Saturday, 28 May 2016

TURU PAPAKANG (Tujuh Papakang)

Kisah Epic kaum Dusun North Borneo.



(Note: Kisah ini merupakan salah Satu versi kisah penyebaran bangsa Dusunic, Murutic, Paitanic dan Idaanic, empat bangsa bersaudara dan berasal dari satu darah).

Pada zaman dahulu, ada tujuh orang adik beradik yang tinggal di sebuah penempatan di tepi Sungai Liwagu, Nunuk Ragang, di kawasan Tompios dekat daerah Ranau. 

Suatu hari, ketujuh adik beradik itu pergi ke Sungai Liwagu untuk mandi. Ketika mereka sedang mandi, tiba-tiba mereka terjumpa sebiji batu yg kononya memiliki kuasa ajaib di tempat mereka mandi. 

Mereka menamakan batu itu sebagai "Watu Papakang." 

Mereka membawa batu itu ke rumah. Kerana batu itu memiliki kekuatan ghaib, maka ketujuh adik-beradik itu mau memiliki batu itu untuk diri mereka sendiri.

Ketujuh adik-beradik itu akhirnya mulai bermusuhan kerana masing-masing bertengkar sesama sendiri untuk mendapatkan batu berkuasa ghaib itu. Kerana adanya permusuhan dan pergaduhan antara ketujuh adik-beradik tersebut, mau tidak mau bapa dari ketujuh beradik itu akhirnya masuk campur utk meleraikan pertengkaran. 

Untuk meleraikan pergaduhan tersebut, bapa ketujuh beradik tersebut mengambil batu tersebut lalu menghempaskannya ke tanah sehingga terbelah menjadi tujuh bahagian. Maka bapa ketujuh beradik itu meminta setiap dari anak-anaknya mengambil sebiji dari 7 pecahan batu itu. Setiap satu mendapat 1 bahagian dari batu itu. 

Bapa dari ketujuh beradik itu memperingatkan bahwa, bahagian dari batu itulah yang menjadi tanda mereka itu memiliki ikatan persaudaraan, sekiranya satu hari nanti mereka mulai hidup terpisah-pisah. Maka, setiap kali melihat batu itu, mereka akan diperingatkan asal usul mereka dan persaudaraan mereka.

Suatu hari, terjadilah bencana kemarau yang dahsyat. Dengan populasi Nunuk Ragang yang sangat banyak, sumber makanan di negeri itu tidak lagi mencukupi. Maka, ketujuh adik-beradik tersebut memutuskan untuk membawa keluarga mereka untuk berhijrah mencari tempat baru, meninggalkan Nunuk Ragang. 

Akan tetapi, menurut adat zaman itu, anak paling bungsu akan mewarisi rumah keluarga. Dengan itu, anak paling bungsu yg bernama Aki Lintobon tidak boleh berhijrah keluar Nunuk Ragang, melainkan harus tinggal bersama bapanya di Nunuk Ragang. Setelah wasiat dari bapanya supaya Lintobon harus tinggal di Nunuk Ragang, maka berangkatlah keenam adik-beradik Aki Lintobon yg lain. 

Mereka masing-masing bergerak ke arah 4 mata angin, ada ke Utara, Selatan, Timur dan Barat. Mereka masing-masing menemui negeri yang subur dan baik untuk dijadikan penempatan. Setelah beberapa puluh tahun berlalu, keenam-enam adik-beradik Lintobon telah beranak cucu dan berkuasa d tempat mereka berada.

Suatu malam, Aki Lintobon bermimpikan kembali malapetaka kemarau yang menimpa kampungnya sehingga terjadinya perpisahan dengan antara keenam adik-beradiknya. Aki Lintobon terjaga dari tidur lalu duduk mengenangkan peristiwa beberapa puluh tahun lalu yang menimpa kampungnya. Dia mulai terkenangkan keenam-enam abangnya yang suatu ketika dahulu terpaksa berpindah kerana bencana kemarau. Aki Lintobon merasa sangat sedih dan sangat rindukan abang-abangnya. Pada pagi itu, dia mengumpulkan penduduk kampung dan menceritakan mimpinya itu kepada mereka. Dia telah memutuskan untuk mencari kembali keenam-enam abangnya itu dengan membawa bahagian dari Watu Papakang miliknya. Bermulalah kisah epic yang cukup panjang, Aki Lintobon mengembara ke seluruh sabah mencari kesemua abang-abangnya.

