Thursday, 21 April 2016

Asal Usul Orang Bugis




Sejarah Bugis

Orang Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.

Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.

Sejarah Awal Bugis

Tidak seperti bahagian Asia Tenggara yang lain, Bugis tidak banyak menerima pengaruh India di dalam kebudayaan mereka. Satu-satunya pengaruh India yang jelas ialah tulisan Lontara yang berdasarkan skrip Brahmi, dimana ia dibawa melalui perdagangan. Kekurangan pengaruh India, tidak seperti di Jawa dan Sumatra, mungkin disebabkan oleh komuniti awal ketika itu kuat menentang asimilasi budaya luar.

Perubahan Dari Zaman Logam

Permulaan sejarah Bugis lebih kepada mitos dari sejarah lojik. Di dalam teks La Galigo, populasi awal adalah terhad dan terletak di persisiran pantai dan tebing sungai dan penempatan ini dihubungi dengan pengangkutan air. Penempatan di tanah tinggi pula didiami oleh orang Toraja. Penempatan-penempatan ini bergantung kepada salah satu daripada tiga pemerintahan iaitu Wewang Nriwuk, Luwu' dan Tompoktikka. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, terdapat kemungkinan penempatan awal tersebar di seluruh Tana Ugi, malahan jauh ketengah hutan dimana tidak dapat dihubungi melalui pengangkutan air. Mengikut mitos, terdapat migrasi yang ingin mencari tanah baru untuk didiami. Implikasi penempatan ditengah-tengah hutan ini ialah perubahan fizikal hutan, dimana hutan-hutan ditebang dan proses diteruskan sehingga abad ke20.

Teknik dan Perbezaan Ekonomi

Penebangan hutan ini mungkin seiring dengan pembuatan besi untuk membuat alat-alat tertentu seperti kapak. Malahan, pemerintah pertama (mengikut sejarah) kerajaan Bone memakai gelaran 'Panre Bessi' atau 'Tukang Besi'. Selain itu, terdapat juga hubungan yang cukup rapat diantara pemerintah Sidenreng dengan penduduk kampung Massepe, tempat penumpuan pembuatan alatan besi oleh orang Bugis dan tempat suci dimana 'Panre Baka' ('Tukang Besi Pertama') turun dari Syurga/Langit. Walaubgaimanapun, sesetengah mengatakan 'Panre Baka' berasal dari Toraja.

Satu lagi inovasi yang diperkenalkan ialah penggunaan kuda. Walaupun tidak disebut di dalam teks La Galigo, menurut sumber Portugis, pada abad ke16, terdapat banyak penggunaan kuda di kawasan gunung. Maka, inovasi ini mungkin diperkenalkan antara abad ke 13 dan abad ke 16. Maksud kuda di dalam Bahasa Bugis , ialah 'anyarang' (Makassar: jarang), cukup berbeza dengan Bahasa Melayu, malahan ia diambil dari Jawa ( 'jaran' ). Perkataan ini mungkin digunakan pada abad ke14, ketika Jawa diperintah oleh Majapahit.

Pertambahan penduduk memberi kesan kepada teknik penanaman padi. Teknik potong dan bakar digantikan dengan teknik penanaman padi sawah. Penanaman padi sawah terang-terangan diimport kerana penyuburan sawah (plough) di dalam Bahasa Bugis ialah 'rakalla' berasal dari perkataan 'langala' yang digunakan hampir seluruh Asia Tenggara, contohnya Cam, 'langal', Khmer, angal dan Bahasa Melayu, tengala. Teknik 'rakalla' ini digunakan di India dan sebahagian Asia Tenggara, manakala sebahagian lagi daripada Asia Tenggara diambil dari China. Ini sekaligus membuktikan wujudnya perhubungan diantara Sulawesi Selatan dengan bahagian barat Asia Tenggara selain Jawa.

Perubahan di dalam bidang ekonomi berhubung kait dengan pertambahan penduduk di tangah-tengah benua. Pada mulanya, sumber ekonomi majoriti populasi Bugis ialah penanaman padi manakala golongan elit mengawal sumber-sumber asli dari hutan, perlombongan dan sumber-sumber dari laut. Sumber-sumber asli ini mendapat permintaan dari luar Sulawesi dan ini membolehkan golongan elit memperdagangkan sumber-sumber ini dan membolehkan mereka membeli barang-barang mewah dari luar seperti seramik China, Sutera India, cermin etc. Walaubagaimanapun, pengawalan pertanian oleh golongan elit masih memainkan peranan penting ketika itu.

Perubahan Sosio-Politik

Implikasi terakhir dari penyebaran etnik Bugis keseluruh Sulawesi Selatan ialah perubahan didalam politik. Kerajaan-kerajaan lama Bugis iaitu Luwu', Sidenreng, Soppeng dan Cina (kemudiannya menjadi Pammana) masih berkuasa tetapi mungkin terdapat pembaharuan didalam pentadbiran ataupun pertukaran dinasti. Kuasa-kuasa kecil muncul di penempatan-penempatan baru ( 'wanua' ) dan diperintah oleh seorang ketua digelar 'matoa' atau 'arung'. Sesetengah penempatan awal ini (tidak disebut didalam La Galigo) seperti Bone, Wajo dan Goa kemudiannya menjadi kerajaan-kerajaan utama.

Walaubagaimnapun, sesetengah kerajaan yang disebut di dalam teks La Galigo seperti Wewang Nriwu' dan Tompoktikka 'hilang' di dalam rekod sejarah, dan ini menyebabkan sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak wujud sama sekali.

Kontranya, terdapat perubahan didalam sosio-politik yang nyata di permulaan teks sejarah iaitu wujudnya satu perhubungan kontrak di antara pemerintah dan pa'banua (rakyat negeri tersebut yang merupakan orang kebanyakkan.) Di dalam masyarakat awal, keselamatan dan sumber pendapatan penduduk (seperti mendirikan rumah, memberi kerja dan membekalkan keperluan tertentu) merupakan tanggungjawab pemerintah. Situasi ini berbeza sekali seperti di dalam teks La Galigo di mana pemerintah tidak perlu membekalkan apa-apa kepada penduduk.

Perubahan Agama

Kesinambungan dari zaman logam diteruskan di dalam bidang keagamaan. Bissu (bomoh) kekal menjadi elemen penting di dalam hal-hal keagamaan sebelum kedatangan Islam. Perubahan di dalam bidang keagamaan ialah pembakaran mayat dan debu bagi orang-orang terpenting di simpan di dalam tempat penyimpanan debu (bersaiz seperti labu) manakala tempat pembakaran mayat disebut Patunuang. Walaubagaimanapun, pembakaran mayat terhad kepada tempat-tempat tertentu. Menurut sumber Portugis, Makassar mengekalkan teknik penanaman mayat dan Toraja pula membiarkan mayat reput di gua-gua.

Pemerintah-pemerintah awal pula tidak ditanam mahupun dibakar dan mereka dikatakan 'hilang', bermaksud kembali ke syurga. Menurut sumber, mayat-mayat pemerintah awal dibiarkan bersandar di pokok reput sehingga tinggal tulang. Mayat bayi pula di tenggelamkan di sungai ataupun laut.

Kerajaan-Kerajaan Awal Bugis

Di akhir abad ke 15, Luwu', yang dianggap sebagai ketua bagi komuniti Bugis, mendominasi kebanyakkan kawasan di Tana Ugi termasuklah tebing Tasik Besar, sepanjang sungai Welennae, tanah pertanian di sebelah timur, sepanjang persisiran pantai yang menghadap Teluk Bone, Semenanjung Bira, Pulau Selayar dan Tanjung Bataeng. Walaubagaimanapun, kerajaan ini mula menghadapi tentangan dari kerajaan-kerajaan lain di sekitarnya.

