Friday 23 February 2018

Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966 : Ancaman Kedaulatan Malaysia - Abdul Rahman Mad Ali @ Abang

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN KEMANUSIAAN (PAPK) 24-25 MEI  2017

Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966:Ancaman Kedaulatan Malaysia

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang
manabdulrahman743@gmail.com
Prof Madya Dr Bilcher Bala
bilcher@ums.edu.my
Pusat Penyelidikan & Inovasi
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak

Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966 adalah satu zaman penting dalam lipatan sejarah Malaysia. Pembentukan Malaysia secara rasmi bermula pada 16 September 1963 terdiri dari penggabungan wilayah Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Malaysia telah mendapat bantahan hebat daripada Rejim Sukarno, Indonesia. Sukarno dengan lantang menentang Malaysia dan  melancarkan dasar Ganyang Malaysia bagi menggagalkan Malaysia. Penentangan Sukarno didorong sikap menentang unsur penjajahan bentuk baru (neo-kolonalisme) kuasa barat untuk terus bertapak di rantau Asia Tenggara. Penentangan pembentukkan Malaysia oleh Regim Sukarno melalui dua aspek utama iaitu, politik dan ketenteraan. Tekad Regim Sukarno untuk menggagalkan pembentukkan Malaysia jelas apabila Indonesia bertindak secara subversif dengan menghantar tenteranya menceroboh wilayah Malaysia di Borneo dan Semenanjung Tanah Melayu. Kertas kerja ini akan merungkaikan Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1963-1966) merupakan satu ancaman Kedaulatan ke atas Malaysia.

Kata Kunci: Malaysia, Konfrontasi, Konflik  Tentera, Sukarno & Tunku  Rahman.

PENDAHULUAN

Malaysia merdeka pada 1957 (Malaya). Malaysia terbentuk pada 16 September 1963.[1] Malaysia terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.[2] Pembentukkan Malaysia membawa kepada penentangan Rejim Sukarno (Indonesia).[3] Penentangan ini kemudiannya dikenali sebagai Konfrontasi. Konfrontasi  dilancarkan dalam bentuk politik & ketenteraan.[4] Malaysia menerima ancaman Konfrontasi dan  berusaha untuk  mempertahankan kedaulatanya sebagai sebuah negara yang berdaulat menjadi penelitian kajian ini.

METODOLOGI:KAEDAH DAN BAHAN

Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif. Kajian Perpustakaan, Kajian Arkib, Arkib Negeri Sabah, Arkib Negara Malaysia, Muzium Tentera Darat Malaysia).

PERBINCANGAN: KONFRONTASI  INDONESIA TERHADAP MALAYSIA

Konfrontasi  adalah zaman genting dalam sejarah awal penubuhan Malaysia. Realitinya, Indonesia menentang Malaysia dan cobaan untuk menggagalkannya sesuai dengan tindakan agresif menceroboh dan menyerang pertahanan Malaysia di sempadan di Borneo-Kalimantan, Indonesia.[1] Penyerangan ini dibuktikan seawal sebelum penubuhan Malaysia. Serangan mengejut ke atas Pos Polis di Tebedu, Sarawak pada 12 April 1963 oleh Tentera Indonesia mengesahkan tindakan subversif Tentera Indonesia ke atas wilayah Sarawak.[2] Setelah Malaysia rasmi terbentuk pada 16 September 1963, Indonesia dengan dasar Ganyang Malaysia terus dilancarkan.[3] Sempadan Sabah-Kalimantan Timur(Kaltim), Indonesia pula mejadi sasaran Tentera Indonesia. Kalabakan telah diserang hendap pada 29 Disember 1963 oleh Tentera Indonesia yang turut mengorbankan lapan Tentera Malaysia dan 16 lain Tentera Malaysia terkorban.[4]

PENCEROBOHAN & SERANG KE ATAS WILAYAH MALAYSIA

Pencerobohan sempadan wilayah antarabangsa Malaysia di Borneo, sempadan Sabah-Kalimantan Timur (kaltim) dan sempadan Sarawak-Kalimantan Barat (Kalbar), Indonesia. Konfrontasi yang berlaku lebih jelas menunjukkan tindakan ketenteraan (tindakan subversif) ke atas wilayah berdaulat Malaysia. Respon Malaysia dari Konfrontasi ialah mengadu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB).[5] Realitinya Sabah telah diserang  oleh Tentera Indonesia, Kalabakan, di Residensi Tawau, Sabah pada 29 Disember 1963).[6] Bagi Sarawak pula,  di serang Tebedu, di Bahagian Satu, Sarawak pada (12 April 1963).[7] Manakala,  di Semenanjung Tanah Melayu (Pontian), Johor.[8]

