Monday, 23 January 2017

Sejarah Langkasuka Merong Mahawangsa : Pengasas Kesultanan Negara Kedah Pasai Ma, Empayar Ayuthia dan Sultan Kedah

Sejarah Langkasuka Merong Mahawangsa :
Pengasas Kesultanan
Negara Kedah Pasai Ma, Empayar Ayuthia dan Sultan Kedah

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley 1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan Pattani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama Masihi.

Menurut catatan Liang Shu (the History of the Liang Dynasty,梁書):

The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the Southern Sea (南海)Its frontiers are thirty days journey from east to west and twenty from north to south. It is twenty-four thousand li () distant from Canton. Its climate and products are somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood, Agar-wood and Barus camphor are especially abundant. It is customary for men and women to go with the upper part of the body naked, with their hair hanging disheveled down their backs, and wearing a cotton kan-man.”

Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu. Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523, 531 dan 568 Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.

Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan Tambralinga. Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan Antara Books.

Menurut rekod, Langkasuka pernah menghantar ufti ke China pada tahun 502-507M, 511, 515, 518, 520, 531 dan 568 masehi melalui beberapa dinasti.

Lukisan dari rekod China menunjukkan wakil dari Langkasuka, bersama deskripsi tentang kerajaan Langkasuka. Dinasti Song Salinan dari lukisan di zaman Dinasti Liang 526-539.

Langkasuka dan Pemerintahnya

Langkasuka wujud awal kurun kedua Masihi dan ada dalam rekod negara China Dinasti Wupada tahun 243 M. Langkasuka adalah sebuah federasi dari Pantai Timur ke Pantai Barat. Antara bandar penting Langkasuka ialah Kedah Tua. Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan dari awal kurun ke-6 SM. Fungsi Kedah Tua sebagai sebuah kota pelabuhan sangat menarik minat ramai pedagang dari arah barat kerana Kedah Tua menghasilkan besi yang paling bermutu, yang banyak digunakan dalam kempen peperangan pada zaman dahulu. 

Sejak zaman Assyria membentuk sebuah empayar, diganti dengan Persia dan Rom, beralih pula ke Tamadun Indus atau Utara Anak Benua India sehinggalah ke zaman penyatuan Srivijaya. Kedah menjadi sebuah kota yang gilang-gemilang, kaya-raya, ditambah pula dengan kewujudan laluan Trans-Semenanjung Purba yang merentasi Langkasuka, Raktamrittika dan sebagainya. Kedah Tua pula bergabung dengan kota-kota di laluan perdagangan Trans-Semenanjung membentuk Langkasuka. Persaingan wujud antara Kedah Tua dan Pelabuhan Takua Pa yang berada dalam kawasan Funan. Lalu, Funan menyerang dan menguasai Segenting Kra. Namun, pada tahun 515M, kuasa Funan merudum akibat penguasaan Chenla dalam istana Funan, menyebabkan Langkasuka berjaya memerdekakan empayarnya dan menghantar utusan ke negara China sehingga tahun 568 M. Namun,pada tahun 568 M, Raktamrittika yang muncul sebagai sebuah empayar telah menyerap Pan Pan, Langkasuka dan Tan Tan ke dalam federasinya. 

Istana Kedah Tua dikuasai pula oleh keturunan Raktamrittika menyebabkan bapa Merong Mahawangsa, membawa keluarganya berhijrah sampai ke Lanka. Merong Mahawangsa ini kemudiannya mengasaskan Kerajaan Kedah Tua.

Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina) [1]
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.

Patani dan Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul bahawa Langkasuka itu terletak di Patani. Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.

Lebih jauh bahkan Sir John Braddle menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).

Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani.

Sedangkan asal usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari Melayu. Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang melakukan persemendaan sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai sekarang.

Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi. Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka (Liang-Shu atau Liang Annals)[1].

Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut tengkujuh.

Hikayat Merong Mahawangsa

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Ringkasan

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.

Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.

Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya, putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Salinan

Tiada siapa yang tahu bila Hikayat Merong Mahawangsa pertama kali dikarang. Pembayang utamanya mungkin terletak dalam mukadimahnya yang berbunyi: "Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibnu Sultan Muzalfal Shah yang maha mulia kerajaan negeri Kedah, pada suatu hari baginda keluar ke penghadapan, …" Sultan Muazzam Shah sebenarnya memerintah dari tahun 1179–1201. R.O. Winstedt mula-mulanya mengusulkan tahun 1612 sebagai tahun asalnya, namun beberapa sejarawan Kedah meragui anggapan ini kerana sastera Melayu belum berkembang ketika itu. Nampaknya ramai sejarawan berpendapat bahawa manuskrip asli Hikayat ini ditulis pada abad ke-19, apatah lagi sekitar tahun 1821, berasaskan peristiwa pembakaran salinan buku Hikayat ini atas perintah kerajaan Siam, melalui gabenor di Ligor, pada tahun itu.[1][2] Ketika itu, negeri Kedah menjadi negeri ufti Siam, oleh itu kerajaan Siam membenci mana-mana tindakan yang kelihatan mencabar kewibawaannya baik dalam negara sendiri mahupun negeri-negeri uftinya.[2]

Catatan pusaka Hikayat Merong Mahawangsa masih disimpan dalam beberapa salinan manuskrip yang diterbitkan pada zaman pendudukan Barat di Nusantara sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20 sebagai panduan. Antaranya:[2]

Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 21 yang merupakan koleksi pertama milik W. Maxwell. Naskhah ini ditulis sepanjang 149 halaman tanpa nombor di setiap halamannya, dan telah diserahkan ke Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Di dalamnya terdapat tanda tangan Maxwell dan catatan Singapore, 1884 M.

Hikayat Merong Mahawangsa versi Ms. Maxwell 16 oleh W. Maxwell. Naskhah ini tersimpan di Perpustakaan Royal Asiatic Society, London. Naskhah ini disalin oleh Muhammad Nuruddin bin Ahmad Rajti pada 2 September 1889 M di Pulau Pinang dengan panjang 207 halaman.

Sjadjarah Negeri Kedah atau Hikayat Merong Mahawangsa, yang dikenali sebagai versi von de Wall, No. 201. Naskhah salinan ini ditemukan oleh von de Wal ketika ia di Riau.

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Negeri Kedah. Naskhah ini ditulis di Kampung Sungai Kallang, Singapura. Di dalamnya tercatat tahun 1876 M. Salinan manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Bodleian, Universiti Oxford, England.

Hikayat Merong Mahawangsa versi R.J. Wilkinson, dicetak batu dalam tulisan Jawi berukuran fulskap oleh Kim Sik Hian Press, No. 78, Penang Street. Versi ini disalin pada 16 November 1898 oleh Muhammad Yusuf bin Nasruddin di Pulau Pinang.

Hikayat Merong Mahawangsa versi Sturrock yang diterbitkan dalam Journal of The Royal Asiatic Society, Straits Branch (JRASSB) No. 72, Mei 1916 M di halaman 37-123, yang dicetak menggunakan tulisan Rumi (tulisan romawi).