Situasi Politik Di Akhir Abad ke 15

Pada awal abad ke 15, Luwu' menguasai Sungai Cenrana yang menghubungi Tasik Besar. Penempatan Luwu' pula terletak di muara sungai Cenrana, manakala di hulu sungai pula terdapat beberapa kerajaan kecil. Luwu' cuba mengekalkan pengaruhnya di bahagian barat, di jalan perhubungan antara Selat Makassar dan Sungai Cenrana melalui Tasik Besar, untuk mengawal perdagangan sumber-sumber asli di sebelah barat, mineral dari pergunungan Toraja dan sumber pertanian sepanjang Sungai Welennae. Walaubagaimanapun, Sidenreng, terletak di bahagian barat Tasik Besar telah memilih untuk berlindung di bawah Soppeng. Pada masa yang sama, Sawitto', Alitta, Suppa', Bacukiki' dan Rappang, juga terletak di sebelah barat telah membentuk satu konfederasi dinamakan ' Aja'tappareng ' (tanah disebelah barat tasik) sekaligus menyebabkan Luwuk hilang pengaruh di atas kawasan ini.

Malahan, sesetengah penempatan-penempatan Bugis mula enggan berada dibawah pemerintahan Luwu'. Di hulu Sungai Cenrana pula, kerajaan Wajo' sedang membangun dan mula menyebarkan pengaruhnya untuk mengawal kawasan sekelilingnya. Manakala pemerintah-pemerintah di kawasan sekeliling Wajo' pula di gelar 'Arung Matoa' bermaksud Ketua Pemerintah. Sekitar 1490, salah seorang dari pemerintah ini membuat perjanjian dengan Wajo', dan sekaligus meletakkan Luwu' dibawah pengaruh Wajo'. Pada tahun 1498 pula, penduduk Wajo' melantik Arung Matoa Puang ri Ma'galatung, seorang pemerintah yang disegani oleh orang Bugis, dan berjaya menjadikan Wajo' sebagai salah satu kerajaan utama Bugis.

Di sebelah selatan pula, Bone, di bawah pemerintahan Raja Kerrampelua, sedang meluaskan sempadannya di kawasan pertanian sekaligus membantu ekonomi Bone, menambah kuasa buruh dan kuasa tentera.

Penempatan Bugis yang disebut di dalam La Galigo kini terletak di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan yang membangun. Soppeng pula terperangkap di antara Sidenreng, Wajo' dan Bone manakala penempatan di tanah tinggi cuba keluar dari pengaruh Luwu' dan pada masa yang sama ingin mengelakkan pengaruh kerajaan-kerajaan yang sedang membangun.

Kejatuhan Luwuk

Tempoh antara 1500 dan 1530 menyaksikan kerajaan Luwu' mula merosot. Ketika itu, Luwu' diperintah oleh Dewaraja, seorang pahlawan yang hebat. Didalam pertemuan diantara Dewaraja dan Arung Matoa Puang ri Ma'galatung pada tahun 1508, Dewaraja bersetuju untuk menyerahkan kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Cenrana kepada Wajo' sebagai pertukaran Wajo' hendaklah membantu Luwu' menguasai Sidenreng dimana Sidenreng berjaya dikuasai oleh Luwuk dan Sidenrang terpaksa menyerahkan kepada Wajo' kawasan timur laut dan utara Tasik Besar.

Pada tahun 1509, Luwu' menyerang Bone untuk menyekat kuasa Bone tetapi ketika itu, Bone sudah pun menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan tentera Luwuk mengalami kekalahan. Malahan Dewaraja, walaupun berjaya melarikan diri, hampir dibunuh jika tidak kerana amaran pemerintah Bone kepada tenteranya untuk tidak 'menyentuh' ketua musuh Bone. Walaubagaimanapun, Payung Merah milik Luwu' yang menjadi simbol ketuanan tertinggi berjaya dimiliki Bone sekaligus mengakhiri ketuanan Luwu' di negeri-negeri Bugis. Walaubagaimanapun, ketuanan Luwu' masih disanjung tinggi dan dihormati oleh kerajaan-kerajaan lain di Sulawesi Selatan. Bila penggantinya Dewaraja mangkat, Wajo' menyerang Luwu' dan meluaskan pengaruhnya di daerah-daerah Luwu'. Ini membolehkan Wajo' menguasai beberapa kawasan-kawasan yang strategik.

Kemunculan Makassar

Pada masa yang sama, berlakunya peristiwa-peristiwa penting di sebelah barat dan selatan Sulawesi Selatan. Siang ketika itu masih lagi menjadi kuasa utama di persisiran barat Makassar dan Bantaeng (ketika itu dibawah pengaruh Luwu') di sebelah selatan manakala terdapat dua penempatan Makassar iaitu Goa dan Tallo' yang mula membangun dan meluaskan pengaruh mereka.

Mengikut sumber yang diragui kesahihannya, Goa dan Tallo' pada mulanya adalah satu negeri. Pada sekitar abad ke 15, Raja Tunatangka'lopi membahagikan kawasan itu kepada dua orang puteranya menjadi Goa dan Tallo'. Terdapat juga kisah yang lain di mana dibawah Raja Daeng Matanre' (1510-1547), suatu pejanjian telah dibuat. Mengikut perjanjian tersebut, Goa dan Tallo' akan menjadi kerajaan kembar, di mana terdapat dua pemerintah tetapi satu kerakyatan. Sesiapa yang cuba menentang perjanjian ini akan dihukum oleh Tuhan. Peristiwa ini mengikut Bulbeck('History Archeology':117) berlaku selepas 1535. Peta Sulawesi yang dilukis Portugis pertama kali pada tahun 1534 tidak menyentuh tentang Goa, dan hanya memeta 'Siom"(Siang), 'Tello'(Tallo') dan 'Agacim'(Garassi'). Mengikut penulisan Antonio de Paiva, Goa, (di mana didalam penulisannya merujuk kepada Bandar Besar) yang kemudiannya muncul di peta Portugis, sebelumnya dianggap di bawah pengaruh Siang. Sebaliknya kerajaan Tallo' yang dibawah pengaruh Siang dan kemudiannya dibawah pengaruh Goa. Goa kemudiannya menguasai Garassi', sebuah pelabuhan yang menghubungkan Jawa, sekaligus membolehkan Goa mengawal perdagangan laut.

Permualaan sejarah Goa dan Tallo' berlaku di akhir abad ke 15, tetapi laporan mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku di kedua-dua kawasan itu masih tidak jelas. Polisi perluasan kuasa mungkin bermula ketika zaman pemerintahan Raja Daeng Matenre, Goa, dan berterusan selama dua abad selepasnya. Antara daerah-daerah yang dikuasainya ialah Bajeng, sekutu-sekutu Tallo', kawasan-kawasan di bawah pengaruh Bantaeng dan Gantarang.

Kejayaan kerajaan kembar ini, lebih dikenali dikalangan pedagang asing sebagai sebuah 'negara' digelar Makassar. Ia boleh dikatakan satu gabungan yang bijak di mana pemerintah Goa meneruskan penguasaan wilayah manakala pemerintah Tallo', yang mendapati potensi Makassar sebagai pelabuhan yang berjaya, menumpukan bahagian perdagangan. Ini kemudiannya menjadikan Makassar salah satu kuasa yang kuat di Sulawesi Selatan.

Kemangkatan Dewaraja, pemerintah Luwuk, menyebabkan berlakunya perbalahan dinasti. Daeng Mantare membantu Bone menawan Luwuk di mana ketika itu pemerintahan Luwuk dituntut oleh Sanggaria. Pada sekitar tahun 1535, Sanggaria kemudiannya mendapatkan perlindungan di Wajo'. Kesempatan ini direbut oleh Bone dan Goa di mana Luwuk kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian mengakui kekalahannya dan akan menyertai Goa, Bone dan Soppeng menentang Wajo' atas tindakan Wajo' yang bersifat neutral ketika peperangan berlaku. Ini menyebabkan Wajo' terpaksa menukar ikrar setia dari Luwuk kepada Goa. Sanggaria kemudiannya dibenarkan menjadi raja Luwuk tanpa kuasa.

