Menurut sejarah Sultan Sulu yang bernama Sultan Salahuddin-Karmat atau Pangiran Bakhtiar telah berkahwin dengan seorang gadis berbangsa Tionghoa yang berasal dari daerah Tirun (Tidong) adalah pendakatan Sultan Sulu yang inginkan mengamankan Wilayah North-Borneo (kini Negeri Sabah) setelah mendapat Wilayah daripada Sultan Brunei, salah seorang putra Sultan Salahuddin-Karmat iaitu sultan Badaruddin-I yang memperisterikan seorang Putri Tirun atau Tidong (Isteri Kedua) yang merupakan anak gadis kepada Pemerintah awal di Wilayah Tidong. (Isteri Pertama Sultan Badaruddin-I, dikatakan gadis berasal dari Soppeng, Sulawesi Selatan. Maka lahirlah seorang Putra bernama Datu Lagasan yang kemudian menjadi Sultan Sulu yang bergelar, Sultan Alimuddin-I ibni Sultan Badaruddin-I) Dari zuriat Sultan Alimuddin-I inilah dikatakan datangnya Keluarga Kiram dan Shakiraullah di Sulu.
Maka dari darah keturunan dari Puteri Tidong lahirnya
seorang putra bernama Datu Bantilan dan seorang putri bernama Dayang Meria.
Datu Bantilan kemudiannya menaiki takha Kesultanan Sulu (mengantikan abangnya
Sultan Alimuddin-I) disekitar tahun 1748, bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin.
Adindanya Dayang Meria dikatakan berkahwin dengan seorang
Saudagar dari Tionghoa, kemudian lahirlah seorang Putra yang bernama Datu
Teteng atau Datu Tating. Mana kalah zuriat Sultan Bantilan Muizzuddin merupakan
keluarga Maharaja Adinda, yang mana waris sebenar Kesultanan Sulu mengikut
sistem Protokol Kesultanan yang digelar “Tartib Sulu”
Sementara itu, pewaris sebenar itu bergelar, Duli Yang Mulia
(DYMM) Sultan Aliuddin Haddis Padila. Dimana “Putra Mahkota” kesultanan Sulu
merupakan putra bongsu kepada DYMM Sultan Aliuddin yang bernama Duli Yang
Teramat Mulia (DYTM) Datu Ali Aman atau digelar sebagai “Raja Bongsu-II”
(Gelaran ini mungkin mengambil sempena nama moyang mereka yang bernama Raja
Bongsu atau Pengiran Shahbandar Maharajalela, dan juga merupakan putra bongsu
kepada Sultan Muhammad Hassan dari Brunei. Sementara itu Raja Bongsu telah
dihantar ke Sulu menjadi Sultan Sulu mengantikan paciknya Sultan Batarasah
Tengah ibnu Sultan Baddiman UI-Halim yang nama tidak mempunyai zuriat putra.
Ibu Raja Bangsu perupakan putri kepada Sultan Pangiran Buddiman UI-Halim yang
berkahwin dengan Sultan Muhammad Hassan yang berasal dari Brunei).
Source: Kaitan Suku Tidong Dengan Kesultanan Sulu dan Brunei
Source: Kaitan Suku Tidong Dengan Kesultanan Sulu dan Brunei
Tanduk Datu Teteng
Benda itu adalah "Tanduk Datu Teteng @ Datu
Tating". Telah tercatat dalam sejarah bahawa Datu Teteng @ Datu Tating
adalah merupakan seorang "Pahlawan Sulu" yang digeruni oleh pihak
British di Borneo Utara kerana beliaulah yang telah menyerang kubu British di
Pulau Balambangan sehingga ranap pada tahun 1775.
Tanduk Datu Teteng sebenarnya adalah berbentuk seperti batu
putih (batu granit) yang telah tumbuh diumbun-umbun beliau semenjak kanak-kanak
lagi. Khabarnya beliau ini kebal dari apa jua jenis senjata tajam. Beliau cuma
wafat setelah meminta isteri terakhirnya menarik tanduk atau batu putih
tersebut dengan cara menggigitnya (ini adalah khabar yang masyhur di kalangan
keluarga Maharaja Adinda).
Datu Teteng ini tiada anak atau zuriat. Ibu beliau bernama
Dayang Meria ibni Sultan Badaruddin-I. Ini bermakna Dayang Meria tersebut
adalah saudara kandung (seibu-sebapa) kepada Sultan Bantilan Muizzuddin
(Nenek-moyang Keluarga Maharajah Adinda) ibni Sultan Badaruddin-I dan Sultan
Azimuddin/Alimuddin-I (Nenek-moyang Keluarga Kiram & Shakiraullah) ibni
Sultan Badaruddin-I adalah saudara kandung lain Ibu.
Keluarga Datu Teteng sangat rapat hubungannya dengan
keluarga Maharaja Adinda. Sebab itulah "Tanduk" beliau telah
(diamanahkan) disimpan oleh Keluarga Maharaja Adinda sehingga kini. (sesiapa
yang berminat untuk ingin melihatnya, bolehlah menghubungi Keluarga Maharajah
Adinda yang berada di Semporna).
Source: Tanduk Datu Teteng
Source: Tanduk Datu Teteng