Wednesday, 14 February 2018

Legenda Suku Lotud Tuaran

Legenda Suku Lotud Tuaran.



Mohon Izin : Suku Lotud kebanyakannya tinggal di Daerah Tuaran. Menurut Legenda nenek moyang Suku Lotud bukan berasal dari Nunuk Ragang tetapi penduduk jati peribumi yang mendarat di Tawaran ratusan tahun yang lalu.. 

Menurut cerita sejarah yang dikongsikan oleh Tuan Raymond Boin Tombung di dalam surat khabar Daily Express 22.2.2004 : "Pada zaman dulu kala ada sebuah rumah panjang di Kampung Indai. Mengikut cerita orang tua tua ada seorang wanita bernama Odu Limban dari rumah panjang tersebut pergi memancing ikan tetapi terpancing seekor anak ketam yang dibuangnya kembali. Odu Limban berkali kali terpancing anak ketam dan dia berkali kali membuang anak ketam tersebut. 

Setelah berulang kali kejadian terpancing anak ketam maka Odu Limban akhirnya membawa balik anak ketam dan dipeliharanya di dalam tempurung kelapa sehingga menjadi lebih besar dari seekor kerbau. Pada suatu hari ketam gergasi menyelamatkan kampung dengan membunuh seekor Tambuakar di muara Sungai Tuaran.. Odu Limban mengumpul tulang Tambuakar tadi lalu ditanam tumbuh menjadi pokok kolian serta buahnya berubah menjadi buah emas dan ianya membuat penduduk Kampung menjadi kaya raya. 

Dalam kejadian lain pula, dua orang pemuda pergi ke Bongawan dengan hasrat untuk memiliki sebuah Tajau yg sungguh berharga bernama gurunon. Pemuda ini Cuba mengunakan tipu daya dengan mencari sebiji batu yang mereka warnakan seakan akan warna emas. Batu warna emas ini mereka gunakan untuk membeli Tajau yg bernama gurunon itu. Mereka mengangkat Tajau tersebut sambil menyanyi "salu salu bulawan, nokotuhun gurunon." lagu ini kedengaran oleh seseorang di tepi sungai lalu memberitahu orang Bongawan. 

Orang Bongawan memecahkan batu yg diwarnakan emas dan merasa tertipu lalu menyerang keluarga Indai dengan ilmu hitam. Ramai terkorban dan berlaku penghijrahan kaum dari Indai ketempat lain berpecah menjadi empat kumpulan. Satu kumpulan pindah ke kadamaian, satu kumpulan pindah ke Keningau, satu lagi pindah ke Tambunan dan yg terakhir pindah ke Nunuk Ragang. Apabila penduduk Kampung Indai berpindah maka suku Lotud Guakon yg lebih kurang 7km dari tamparuli berpindah masuk ke Kampung Indai. 

Turulion adalah nama orang yg membawa suku Lotud ke Kampung Indai sebelum kedatangan suku Bajau yg tinggal di Mengkabong dan tasik sulaman seperti yg di ceritakan oleh Tuan Haji Mohd Salleh anak kepada Undangan dan cucu kepada si nayar. Tuan Haji Mohd Salleh berkata Suku Lotud berpindah ke Tuaran sekitar tahun 1700 an dan pernah menjadi ahli pelayaran. Suku Lotud tidak lagi belayar di Laut dalam abad ke 18 apabila kawasan perairan di luar Tuaran di kuasai oleh suku illanun dan balangingi. 

Menurut cerita KK Sidik Bin Sambuling dari Bundu Tuhan, suku Lotud yg tinggal di kawasan Togiyung atau Tiung berperang dengan suku Bundu sekitar tahun 1780an tetapi disebabkan banyak perkampungan suku Lotud dari Tuaran hingga ke Togiyung maka agak sukar juga suku Bundu mengalahkan suku Lotud. Ada teori mengatakan bahawa perpindahan dari Indai berpunca dari merebaknya penyakit demam cacar ketika peperangan dengan orang Bongawan. Suku Lotud boleh dijejak dari bontoi hingga ke topokon menyimpan banyak rahsia perjuangan mereka menentang musuh musuh mereka. 

Menurut catatan bertulis tentang suku Suang Lotud merupakan suku dominan wujud di Daerah Tuaran sejak abad ke 18. Mereka merupakan satu satu suku yg tidak melalui proses Nunuk Ragang.  Asal kewujudan mereka dari pelayaran Laut dan mendarat di Tuaran seolah olah mengimbangi kehadiran suku illanun yg juga berhijrah ke pantai barat borneo utara. Peristiwa besar di pantai barat Sabah sekitar abad ke 18 adalah penghijrahan suku illanun ke Tempasuk Marudu dan beberapa kawasan lain disebabkan Gunung Berapi meletus Di Magindanau. 

Jumlah suku Lotud berkurang disebabkan faktor penyakit demam cacar dan kolera. Selain dari itu suku Suang Lotud ada yg berhijrah ke beberapa kawasan di Utara. Peperangan suku juga berlaku. Kisah yg pernah tercatat lagi adalah Peperangan Suku Suang Lotud menentang Suku Illanun contohnya menentang Sultan Si Mirantow sehingga suku illanun terpaksa berpindah ke Tempasuk. Kisah lain pula adalah tindakan Kesultanan Brunei menjadikan Mengkabong sebagai pengkalan tentera Laut Di abad ke 18 dengan meletakkan Pengiran Temmenggung Di Mengkabong. 

Cerita lisan yg kami dengar dari nenek moyang ketika itu adalah Tentera Kesultanan Brunei bergabung dengan Tentera Suku Suang Lotud sehingga berlaku kahwin campur antara tiga suku kaum Brunei, Bajau dan Suang Lotud. Suku Suang Lotud diberikan anugerah atas sumbangan mereka. Ini adalah kesimpulan Serba sedikit dari beberapa sumber yg tertulis termasuk cerita lisan yg pernah kita dengar.. Mohon maaf jika ada yg tersalah dan tersilap dalam nukilan diatas...Silakan kongsikan tokoh Tokoh suku Lotud dan kisah perjuangan mereka untuk dikongsikan kepada Generasi baru. Penulis : Kumis Kumis , Sumber : buku PS Shim, gambar gambar dari buku Oscar Cook dan Tina Rimmer.

No comments:

Post a Comment