Sejarah Awal Bukis menurut La Galigo

Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan
.
Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"
erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
berbeza dengan bahasa To Ugi;
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)

Komoditi Dan Perdagangan

Ekspot utama dari Sulawesi Selatan ketika itu ialah padi dan diekspot ke Melaka yang ketika sudah pun ditawan Portugal. Pada tahun 1607, Sultan Johor yang bermusuh dengan Portugis cuba menyekat eksport ini. Produk-produk pertanian lain adalah kelapa, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ternakan tempatan pula adalah kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik. Akan tetapi lembu masih belum dikenali ramai dimana pada masa yang sama kuda sudah pun menjadi ternakan umum. Sumber-sumber asli pula yang dibawa dari kawasan sekitar (yang kemudiannya di ekspot) ialah kayu cendana (dari Kaili dan Palu),katu sapan (dari Sumba), kayu aguila, resin, gewang dan telon (Pelras, 'Temoignages etrangers').

Tekstil yang dibuat di Sulawesi Selatan cukup popular pada abad ke 19, dimana pada tahun 1544, kain putih , kemungkinan kain koton, dijual pada harga 200 rial. Menariknya, ini membuktikan bahawa Sulawesi Selatan sudah pun memasuki sistem wang antarabangsa dan matawang Portugis, real menjadi salah satu matawang utama. Tetapi sistem penukaran wang sebelum ini tidak jelas. Manakala sebelum sistem wang digunakan, kerbau mungkin dijadikan petunjuk utama.

Terdapat juga komoditi ekspot baru iaitu hamba. Kebanyakkan hamba adalah tawanan perang yang bermaksud sesiapa sahaja termasuklah kanak-kanak dan wanita dari tempat dimana ia ditawan oleh Bugis. Harga seorang hamba boleh mencecah 1000 rial yang ketika itu merupakan suatu tawaran yang cukup menarik bagi Portugis. Perdagangan hamba mula mendapat tempat bermula pada abad 15 dan ia disebabkan oleh permintaan dari luar.

Antara ekspot lain yang menarik perhatian Portugis ialah emas. Emas berasal dari pergunungan Toraja dan dari Luwu' manakala emas dari Sulawesi Utara pula dikawal oleh Makassar. Mineral-mineral lain yang diekspot ialah besi (dari Luwu' dan Banggai), kuprum dan plumbum.

Pandu arah, Kapal Dan Peperangan

Walaupun pada abad ke 16, penduduk-penduduk di Sulawesi Selatan sudah pun maju dalam bidang pelayaran, kebanyakkan ekspot mereka dibawa oleh kapal-kapal Melayu dan Jawa. Jurupandu arah Bugis dan Makassar ketika itu masih belum dianggap maju oleh pedagang-pedegang asing. Pada abad ke 16 pula, kapal-kapal dari Sulawesi Selatan mula berlayar ke bahagian timur dan juga ke bahagian barat Kepulauan Melayu. Faktor utama ialah Sulawesi Selatan terletak ditengah-tengah jalan laut antara Melaka dan Maluku. Bugis dan Makassar kemudiannya mula memajukan kemahiran pelayaran mereka, membina kapal-kapal besar dan membuat usaha sama dengan pedagang -pedagang Melayu. Walaubagaimanapun, perhubungan darat yang terhad menyebabkan kayu-kayu balak dibawa menggunakan pengangkutan air.
Antara senjata api yang mula digunakan pada waktu itu ialah senapang lantak dan meriam. Kebanyakkan senjata api ini dibuat di Brunei. Bagi perlindungan baju zirah dan perisai dada turut digunakan ketika peperangan. Akan tetapi, kesemua senjata baru ini tidak menggantikan senjata-senjata lama seperti perisai tradisional, keris, sumpit dan pedang pendek.

Aspek-Aspek Alatan Kebudayaan Lain

Kehidupan Bugis seperti yang digambarkan dalam La Galigo adalah sebuah komuniti yang bersifat terbuka kepada pengaruh-pengaruh luar, dimana barang-barang impot bukan sahaja dimiliki oleh golongan atasan tetapi turut dimiliki oleh orang kebanyakkan.Pada abad ke 16 bentuk dan pembinaan perumahan bagaimanapun kekal dan tidak berubah. Bagi rumah golongan atasan, perabot-perabot barat mula digunakan manakala tingkap-tingkap tradisional digantikan dengan tingkap-tingkap bercirikan barat. Kebanyakkan nama-nama bagi inovasi ini diambil dari sebutan Portugis seperti kadera (kerusi) dari cadeira dan mejang (meja) dari mesa.

Kesan-kesan lain ialah perubahan dalam makanan ruji. Keledek dan tembakau mula diperkenalkan oleh Portugis dan Sepanyol. Antara bahan-bahan yang baru ialah candu yang digunakan dalam peperangan dan menjadi satu ketagihan bagi golongan atasan.

Inovasi juga turut dilihat dalam pakaian. Wanita Bugis mula memakai sejenis seluar begi manakala hamba wanita pula masih kekal dengan pakaian kemban. Pakaian barat pula mula mendapat tempat dikalangan komuniti Bugis ketika itu seperti baju kemeja, topi dan jaket.

Pengislaman Bugis

Pada tahun 1511, kejatuhan Melaka ke tangan Portugal turut membawa kedatangan kristian ke Kepulauan Melayu. Pada tahun 1611 pula, kerajaan Bone memeluk Islam dan juga merupakan kerajaan terakhir memeluk Islam.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 menyebabkan kesultanan Melaka beralih kepada Johor. Peristiwa ini memberi tempias kepada Sulawesi Selatan. Menurut Tome Pires (Pires, Suma Oriental) disebalik jumlahnya yang kecil, kebanyakkan orang Makassar datang berdagang di Melaka. Perubahan senario politik di bahagian barat Kepulauan Melayu turut diketahui oleh penduduk Sulawesi Selatan, dan mereka kemudiannya mula memahami budaya, agama, polisi perdagangan dan kekuatan tentera pendatang asing ini.

Portugis mengambil masa yang lama untuk menukar perhatian mereka kepada Sulawesi. Mengikut peta awal Portugis, Sulawesi Selatan dinamakan Makassar dan diutaranya dinamakan Celebes dan antaranya adalah kosong. Keutamaan mereka ketika itu ialah perdagangan rempah dari Maluku dan ini menarik perhatian mereka ke kepulauan Sunda. Pada tahun 1533, Portugis mendapat tahu bahawa terdapat emas di Sulawesi dan dengan itu Gabenor Ternate mengarahkan satu ekspedisi ke Sulawesi.

Terbantutnya Kristianisasi

Pada tahun 1540, dua orang bangsawan dari Makassar melawat Ternate dan dikristiankan. Tahun berikutnya, mereka kembali semula ke Ternate dengan membawa emas, Cendana dan senjata besi bagi menunjukkan betapa berharganya Sulawesi. Pada tahun 1544, Antonio de Paiva berdagang di Suppa' dan Siang dan beliau diminta untuk mengkristiankan kedua-dua raja negeri-negeri itu. Manakala bagi pihak kedua-dua raja itu, kristianisasi merupakan satu peluang untuk mendapat bantuan ketenteraan dari pihak Portugis.

