LESAPNYA EMPAT TAN EMAS JOHOR
(Perang Johor dan Jambi 1673-1679)
Tersebutlah kisah, terdapat emas bertan-tan milik sebuah
kerajaan yang kaya dan kuat beberapa ratus tahun dahulu. Lebih kurang 20 tahun
sebelum jatuhnya dinasti Ming, keadaan di selat Melaka mula bergolak kembali
setelah lama berlalu peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan petualangan Iberia.
Ketika itu Maharaja Moghul sedang sibuk membelek pelan pembinaan Taj Mahal yang
dibina untuk isteri tercinta. Walaupun gemilangnya Melaka sudah lama sirna,
namun kegemilangan emporium Melayu tersebut telah disambung semula oleh sebuah
lagi kuasa Melayu di selatan semenanjung, di sebuah negara yang bersinar bak
Jauhar dari Golkonda.
Pada kurun ke 17 berlaku lah sengketa antara dua kerajaan
Melayu yakni Jambi dan Johor. Johor nak tuntut balik wilayah Tungkal yang
asalnya milik Johor daripada kerajaan Jambi pada tahun 1629. Namun Sultan
Pangiran Jambi buat bodoh saje sebab wilayah itu dah dihadiah pada bininya.
Akibatnya pada tahun 1655 Johor menghasut orang-orang Tungkal untuk
memberontak. Maka si Pengiran Jambi pon rasa tak senang duduk, tetapi penduduk
Tungkal tetap mahu berada dibawah Sultan Johor dan keluar dari jajahan Jambi.
Bagi menyelesaikan masalah, pada tahun 1659 diadakanlah
perdamaian melalui perkahwinan yakni diantara puteri Pangiran Ratu Jambi dengan
Raja Muda Johor. Namun perdamaian tak bertahan lama. Sementara itu di Johor
lain pula ceritanya. Sultan Abdul Jalil Shah III diselubungi dengan pelbagai
kerisauan. Baginda takut jika Raja Muda Bajau akan menggunakan Jambi untuk
rampas takhta Johor dan baginda juga risau kalau Jambi mintak bantuan Mataram
untuk serang Johor.
Raja Muda Bajau kemudian balik ke Johor pada bulan september
1660. Beliau janji akan balik semula ke Jambi untuk jemput bininya bila dah
siap bina rumah di Johor. Sultan Abdul Jalil Shah lll yang tahu keadaan ini
mula ambil peluang maklumkan pada Jambi pada tahun 1663 bahawa demi keselamatan
maka bini Raja Muda tak dibenarkan datang ke Johor. Pada masa yang sama Raja
Muda Bajau pulak dikata telah bertunang dengan anak Laksamana Tun Abdul Jamil.
Maka maroh lah Pangiran Jambi lalu dia menuntut agar Raja Muda menceraikan
bininya di Jambi atau datang untuk jemputnya ke Johor.
Persengketaan ini bukan hanya sengketa politik tetapi juga
melibatkan ekonomi perdagangan di Selat Melaka. Dua buah kerajaan Melayu ini
adalah kerajaan perdagangan antarabangsa yang pesat. Sumber kekuatan maritim
dua kerajaan ini adalah daripada ‘mengkong’ laut mereka atau Orang Laut yang
telah berkhidmat kepada kerajaan-kerajaan Melayu di Selat Melaka sejak dari
zaman Srivijaya sehinggalah Melaka jatuh ke tangan Portugis. Kekuatan armada
laut Johor dibantu oleh Orang Laut sekitar perairan Johor dan Kepulauan
Riau-Lingga manakala Jambi mendapat sokongan Orang Laut dari perairan sekitar
Jambi.
Sengketa yang berlanjutan diantara Jambi dan Johor telah
membimbangkan orang Belanda. Sebab hal ini beri kesan kepada aktiviti
perdagangan di Selat Melaka. Selain itu Belanda juga nak jaga hubungannya
dengan Jambi untuk pastikan bekalan Lada dari Jambi tak putus. Disebabkan hal
ini Belanda kononnya pilih jalan tengah iaitu untuk mendamaikan kedua-dua
pihak. Namun pada pendapat koi, campurtangan Belanda dalam hal ini ada motif
tersirat yang licik. Dapat dilihat kemudiannya kemuncak daripada sengketa
diantara Melayu ini telah memberikan keuntungan kepada Belanda.
