tua Di Mengkabong


Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza juga di kenali dengan gelaran Raja Tua Mengkabong

Pulau Sinusop Mengkabung, Sabah

Makam Pengiran Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza 

Dalam Batu Trasilah yang terletak di Makam Diraja, km 1 1/2 Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan, tercatat serangkai nama 'Sultan Abdul Jalilul Jabbar beranakan Pengiran Bendahara Untong beranakkan 'Pengiran Temenghong Abdul Momin Amirul Faza'...

Siapakah Pengiran Bendahara Untung tersebut? Menurut tradisi lisan, Pengiran Bendahara Untong ini terkenal juga dengan sebutan Ampuan Untong iaitu nama ( orang beruntong) yang dikurniakan oleh ayahandanya Sultan Abdul Jalilul Jabbar pada waktu ia dilahirkan oleh gundik Baginda yang dirahsiakan daripada pengetahuan Raja Isteri.

Namun Ampuan ini dipakai oleh Ampuan Untong berterusan hingga remajanya. Dalam Zaman dewasanya, apabila Sultan dan pembesar-pembesar Diraja melihat kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang luar biasa dalam menyelesaikan masalah yang timbul ketika itu; tambahan pula ia adalah putera kepada Sultan, maka Sultan telah mengurniakan gelaran kepadanya dan diarak menjadi Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara. Sejak itulah ia terkenal dengan nama Pengiran Anak Untong.

Pengiran Bendahara Pengiran Anak Untong mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Pg Abdul Momin. Sebelum menjadi Pengiran Temenggong, ia dikenali dengan nama Pg Momin bin Pg Bendahara PA Untong ibni Sultan Jalilul Jabbar. Adik beradik seibu sebapa dengan Pg Serbanun yg berkawin dengan Sultan Muhammad Aliuddin ibnu Pg Digadong PM Shah Mubin ibni Sultan muhyidin.

Seperti ayahandanya juga, dikatakan Pg Abdul Momin ini adalah seorang pemuda segak, pintar, kuat dan gagah perkasa; kerana jasa-jasanya yang mendaulatkan bangsa dan tanahairnya, ia dikurniakan gelaran dan diarak nenjadi PT Sahibul Bahar

Menurut cerita orang tua-tua, selama Pengiran Temenggong Abdul Momin menjawat gelaran Pengiran Temenggong, Brunei dikatakan sentiasa dalam keadaan yang aman damai, musuh tidak berani datang membuat kacau dan huru hara kerana takut kepadanya. Oleh kerana disebabkan apa jua perkerjaan yang dititahkan kepadanya selalu beroleh kemenangan, terutama ketika mengeluari musuh, maka Pg Momin pun termasyhur dengan nama Amirul Faza yakni yg bererti Putera Raja Diraja. Dan juga disebabkan terlalu lama menjawat gelaran Pengiran Temenggong dia juga terkenal dengan sebutan Raja Tua.

Dikatakan ada anaknya mengikut jejak langkahnya iaitu Pengiran Abdul Ghaffur. Pengiran Abd Ghaffur termasyur di sambas dengan sebutan Pengiran Kapur. Disebutkan juga ada diantara anak Pengiran Temenggong Abdul Momin Amirul Faza ini masih menggekalkan sebutan " ampuan ". Hanya cuma pada akhir-akhir ini saja barulah diubah menjadi Pengiran. Salah seorang waris Pengiran Temenggong ialah mantan Menteri Ugama.

Menurut catatan sjarah iaitu kira-kira penghujung 1700 di zaman pemerintahan SOAS I (1740-1795), Di Wilayah Sabah bertempat di sekitar Menggatal telah terjadi kekacauan iaitu dari orang-orang Belangingih/ Balangingi dan Illanun yang dikatakan bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Menggatal. Sehingga rakyat dan penduduk di sana dalam keadaan susah. Maka untuk mengatasi permasalahan tersebut, maka Pengiran Temenggong dititahkan oleh Sultan untuk berangkat kesana untuk mengamankan keadaan. Dengan izin Allah dan juga daulat Sultan Brunei, segala permasalahan tersebut dapat diatasinya.

Menggatal 1913


Menurut cerita orang tua-tua, Pahlawan Syarif Osman di Marudu yang diketuai oleh anak Syarif Osman juga dapat dikalahkan oleh anak-anak Pengiran Temenggong. Apabila Syarif Osman bertanya kepada Pengiran Temenggong, siapakah yang telah mengalahkan anak-anaknya, lalu Pengiran Temenggong menjawap, yang mengalahkan anakmu itu adalah anak ku. Lalu Syarif Osman pun terdiam dan memohon ampun bagi pihak anaknya serta menjunjung perkara itu diselasaikan secara damai.