Menjawab permintaan pemerintah-pemerintah Sulawesi Selatan, seorang mubaligh kristian bernama Francis Xavier belayar ke Sulawesi untuk tujuan kristianisasi. Ketika itu, kebanyakkan pemerintah Sulawesi Selatan menyambut baik ekspedisi ini dengan harapan untuk mendapat bantuan ketenteraan dari Portugis. Walaubagaimanapun, usaha Portugis ini terbantut kerana seorang daripada pegawai Portugis berkahwin dengan gadis tempatan dan bagi mengelakkan pertumpahan darah, mereka terpaksa berlayar pulang.

Tetapi, salah seorang rombongan itu, Manuel Pinto tidak berlayar bersama. Beliau menjelajah ke seluruh Sulawesi Selatan untuk meninjau keadaan di sana ketika itu. Sebaik sahaja pulang ke Melaka, beliau melaporkan terdapatnya peperangan sesama sendiri di antara negeri-negeri Bugis. Ini menyebabkan terbantutnya usaha kristianisasi oleh Francis Xavier.

Pada tahun 1559, selepas kembali semula hubungan perdagangan dengan Melaka, pemerintah-pemerintah Sulawesi Selatan meminta agar Portugis menghantar seorang mubaligh untuk tujuan kritianisasi. Akan tetapi, tidak banyak paderi tinggal di Melaka dan ketika itu, Makassar bukanlah keutamaan mereka. Maka permintaan raja-raja Bugis tidak dapat ditunaikan.

MASUKNYA ISLAM Konsep dasar Islam adalah ketauhidan dan kenabian serta kebangkitan. Kepercayaan bugis-makassar pra-islam menunjukkan adanya kepercayaan pada Tuhan yang satu (tauhid) dan kebangkitan. Islamisasi berarti menebarkan konsep kenabian dan merevisi mitos yang ada. konsekwensinya adalah dilaksanakannya syariat sebagai pengganti beberapa kebiasaan manusia bugis makassar yang tidak relevan. Telah ada beberapa penganjur Islam selain tiga dato' dari minang, termasuk Sayyid Jamaluddin al-husayni al akbari yang merupakan kakek dari walisongo. ini berarti Islam datang bukan pada kedatangan para dato' (dato ribandang, dato ritiro dan dato patimang). tetapi ISlamnya kerajaan-kerajaan bugis makassar pada tahun 1598(gowa dan luwu) menyusul ajatappareng (sidenreng,rappang, sawitto) pada tahun 1605, soppeng (1607), wajo (1609), dan bone (1611) adalah berkat usaha ketiga para dato. dato ribandang mengislamkan karaeng matoaya yang merupakan mangkubumi kerajaan makassar. dato patimang(dato sulaiman) mengislamkan daeng parabbung datu luwu. dan dato ri tiro memilih berdomisili dibulukumba yang merupakan daerah perbatasan bone dan gowa untuk syiar islam. islamnya gowa adalah simbolitas kekuatan militer dan luwu adalah pusat mitos bugis makassar. dengan islamnya dua kerajaan besar ini maka tidak ada alasan untuk menolak islam. islamisasi secara struktur adalah menjadikan syariat sebagai dasar negara. sebelumnya telah ada ADE', RAPANG, WARI, BICARA. diterimanya Islam sebagai agama resmi kerajaan menjadikan syariat sebagai landasan kelima yaitu SARA'.efeknya adalah dibuatkan jabatan struktural kerajaan yang baru yaitu QADHI, BILAL, KATTE', DOJA sebagai perangkat syiar Islam kerakyat.

Gowa menentang Bone

Sebaik sahaja Portugis menjalin semula hubungan perdagangan dengan Makassar pada tahun 1559, situasi politik di Sulawesi Selatan mengalami perubahan yang drastik. Gowa, selepas kematian Daeng Matenre, masih meneruskan polisi perluasan kuasanya dan pada masa yang sama Bone di utara turut meluaskan kuasanya. Di Tangka', kedua-dua kerajaan ini bertemu dan pada tahun 1562, tercetusnya peperangan antara Goa dan Bone.
Gowa dibantu oleh Luwu', Wajo' dan Soppeng.Kematian raja Gowa menyebabkan termeterainya perjanjian perdamaian diantara Gowa dan Bone iaitu Perjanjian Caleppa. Mengikut perjanjian itu,Sungai Tangka' dijadikan sempadan antara kedua-dua negeri tersebut. Bone pula diiktiraf sebagai pemerintah di sebelah barat Walennae dan seluruh Cenrana.

Kemunculan Empayar Makassar

Gowa yang ketika berjaya menguasai tanah pertanian dan persisiran pantai yang strategik turut dikenali sebagai Makassar oleh pedagang-pedagang asing dan bermula pada pertengahan abad ke 16 mula membangunkan aktiviti maritimnya. Negeri ini mendapat sokongan padu dari orang Melayu yang menetap di situ dan juga Portugis juga menetap di negeri itu.

Polisi maritimnya dan dibantu dengan hegemoninya di Sulawesi Selatan menyumbang kepada kekuatan emapayar ini. Makassar ketika itu menghubungkan pelbagai kerajaan di Kepulauan Melayu.

Kemasukan Islam

Pada pertengahan abad ke 16, persaingan antara Kristian dan Islam semakin sengit di Sulawesi Selatan. Negeri-negeri di sekitar Sulawesi Selatan sudahpun diislamkan. Pada tahun 1575, Abdul Makmur seorang Minangkabau datang ke Sulawesi Selatan untuk menyebarkan Islam. Ketika di Kutai, beliau berjaya mengislamkan penduduk di sana. Pada tahun 1580, Sultan Ternate, Babullah meminta agar Manrio Gau, raja Gowa, untuk memeluk Islam kerana Ternate ketika itu bermusuh dengan Portugis.

Persaingan diantara Islam dan Kristian di Makassar disebabkan oleh raja Makassar sendiri yang tidak dapat memilih antara dua agama ini. Maka beliau meminta seorang paderi dari Portugis di Melaka dan seorang ulama dari Acheh. Ulama dari Acheh sampai dahulu di Makassar dan dengan itu raja Makassar membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Abdul Makmur (Dato' ri Bandang) kemudiannya melawat semula Makassar bersama dua orang temannya iaitu Sulaiman (Dato' ri Pa'timang) dan Abdul Jawad (Dato' ri Tiro). Pemerintah Luwu' berjaya diislamkan oleh mereka dan memakai gelaran Sultan Muhammad. Kemudiannya Islam tersebar di seluruh Sulawesi Selatan atas jasa ketiga-tiga pendakwah ini.

Penguatkuasaan Syaria

Selepas pengislaman Bugis, Dato' ri Bandang mula menumpukan perhatian kepada penguatkuasaan Syaria. Ajaran-ajaran Islam diserapkan kedalam kebudayaan tempatan dan unusur-unsur tempatan yang menentang ajaran Islam diharamkan. Disetiap negeri, masjid-masjid dibina dan qadi, imam dan khatib dilantik. Golongan bangsawan memainkan peranan yang penting dalam usaha ini.

Manakala, bagi penganut Kristian di Makassar yang kebanyakkannya adalah Portugis, mereka masih dialu-alukan dan dilayan dengan sebaiknya.

Berakhirnya Persaingan Hegemoni Di Sulawesi Selatan

Diantara akhir abad ke 17 dan permulaan abad ke 19, Sulawesi Selatan mengalami perubahan politik disebabkan oleh kejatuhan Makassar ke tangan Belanda, perbalahan dalaman dan pendedahan kepada kebudayaan barat. Selepas kejatuhan Makassar, orang Bugis kemudiannya bertebaran di seluruh Kepulauan Melayu termasuklah Tanah Melayu.

