Tuesday, 9 January 2018

Perang Padas Damit 1888 : Satu Persoalan Siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? - Kumis Kumis








Mohon Izin : (Perang Padas Damit 1888 : Satu Persoalan Siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? ) (Kok Yun Lim dan Pengiran Suheirman PS) Perang Padas Damit merupakan satu Peperangan yg agak kompleks bagi pihak SBBUB disebabkan Sultan Brunei dan Treacher telah bersetuju untuk menyerahkan Daerah Padas-Klias kepada pihak kompeni dengan bayaran tahunan sebanyak $150 setahun pada 5.11.1884. 

Pemerintah Padas Damit adalah Pengiran Shahbandar yg mewakili pemiliknya Babu Fatimah yg mendapat Sungai Tulin Padas Damit sebagai berian oleh Sultan Brunei. Apabila pegawai kompeni cuba mengambil alih kawasan yg baru mereka dapat ini, tiba tiba di bantah oleh Pengiran Shahbandar bahawa tebing Sungai sebelah kanan Sungai Padas adalah sempadan Sungai Tulin Padas Damit. 

Berlaku juga salah faham antara Ketua ketua Masyarakat Padas Klias apabila Pengiran Shahbandar turun ikut campur segala urusan yg melibatkan kawasan Padas Klias. Pihak kompeni pula enggan berunding dgn Pengiran Shahbandar dan dengan Segera memohon campur tangan Sultan untuk menyelesaikan masalah ini atas dasar syarat syarat perjanjian 5.11.1884. 

Salah faham ini berlanjutan selama 2 tahun sehingga satu dokumen bertarikh 1.2.1887 Dikeluarkan oleh Kerajaan Brunei menyatakan bahawa penyerahan kawasan Padas Klias pada 5.11.1884 adalah sah dan menyatakan ada beberapa bayaran kepada beberapa Pengiran pemilik / pentadbir beberapa Sungai tulin belum Di bayar dan memohon ehsan pihak kompeni untuk membantu menjelaskan bayaran yg dituntut oleh pemilik dan pentadbir Sungai tulin. P

engiran Shahbandar membantah keputusan Kerajaan Brunei dan menuntut haknya sebagai pentadbir Sungai Tulin Padas Damit. Dalam satu kejadian dimana sebanyak tiga kali ketua ketua masyarakat Padas Klias menanam tanda sempadan kawasan dan tiga kali juga Pengiran Shahbandar dan orang orangnya memusnahkan tanda sempadan tersebut. Ketua ketua masyarakat dan rakyat tulin yg memindahkan kesetiaan mereka kepada pihak kompeni dan berpindah masuk kedalam sempadan kompeni sentiasa diserang dan dibunuh oleh orang orang bersenjata Pengiran Shahbandar termasuk Pasukan polis peribadi dan para pengikutnya.. Serangan terhadap ketua ketua masyarakat Padas Klias yg tidak setia akan di buat secara terang terangan Di waktu siang hari sehingga banyak rumah dan Harta benda musnah. Beberapa percubaan untuk mencari perdamaian antara ketua masyarakat dgn Pengiran Shahbandar tidak berjaya. 

Peperangan sempadan berlaku dan berlarutan dengan pelbagai aduan Di buat kepada pihak kompeni. Perang sempadan ini membuka ruang kepada penjenayah untuk mengambil peluang sehinggalah ada satu kejadian kes bunuh abang sendiri oleh pekerja kompeni yg bernama Patek lari dari kawasan kompeni dan meminta perlindungan kepada Pengiran Shahbandar. Pengiran Shahbandar Di sokong oleh Charles Brooke yg turut membantah penyerahan Sungai tulin Padas Damit. Pihak kompeni memohon beberapa kali untuk menyerahkan Patek kepada pihak kompeni tetapi Pengiran Shahbandar menolak permintaan kompeni. 

Masalah Padas Damit ini berlarutan sehingga ke Pejabat Luar Kerajaan British atas sebab kes ini melibatkan kuasa kuasa yg Di luar bidang kuasa Kompeni. Pejabat Luar British enggan ikut campur dalam masalah perang sempadan ini. Apabila semua cara cara melalui proses yg sewajarnya antara pejabat luar dan Sultan gagal maka pihak kompeni mengambil keputusan untuk menghantar orang yg bertanggung jawab terhadap kawasan Padas Klias untuk menuntut agar Patek menyerahkan diri dan jika gagal maka kompeni telah membuat keputusan akan menangkap Patek dengan bantuan Polis. Sebenarnya apabila pihak kompeni cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah perang sempadan dan isu perlindungan seorang penjenayah, Pengiran Shahbandar pula secara diam selama beberapa bulan itu sibuk mengumpul senjata dan membuat kubu.

