Sunday, 7 January 2018

Sejarah Putatan di Zaman Datu Menteri Babu








Mohon Izin - (Sejarah Putatan Di Zaman Datu Menteri Babu) 

Daerah Penampang dikatakan tidak berpenghuni di abad yg ke 17. Cuma ada sebuah perkampungan Brunei di Kinarut di mana Sultan Hakkul Mubin, yg memerintah Brunei dari tahun 1660-1673, pernah menjadikan Kampung tersebut sebagai tempat tinggal dan kubu pertahanannya (Maxwell, 2001). Satu tindakan yg dikatakan di rancang oleh Sultan Muhyiddin yg memerintah Brunei dari tahun 1673-1690 selepas Peperangan Kinarut , menyebabkan ramai suku kaum Orang Laut (Bajau) Kinarut berpindah ke Putatan dan Kawang.

(Dalrymple, 1767) yg melawat Sabah pada tahun 1762-1763 mendapati suku kaum Kadazan dusun (idaan) wujud hanya di Tuaran dan di Papar tetapi tidak menyebutkan suku kaum kadazandusun Putatan. (Forrest, 1779) yg melawat Sabah pada tahun 1776 mengatakan belum ada kewujudan suku kaum kadazandusun tetapi kaum China sudah mula tinggal dan menetap di Putatan menanam tanaman lada putih. 

Seratus tahun kemudian (Von Donop, 1883) mencatatkan ada tinggalan kesan tanaman lada putih oleh penduduk suku kaum China tetapi atas sebab dikenakan bayaran cukai yg agak tinggi oleh Rajah kawasan ini dan dibenarkan oleh Sultan Brunei maka ramai suku kaum China berpindah keluar dari Putatan. Pada masa inilah kemunculan suku kaum kadazandusun ke Daerah Penampang. Menteri Babu dikatakan berasal dari suku kaum Bangkaakon. 

Nenek moyang Menteri Babu berasal dari Sungai Kawanan dekat Nunuk Ragang berhijrah ke Penampang. Suku kaum Bangkaakon menetap di kawasan dataran dari Moyog (Babagon) sehinggalah di kawasan Utara Bantayan. Inanam dan Kionsom pada masa itu didiami oleh suku kaum Tobilung dan suku kaum Tanggara berhijrah ke selatan Moyog hampir dengan Putatan (Shim, 2000). Menteri Babu merupakan seorang tokoh yg terkenal dan berpengaruh di Penampang di abad yg ke 19. Apa yg menarik adalah Menteri Babu merupakan seorang wanita yg memimpin kaumnya Di zaman pergolakan, zaman Perubahan pemerintahan iaitu zaman pemerintahan Brunei dan zaman pemerintahan British. Serta zaman pemberontakan. Menteri Babu dikatakan sudah lahir pada tahun 1815 sama dengan pahlawan Tanggara yg hebat bernama Monsopiad . 

Menteri Babu tinggal Di beberapa buah Kampung yg utama adalah Kampung Guunsing tapi rekod British mengatakan beliau tinggal di Kampung terawi. Menurut catatan pihak British Menteri Babu sebenarnya bernama Si Limpay. Suami beliau sudah meninggal dunia dan Menteri Babu adalah seorang yg kaya sambil mempunyai tanah sawah padi yg luas serta rumah yg tercantik. Beliau dikatakan menetap di Terawi. Governor Mr Wheatley setelah mendapat Sungai tulin Putatan pada tahun 1884, telah mengurniakan jawatan Menteri Babu kepada Si Limpay pada 9.5.1884. Menteri Babu juga Di lantik sebagai Native Chief dengan gaji $5.00 sebulan. Ada 5 orang Native Chief Di Putatan ketika itu selain dari Menteri Babu iaitu Datu Setia, Datu Panglima, Datu Maharajalela dan Datu Perkasa. 

Setiap Native Chief selain mendapat gaji layak menerima 1/5 dari jumlah poll tax yg dikutip. Pada tahun 1893 menteri babu memperbaiki rumahnya dan pada bulan March 1900 beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia pada 1.1.1901. 