Kejatuhan Makassar

Pada awal abad ke 17, Makassar mencapai kemuncaknya, pengaruhnya tersebar luas ke suluruh Sulawesi Selatan dan menjadi kuasa maritim yang kuat di kepulauan itu. Manakala jalan perhubungan menjadi semakin penting untuk mereka yang ingin melepaskan diri dari Belanda. Komoditi utama ketika ini ialah rempah-ratus dari Maluku dan ketika ini, Makassar sudahpun memulakan polisi perdagangan bebasnya.

Komuniti Melayu memainkan peranan yang penting dalam pembangunan Makassar. Kebanyakkan kapal-kapal yang singgah di Makassar adalah milik mereka. Pedagang Bugis juga mula memainkan peranan penting. Pada pertangahan abad ke 17, perkahwinan diantara golongan aristokrat Makassar dan Bugis menyumbang kepada perkembangan komuniti Bugis di Gowa. Malahan, persekutuan antara Gowa dan Wajo' membawa kepada perkembangan maritim di Makassar.

Antara faktor yang menyumbang kepada perkembangan Makassar ialah kehadiran Portugis yang lari dari Melaka. Pada tahun 1641, Belanda berjaya menguasai Melaka dan ini menyebabkan Portugis terpaksa menjadi pelarian perang dan mencari perlindungan di Makassar. Mereka mempunyai penempatan sendiri di Makassar di Barobboso dan dilengkapi dengan gereja dan paderi sendiri. Mereka juga hidup secara harmoni dengan penduduk tempatan malah turut membuat usaha sama dengan pedagang-pedagang Makassar. Portugis juga memainkan peranan dalam membekalkan senjata api kepada Makassar dan juga menjadi agen dalam menterjemah tulisan rumi dan ilmu-ilmu barat seperti matematik, arkitek, astronomi dan geografi. Kebanyakan golongan pemerintah Makassar mampu membaca dan menulis di dalam Portugis.

Pada tahun 1613, Syarikat Hindia Timur Inggeris membuka cawangan mereka di sana. Ia diikuti dengan Syarikat Hindia Timur Denmark pada tahun 1618 dan Perancis pada tahun 1622. Pada tahun 1615, Belanda meminta hak monopoli dari Sultan Makassar dan semestinya ia ditolak. Makassar bersama Ternate kemudiannya menyerang Belanda di Maluku dan pada tahun 1634, Makassar dan Ternate menyokong pemberontakkan Ambon. Makassar juga turut menyerang kubu Belanda di Buton. Pada tahun 1660, sebuah kapal Portugis berjaya dimusnahkan oleh Belanda dan ini disebabkan oleh bantuan seorang putera Bone. Arung Palakka.

Selama 20 tahun, Gowa dan Bone bermusuhan sesama sendiri dalam menguasai Sulawesi Selatan dan dimana Gowa menjadi pemenangnya. La Ma'daremmeng (raja Bone) sendiri menjadi tawanan perang apabila Bone jatuh ketangan Gowa. Manakala tampuk pemerintahan Bone digantikan dengan wakil Makassar dan Bone diletakkan sebagai sebuah koloni Makassar. Ini menimbulkan perasaan ketidak puasan hati dikalangan rakyat Bone dan sekaligus mencetuskan perasaan ingin membalas dendam.

Peluang Bone untuk membalas dendam akhirnya terbuka melalui permusuhan Makassar dan Belanda. Manakala di Buton, putera Arung Palakka yang mendapat perlindungan di sana bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1666, Bugis dan Belanda dibantu pasukan tentera dari Ternate, Ambon dan Buton berjaya menguasai Makassar. Serangan dari laut diketuai oleh Belanda manakala dari darat oleh Bugis. Pada 18 November 1667, Sultan Hasanuddin menandatangani perjanjian Bongaya. Di dalam perjanjian ini, Makassar hendaklah memusnahkan semua kubu-kubunya, memberhentikan perdagangan rempah-ratus, memberhentikan impot masuk barang kecuali dari Belanda, menghalua keluar Postugis dari Makassar dan melepaskan mana-mana pertuanan mereka di Sulawesi mahupun di Kepulauan Melayu.

Situasi Baru Bugis

Bone walaupun memainkan peranan yang terhad dalam perjanjian Bongaya dapat mengekalkan kemerdekaan mereka sehinggalah ke abad 19. Pergerakkan untuk menyatukan negeri-negeri Bugis pula mengalami kebuntuan dengan kehadiran Belanda.

Kesan lain disebabkan kejatuhan Makassar ialah terdapat migrasi Bugis ke Jawa, Sumatra, Tanah Melayu dan juga Siam. Golongan bangsawan Makassar membantu pemberontakkan di Jawa menentang Belanda. Manakala kebanyakkan Bugis dan Makassar berhijrah keluar kerana sumber perdagangan mereka telah diterhadkan. Perantau ini kebanyakkan mula mencari tempat baru di barat Kepulauan Melayu. Mereka berjaya mendapat kedudukan di empayar Johor-Riau dan memainkan peranan yang penting dalam perbalahan diantara sultan-sultan Melayu.

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.

Bugis Dan Pembentukan Indonesia

Pada 31 Disember 1799, seluruh Indonesia disatukan menjadi menjadi Republik Batavia Belanda, dimana kesemua urusan politik diletakkan ditangan Belanda sendiri.

Kebangkitan Di Sulawesi Selatan: 1810-1906

Situasi politik di Sulawesi Selatan cukup berbeza dengan di Jawa ketika ini. Walaupun kebanyakkan negeri-negeri Bugis dibawah pengaruh Belanda, tetapi negeri secara praktiknya merdeka. Urusan-urusan dalaman negeri-negeri ini tidak mendapat campur tangan Belanda.

Apabila British menduduki Makassar pada tahun 1810, kebanyakkan pemerintah Bugis enggan mengiktiraf penguasaan British dan ingin merdeka. Pergeseran antara British dan Bugis bertambah teruk apabila pemerintah Bone enggan menyerahkan pedang Sudanga, alat kebesaran Goa yang jatuh ketangannya pada tahun 1785. Maka residen British di Makassar menghantar kapten Phillips untuk suatu ekspidisi ketenteraan melawan Suppa' tapi berjaya dipatahkan oleh tentera Bone. Malahan Bone turut menguasai Utara Sulawesi Selatan sekitar Maros dan sebahagian Bulukumba. Walaupunbegitu, Goa, Soppeng dan Sidenreng berpihak kepada British dalam kebangkitan ini.

Apabila Belanda kembali semula ke Makassar pada 1817, Bone enggan menerima kedudukan Belanda dan memilih untuk merdeka. Pada masa yang sama Gavernor-Jeneral, van der Capellen, datang ke Makassar untuk meminta pemerintah Sulawesi Selatan menandatangani sebuah deklarasi penyekutuan mereka dengan Belanda. Bone, Ternate dan Suppa' enggan berbuat demikian. Ini mencetus peperangan dengan Belanda. Keganasan di Bone berakhir pada tahun 1838 apabila Belanda berjaya menggantikan raja Bone dengan individu yang sekapala dengan tujuan Belanda. Akan tetapi, perang tercetus kembali pada tahun 1857 apabila pengganti beliau , Besse Kajuara, enggan bersekutu dengan Belanda. Ini menyebabkan Bone diletakkan dibawah koloni Belanda daripada sekutu Belanda. Pada tahun berikutnya, Goa menerima nasib yang sama dan menyebabkan konfrontasi yang dipimpin oleh golongan bangsawan.

Kesan kebangkitan paling teruk dirasai di Wajo' dan ini menyebabkan ramai orang Wajo' bermigrasi keluar. Pada masa yang sama, pemerintah Wajo' berbalah sesama sendiri mengenai pewaris bagi Sidenreng dimana La Pang'uriseng berjaya memenangi tampuk pemerintahan Sidenreng. Di bawah pemerintahan beliau, Wajo' mengembangkan kuasanya didalam konfederasi Aja'tappareng dan menguasai kawasan-kawasan yang dibawah kuasa Belanda sekligus mencetuskan penentangan terhadap Belanda. Pare-Pare, sebuah pelabuhan di Wajo' ketika itu mula membangun setelah penyekatan kuasa Bone oleh Belanda dan pada masa yang sama, ia menjadi pusat perdagangan hamba apabila ia diharamkan di Makassar.