Hikayat Merong Mahawangsa versi Logan yang merupakan koleksi J.R Logan, kini tersimpan di Perpustakaan Nasional Singapura dengan nombor arkib qMR 8999, 2302 HR.
Hikayat Merong Mahawangsa turut dirakam dalam bentuk ulasan historiografi oleh Siti Hawa Haji Salleh, terbitan Universiti Malaya pada tahun 1991.[3] Buku ulasan ini memetik ceritanya dari tiga manuskrip, iaitu Maxwell 16, Maxwell 21, dan Von de Wall 201.[4]

Senarai Raja mengikut Hikayat Merong Mahawangsa

Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat 8 orang Raja yang berkuasa di Langkasuka yang juga pengasas kepada kerajaan Kedah Tua bermula di sekitar Lembah Bujang. Di antara mereka juga merupakan pengasas kepada Kerajaan Siam, Gangga Negara dan negeri Patani, Selatan Siam (Thailand). Berikut adalah penama-penamanya:

Merong Mahawangsa (berasal dari Rom kemudiaan belayar ke China. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Lalu bersinggah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka (Kedah Tua) bagi membuka penempatan baru). Baginda berketurunan Kaisar Romawi Iskandar Agung dari Macedonia. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu.
Raja Merong Mahapudisat, putera sulong Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Baginda ditabalkan di Rom sebagai Raja Siam. Langkasuka ditukar nama sebagai "Kedah Zamin Turan". Baginda menjadi Raja Siam pertama.
Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, putera kedua Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Ditabal Raja dan pengasas bagi Kerajaan Gangga Negara.
Raja Puteri, merupakan anak ketiga Merong Mahawangsa. Juga merupakan seorang Puteri, beragama Hindu. Ditabal sebagai Raja Patani pertama.
Raja Seri Mahawangsa, petera bongsu Merong Mahawangsa. Beragama Hindu. Menggantikan ayahandanya Merong Mahawangsa sebagai Raja Kedah. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan ufti bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kakandanya sulungnya, Raja Siam, setiap kali kakandanya mendapat putera. Mempunyai seorang putera yang degil bernama Raja Seri Maha Inderawangsa.
Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Beragama Hindu. Merupakan Raja yang degil dan zalim. Memakai gelaran Raja Ong Maha Perita Deria. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Lari ke dalam hutan Gunung Jerai dan mangkat di sana selepas diserang oleh angkatan tentera menterinya. Meninggalkan seorang putera bernama Raja Phra Ong Mahapudisat.
Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan putera kepada Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong). Raja Phra Ong Mahapudisat merupakan Raja beragama Hindu. Mempunyai seorang putera bernama
Raja Phra Ong Mahawangsa.
Raja Phra Ong Mahawangsa merupakan putera kepada Raja Phra Ong Mahapudisat. Asalnya beragama Hindu, kemudian memeluk agama Islam. Menukar nama sebagai Sultan Mudzafar Shah I (Dipercayai sebagai Sultan pertama Kedah dan salah seorang Sultan tertua di dunia bermula tahun 1136). DiIslamkan oleh Syeikh Abdullah Yamani.

Hikayat Merong Mahawangsa Analisa Sejarah

Merong Mahawangsa dikatakan tidak mula belayar dari Rom kerana pada hemat ahli sejarawan baginda mesti perlu menuruni Afrika Selatan dahulu lalu melalui Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Perjalanan ini adalah terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar adalah melalui Teluk Parsi. Maka segelintir sejarawan melihat barangkali baginda bukan dari Rom. Dalam pandangan lain, baginda mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk mewujudkan hubungunan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru dan alternatif sebab selama ini hubungan darat telah ada melalui Laluan Sutera.

Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh Garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksasa. Burung ini dikatakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita. Terdapat pandangan menganggap Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu ini hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia Tenggara berada di bawah pengaruhnya. Oleh itu, tentera laut benua India atau Sri Lanka telah menyerang Merong Mahawangsa. Baginda Merong singgah di wilayah Lembah Bujang, Langkasuka, Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Merong Mahawangsa ialah seorang Raja beragama Hindu bukan beragama Roman, ini menguatkan lagi baginda tidak datang dari Rom. Lembah Bujang mungkin didiami oleh Sami Hindu yang tidak berkahwin seperti Bramacahri. Kerana itu kawasan itu dipanggil Lembah Bujang.
Terdapat rekod dari pengembara China, Chang-jun (常駿) dalam Sui Annals yang mengatakan bahawa Kerajaan Chi_Tu dan Kerajaan Kantouli mempunyai susur galur Raja yang sama yang bernama Qu-tan (瞿曇). Menurut Takahashi Suzuki, Kantouli adalah nama yang merujuk kepada sebutan India untuk "Kedah" manakala Chih-Tu pula adalah sebuah kerajaan maritim yg terletak di pantai timur segenting kra / Semenanjung Malaysia[5]. Ini membenarkan akan wujudnya talian kekeluargaan di antara Langkasuka dan Kedah dan kawasan-kawasan sekitarnya seperti yang dimaksudkan Hikayat ini.

Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong)

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia dikaitkan dengan dua tempat iaitu Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu diceritakan ada sabuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun yang menembusi batu sedalam sebatang buluh. Sempena inilah nama Tikam Batu diambil.
Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda menyembah tokong yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dibawa balik ke India. Memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah, kemungkinan berhala pujaannya adalah Dewa Kali. Mengikut kepercayaan Hindu, dewa ini suka memakan darah dari korban berdarah.

Kemungkinan kedua adalah baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang pada lagenda di Kedah tinggal di kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi denagn amalan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin disebabkan banyak protein dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran.

Apabila rakyat yang mula mengenali Islam dan tidak mahu lagi menyembah Dewa Kali, rakyat telah memberontak menentang Raja Bersiong. Baginda telah lari hingga ke Baling di mana baginda mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke Kampung Siong di Baling. Barangkali baginda juga mungkin memasuki daerah Patani dan hilang di sana.

Adaptasi

Hikayat Merong Mahawangsa telah diadaptasi menjadi lakonan pentas yang pernah dipentaskan di Istana Budaya. Persembahan yang berjudul Hikayat Merong Mahawangsa: A Swashbuckling Epic Adventure yang berbahasa Inggeris ini dipersembahkan oleh Ribbit Edutainment dan disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Pementasan pertamanya berlangsung pada 14 hingga 17 Mei 2009.[6]

Selain itu, Hikayat ini juga diadaptasi menjadi filem cetera terbitan KRU Studios yang dijadualkan keluar pada tahun 2010 untuk tontonan pasaran antarabangsa. Filem Hikayat Merong Mahawangsa ini dibintangi oleh Stephen Rahman Hughes sebagai Merong Mahawangsa[7], dan dilaporkan berdialog 70% bahasa Inggeris dan selebihnya dalam bahasa Melayu klasik.[8]

Sultan Mudzafar Shah I

Sultan Mudzafar Shah I merupakan sultan pertama kepada Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda ditabal menjadi sultan dan wakil Maharaja China Dinasti Tang, Maharaja Tang Taizong (Cina) atau Maharaja Sai Tee Sung (Melayu Siam).

Kesultanan Kedah Pasai Ma

Kesultanan Kedah Pasai Ma merupakan sebuah kerajaan Melayu Siam Islam yang diasaskan oleh Sultan Mudzafar Shah I pada tahun 650 Masihi di Sungai Mas yang terletak di kaki Gunung Jerai. Baginda telah menyatukan kawasan-kawasan di sekitarnya dengan menamakannya Nakhun Kedah Pasai Ma (Negara Kedah Pasai Ma).

Penubuhan

Agama Islam telah berkembang di Semenanjung Emas dan kemudiannya China. Penduduk-penduduk di situ mudah menerima Islam kerana penduduknya beragama Hanif iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Maharaja Guazhong atau nama Siam baginda, Maharaja Sai Tee Sung iaitu Maharaja Dinasti Tang telah memeluk Islam pada tahun 650 M melalui rombongan Saad bin Abi Waqqas atas arahan Khalifah Uthman bin Affan.

Seterusnya, baginda telah memberikan surat watikah atau "kedah" dalam loghat Siam kepada anakanda baginda, Rum Chin Ser Wong untuk menghantar cucunda Maharaja, Merong Mahawangsa bagi menyebarkan ajaran Islam di Nusantara. Di sana, Merong Mahawangsa telah mengasaskan Kesultanan Kedah Pasai Ma di Sungai Mas.