Suami Menteri Babu pula ada Legendanya sendiri dimana beliau dikatakan orang yg berjaya mendapat Mutiara dari seekor Naga yg waktu itu hidup Di kawasan Laut antara Pulau Gaya dan Putatan. Legenda ini cuma segelintir orang Penampang saja yg tahu. Mutiara tersebut sebesar telur angsa. Selepas berjaya melarikan Mutiara Naga dan mendayung ke pantai, Suami menteri babu mendapati bahawa Mutiara Naga itu mempunyai kuasa untuk melembutkan tanah yg dipijak seolah olah orang itu boleh tenggelam atau ditelan ke dalam Bumi. Satu cara saja agar seseorang yg membawa Mutiara Naga itu agar tidak di telan Bumi adalah berganti ganti memindahkan Mutiara Naga itu kepada seorang demi seorang sehingga mereka sampai di rumah. Menteri Babu memanggil beberapa orang bobohizon dari kawasan sekitar untuk mengadakan upacara sembahyang untuk menghilangkan kuasa Mutiara Naga yg mampu menelan seseorang yg memegangnya ke dalam Bumi.. 

Upacara itu mengambil satu jangka masa yg agak lama dan akhirnya mereka berjaya menghilangkan kuasa Mutiara Naga yg boleh menelan orang ke Bumi. Pada suatu ketika apabila Suami menteri babu meninggal dunia, ada cadangan untuk menghidupkan beliau kembali dengan menggunakan Mutiara Naga tadi. Apabila Mutiara Naga Diletakkan Di tangan beliau dalam upacara itu ternyata beliau tidak dapat dihidupkan malah cahaya Mutiara Naga hilang buat selama lamanya. 

Mutiara tersebut disimpan dalam sebuah tempayan dan diserahkan kepada anak lelaki Menteri Babu yg tertua (mohon Izin) bernama Bohuntung yg bererti Pelangi. Mutiara Naga tersebut setiasa diturunkan kepada susurgalur anak lelaki yg tertua. Pada tahun 1883 Father Alexander Prenger pernah berjumpa dengan Menteri Babu Di Guunsing. Menteri Babu juga terkenal sebagai Ketua Bobohizon dengan ramai murid muridnya. Pernah timbul salah faham antara Father Prenger dengan Menteri babu sehingga Father Prenger terpaksa pindah ke Inobong. 

Apabila suku Tanggara mula mula tinggal Di kawasan Sugud dan Putatan mereka mempunyai hubungan yg amat baik dengan suku Bangkaakon. Apabila kedua dua suku bangkaakon dan Tanggara selesai berhijrah ke kawasan Penampang, suku Tagahas yg mendiami kawasan bukit banjaran kroker mula turun dari bukit serta menyerang perkampungan Bankaakons dan Tanggara dan berlakulah perang ngayau/memburu kepala (potong kepala). Suku Tagahas marah kepada suku Tanggara kerana sewaktu migrasi besar suku kaum dusun mereka merasa tertipu dengan memilih kawasan bukit ulu Tuaran sebagai tempat tinggal mereka dan sebaliknya suku Tanggara dan suku bangkaakon memilih kawasan dataran landai yg subur. Perang Memburu kepala ini berlaku Di zaman menteri babu Di mana pahlawan bernama monsopiad dari suku Tanggara dan si gantang dari suku bangkaakon bergabung tenaga Saling bantu membantu mempertahankan Penampang dari serangan Suku Tagahas dan memastikan Penampang selamat. 

Salah faham antara suku Tanggara dan suku Bangkaakon bermula apabila mansopiad berjaya membunuh si gantang pahlawan hebat dari suku bangkaakon (Phelan 1997). Ada pelbagai versi kisah pembunuhan dan pergaduan antara pahlawan monsopiad dan pahlawan si gantang oleh kedua dua suku kaum. Pembunuhan sigantang tidak menyebabkan perang kesukuan antara suku Tanggara dan suku bangkaakon atas sebab mereka dari awal lagi sudah ada perjanjian persahabatan dan memandang kepada kewibawaan Menteri Babu. Setelah suku Bangkaakon dan suku Tanggara menetap lama di Penampang maka pembesar Kesultanan Brunei mula menuntut bayaran poll tax berupa bayaran beberapa gantang beras dan ayam atas dasar kawasan tersebut merupakan tanah jajahannya serta mereka mempunyai kekuatan tentera perang termasuk meriam. 

Semakin lama jumlah cukai dan kekerapan membayar cukai bertambah menyebabkan suku Bangkaakon Bangun memberontak terhadap pemungut cukai atau pemungut Buis yg dikenali sebagai pemberontakan kulintangan Buis yg diketuai sendiri oleh Huguan Siou Guunsing dan beliau berjaya membunuh semua pemungut cukai Buis serta memotong kepala mereka, pemungut cukai Buis ini sebenarnya di hantar oleh golongan pembesar Brunei. Sultan Brunei yg bijak dan memerintah dari jauh tidak mahu menghantar tentera untuk memerangi pemberontak Penampang dan tidak setuju pahlawan pahlawan Guunsing Di ambil sebarang hukuman. Sultan yg bijak menghantar wakilnya ke Penampang dan mengumpul semua orang Tua dan Di bawa berbincang apabila mendapat keputusan sepakat maka beberapa orang tua diberikan pangkat dan gelaran Datu.