DAPATAN KAJIAN: ANCAMAN KEDAULATAN MALAYSIA

Hak mempertahankan kedaulatan milik setiap negara berdaulat di dunia ini. Dalam Konteks Konfrontasi ini Malaysia hanya mempertahankan kedaulatannya sebagi sebuah negara yang berdaulat. Malaysia pada peringkat awalnya lebih banyak bertahan 1963. Pada tahun  1964, Malaysia telah membentuk satu bentuk strategi pertahanan bagi memperkuatkan pertahanan di Borneo. Oleh itu pada tahun 1964,  Operasi Claret telah rangkah khusus bagi membendung pencerobohan dan penyerangan Tentera Indonesia di sempadan Malaysia dengan Indonesia di Borneo.[9] Malaysia juga turut menyerang sekitar tahun 1964-1966 melalui Operasi Claret di sekitar sempadan Borneo - Kalimantan, Indonesia.[10] Akhirnya Konfrontasi mula memperlihatkan usaha damai dan tamat pada pada 1966. Maka berakhirlah zaman Konfrontasi pada (tarikh Konfrontasi berakhir).[11]

KESIMPULAN

Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia adalah episod penting dalam lipatan Sejarah Malaysia (pasca merdeka). Selepas Pembentukan Malaysia 16 September 1963.  Konfrontasi menjadi ancaman utama Malaysia di samping berdepan dengan sezaman dengan ancaman komunis. Konfrontasi memperlihatkan Malaysia lebih fokus untuk mempertahankan kedaulatannya. Hak kedaulatan merupakan hak setiap negara yang merdeka. Konsep keserumpunan turut menjadi jambatan penghubung agar hubungan Malaysia dan Indonesia terus jernih pada pasca konfrontasi.

BIBLIOGRAFI

Akhbar

Anak Sabah, 16 September 1963.
Sabah Times, 16 September 1963.
Daily Express, 30 Disember 1963.

Buku  

James Harold, Small Shell. (1991). The Underclared War. London: Leo Cooper.
J.A.C, Mackie.(1974). Konfrontrasi: The Indonesia Malaysia 1963-1966 Dispute. London:University Oxford Press.
J. Saravanamuttu. (1983). The Dilenma Policy, Malaysia’s Foregimma of Indepence:Two Decades of Malaysia’s Foregin Policy, 1957-1977. Penang: Penerbitan Universiti Sains Malaysia.
Peter Dicknes. (1991). SAS The Jungle Frorentier 22 Special Air Special Service Regiment In The Borneo Campaign 1963-1966. Kuala Lumpur: S.Abdul Majeed.
Moktar. (1993). Malaysia dan Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar A. Kadir. (1991). Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia Dalam Politik Antarabangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Anuar Nik Mahmud. (2000). Konfrontasi Indonesia Malaysia. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nick Van Der Bijl. (2007). Confrontation War With Indonesia 1962-1966. London: Pen & Sword.
Kunasselan Muniandy. (1996). Hubungan Indonesia Malaysia 1957-1967. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Will Flower. (2006). The Secret  War With Indonesia 1962-1966. London:Opsrey.
Syed Othman Syed Omar. (1999). Tentera Malaysia Dalam Konfrontasi. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jurnal

Donald, Hindley.(1964).‘Indonesia Confrontation With Malaysia’. Asian Survey. 4(6): 904-913.
Donald, Hindley.(1967).‘Political Power And The October 1965 Coup In Indonesia’. The Journal of Asian Studies. 26(2): 237-249.
Sutter, John O.(1966).Two Faces of Confrontation: Crush Malaysia And The Gestapu. Asian Survey. 6(10): 523-546.
Joseph Chinyong Liow.(2005).Tunku Abdul Rahman and Malaya’s Relations with Indonesia 1957-1960. Journal of Southeast Asian Studies. 36(1):1-23.
Kahin, Geoge Mct. (1964).‘Malaysia and Indonesia’. Pasific Affairs.37(3): 253-270.
Kroef, Justus M. Van Der.(1963).‘Indonesia, Malaya, And The North Borneo Crisis.’ Asian Survey. 3(4):173-181.