Pengiran Temenggong telah lama diam di Menggatal sehingga mangkat disana dan dimakamkan diatas bukit kecil di Pulau Sinurop Mengkabong. Nisannya dibuat daripada kayu bulian supaya sanang di ambil sedikiy kayu nisannya. Diceritakan oleh orang tua-tua menurut kepercayaan orang dulu-dulu, kononnya kalau ada warisnya sakit mereka akan mengambil sedikit kayu nisan itu untuk bagi mendapat berkat dan di rendam kayu tesebut untuk digunakan pakai mandi.
Wallahu a'lam....

Sumber:

> Pusat Sejarah Brunei

> Sumber Lisan

3 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya tertarik ingin mengetahui susur galur salasilah keturunan Pangeran Abdul Momin dengan lebih terperinci jika ada dan dimana saya boleh mendapatkannya kerna saya sendiri ingin mengetahui asal usul keturunan keluarga saya.

    saya difahamkan asal usul usul keluarga atuk saya berasal dari kg mengkabong dan asal saya tertarik akan perkara ini bermula ketika arwah atuk saya meninggal dunia dima kejadian yang saya tidak ketika jenazah atuk saya diusung keluar rumah ke tanah perkuburan, adik bongsu beliau berkehendakkan jenazah dipayungi payung kuning dan setiap kendereaan yang mengiringi jenazah haruslah membawa bendera kuning dan adik arwah juga menegaskan agar ianya tidak dipersoalkan kerana itu adalah keturunan ayah mereka. saya tertanya2 akan hal tersebut apakah rahsia disebalik akan perkara tersebut. saya pernah mengusul dengan adik arwah atuk saya akan akan hal tersebut dan beliau menceritakan hanya sedikit sahaja cerita berkenanaan asal usul perkara tersebut.

    beliau berkata bahawa itu adalah keturunan ayah mereka yg berasal dari mengkabong. saya sertanya siapakah ayah mereka dan beliau tidak menceritakan siapakah orangnya dan hanya memberitahu, moyang mereka dikuburkan diatas bukit berdekatan dgn mengkabong dan harus menaiki perahu jika hendak kekuburan tersebut. lokasi berkenaan adalah lokasi yang dinyatakan didalam artikal ini cuma adakah ianya orang yg sama dinyatakan dalam cerita ini. saya sendiri tidak berani mengakuinya adakah moyang saya yang dinyatakan adik arwah atuk saya itu adalah individu yang sama yang disebutkan dalam kisah ini atau tidak kerana saya sendiri tidak mengetahui hal yang sebenarnya. cuma ceritanya seakan2 sama yang mana adik arwah atuk pernah menyebut jika anak cucu cicit keturunan mereka sakit boleh mengambil sedikit kayu batu nisan moyang mereka untuk direndam diminum dijadikan ubat, tetapi saya hanya menganggap ianya hanya sekadar cerita dongeng keluarga saja. saya juga pernah ditanya oleh penduduk kg mengkabong siapakah nama atuk saya, pabila saya menyenut nama arwah atuk saya mereka hanya menjawab "oh, yang mulia tu". ini menambah lagi kesangsian diri saya akan perkara ini.

    saya pernah berkali mengusul hal ini kpd adik arwah atuk saya, tetapi beliau kurang menceritakan hal tersebut dan hanya tersenyum tetapi tidak menceritakan apa2. saya saya juga dimaklumkan mereka mempunyau salasilah keturunan mereka tetapi dokumen tersebut tidak diketahui dimanakah ianya disimpan.

    hal ini membuat saya ingin benar mengetahuinya dengan lebih mendalam. bukan untuk menuntut apa2 yang berkaitan, sekadar hanya ingin mengetahui asal usul keturunan keluarga saya sahaja. kini aduk arwah atuk saya juga telah meninggal dunia dan saya kehilangan sumber ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah saya merupakan waris keturunan... sekiranya berminat boleh hubungi saya 01110850585

      Delete
  2. jika tuan mempunyai sumber lebih lanjut mengenai susur galur salasilah keturunan Pangeran Abdul Momin siapakah waris2 keturunan beliau, mohon kongsikan di email: dindee83@gmail.com

    ReplyDelete