Datu Datu yg baru dilantik ini di minta memungut cukai Buis bagi pihak pembesar Brunei yg memiliki Sungai moyog, seorang datu dari Tua ui (terawi), seorang datu dari Penampang proper, seorang datu dari tuavon dan seterusnya. Sultan cuma menghukum Huguan Siou Guunsing dan orang Tua hungab dengan tidak memberi gelaran datu kepada beliau atas alasan membunuh rakyat baginda yg memungut Buis. Datu dari Terawi adalah Menteri Babu dan Sultan Brunei memberikan gelaran Datu Menteri Babu kepada Si Limpay . Ketua pemberontak yg diketuai oleh seorang Huguan Siou Guunsing bernama Sagir sebenarnya adalah salah seorang dari Lima orang anak Menteri Babu. 

Selain Sagir Datu Menteri Babu mempunyai seorang anak lagi bernama Buka (Topin 2003) Sagir menyerang pemungut Buis yg melalui satu kawasan dari Digot sehingga Sodomon selepas Puun Tunoh. Sagir ada membuat kubu di bukit Sinongkulan dan sekitar tahun 1855 beliau merupakan ketua kepada pangazou (pahlawan). Ahli keluarga Datu Menteri Babu sebenarnya terdiri daripada beberapa orang anak lelaki yg gagah perkasa dan keluarga Datu Menteri Babu sungguh berpengaruh. .... Penulis : Kumis Kumis, Sumber (PS Shim dan Sabah Society Journal) Gambar : 1910 sumber George Whoolley dan muzium Negeri Sabah..

12 comments:

  1. Siapa nama2 yg dilantik sebagai pemungut hasil spt dinyatakan diberi gelaran Datu di Tua ui, Penampang Proper, Tuavon dll? Spt kita nmpk ada Jln Datu Panglima Banting dari simpang Jln Tambunan/Kasigui ke Bukit Padang, adakah empunya nama ini salah satu Penerima pingat tersebut?

    Selain itu adakah gelaran Datu dan Dato ini sama, diberi oleh Kesultanan Brunei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejatera.Gelaran Datu Panglima,Datu Maharaja Lela adalah gelaran Yang Di iktiraf oleh Kesultanan Brunai ketika era pemerintahan Sultan Hakul Mubin iaitu Sultan yang berkaitan dengan pengaruh Bajau Samah dan Iranun.

      Delete
  2. Iy abetul,Antaranya adalah Datu Panglima Banting di Tuavon dan Datu Damidal dari Sugud

    ReplyDelete
  3. This connects the stories i heard. tq writer

    ReplyDelete
  4. Keturunan menteri babu hadir!

    ReplyDelete
  5. Buka tu suami Pansing. Pansing tu anak Sokunil. Menteri Babu cuma ada dua anak iaitu Tandian dan Sokunil.

    Bohuntung pula anak kepada Buka dan Pansing. Adik beradik Bohuntung terdiri daripada Mansah, Bohuntung, Bopulas, Mansul.

    Nama bapa Buka adalah Lambangan. Lambangan adalah anak kepada Dasan. Dasan pula anak kepada Sagir.

    Cucu Menteri Babu iaitu Pansing telah berkahwin dengan cucu Dasan Sagir iaitu Buka.

    Ketua bobohizan yang membuat ritual menidurkan naga adalah Pansing Sokunil (cucu Menteri Babu).

    Geliga naga itu sebesar telur ayam. Masih bercahaya tetapi tidak seterang puluhan tahun yang lalu.

    Kuburan Menteri Babu ada berdekatan dengan kuburan anak cucu dia di Kg Bokok, Terawi Penampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri babu ad 3 org anak, sokunil, mussingga, losimba. Ya pansingan + bukah ada anak mansah paling tua, bohuntung, bopulas, mansul, johnut, joot om giuk. Ni sy dapat daripada salah silah keluarga kami.

      Delete
    2. Wow. Jadi mana satu yg betul ni aa? Sekadar bertanya utk tamban pengetahuan. Baru habis tu State level Kaamatan kemarin 😆

      Delete
  6. Menarik perkongsiannya terima kasih

    ReplyDelete
  7. Siapa nama bapa Sokunil?

    ReplyDelete