Sunday, 11 November 2018

Sejarah sengketa di Gua Gomantong, Kinabatangan

Sejarah sengketa di Gua Gomantong, Kinabatangan 

Pangeran Samah merupakan seorang ketua suku Buludupi yg amat berpengaruh di kawasan Sungai Kinabatangan, Segaliud, Segama sehingga Teluk Darvel. Beliau adalah seorang yg mempunyai ketokohan yg luar biasa, semangat juang yg kental dan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil sebarang tindakan tegas terhadap sesiapa saja yg menghalang hasrat serta keinginannya. Bapa dan Datuk Pangeran Samah adalah dua orang tokoh yg amat terkenal dan terbilang di zaman mereka. Bapa Pangeran Samah adalah orang yg pertama mengusahakan Sarang Burung di Gua Gomantong tetapi beliau di bunuh oleh Sultan Sulu kerana mencabar dan menyinggung kuasa Sultan.

Pangeran Samah dikatakan mempunyai kuasa luar biasa dikenali sebagai "Ilmu Telus Mata" dan kebal. Beliau merupakan seorang yg lahir dari keturunan ketua suku yg terkenal dan apabila digabung dengan perwatakan dan ketokohan beliau sendiri maka beliau amat digeruni serta dihormati oleh pengikut dan ahli suku kaum beliau. Pengaruh Pengeran Samah agak tergugat dengan kemunculan satu kuasa pemerintahan Barat yg menyusun satu sistem pentadbiran yg baru dan secara perlahan lahan memperolehi kepercayaan dan kerjasama masyarakat setempat. Perkembangan ini mengikis pengaruh Pangeran Samah yg selama ini mempunyai kuasa mutlak di kawasan tersebut.

Pangeran Samah adalah orang yg menguasai pungutan hasil Sarang Burung di Gua Gomantong. Beliau yg menetapkan musim mengutip sarang burung kerana sebarang kesilapan dalam pengurusan sarang Burung akan mengakibatkan masalah kepada pungutan sarang Burung bukan saja pada bulan itu malah pada bulan dan tahun yg seterusnya. Ini akan mengurangkan pendapatan bukan saja untuk Kerajaan tetapi kepada Ketua masyarakat dan para pemungut sarang Burung yg bergantung Sara hidup dan pendapatan dari hasil jualan sarang Burung.

Pihak kompeni berjaya berunding dan mengambil alih gua gua yg di kuasai oleh Sultan Sulu. Oleh itu pihak kompeni sangat berharap dapat memungut hasil jualan sarang Burung yg lebih baik. Pangeran Samah dari tahun demi tahun cuba mengelak dan tidak mematuhi permintaan kompeni sehingga mendatangkan kerugian kepada kompeni.

Setelah menunggu beberapa tahun pihak kompeni mendapati Pangeran Samah tetap bersikap degil dan tidak mahu menukar cara beliau mengendalikan perusahan sarang Burung di Gua Gomantong. Pihak kompeni membuat keputusan adalah lebih baik untuk pihak kompeni mengambil alih pengurusan sarang Burung dan mahu pihak kompeni sendiri yg membayar pemungut sarang Burung dan juga ketua masyarakat yg terbabit.

Pada mulanya Pangeran Samah bersetuju secara dasarnya bekerja sama dengan pemungut sarang Burung kompeni dan menandatangani perjanjian tentang soal kerjasama dengan kompeni. Tidak lama kemudian pihak kompeni mendapat laporan bahawa Pangeran Samah mengumpul satu kumpulan perang untuk menolak pungutan sarang burung oleh wakil kompeni dan mengugut akan membakar semua sarang burung sehingga gua tersebut musnah buat selama lamanya.

Tuan Pryer, Residen kompeni di Sandakan dan Gabenor dengan segera mengambil langkah yg boleh menyelamatkan sarang burung tersebut dari musnah. Pada 12.2.1884, Gabenor William Hood Treacher, Tuan Pryer Residen Sandakan , Inspektor De Fontaine Ketua Polis, Tuan Flint bersama 30 orang anggota polis menuju ke Melapi mencari Pangeran Samah untuk berunding. Tuan William dan Tuan Flint ingin masuk ke rumah Pangeran Samah yg penuh dengan pengikutnya yg bersenjata tapi tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun Pangeran Samah berdiri di muka pintu dimana Tuan William berjanji tidak akan mencederakan beliau dan meminta beliau menyerahkan senjata mereka. Setelah lama menunggu pihak kompeni membuat keputusan dan memutuskan bahawa agak sukar berunding dengan Pangeran Samah.

Pihak kompeni juga berpendapat meninggalkan Pangeran Samah dengan pengikutnya yg bersenjata dan mengancam kompeni adalah satu tindakan yg kurang bijak kerana ianya akan menunjukkan kelemahan pemerintahan kompeni dan juga bakal mengalakkan pemberontakan kaum yg lebih besar lagi. Pihak kompeni sebenarnya merasa yakin yg mereka boleh mengatasi sebarang kemungkinan tetapi merasa satu kerugian besar kepada kedua pihak di mana banyak nyawa yg tidak bersalah akan terkorban.

Inspektor De Fontaine mengarahkan pasukan polis untuk menangkap Pangeran Samah dan saguhati akan diberikan kepada sesiapa yg dapat menangkap Pangeran Samah hidup hidup. Apabila pasukan polis nenghampiri rumah Pangeran Samah, pihak polis ditembak bertubi tubi oleh pengikut Pangeran Samah. Pangeran Samah sendiri juga ikut serta menembak polis dengan senjata jenis rifle. Pihak polis mengelilingi rumah Pangeran Samah dan membalas tembakan kearah rumah Pangeran Samah.

Setelah hampir 15 minit berbalas tembak beberapa orang suku Buludupi didapati membawa lari mayat Pangeran Samah dan meninggalkan beberapa orang pengikut Pangeran Samah yg terkorban. Dua orang Anggota Polis berbangsa sikh cedera di mana seorang cedera di kedua belah kaki dan seorang lagi cedera di bahu.

Mayat Pangeran Samah dapat ditemui oleh polis dengan tiga kesan tembakan di badan beliau. Beliau terkorban sebagai seorang wira yg sejati. Gabenor memuji disiplin dan keberanian Anggota Polis sikh dan Dayak. Hari esoknya pihak kompeni dan Anggota Polis melawat beberapa Kampung untuk menenangkan suasana dan perasaan orang Kampung.

Dua orang ketua masyarakat bersumpah dengan memegang Al Quran yg dipegang oleh Haji Daud untuk taat setia kepada pihak kompeni. Seorang dari ketua masyarakat tersebut adalah adik Ipar Pangeran Samah bernama Dyte.

Pangeran Samah meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak perempuan. Dyte, Panglima Bucog dan Datu Haji Anserudin dilantik menjadi pentadbir dan Pemegang amanah Pangeran Samah.

Di sunting oleh : Kumis Kumis

Sumber :

1. The North borneo herald, 1hb Mac 1884.

Gambar :


Kredit Mohd Anwar Mahmud Cucu.

No comments:

Post a Comment