Pengiran Indera Mahkota |
Dalam masa pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin I, 2 orang
anak Pg. Indera Mahkota Pengiran Sulaiman Bin Pg. Abdul Rahman Bin Pengiran
Temanggong Dakula Pg. Abdul Rauf Ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin, telah
melarikan diri ke Sambas kerana merajuk yang bernama Pg. Serail Dan Pg.
Sharifuddin. Kabarnya, peristiwa ini berlaku kerana suatu perselisihan faham di
antara mereka dengan pihak Sultan Omar Ali Saifuddin I mengenai pertunangan di
antara Pg. Serail dengan Pg. Anak Saleha binti Pg. Pemancha Pg. Kassim yang
telah PUTUS kerana di rebut oleh Pg. Muda Muhammad Kanzul Alam (Sultan Muhammad
Kanzul Alam). Pg. Anak Saleha ini bondanya, Pg. Isteri Pengiran Anak Puteri
Bungsu binti Sultan Husain Kamaluddin. Dia menjadi puteri tiri kepada Sultan
Omar Ali Saifuddin I (sesudah Pg. Pemancha Pg. Kassim Mangkat).
Di Sambas, mereka berdua dipelihara oleh Sultan Omar
Aqmaddin, Sultan Sambas dan dijadikan menantu. Pg. Serail dikahwinkan dengan
puteri baginda, Radin Fatimah, dan bergelar Pg. Kesuma Ningrat Pg. Serail dan
Pg. Sharifuddin di kahwinkan juga dengan puteri baginda, Puteri Kenchana, dan
bergelar Pg. Sharmayuda Pg. Sharifuddin. Maka beranakkan Pg. Shahbandar Sahibol
Bandar Pg. Muhammad Salleh.
Pada masa kecilnya, beliau telah di sekolahkan di Betawi
(Jakarta) oleh ayahnya dengan bantuan Gabenor Belanda. Setelah menamatkan
pengajian, beliau meneruskan pelajarannya ke Negeri Belanda, tetapi
pengesahannya itu belum di dapati dan walau bagaimanapun, beliau diakui sebagai
seorang cendekiawan ulung. Pada tahun 1820, tatkala Sultan Muhammad Kanzul Alam
Memerintah, beliau di panggil balik ke Berunai dan di kurniakan gelaran Pg.
Indera Mahkota dan pada 1824 menjadi gabenor Sarawak. Pemergiannya di ikuti
oleh, Pg. Anak Muhammad Yusuf Ibni Sultan Muhammad Tajuddin.
Pada 1826, Sultan Muhammad Kanzul Alam JAHAT NYAWA, anakda
baginda Pg Muhammad Alam, Mengambil Kuasa Memerintah dengan menamakan dirinya
Sultan Muhammad Alam. Pemerintahan baginda Sangat KERAS dan Baginda Lindung
Pada 1828, dan digantikan Oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II. Pada tahun 1841,
Sarawak Di Perintah Keluarga Brooke (1841-1946) Rajah Sarawak, gara- gara
perjanjian yang dibuat antara Pg. Muda Hashim dengan James Brooke, yang mana
mengambil kuasa pemerintahan Sarawak daripada beliau sedangkan lantikan beliau
sebagai gabenor belum di batalkan, tiba-tiba ada orang yang dilantik
mengantikannya dan Pg. Indera Mahkota pun mengundurkan diri dari Sarawak
berangkat Kesuatu tempat Bernana Batang Lupar Bersama-sama Sahabatnya Sharif
Shahab dan terus pergi menjelajah di pesisir Pantai Sarawak yang mengarah ke
Laut China Selatan dan akhirnya beliau bermastautin di Mukah.
Pada tahun 1845, Sultan Omar Ali Saifuddin II telah melantik
menantunya Pg. Anak Abdul Momin menjadi pembantu baginda menjalankan
pemerintanan Berunai dan atas nama sultan, beliau pun menghantar satu utusan
untuk menjunjong Pg. Indera Mahkota, pulang. Dalam masa pelayarannya, Pg.
Indera Mahkota Mengarang Syair Rakis dan setelah beberapa bulan di Berunai,
syair itu pun siap dan di persembahkan kehadapan majlis Sultan Omar Ali
Saifuddin II dan Pg. Abdul Momin sebagai Aluan. Pada 1852, Sultan Omar Ali
Saifuddin II Lindong, dan di gantikan oleh, Pg. Anak Abdul Momin, menjadi
Sultan Abdul Momin, maka kedudukan Pg. Indera Mahkota menjadi kukuh dan
dikurniakan gelaran menjadi Pengiran Sahbandar Sahibol Bandar dan pengaruh
Syair Rakisnya juga semakin meluas penyibarannya.
Boleh dikatakan semua rakyat Negeri Berunai menerima Baik
cadangan yang dihadapkan oleh Pg. Shahbandar di dalan Syair Rakisnya itu,
terutama sekali berhubung mendirikan sekolah-sekolah, ada juga yang menghalang
secara tidak langsung maksud perkenan Sultan terhadap Syair Rakis Itu dan
menentang hasrat Pg. Shahbandar Pg. Muhammad Salleh yang Jujur itu.
Dengan keadaan yang demikian terjadilah cadangan untuk menentang
beliau dan akhirnya mereka membuat satu angkatan dengan mengadakan penderhakaan
yang berpura-pura di Limbang yang senghaja diatur semata-mata untuk tipu
muslihat sahaja.
Berita penderhakaan itu di sembahkan kepada Sultan Abdul
Momin,maka pihak yang mencadangkan penderhakaan itu terus mencadangkan supaya
Pg. Shahbandar ini menjadi Ketua angkatan untuk melanggar Penderhakaan itu.
Sultan Abdul Momin tidak menyedari akan tipu muslihat ini, baginda setuju
sahaja.
Yang sebenarnya, Pengiran Temenggong Abdul Raup dan Pengiran Temanggong Abdul Mendaut dan orang-orang yang menjadi askar didalam angkatan ini memeng senghaja mengaturkan untuk MEMBUNUH Pg. Shahbandar itu. Apabila sampai di suatu tempat bernama Lubai, maka salah seorang dari anak perahu itu mencabut pengakapan perahu itu dan perahu itu karam.
Maka pada waktu itulah orang yang didalam perahu itu menyampaikan maksudnya melemaskan Pg. Shahbandar Muhamad Salleh, seorang yang kebal dan kuat itu sampai mangkat. Layuan beliau dibawa balik ke Negeri Berunai dan di makamkan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam, Mukim Kianggeh, Jalan Residency, pada tahun 1858M/1275H. Kemangkatan beliau adalah manjadi suatu kehilangan besar pada Negeri Berunai.
Sungguhpun nyawanya dihapuskan, tetapi semangatnya yang cintakan bangsa dan tanahair masih tetap tinggal menjadi pusaka bangsa, dan Syair Rakis inilah menjadi Pusaka peninggalanya yang akan tetap menjadi kenangan kepada jasa beliau yang gemilang terhadap seluruh rakyat Negeri Berunai.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmatNys kepada Al-Marhum
Yang Amat Mulia Pengiran Shahbandar Sahibol Bandar Pengiran Muhammad Salleh,
kesateria yang berjasa ini, AMIN. |
No comments:
Post a Comment