Wednesday, 21 February 2018

Legenda Asal Usul Bajau Pantai Barat

Legenda Asal Usul Bajau Pantai Barat



Kita cuba menjemput pembaca untuk berkongsi gambar dan menghuraikan Serba ringkas asal usul sebenar suku etnik Bajau?? Apa yg menarik adalah gambaran sikap kehidupan etnik Bajau yg suka berkelana atau berpindah randah di laut di mana mereka akhirnya terpaksa membuat keputusan samada terus mengharungi kehidupan di laut atau beralih kedaratan untuk membina suatu kehidupan yg baru.

Penempatan suku etnik Bajau yg tersebar dari Utara sehingga Selatan pantai barat Sabah sudah cukup membuktikan bahawa etnik ini lebih gembira menentukan arah kehidupan mereka berdasarkan keselesaan kelompok. Berikut adalah ringkasan pendapat yg mengaitkan asal usul suku etnik Bajau Pantai Barat.

Sumber dari Kota Kinabalu Mengatakan bahawa Suku Etnik Bajau Pantai Barat berasal dari Indonesia. Suku suku Bajau Indonesia dikenali dengan beberapa nama seperti Bajueh, Bajo, Bajoe berdasarkan loghat masing masing. Suku Bajau Indonesia ini belayar ke Borneo dan Filipina mengembara dilautan mencari penempatan untuk memulakan kehidupan baru. Mereka berkahwin dengan wanita tempatan dan memilih untuk menetap di Negara tersebut.

Masyarakat Bajau dulu kala berpuak puak dan berlaku pertempuran sesama sendiri dan dari pertempuran puak puak ini wujud puak dominan yg mempunyai ketua yg handal dan akhirnya beliau diangkat menjadi Raja Bajau. Putera Puteri Raja Bajau ini masing masing mengembara dan akhirnya menetap di beberapa buah Pulau di Indonesia, Filipina, Kalimantan dan Borneo Utara.

Kerajaan Johor lama pernah meminta bantuan ketenteraan dari Raja Bajau untuk menyelesaikan masalah dalam Negeri. Raja Bajau menghantar seorang anaknya ke Johor dan akhirnya berjaya menamatkan sengketa Di Negeri tersebut. Putera Bajau tersebut mengahwini wanita Johor dan membawa isterinya balik ke Borneo Utara. Sebagai membalas Budi Raja Bajau seorang Laksamana Johor berkahwin dengan puteri Raja Bajau dan seorang puteri Raja Bajau lagi berkahwin dengan seorang Raja Brunei.

Sumber dari Kota Belud menceritakan asal usul suku etnik Bajau dan penempatan di Tempasuk lebih dari 300 tahun yg lalu di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Bukit Rendian kononnya berasal dari bahtera Di Raja Johor. Kisah Dayang Aisyah Puteri Raja Bajau dari Johor yg sepatutnya berkahwin dengan Sultan Sulu tetapi telah menerima Pengeran Brunei sebagai Suaminya.

Suku etnik Bajau adalah pejuang Laut gagah berani yg menjadi pengikut sultan Johor, mereka adalah pengiring Dayang Aisyah dan kegagalan mereka melaksanakan titah sultan Johor maka mereka merasa malu untuk kembali menyembah khabar di samping kebetulan dalam perjalanan selepas perkahwinan puteri Raja Bajau dengan Raja dari Brunei suku etnik Bajau ini telah dilanda ribut serta taufan yg akhirnya membawa mereka ke Pantai Barat Borneo Utara dan bakinya hanyut ke kepulauan sulu Di Filipina.

Petempatan baru ini, pertanian menjadi sumber ekonomi utama dan Laut menjadi sumber ekonomi sampingan. Pengkaji barat mengandaikan bahawa nenek moyang etnik Bajau berasal dari kepulauan riau lingga sebelum berpindah ke Borneo Utara telah berlaku sejak abad ke 14. Pendapat pengkaji barat ini dirumuskan berdasarkan cerita legenda suku etnik Bajau dan ciri persamaan dari aspek budaya, linguistik mahu pun fizikal mereka.

Menurut pengkaji tersebut juga migrasi suku etnik Bajau ada kaitan dengan faktor perdagangan antara masyarakat Cina dengan perkembangan Kesultanan Brunei dan Kesultanan sulu dimana suku etnik Bajau dapat membekalkan sebahagian besar barangan Laut yg diperlukan oleh peniaga Cina.

Penyunting : Kumis kumis, Sumber Buku : Bajau Pantai Barat ITBM/UMS Gambar : North Borneo Annual Report 1956


Sumber : FB : SEJARAH NORTH BORNEO/SABAH

No comments:

Post a Comment