 Pada 8.12.1888 En Daly dan Kapten R D Beeston dengan Pasukan polis menuju ke rumah penjenayah yg bernama Patek Di kawasan Padas Damit. Di dalam perjalanan menuju Padas Damit Pasukan polis kompeni di serang hendap oleh 150 orang orang Pengiran Shahbandar dengan keadaan yg agak sukar pihak polis kompeni terpaksa mengundurkan diri. Serangan Pengiran Shahbandar itu adalah tanda Bermulanya perang Padas Damit yg rumit selama 4 bulan sehingga berakhir dengan kubu galela milik pengiran Shahbandar berjaya ditawan pada 10.3.1889 Di mana 7 orang polis terbunuh dan 42 orang orang pengiran Shahbandar cedera atau terbunuh. 

Selepas kubu tersebut ditawan keesokan harinya pihak kompeni membawa pengiran Shahbandar berunding mencari perdamaian dengan meletakan beberapa syarat antaranya seorang penjenayah bernama Patek diserahkan kembali kepada pihak polis dan Sungai tulin Padas Damit diserahkan kepada pihak kompeni dengan bayaran tahunan. Perang Padas Damit merupakan perang kompeni yg Pertama kali dan berhadapan dengan pemimpin tempatan borneo Utara yg sebenarnya boleh dielak jika pihak kompeni dari awal lagi mengambil kira permintaan Pengiran Shahbandar. Buat Pertama kali nya pihak kompeni menambah Anggota Polis sebanyak 300 orang lengkap dengan senjata mendarat Di Labuan . 

Perang Padas Damit adalah cara kompeni menunjukkan kepada masyarakat pribumi kesungguhan pihak kompeni untuk melindungi Anggota Polisnya serta menuntut hak mereka seperti yg termaktub dalam perjanjian 1884. Padas Damit akhirnya diserahkan kepada kompeni oleh Pengiran Shahbandar Bahar Bin Pengiran Anak Ismail dalam perjanjian bertarikh 1.3.1889 serta 2.3.1889 bersama Gabenor Charles Vandelor Creagh dengan bayaran $330.00 setahun termasuk hutang kompeni kepada Pengiran Shahbandar selama 2 tahun bercampur bunga sebanyak $100.00 serta 5 % setahun berjumlah $733.50.. 

Pihak kompeni juga setuju membayar Pengiran Shahbandar Wang sara-hidup sebanyak $2130.00 setahun dan jika beliau sudah tiada warisnya akan Di bayar $1065.00 setahun. Pihak kompeni setuju memberi Wang pendahuluan sebanyak $2130.00 kepada Pengiran Shahbandar. Perjanjian ini juga ditandatangani oleh Sultan dan Babu Fatimah. Persoalannya disini memandangkan Pengiran Shahbandar Bahar ibni Pengiran Anak Damit @Pengiran Anak Ismael yg menandatangani perjanjian dengan pihak kompeni maka penulis ingin bertanya kepada semua pembaca yg budiman siapakah Pengiran Shahbandar Hassan?? Adakah pihak kompeni tersilap bahawa pengiran Hassan sebenarnya Pengiran Bahar??.. Mari kita bincang bincang sejarah.... 

Penulis : Kumis Kumis , Sumber Owen Rutter, K G Tregonning, Prof Ranjit Singh dan perjanjian SBBUB dengan Pengiran Shahbandar Bahar pemerintah Sungai Tulin Padas Damit bagi pihak Babu Fatimah.. Gambar George Woolley dan kredit kepada Muzium Negeri Sabah.

5 comments:

  1. Cuba lihat original treaty Pada Damit.. nama siapa yg tertulis sebagai penandatangan?

    ReplyDelete
  2. Pangeran Shahbandar Bahar Bin Pangeran Anak Ismail

    ReplyDelete
  3. Perancangan pg shahbandar bahar dlm mengatur strategik menghadapi musuh amat licik sehigga dlm fikiran akal saya pengiran shahbandar hassan itu lah jua pg shahbandar bahar..

    ReplyDelete
  4. Klu Tidak Silap Nama Dia Sebenar Panglima Hassan. Nama Penuh Diberi Gelaran Panglima Shah Bandar Hassan. Dan Anak Dia.

    Khasanuddin
    Pagkon
    Manggi
    Paid
    Sandukung

    ReplyDelete
  5. Wallah U'alam itu cerita sya share sama ada sahih ataupun tidk maaf admin jika saya tersilap.

    ReplyDelete