Wednesday 31 January 2018

Perang Rundum 1915 : Kisah Perjuangan Suku Kaum Murut Di Borneo Utara.

Perang Rundum 1915 : Kisah Perjuangan Suku Kaum Murut Di Borneo Utara.





Gambar gambar Suku Murut dengan pakaian perang 

Di awal abad ke 20 sekitar tahun 1900 sehingga 1915 pihak SBBUB memperluaskan sistem pentadbiran kompeni sehingga ke kawasan perdalaman termasuk sempadan Kalimantan dan Sarawak. Pada tahun 1908 Suku Dayak dari Sarawak menyerang perkampungan Murut dan suku Murut cuba mempertahankan kawasan mereka dan menyerang balas serangan Suku Dayak.


Pahlawan pahlawan Murut menjadikan Rundum sebagai kubu kuat mereka. Kawasan Rundum tidak pernah diketahui orang ramai sebelum tahun 1898, sehingga Fraser menghantar Anggota Polis ke sana pada tahun 1899. Pada tahun 1907 kompeni membuka pusat pentadbiran kompeni Di Tomani. 

Pusat Pentadbiran kompeni Di Rundum Di buka pada tahun 1910. Dari Rundum ke Tenom mengambil masa 3 hari jalan kaki yg dikelilingi hutan tropika yg tebal. Suku kaum murut tinggal di rumah panjang dan pihak kompeni cuba menghentikan budaya memotong kepala musuh dan juga memperkenalkan undang undang tanah serta sistem cukai yg tidak difahami oleh masyarakat peribumi. 

Pemberontakan Murut yg pertama sebenarnya bermula pada tahun 1909 yg diketuai oleh seorang pahlawan Murut bernama Linggam dan kekuatan perang kaum Murut akan bertambah kuat jika bergabung dengan satu kumpulan perang Murut lagi yg diketuai oleh seorang pahlawan bernama Melayak. Dua Pasukan tentera Murut ini gagal bergabung apabila Si Linggam di tangkap dan Si Melayak terkorban di dalam satu operasi pantas pasukan polis kompeni yg ketuai oleh George Whoolley. 

George Woolley cuba memahami adat dan budaya suku Murut dan tidak ada kekacauan berlaku sehingga beliau berpindah ke kawasan lain. Pada bulan Jun 1914 seorang lagi Pahlawan Murut bernama Belayong memberontak apabila kompeni mengarahkan suku Murut membuat jalan rentas menyambungkan Rundum dengan Pensiangan. Pahlawan Belayong membuat Kubu Di Sungai Tagul dimana pihak polis kompeni dengan mudah dapat memusnahkan kubu tersebut tetapi mereka gagal menangkap si Belayong. 

Pada bulan February 1915 semua pekerja suku Murut yg ditugaskan membuat jalan rentas didapati tiba tiba menghilangkan diri. ADO Rundum bernama NB Babonneau yg dalam proses memindahkan pejabatnya dari Rundum ke Pensiangan diserang hendap oleh Pasukan perang Murut dimana seorang Anggota Polis terbunuh dan Babonneau nyaris nyaris terselamat dan sampai ke Pensiangan. Apabila mengetahui yg hampir semua suku kaum Murut memberontak di bawah seorang pemimpin yg luar biasa dan berwibawa bernama Antanum, Babonneau terpaksa berundur ke Rundum setelah pusat pentadbiran Pensiangan musnah diserang. 

Pihak pemberontak memotong talian telegraph tetapi Babonneau sempat meminta bantuan dari pentadbiran kompeni Di Tenom. Pada 6.3.1915 pusat pentadbiran kompeni Di Rundum Di serang dengan kekuatan Pasukan perang Murut sebanyak 600 hingga 700 orang. Pasukan polis Di Rundum ada yg terkorban dan Pusat Pentadbiran Rundum sendiri hampir musnah dan kehadiran Pasukan polis bantuan sempat menyelamatkan nyawa Baboneau dan menyerang balas serangan kaum murut sehingga mereka terpaksa berundur ke kubu mereka di selangit kawasan tagol. Antanom Di sokong oleh hampir semua ketua ketua puak Murut dari kawasan Keningau Tenom Pensiangan dan Rundum sehingga mencapai jumlah 900 orang pahlawan. 

Pihak kompeni pada 14.3.1915 menyerang dan mengebom Kubu Antanom Di Selangit. Kesudahan perang tersebut 350 pahlawan Murut gugur termasuk pahlawan Murut yg terbilang seperti Antanom, Kalur dan Ansokul. Perang Rundum sebenarnya menampakkan kepada pihak kompeni bahawa sesuatu kaum itu jika terlalu ditindas maka satu hari nanti mereka akan bangun memberontak melawan Kerajaan atau pemerintah. Tulisan : Kumis Kumis. Sumber K G Tregonning dan Ranjit Singh . Gambar : Murut dengan pakaian tradisi mereka. Sumber : Owen Rutter - The Pagans Of North Borneo

No comments:

Post a Comment