Struktur dan Pusat Pemerintahan

Negara Kedah Pasai Ma diperintah oleh sultan yang berhak menggunakan gelaran-gelaran seperti Sayyidina, Maulana dan Sheikh seperti Sultan Mudzafar Shah II (sehingga tahun 804) dan Sultan Alirah Shah (804-840). Namun, bermula daripada Sultan Hussain Alirah Shah (840-881), baginda menggunakan gelaran Shah Alam Yang Maha Mulia. Gelaran ini terus dikekalkan sehingga Yang Di-Pertuan Negara Kedah Pasai Ma yang terakhir, Tuanku Syed Long Jaafar (1862-1876).

Mengenai pusat pemerintahan pula, ini ialah senarai pusat pemerintahan Kesultanan Kedah Pasai Ma;

Sungai Mas (Sultan Mudzafar Shah I)
Istana Bukit Tirik Pagoh (Sultan Mudzafar Shah II)
Perlak

Pengakhiran

Pada tahun 1350, Sultan Mudzafar Shah III telah berjaya menawan dan mengusir tentera Tenangsari-Sukhothai dari Segenting Kra. Baginda kemudiannya memindahkan ibu negara ke Ayuthia dan mengasaskan Empayar Ayuthia.

Sultan-Sultan Kedah
Bil           Sultan   Pemerintahan
1              Sultan Mudzafar Shah I                  650 - 723
2              Sultan Mudzafar Shah II                723 - 804
3              Sultan Alirah Shah                          804 - 840
4              Sultan Hussain Shah Alirah          840 - 881
5              Sultan Syeikh Abdul Kadir            881 - 903
6              Sultan Muhammad Shah I            903 - 993
7              Sultan Riayat Shah                          993 - 1094
8              Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah  1094 - 11793
9              Sultan Mu'adzam Shah                    1179 - 1201
10            Sultan Muhammad Shah II          1201 - 1300
11             Sultan Mudzafar Shah III              1300 - 1351

Keturunan

Nama asal Sultan Mudzafar Shah I ialah Merong Mahawangsa. Merong Mahawangsa bermaksud Naga Laut Pembesar Bangsa Harimau. Baginda juga digelar sebagai Waren Wang Ser dalam bahasa Cina. Ayahanda baginda bernama Li Shih Min dalam bahasa Cina dan Rum Chin Ser Wong dalam loghat Siam. Nenda Merong Mahawangsa pula merupakan Maharaja China Dinasti Tang, Tang Taizong/Sai Tee Sung.

Pengasasan Kesultanan

Pada tahun 650 Masihi, Saad bin Abi Waqqas dihantar ke China bagi menemui Maharaja Sai Tee Sung. Maharaja tersebut telah memeluk Islam. Maharaja tersebut telah memberikan surat watikah (kedah dalam loghat Siam) kepada Rum Chin Ser Wong. Rum Chin Ser Wong telah menghantar Merong Mahawangsa ke Nusantara bagi mengembangkan Islam. Rum Chin Ser Wong memberitahu anakandanya bahawa terdapat sebuah istana tinggalan Wali Al Mustapa di sana.

Setelah baginda sampai di sana, puak tentera memberitahu baginda yang mereka telah menemui Istana Wali Al Mustapa berhampiran sebuah gunung. Gunung tersebut dinamakan Gunung Jerai. Merong Mahawangsa telah melawat istana tersebut. Baginda telah mendirikan sebuah kerajaan di Sungai Mas. Baginda telah dimakamkan di Kampung Langgar, Lembah Bujang, Merbok, Kedah.

Keluarga

Sultan Mudzafar Shah I telah berkahwin dengan Sharifah Maryam binti Syed Jamal Al Jefri dan mendapat seorang putera. Berikut ialah senarai:-
Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir

Sultan Mudzafar Shah II

Nama asal Sultan Mudzafar Shah II ialah Sayyidina Jamallul Alam Badrul Munir. Baginda bergelar Podiset yang bermaksud lelaki yang terbaik. Ayahanda baginda ialah Sultan Mudzafar Shah I dan bonda baginda ialah Sharifah Maryam binti Syed Jamal Al Jefri atau Tok Soh.

Sejarah hidup

Sayyidina Jamallul Alam Badrul Munir telah mengambil alih takhta kekuasaan selepas kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Mudzafar Shah I. Baginda bersemayam di Istana Bukit Tirik, Pagoh, Johor kerana ayahanda baginda, Sultan Mudzafar Shah I dibunuh oleh Sri Jayanaga. Bonda baginda pula bersemayam di Bukit Mariam (kini Bukit Meriam).

Membuka Negeri Siam Lancang

Sultan Mudzafar Shah II telah membuka Negara Siam Lancang seperti mana tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa; ... maka beberapa dilihat oleh anak raja segala ajaib-ajaib hingga sampai dua ratus hari berjalan iatu sambil bermain juga sekalian barulah bertemu dan berhenti pada tanah yang baik kepada sesuatu anak sungainya lepas ke laut lagi pun tanahnya rata orang pun banyak juga maka disitulah sekalian berbuat istana dengan kota parit serta dihimpunkan orang yang duduk bertaburan pecah belah itu maka disatukan sekalian maka menjadi negeri besarlah maka dinamai negeri itu Siam Lancang tempat membuat kota istana itu maka datanglah orang berkhabarkan kepada Raja Merong Maha Pudiset”.

Kemangkatan

Baginda mangkat dan dimakamkan di Kampung Langgar, Lembah Bujang, Merbok, Kedah. Baginda mempunyai seorang putera iaitu:-
Sayyidina Ali Wa Maulana Jamallul Alam Badrul Munir

Sultan Alirah Shah

Nama asal Sultan Alirah Shah ialah Sayyidina Ali Wa Maulana ibni Sayyidina Jamallul Alam Badrul Munir. Baginda memerintah Kesultanan Kedah Pasai Ma bermula dari tahun 804 hingga 840 M dan merupakan pemerintah yang ke-3.

Sejarah hidup

Sultan Alirah Shah menaiki takhta pada tahun 804 M. Baginda bersemayam di Perlak (kini terletak di Aceh). Ketika era pemerintahan baginda, Undang-Undang Kedah telah ditulis. Baginda mempunyai seorang putera bernama Sultan Hussain Shah Alirah.

Undang-Undang Kedah

Manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) adalah merupakan perlembagaan Negara Kedah yang diasaskan oleh Raja Merong Mahawangsa, cucunda Maharaja China iaitu Maharaja Sai Tee Sung dari Dinasti Tang yang berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Raja Merong Mahawangsa telah datang ke Nusantara untuk dijadikan Raja Besar di sini. Baginda telah membangunkan kerajaannya di kaki Gunung Jerai. Baginda telah membawa bersamanya adat istiadat dan upacara-upacara kebesaran Raja-raja yang diwarisi daripada Raja Iskandar Zulkarnain. Adat istiadat inilah yang seterusnya diwarisi dan diamalkan sehingga kehari ini oleh Raja-raja Melayu di seluruh Nusantara.

Segala adat istiadat, peraturan-peraturan dan hukum-hukum yang diguna pakai telah ditulis oleh cucu Raja Merong Mahawangsa iaitu Sultan Alirah Shah. Teks UUK ini telah ditulis pada tahun 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 837 M ketika menjadi raja di Aceh. UUK ini telah dijadikan perlembagaan sehinggalah kepada zaman Khalifah Nusantara yang terakhir iaitu Sultan Syed Jaafar Mu'adzam Shah, Yang Di-Pertuan Kedah yang telah dibunuh dengan kejam di Gurun pada tahun 1876 oleh tentera Sukhothai dengan bantuan pembesar-pembesar yang telah mengkhianati baginda.

