Mohon
Izin : Perang Si Gunting Pahlawan Dusun Kota Marudu 1894-1905. (Galap
Tambuakar) Pada tahun 1894 suku kaum Dusun dari Mumus yang tinggal di kawasan bukit
Kota Marudu diketuai oleh seorang Pahlawan bernama Si Gunting mula memberontak
terhadap pihak SBBUB untuk memperjuangkan dan mengekalkan adat budaya suku kaum
Dusun yg diamalkan turun temurun.
Seorang
Kerani SBBUB dan 7 orang polis terbunuh di mana Tuan Residen R.M. Little nyaris
sempat menyelamatkan nyawanya dalam serangan pusat pentadbiran kompeni di Serinsim.
Menurut maklumat yg di kumpul beberapa tahun kemudian ternyata Si Gunting
mempunyai masalah dengan Kerani SBBUB dan anggota Polis yg menjaga ditempatnya
. Si Gunting mengadu masalah beliau kepada Ketua Anak Negeri yg bernama Datoh
Undok. Dalam laporan Datoh Undok kepada tuan Residen pula mengatakan orang yg
sebenarnya bersalah adalah Si Gunting yg sepatutnya tahu menyelesaikan masalah
yg timbul dikawasannya .
Menurut
catatan lisan pula seorang kerani SBBUB ingin mengahwini seorang gadis Dusun
tapi tidak mahu membayar berian serta sogit yg mengikut adat budaya dusun. Hal
seperti ini melibatkan soal adat suku peribumi yg tidak di ambil kira oleh
Kerani SBBUB dan pihak polis waktu itu.
Pada
bulan May 1894, kapten Barnett membawa angkatan perang SBBUB ke kawasan suku
dusun di Mumus dimana berlaku peperangan tapi tidak di tentang bersungguh sungguh oleh suku dusun dan tidak
begitu mencapai matlamatnya kerana Si Gunting berjaya berundur ke satu tempat
bernama Sayap di Tempasuk. Isteri Si Gunting yg ketika itu sedang sakit
ditinggalkannya di Mumus. Menurut catatan WH Hasting beliau pernah membuat ubat
buat isteri Si Gunting. Pada 2hb Jun 1894 tuan A R Dunlop mengetuai 30 orang anggota
dibantu oleh 50 orang lagi yang yg dipimpin pula oleh Tuan WH Hastings dan Tuan
G.Ormsby. Mereka mengetuai serangan terhadap kubu Si Gunting di Sayap Daerah
Tempasuk. Mereka menaiki kubu Si Gunting di sayap yg terletak di atas bukit yg
tinggi nya lebih kurang 200 kaki dari paras Sungai Wariu dikelilingi dengan
perangkap samar. Bunyi Gong dan gendang kedengaran dari arah kubu tersebut..
Kubu
Si Gunting ternyata Amat strategik. Anggota SBBUB teragak agak untuk menyerang
dan mengarahkan anggota lain supaya bertahan di tepi Sungai sebelah belakang
tetapi arahan tersebut disalah erti kan lalu anggota SBBUB dari kumpulan
belakang dan cuba merempuh kubu Si Gunting tetapi terpaksa bersembunyi di
belakang pokok apabila pasukan pemberontak Si Gunting menembak ke arah mereka
dengan senjata serta menjatuhkan banyak batu dari atas bukit. Mr Hasting dengan
separuh anggotanya cedera dan ramai yg luka kaki terkena perangkap yg dikenali
sebagai "Sudah". Seorang terbunuh dan seorang cedera parah terhadap
pasukan yg dipimpin oleh Tuan Dunlop dalam serangan tadi beliau terpaksa dalam
posisi bertahan. Sementara itu Kapten Barnett pula cedera di kepala terkena
tembakan dengan banyak pendarahan yg kemudian Di hentikan oleh seorang yg
bernama Durahman. Tanpa putus asa Kapten Barnett membuat keputusan menyerang
lagi dari arah berlainan dan kali ini berjaya membunuh 7 orang pahlawan dusun
dan seterusnya menawan kubu dan Kampung sayap dimana ketua Kampungnya menyerah
diri.
Malangnya
buat pihak kompeni Si Gunting hilang dan mereka gagal menangkapnya sekali lagi.
Selepas Peperangan Di Sayap selesai Kapten Barnett membawa beberapa ketua
tempatan dan masyarakat ke Sandakan serta diberikan layanan baik dan didedahkan
kepada sistem pentadbiran dan agenda pembangunan kompeni dalam jangka panjang.
Pihak
kompeni sebenarnya takut sekiranya Si Gunting dengan pasukannya bergabung
dengan Mat Salleh pada tahun 1896 yang ketika itu juga turut memberontak.
Setelah
beberapa tahun membuat serangan gerila Si Gunting membuat keputusan berjumpa
dengan tuan ABC Francis dan memberi tahu rancangan Datoh Undok yg ingin
menyerang pusat pentadbiran kompeni di Timbang Batu dan niat beliau mahu
membunuh Pegawai Daerah.
Atas
jasanya tersebut maka Si Gunting di ampun kan dan di lantik menjadi ketua
masyarakat sehingga akhir hayat nya. . . . ...Penulis : Kumis Kumis ( Sejarah Sabah
North Borneo) Sumber : Owen Rutter dan Tregonning. Sumber gambar : George Woolley ehsan
Muzium Negeri Sabah
Pounsikou toguumu...
ReplyDeletebole tau ka keberadaan keturunan pahlawan sigunting
ReplyDeleteSobunting @ Si Gunting..Hanya ada seorang anak lelaki bernama Balagu/Balago. Bapanya Sobunting meninggal ketika ia masih kecil. Kemudian ibunya berkahwin dgn Mousid...dan membesarkan Balagu.. Balagu berkahwin dengan Longkihai dan memberanakkan Duraim Bin Balagu(lelaki) dan Matangin Bte Balagu. Kedua-duanya masih hidup sekarang 2023.. Balagu adalah sepupu Sekali datuk saya Yakim Bin Indon...Duraim dan Matangin sepupu kedua bapa saya Umboris Yakim.
ReplyDeleteboleh tau siapa nama isteri Aki Sagunting di Mumus (Serinsim) Kota Marudu
ReplyDelete