Setelah mengembara ke seluruh Sabah, Aki Lintobon akhirnya berjaya menemui kesemua abang-abangnya. Pertama-tama dia mengembara ke sebelah Utara, lalu menemukan abangnya yang bernama Aki Tomui yang berkuasa di Pitas. 

Abangnya ini menurunkan suku Tambanuoh. Kemudian d sebelah utara juga dia menemukan Aki Rungsud yang berkuasa di Kudat. Aki Rungsud menurunkan suku Rungus. Aki Lintobon bergerak ke Selatan lalu menemui abangnya yang bernama Aki Garudin yang berkuasa di Kota Belud. Aki Garudin menurunkan suku Tindal. Aki Lintobon terus bergerak ke arah selatan lalu menemukan Aki Longuvai yang berkuasa di Penampang. Aki Longuvai menurunkan suku Tanggara/Tangaa. Aki Lintobon menemukan abangnya yang seterusnya di Lahad Datu setelah mengembara ke arah Timur. Abangnya yang berkuasa di Lahad Datu bernama Aki Tinggoron, dia menurunkan suku Subpan. Setelah mengembara di kawasan pendalaman, dia akhirnya menemukan abangnya yg keenam, iaitu, Aki Turumpok. Aki Turumpok berkuasa di Keningau dan keturunanya menurunkan suku Dusun dan Murut Keningau (Gana dan Nabai).

Akan tetapi, Aki Turumpok dikatakan telah menghilang ke alam ghaib, maka kepala suku Murut yang bernama Ampal menggantikannya sebagai wakil pembawa batu itu, untuk disatukan dengan enam batu lain. Tidak jelas mengapa Aki Turumpok lenyap ke alam ghaib. 

Akan tetapi menurut versi suku Rungus, Aki Turumpok ini suka mempelajari ilmu ghaib dan suka melakukan perang sindaat (perang ghaib) dengan musuh-musuhnya. Mungkin dia lenyap ke alam ghaib kerana telah mencapai ilmu ghaib yg tertinggi. Di dalam agama Hindu-Buddha ada istilah "Moksa," ertinya orang yang berjaya melenyapkan tubuh dan rohnya ke alam kekal. Moksa kononya peringkat tertinggi dalam meditasi agama Buddha, yang membolehkan manusia melepaskan diri dari hukum alam dan masuk ke dalam kesempurnaan. 

Apakah Aki Turumpok mengalami "Moksa"? Tidak ada yang tau.

Maka setelah ketujuh beradik bertemu di Keningau, Watu Papakang kembali disatukan menjadi satu yang menandakan bersatunya kembali ketujuh bersaudara ini.


Mengenai nama bapa kepada ketujuh adik-beradik tersebut, ada beberapa versi. 

Versi Rungus mengatakan nama Bapa ketujuh beradik itu adalah "Aki Nunuk Ragang." Akan tetapi dalam versi Rungus, hanya ada tiga tokoh yg disebut, iaitu, Aki Rungsud (anak pertama), Aki Longuvai (anak kedua) dan Aki Turumpok (anak ketiga). Aki Turumpok menurut versi Rungus pula tinggal d Nunuk Ragang. Versi Suku Tanggara/Tangaa pula mengatakan bahwa nama bapa ketujuh beradik itu adalah "Aki Maragang." Di dalam versi Tanggara, anak-anak Aki Maragang adalah: Aki Runsud, Aki Rongguvai, Aki Tomui, Sayap (anak perempuan) dan berspekulasi mengenai anak kelima yang bernama Aki Turumpok. Anak-anak Aki Maragang juga memiliki kisah yang berbeza versinya. 

Ada versi yang mengatakan Aki Maragang ini menurunkan suku Kimaragang dari Kota Marudu.

Sumber : FB Aki Rumantai


No comments:

Post a Comment