Setelah Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dilantik menjadi Sultan Kedah oleh Raja Thai pada tahun 1881 maka bermulalah era Kedah baru yang lebih dikenali sebagai Negeri Kedah Darul Aman. Manuskrip UUK ini telah dibawa ke England dan disimpan di perpustakaan School Of Oriental And African Studies (SOAS) London dengan nombor rujukan MS 40329 dan dalam bentuk mikrofilem.

Pada tahun 2003, manuskrip tersebut telah dibawa balik ke Malaysia oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun Dr Mahathir). Manuskrip tersebut telah diserahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk diterjemahkan dan sekaligus untuk diterbitkan. Akhirnya pada tahun 2005, di bawah selenggaraan Puan Maryam Salim, UUK telah berjaya diterbitkan dalam Bahasa Melayu.

Sultan Hussain Shah Alirah

Sultan Hussain ibni Sultan Alirah Shah merupakan pemerintah ke-4 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda mengambil alih takhta daripada ayahandanya,Sultan Alirah Shah. Baginda mempunyai seorang putera iaitu:-

Syeikh Abdul Kadir

Sultan Syeikh Abdul Kadir

Sultan Syeikh Abdul Kadir ibni Sultan Hussain Shah Alirah merupakan pemerintah ke-5 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda mengambil alih takhta pada tahun 881 daripada Sultan Hussain Shah Alirah.

Anakanda Putera
Sultan Muhammad Shah I

Sultan Muhammad Shah I

Sultan Muhammad Shah I ibni Sultan Syeikh Abdul Kadir merupakan pemerintah ke-6 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda memerintah dari tahun 903 hingga 993. Nama pewaris baginda ialah Sultan Riayat Shah.

Sultan Riayat Shah

Sultan Riayat Shah ibni Sultan Muhammad Shah I ialah pemerintah ke-7 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda memerintah dari tahun 993 dan mangkat pada tahun 1094 di Pasai.

Anakanda putera
Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah

Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah

Sultan Aliuddin Al Muzalfal Shah ibni Sultan Riayat Shah ialah pemerintah ke-8 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda memerintah Perlak dari tahun 1094. Pada tahun 1179, baginda mangkat dan dimakamkan di Perlak.

Anakanda putera
Sultan Mu'adzam Shah

Sultan Mu'adzam Shah

Sultan Mu'adzam Shah ialah pemerintah ke-9 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Nama baginda ada tercatat di dalam Hikayat Merong Mahawangsa seperti berikut;

"Adalah pada suatu masa zaman Sultan Muazzam Shah ibni Sultan Muzalfal Shah Yang Maha Mulia Kerajaan Negeri Kedah, pada suatu waktu hari baginda keluar ke penghadapan..."

Anakanda putera
Sultan Muhammad Shah II

Sultan Muhammad Shah II

Sultan Muhammad Shah II ialah pemerintah ke-10 Kesultanan Kedah Pasai Ma. Baginda mempunyai banyak gelaran seperti Sultan Muhammad Shah Yang Adil dan Nara Suan Ayuthia yang bermaksud Yang Di-Pertuan Ayuthia. Nama baginda juga ada tercatat pada beberapa keping duit syiling yang ditemui di Kuala Kedah sebagai Muhammad Shah Al Adil, Al Sultan Al Qadah.

Sejarah hidup

Baginda menaiki takhta pada tahun 1201 M. Baginda sering berlayar ke Parsi dan singgah di Kepulauan Maldives. Baginda menjalinkan hubungan dengan Parsi malah baginda juga berkahwin dengan puteri raja Parsi. Daripada perkahwinan tersebut, baginda memperoleh seorang putera.

Pada tahun 1262, Semenanjung Emas telah diberi nama Melaka yang berasal daripada perkataan Malaka yang bermaksud Marilah niaga.

Anakanda putera
Sultan Mudzafar Shah III

Sultan Mudzafar Shah III

Sultan Mudzafar Shah III merupakan pemerintah terakhir Kesultanan Kedah Pasai Ma dan pemerintah pertama Empayar Ayuthia.

Sejarah hidup

Sebelum memerintah

Baginda merupakan anakanda Sultan Muhammad Shah II dengan puteri Raja Parsi. Baginda sering berlayar ke Parsi mendalami agama Islam dan pada setiap pelayaran tersebut, baginda akan singgah di Pulau Sandra Baba Kiyai (Sri Langka) yang bermaksud persinggahan duduk tok ayah alim. Di Parsi, baginda dikenali sebagai Sheikh Ahmad Qomi. Setelah baginda pulang ke Nusantara, baginda yang juga merupakan seorang ulama telah mengajarkan ilmunya kepada orang ramai.

Baginda mempunyai nama yang berbeza mengikut kawasan di mana baginda dikenali rakyatnya. Di Terengganu, baginda dikenali sebagai Raja Mandalika (Raja kami baik terkenal berniaga). Baginda pernah menetap di China yang ketika itu diperintah oleh Dinasti Yuan.

Memerintah Kesultanan Kedah Pasai Ma

Baginda menaiki takhta pada tahun 1300 dengan jajahan takluknya meluas hingga ke Aceh, Ligor, Narathiwat, Patani, Singgora dan Yala.

Pada zaman baginda, tentera Tenangsari (Burma) telah menyerang Negara Kedah Pasai Ma bagi menghalang perkembangan Islam. Tentera Tenangsari telah dikalahkan oleh tentera baginda dengan bantuan tentera daripada Ligor sekaligus menakluki jajahan Tenangsari.

Akhirnya, Maharaja China telah membangunkan sempadan pemisah antara orang Melayu dan Sukhothai di Petchburi-Ratchburi. Peristiwa ini ada direkodkan seperti berikut:-
“              ...when a Thai envoy appeared at the Monggol court, a Chinese mission when with him on his return beraring an imperial order (from the Yuan Chinese Emperor) to Rama Khamheang: "Keep your promise and do no evil to the Ma-li-yu-er (Malay)".[1]  ”

Memerintah Empayar Ayuthia

Sehubungan dengan itu, Sultan Mudzafar Shah III bertindak membuka Ayuthia sebagai pusat Kerajaan Melayu Siam. Nama Ayuthia (tempat raja-raja berkumpul) telah dipilih untuk menjadi nama empayar.

Baginda telah melantik saudara-saudara baginda untuk menjadi Paduka Seri Sultan (raja daerah). Baginda juga telah membuka daerah Taungu di Myanmar.

Dalam usaha mengembangkan ajaran Islam, baginda membina sebuah masjid di Taungu (Mandalay) yang keseluruhannya diperbuat daripada papan. Masjid ini dinamakan sempena nama baginda.

Baginda juga membina Masjid Ton Sun Khlong Tue di Bangkok. Selain itu, sebanyak 21 buah masjid di Ayuthia atau Shahrul Nuri dalam rekod Parsi. Di Ayuthia, baginda dikenali sebagai Rama Tibodi I, U Thong dan Chao Pija Rajna Yok.

Sultan Mudzafar Shah III mengekalkan perhubungan Empayar Ayuthia dengan Parsi. Rekod-rekod dari Parsi menyatakan rombongan diraja Ayuthia yang pernah melawat ke sana dan sampai ke Pelabuhan Parsi, diketuai oleh seorang raja yang rupanya mirip seperti mereka juga, berhidung tinggi dan berjambang.

Anakanda
Tunku Nazreen

Dipecahkan kepada daerah

Empayar Ayuthia

Kerajaan Ayuthia atau Ayutthaya merupakan sebuah kerajaan bangsa Melayu Siam Islam yang berdiri pada tahun 1351 sampai 1767 M. Nama Ayuthia bermaksud tempat raja-raja berkumpul. Pada tahun 1351 Sultan Mudzafar Shah III mendirikan Ayuthia sebagai pusat pemerintahan dan mengalahkan dinasti Kerajaan Sukhothai, iaitu 640 km ke utara, pada tahun 1376.

