Wednesday 4 January 2017

Sejarah Silam : Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam

Facebook : Sharp Shooter with Suheirman PS.

September 7, 2016


Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum....

Sepintas Lalu: Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam ibni Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin…..

Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam merupakan anak kepada Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin bersama Pengiran Anak Fatima. 

Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam telah berkahwin bersama:

1. Pg Anak Saleha binti Sultan Omar Ali Saifuddin II dan beranakkan:

a. Pengiran Anak Siti Khatijah binti Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam
b. Pengiran Anak Ishak ibni Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam

2. Sharifah Siti Aminah dan beranakkan:

a. Pengiran Seri Paduka Omar Ali

Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam selain daripada menantu kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II, beliau juga merupakan anak kemanakan kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II. Kerana ayahanda beliau Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin merupakan adik beradik kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II….

Kisah Sejarah Hitam….

Diceritakan sewaktu Sultan Omar Ali Saifuddin II mangkat, ada dua calon untuk diangkat sebagai penganti sultan iaitu:

1. Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam 1. Beliau merupakan adik kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam 1.

2. Pg Anak Abdul Momin ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abd Wahab ibni Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (Sultan Abdul Momin). Yang juga merupakan menantu kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II melalui perkahwinan baginda bersama puteri Sultan Omar Ali Saifuddin II iaitu Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar Ali Saifuddin II… Selain itu.. 

Pada waktu yang sama Pengiran Anak Abdul Momin juga merupakan Pengiran Bendahara….

Dalam pemilihan tersebut, Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 telah menolak pelantikan tersebut lalu beliau mencalonkan anakanda beliau yang bernama Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam ibni Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin. Calonan bagi Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam ini dibuat berdasarkan Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam adalah dari keturunan Pengiran Bentaras yang menggunakan gelaran Pengiran Muda serta disebabkan beliau juga merupakan menantu kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II.. Pendek kata beliau yakin anakanda beliau memang layak untuk diangkat menjadi sultan…

Pada waktu tersebut, Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 terlalu yakin anakanda beliau Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam akan dipilih untuk menjadi sultan Brunei seterusnya.. Malangnya, harapan dan keyakinan beliau untuk melihat anakanda beliau menjadi sultan musnah apabila dikatakan banyak pembesar dan kerabat memilih Pg Anak Abdul Momin (Sultan Abdul Momin) untuk diangkat menjadi Sultan Brunei yang ke 24…

Apabila sampai kepengetahuan Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin akan pemilihan tersebut, beliau merasa teramat malu dan dukacita lalu dikatakan melebur diri menggunakan serbuk senjata (menurut versi Pusat Sejarah Brunei). Setelah Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin mangkat, maka Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam dikatakan membawa diri lari ke North Borneo (Sabah) kerana malu dan dukacita.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Momin, baginda telah melantik 4 wazir. Yang mana wazir ini di bagi dua kepada dua keturunan iaitu:

Gelaran Pengiran Bendahara dan gelaran Pengiran Digadong diberikan kepada kerabat Sultan Kanzul Alam iaitu:

a. Gelaran Pengiran Bendahara diberikan kepada (Pengiran Bendahara) Pengiran Anak Besar Muhammad ibni Pengiran Anak Tajuddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam

b. Gelaran Pengiran Digadong diberikan kepada (Pengiran Di-Gadong) Pengiran Anak Metasan ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Manakala gelaran Pengiran Pemancha dan gelaran Pengiran Temenggong diberikan kepada kerabat Sultan Omar Ali Saifuddin II iaitu:

a. Gelaran Pengiran Pemancha diberikan kepada (Pengiran Pemancha) Pengiran Anak Muhammad Salleh 1 ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin II

b. Gelaran Pengiran Temenggong diberikan kepada (Pengiran Temenggong) Pg Anak Hashim yang kemudiannya menjadi Sultan Hashim ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin II iaitu Sultan Brunei yang ke 25….

Wallahu a’lam….

INFO TAMBAHAN:

1. Pengiran Bendahara Pengiran Anak Besar Muhammad dan Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Metasan merupakan anak angkat kepada Sultan Abdul Momin…

2. Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Tajuddin merupakan adik beradik sebapa berlainan ibu dengan Sultan Omar Ali Saifuddin II melalui perkahwinan Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 ibni Sultan Muhammad Tajuddin dengan Ampuan Meriam..

3. Menurut cerita lisan… Ada juga diantaranya pembesar-pembesar dan kerabat-kerabat yang tidak suka baginda naik menjadi sultan dan dikatakan naiknya baginda adalah disebabkan sokongan daripada pihak Inggeris…. Pendek kata Pro Inggeris… Dan diceritakan lagi bahawa baginda tidak mempunyai pengaruh, akan tetapi baginda pandai mentadbir negeri dan disebabkan itu jugalah baginda menjadi Bendahara sewaktu pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II….

4. Menurut Versi Sabah mengenai kematian Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam 1 adalah berpunca daripada di racun. Yang mana menurut cerita, racun tersebut hendak diberikan kepada Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam ibni Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin. Akan tetapi rencangan untuk meracun Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam tersasar lalu mengena kepada Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin… Diatas kejadian tersebut.. lalu dikatakan Pengiran Muda Besar Muhammad Jamalul Alam ibni Pengiran Di-Gadong Pengiran Anak Muhammad Tajuddin telah melarikan diri ke Mengkabong, Sabah dan berlindung di tempat saudara tiri beliau iaitu Pg Rauf.  Setelah itu diceritakan beliau berhijrah dan menetap di Papar, Sabah.

Siapakah yang dikatakan merancang untuk meracun tersebut, biarlah ianya menjadi rahsia…. Disebabkan ini hanyalah melalui cerita lisan yang belum tentu ada kebenarannya dan untuk menghindar fitnah…..

Wallahu a’lam….

--------------------------- TAMAT-------------------------
*** Penulisan yang saya buat ini adalah hasil daripada penulisan sendiri melalui kajian sendiri daripada beberapa sumber iaitu sumber Pusat Sejarah Brunei dan juga lisan daripada dua orang sahabat akrab saya… Terima kasih diucapkan kepada Pusat Sejarah Brunei, Saudara Pg Suheirman bin Pg Sulaiman (susunan Salsilah & lisan) dan juga kepada Saudara Baszley Bee bin Basrah Bee (Pensyarah UMS, Sabah/lisan)… Tanpa ketiga2 kekuatan ani agak sukar bagi saya untuk menyiapkan cerita diatas untuk dikongsikan bersama para pencinta sejarah Brunei…. Dan tidak lupa juga terima kasih kepada isteri saya dan juga para ahli2 group yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada…
Diakhir kalam, saya memohon ampun dan maaf jika sekiranya dalam penulisan ini saya ada tersalah, tersilap ataupun tertinggal kerana kekurangan maklumat mahupun susunan ayat yang kurang memuaskan. Saya bukanlah seorang penulis yang terkemuka apatah lagi mempunyai nama. Saya hanya seorang pencinta sejarah yang tak sepertinya yang hanya bertujuan untuk berkongsi sejarah silam….


Sekian Terima Kasih….

No comments:

Post a Comment