Kertas Kerja

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, et al, (2009). Reaksi Masyarakat Sempadan Sabah-Kalimantan Timur(Kaltim) Terhadap Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963: Satu Perspektif Sejarah Sabah. Prosiding, Konfrensi Antara Universiti Se-Borneo kali ke-5: Pengalaman Modenisasi. Universiti Malaysia Sabah.
Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Bilcher Bala. (2016). Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966:Satu Perspektif Sejarah Ketenteraan Malaysia. Persidangan Sejarah Malaysia & Borneo 2016. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Abdul Rahman Mad Ali @ Abang. (2016). Kalabakan Tawau Bukti Malaysia Mempertahankan Kedaulatannya. The 10th International Malaysian Studies Conference 2016. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.

Tesis/Latihan Ilmiah

Abdul Rahman Mad Ali @ Abang. (2012). Konflik Bersenjata Di Sempadan Sabah-Kalimantan Timur Pada Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966. Tesis Sarjana. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Abdul Rahman Mad Ali @ Abang. (2008). Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963. Latihan Ilmiah. Sekolah Sains Sosial. Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah.

[1] Anak Sabah, 16 September 1963; Sabah Times, 16 September 1963; James Harold, Small Shell, The Underclared War, London: Leo Cooper, 1991; Kunassalen Muniandi, Hubungan Indonesia-Malaysia 1957-1969,Kuala Lumur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.
[2] J.A.C, Mackie, Konfrontasi:The  Indonesia Malaysia 1963-1966 Dispute, London:University Oxford Press, 1974; Donald, HindleyIndonesia Confrontation With Malaysia’, Asian Surve, 4(6), 1964, hlm 904-913
[3] Nik Anuar Nik Mahmud, Konfrontasi Indonesia-Malaysia,Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000; Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Bilcher Bala, Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966:Satu Perspektif Sejarah Ketenteraan Malaysia, Kertas Kerja yang dibentangkan pada Persidangan Sejarah Malaysia & Borneo, 15-17 Mei 2016, Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah; Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Bilcher Bala, Hubungan Malaysia dan Indonesia Dalam ASEAN, Kertas Kerja yang dibentangkan pada The 10th International Malaysian Studeis Conference, 15-17 Ogos, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2016.
[4] Nick Van Der Bijl,  Confrontation War With Indonesia 1962-1966,  London: Pen & Sword, 2007.
[5] Peter Dicknes, SAS The Jungle Frorentier 22 Special Air Special Service Regiment In The Borneo Campaign 1963-1966. Kuala Lumpur: S.Abdul Majeed, 1991; Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966: Satu Perspektif Sejarah Ketenteraan, Kertas Kerja Persidangan Sejarah Malaysia & Borneo, 15-17 Mei, Kota Kinabalu:Universiti Malaysia Sabah, 2016.
[6] Syed Othman Syed Omar, op.cit, hlm ??; Nick Van Der Bijl, op.cit, hlm 39-40; Will Flower, op.cit, hlm 39-40; Abdul Rahman Mad Ali @ Abang, Konflik Bersenjata Di Sempadan Sabah Kalimantan Timur Pada Era Konfrontasi Indonesia-Malaysia 1963-1966,Tesis Sarjana, Sekolah Sains Sosial,Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2012;
[7] Will Flower, op.cit, hlm 4.
[8] Tentera Malaysia yang bertugas di Kalabakan ketika itu adalah Regimen Askar Melayu DiRaja ke-3 (RAMD Ke-3. Lihat, Abdul Rahman Mad Ali @ Abang et al, Reaksi Masyarakat Sempadan Sabah-Kalimantan Timur(Kaltim) Terhadap Pertempuran Kalabakan 29 Disember 1963: Satu Perspektif Sejarah Sabah. Prosiding, Konfrensi Antara Universiti Se-Borneo kali ke-5:Pengalaman Modenisasi, Universiti Malaysia Sabah.
[9] Mokhtar, Malaysia Dan Politik Antarabangsa, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
[10] Syed Othman Syed Omar, Tentera Malaysia Dalam Konfrontasi, Bangsi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, 1999.
[11] Ibid ; Daily Express, 30 Disember 1963, hlm 1.
[12] Ibid.
[13]
[14] Raffi Geogorian, 1991;  Nick Van Der Bijl, 2007; Will Flower, 2006;
[15]


Sumber : Abdul Rahman Mad Ali @ Abang

No comments:

Post a Comment