Dalam perkembangannya, Ayuthia sangat aktif melakukan perdagangan dan melakukan hubungan dengan berbagai-bagai negara asing seperti China, India, Jepun, Parsi dan beberapa negara Eropah seperti Portugal dan Perancis. Penguasa Ayuthia bahkan mengizinkan pedagang Portugis, Sepanyol, Belanda, dan Perancis untuk mendirikan penempatan di luar tembok kota. Sultan Saaban bahkan memiliki hubungan yang sangat baik dengan Raja Louis XIV dari Perancis dan tercatat pernah mengirimkan dutanya ke Perancis. Ayuthia tercatit sebagai Shahrul Nuri di mana Hamzah Fansuri pergi untuk mendalami agama Islam. Raja-raja Melayu sanggup membayar ufti (zakat) kepada Raja Siam.

Empayar Ayuthia diperintah oleh seorang Sultan yang menggunakan gelaran Shah Alam Yang Maha Mulia dan daerah-daerah di dalam kekuasaan empayar ditadbir oleh seorang Paduka Seri Sultan, raja daerah. Jawatan Shah Alam Yang Maha Mulia digilirkan antara raja-raja daerah.

Namun, berlaku pemberontakan daripada orang Thai pada tahun 1751 dan mendirikan pemerintahan sendiri di Lannathai. Pada tahun 1752, Raja Aluang Phraya Lanna Chakri Sukhothai dengan bantuan Burma telah menyerang Taungu mengakibatkan Raja Daerah Taungu, Maha Dammaiyaza yang masih muda berundur ke Ayuthia.

Pada tahun 1758 pula, tentera musuh menyerang Kemboja dan mengusir Raja Daerah Kemboja, Po Chan. Dalam serangan ini, Raja Aluang Phraya Lanna Chakri terbunuh dan tempat pembunuhan tersebut dinamakan Thailaka (Raja Thai mati dibunuh). Pakatan musuh seterusnya berusaha menawan Chiang Mai pada tahun 1765 tetapi tewas kepada Boromoraja V Kaha Ekataat.

Tentera musuh di bawah pimpinan Jeneral Ayuthia yang murtad, Jeneral Taksin menyerang Ayuthia pada tahun 1767. Ayuthia akhirnya ditawan setelah Boromoraja V Kaha Ekataat bersama-sama pengikutnya meninggalkan Ayuthia dan menuju Nakhun Si Thammarat (Ligor) serta bersemayam di Istana Ayuthia Nambang Ligor Siam.

Jeneral Taksin telah mengambil alih pemerintahan dan mendirikan ibu kota baharu di Thonburi, yang terletak di seberang sungai Chao Phraya berhadapan dengan Bangkok. Raja Taksin tidak menyerang Nakhun Si Thammarat kerana mengetahui Raja Bakar atau Raja Nambang berundur ke sana. Raja Taksin akhirnya dihukum bunuh oleh Rama Yotfa Chulakok Sukhothai.

Raja Rama I Yotfa Chulakok mengambil alih pemerintahan dan telah mengarahkan serangan ke atas Ligor pada tahun 1782. Peperangan tersebut dimenangi oleh tentera Islam dan medan pertempuran tersebut dinamakan Cherat Nakhun Si Thammarat Siam.
Khalifah Syarif Abu Bakar Shah kemudiannya pergi ke Kubang Pasu dan menjadi Yang Di-Pertuan Negara Kedah yang pertama.

1400 CE

Sultan

Bil           Sultan   Pemerintahan
1              Rama Tibodi I     1300- 1369
2              Ramesuan           1369 - 1370/1388 - 1395
3              Boromoracha I  1370 - 1388
4              Ramasuan           1388 - 1395
5              Ramaratcha        1395 - 1409
6              Intharatcha I      1409 - 1424
7              Rama Tibodi II/Boromoraja I       1424 - 1448
8              Boromotailokanat            1448 - 1491
9              Boromoraja II    1491 - 1533
10           Maha Tammaraja             1498 - 1530
11           Naruesan            1530 - 1605
12           Ratsada                1533 - 1547
13           Yot Fa    1547 - 1548
14           Khun Waran Wangsa      1548
15           Chakraphat         1548 - 1569
16           Ekatotsarot         1605 - 1610
17           Intaraja II/Song Tham Ayuthia    1610 - 1628
18           Chettha                1628 - 1629
19           Atthinawong      1629
20           Prasat Thong      1629 - 1655
21           Ciao Fa Jai            1655 - 1656
22           Sri Suthammaracha         1656 - 1688
23           Narai     1656 - 1688
24           Pra Petraraja      1656 - 1688
25           Sua         1688 - 1709
26           Raja Seri Bongsu               1709 - 1733
27           Boromokot Chao Pija Kersan/Sri Su Tammaraja II              1733 - 1758
28           Uthumpon          1758 - 1765
29           Maha Tammaraja II/Boromoraja V Ekataat           1758 - 1767

Khalifah Syarif Abu Bakar Shah

Khalifah Syarif Abu Bakar Shah merupakan Raja Islam Siam terakhir Dinasti Ayuthia ke-33. Baginda juga menjadi Yang Di-Pertuan Negara Kedah Pasai Ma yang pertama dan terbunuh dalam serangan serangan tentera Sukhothai pada tahun 1821. Baginda berpangkat "Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah".

Keluarga dan keturunan

Khalifah Syarif Abu Bakar Shah ialah anakanda putera kepada Sultan Muhiyuddin Mansur Shah dengan Puteri Raja China Hang Li Poh, berasal daripada keturunan Raja China Kaisar Indochina Dinasti Yuan pada tahun 1294. Sultan Muhiyuddin Mansur Shah bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi. Khalifah Syarif mempunyai seorang adinda perempuan bernama Pumintharaja yang mempunyai gelaran Nang Che Puan.

Khalifah Syarif berkahwin dengan Suriyamarin, puteri Sultan Marin Langkat, Sumatera Pasai. Sultan Marin ialah cucunda Tun Saaban. Daripada perkahwinan tersebut, mereka mendapat lima orang anakanda iaitu;
Koya Long
Koya Ngah
Koya Shuib
Koya Nai Chau Abu
Koya Fai

Koya Long

Raja Siam Koya Long merupakan anakanda pertama Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Kemboja Cempakasari. Baginda menggunakan gelaran "Po Chan" semasa di Kemboja.

Koya Ngah

Raja Siam Koya Ngah merupakan anakanda kedua Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Bangkok. Baginda menggunakan gelaran "Paduka Sri Maharaja Jalil" semasa di Bangkok.

Koya Shuib

Raja Siam Koya Shuib merupakan anakanda ketiga Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Chang Mai. Baginda menggunakan gelaran "Sultan Megat Shuib Shah" semasa di Chang Mai.

Koya Nai Chau Abu

Raja Siam Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau Abu merupakan anakanda keempat Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda digelar "Putera Kapas" kerana berwajah cerah. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Tenasirim (kini di Myanmar). Baginda menggunakan gelaran "Sultan Megat Manja Abu Kasim" semasa di Tenasirim.

Koya Fai

Raja Siam Datuk Paduka Raja Sultan Koya Fai merupakan anakanda kelima Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia. Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Johor-Riau. Baginda bersemayam di Istana Raja Pagoh dan menggunakan gelaran "Sultan Megat Iskandar" semasa di Johor-Riau.