Pada tahun 1905, pemerintah Bone, La Pawawoi, buang negeri ke Bandung diatas alasan mencampur tangan urusan negeri-negeri Bugis lain. Pemerintah Goa pula didakwa melakukan keganasan terhadap Belanda (ketika itu Belanda sedang menceroboh Sulawesi Selatan.) Beliau kemudiannya dibunuh ketika cuba untuk melarikan diri dari Belanda.

Pengkolonian Belanda 1906-1942

Belanda kemudiannya mengabungkankan seluruh Sulawesi Selatan menjadi sebuah koloni yang stabil.

Kesan pengkolonian ini membawa kepada pengenalan cukai di Sulawesi Selatan, buruh paksa dan pendaftaran untuk pengenalan diri. Sistem buruh paksa (digunakan untuk pembinaan jalan) adalah suatu unsur baru dalam kebudayaan Bugis dan menyumbang kepada migrasi Bugis terutamanya golongan bangsawan ke Tanah Melayu dari tahun 1910 hingga 1930.

Sistem cukai yang diperkenalkan Belanda meliputi cukai tanah dan cukai kepala (untuk lelaki dewasa kecuali golongan bangsawan.) Orang kampung yang kebanyakkannya miskin sering menghadapi kesusahan membayar cukai. Selepas pembayaran cukai, mereka akan menerima surat kampung yang merupakan resit, pengenalan diri dan sijil penetapan. Ini sekaligus menyebabkan tradisi nomad Bugis diharamkan dan penetapan tetap dikuatkuasakan.

Sistem kehakiman baru pula diperkenalkan dengan kehakiman barat diserapkan dalam sistem kehakiman tempatan. Disetiap daerah, sebuah mahkamah dibina dan hakim merupakan orang tempatan mempunyai ilmu tentang kehakiman tempatan dan pada masa yang sama diawasi oleh seorang pegawai Belanda.

Dalam hal ehwal masyarkat, Belanda terpaksa menghadapi tentangan yang bergerak secara senyap dikepalai oleh golongan bangsawan. Sebelum pencerobohan Jepun, tidak banyak gerakan ini berjaya disekat Belanda. Paling membimbangkan Belanda ialah kebangkitan nasionalis di Jawa dan cawangannya di Sulawesi Selatan. Parti Sarikat Islam atau Partai Sarikat Islam,PSI, yang berpusat di Jawa pada tahun 1918 membuka cawangannya di Makassar. Parti ini kemudiannya ditukar nama menjadi Parti Sarikat Islam Indonesia,PSII dan menjadi sebuah pergerakkan nasionalis paling aktif di Indonesia. Cawangan bagi Parti Nasional Indonesia atau Partai Nasional Indonesia yang lebih sekular diasaskan oleh Sukarno turut membuka cawangan di Makassar. Gerakan lain yang lebih bersifat sederhana ialah Persatuan Selebes Selatan dan Muhammadiyah.

Pendudukan Jepun (1942-1945) Dan Asas Pembentukan Indonesia (1945-1950)

Tempoh pendudukan Jepun merupakan suatu titik hitam dalam sejarah Sulawesi Selatan. Walaupun tidak banyak perubahan dalam sistem pemerintahan, tetapi pendudukan telah mencetuskan suatu perubahan dalam minda Indonesia dan Asia umumnya. Orang Eropah yang dilihat berkuasa pada mulanya senang disingkirkan oleh orang Asia dan kesannya menyebabkan penentangan Belanda selepas kekalahan Jepun.

Kekalahan Jepun pada Ogos 1945 memberi peluang kepada Indonesia untuk merdeka. Sebaik sahaja pengumuman kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno dan Mohammad Hatta, Dr Ratulangi dilantik menjadi gabenor di Sulawesi pada 19 Ogos. Pada bulan September, tentera bersekutu Belanda mendarat di Sulawesi akan tetapi tidak menerima tentangan seperti di Jawa. Ini kerana kekurangan teknik serangan gerila oleh penduduk Sulawesi. Kumpulan tentera bersekutu ini turut membawa pegawai Belanda bagi menggantikan Dr Ratulangi.
Kumpulan gerila kemudiannya ditubuhkan dibawah Dr Ratulangi. Serangan gerila ini kemudiannya berjaya dipatahkan Belanda dan pemimpin-pemimpinnya dipenjarakan di Jawa. Ini menyebabkan kumpula gerila di Sulawesi berpecah belah. Bagi golongan-golongan muda, mereka bersatu dengan gerakan gerila di Jawa. Antara mereka ialah Kahar Muzakkar dari Luwu', Andi' Mattalata dan Yusuf.

Pada 17 Ogos 1950, Republik Indonesia ditubuhkan selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

Bantuan Bugis Kepada Kesultanan Melayu Melaka (1511)

1511Pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau (Merlimau Pasir, Merlimau Pantai, Sempang, Tedong, Pangkalan Samak).

Campurtangan orang Bugis di Johor-Riau-Lingga

Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sabagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Maka, Raja Sulaiman, putera Sultan Johor-Riau-Lingga ke-11, Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil iaitu sultan berketurunan Wangsa Bendahara yang pertama, menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga dari Raja Kecil.

Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan dari Raja Sulaiman, angkatan Bugis Luwok terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau Kalah di dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upahan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau, bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam.

Setelah Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali dari Raja Sulaiman; raja bendahara-bendahara. Sebaik sahaja mendapat tahu penawanan Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Di dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu dibawah kuasa kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas.

Pihak Bugis Luwok telah berpecah dimana 20 buah daripada kapal meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman I telah datang dari Terengganu dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau dimana kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baru Johor-Riau.

Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A Jalil Rahmat Raja Kecil Shah disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760).

Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Raja Lumu (1742-1778)

Tuhfat alNafis

Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan perlantikan tersebut; setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh sejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.

Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenal dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, disitu ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.

Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah kerajaan Daeng Lumu adalah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) hingga 1778.

Sultan Ibrahim (1778-1826)

Raja Ibrahim, putera sulung Sultan Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.

Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari, 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda, kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang".

Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dari persengkitaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga dari serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.

Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-duanya kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendahara Ab. Majid meminta bantuan.

Muzium Bugis di Pontian, Johor

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Bahasa Bugis

Konsonan Lontara

Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.

Tanpa sokongan pantisan yang betul, anda mungkin akan melihat tanda soal, petak, simbol dsb. bukannya lontara.

 basa ugi
wilayah Sulawesi Selatan, Sabah, Semenanjung Melayu
asli penutur        3.5 hingga 4 juta  (tiada tarikh)
keluarga bahasa              
Bahasa Austronesian
Melayu-Polinesia (MP)
Nuklear MP
Sunda-Sulawesi
Sulawesi Selatan
Bahasa-bahasa Bugis
Bahasa Bugis
kod bahasa
ISO 639-2             bug
Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Bugis, Basa Ugi atau Ugi) dipertuturkan oleh etnik Bugis iaitu seramai 4 juta di Indonesia (terutamanya Sulawesi Selatan) dan Malaysia. Bahasa Bugis tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia. Bahasa Bugis ditulis menggunakan konsonan Lontara, berdasarkan konsonan Brahmi dan hari ini, ia turut ditulis dalam tulisan Rumi.

