(Note: Sejarah yang tidak pernah diceritakan umum . Sejarah
hitam diceritakan dan dipelajari supaya kita tidak mengulanginya
kembali....maaf seribu maaf, izin seribu izin untuk para korban perang dan kaum
yang terlibat).
Sama seperti perang antara suku yang lain, perang Dusun
Mangkaak dan Rumanau juga disebabkan oleh persempadanan tanah. Sebelum perang
Mangkaak-Rumanau, suku Mangkaak terlebih dahulu menghadapi peperangan dengan
suku Dusun Bundu Tuhan Ranau sekitar tahun 1875.
Ketika itu, kaum Bundu Tuhan melakukan ekspedisi ke arah
Selatan menuju daerah Tongod lalu menyerang perkampungan Dusun Mangkaak pada
sebelah malam. Dikatakan sebelum menyerang kaum Mangkaak, kaum Dusun Bundu
Tuhan terlebih dahulu menyerang kaum Dusun Kunatong dengan beberapa ratus
pasukan.
Dalam serangan ini banyak lelaki-kanak-kanak Mangkaak dan
Kunatong terbunuh kerana diserang secara tiba-tiba, kaum perempuan dibawa lari.
Ketika itu, para penduduk kampung Mangkaak berkumpul.
Mereka memilih 7 pahlawan yang memiliki ilmu ghaib untuk
menyelamatkan kaum perempuan mereka, salah satu dari 7 pahlawan itu adalah
pahlawan yang paling sakti di kalangan suku Mangkaak, yang digelar Rumantai.
Kemudian 7 pahlawan itu bergerak ke Bundu Tuhan. Ketika
sampai ke Bundu Tuhan, mereka menyerang pada waktu malam, 7 pahlawan ini
dikatakan bertarung dgn ratusan penduduk Bundu Tuhan. 6 orang bertempur, 1
orang menyelamatkan wanita2 Mangkaak, setelah itu pahlawan Mangkaak pulang ke
kampung pada malam itu juga membawa wanita mereka.
Perang kedua yang dialami oleh kaum Mangkaak adalah dengan
kaum Rumanau. Menurut kisah, suatu hari, beberapa orang suku Rumanau masuk ke
hutan untuk mencari pokok kapur. Tanpa sedar mereka telah menebang pokok kapur
di kawasan suku Mangkaak. Ketika ada dari suku Mangkaak mengetahui bahwa pokok
di kawasan kekuasaan mereka ditebang, maka terjadilah pertelingkahan.
Di Zaman ini, kawasan pendalaman Sabah kawasan bebas, setiap
kampung ibarat sebuah kerajaan yang diperintah oleh Molohingan kampung.
Pertelingkahan antara beberapa orang menjadi pertelingkahan antara keluarga
(paganakan), pertelingkahan antara keluarga membawa pada pertelingkahan antara
puak (Sinakagon), pertelingkahan antara puak membawa kepada pertelingkahan
antara suku (payat). Peperangan mulai berlaku pada tahun 1880.
Kaum Mangkaak menyerang kaum Rumanau, Kemudian kaum Rumanau
membalas menyerang kaum Mangkaak, kaum Mangkaak kembali membalas dendam
menyerang kaum Rumanau dan begitulah yang terjadi seterusnya. Ini merupakan
antara perang yang terdahsyat sekali pernah berlaku di Sabah, kerana perang ini
berlaku hampir 80 tahun lamanya.
Dalam satu catatan British, ada perang yang berlaku di
kawasan Ulu Labuk sekitar 1887, kaum yang satu telah mengayau 82 kepala, kaum yang
satu lagi telah membalas memenggal 64 kepala.
Pertumpahan darah ini didamaikan oleh Kapten Beeston dengan
membawa 40 pasukan British pada Jun 1887.
Sekitar awal tahun 1900 (circa 1907), seorang pengembara
British bernama Dorothy Cator telah melawat kawasan Ulu Labuk ini, dia tinggal
di rumah panjang suku Rumanau. Menurut catatannya pengalamannya, ketika itu
kaum Rumanau Sedang menghadapi serangan dari pengayau yang menyerang rumah
panjang mereka yg sudah tentu berasal dari musuh mereka kaum Mangkaak, bahkan
suatu hari ketika ia bersama beberapa polis yang menyertainya berjalan ke
kawasan hutan, mereka melihat mayat bergelimpangan tanpa kepala, dan itu
berlaku hampir setiap minggu di mana mayat bergelimpangan tanpa kepala.
Menurut
Dorothy Cator, kaum Rumanau dikatakan kaum yang kuat, mereka mampu membalas
setiap serangan musuh yang menyerang. Peperangan ini berlanjutan sampai tahun
1953.
Kerana perang hampir 100 tahun ini menelan ratusan jiwa dan
merugikan kedua-dua kaum, maka pihak British menaja sebuah perdamaian untuk
mendamaikan kedua-dua kaum. Kaum Rumanau diwakili oleh Aki Rukou dan Aki Liung,
semantara kaum Mangkaak diwakili oleh Aki Rungkakai.
Pada 04/05/1953, kedua-dua suku berkumpul melalui perwakilan
mereka di kampung Kiandongo Tongod. Upacara perdamaian ini oleh kaum Dusun
dipanggil "Mitaru" atau "Mipopol", upacara yang bertujuan
untuk menamatkan pertumpahan darah dan memperdamaikan dua pihak yang bermusuhan.
Upacara ini diadakan dengan memacakkan sebatang tiang Bulian, ayam Komburak
dipotong di atasnya, Bobolian akan mengucapkan kutukan dan darah ayam komburak
menjadi meterai kutukan it, maka utk setiap orang yang melanggar janji
perdamaian akan dikejar oleh kutukan itu sendiri sampai ke liang kubur
Sumber Facebook : Aki Rumantai (2013).