Keluarga adinda

Adinda Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia yang bernama Pumintharaja berkahwin dengan Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin II yang pernah menjadi Shah Alam Yang Maha Mulia Empayar Ayuthia pada tahun 1709 hingga tahun 1733. Setelah tamat tempoh tersebut, Sultan Muhiyuddin Mansur Shah telah melantik Sultan Muhammmad sebagai Paduka Seri Perdana Menteri yang bersemayam di Anak Bukit. Gelaran Sultan Muhammad ialah "Raja Seri Bongsu". Sultan Muhammad dengan Pumintharaja mempunyai seorang putera bernama Datuk Seri Raja Putera.

Menjadi Raja Daerah

Ketika zaman pemerintahan Sultan Muhiyuddin Mansur Shah, baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Siam Toung Oo di Burma (Myanmar). Baginda digelar Maha Dammaiyaza yang bermaksud "pembesar darah daripada berlainan raja" kerana bondanya ialah puteri Raja China. Pada masa itu, baginda tinggal di Istana Mandalay yang telah dibina oleh nenda baginda yang bernama Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, puteri kepada Raja Siam Dinasti Ayuthia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin ibni Sultan Muhammad Johan Shah III. Aishah Begum adalah permaisuri kepada Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar Maha Tammaraja Ketua Dinasti Ayuthia 1559. Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya daripada kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.

Selepas serangan ke atas Mandalay pada tahun 1752, Maha Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sukhothai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan Kerajaan Buddha Lanna Thai di Luang Phra Bang, di dalam negeri Siam sekitar tahun 1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke Kota Ayuthia Shahrul Nuwi. Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah A History of South East Asia; 1995; DGE Hall. Di sana, baginda tidak lagi digelar Maha Dammaiyaza sebaliknya diberi gelaran Boromoraja V Ekataat. "Boromoraja" (Paramaraja @ Parameswara) di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud "puak berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam" dan Ekataat bermaksud, "beta taat kepada Allah dan rasul".

Kemaraan Thai

Gelaran Raja Siam Cau Pija Si Thammarat Raja Siam Islam Dinasti Ayuthia ke-31 telah diberikan kepada baginda pada tahun 1758 selepas kemangkatan ayahanda baginda di Pulau Langkawi iaitu Sultan Muhiyuddin Mansur Syah (Undang-Undang Kedah m/s 16,17). Gelaran yang baginda gunakan ialah Maha Tammaraja. Baginda berkuasa bersama-sama dengan Raja Siam Islam Dinasti Ayuthia ke-32 Sultan Muzaffar Shah yang bersemayam di Patani dari tahun 1758 sehingga tahun 1765.

Namun, tentera Thai mula bertambah ganas. Tentera Thai telah menyerbu dan mencerobohi Kemboja yang ditadbir oleh anakanda Khalifah Syarif, Po Chan. Po Chan terpaksa berundur bersama-sama angkatan tentera baginda ke Terengganu. Ketika pencerobohan ini, Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sukhothai terbunuh di tempat yang diberi nama Thailaka. Thailaka bermaksud "Raja Thai mati dibunuh". Baginda bersama-sama tentera dan pengikut baginda menetap di Berahman Indera. Pada tahun yang sama, baginda telah dilantik sebagai Raja Daerah Kuala Kangsar.

"Keturunan Megat menguasai jawatan Orang Besar Empat, antara nama penyandang gelaran Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,...". Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri, m/s 140.

Seterusnya pada tahun 1765 pula, tentera Thai berusaha menawan Chang Mai tetapi gagal kerana berjaya dipertahankan oleh Raja Siam Daerah Chang Mai, Megat Shuib dengan bantuan baginda.

Kejatuhan Ayuthia

Pada tahun 1767 pula, Boromoraja V Ekataat telah diserang kali kedua oleh tentera Thai yang dibantu oleh Jeneral Husin yang murtad. Jeneral Husin merupakan seorang jeneral Siam Phaya yang bergelar Tok @ Tak Sin. Kota-kota di sekitar Ayuthia seperti Bangkok yang ditadbir oleh Paduka Sri Maharaja Jalil ditawan. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk memutuskan bekalan makanan. Dipetik daripada Sejarah Kerajaan Melayu Patani;

"Dalam tahun Masihi 1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu."

Baginda akhirnya berundur bersama-sama pengikut baginda ke Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Thammarat yang terletak di Negara Si Tammaraja Siam (Sultan Zahiruddin Bahadur Shah) di Semenanjung Melaka. Istana Cau Pija Si Thammarat ini telah dibina oleh (Boromokot) Dinasti Ayutia ke-31, Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Shah. Sejarah Kerajaan Melayu Patani menyebut nama baginda sebagai Raja Bakar atau Raja Nambang. Nambang bermaksud air teluk.

Pada tahun 1766, Raja Lumu telah ditabal sebagai Raja Daerah Selangor oleh Sutan Mudzaffar Shah III dengan nama Sultan Salahuddin Shah. Pada tahun 1771 pula, baginda telah mentadbir kawasan Patani secara terus (sehingga tahun 1778) seperti yang jelas disebut di dalam Hikayat Patani seperti berikut;

"Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani ..."

Berdasarkan bukti catitan dari Undang-Undang Kedah pada muka surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam mutlak kemudiannya telah bertitah kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran atau aduan hamba Allah iaitu pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w 1199 bersamaan 1778 Masihi.

Yang Di-Pertuan Negara Kedah Pasai Ma

Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah, jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin II telah menghantar bunga emas kepada Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pada tahun 1778 Masihi. Paduka Seri Perdana Menteri kemudiannya mangkat dan digantikan oleh anakanda baginda iaitu Datuk Seri Raja Putera, Raja Siam Negeri Legeh. Salah seorang adinda tiri baginda ialah Paduka Seri Sultan Abdullah Mukarram Shah.

Pada tahun yang sama juga, Bentara Seri Indera Nai Yahya, cucunda baginda daripada Koya Long yang ketiga telah ditabal menjadi Raja Siam Kota Setar dengan nama Sultan Syed Yahya Tajuddin Shah. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun 1782, Kota Negara Si Tammaraja telah diserang oleh Raja Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh Raja Rama I Yodfa Chulakok Dinasti Chakri Sukhothai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa daripada Jeneral Tok @ Tak Sin di Ayuthia Siam.

Serangan tentera musuh Chakri Sukhothai tersebut telah ditewaskan tentera Siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla yang merupakan cucunda baginda daripada Koya Long yang pertama. Kawasan tentera yang terkorban telah digelar "cherat" dalam bahasa siam yang bermaksud tanah perkuburan para syuhada. Pada tahun yang sama, Khalifah Syarif telah membina Kota Meang Kuang atau Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu.

Campur tangan British

Raja Daerah Pulau Pinang, Paduka Seri Sultan Abdullah Mukarram Shah telah membuat perjanjian sulit dengan penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada Francis Light pada tahun 1786 Masihi. Baginda menyerahkan Pulau Pinang kerana tamak dan mahu diiktiraf sebagai Sultan Negara Kedah.

Pada tahun 1788 Masihi pula, penjajah Inggeris telah menghantar Captain James Cook bersama-sama tenteranya untuk menyerang Raja Siam Albani Australia, Sultan Nai Long Ena Tengku Ali atau Sultan Dili ibni Sultan Mudzaffar Shah III, cucunda baginda daripada Koya Long yang keempat. Ramai penduduk Australia dibunuh dan dihalau oleh British. Akibat peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama-sama umat Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste. Ibu negara Timor Leste diberi nama Dili berdasarkan nama baginda. Australia telah dijajah oleh penjajah Inggeris bermula pada tahun 1788.