Contoh perkataan

Bahasa Melayu Bahasa Bugis      Ejaan dalam lontara
Makan  Manré 
Mandi   Cemmé               
Tidur      Tinro     
Matahari              Esso      
Bulan     Uleng   
Lelaki     Anaburané        
Perempuan        Anadara              
Besar     Loppo  
Kecil       Kereni  
Sedikit  Céddé  
Banyak Maéga 
Suka      Puji       
Ya           Iye         
Tidak     De         
Bukan   Tania    

Bulan-bulan Bugis

No.         Masihi   Bugis
Rumi      Lontara
1              Januari  Naagai 
2              Februari               Palagunai            
3              Mac       Bisaakai               
4              April       Jettoi    
5              Mei        Sarawanai          
6              Jun         Pe'dara
8              Ogos      Pacciekai             
9              September         Pociyai 
10           Oktober               Mangasierai      
11           November          Mangase'tiwi    
12           Disember            Mangalompai   

Tulisan Bugis

Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan (material penulisan) samada menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti tulisan rencong dan lampong dan lain-lain. Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.

Sistem ejaan

Sistem ejaannya adalah sama seperti mana sistem ejaan tulisan-tulisan yang wujud di asia tenggara lain, tidak sama dengan versi tulisan di bawah pengaruh brahmi atau palava/kawi yang lain.

Sastera Bugis

La Galigo

La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabharata. Ia mengandungi sebahagian besar puisi ditulis dalam bahasa bugis lama. Epik ini mengisahkan tentang kisah Sawerigading, seorang pahlawan yang gagah berani dan juga perantau. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
Sebahagian manuskrip La Galigo dapat ditemui di perpustakaan-perpustakaan di Eropah, terutamanya di Perpustakaan Leiden. Terdapat juga 600 muka surat tentang epik ini di Yayasan Kebudayaan Sulawesi Selatan dan Tenggara, dan jumlah mukasurat yang tersimpan di Eropah dan di yayasan ini adalah 6000 tidak termasuk simpanan oleh orang perseorangan.

Kitaran Hayat La Galigo

Ringkasan Salasilah La Galigo

Epik dimulai dengan penciptaan dunia. Ketika dunia ini kosong (merujuk kepada Sulwesi Selatan), Raja Di Langit, La Patiganna, mengadakan suatu mesyuarat keluaraga dari beberapa kerajaan termasuklah Senrijawa dan Peretiwi dari alam ghaib dan membuat keputusan untuk melantik anak lelakinya yang tertua, La Toge' langi' menjadi Raja Alekawa (Bumi) dan memakai gelaran Batara Guru. La Toge' langi' kemudiannya berkahwin dengan sepupunya We Nyili'timo', anak kepada Guru ri Selleng, Raja alam ghaib. Tetapi sebelum Batara Guru dinobatkan sebagai raja di bumi, beliau harus melalui suatu tempoh ujian selama 40 hari 40 malam. Tidak lama kemudiannya, beliau pun turun ke bumi, dikatakan turun di Ussu', sebuah daerah di Luwu' dan terletak di Teluk Bone. Batara Guru kemudiannya digantikan oleh anaknya, La Tiuleng dengan memakai gelaran Batara Lattu'. Beliau kemudiannya mendapat dua orang anak kembar iaitu Lawe atau La Ma'dukelleng atau Sawerigading (Putera Ware') dan kembarnya, seorang anak perempuan bernama We Tenriyabeng. Kedua-dua kembar itu tidak membesar bersama dan kemudian Sawerigading, yang pada mulanya menganggap bahawa We Tenriyabeng tidak mempunyai hubungan darah dengannya, ingin berkahwin dengannya. Tetapi disebabkan ini adalah suatu larangan, dia meninggalkan Luwu' dan bersumpah tidak akan kembali. Dalam perjalannya ke Kerajaan Cina, beliau telah mengalahkan beberapa pahlawan termasuklah pemerintah Jawa Wolio iaitu Setia Bonga. Sesampainya di Cina, beliau berkahwin dengan Datu Cina iaitu We Cudai.

Sawerigading digambarkan sebagai seorang kapten kapal yang perkasa dan antara tempat yang dilawati beliau ialah Taranate (Ternate di Maluku), Gima (Sama ada Bima atau Sumbawa), Jawa Rilau' dan Jawa Ritengnga (kemungkinan Jawa Timur dan Tengah), Sunra Rilau' dan Sunra Riaja (kemungkinan Sunda Timur dan Sunda Barat) dan Melaka. Beliau juga dikisahkan melawat syurga dan alam ghaib. Pengikut-pengikut Sawerigading terdiri daripada saudara-maranya dari pelbagai rantau dan rombongannya selalu didahului oleh kehadiran tetamu yang pelik seperti orang bunian, orang berkulit hitam dan orang berambut di dada.

Sawerigading adalah ayahanda I La Galigo (gelaran Datunna Kelling). I La Galigo juga seperti ayahandanya, seorang kapten kapal, seorang perantau, pahlawan mahir dan perwira yang tiada tolok bandingan. Beliau mempunyai empat orang isteri yang berasal dari pelbagai negeri. Seperti ayanhandanya, I La Galigo tidak pernah menjadi raja.

Anak lelaki I La Galigo iaitu La Tenritatta' adalah yang terakhir di dalam epik itu untuk dimahkotakan di Luwu'.

Kitaran epik ini merujuk kepada waktu dimana penempatan Bugis berada di persisiran pantai Sulawesi. Ini dibuktikan dengan bentuk setiap kerajaan ketika itu. Penempatan awal ketika itu berpusat di muara sungai dimana kapal-kapal besar boleh melabuh dan pusat pemerintah pula terletak berdekatan dengan muara. Pusat pemerintahan mengandungi istana dan rumah-rumah orang atasan. Berdekatan dengan istana terdapat Rumah Majlis (Baruga) berfungsi untuk tempat bermesyuarat dan tempat menyambut pedagang-pedagang asing. Kehadiran pedagang-pedagang asing amatlaj dialu-alukan di kerajaan Bugis ketika itu. Selepas membayar cukai, barulah pedagang-pedagang asing boleh berniaga. Selalunya, pemerintah berhak berdagang dengan meraka menggunakan sistem barter, diikiuti golongan atasan atau bangsawan dan kemudiannya orang kebanyakkan. Perhubungan antara kerajaan adalah memalui jalan laut dan golongan muda bangsawan selalunya diarah untuk merantau sejauh yang mungkin sebelum memikul sebarang tanggungjawab dan Sawerigading dikatakan sebagai model mereka.

La Galigo di Sulawesi Tengah

Nama Sawerigading I La Galigo cukup terkenal di Sulawesi Tengah. Ini membuktikan bahawa kawsan ini mungkin pernah diperintah oleh kerajaan purba Bugis iaitu Luwu'.

Sawerigading dan anaknya I La Galigo bersama dengan anjing peliharaanya, Buri, pernah merantau melawat lembah Palu yang terletak di pantai barat Sulawesi. Buri, yang digambarkan sebagai seekor binatang yang garang, dikatakan berjaya mengundurkan laut ketika I La Galigo bertengkar dengan Nili Nayo, seorang Ratu Sigi. Akhirnya, lautan berdekatan dengan Loli di Teluk Palu menjadi sebuah tasik iaitu Tasi' Buri' (Tasik Buri).

Berdekatan dengan Donggala pula, terdapat suatu kisah mengenai Sawerigading. Bunga Manila, seorang ratu Makubakulu menjemput Sawerigading bertarung ayam. Akan tetapi, ayam Sawerigading kalah dan ini menyebabkan tercetusnya peperangan. Bunga Manila kemudiannya meminta pertolongan kekandanya yang berada di Luwu'. Sesampainya tentara Luwu', kekanda Bunga Manila mengumumkn bahawa Bunga Manila dan Sawerigading adalah bersaudara dan ini mengakhiri peperangan antara mereka berdua. Walaubagaimanapun, Bunga Manila masih menaruh dendam dan dengan itu mengarahkan anjing beliau, Buri (anjing hitam), untuk mengikuti Sawerigading. Anjing itu menyalak tanpa henti dan ini menyebabkan kesemua tempat mereka lawati menjadi daratan.