Belanda makin tak senang bila mereka dapat maklumat di Batu
Pahat ande kira-kira 600 buah kapal perang Johor yang berlabuh. Mereka juga
dapat berita beberapa bulan kemudian ada 5 buah kapal perang serta dua ribu
orang perajurit Johor sedang bersiap siaga di pulau Lingga. Maka Belanda hantor
lah wakilnya ke Johor untuk berbincang dan mencari jalan supaya perniagaan Lada
diantara Belanda dengan Jambi tidak terganggu. Namun mereka gagal. Pada 30
November 1666 sekali lagi Belanda hatar wakil ke Johor untuk bincang dan
mencari jalan damai antara Jambi dengan Johor namun tetap tak berjaya.
Akibatnya pada bulan Mei 1667, Johor dengan Palembang pergi
serang Kuala Jambi dengan tujuh buah kapal perang dan membakor kawasan
tersebut. Laksamana Tun Abdul Jamil kemudiannya turut mengepalai armadanya yang
terdiri daripada 50 buah perahu perang untuk menyerang Jambi. Hal ini
berlarutan apabila Jambi beberapa tahun kemudian bertindak balas dengan
menyerang dua buah jajahan Johor iaitu Tungkal dan Inderagiri pada bulan Ogos
1670. Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Johor dan angkatan Laksamana
Tun Abdul Jamil datang menyerang Jambi semula.
Serangan dilakukan oleh Johor menyebabkan Pangiran Dipati
Anum berang dan bersumpah untuk serang Johor. Akhirnya masa kelat dan masam
Johor tiba jua. Armada Jambi yang dipimpin oleh Pangiran Dipati Anum
melancarkan serangan besar-besaran pada tahun 1673 terhadap Johor. Angkatan
Jambi bukan sendirian tetapi dibantu oleh Belanda, Palembang serta petualang
Bugis yakni Daeng Mangika. Serangan mengejut ini berjaya memusnahkan kota Johor
Lama. Nah, kat sini kita dapat tengok yang Belanda main peranan jahatnya, talam
dua muka. Malah Daeng Mangika juga sama licik. Sebelum ni dalam perang 1667
beliau memihak kepada Johor, tapi dalam perang besar ini beliau memihak kepada
Jambi pula.
Di sinilah bermulanya penjarahan yang besar dalam sejarah
peperangan kerajaan Johor di Semenanjung sejak serangan Chola terhadap Kedah
Tua yang membawa balik gerbang-gerbang bertatah emas permata. Malah penjarahan
yang berlaku di Johor ini juga barangkali hampir sama hebat dengan apa yang
dilakukan oleh Portugis terhadap Kota Melaka kurang lebih seratus lima puluh
tahun lalu. Jambi berjaya menjarah banyak harta benda daripada Johor. Andaya
menyebut diantara jumlah harta rampasan yang berjaya dibawa balik Jambi dan
sekutunya adalah:
• 95 pucuk meriam besi
• 140 buah kapal.
• Tawanan perang seramai 1268 orang.
• Pelbagai jenis senjata api berupa istinggar, pemuras, lela
dan lain-lain.
• DAN EMPAT TAN EMAS.
Anda bayangkanlah betapa kayanya kerajaan Johor ketika itu.
Saya pasti emas-emas berkenaan bukan sahaja dapat daripada istana sultan tetapi
juga dirampas daripada para pembesar, orang-orang kaya, para pedagang serta
rakyat kota Johor Lama. Jika ditukar kepada nilai emas kini ianya lebih kurang
RM 645,206,524.80. Lebih daripada setengah billion nilai emas yang dirampas dari
Johor Lama. Kita perlu ingat, ini adalah nilai kekayaan lebih kurang 500 tahun
lepas. Kalau tahun 1950-an harga Nasi Lemak pon main satu dua sen je, anda
bayangkanlah kalau anda ada beratus juta pada tahun 1673, tak ke banyak tu?
