Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai
Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai
Klias, Pulau Gayadi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di
timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum
Dusun, Murut dan Rungus.
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun
ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan
Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah
melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada
segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam
urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang
pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini
walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum
Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah danSarawak,Malaysia sahaja.
Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan
beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak
menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal
tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu
mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika
diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa
Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sejarah bangsa Bisaya
Mengikut legenda,
nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara
Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki
iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau
Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok
Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri
atau Bunga Sunting)
Satu pertandingan
lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja
Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia
kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk
agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang
pertama.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Sejarah dari China
Menurut catatan
Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (P’o-ni)
pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah
mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku
peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah
(Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang
1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai
seorang Muslim.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Catatan Sejarah Tempatan
Peti Berambai iaitu
yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan
Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap
di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan
(Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin
dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan
menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Asal usul perkataan Bisaya
Menurut kepercayaan
tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Mabisa Iya” yang bermakna
seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek.
Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.
Sementara itu, Beyer
H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956
menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari EmpayarSrivijaya
(Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya
berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950)
menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya
untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!”
yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan
diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai
asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fakta Bisaya
Bangsa Bisaya adalah
suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu
tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang
digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku
kaum asli yang lain di negeri ini.
Kemahiran suku kaum
Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti
menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi,
menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok
buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan
untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu
dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga
mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan
dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah
mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan
menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang
Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula
dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan
mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di
Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka
menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa
Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan
Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan
Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa
pemerintahan Sultan Ahmad Shah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sultan Awang Koyoh
Sejarah menceritakan
apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara Barunah, maka Sultan Awang
Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di
Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo
berkeadaan aman dan makmur serta subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah
dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan
menjadi tinggi dan subur. Hasil tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang
telah diusahakan oleh ayahanda baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu
pohon rumbia juga turut ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda
disamping pengeluaran padi yang berterusan atau meranau.
Baginda Sultan Awang
Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda dilatih dengan ilmu
perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anak-anak baginda yang
amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang
Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat
Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri baginda dibawa lari ke Sulu manakala
baginda sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut tetapi telah
mendapat kecederaan.
Kemarahan anak-anak
baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan Panglima OKK Setia
Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan perang
menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu,
tanpa berlengah Panglima Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang
kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya
kerana selama ini serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan
hanya menghalau lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak
terbendung lagi kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu
menculik ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang
berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau
dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena
pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan
lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan
Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500
masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang
Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan
Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan
Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh
Ferdinand Magellan pada 1521 masihi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Kaum Bisaya
Lebih kurang pada
abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak
Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam
dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun
1363 Masihi.
Pada tahun 1370
Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang
bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah
negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah
ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam
yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi.
Pemerintahan Sultan
Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada
ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda
mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah
diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia
Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855
Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama
Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961
Masihi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Peninggalan Senjata Lama
Sejarah perjalanan
Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang
bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama
baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang
atau Karusani. Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama
ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa
baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah
ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut
maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah,
bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata
dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi
baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata
yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga
kini.
Menurut cerita,
seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam
perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang
Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran kerajaannya. Keris tersebut
juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu.
Salah satu senjata
yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan
senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban
emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh.
Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang
memiliki andibansebagai senjata warisan keluarga.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Adat dan kebudayaan
Kaum asli Bisaya
mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun.
Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli
Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan
kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:
•
Tarian Liliput Bisaya
•
Tarian Jipin (Zapin) Bisaya
•
Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia)
•
Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia)
•
Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan
lanun)
•
Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27
lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik
•
Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo
•
Tarik tali
•
Bermain gasing
•
Bermain layang-layang
•
Ugang Bamboo
•
Badaup terutama semasa menuai padi
•
Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau
•
Berambit/Bahambit
•
menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar
•
Lastik/Melasti
•
Panah/Memanah
•
Andiban/Alat membujak binatang lia
•
Perubatan tradisional Bisaya
•
Pakaian Tradisional Bisaya
•
Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih
cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll
•
Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah
'Ya Bamban Ya Lukah,
Ya Bamban Eh Basari,
Main Kita Si Ipar Muda,
SiLukah Pandai Menari’
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemahiran Kraftangan
Seperti juga dengan
kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri.
Kraftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi,
mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang
terdapat di sini ialah kalambigas, lasok dan salihid.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah
Pada tahun 1930,
mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil,
kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah) akan tetapi,
telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu. Tuntutan
kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya
telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun
Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak British
memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang wujud. Makanya,
tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak disebabkan Sultan
Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK Setia Pahlawan Awang
Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar telah membuat
penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawai-pegawai British pada
waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan.
Source: Pewaris Awang Alak Betatar
Slm tuan kenapa dalam sejarah negara Brunei tidak menyebut bahawa sultan pertama negara Brunei berbangsa Bisaya. Awanh Alak Betatar
ReplyDeleteMengada2 saja siapa yng buat ni. Palui punya kraja siapa yng membuat sejarah palsu
DeleteIni Cerita yg direka2 oleh org Sabah ni...Bukan ke brunei dah wujud sebelum memeluk Islam... Mengikut catatan China 🇧🇳 sudah wujud sejab abad 6 Masihi dan pusat pelabuhan perdagangan yg masyhur. Awang Alak Belatar merupakan penyambung keturunan Raja kerajaan Po ni(brunei pagan)pre Islamic dynasty sama seperti dgn kerajaan hindu kutai di kalimatan Timur...Biarpun 🇧🇳 pernah dibawah naungan kerajaan Srivijaya dan majapahit tapi keturunan nenek moyang Awang Alak Belatar masih kekal sebagai raja Po-ni(brunei kuno).
ReplyDeleteSilap2 srivijaya itu pada asalnya mungkin dtg dari kerajaan poni ne la, sbb ibu kota kerajaan poni ialah kota vijaya, atau dlm sanskrit ialah vijayapura, mungkin dari perkataan vijaya ini lah org luar menggelar org di kota itu abg bisaya, kerajaan poni ne mmg dipelopori oleh suku bisaya + lundayeh + murut tanggara, silap2 org2 cham yg bikin kerajaan champa jg Ada teorinya dtg dari belah Borneo, boleh jadi org2 dari kerajaan poni ini...
Deletekamu dimana mari kita kopi cerita sejarah ini
ReplyDeleteyang ini ada betulnya.. dulu ada perebutan kuasa , sejarah tidak ditulis.. mari kita kupi2 boleh jumpa kalau anda di borneo.
ReplyDelete