Kisah yang lainnya yang terdapat di Donggala ialah I La Galigo dikatakan terlibat dalam laga ayam dengan orang Tawali. Di Biromaru, beliau berlaga ayam dengan Ngginaye atau Nili Nayo. Ayam Nili Nayo dinamakan Calabae manakala lawannya ialah Baka Cimpolo dan ayam I La Galigo kalah dalam perlagaan itu. I La Galigo kemudiannya meminta pertolongan daripada ayahandanya, Sawerigading. Sesampainya Sawerigading, beliau mendapati bahawa Nili Nayo adalah bersaudara dengan I La Galigo, kerana Raja Sigi dan Ganti adalah sekeluarga.

Di Sakidi Selatan pula, watak Sawerigading dan I La Galigo adalah seorang pencetus tamadun dan inovasi.

La Galigo Di Sulawesi Tenggara

Ratu Wolio pertama di Buntung di gelar Wakaka, dimana mengikut lagenda muncul dari buluh (bambu gading). Terdapat juga kisah lain yang menceritakan bahawa Ratu Wolio adalah bersaudara dengan Sawerigading. Satu lagi kisah yang berbeza iaitu Sawerigading sering ke Wolio melawat Wakaka. Beliau tiba dengan kapalnya yang digelar Halmahera dan berlabuh di Teluk Malaoge di Lasalimu.

Di Pulau Muna yang berdekatan, pemerintahnya mengaku bahawa beliau adalah keturunan Sawerigading atau kembarnya We Tenriyabeng. Pemerintah pertama Muna iaitu Belamo Netombule juga dikenali sebagai Zulzaman adalah keturunan Sawerigading. Terdapat juga kisah lain yang mengatakan bahawa pemerintah pertama berasal dari Jawa, kemungkinan dari Majapahit. Permaisurinya bernama Tendiabe. Nama ini mirip dengan nama We Tenyirabeng, nama yang di dalam kisah La Galigo, yang berkahwin dengan Remmangrilangi', bermaksud 'Yang Tinggal Di Syurga'. Terdapat kemungkinan Tendiabe adalah keturunan We Tenyirabeng. Pemerintah kedua, sama ada anak kepada Belamo Netombule atau Tendiabe atau kedua-duanya, bernama La Patola Kagua Bangkeno Fotu.
Manakala nama-nama bagi pemerintah awal di Sulawesi Tenggara adalah mirip dengan nama-nama di Tompoktikka, seperti yang tercatat di dalam La Galigo. Contohnya Baubesi (La Galigo: Urempessi). Antara lainnya ialah Satia Bonga, pemerintah Wolio(La Galigo: Setia Bonga).

La Galigo Di Gorontalo

Lagenda Sawerigading dan kembarnya, Rawe, adalah berkait rapat dengan pembangunan beberapa negeri di kawasan ini. Mengikut lagenda dari kawasan ini, Sarigade, putera Raja Luwu' dari negeri Bugis melawat kembarnya yang telah hidup berasingan dengan ibubapanya. Sarigade datang dengan beberapa armada dan melabuh di tanjung Bayolamilate yang terletak di negeri Padengo. Sarigade mendapat tahu bahawa kembarnya telah berkahwin dengan raja negeri itu iaitu Hulontalangi. Maka, beliau bersama-sama dengan kekanda iparnya bersetuju untuk menyerang beberapa negeri sekitar Teluk Tomini dan membahagikan kawasan-kawasan itu. Serigade memimpin tentera berkeris manakala Hulontalangi memimpin terntera yang menggunakan kelewang. Setelah itu, Sarigade berangkat ke Cina untuk mencari seorang gadis yang cantik dikatakan mirip dengan saudara kembarnya. Setelah berjumpa, beliau terus berkahwin dengannya.
Terdapat juga kisah lain yang menceritakan tentang pertemuan Sawerigading dengan Rawe. Suatu hari, Raja Matoladula terlihat seorang gadis asing di rumah Wadibuhu, pemerintah Padengo. Matoladula kemudiannya berkahwin dengan gadis itu dan akhirnya meneyedari bahawa gadis itu adalh Rawe dari kerajaan Bugis Luwu'. Rawe kemudiannya menggelar Matoladula denhan gelaran Lasandenpapang.

La Galigo Di Malaysia Dan Riau

Kisah Sawerigading cukup terkenal di kalangan keturunan Bugis dan Makasar di Malaysia. Ia dibawa sendiri oleh Bugis yang bermigrasi ke Malaysia. Terdapat juga unusur Melayu dan Arab diserap sama.
Ketika abad 15, Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mansur Syah diserang oleh 'Keraing Semerluki' dari Makassar. Semerluki yang disebut ini berkemungkinan adalah Karaeng Tunilabu ri Suriwa, putera pertama kerajaan Tallo', dimana nama sebenarnya ialah Sumange'rukka' dan beliau berniat untuk menyerang Melaka, Banda dan Manggarai.
Perhubungan yang jelas muncul selepas abad ke 15. Pada tahun 1667, Belanda memaksa pemerintah Goa untuk mengaku kalah dengan menandatangani Perjanjian Bungaya. Dlaam perjuangan ini,Goa dibantu oleh Arung Matoa dari Wajo'. Pada tahun berikutnya, kubu Tosora dimusnahkan oleh Belanda dan sekutunya La Tenritta' Arung Palakka dari Bone. Ini menyebabkan ramai Bugis dan Makassar bermigrasi ke tempat lain. Contohnya, serombongan Bugis tiba Di Selangor dibawah pimpinan Daeng Lakani. Pada tahun 1681, seramai 150 orang Bugis menetap di Kedah. Manakala sekitar abad ke 18, Daeng Matokko' dari Peneki, sebuah daerah di Wajo', menetap di Johor. Sekitar 1714 dan 1716, adik beliau, La Ma'dukelleng, juga ke Johor. La Ma'dukelleng juga digelar sebagai Ketua Lanun oleh Belanda.

Walaubagaimanapun, keturunan Opu Tenriburong memainkan peranan penting dimana mereka membuat penempatan di Kuala Selangor dan Klang keturunan ini juga turut dimahkotakan sebagai Sultan Selangor dan Sultan Johor. Malahan, kelima-lima anak Opu Tenriburong memainkan peranan yang penting dalam sejarah di kawasan ini. Daeng Merewah menjadi Yang Dipertuan Riau, Deang Parani berkahwin dengan puteri-puteri Johor, Kedah dan Selangor dan juga ayanhanda kepada Opu Daeng Kamboja (Yang Dipertuan Riau ke tiga), Opu Daeng Menambun (menjadi Sultan Mempawah dan Matan), Opu Daeng Cella' (berkahwin dengan Sultan Sambas dan keturunannya menjadi raja di sana).

Pada abad ke 19, sebuah teks Melayu iaitu Tuhfat al-Nafis mengandungi cerita-cerita seperti didalam La Galigo. Walaubagaimanapun, terdapat perubahan-perubahan dalam Tuhfat al-Nafis seperti permulaan cerita adalah berasal dari Puteri Balkis, Permaisuri Sheba dan tiada cerita mengenai turunnya keturunan dari langit seperti yang terdapat di dalam La Galigo. Anak perempuannya, Sitti Mallangke', menjadi Ratu Selangi, sempena nama purba bagi pulau Sulawesi dan berkahwin dengan Datu Luwu'. Kisah tidak terdapat dalam La Galigo. Walaubagaimnapun, puteranya iaitu Datu Palinge' berkemungkinan sama dengan watak didalam La Galigo.


Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.