Pada tahun yang sama juga, British yang telah berpakat dengan Tengku Hussain, anakanda Paduka Seri Sultan Mahmud Shah III, Johor dan berjaya mengusir Sultan Megat Iskandar dari Istana Raja Pagoh. Seterusnya, Sultan Dili ditabal menjadi Raja Daerah Riau-Lingga dengan nama Sultan Syed Ali Riayat Shah. Namun, British kemudiannya menyerang dan membunuh Sultan Syed Ali Riayat Shah dan adinda baginda Sultan Syed Ismail, Raja Daerah Manila iaitu cucunda Khalifah Syarif daripada Koya Long yang kelima.

Pelantikan Laksamana

Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan 28 telah tercatat "maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah naik kerajaan pada tarikh 1222 tahun alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam". Menurut catatan tersebut, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah diberikan pangkat oleh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Di-Pertuan Yang Maha Mulia pada tahun 1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang berjawatan Laksamana dan bertugas di Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.

Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ke Benua Siam Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu, Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kuala Kedah dan Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut sangat dekat. Malah nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit dan Naga yang disebut dalam UUK di m/s 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.

Pengkhianatan Laksamana

Tentera Thai kemudiannya menyerang Tenasirim yang diperintah oleh Sultan Megat Manja Abu Kasim dan mengakibatkan baginda terpaksa berundur dan pulang ke Berahman Indera. Di sana, baginda ditabal menjadi Raja Siam Kubang Pasu. Pada tahun 1821 pula, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri Sukhothai Buddha Raja Rama II Loetla Nabhalai secara senyap dan menyerang kota Meang Kuang secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu Bakar Syah telah dibunuh di istana Kota Meang Kuang di dalam serangan tersebut. Tahun serangan tahun 1821 digelar "tahun musuh bisik". Ini juga ada dicatat sebagai bukti oleh ahli sejarah Inggeris iaitu Robert Adison. Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di-Pertuan seperti bunga emas dan membawanya balik ke Bangkok.

Sultan-sultan Kedah Darul Aman berketurunan Paduka Seri Perdana Menteri Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin yang bersemayam di Kota Setar. Sultan Muhammad Jiwa mempunyai hubungan yang rapat dengan Francis Light. Hubungan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh British. Francis Light telah menghasut baginda sehingga baginda merasakan bahawa baginda juga layak menjadi Maharaja Empayar Islam Siam Ayuthia.

Sultan Muhammad Jiwa mempunyai beberapa orang putera, antaranya ialah Paduka Seri Sultan Abdullah Mukarram Shah yang merupakan bukan anak gahara. Baginda telah dilantik menjadi Raja Daerah Pulau Pinang. Namun demikian, baginda telah membuat perjanjian menyerahkan Pulau Pinang kepada British yang diwakili oleh Francis Light. Yang Di-Pertuan Negara Kedah Pasai Ma, Khalifah Syarif Abu Bakar Shah telah mendirikan kubu-kubu di kawasan Perai. Kubu-kubu ini kemudiannya dirampas oleh British.

Laksamana tentera Kedah, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II yang merupakan anakanda Sultan Abdullah telah membawa tentera Thai menyerang Kedah Pasai Ma pada tahun 1821.

Sejarah pembentukan Negeri Kedah Darul Aman

Pada tahun 1876, tentera Raja Rama V Chulalongkorn telah membunuh Sultan Nai Long Jaafar Mu'adzam Shah di Gurun. Pemerintahan tentera Buddha Thai di bawah seorang Raja Perempuan Thai, Mak Enche Manjalara di negeri Kedah selama lima tahun dari 1876 sehingga 1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan baginda dilantik menjadi Sultan Kedah. Tentera-tentera Thai telah ditempatkan di seluruh Negeri Kedah untuk memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara.[1]

Sultan Kedah

Pemerintah Negeri Kedah

Berikut merupakan sultan-sultan Kedah:-

Sultan-Sultan Kedah

Bil           Sultan   Pemerintahan
1              Sultan Abdul Hamid Halim Shah 1881 - 1942
2              Sultan Badlishah               1942 - 1958
3              Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah         1958 - kini

Abdul Hamid Halim Shah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah

Sultan Abdul Hamid Halim Shah Kedah
Pemerintahan   Kedah: 1882 - 1943
Pendahulu          Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II
Pengganti            Sultan Badlishah
Ayahanda            Sultan Ahmad Tajuddin III
Bonda   Wan Hajar Wan Ismail

Sultan Sir Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al- Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah KCMG (1911) ialah Sultan Kedah yang ke-25. Baginda memerintah selama 61 tahun antara tahun 1882 sehingga 1942, iaitu daripada pemindahan pertuanan Siam kepada pihak British sehingga peralihan beransur-ansur daripada sistem pemerintahan beraja kepada sistem raja berperlembagaan.

Pemerintahan antara 1882 - 1910

Kedah merupakan satu negeri lindungan Siam dan pihak British mempunyai tapak di Pulau Pinang dan beberapa bahagian di tanah besar yang bersebelahan pada tahun-tahun akhir abad ke-19. Oleh itu, ketika Sultan Hamid naik takhta pada tahun 1882 pada umur 19 apabila abangnya Zainul Rashid mangkat, baginda berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan disebabkan dikehendaki menghadapi dua kuasa asing, setiapnya dengan niat masing-masing. Pertabalan baginda disahkan oleh Raja Chulalongkorn, sebagai Dipertuan pada 21 Januari 1882. Sultan Hamid mempunyai hubungan yang mesra dengan Raja itu, tetapi kenyataan politik antarabangsanya penuh dengan kepayahan, dan ini diketahui Sultan Hamid tidak lama kemudian.

Pada tahun 1895, Raja Chulalongkorn menganugerahkan Sultan dengan Darjah Kebesaran Gajah Putih Kelas Pertama dengan gelaran Chao Phya Saiburi dan kemudiannya gelaran tambahan Phya Riddisongkram Ramabhakti. Raja Chulalongkorn juga menghantar dua orang anak lelaki Sultan Hamid ke Eropah untuk melanjutkan pendidikan mereka. Tunku Yusuf kemudian berkhidmat kepada Raja Chulalongkorn ketika kepulangannya, dan Tunku Badlishah tinggal di Siam untuk satu tempoh yang singkat selepas memperoleh ijazah ekonominya daripada Universiti Oxford.

Hubungan yang baik dipeliharakan antara kedua-dua negera, dengan Kedah menghadiahkan ufti dalam bentuk "Bunga Emas dan Perak" setiap tiga tahun kepada Istana Siam di Bangkok sebagai tanda pertuanan Siam. Sehingga kemangkatannya pada tahun 1910, Raja Chulalongkorn menunjukkan kasih sayang terhadap Sultan Hamid dan sangat menghormati baginda.

Sultan Hamid membuat empat lawatan ke Siam pada tahun 1890, 1892, 1895 dan 1903. Sebaliknya, Raja Chulalongkorn melawat Kedah pada tahun 1874, 1890, 1896 dan 1904. Bagaimanapun, menurut himpunan surat Sultan Hamid, Raja Chulalongkorn hanya membuat satu lawatan ke Kedah pada tahun 1890.

Dari masa naik takhta Sultan Hamid pada tahun 1882 sehingga 1905, Siam tidak campur tangan dalam pentadbiran dalam negeri baginda. Bagaimanapun, negeri Kedah mengalami krisis kewangan (antaranya akibat perkahwinan putera baginda Raja Muda Tunku Ibrahim selama 3 hari dan pinjaman ceti) pada tahun 1905, dan terpaksa meminjam wang sebanyak $2,500,000 daripada Siam. Pinjaman diberikan dengan syarat bahawa seorang Penasihat Kewangan dari istana Siam diterima oleh Kedah, dan sebuah Majlis Negeri ditubuhkan untuk membantu Sultan dalam pentadbiran semua hal ehwal awam. Pinjaman itu sebenarnya daripada Negeri-Negeri Selat, dan penasihat kewangan tersebut ialah seorang British bernama WJF Williamson.