Pada zaman tu nilai emas tersebut adalah sangat-sangat besar berbanding zaman
sekarang. (zaman sekarang 2 billion pun macam sikit rasanya).
Kekalahan teruk Johor kepada Jambi pada tahun 1673 ini
bukanlah pengakhiran bagi Kesultanan Melayu Johor. Walaupun empat tan emas
Johor dirampas oleh Jambi namun peliknya Johor mampu bangkit semula beberapa
tahun kemudian dan mampu siapkan kelengkapan perang yang lebih besor untuk
balas serangan pada Jambi. Mungkin emas empat tan tu hanya sebahagian kecil
daripada simpanan emas milik Johor dan selebihnya berjaya dibawa lari oleh
Sultan Johor sebelum dirampas Jambi. Berkemungkinan dengan baki emas dan
kekayaan yang lain tersebut lah maka Johor mampu bangkit semula.
Serangan pada tahun 1679 adalah serangan terbesar yang
dilancarkan oleh Johor pada Jambi. Johor telah kumpul kekuatan besar iaitu
sebanyak 300 buah kapal perang untuk serang Jambi. Angkatan ini diketuai oleh
Laksamana Tun Abdul Jamil. Dalam serangan ini Johor dibantu oleh Palembang dan
orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Mangika yang telah bertukar pihak dan
bersekutu dengan Johor pula akibat berselisih faham dengan Pangiran Jambi.
Manakala pasukan Jambi telah dapat bantuan si Belanda bedebah. Pihak Belanda
telah beri persenjataan dan dana untuk Jambi. Dalam serangan itu Jambi berjaya
dikalahkan dan dipaksa untuk bayar ganti rugi atas serangannya terhadap Johor
Lama pada tahun 1673.
Jambi dipaksa untuk bayar sebanyak 10 000 rijksdaalders
kepada Johor. Selain itu Jambi juga diarah untuk kembalikan semula jumlah emas
4 tan yang telah dirampas mereka dalam perang 1673. Tapinya kerajaan Jambi tak
mampu nak penuhi permintaan itu dan sebagai pendahuluan Pangiran Jambi telah
berikan dua pucuk meriam besi, tiga kati emas dan duit sebanyak 3000
rijksdaalders, selain daripada membebaskan tawanan yang dibawa dari Johor dalam
perang 1673 dulu.
Kejayaan ini telah berjaya memulihkan maruah Johor yang
dikalahkan oleh Jambi sebelum ini. Namun sengketa diantara Melayu dengan Melayu
ini akhirnya merugikan kedua-dua belah pihak. Selama 14 tahun rakyat Johor dan
Jambi tidak aman akibat pertelingkahan. Sejarah mencatatkan pada waktu akan
datang, betapa kedua-dua kerajaan ini menerima padah daripada persengketaan
ini.
~ASJ~
Sumber dipetik:
• Mohd Akbal bin Abdullah dan Abdullah bin Sulaiman,
Pemelayuan: Pengalaman Etnik Bugis di Johor Berdasarkan Naskah-Naskah Sejarah
Tradisional Melayu Johor, Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Komunikasi Kolej
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja,Batu Pahat, Johor.
• Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Malaysia – Indonesia Dalam
Sejarah: Liku-Liku Hubungan Serumpun Sehingga Kurun Ke-19, Jabatan Sejarah
university Malaya Kuala Lumpur.
• Ahmad Jelani Halimi, Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.
• Barbara Watson Andaya, To Live As Brothers: Southeast
Sumatra in the Seventeenth and Eighteenth Centuries, Honolulu: University of
Hawaii Press, 1993.
• Fachruddin Saudagar, Perang Jambi-Johor, kertas kerja dari
Arkib Negara Malaysia, 2004.
cara menaip ni macam orang pahang je. hm hm
ReplyDelete