Ini menyebabkan pengisytiharan sebuah perlembagaan yang baru pada 29 Julai 1905. Pada tahun-tahun yang berikut, pentadbiran negeri dikendalikan oleh Majlis Negeri yang diketuai oleh Pemangku Raja Tunku Abdul Aziz (1905-1907), adik Sultan, dan kemudiannya oleh lagi seorang adik, Tunku Mahmud (1907-1914), diikuti oleh anak-anak baginda, Tunku Ibrahim (1914-1934) dan Tunku Badlishah (1937-1943). Penubuhan Majlis Negeri bermakna bahawa kuasa Sultan disekat.

Pada tahun 1909, sebagai satu langkah strategi untuk melindungi kemerdekaan Siam daripada kuasa-kuasa asing yang terbesar (British dan Perancis), Raja Chulalongkorn memeterai satu perjanjian yang memindahkan hak pertuanan Siam terhadap negeri-negeri Melayu di utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Britain. Ini dilaksanakan tanpa sebarang persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Perbuatan ini melukai hati Sultan Hamid, dan baginda dikatakan bertitah: "Beta boleh mengampunkan Pembeli tetapi Beta tidak boleh mengampunkan Penjual".

Namun pada 1910, Sultan Abdul Hamid masih lagi menghantar bunga emas kepada Siam seperti biasa. Pada tahun 1910 juga Sultan menghantar dua pokok bunga emas kepada Raja Edward VII di London sebagai tanda persahabatan.

Kehidupan peribadi

Hidup peribadi Sultan Hamid diceritakan dalam buku Datuk James F. Augustine, "Kenangan Masa Lampau Kedah".

Walaupun Sultan Hamid menjadi seorang penyendiri pada tahun-tahun akhirnya, baginda masih sedar akan apa-apa yang berlaku. Baginda seorang Islam yang warak, dan selalu dilihat berjalan-jalan atau duduk di dalam lanca yang ditarik oleh pengiringnya bedekatan Istana Kampung Bahru pada setiap pagi. Baginda kadang-kadang berjalan di hadapan lancanya semasa berdoa dengan membilang buah tasbih.

Makanan Sultan Hamid disediakan oleh seorang tukang masa Cina dan baginda tidak makan banyak. Baginda cemerlang dalam permainan biliard dan bermain hampir setiap hari di dalam bilik biliard peribadinya.

Kecuali ketika baginda pergi ke masjid untuk sembahyang pada hari Jumaat atau untuk berjalan-jalan dengan kereta Victorianya yang kemudian diganti menjadi Rolls Royce berwarna kuning, Sultan Hamid jarang muncul di khalayak ramai.
Sebagai kebiasaan, ahli-ahli kerabat diraja dan pegawai-pegawai kerajaan kanan akan mengunjungi Sultan Hamid pada Hari Raya di Istana Kampung Bahru. Pelawat-pelawat akan disambut di bilik tamu di tingkat atas. Ketika menunggu kemunculan Sultan, cerut akan dibahagi-bahagikan dan sapu tangan dipercikkan dengan minyak wangi. Sultan Hamid tidak banyak bertitah pada masa-masa seperti itu dan tidak lama kemudian, baginda akan berangkat.
Pada petang hari keputeraan Sultan Hamid, sebuah majlis akan diadakan di kawasan Istana. Baginda akan menghadiri majlis ini dan berjalan-jalan dengan diiringi oleh sekaki payung kuning. Tanda kebesaran kerajaan ini menimbulkan satu peristiwa ketika Kelab Gymkhana Kedah mengadakan mesyuarat pertamanya di Alor Star. Sultan Iskandar dari Perak sedang berjalan-jalan di halaman dengan payung dirajanya ketika Sultan Abdul Hamid muncul tanpa disangka. Sultan Hamid telah turun dari petak diraja untuk berjalan-jalan diiringi oleh payungnya. Sultan Iskandar dengan segara memerintah pembawa payungnya untuk menutup payung. Ini merupakan contoh yang ketara tentang sopan-santun dan protokol.

Keluarga

Sultan Abdul Hamid berkahwin sebanyak 8 kali, mempunyai 45 anak dan 92 cucu. Antara isterinya ialah Cik Menyelara, Che Sofiah, Sharifah Fatimah binti Syed Idrus, Sharifah Seha binti Syed Hussein, Che Spachendra, Sharifah Mariam dan Che Laraseh. Putera Sultan yang ketujuh dan anak ke-20-nya dengan Cik Menyelara ialah Tunku Abdul Rahman, yang lahir ketika baginda berumur 39 tahun. Penggantinya, Sultan Badlishah pula merupakan anaknya dengan Che Sofiah.

Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid

Pemerintahan   Kedah: 1943 - 1958
Pendahulu          Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Pengganti            Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Ayahanda            Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Bonda   Che Sofiah

Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ialah Sultan Kedah dari 13 Mei 1943 hinggalah ketibaan tentera Jepun pada bulan Ogos dalam tahun tersebut, dan kembali ke takhta dengan penyerahan Jepun pada September 1945.

Sultan Badlishah ialah putera Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah. Baginda belajar di Kolej Wadham, Universiti Oxford.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah


Yang di-Pertuan Agong ke-14

13 Disember 2011 – 12 Disember 2016

Pertabalan          11 April 2012

Negeri  Kedah

Pendahulu          Tuanku Mizan

Pengganti            Muhammad V

Raja Permaisuri Agong   Tuanku Hajjah Haminah Hamidun

Perdana Menteri             Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-13

13 Disember 2006 – 12 Disember 2011

Negeri  Kedah

Pendahulu          Sultan Mizan

Pengganti            Sultan Muhammad V

Yang di-Pertuan Agong ke-5

21 September 1970 – 20 September 1975

Pertabalan          20 Februari 1971

Negeri  Kedah

Pendahulu          Sultan Ismail Nasiruddin

Pengganti            Sultan Yahya Petra

Raja Permaisuri Agong   Tunku Bahiyah

Perdana Menteri             Tun Abdul Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-4

21 September 1965 – 20 September 1970

Negeri  Kedah

Pendahulu          Sultan Ismail Nasiruddin

Pengganti            Sultan Yahya Petra

Sultan Kedah ke-28

14 Julai 1958 – kini

Pendahulu          Sultan Badlishah

Keputeraan        28 November 1927 (89 tahun)

Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah

Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (diputerakan 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (21 September 1970 - 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 - 13 Disember 2016).

Biografi

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]

Selain itu, baginda ialah anak saudara kepada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)[3].

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara 20 September 1965 dan 21 September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[4]

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan Pertama memegang jawatan ini dua kali.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[5]

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011 [6].

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[7] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[8] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[9]

Keluarga diraja

YDPA Sultan Abdul Halim diarak bersama Ratu Elizabeth II dalam kereta roda diraja British, ketika membuat lawatan rasmi ke London pada 1974.

Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:

Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan

Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.[10]

Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Shafinaz. Baginda memiliki lima cucu.

Baginda pernah berkahwin pada awal remaja yakni sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa baginda melanjutkan pelajaran baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.[perlu rujukan]

Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.

Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


3 comments:

  1. history doesnt make sense....

    ReplyDelete
  2. senarai raja raja Kedah dlm artikel ini tidak diterima oleh sejarahwan Kedah.Sila rujuk kpd Sejarahwan Kedah utk mendapat info yg tepat.

    ReplyDelete
  3. Almarhum baginda sultan mudzaffar shah 1 dalam kisah karangan ini.. watak mulanya menjadi cicit kepada merong mahawangsa.. second - Beliau lah merong mahawangsa .. setahu saya dia abad ke 1136m itulah tarikh kemasukan islam di kedah.

    ReplyDelete